Home / PRU14 / Malaikat Pun Lari Meninggalkan

Malaikat Pun Lari Meninggalkan

Di dalam beberapa sesi live yang telah dibuat sepanjang 24 jam lalu saya dapati masih ramai pengundi atas pagar yang memerlukan assurances untuk mengundi. Mereka telah overwhelmed dengan info yang terlalu banyak. Mereka perlu kepada big picture thinking, dan conclusive opinions.

Cabaran terbesar bukanlah cyber troopers BN atau pengundi tegar BN, tetapi hardcore PAS yang konsisten dengan kekerasan dan kekasaran.

Sudahlah data-data rekod PRU lepas dan analisis semasa tidak diendahkan untuk membuktikan kemenangan yang mereka warwarkan, sekurang-kurangnya akhlak dan formula ‘membalas kejahatan dengan kebaikan’ boleh mencipta keajaiban… itu pun tidak mereka manfaatkan.

Memaki hamun sebagai sebuah parti politik yang bersendirian, adalah formula paling pelik untuk mencipta kemenangan.

Manusia lari.

Malaikat pun lari meninggalkan orang yang memaki hamun.

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa satu ketika seorang lelaki sedang mencaci Abu Bakar r.a sedangkan Nabi s.a.w sedang duduk di hadapannya. Orang itu terus mencacinya sedangkan Abu Bakar r.a dan Nabi s.a.w terus bersabar mendengarnya. Lantas Nabi s.a.w tersenyum. Apabila orang itu mencacinya dengan keterlaluan, lantas Abu Bakar r.a menjawab akan caciannya. Mendengarkan akan jawaban itu, Nabi s.a.w begitu marah, bangun, lalu meninggalkannya.

Abu Bakar r.a menyusul Nabi s.a.w dibelakangnya dan berkata: Ya Rasulullah s.a.w, apabila orang itu terus mencaciku engkau masih tetap duduk dan apabila aku menjawabnya, tuan nampaknya marah dan bangun?

Nabi s.a.w menjawab: Semasa kamu diam dan bersabar mendengarnya, seorang malaikat bersama denganmu yang mana sedang menjawab caci maki orang itu bagi pihakmu, tetapi apabila kamu menjawabnya semula, malaikat itu meninggalkanmu, dan syaitan telah datang di antara kamu, dan aku tidak mahu duduk bersama dengan syaitan; oleh kerana itu aku meninggalkan kamu.

(Hadis Riwayat Ahmad)

HASRIZAL
Oulu Finland

Maklum Balas

Maklum Balas

About saifulislam

A school teacher and a lifelong learner. Oulu, Finland

Check Also

Saranan Balas Kepada Pandangan Puan Elmarié Potgieter

Cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Puan Elmarié Potgieter ini juga adalah harapan saya secara peribadi tentang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.