Home / PRU14 / Mengajak Sokong Secara Paksa

Mengajak Sokong Secara Paksa

Tak nak!

Tak nak!

Seorang elaki mendapat petua bahawa minyak ikan bagus untuk anjing kesayangannya. Maka setiap hari, beliau akan mengepit anjing itu di celah kakinya, membuka mulut anjing tersebut untuk memasukkan sesudu minyak ikan yang berkhasiat berkenaan.

Anjing itu meronta-ronta.

Selalunya lelaki berkenaan berjaya.

Satu hari, rotaan anjing itu begitu kuat, dan akhirnya beliau terlepas botol minyak ikan dari tangannya, lalu tumpah ke lantai. Tanpa disangka-sangka, anjingnya menjilat dengan penuh selera minyak ikan itu hingga licin di lantai.

Barulah lelaki berkenaan tersedar, bahawa selama ini anjing beliau meronta bukan kerana tidak sukakan minyak ikan. Tetapi sebab beliau cuba memberinya secara paksa.

Petikan buku How Full Is Your Cup: 64 stories that can transform the way you look at life, oleh Sampath J.M.

RENUNGAN

Bagaimana agaknya kesan mengajak orang menyokong kita secara paksa? Dikepit, dicekik, dicekup, dijerkah, supaya makan resepi berkhasiat kita ini… sukar bukan? Hingga kita sangka mereka menolak kebaikan. Rupa-rupanya cara kita menyampaikan itu yang tidak kena.

Itu, jika kita lelaki berkenaan.

Jika kita di anjing tersebut?

Selama ini garang benar kita melawan sebab lawan kita itu menekan. Tetapi apabila lawan kita tahu bahawa kita bukan tidak sudi dengannya, cuma dia yang keras. Sekali dia berlembut, menjilat-jilatlah kita licin habuan yang tumpah.

Jangan garang memaksa, jangan keras melawan, yang keras mudah patah. Belajarlah kesabaran air melekukkan batu. Setitik sehari, lama-lama pecah juga.

Insya-Allah.

Maklum Balas

Maklum Balas

About Hasrizal

A school teacher and a lifelong learner. Oulu, Finland

Check Also

Isä… Minä Rakastan Sinua

“Daddy, I love you” Semasa membaca coretan seorang guru Finnish bernama Maarit Korhonen di dalam …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.