Hapuskan Ego Dalam Mendidik Keluarga

Sejauh mana ibu bapa membuka hati dan minda mereka untuk menerima nasihat serta saranan pakar dalam membetulkan amalan, kepercayaan serta salah tindakan kita semasa menjadi suami isteri, juga ibu bapa?

Tidak masuk Syurga manusia hati ego.

Hapuskanlah kepercayaan “anak bini aku, keluarga aku, jangan nak mengajar, aku lebih tahu!” Utamakan Allah, utamakan ahli keluarga, jangan jadi mangsa ego dan nafsu diri.

Apabila anak-anak buat perangai yang kita tidak suka, seorang lelaki mungkin dengan mudah meremehkannya, menganggap itu semua kelakuan yang tidak penting. Lantakkan. Banyak benda besar lain yang lebih kritikal untuk difikirkan. Lebih hidup dan mati, lebih bread and butter!

Tetapi jika kelakuan itu menghilangkan kualiti hidup, mengundang tekanan, balik rumah tidak boleh berehat dan diri kita sendiri mengalami perubahan sikap kepada agresif, murung dan hilang fokus, mana mungkin ia boleh diabaikan. Seorang suami atau bapa perlu menerima hakikat, dari semasa ke semasa, kita mungkin akan diuji dengan sesuatu yang kita tidak punya ilmu dan kemahiran untuk menanganinya.

Sifirnya sama. Carilah ilmu. Belajarlah dengan yang lebih tahu.

 فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُون

“Maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri jika kamu tidak mengetahui” [Al-Anbiya’ 21: 7]

Buang rasa geram, rasa menyampah. Periksa kembali di mana nilai cinta dan kasih sayang. Pandang 20 tahun ke hadapan, keluarga bagaimana yang kita inginkan?

Ini muhasabah diri saya selepas membawa anak berjumpa Pakar Psikiatri kanak-kanak…

HASRIZAL
43000 BSP

 

Maklum Balas

Maklum Balas

Check Also

Selamat Hari Guru, Ibu!

“Siapkan latihan ini dan jangan bising” kata cikgu di hadapan. Soalan-soalan di papan hitam, perlu …

7 comments

  1. Hapuskan Ego:)

    tak semestinya hanya yang berkeluarga..
    semua lapisan masyarakat seharusnya sedar akan perkara ini..”)

  2. ummi ainshahtul

    Assalammualaikum,

    Ke manakah hilangnya artikel ustaz yang sebelum ini di blog ini. Saya suka sekali membaca penulisan ustaz berulang kali untuk rujukan dan muhasabah diri.

  3. rogayah hashim

    Buang rasa geram, rasa menyampah. Periksa kembali di mana nilai cinta dan kasih sayang. Pandang 20 tahun ke hadapan, keluarga bagaimana yang kita inginkan?(membaca sambil mengetuk jari jemari,,otak ligat berfikir memang payah tapi tidak boleh tidak berusaha ke arah cemerlang walaupun asasnya malap)…

  4. Salam ustaz/dr muna

    Rasanya ramai yang berkongsi masalah yang sama dalam membentuk sebuah keluarga sakinah. Antara ego tidak mahu berubah memperbaiki diri dan keluarga, atau sebaliknya.

    Rasa sangat berbesar hati jika ustaz dapat berkongsi akan pakar psikiatrik mana yang boleh dipercayai untuk menjadi rujukan? Kerana terasa diri dan rakan-rakan juga memerlukannya..

    Terima kasih.

  5. Asam garam kehidupan, masam masin seperti laut bersama ombak melempar pantai.

  6. “.. to love is to care, to care we must share…”
    get some and feel awesome at BBC MARDI Station CH39000

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *