Berhati-hati Semasa Memaku Kehidupan

20121205-220711.jpg

 

“Penting sangatkah psikologi dalam mendidik anak-anak?” tanya seorang bapa.

Antara soalan yang sering saya terima di hujung mana-mana sesi ceramah keibubapaan.

Herdik.

Tali pinggang.

Rotan.

Hanger baju!

Sekeh dan lempang.

Malah secara lisannya tengking, sindir dan perli.

Semua itu biasa.

Sangat biasa.

Sebahagian daripada budaya masyarakat kita. Dan lanjutan daripada kebiasaan itu, kita berhujahkan diri sendiri, bahawa kita ok. Maka apa yang kita terima dahulu adalah ok. Lalu menggunakan kaedah yang sama dalam keibubapaan kita kepada anak-anak sendiri juga, adalah ok.

Memang sukar untuk mengatasi cara pandang yang sebegini. Kita bias dalam membuat penilaian terhadap kadar ‘ok’ diri kita sendiri.

ู‚ุงู„ ุนู…ุฑู ุจู†ู ุงู„ุฎุทู‘ูŽุงุจู ุฑุถููŠ ุงู„ู„ู‡ู ุนู†ู‡ : ุญุงุณูุจูˆุง ุฃู†ูุณูŽูƒู… ู‚ุจู„ ุฃู† ุชูุญุงุณูŽุจูˆุง ุŒ ูˆุฒูู†ูˆุง ุฃู†ูุณูŽูƒู… ู‚ุจู„ ุฃู† ุชููˆุฒู†ูˆุง ุŒ ูุฅู†ู‘ูŽู‡ ุฃุฎูู‘ู ุนู„ูŠูƒู… ููŠ ุงู„ุญุณุงุจู ุบุฏู‹ุง ุฃู† ุชูุญุงุณูุจูˆุง ุฃู†ูุณูŽูƒู… ุงู„ูŠูˆู…ูŽ ูˆุชุฒูŠู‘ูŽู†ูˆุง ู„ู„ุนูŽุฑุถู ุงู„ุฃูƒุจุฑู ุŒ ูƒุฐุง ุงู„ุฃูƒุจุฑู { ูŠูŽูˆู’ู…ูŽุฆูุฐู ุชูุนู’ุฑูŽุถููˆู†ูŽ ู„ูŽุง ุชูŽุฎู’ููŽู‰ ู…ูู†ู’ูƒูู…ู’ ุฎูŽุงูููŠูŽุฉูŒ }

Umar bin al-Khattab radhiyallahu ‘anhu telah berkata: hitung-hitunglah dirimu sebelum dirimu itu dihitung. Timbang-timbangkan dirimu sebelum dirimu itu ditimbang. Maka sesungguhnya Allah akan meringankan hisab ke atas dirimu esok, jika engkau menghisab dirimu hari ini. Hiaslah dirimuย untuk tujuan yang terbesar, dan demikian itu (Akhirat) adalah tujuan yang besar.ย 

69_18

Pada hari itu, kamu semua dihadapkan (untuk hitungan amal); tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi (kepada Allah) dari perkara-perkara kamu yang tersembunyi. [Al-Hฤqqah 69: 18]

[ุงู„ุฑุงูˆูŠ: ุซุงุจุช ุจู† ุงู„ุญุฌุงุฌ ุงู„ู…ุญุฏุซ: ุงุจู† ูƒุซูŠุฑ – ุงู„ู…ุตุฏุฑ: ู…ุณู†ุฏ ุงู„ูุงุฑูˆู‚ – ุงู„ุตูุญุฉ ุฃูˆ ุงู„ุฑู‚ู…: 2/618
ุฎู„ุงุตุฉ ุญูƒู… ุงู„ู…ุญุฏุซ: ู…ุดู‡ูˆุฑ ูˆููŠู‡ ุงู†ู‚ุทุงุน]

META MUHASABAH

Secara berfalsafahnya, kita seperti perlu keluar daripada diri sendiri, melihat dari luar tentang diri sendiri, mempertimbangkan buruk atau baiknya kita untuk jujur terhadap kesimpulan yang hendak dibuat terhadap cara kita dibesarkan.

Muhasabah.

Dua hala, bukan antara diri kita dengan orang lain. Tetapi diri kita dengan diri kita sendiri.

Andai kita berpuas hati dengan diri sendiri, kita mungkin sedang dibelenggu ego.

AL-KIBR, istilahnya di dalam Islam.

Anak-anak berhak untuk menjadi lebih baik daripada ibu bapa mereka, justeru alasan “mak saya dulu” atau “ayah saya dulu” bukanlah slogan ibu bapa yang adil kepada anak-anak mereka. Tugas ibu bapa adalah untuk mengacu anak-anak dengan apa yang benar. Maka, asas pertama menjadi ibu bapa dalam hal ini adalah mengenali kebenaran, agar boleh memperkenalkan kebenaran.

Kesetiaan ibu bapa kepada kebenaran, menjadikan fikirannya tentang anak-anak adalah bagaimana membantu anak-anak mencapai standard kebenaran, bukan standard ibu atau standard bapa.

Apa yang pasti, anak-anak berhak untuk menjadi insan yang lebih baik daripada ibu bapa mereka. Mereka perlu dibantu untuk bersedia menyambut hari mereka, bukan dibayangi hari-hari kita, yang esok lusa akan pergi buat selamanya.

Berhati-hatilah dalam mendidik anak, anak murid, anak buah, dan semua yang bernama kanak-kanak.

Pendidikan buat mereka adalah seperti memaku paku di keping papan. Jika tersalah, pakunya boleh dicabut, namun papan jadi berlubang.

Parut emosi, bukan mudah untuk mengatasinya.

HASRIZAL @ www.saifulislam.com
43000 BSP

.

Check Also

Kita Cintakan Kematian Seperti Mereka Cintakan Kehidupan

“Kita diajar cintakan kematian bagai musuh kita cinta kehidupan” Ia adalah kata-kata yang datang daripada …

12 comments

  1. Yang boleh di buat sekarang adalah memaafkan kedua ibu bapa dan memaku kehidupan sendiri dengan mebaca buku-buku motivasi.

  2. masa berbeza
    cara berbeza
    fikir berbeza
    terima berbeza
    hasil berbeza

    • Salam.

      Simpulnya…

      Kita perlu medidik diri dahulu….

      Kita adalah bagaimana kita dibesarkan…masih boleh digunapakai..?

      Setuju ..mendidik dengan kebenaran…

  3. Saya terkedu.

    Saya dilahirkan dalam suasana keluarga yang kacau-bilau. Menempuhi zaman kanak-kanak dalam keadaan porak-poranda. Walaupun tidak menjadi fakir, keluarga saya tetap mengalami kemiskinan daripada sudut akhlak dan agama. Saya membesar dengan melihat peribadi ayah saya yang jauh daripada Islam, emak pun menjauhi solat. Dibesarkan dalam keadaan penuh tekanan atas sikap tidak bertanggungjawab ayah saya, kami anak-anak bersama emak terpaksa melarikan diri atas dasar keselamatan fizikal dan mental.

    Walaupun emak saya telah banyak bersusah payah untuk saya dan adik-beradik saya daripada aspek fizikal, namun pendidikan hati kami juga kelihatan terabai. Saya gagal membaca al-quran, hukum agama pun saya sering keliru dalam menghadapi sesuatu situasi, solat pun gagal. Emak saya sering menyebut kita kena ikut suruhan Allah, baru Allah tidak murkai kita, jaga segala asas-asas agama seperti solat. Tetapi beliau sendiri tidak solat dan sering memarahi saya apabila saya bertanya tentang solat dan bersikap remeh dalam hal-hal solat. Ketika waktu-waktu solat, televisyen menjadi hiburan tetap diteruskan bahkan tidak dipedulikan tentang apa yang lebih utama.

    Paling saya gusar dan kecewa, walaupun diajar untuk beradab dan manis dalam peradaban sesama manusia, emak saya juga mengajar saya mengambil kesempatan jika mengalami sesuatu situasi. Saya diajar menipu untuk melepaskan diri daripada sesuatu masalah, penyalahgunaan barangan yang bukan hak kami dan juga banyak lagi. Manis mulut apabila berbicara dengan kawan-kawan beliau namun apabila di belakang mereka, mengumpat dan mencaci menjadi tujuhan untuk mereka yang nampak kurang di mata beliau.

    Bagaimana saya mahu jadi baik ustaz, jika saya sering ditengking dan dimaki hamun dengan carutan-carutan apabila beliau marah. Jika beliau mengalami masalah dan tekanan sama ada ditempat kerja dan pelbagai tempat lagi, kami adik-beradik yang menjadi sasaran untuk melepaskan tekanan. Kadang-kala, disuruh saya melakukan perkara yang haram. Dengan ayah saya pula melakukan penipuan dalam pekerjaan. Pekerjaan mencuri pasir, memalsukan pasport, nombor ekor dan lain-lagi.

    Emak pun begini, ayah pun begini. Saya sudahlah keseorangan, dengan rakan-rakan pun saya tidak mampu meluahkan masalah sebagai pelega perasaan kerana saya tidak percaya dengan mereka.
    Hanya asrama sekolah saya yang menyelamatkan saya. Tetapi, saya sayang mereka berdua. Saya tidak mahu mereka memilih jalan untuk neraka. Aduhai dunia ini.

    – 20 Tahun

    • salam adik arif,
      xsangka adik masih lagi dikurniakan Allah kesedaran dan hidayah dlm membezakan antara hak dan batil.Alahamdulillah untuk itu,menunjukkan Allah begitu sayangkan adik.walaupun hidup dlm keluaga sebegitu tapi adik masih lagi dilindungi Allah.sungguh simpati.kuatkan iman dan belajar rajin2.adakah adik di kolej sekarang? carilah kawan yg baik yg dapat membimbing adik.
      kalau sudah habis belajar – carilah kerja yg baik2.In sya Allah setelah berjaya adik boleh melangkah keluar dari rumah untuk hidup berdikari dan ikut jln yg diredhai Allah.
      Lihatlah ayat ini:

      โ€œApakah kamu mengira kamu akan masuk ke dalam syurga, sedangkan belum tiba ke atas kamu seperti apa yang dilalui oleh mereka yang sebelum kamu? Mereka itu diuji dengan kemelaratan, kesengsaraan dan digoncang, hingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman dengannya: Bilakah pertolongan Allah(mahu sampai)?โ€ Surah Al-Baqarah ayat 214.

      semoga adik berjaya mendalami Al-Quran dan melengkapkan diri dgn ilmu2 agama. disitu terdapat rahmat, pengubat dan ketenangan . Mudah2an dgn pertolongan Allah ia dpt mengubati segala kesengsaraan hidup adik ๐Ÿ™‚

      kakak harap adik akan terus istiqamah dlm memilih jalan yg benar ini ๐Ÿ™‚

      salam ukhuwah

      • terima kasih kak…

      • Salam Adik Arif;

        alhamdulillah, Allah memilih adik untuk menjadi pendidik keluarga ke arah kebenaran, kesucian dan kehebatan agama islam. Allah memberi peluang adik belajar di peringkat tinggi, ins sha Allah..di sini kehidupan baik boleh bermula.

        mami dulu pun sangat jahil agama, ibu bapa tidak memberi didikan agama, tapi mami redha kerana Allah telah menemukan mami dengan sahabat-sahabat yang baik. mami mula mengaji Quran pada umur 21 tahun- selepas hampir selesai diploma. sahabat yang mengajar Quran..

        Ada seorang kawan mami, beliau juga berasal dari keluarga porak peranda…namun pada hari ini beliau berada dikemuncak kejayaan…jangan fikir sangat kekurangan keluarga, hanya fikirkan Allah tempat mengadu dan bergantung harap.

        terima kasih.

    • Kaunselor sedia mendengar. Berkongsilah. ๐Ÿ™‚

  4. Saat pembelajaran di zaman kita adalah berbeza dan pendekatan pengajaran anak2 berbeza.Bahkan ketika zaman itu, pengajaran dari bentuk fizikal adalah yg terbaik.

    Namun kita tidak seharusnya menyalahkan ibu bapa kita, bahkan bersyukur kerana pembelajaran dan pengajaran itu mengajar kita untuk menjadi ibubapa baik dari sudut berbeza.Di mana kita tidak menggunakan material atau pengajaran bentuk fizikal spt zaman2 kita dahulu.

    Oleh itu, hanya kita sbg ibu bapa dan individu tahu apa terbaik utk kita dan anak2 kita…

  5. Ada dikatakan dan dakwaan bahawa saidina Ali radiallahuanhu , bahawa beliau menasihati ibubapa untuk mendidik anak-anak sesuai dengan zaman mereka. Boleh ustaz huraikan? Terima kasih

  6. anak-anak soleh solehah jaminan syurga ibu bapa, insyaAllah ๐Ÿ™‚

  7. ketika anak masih kecil adalah masa yang paling sesuai untuk memuhasabah diri sendiri…berubah jika perlu demi untuk ms depan anak-anak yang cemerlang…jika sukar…mohonlah petunjuk & kekuatan daripada Allah SWT kerana apa yang berlaku skrg adalah cerminan ms depan kelak…melentur buluh biarlah dari rebungnya…peringatan & pedoman untuk diri sendiri juga istimewa buat sahabat-sahabat semua…semoga kita menjadi ibu bapa yang cemerlang & diredhai Allah SWT…Amin ๐Ÿ˜‰

Leave a Reply to Shaklee Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share