Home / 2013 / January

Monthly Archives: January 2013

January, 2013

  • 25 January

    Kembara Birgivi Pada 12 Rabiul Awwal Kali Ini

    Selamat tiba di Dubai, selepas pesawat tertangguh selama 10 jam Jika hari ini umat Islam di seluruh dunia ramai yang menyambut Maulidurrasul, saya ‘menyambutnya’ dengan satu agenda yang berbeza. Hari ini saya singgah sebentar di Dubai. Berprogram ceramah Maulidurrasul bersama warga Malaysia di sini. Namun destinasi sebenar saya masih jauh. Insha Allah saya akan menyambung perjalanan ke Istanbul, Sabtu nanti. Perjalanan untuk menghimpun maklumat, tentang seorang tokoh yang 52 tahun hidupnya, diabdikan pada mendidik ummah untuk mencintai seorang Rasul, sallallaahu alayhi wa sallam. Seorang tokoh yang setiap hari adalah hari beliau menyeru manusia menghayati ajaran Rasul. Seorang tokoh yang meninggalkan …

  • 17 January

    Fussilat: Seni Bertarung Untuk Menang Dan Bahagia

    Semua orang mahu menang. Ada yang mahu menang untuk kepentingan sendiri. Ada yang mahu menang untuk memenangkan apa yang diperjuangkan. Dua-dua itu benar. Kita yakin dengan kemenangan itu kita bahagia. Biar pun sering terjadi, kemenangan kita itu datang bersamanya derita. Kita perkenalkan pelbagai kaedah untuk menang. Ada cara keras, ada cara tekan, ada cara menyelinap, ada cara ‘playsafe’ dan ada yang sampai menipu atau menindas lawan. Kita sukar untuk percaya, bahawa ALLAH, Tuhan kita, sudah menjelaskan kaedah menang yang ampuh dan pasti berhasil. Kaedah yang disalah tanggap sebagai naif, malah klise bagi sebahagian pula. Iaitulah kaedah MENUMPASKAN KEJAHATAN DENGAN KEBAIKAN. …

  • 15 January

    Nasib Menanti Golongan Pencacai – Ibrah Kisah Ashaab al-Ukhdud

    “Bawa budak itu ke puncak gunung. Tiba di sana, kamu ugut dia. Jika dia mengalah dan meninggalkan kepercayaannya, maka biarkan dia. Tetapi andai dia berdegil, campakkan sahaja budak itu dari puncak gunung ke bawah!” kata raja yang zalim itu kepada orang-orangnya. Di puncak gunung, keadaan menjadi sangat genting. Orang-orang suruhan raja yang zalim itu sudah bersedia untuk melaksanakan arahan. “Ya Allah, percukupkan aku daripada kejahatan mereka dengan apa-apa sahaja cara yang Engkau kehendaki!” doa si anak muda itu. Gunung bergegar. Lantai bumi bergoncang. Seluruh orang suruhan raja yang zalim itu jatuh dari puncak yang tinggi itu. Mati terbunuh dengan cara …

  • 11 January

    Psikologi Dakwah – 2: Permulaan Yang Lebih Tenang Lagi Menenangkan

    “Saya lihat, kalian yang aktif dalam kerja-kerja Islam ini wajahnya stress belaka. Senyum pun macam tak senyum” saya mengomel. Maklum sahaja, perjalanan yang jauh memberikan banyak masa untuk kami berbual. “Kenapa ya?” kata sahabat saya yang memandu. “Hah, kenapa ya? Sepatutnya saya yang tanya dan antum yang menjawab” saya ketawa kecil. Lebih menimbulkan persoalan, karakter yang tertekan sebegitu bukan semulajadi. Sebelum kenal usrah, sebelum faham Tarbiyah, sebelum terlibat dengan dakwah, orangnya ceria-ceria belaka. Mengapa selepas mendapat kesedaran Islam, individu-individu ini berubah? Atau apakah memang sepatutnya begitu? Saya tidak rasa begitu. BENARKAH ISLAM PENUH TEKANAN? Stressful, tertekan, bukanlah apa yang saya kesan …

  • 6 January

    Iceberg Sebuah Hedonisma

    Credit photo: www.zazzle.com Tindak tanduk manusia tidak rawak (random). Jauh sekali secara kebetulan. Tindak tanduk manusia itu ada mekanismanya. Ada perisian dalam jasad manusia yang menyebabkan dia bertindak tanduk dengan tindak tanduk tertentu. Apa yang dia rasa, apa yang dia pilih, apa yang diutamakan, apa yang tidak dipedulikan, apa yang penting, apa yang tidak signifikan, apa yang utama, apa yang wajar menerima pengorbanan dan apa yang tidak kisah jika ia terkorban sekali pun, semuanya itu tidak random. Ia hanyalah kemuncak sebuah iceberg. Kemuncak iceberg ialah apa yang dapat dilihat mata, ketika mana isi yang terlindung daripada pandangan mata adalah berganda …

  • 6 January

    Antara Isi dan Kulit: Al-Fahmu Buat si Ulu al-Albab

    Setiap kali berbincang atau bermesyuarat, kita amat berhajatkan kepada keupayaan memahami masalah. “Apa masalahnya?” Andai soalan ini tidak berjawab, maka berjela-jelalah mesyuarat ini. Sejam boleh berlanjutan jadi sehari. Satu mesyuarat boleh meleret jadi sepuluh. Lebih malang, kita tidak sedar pun yang kita sebenarnya sedang membuang masa. Semata-mata kerana kita tidak mempunyai sebarang indikator (petunjuk), bahawa kita bermasalah. Bermasalah dalam memahami, “apa masalahnya” Menjadi manusia yang faham, disebut sebagai Ulu al-Albab (أولو الألباب) Al-Albab merupakan kata jamak kepada LUBB yang bermaksud isi atau inti. Ulu al-Albaab bermaksud orang yang dapat isi, dapat inti. Ada yang faham kulit, ada yang faham isi. …

  • 4 January

    Gandakan Manfaat, Tanda Barakah dan Rahmat

    Hari pertama tiba di bumi Shamrock, saya dan isteri disambut oleh tenaga utama di sebalik PUISI2012 ini Salah satu cara yang menjadi amalan kebiasaan semenjak alam persekolahan ialah, apabila saya mahu memahami dan mengingati sesuatu, saya akan menulis mengenainya. Kebiasaan ini jugalah yang akhirnya menghasilkan blog Saifulislam.Com dan buku-buku berkenaan. Menulis, seperti resepi Gilgamesh yang mengembara mencari formula melawan kematian, menjadikan kematian Gilgamesh tidak mematikannya. Jasadnya mati, namanya disebut, manfaat tulisannya diberi ‘nyawa’ oleh hembusan nafas masa. Itulah kuasa menulis. Tidak hairan, mengapa Allah SWT bersumpah dengan Tulisan, Alat Menulis dan Lembaran Tulisan (Surah al-Qalam). Hanya penulis yang tidak disertakan. …