Gandakan Manfaat, Tanda Barakah dan Rahmat

20130104-222919.jpg

Hari pertama tiba di bumi Shamrock, saya dan isteri disambut oleh tenaga utama di sebalik PUISI2012 ini

Salah satu cara yang menjadi amalan kebiasaan semenjak alam persekolahan ialah, apabila saya mahu memahami dan mengingati sesuatu, saya akan menulis mengenainya. Kebiasaan ini jugalah yang akhirnya menghasilkan blog Saifulislam.Com dan buku-buku berkenaan.

Menulis, seperti resepi Gilgamesh yang mengembara mencari formula melawan kematian, menjadikan kematian Gilgamesh tidak mematikannya. Jasadnya mati, namanya disebut, manfaat tulisannya diberi ‘nyawa’ oleh hembusan nafas masa.

Itulah kuasa menulis.

Tidak hairan, mengapa Allah SWT bersumpah dengan Tulisan, Alat Menulis dan Lembaran Tulisan (Surah al-Qalam).

Hanya penulis yang tidak disertakan. Kerana penulis memerlukan seluruh al-Quran untuk sahsiahnya dibina.

PUISI 2012

Walaupun kehadiran saya ke PUISI 2012 ialah sebagai penceramah dan bukan sebagai peserta, pengalamannya amat berharga dan amat sayang jika hilang ditelan masa.

12 hari di bumi Shamrock, sangat banyak yang saya alami, saya saksi, fikir, bual, perhati dan catat hari ke hari. Semua itu bisa hilang, tambahan pula banyak kenangan dirakam di kamera, bukan di minda. Hanya menulis, yang boleh mencegah dimentia sebuah kenangan.

Pasca PUISI 2012, saya sudah menulis 4 entri di blog dan lebih 10 nota Facebook di Fanpage. Di dalam niat, ada sekurang-kurangnya 10 lagi artikel yang mesti ditulis kerana saya tidak mahu pengalaman PUISI 2012 pudar.

Saya meninggalkan empat orang anak kecil di kampung buat pertama kalinya dalam hidup mereka, kerana sangat yakin dengan kepentingan dan objektif besar yang ada pada PUISI 2012.

Justeru, saya sedang menjalankan bahagian saya. Semoga ikhwah dan akhawat PUISI 2012 juga aktif menterjemahkan kebaikannya. Jika anda ada menulis tentang PUISI 2012, kongsikan dengan saya di sini atau di mana-mana saluran yang anda biasa berhubung dengan saya.

Seperti jawapan saya kepada soalan Abang Kamarulzaman Abdul Manan di PUISI 2012, tanda sesuatu itu ada barakah ialah, satu kurniaan, berganda-ganda kebaikan.

Ayuh gandakan manfaat PUISI 2012.

Jangan lupa membaca Surah al-Kahf, hari ini.

HASRIZAL

43000 BSP

 Artikel Ini Telah Dibaca Oleh (4428) Pelawat

2 comments

  1. Teringat pesanan Master Oogway kepada Master Sifu. :)

  2. Benar ustaz.

    Kadang-kadang, bila baca kembali apa yang pernah kita lalui dahulu, tiba-tiba timbul persoalan, ‘ Eh, akukah yang tulis semua ini?’.

    Hehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>