Laras Akademik vs Laras Populis

20121103-223127.jpg

Sudah lama saya tidak mengendalikan kursus motivasi.

Semenjak menyambung pengajian di UKM, dan STC kembali menjadi seperti hari satunya, saya hanya menerima jemputan program kecil-kecilan untuk terus memberi, dan seadanya, menerima.

Kali ini saya berprogram bersama warga kerja Pejabat Kesihatan Daerah Ledang di Johor. Program ini adalah hasil inisiatif sahabat saya, Dr. Norizad yang sudah selaras visi dan misi kami semenjak sebumbung di Belfast lagi. Beliau amat berharap melalui program ini, para doktor, pembantu kesihatan, matron, jururawat, pembantu farmasi, pegawai tadbir dan seluruh warga kerja perkhidmatan kesihatan daerah ini, dapat meningkatkan penghayatan kerja, buat diri mereka sendiri dan masyarakat menumpang manfaat daripadanya.

Mudah-mudahan peserta mendapat kebaikan daripadanya.

Mereka mungkin tidak merasakan resah yang satu ini. Tetapi bagi saya, perubahan amat terasa. Bahawa saya mengalami kesukaran berbahasa.

Laras fikir, tulis dan berkata-kata versi akademik, amat ‘bertentangan’ dengan laras fikir, tulis dan berkata-kata populis, seperti ceramah. Kedua-duanya seperti hampir mustahil berhimpun di dalam diri yang satu.

Buat masa ini, nampaknya laras populis saya sudah rosak. Dan laras akademik pula, masih merangkak.

Permudahkan jalan ini ya Allah…

HASRIZAL
Tangkak, Johor

 

Maklum Balas

Maklum Balas

Check Also

bondaku

Selamat Hari Guru, Ibu!

“Siapkan latihan ini dan jangan bising” kata cikgu di hadapan. Soalan-soalan di papan hitam, perlu …

7 comments

  1. Patut la peulisan ustaz sekarang punlebih cenderung kepada ala-ala akademik .hehe.. Tapi banyak inti. Tidak mengapa ๐Ÿ™‚

  2. Assalamualaikum Ustaz. Adakah status Dr@Prof menjamin laras bicaranya adalah akademik bukannya popularis…saya rasa Ustaz perlu Mengekalkan laras popularis di dalam laras akademik….

    • Waalaikum al-SalaamWBT.

      Kalaulah laras ini boleh dipilih-pilih atau dirancang-rancang, pasti saya akan memilih dan merancang seperti itu. Setakat ini, ia seperti kalori. Banyak makan karbo, maka tambahlah lemak simpanan dalam badan. Banyak baca jurnal dan buku akademik, lidah jadi berat untuk populis. Banyak ceramah dan baca buku populis, susah nak menulis makalah ilmiah apatah lagi bertaraf jurnal.

      Namun saya akan berusaha, Insha Allah

  3. Assalamualaikum, Ust. Hasrizal yang dihormati. Ana mohon berkongsi sebuah tulisan yang mungkin ada kaitan sedikit sebanyak dengan apa yang ustaz alami kini. Tapi tulisan ini memuji teknik penulis populis ustaz dalam mengangkut ilmu berat kepada khalayak (mad’u) dan ternyata ia lebih berkesan. Mengangkut segala fakta dan data daripada buku teks dan kitab muktabar dan ceritakan kepada khalayak, begitulah lebih kurang.

    Ternyata inspirasi ana menulis tulisan ini juga adalah kerana kejayaan dan keberkesanan penulisan Ust. Hasrizal, Ust. Pahrol Mohd Juoi, Hilal Asyraf dan beberapa lagi yang menggunakan teknik yang sama. Mohon rujuk http://kalamkhalifah.com/2011/11/keegoan-dan-dosa-akademik/

    • Waalaikum al-Salam wbt ustaz. Ahlan wa sahlan. Terima kasih juga atas perkongsian pandangan dan sokongan yang diberikan. Pada pendapat ana, penulisan akademik, penulisan populis, urusan akademik dan matlamat populis adalah topik-topik yang berdiri sendiri dan memainkan peranan masing-masing tanpa pertentangan.

      Jika kita ambil buku turath seperti Sahih al-Bukhari atau al-Umm untuk Usul Fiqh, buku itu sangat ‘plain’, tidak bermain bahasa, tiada unsur emosi dan ‘amat membosankan’, jika dibandingkan dengan Al-Mustakhlas fi Tazkiyah al-Anfus oleh Said Hawwa, malah Nuzhatul Muttaqin Sharh Riyadh al-Solihin. Ia adalah perbandingan untuk laras akademik kontemporari vs laras populis. Tidak mungkin Sahih al-Bukhari dipopuliskan kerana fungsi Sahih al-Bukhari adalah sebab rujukan malar segar di sepanjang zaman, bukan bacaan ringan seperti dua buku yang ana contohkan tu.

      Tesis, jurnal dan makalah ilmiah memang tiada unsur dakwah, kesedaran, emosi atau motivasi di dalamnya. Ia membentangkan fakta, kajian, sebagai sebuah laporan. Apabila siap sebuah makalah, atau tesis atau jurnal, maka bahan rujukan terhasil. Untuk ia pergi ke masyarakat, penulis itulah yang perlu ada kesedaran untuk mengolahnya menjadi bahan ‘end user’ yang dikatakan laras populis itu.

      Malangnya dua benda ni sangat susah hendak dibuat serentak pada satu2 masa. Ia bukan berbentuk pilihan, nak tulis laras akademik atau populis. Ia terjadi sendiri bergantung cuaca otak semasa kita :-).

      Ana sedang ‘menikmati’ musibahnya!

  4. A,kum ustaz..

    Saya kira perserta amat berpuashati dan mendapat manfaat yang besar dari program ini. Walaubagaimanapun berdasarkan ‘benchmark’ ustaz sendiri atau mereka yang sudah biasa mendengar pengisian/ceramah dari ustaz, saya merasakan kekurangan yang agak ketara adalah dari segi ‘flow’ atau kelancaran slide persembahan. Pada saya faktor lain yang mempengaruhi masalah kelancaran adalah kerana ustaz sudah agak lama minggalkan program sebegini.

    Mungkin ustaz ada merasakan kesukaran dalam melaraskan bahasa populis ketika penyampaian, tetapi hasil akhirnya ia masih mudah difahami oleh pendengar dan saya kira ia adalah bahasa populis yang masih baik. Kesukaran ustaz berbahasa populis ketika adalah kerana ketika itu minda ustaz ‘preoccupied” dengan kerja-kerja / bahan-bahan/ bahasa akademik.

    Saya percaya dan amat yakin apabila ustaz sudah menjadi ‘sprinter’ untuk laras akademik, ketika itu minda ustaz lebih tenang tanpa tekanan-tekanan akademik seperti puluhan assignment yang perlu disiapkan , laras populis ustaz akan dapat diadunkan dengan laras akademik dalam bentuk yang akan menyebabkan pendengarnya terkasima.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *