Gertakan Khidir Terhadap Musa: Dua Kali Sabar Demi Ilmu

“Sesungguhnya engkau tidak mempunyai keupayaan untuk menyabarkan diri supaya bersabar denganku!” kata Khidir alayhi al-Salam.

Dua kali sabar.

Bukan sekadar sabar.

Tetapi menyabarkan diri untuk bersabar.

Demikian ‘ugutan’ Khidir terhadap hasrat Musa ‘alayhi al-Salaam yang mahu mengikutinya bermusafir demi belajar dan mendapat AL-RUSHD! Petunjuk, yang membezakan antara hitam dan putih, betul dan salah, haq dan batil, sebagai matlamat sebuah pembelajaran.

“Dia (Khidir) menjawab: “Sesungguhnya engkau (wahai Musa), tidak sekali-kali akan berupaya untuk bersabar bersamaku” [Al-Kahf 18: 67]

Menimbulkan ancaman atau Tarhib bukanlah sesuatu yang bertentangan dengan semangat belajar. Dalam kita menggalakkan pembelajaran, ada juga unsur-unsur pemeriksaan realiti yang mesti dilakukan. Sama seperti Luqman, tatkala menasihati anaknya agar mendirikan solat, mengajak manusia kepada makruf dan mencegah mereka daripada mungkar [Luqman 31: 17], Luqman mengingatkan anaknya supaya bersabar dengan apa yang pasti menimpa lanjutan daripada itu.

Sesungguhnya ada sesetengah perkara, ia hanya boleh dilakukan dengan keazaman yang bulat, teguh, tekad!

Bukan hangat-hangat tahi ayam.

GERTAKAN JADI KEPERLUAN

Ada sebab mengapa Khidir menggertak Musa.

Sukar untuk mencari upaya sabar, kerana apa yang bakal dipelajari oleh Musa bukan sesuatu yang biasa di dalam silibus.

Ia berbeza.

“Dan bagaimana engkau akan sabar terhadap perkara yang engkau tidak mengetahuinya secara meliputi?” [Al-Kahf 18: 68]

Apa yang bakal Musa pelajari bukan sesuatu yang sudah tersedia di dalam silibus, jelas kelihatan pangkal, tengah dan hujungnya. Terang learning outcomesย (hasil pembelajaran) seperti yang sering ditemui dalam proses biasa.

Kali ini, Musa bakal belajar sesuatu tanpaย big picture. Semasa belajar, tidak diketahui apakah makna benda yang dipelajari. Sesuatu yang tidak boleh difahami secara pantas. Ia bagai kepingan-kepingan puzzle yang memerlukan kepingan itu dihimpun lengkap, dicantumkan dengan betul untuk mendapat kefahaman mengenai apa yang dipelajari.

Mungkin matlamat akhirnya bukan apa yang dipelajari.

Tetapi proses belajar itu sendiri.

Bahawa dalam usaha menuntut ilmu, ada sesetengah perkara yang kita perlu belajar tanpa memahami apakah tujuannya benda itu diajar. ย Belajar dahulu. Biar pun jemu, kabur, menimbulkan keliru.

KHABAR DAN KHUBR

Apatah lagi, subjek yang dipelajari bukan KHABAR tetapi KHUBR.

Khabar adalah maklumat yang diketahui melalui pengajaran dan pembelajaran manusia.

Khubr adalah sesuatu yang hanya diketahui hakikatnya daripada Allah, sama ada melalui wahyu, atau melalui proses memahami hikmah yang jauh dan tersembunyi.

Yang kesemua itu diatasi dengan komitmen kepada satu sahaja, yakni matlamat akhir belajar iaitu beroleh al-Rushd.

“Nabi Musa berkata kepadanya (Khidir): Bolehkah aku mengikutmu, supaya dengannya engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?” [Al-Kahf 18: 66]

Bukan mudah untuk belajar sesuatu yang kita tidak jelas apa tujuan ia datang sebagai pelajaran kepada hidup kita.

Sebahagian besar hal seperti ini hadir di luar buku, di luar kelas.

Semasa belajar, kita jatuh sakit. Terkunci di dalam rumah dan tidak boleh ke dewan peperiksaan, bencana alam, pensyarah mengajar falsafah Islam sambil meletakkan kakinya di atas meja, benda-benda yang menimbulkan kemarahan, kekecewaan, tanda tanya, rasa ingin membantah, tetapi akhirnya kita diuji untuk menterjemahkan semua itu dengan sesuatu yang akhirnya membantu kita beroleh AL-RUSHD.

Membezakan kebenaran daripada kebatilan.

Kemahiran, hasil daripada misteri yang datang dalam bentuk yang tidak disilibuskan ia kepada kita. Tetapi hadir dalam kejadian yang menguji diri untuk bersabar mencari hikmah, bukan melatah membatalkan hasanah.

Sungguh.

Al-Rushd itu mahal.

Sulit sekali upaya sabar.

Musa harus bersedia.

Khidir tanpa berselindung mengandaikan kebarangkaliannya.

Dan Khidir bukan mempertikaikan Musa sama ada beliau seorang penyabar atau tidak. Khidir hanya menegaskan bahawa Musa mungkin mengalami masalah untuk bersabar ketika bersama dengannya. Itu sahaja.

MENGALAH ATAU MENYAHUTNYA

Dan ancaman itu tidak menjadikan Musa goyah tekad dan berundur sebelum melangkah.

Musa mengambilnya sebagai cabaran.

“Nabi Musa berkata: “Engkau akan dapati aku, Insha Allah: orang yang sabar; dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu” [Al-Kahf 18: 69]

Mereka yang bercita-cita mahu menjadi ustaz, ulama’, pewaris Anbiya’.

Mereka yang bercita-cita mahu menjadi doktor, membantu umat manusia.

Mereka yang bercita-cita mahu menjadi bapa mithali, pemimpin keluarga bertaqwa menuju Syurga.

Dalam galakan ada ancaman.

Bahawa kejayaan bukan murah boleh dijual beli, pinjam pulang, ambil tinggal sesuka hati.

Ia memerlukan komitmen.

Tekad.

Yang adakalanya lebih perlahan daripada sambungan internet dial-up.

Yang generasi Y tidak berpeluang merasai kesabaran menggunakannya.

HASRIZAL
43000 BSP

Check Also

Kita Cintakan Kematian Seperti Mereka Cintakan Kehidupan

“Kita diajar cintakan kematian bagai musuh kita cinta kehidupan” Ia adalah kata-kata yang datang daripada …

28 comments

  1. Terima kasih ustaz. Untuk motivasi penuh hikmah sebegini. ๐Ÿ™‚

    • Terima kasih kerana sudi membacanya. Insha Allah kita saling ingat mengingatkan ๐Ÿ˜€

      • Assalamualaikum ustaz ๐Ÿ™‚ terima kasih atas artikel ini, semoga ustaz terus ikhlas dalam berkarya dan berdakwah ๐Ÿ™‚

  2. Sabar untuk belajar,
    Dua kali Sabar untuk memperoleh ar Rusyd

    Terima kasih atas pencerahan, ustaz

  3. Jazakallah khair ustaz.

    Tak sabar menanti kedatangan ustaz ke Ireland =)

  4. Jazakallah Ustaz!

    Pagi2 isnin ni membaca dpt penuh 100% termotivasi! ๐Ÿ˜‰

  5. terima kasih ustaz,. entri ni sungguh bermakna utk saya..

  6. Mohd Dzulhuzmi Nasruddin

    Pencerahan yang sangat bermakna buat ana. Jadi bekalan untuk terus berjuang dalam cabaran kehidupan dunia.

    Terima kasih ustaz….masih terus setia membaca setiap entry…

    • Alhamdulillah. Dan ana dua kali Alhamdulillah dengan kunjungan anta. Syukran ya akhi. Teruskan perjalanan dengan sabar, usaha, yakin dan doa

  7. Terima kasih ust, garapan minda yg sangat baik!

    Namun, ada beberapa persoalan terlintas, mungkin Ust ada jawapan terbaik:

    1) bukankah cara jawapan Khidir kpd Musa itu adalah lebih kepada menempelak “kesombongan” Musa sebelum ini yang menyatakan dia paling mengetahui di hadapan bani Isreal (sebagaimana dinyatakan dalam sebab nuzul ayat)?

    2) benarkah kefahaman saya, “ilmu yang tidak perlu diketahui sebab-sebab diajar itu lebih kepada sesuatu yang menimpa kita (dari segi musibah/ujian) yang mana kita terkadang tidak tahu rahsia di sebalik kejadian”?
    bukan semua ilmu secara umum. benarkah sebegitu?

    Maaf Ust, mungkin saya kurang memahami penjelasan yang Ust coretkan, dan tersalah mengutarakan soalan.

    Terima kasih.

    • Terima kasih atas maklum balas tuan, dan kesudian berkunjung ke rumah baru siap ni ๐Ÿ™‚

      1) Penyataan Musa bahawa baginda paling berilmu tidak boleh difahami sebagai manifestasi kesombongan sebab ia bertentangan dengan akhlaq seorang Rasul. Sebaliknya Musa menjawab demikian kerana menegaskan kelebihannya sebagai Rasul yang menerima wahyu, di hadapan Bani Israel yang terkenal dengan kedegilan mereka, pesimis, suka mencabar dan menghina penyeru kebaikan dalam komuniti sendiri.

      2) Benar. Ilmu KHABAR yakni ilmu-ilmu biasa yang diketahui melalui proses pembelajaran biasa, adalah learning outcomes ia seperti biasa. Ilmu yang Khidir maksudkan di sini adalah ilmu KHUBR, yang dibezakan oleh ulamak tafsir daripada khabar, sebab khubr adalah sesuatu yang maknanya disembunyikan Allah, hanya difahami oleh manusia yang bersabar, menekuni yang tersirat di sebalik yang tersurat, tidak gopoh membuat kesimpulan terhadap apa yang berlaku.

      Ia biasanya bersangkutan dengan ‘big picture’.

      September 11 musibah buat kaum muslimin pada hari-hari awalnya. kemudian baru dapat dilihat bagaimana apa yang berlaku menjadi bonus besar-besaran buat Islam dan Muslimin, yang sukar berlaku melalui peristiwa yang biasa-biasa

      • baihaqi hassan

        Tertarik dengan kata2 us,
        “September 11 musibah buat kaum muslimin pada hari-hari awalnya. kemudian baru dapat dilihat bagaimana apa yang berlaku menjadi bonus besar-besaran buat Islam dan Muslimin, yang sukar berlaku melalui peristiwa yang biasa-biasa”

        Pada saya, 11 september itu seperti PERJANJIAN HUDAIBIYAH pada zaman Rasulullah SAW.

        [maaf uz, off topic jap] ^_^

  8. Alhamdulillah…
    Kadang hati hanyut dalam dunia dugaan.
    Di situlah hati perlu perahu kesabaran…
    Di situlah hati perlu pelampung keimanan…

    Sabar itu indah…

  9. Terima kasih Ustaz…artikel yang memujuk hati saya yang hampir hilang sabar…saya kembali sedar untuk menyabarkan diri untuk bersabar…menghadapi ujian dalam macam-macam bentuk…12-20 tahun boleh sabar,takkan sekarang saya nak hilang sabar…dulupun cara saya sabar tak begitu betul…sekarang bila mana caranya lebih ‘islamic’ takkan saya nak hilang sabar pulak…rugilah saya,menanglah syaitan yang sentiasa berusaha dan sabar dalam menyesatkan manusia…Terima kasih sekali lagi…

  10. Salam Ustaz,

    Apa lagi yang Ustaz ingin pesankan, buat mereka yang sedang mengalami ‘misteri’ demi mendapat Al-Rushd ini? Jauh di sudut hati, yakin, ini takdir dan proses, namun secara surface muncul rasa2 menyalahkan diri sendiri yang mungkin lewa dan tidak cukup berusaha. Kadangkala ketakutan. Takut dengan apa, tidak pasti. Kehidupan seperti diasingkan. Keliru menjadi teman diri. Soalan “whats next?”. What should i do? What will happen next itu tidak dapat dijawab. Kalimah “usaha” seperti tidak membawa makna.

    Ada2 saja yang berlaku. Pelik2. Tak dapat faham.

    Cuma pergantungan pada Allah jadi sangat tinggi. Tidak kelihatan lagi sebab, dan tidak pasti lagi samada diri sedang mengambil sebab atau tidak. Yang kelihatan adalah ujian demi ujian dan lalui saja. Nak dikatakan sakit, disaat ia meruncing, pertolongan sampai secara tiba-tiba. Syukur yang amat.

    Segalanya jadi tidak pasti. Hidup dalam keadaan yang begitu “uncertain”.

    Soalan orang lain ttg keadaan diri dan masa depan tidak dapat diberi planning yang baik, kerana tidak tahu, apa yang bakal terjadi pada kisah hidup yang tiba2 jadi misteri ini.

    Sabar, sedih, duka lara, sakit. Sy masih bertahan.

    Namun keliru. Sy tidak tahu ubatnya.

    Adakah sememangnya dengan berhenti bertanya dan merancang dan lalui hidup seperti air yang mengalir, seperti pokok yang tumbuh? Sesuatu akan datang pada masanya, tanpa perlu kita ketahui maknanya? begitukah? Sy rasa bersalah, seperti tidak cukup usaha.

    Sy seorang yg bersemangat ustaz, sentiasa motivated, ambitious, rajin berusaha dan planning person. Namun, takkala sy sungguh berdoa utk jadi hamba yang baik, misteri jadinya perasaan pada hati tentang perjalanan ini. Keadaan yang sy lalui kini, membuatkan personaliti saya jadi bertentang dengan personaliti asal. Semangat, motivated, ambitious, rajin berusaha dan planning itu seolah jadi kenangan. Perasaan seperti tidak mampu. Perasaan seperti diuji dengan keupayaan diri.

    Yang saya pasti, perjalanan ini menguatkan tawakal.

    Walaupun sekeliling melihat sy mungkin mengalami symptom psykologi seperti kemurungan,etc. Tidak dapat sy terangkan sebabnya kepada mereka. Hanya mungkin pada yang pernah ‘mengalami’ perjalanan ini, menjadi seseorang yang lebih dalam tekaannya dalam ‘mengjudge’ sesuatu.

    Misteri, sudah jadi ‘theme’ membayangkan kehidupan kini. Uncertain dan confusing. Perasaan menjalani kehidupan yang mungkin ‘lain’ dari orang lain.

    Bagaimana Ustaz menghadapi ‘ketakutan’, ‘keliru’ dan teruskan hidup dalam perasaan uncertainty. Boleh kongsikan secara jelas satu pegangan, yang paling membuatkan ustaz terus berjalan?

    Apa hikmah misteri kehidupan ustaz yang lalu, dalam mencorak peribadi ustaz kini.

    Terima Kasih.

  11. Assalamualaikum ust. Bagaimanakah cara bersabar yang btul? adakah syarat utk memperoleh al-Rushd hanya terletak pada menyabarkan diri utk bersabar? atau mungkin ada tmbhn syarat yg lain (persoalan peribadi, bukan pandangan) spt melalui tazkiyatun nafs? apakah ibrah di sebalik kisah Nabi Musa as yg akhirnya mengalah di hujung perjalanan mengutip hikmah bersama Khidir? Syukran jazilan ust.

  12. benarlah ustaz, sabar itu sebenarnya bukan perlu sekali. kadang-kadang kita perlu bersabar sebanyak 2-3 kali. malah mungkin berkali-kali. Entri ustaz mendorong saya menyatakan kepercayaan begini. Bersabar selalunya perlu lebih dari sekali cubaan..tkasih.

  13. terima kaseh ustaz atas artikel ini, betul2 apa yang saya perlukan pada saat ini, ketika ini

  14. btl tp kadang2 kita tk sedar prasaan xsbr tu dtg tiba2…tp sabar la bt kita kuat tuk tegakkan pagar yg akan tumbang…
    yaAllah,hidup penuh dugaan…kdg2 sy tk mmpu harungi sendiri…menangis dlm diri…

  15. salam.sabar yang sukar adalah sabar unt meninggalkan maksiat..moga kita diberi kekuatan untuk sntiasa brsabar drpd melakukan kemaksiatan…amiin…

  16. salam, maaf ustaz sedikit pertanyaan.

    jikalau dalam kita tempoh proses pembelajaran itu, pengajar kita memaki hamun dengan perkataan-perkataan yang tidak baik, menyatakan kita tidak layak untuk memasuki bidang ini dan sebagainya, dalam masa yang sama tidak pula dalam kemarahannya itu menunjukkan riak suka dan mahu mengambil kisah tentang perihal anak-anak muridnya dan dalam masa yang sama juga sentiasa ‘compare’ kan diri beliau yang dulunya hebat dengan generasi sekarang yang tidak hebat. Juga tambahan hanya tahu kritik dan tidak menawarkan alternatif atau cara untuk mengatasi masalah sehingga ada yang tidak tahan akan hal ini, mengambil langkah untuk keluar terus daripada bidang tersebut.

    dalam kondisi tersebut, adakah individu yang masih setia di bidang itu harus tetap terus bersabar? Atau boleh melakukan cara yang lain, seperti berdiskusi dengan pengajar-pengajar tersebut tentang perihal ini?

    jazakallahu khair ustaz kerna sudi membaca.

  17. Salam.

    Ini artikel daripada dua tahun dahulu? Sangat mengesan, mungkin kerana mengenai sasaran.

    Dua tiga hari lalu saya tatkala menunggu bas ke sekolah saya ada fikir betapa pembelajaran ini sama seperti menyusun kepingan-kepingan puzzle.

    Ada edge puzzle; itu menunjukkan boundary, scope. Ada gambar bagaimana ia perlu jadi, itu objectif. Hanya sahaja kepingannya puzzle itu kecil, banyak, bercampur-aduk, dan ia tidak bernombor!

    Bersabarlah. Dan bersabarlah kita mencantumnya. ๐Ÿ™‚

    Jazakallahu khairan Ustaz.

  18. terima kasih ustaz atas artikel ini.mengingatkan kembali zaman universiti yg saya tinggalkan 2 tahun lepas.bgimana Allah beri kekuatan utk saya bersabar dan memahami kenapa sy berada dlm jurusan yg saya tak pernah rasa saya minat.Alhamdulilah sy grad dan bekerja dlm bidang yg mmg memerlukan kesabaran yg tinngi juga!Moga Allah rahmati ustaz atas artikel yg byk membuka minda saya selama ini dan sedikit sbyk mengajar utk sy supaya rajin membaca & berfikir.sya sendiri silent reader ustaz dari zaman matrik smpi skrg:).dan mmg ada collection of articles ustaz yg saya save dlm hard disc buat rujukan.again,terima kasih ustaz ๐Ÿ™‚

  19. ummuninasmaysar

    Assalamu’alaikum ustaz.

    Thank you for the well-written article, mashaAllah.

    May Allah SWT bless you and your family.

    Wassalam.

  20. Asalamu’alaikum ustad
    ustad aku udah brusaha untk menyabar kan diri,tp kadang2 org2 thu bertambah kasar ngomong nya,bgaimana cara nya lg ustad..kadang, ndak tahan lg ustad

Leave a Reply to baihaqi hassan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share