Saya Duta Pendermaan Organ KKM

Tengah hari ini jam 2, saya akan bersama dengan Duta Pendermaan Organ yang lain, di dalam Majlis Pelancaran Kempen Minggu Kesedaran Pendermaan Organ di Lobi Institut Jantung Negara (IJN). Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, YB Dato’ Sri Liow Tiong Lai.

Erma Fatima, Adibah Noor, Hafiz Hamidon, Yasmin Yusuf dan ramai lagi akan hadir bersama. Kami telah diberikan peluang, serta amanah untuk berperanan sebagai Duta Personaliti Pendermaan Organ.

Sepanjang minggu ini akan ada pameran, talk show, perkongsian pengalaman keluarga penderma dan banyak lagi aktiviti yang bersifat informatif pada membina paradigma membantu menjayakan kempen ini.

Program ini dikendalikan oleh National Transplant Resource Centreyang boleh dihubungi di talian 03-2681 0681 serta emel ntrc@moh.gov.my. Halaman web mereka berserta kemudahan pendaftaran untuk pendermaan organ adalah di http://www.agiftoflife.gov.my.

Saya dengan rendah hati menjemput sahabat semua hadir ke majlis ini yang akan berakhir pada jam 5 petang, Insha Allah.

HASRIZAL
43000 BSP

 

Maklum Balas

Maklum Balas

Check Also

Rantaian Kefasikan ‘Print Screen’ yang Membinasakan

Ramadan adalah bulan mengejar kebaikan. Kita pula berperasaan tidak tentu hala tuju kerana pelbagai tragedi …

One comment

  1. nurshariza abdullah

    Assalamualaikum ustaz..

    Saya pernah membaca artikel ustaz berkenaan Encik Khairiri (kalau tidak salah saya), beliau adalah penderma hati kepada seorang kanak-kanak. Ustaz pernah meulis tentang keadaan beliau setelah menderma hati iaitu kesihatan tidak begitu bagus dan sebagainya. Boleh saya tahu perkembangan beliau sekarang..? Cerita beliau begitu terkesan di hati saya lebih-lebih pada masa artikel ustaz itu ditulis, dinyatakan bahawa beliau memerlukan bantuan kewangan. Bagaimana yer keadaan beliau sekarang ? Harap ustaz dapat membantu saya.

    Terima kasih ustaz.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *