Iqra’: Permulaan Sebuah Perjalanan

Hari ini apabila kita menguasai satu topik, kita sudah digelar pakar. Tatkala meneliti bibliobiografi alim ulamak dulu, terasa betapa kerdilnya kita hari ini, yang miskin segala-galanya, tetapi bercita-cita mahu bergandingan tangan dengan mereka menuju Syurga.

Malas dan jahil, menjauhkan Radhiyatan Mardhiyyah.

Iqra’ menjadi ayat pertama pada memperbaharui Kerasulan yakni mengembalikan manusia kepada kehidupan berTuhan. Membaca dengan nama Tuhan yang Mencipta, adalah asas besar dalam erti kita menjadi Muslim.

Belilah buku, kumpul, baca, fahami, ajak ahli keluarga dan anak-anak berkongsi kemahuan membaca. Umat yang membaca, berilmu, faham dan beriman, terpelihara daripada penyesatan syaitan Jin dan Manusia.

Membaca, jangan hanya banyak membaca, tetapi membanyakkan juga jenis bahan bacaan.

HASRIZAL
43000 BSP

 

Check Also

Perangkap New Age Movement Untuk Agamawan

Bagaimana agamawan terjebak ke kancah New Age Movement? Saya tiada jawapan mudah. Tetapi saya boleh …

9 comments

  1. Gambar tu kat umah ustaz ke kat opis! mcm library sungguh! ๐Ÿ˜‰

  2. saadatul abadiyyah

    Sarjana Islam dahulu memang sangat hebat sehingga boleh mencemerlangkan dunia dengan ilmu mereka. Pada pendapat saya faktor keikhlasan pada ilmu menjadikan mereka sangat cemerlang dalam bidang masing-masing. Saya baru selesai membaca buku ustaz “Di Dataran Shamrock ku seru nama-Mu”. Ada cerita saya membeli buku tu. Dalam satu taklimat saya duduk sebelah seseorang yang sedang membaca buku tersebut. Tiba-tiba dia menangis. Saya pun bertanya kenapa, dia beritahu pengalaman pengarang buku sangat menyedihkan dia minta saya beli buku tersebut. So, saya pun belilah buku ustaz ni! Anyway, tahniah menghasilkan buku tersebut. Tapi ada satu kemusykilan dalam muka surat 266. boleh ustaz berikan emel ustaz?

  3. sukanya tengok ‘library’ ustaz..teringin nak ada library mcm tu kat rumah, tapi rumah sendiri belum ada ๐Ÿ™‚
    Doakan ye ustaz.. hihi

  4. Cantik library ustaz…sungguh mengujakan.The best ornament , to me , is books…Saya sangat sayang buku-buku saya.Ada yang saya ulang baca berkali-kali…Membaca buku yang sama pada tahap umur dan kematangan yang berbeza kekadang memberikan ilmu yang berbeza…Kekadang ada isinya yang kita terlepas pandang mungkin kerana tahap relevan tu tak tinggi atau tahap kefahaman kita masih rendah.Masa budak-budak saya kurang minat buku agama,alhamdulillah diberi Allah usia untuk kembali menelaah buku2 agama dan sekarang minat tu dah lain.Anak-anak dikelilingi buku-buku,saya takut mereka hilang minat membaca dalam cabaran dunia spt tv,Astro,games,etc…I hope they maintain their reading,gentle reminder sometimes needed.

  5. shukran. teruskan menulis ust.

  6. shukran. teruskan menulis.

Leave a Reply to Abu Farooq Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share