Virus Dungu Dalam Budaya Prank dan Shenanigan

Boycriedwolfbarlow

Ilustrasi oleh Francis Barlow di dalam hikayat “The Boy who Cried Wolf”, yang beliau gelar sebagai ย DE PASTORIS PUERO ET AGRICOLIS, 1687 [wikipedia]

“Tolong! Tolong! Serigala menyerang kambing saya!” jerit anak muda itu.

Orang kampung prihatin.

Bergegas mereka memanjat bukit.

Mahu menolong.

Ada yang bawa parang, ada yang bawa cangkul. Ada yang terkumat kamit mulut berdoa, memohon keselamatan. Hilang kambing, besar musibahnya.

“Mana? Mana? Mana serigala durjana?” tanya orang kampung.

Anak muda itu ketawa.

Bergurau katanya.

Menguji iman orang kampung.

Orang kampung geram. Tetapi habis-habis pun, mereka mengurut dada. Seorang dua menunding telunjuk. Budak-budak, memang budak-budak. Tetapi jangan perbudakkan orang tua.

DUA TIGA KALI BULAN MENGAMBANG

Selang dua tiga purnama, anak muda itu ketagih perhatian. Ingin mengulang keinginan.

“Tolong! Tolong! Serigala menyerang kambing saya!” jerit anak muda itu di lereng bukit.

Orang kampung terkejut.

Serangan serigala bukan khayalan. Ia pernah berlaku. Tidak mustahil berlaku lagi. Tetapi si anak muda itu pernah membuat onar. Ada atau tidak serigala?

“Jangan main-main. Ini tanggungjawab kita” fikir pihak yang ramai.

Bergegas mereka memanjat bukit.

Mahu menolong.

Ada yang bawa parang, ada yang bawa cangkul. Ada yang terkumat kamit mulut berdoa, memohon keselamatan. Hilang kambing, besar musibahnya. Serigala lapar, buruk padahnya.

“Mana? Mana? Mana serigala durjana?” tanya orang kampung.

Anak muda itu ketawa lagi.

“Senang benar mereka ditipu!” kata hatinya.

Penduduk kampung geram. Baik hati mereka jadi permainan. Dipermain-mainkan.

“Siaplah engkau!” kata mereka.

Mengepal tangan.

Anak muda itu ketawa. Seperti ‘tengin’ tidak belajar apa-apa.

SELANG BEBERAPA PURNAMA

“Hmm, bosan sungguh meneman kambing meragut rumput. Aku pula terasa seperti kambing!” anak muda menguis-nguis daun kering di bawah pokok.

“Grrr!” terdengar dengusan penuh nafsu di balik busut.

Seekor serigala besar sedang memilih mangsa antara kambing gembalaanya.

Benar, ia serigala sebenar. Bukan khayalan. Bukan gurauan. Ia di depan mata. Sedang memilih mangsa.

“Tolong! Tolong! Serigala menyerang kambing saya!” jerit anak muda itu di lereng bukit.

Orang kampung terkejut.

Kemudian mereka ketawa.

“Gembala kambing mahu memperbodohkan kita lagi, seperti kambingnya? Lantakkan dia. pedulikan!” ujar orang kampung.

Tidak pernah terlontar satu kejahatan, kecuali ia akan berpatah kembali kepada pelakunya. Anak muda penggembala kambing, menangis di bukit. Habis kambingnya diratah serigala.

Tangisan yang di luar peduli.

Tiada salah siapa, kecuali diri sendiri.

BUDAYA PRANK

Victor_JustForLaughs_trademark

Just for Laughs [sumber wikipedia]

Mengenakan orang dengan amaran-amaran palsu ini bukan perkara baru. Ia sudah lama diungkap di dalam sejarah. Kisah budak dengan serigala ini merupakan salah satu daripada kisahย Aesop’s Fables atau Aesopica merujuk kepada legasi Greece Purba antara tahun 620 and 560 BCE. Ia dikaitkan dengan ajaran Aristotle yang menegaskan bahawa orang yang berbohong mendapat habuan iaitu apabila mereka bercakap benar, mereka tidak akan dianggap benar (tidak dipercayai)” [THE LIVES AND OPINIONS OF EMINENT PHILOSOPHERS]

Budaya ini seiringian dengan mentaliti ‘loyar buruk’ yang semakin meraih keberanian untuk membesar. Ia bukan sekadar perkataan, tetapi dizahirkan melalui perbuatan. Malah 1 April menjadi hari ‘ibadah’ untuk budaya prank ini.

Budaya-budaya ini merupakan budaya rendah yang menjadi kebiasaan masyarakat hedonisme Hollywood, lalu tersebar untuk diterima sebagai suatu hiburan oleh golongan yang bermentaliti rendah. Bergurau tidak kena tempat. Jika suatu ketika dahulu ia menjadi bahan ketawa seperti siri America’s Funniest People keluaran Amerika Syarikat sekitar 1990’an, juga Just for Laugh (Juste Pour Rire) terbitan Kanada. Tetapi lama kelamaan ia berubah menjadi versi yang agresif ย Jackass menjelang milenia baru.

Dengan jati diri yang rendah, apa sahaja yang datang ke sini dari sana, ditelan, diterima, dan menjadi budaya kita. Budaya prank dan seiringan dengannya parody, kedua-duanya menjatuhkan harga diri kita.

Biar pun ‘Prank and Parody‘ itu kini menjadi begitu trending dan digilai ramai, tanpa rasa kolot, saya ingin meletakkan satu saranan iaitu pesanan Nabi sallallahu alayhi wa sallam:

ุฅู† ู…ู…ุง ุฃุฏุฑูƒ ุงู„ู†ุงุณ ู…ู† ูƒู„ุงู… ุงู„ู†ุจูˆุฉ : ุฅุฐุง ู„ู… ุชุณุชุญูŠ ูุงุตู†ุน ู…ุง ุดุฆุช

“Sesuatu yang telah diketahui oleh sekalian manusia sepanjang zaman sebagai sebahagian daripada pesanan-pesanan kenabian ialah: JIKA KAMU TIDAK MALU, BUATLAH APA SAHAJA YANG KAMU MAHU” ย [hadith riwayat al-Bukhari nombor 3484]

Parodi yang sifatnya membodohkan diri, menjatuhkan maruah diri sendiri (sebelum menjatuhkan maruah orang lain), dan perlakuan-perlakuan yang mengaibkan, batas pemisahnya hanya satu, ada MALU atau TIDAK ADA RASA MALU. Jika ada rasa malu, tandanya ada iman. Jika tidak kisah memalukan diri sendiri dan mangsa ‘Prank and Parody’, tepuk dada tanya iman.

Manakala prank pula, semakin menjadi fenomena global malah dinanti-nanti bukan hanya di media sosial, bahkan ย turut rancak di radio dan televisyen.

Ingatlah pesan Nabi sallallahu alayhi wa sallam:

ย ุงู„ู…ุณู„ู…ูย ู…ู†ย ุณู„ูู…ย ุงู„ู…ุณู„ู…ูˆู†ย ู…ู† ู„ุณุงู†ูู‡ ูˆูŠุฏูู‡ ุŒ ูˆุงู„ู…ู‡ุงุฌุฑู ู…ู† ู‡ุฌุฑ ู…ุง ู†ู‡ู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนู†ู‡

Seorang Muslim itu, seseorang yang kaum muslimin lain terselamat daripada kejahatan lisah dan tangannya. Orang yang berhijrah pula, adalah seseorang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah daripadanya” [Hadith riwayat al-Bukhari nombor 6484]

Islam melarang Muslim berdusta, walaupun sekadar gurauan. Baginda Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam memberi amaran:

ูˆูŠู„ูŒ ู„ูู„ูŽู‘ุฐููŠ ูŠูุญูŽุฏูู‘ุซู ุจุงู„ุญุฏููŠุซูย ู„ููŠูุถู’ุญููƒูŽย ุจูู‡ูย ุงู„ู‚ูˆู’ู…ูŽย ููŠูŽูƒูŽุฐูุจู ูˆูŠู„ูŒ ู„ูŽู‡ู ูˆูŠู„ูŒ ู„ูŽู‡ู

“Celakalah seseorang yang berbicara dengan suatu perbicaraan untuk menjadikan orang ramai ketawa sedangkan beliau berdusta. Celakalah dia, celakahlah dia” [Hadith riwayat ย al-Tirmidhi]

Apatah lagi jika gurauan itu sifatnya adalah menakut-nakutkan saudaranya:

ุฃู†ูŽู‘ู‡ู… ูƒุงู†ูˆุง ูŠุณูŠุฑูˆู† ู…ุน ุงู„ู†ูŽู‘ุจูŠูู‘ ุตู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ูŽู‘ู… ูู†ุงู… ุฑุฌู„ูŒ ู…ู†ู‡ู… ูุงู†ุทู„ู‚ ุจุนุถูู‡ู… ุฅู„ู‰ ุญุจู„ู ู…ุนู‡ ูุฃุฎุฐู‡ ููุฒูุน ูู‚ุงู„ ุฑุณูˆู„ู ุงู„ู„ู‡ู ุตู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ูŽู‘ู… ู„ุง ูŠุญูู„ูู‘ ู„ู…ุณู„ู…ู ุฃู†ย ูŠูุฑูˆูู‘ุนูŽย ู…ุณู„ู…ู‹ุง

Pada suatu ketika, mereka bersama-sama dengan Rasulullah sallallahu alayhi wa sallam di dalam sebuah perjalanan. Lalu salah seorang daripada mereka tertidur. Kemudian sebahagian mereka pergi mengambil tali dan mengikat lelaki yang tertidur itu tadi, dan beliau terkejut ketakutan. Lalu Rasulullah sallallahu alayhi wa sallam bersabda, “TIDAK HARUS BAGI SEORANG MUSLIM MENAKUT-NAKUTKAN SEORANG MUSLIM YANG LAIN” [Al-Targheeb wa al-Tarheeb, hadithย 3/403]

Budaya Prank dan Shenanigan ini adalah sebuah kegelinciran akhlaq yang mesti diberhentikan segera.

HASRIZAL @ www.saifulislam.com
43000 BSP

 

Check Also

Kita Cintakan Kematian Seperti Mereka Cintakan Kehidupan

“Kita diajar cintakan kematian bagai musuh kita cinta kehidupan” Ia adalah kata-kata yang datang daripada …

11 comments

  1. Kalau tak silap saya di kalangan sahabat Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam pun ada seorang prankster juga.. Namanya, Nuaiman.. namun prankingnya itu hanya tertumpu sekitar orang yang mengenali beliau sahaja, termasuklah Baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam sendiri… Pun begitu, dikhabarkan perangai suka buat prank itu terhenti, setelah saidina Uthman b Affan R.A dibunuh. No time for laugh after that i guess..

  2. saya juga tidak bersetuju dgn budaya prank. saya juga berharap ianya dapat di hentikan dengan segera. saya mendapat tahu ada seorang artis, Sharifah Shahira yang juga telah di prank kan pada waktu maghrib untuk program TV. simpati dengannya, terperanjat dengan prank itu terjatuh dan kepalanya luka berdarah. doktor telah memberikan 5 hari MC, namun dia terpaksa juga kerja. di harap kisah artis ini menjadi pengajaran kepada program TV agar bijak sedikit.

  3. SubhanAllah. Allahu zidka khairan ya ustaz.

    Artikel ini bagus jika panjangkan ke peti emel CEO, penerbit jika sesiapa ada emelnya.

    Hidayah milik Allah, tidak ada pada ulama. Jauh sekali pendosa seperti kita. Tapi kita saling menyampai mengikut keupayaan masing-masing.

    “Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman.โ€ (Surah al-Anโ€™am, ayat 125).

  4. basri bin abdullah

    Salam.bgmn dgn parodi mat lutfi ustaz…

    • Wassalam.

      Mohon maaf, sekiranya saya boleh memberi pandangan terhadap soalan tersebut.

      Mengenai istilah parodi yang ustaz gunakan, saya memahaminya dalam kerangka yang ustaz nyatakan iaitu โ€œparodi yang sifatnya membodohkan diri, menjatuhkan maruah diri sendiri (sebelum menjatuhkan maruah orang lain), dan perlakuan-perlakuan yang mengaibkan, batas pemisahnya hanya satu, ada MALU atau TIDAK ADA RASA MALUโ€. Maka bentuk gurauan yang kita faham sebagai parodi tetapi tidak melibatkan perbuatan memalukan diri sendiri dan orang lain tidak termasuk dalam kritikan ustaz.

  5. As Salam, apa pendapat jika seseorang sedang bercakap tapi tidak sedar ‘tersalah’ cakap dan menyebabkan menjadi bahan lawak apabila berkumpul kawan-kawan, dan orang itu tidak kisah / tidak ambil hati jika kawan itu mengungkit perkataan yang salah cakap itu.

  6. Assalamualaikum wrt.

    Mesej dan kritikan utama ustaz dalam artikel ini saya setuju dan terima sepenuhnya.

    Mengenai istilah parodi yang ustaz gunakan, saya memahaminya dalam kerangka yang ustaz nyatakan iaitu “parodi yang sifatnya membodohkan diri, menjatuhkan maruah diri sendiri (sebelum menjatuhkan maruah orang lain), dan perlakuan-perlakuan yang mengaibkan, batas pemisahnya hanya satu, ada MALU atau TIDAK ADA RASA MALU”. Maka bentuk gurauan yang kita faham sebagai parodi tetapi tidak melibatkan perbuatan memalukan diri sendiri dan orang lain tidak termasuk dalam kritikan ustaz.

    Cuma, kalau saya boleh beri sedikit maklum balas, penggunaan istilah shenanigan yang berada di tajuk kemudian tidak timbul lagi dalam sehinggalah di hujung artikel menjadikan saya rasa istilah tersebut tak cukup kaitan dengan artikel ini.

    Mohon maklum balas ustaz terhadap kefahaman dan jika ada, kesilapan saya dalam memahami artikel ini.

  7. betul sekali, menurut saya beda tipis dengan komedi, terkadang memang serasa komedo namun bisa muncul sesutau yang tidak baik.

  8. menarik pula kisah pengembala kambing dengan serigala bila diolah dengan baik

  9. Betul tu. Budaya ini mampu menjejaskan kepercayaan org kpd kita..

  10. Assalammualaikum & salam sejahtera.
    Mempelawa pelajar lepasan SPM & STPM untuk melanjutkan pengajian peringkat Diploma dari INSTEDT & usahasama UiTM.

    Program yang ditawarkan :

    1. Diploma Kejururawatan
    2. Diploma Pengurusan & Teknologi Pejabat-UiTM
    3. Diploma Pengajian Sukan-UiTM
    4. Diploma Grafik Media Digital
    5. Diploma Kesetiausahaan Undang-Undang
    6. Diploma Kesetiausahan Kesihatan
    7. Diploma Pengajian Islam
    8. Diploma Pengurusan Pelancongan
    9. Diploma Pengurusan Perhotelan
    10. Diploma Teknologi Maklumat
    11. Diploma Pengurusan Perniagaan
    12. Diploma Perakunan
    13. Diploma Perbankan & Kewangan Islam

    Bagaimana untuk mendaftar?

    1. Sila klik link dibawah untuk lihat syarat kelayakan, maklumat program & pendaftaran

    http://www.instedt.edu.my/wassup/index.html

    2. # PENTING : Pada borang pendaftaran, penuhkan ruangan yang disediakan & tulis โ€˜zuraini297โ€ฒ pada kolum โ€˜staff idโ€™ bagi memudahkan urusan pihak berwajib.

    Mohon dihebahkan.

    Sebarang pertanyaan, sila hubungi 07-8222008 (INSTEDT)

    Sekian, terima kasih.

Leave a Reply to Maskangkong Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share