Rujukan Sirah Nabawiah

Adakalanya saya kehairanan, tanpa bermaksud merendah-rendahkan sesiapa, bagaimana mungkin minat kepada Sejarah dan Sirah direalisasikan dengan ‘orang ramai’ membeli kitab-kitab premier seperti Sirah Ibnu Hisham, Al-Bidayah wa Al-Nihayah, Tarikh al-Tabari dan yang seumpama dengannya.

Sedangkan saya perlu menyelesaikan beberapa subjek di peringkat sarjana untuk membaca buku-buku itu dengan betul.

Jika kita berhajat untuk merujuk kepada sumber primer sekali pun, versi terjemahan tetap sudah menjadi sumber sekunder.

Berpadalah dengan buku-buku kontemporari seperti Fiqh al-Sirah al-Buti atau Muhammad al-Ghazali, Sirah Nabawiah: Durus wa Ibar oleh Mustafa Siba’i, atau Biografi Muhammad oleh Prof Dr Dzulkifli Yusof dan Al-Raheeq al-Makhtoom oleh Mubarakfuri sebagai permulaan yang sejahtera.

Bukan menafikan keupayaan pembaca. Hanya berpendapat untuk menjaga keutamaan, dan duit di kocek teman.

HASRIZAL

Maklum Balas

Maklum Balas

Check Also

itep-lecturers

Menghormati Ilmu Pendidikan Sebagai Batu Asas Sekolah

Program Islamic Teacher Education Program (ITEP) anjuran Razi Group, biar pun hanya peringkat sijil, ia …

2 comments

  1. Saya tak pasti jika ustaz pernah membaca novel Sophie’s World berkenaan sejarah ilmu falsafah, sains dan teologi karangan Jostein Gaarder dari Norway. Versi terjemahan dari ITNM juga ada.

    Agak-agak ada ke novel atau buku seumpamanya, tapi untuk sejarah tamadun, mazhab dan pemikiran Islam? Mungkin boleh jadi crash course utk beginner mencapai tahap awareness. ๐Ÿ˜‰

  2. Assalammualaikum ustaz, terima kasih akan saranan, saya beberapa hari ini, tengah mencari2 buku sirah yang hendak dibeli untuk dibaca, dengan niat hendak mendalami kehidupan Rasulullah SAW, dengan diri yang sedang meningkat usia, dengan sambutan Maulidur Rasul yang berlalu sudah berapa kali dalam kehidupan, dengan diri kalau dulu sering ‘menyibukkan diri’ dengan isu ‘perlu atau tak perlu’ sambutan Maulidur Rasul seperti yang dianjurkan.

    Tapi Alhamdulillah, sekarang seperti tersedar dengan kelalaian yang membelenggu diri selama ini, dari menyibukkan diri dengan permasalahan tentang sambutannya yang hanya satu hari, lebih saya belajar mencintai Baginda dalam konteks kehidupan seharian.

    Semoga pembacaan tentang kehidupan Baginda akan menghadirkan kecintaan yang bukan ‘bermusim’, tapi semoga Allah menanamkan kecintaan pada Rasulullah SAW sehingga di hari kita bertemu Baginda, InshaAllah.

    Sekali lagi terima kasih akan saranan akan jenis bacaan buku sirah yang sesuai dibaca di tahap keilmuan yang masih mentah seperti diri ini.

    Semoga Allah memberkati perjuangan ustaz dan memperkayaan hasil tulisan ustaz yang sungguh bermakna untuk diri dan umat islam khususnya rakyat Malaysia yang dahagakan ‘guindance’ dari ustaz dan yang “seangkatan dengan ustaz” dalam membuka pemikiran dalam konteks menjadi islam yang baik pengamalannya dalam kehidupan seharian.

    Sebagai perkongsian, saya dari Labuan, Alhamdulillah, Labuan semakin maju, tapi ‘from my humble opinion’, tempat ini memerlukan individu2 atau persatuan2 untuk bersama berusaha mengembalikan Islam yang sebenar dalam kehidupan kami.

    Di sini, mugkin ustaz pun tahu dan terdengar, Islam itu kita ‘nampak’, Islam itu kita ‘dengar’ tapi Islam itu makin asing dan kabur dalam kehidupan kami yang dihimpit dan diselubungi ‘bendera’ dan ‘asap’ Hedonisme yang dikibarkan oleh pihak-pihak yang kononnya melakukannya dengan alasan ‘mengcomercialkan’ dan ‘mengupgradekan’ serta ‘menginternationalkan’ pulau wilayah persekutuan ini.

    Bangsat sungguh mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *