Home / Kembara Finland / Autism Dan Atheism

Autism Dan Atheism

Satu lagi sebab yang SANGAT PENTING mengapa falsafah pengajaran dan pembelajaran wajib berubah termasuk (terutama) di dalam pendidikan agama ialah, kefahaman yang semakin maju berkaitan sains kognitif membantu kita memahami kenapa AUTISM mempunyai potensi yang sangat besar untuk menjadikan seseorang itu ATHEIST atau AGNOSTIC.

Di dalam kategori High Functioning Autism, karakter-karakter tegar HFA adalah seperti

  1. Hypoactive agency detection.
  2. Concrete; literal-minded; discomfort with symbolic fluidity; local processing bias; attraction to scientism.
  3. Need for sameness and predictability, dan
  4. Difficulty navigating new social relations.

Kesemua ciri ini menyebabkan perkara-perkara ghaybiyyat sukar digarap dan menjadikan seorang murid autistic akan membina set of belief beliau sendiri serta menolak agama yang highly structured.

Maka, pembelajaran secara teacher-centered essentialism, apatah lagi perennialism, akan mengongkong murid autistik dan berisiko menguatkan lagi sebab untuk murid itu menjadi atheist dan agnostik.

Kanak-kanak autistik memerlukan persekitaran pembelajaran student-centered existentialism untuk membebaskan proses pembelajaran mereka daripada struktur. Ia mungkin kedengaran menakutkan untuk golongan biasa (NT), tetapi ia adalah daerah pembelajaran yang mudah-mudahan menyelamatkan generasi autistik, dan bercirikan autistik, daripada menjadi MULHID.

Masih banyak kajian pedagogi diperlukan dalam pendidikan agama bagi murid berkelainan upaya serta berkeperluan khas.

Saya meletakkan harapan yang tinggi kepada Menteri Pendidikan kita yang baru serta pasukannya untuk menyokong kajian serta penyediaan prasarana yang baik bagi pendidikan khas ini.
.
#myfinlandmoment #malaysiabaharu #harapanpendidikan #autism#highfunctioningautism

HASRIZAL
Oulu Finland

Maklum Balas

Maklum Balas

About saifulislam

A school teacher and a lifelong learner. Oulu, Finland

Check Also

Saranan Balas Kepada Pandangan Puan Elmarié Potgieter

Cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Puan Elmarié Potgieter ini juga adalah harapan saya secara peribadi tentang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.