Isu Kartika: Lebih Irish Daripada Irish

“Hello!!!” jeritan kedengaran dari luar rumah.

Terkejut saya dibuatnya. Disebabkan oleh suhu bilik saya di loteng agak sejuk, malam itu saya tidur di ruang tamu di tingkat bawah.

Siapa pula yang mengetuk pintu malam-malam buta begini.

Jam menunjukkan pukul 2:30 pagi.

“Sorry mate, I’m your neighbour next door. Ashley didn’t answer me. The key is with her!” kata lelaki Irish tersebut di muka pintu.

Saya mengangguk-angguk faham.

I need to go upstairs and knock the wall. Ashley’s room is on the third floor!” sambung lelaki tersebut.

Beliau terus meluru masuk menaiki tangga.

“Hey!” saya tidak sempat menahan beliau. Kasut harus dibuka terlebih dahulu, mate!

Saya menutup pintu dan terus mengikut lelaki tersebut naik ke tingkat atas rumah kami di Donnybrook Street.

“Ashley! Ashley! It’s me, Jim. Wake up, you #$%@…!” lelaki tersebut mengetuk dinding di bilik Jasrul. Mulutnya mencarut-carut bagai menyimbah minyak ke api Neraka.

“Apa halnya tu, ustaz?” Ijat pun terbangun sambil menggosok mata.

“Entahlah mamat ni. Dia kata dia jiran kita. Kawan dia si Ashley tak bangun-bangun” saya pun masih ‘mamai’. Antara tidur dan jaga.

“Jiran kita? Tak pernah tengok pun muka dia ni. Ustaz… mamat ni mabuk laaaa!” Ijat menolak bahu saya.

“Hah.. mabuk. Agak dah!” saya mula panik.

“Mate, mate… your Ashley is not there. You’re drunk!” Jas cuba menyedarkan budak Irish tersebut.

Beliau pun nampaknya kebingungan. Puas saya, Jasrul dan Ijat menghalakan beliau ke bawah untuk keluar. Bau mulut dan pakaiannya sungguh memualkan.

Okay, go home mate. Wherever!” saya menutup pintu rumah.

Lelaki Irish tersebut terus berjalan. Beliau tidak pun ke pintu rumah sebelah, sebaliknya terus melangkah menyeberangi Lisburn Road ke arah Wellington Avenue. Kami hanya menggelengkan kepala. Mengurut dada, menarik nafas lega.

“Ustaz… macam mana ustaz boleh buka pintu bagi mamat mabuk tu masuk?” Ijat bertanya sambil tersenyum.

“Ishh, entahlah. Ana pun antara hidup dan mati. Selamba sahaja buka pintu. Tak fikir pun apa-apa” saya mengeluh.

Menyesal.

Mujur tak jadi apa-apa.

FRIDAY NITE

Itulah Belfast pada setiap Jumaat malam Sabtu. Friday Nite, kata orang Irish. Jumaat malam Sabtu adalah malam semua orang lupa diri.

Saya masih ingat, semenjak tinggal di London lagi, Jumaat malam Sabtu memang menakutkan. Di kawasan seelit High Street Kensington pun, boleh ada wanita profesional bertelanjang di lampu isyarat kerana mabuk. Memalukan! Balik kerja dengan menaiki Underground, orang mabuk bergelimpangan, muntah di sana sini. Sungguh memualkan.

Keadaannya lebih buruk lagi di Ireland. Bak kata seorang American di dalam filem Angela’s Ashes, “lipas pun kaki mabuk, kalau bangsanya Irish!”

Jika ada orang masih mempertikaikan mengapa agama mengharamkan arak, saya dapat menyaksikan betapa besarnya hikmah akal manusia ini dipelihara. Apabila fungsinya dihilangkan dengan mabuk, manusia berubah menjadi haiwan. Tiada maruah dan harga diri.

Sering sahaja di subuh Sabtu, apabila saya menuju ke Masjid, saya akan dapat melihat ada Irish yang tidur di perhentian bas, berbaring di depan pintu, malah ada yang lelap di dalam longkang dan macam-macam lagi permandangan yang menjelekkan. Lelaki atau perempuan… sama sahaja.

Irish dan mabuk… adalah dua subjek yang beriringan. Bagaikan aur dengan tebing.

Malah tarikan utama pelancong asing ke Ireland, sama ada Utara mahu pun Republic, adalah Irish Pub. Jika ke Dublin, nostalgianya ialah pada melawat tempat lahirnya Guinness Stout di St. James’s Gate Brewery yang gergasi.

Kadang-kadang mahu membeli cenderamata Irish pun susah sebab semuanya ada lambang Guinness.

KESAN ARAK DAN IRELAND

Kuatnya pengaruh beer seperti ini kepada Irish, mencatatkan beberapa perkara penting dalam hidup saya.

Semasa bertugas di Belfast Islamic Center, saya sering dikunjungi oleh seorang lelaki Irish yang sangat berminat dengan Islam, tetapi menghadapi masalah dengan arak.

“Saya tidak mahu menjadi muslim yang berdosa kerana meminum arak. Tetapi dari segi jiwa, saya anggap diri saya adalah seorang Muslim” kata lelaki tersebut. Michael namanya, kalau tidak silap saya.

Memang jiwanya sudah Islam. Beliau mempunyai kefahaman yang jelas untuk menghuraikan di manakah Islamnya diri beliau. Kepercayaannya kepada keesaan Allah, kerasulan Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan ketulenan al-Quran sebagai kalam Tuhan, semuanya diyakini dengan sepenuh hati. Cumanya, beliau takut untuk melafazkan Syahadah kerana tidak mampu membayangkan kehidupan tanpa arak. Juga takut menjadi Muslim yang berdosa.

“Menjadi Muslim yang berusaha memperbaiki kelemahannya minum arak, lebih baik daripada kamu kekal begini” saya melayan persoalan beliau ketika berbual di pejabat masjid.

“Apabila kamu menjadi Muslim, yakinlah bahawa dengan sendirinya kekuatan itu akan datang. Take it easy, one by one!” saya dan Jamal, Presiden masjid, tidak jemu-jemu memujuk beliau. Sudah setahun lebih beliau dilema sebegitu.

Saya akui, memang sukar untuk orang seperti Michael berpisah dengan arak. Dalam suasana seperti inilah, penting untuk kita menentukan prioriti di dalam dakwah.

FITNAH DUDUK DI IRELAND

Selepas pulang ke Malaysia pada tahun 2004, saya selalui melihat orang minum arak di kaki lima Bukit Bintang. Pemandangan biasa.

Tetapi perasaan saya tersentak pada suatu hari…

“Astaghfirullah. Macam mana boleh tak rasa apa. Ni yang minum ni, bangsa Melayu, orang Islam. Bukan Irish!” saya tergamam dan berhenti seketika di depan Lot 10.

Saya beristighfar dan mengurut dada. Dek kerana terlalu biasa melihat orang minum arak, sensitiviti saya terhadapnya terhakis. Hingga apabila saya melihat bangsa seagama sendiri minum arak, hati saya tidak tergerak untuk mencelanya. Tak perasan!

Inilah fitnah hidup di luar negara. Apatah lagi di negara seperti Ireland.

Hal inilah yang saya pesankan kepada pelajar yang mengikuti kursus pre departure sebelum berangkat ke luar negara. Saya mahu mereka serius dalam melakukan muhasabah diri dari semasa ke semasa ketika berada di perantauan, kerana tercalarnya iman… berlaku tanpa disedari. Alangkan imam masjid pun boleh tanpa sedar hilang sensitiviti dek kebiasaan dan persekitaran. Apatah lagi jika kalian menjauhi masjid dan suasana iman!

Kesedihan di hati saya bertambah-tambah lagi apabila melihat Irish Pub tumbuh satu demi satu di negara sejauh Malaysia. Segala yang ada di tempat orang, semuanya mahu dibawa ke sini. Fitnah hidup di luar negara, tiada bezanya lagi dengan hidup di negara sendiri.

Mahu terpengaruh dengan budaya clubbing, tidak perlu ke London, Dublin atau Sydney.

Di Bukit-bukit sekitar Lembah Kelang, segalanya sudah sebati dalam budaya.

KES KARTIKA SARI DEWI SHUKARNO

Kita boleh berbincang tentang persoalan teknikaliti kepada perlaksanaan hukuman rotan ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno yang diputuskan oleh Mahkamah Syariah Pahang atas kesalahan meminum arak secara terbuka di sebuah pusat peranginan di negeri tersebut.

Menghormati Ramadhan.

Tiada tukang sebat yang mahir.

Malah memang ada keperluan dalam menentukan sama ada perlaksanaan hukuman ini ke atas Kartika menggunakan peruntukan hukum HUDUD atau pun TA’ZIR kerana memang wujud khilaf yang nyata dalam hal ini. Ia penting untuk menjustifikasikan 6 sebatan tersebut. Jika Hudud, ada kadarnya yang tetap. Jika Ta’zir maka denda dan jumlah sebatan terserah kepada budi bicara Hakim.

Sama ada ia hukum Hudud atau Ta’zir, ia sama sekali tidak memberikan kesan kepada persepsi kita terhadap kesalahan meminum arak. Ia tetap suatu kesalahan, dan kesalahannya bukan soal hak peribadi semata, kerana mudaratnya melata.

Tetapi tindakan menteri-menteri, NGO seperti Sisters in Islam mempersoalkan kewajaran dan nilai keadilan hukuman yang telah diputuskan oleh Mahkamah Syariah Pahang itu, adalah suatu sikap yang bukan sahaja membelakangkan hukum agama, malah boleh dikategorikan sebagai Contempt of Court (mempertikaikan keputusan Mahkamah).

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengenengahkan pelbagai spekulasi yang hanya bersifat andaian dengan mengutarakan kebarangkalian Kartika dihukum sedemikian rupa oleh Hakim kerana beliau seorang perempuan. Beliau juga mengandaikan bahawa Kartika menolak untuk mengemukakan rayuan kerana mungkin trauma dengan kejadian tersebut. Demikian juga persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh Tun Mahathir di blog beliau yang bernada meremehkan keseriusan tindakan menyekat jenayah minum arak ini.

MAHU TAHU SOAL ADIL

Apakah adil pesalah laku minum arak seperti Kartika dikenakan hukuman keras?

Tanyalah kepada keluarga mangsa-mangsa yang mati akibat dilanggar pemandu yang mabuk.

Tanyalah kepada wanita-wanita yang didera oleh suami yang kaki arak, apatah lagi jika anda seorang feminis!

Tanyalah kepada Pak Haji berketayap yang menanggung malu apabila terpaksa disoal oleh doktor tentang dosa silamnya tatkala datang ke hospital dengan penyakit hati yang pasti bersangkutan dengan arak.

Tanyalah kepada pihak hospital, khususnya Jabatan Kemalangan dan Kecemasan, berapa peratuskah kes kemalangan dan sakit yang dirujuk ke hospital adalah bersangkutan dengan arak?

Oh ya, bentangkanlah laporan perbelanjaan Kementerian Kesihatan dan Kerajaan Pusat dalam mengendalikan segala rawatan, kerosakan awam, kerosakan peribadi yang dicetuskan oleh arak.

KEGENTARAN IRELAND TERHADAP KESAN ARAK

Di suatu peringkat, Republic of Ireland sangat keras dalam implimentasi peraturan menyekat rokok.

“Selamat datang ke Dublin. Ingin kami ingatkan, Republic of Ireland mengimplimentasikan larangan merokok di tempat terbuka. Anda dinasihatkan agar hanya merokok di kawasan yang disediakan!” itu taklimat seragam yang diumumkan oleh pramugari setiap kali pesawat anda mendarat di bumi Irish.

Republic of Ireland berjaya melaksanakannya.

Tetapi bagaimana soal arak?

Negara yang industri arak menjadi nadi pentingnya itu, akhirnya terpaksa akur dengan segala kemudaratan yang dicetuskan oleh kegilaan manusia kepadanya.

Memetik laporan yang dikemukakan oleh Alcohol Action Ireland:

How much do we drink?

  • The average amount of alcohol consumed by every person in the country aged 15+ was 12.4 litres of pure alcohol in 2008. This amounts to 490 pints or 129 bottles of wine or 46 bottles of vodka per adult
  • When we consider the above statistics alongside the fact that one in five adults in Ireland don’t drink alcohol, it means that those who do drink are consuming much more than consumption statistics show
  • Alcohol consumption in Ireland increased by 46% between 1987 (9.8 litres) and 2001 (14.3 litres) when our consumption reached a record high
  • Consumption has been falling since this peak in 2001, to 12.4 litres in 2008
  • Even at current levels we are still drinking 20% above the levels we drank at in 1986/1987
  • Ireland continues to rank among the highest consumers of alcohol in the 26 countries in the enlarged EU. We drink about 20% more than the average European

How much do children and young people drink?

  • In the most recent survey of drinking among European 15 and 16?year?olds more Irish girls (44%) than boys (42%) reported binge-drinking in the last month (2007 ESPAD survey)
  • Over half reported being drunk at least once by the age of 16
  • The survey identified “a major issue around drunkeness”
  • A recent report by the Office of Tobacco Control (2006) revealed that our 16 to 17?year?olds spend an average of €20·09+ per week on alcohol. This amounts to an illegal alcohol market of €145m in this country

Alcohol and Driving

  • In the period from 2003 to 2005, approximately 120 people were killed each year in alcohol-related crashes
  • In the same period, almost one third (31%) of crash deaths were alcohol-related
  • Where Blood Alcohol Concentration (BAC) levels were available for drivers killed, almost six out of ten had alcohol in their blood
  • One in every six drivers with alcohol in their blood, who were responsible for fatal crashes in 2003, were not above the legal limit

Alcohol and Families

  • Between 61,000 and 104,000 children aged under 15 in Ireland are estimated to be living with parents who misuse alcohol
  • A study of women who attended the Coombe Women’s Hospital found that almost two?thirds (63%) of the 43,318 women surveyed said they drank alcohol during their pregnancy. Alcohol consumption, particularly in the first three months of pregnancy, can lead to disorders in how the brain develops in the womb

Alcohol, Mental Health and Suicide

  • Alcohol?related disorders were the third most common reason for admission to Irish psychiatric hospitals between 1996 and 2005
  • Alcohol use is often a factor in suicidal behaviour. In 2006/2007 alcohol was a factor in 41% of all cases of deliberate self-harm
  • One Irish study of people from three counties who died as a result of suicide, found that more than half had alcohol in their blood

Alcohol and Crime

  • Almost half of the perpetrators of homicide were intoxicated when the crime was committed
  • Alcohol was found to be a factor in almost half of all cases of sexual assaults on adults according to a major survey of sexual assault and violence in Ireland. In such cases, where only one party had been drinking, the perpetrator of the sexual assault was the one drinking in the majority of cases (84% of female and 70% of male sexual assault cases)

Alcohol and Injuries

  • More than one in four of those attending accident and emergency departments have alcohol?related injuries, almost half of which occurred to people aged under 30 years
  • Alcohol is a factor in one in four traumatic brain injuries

Alcohol and Health

  • Hospital discharges for alcohol-related liver disease increased by 147% between 1995 and 2004
  • Alcohol-related deaths also increased during the same period, from 3.8 deaths per 100,000 to 7.1 deaths per 100,000
  • Many cancers, including cancer of the mouth, larynx, oesophagus, liver, colorectum and female breast, are causally related to alcohol consumption
  • Cancer of the liver has had the highest rate of increase of all cancer types between 1994 and 2003, increasing by 10.7% for females and 7.4% for males, compared to an increase for all cancers of 1.1% for females and 1.1% for males
  • There is a risk relationship between the amount a woman drinks, and the likelihood of her developing the most common type of breast cancer. Drinking one standard alcoholic drink a day is associated with a 9% increase in the risk of developing breast cancer, while drinking 3?6 standard drinks a day increases the risk by 41%
  • High levels of alcohol use and heavy drinking among young women are reflected in the fact that one in four women discharged from hospital for alcohol?related conditions were aged under 30, compared to 17% of men under 30 discharged
  • Between 1995 and 2004, there was an increase of 29% in the proportion of teenage girls aged under 18 discharged from hospital for alcohol?related conditions compared to an increase of 9% for males under 18

Jika sebuah negara seperti Republic of Ireland pun sudah gementar dengan ancaman arak kepada seluruh struktur kehidupan rakyatnya, mengapakah di Malaysia ini kita masih banyak berhelah dalam mempersoalkan kewajaran hukuman keras ke atas peminum arak, baik Muslim mahu pun yang non-Muslim?

Apakah kita mahu lebih Irish dari Irish?

Saya yakin, bukan sahaja peminum arak yang patut dihukum, malah pengeluar lesen kilang arak dan lesen penjualan arak itulah yang terlebih utama untuk dikenakan tindakan dan hukuman, itulah kemuncak ADIL.

Check Also

Kita Cintakan Kematian Seperti Mereka Cintakan Kehidupan

“Kita diajar cintakan kematian bagai musuh kita cinta kehidupan” Ia adalah kata-kata yang datang daripada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share