Antara Kekuatan Amal Dan Retorik Kata

1381350_583131115067751_1639028770_n

Semasa ucapan meninggalkan pejabat pada tahun 2004, Pakcik Mehmet Kayacan tidak menyebut sokongan beliau kepada calon yang bakal bertanding, sama ada calon partinya, AKP mahu pun parti lawan, MHP. Beliau hanya menyatakan bahawa, apa yang paling penting ialah berkhidmat untuk kebaikan penduduk Bolvadin. Sesuatu yang ditunaikannya sepenuh hati selama 10 tahun memegang jawatan sebagai Datuk Bandar Bolvadin,

Akibat ucapannya itu, kedua-dua calon ‘terpaksa’ bercakap tentang perancangan masing-masing untuk Bolvadin, tanpa menyerang satu sama lain. Bercakap tentang perancangan masing-masing. Tidak mengungkit kelemahan sesiapa. Kedua-duanya takut menjadi si ‘penjahat’ di mata penduduk.

Ia memberi kemenangan moral.

Para pemerhati politik memuji kebijaksanaan Mehmet Kayacan dan mengatakan bahawa strategi itulah yang menyebabkan calon AKP menang. Kemenangan beliau selama 10 tahun, dan diikuti dengan kemenangan Ahmet Naci Helvaci, juga dari AKP, sudah tentu hasil strategi tinggi, kebijakan mithali yang harus dicontohi.

Mereka mahu mengkaji apakah pemikiran beliau.

1385052_583131158401080_436088854_n

Fatih Kayacan yang menceritakan kisah ini kepada saya ketawa tempoh hari.

“Ayah tidak ada apa-apa falsafah dan pemikiran yang menjadi sandaran. Dia hanya buat apa yang diyakininya betul, berdasarkan agama yang menjadi pegangan. Percayalah, kalau wartawan tanya ayah, inilah jawapannya” kata Fatih.

Susuk tubuh kecil Datuk Bandar Bolvadin itu, menamatkan perkhidmatannya tanpa sebidang tanah, mahu pun sebuah kereta, sebagai manfaat memegang jawatan berkenaan. Beliau tinggal di rumah pusakanya di Eyüp, dan mengekalkan gaya hidup dan pemikiran mudah, supaya mudah ke Syurga!

Simple, tidak semestinya simplistik.

Jargon, tidak semestinya juara.

Kekuatan adalah pada amal, bukan retorik bermain kata.

1378408_216225738554100_1947999102_n

Tiba masanya, anakanda beliau Fatih Kayacan turun ke medan perkhidmatan. Fatih merupakan calon AKP untuk Pilihanraya Majlis Perbandaran Bolvadin yang dijadualkan awal 2014 akan datang ini, Insha Allah.

Saya doakan kejayaan beliau, amen.

Halaman Facebook Kempen Fatih Kayacan

HASRIZAL @ www.saifulislam.com
43000 BSP

Maklum Balas

Maklum Balas

Check Also

syrianchildreninistanbul

Jangan Beragama Sekadar di Pinggiran

kredit foto: demotix.com “Ammu, Ammu, fi sabilillah!” seorang kanak-kanak kecil menarik baju saya. Dia bukan …

2 comments

  1. That is a great tip particularly to those fresh to the blogosphere.
    Short but very precise information… Thanks for sharing this one.
    A must read article!

  2. In this article we’ll show you how to create your own mica lamp.
    The major draw of this structure is that it doesn’t require internal supports so the
    entire area under the dome is useable living space. 5 Reasons You Should Obtain a New King Size Duvet Cover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *