Home / Teknikal / Pembayaran Zakat Melalui Sekolah Mithali Khalifah

Pembayaran Zakat Melalui Sekolah Mithali Khalifah

Khalifah Model School – Secondary memodelkan sebuah pendidikan alternatif untuk mempromosikan amalan-amalan positif di dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia adalah lanjutan daripada Khalifah Model School (Primary) yang telah beroperasi lebih 10 tahun, yang diasaskan oleh almarhum Prof. Muhammad Al’Mahdi Jenkins. Beliau telah menghasilkan alat yang penting dalam pembinaan dan pembentukan karakter berteraskan sains tingkah laku manusia dan prinsip-prinsip Islam, yang dikenali sebagai METODE KHALIFAH.

Pendidikan kami adalah untuk melahirkan khalifah yang mendukung ciri-ciri cemerlang manusia seperti yang Allah ungkapkan mengenainya di dalam al-Quran, seterusnya menjadi anggota masyarakat yang menyumbang kepada kebaikan.

Mereka:

1. memilih untuk menjadi baik
2. membantu orang lain untuk menjadi baik, dan
3. memelihara persekitaran fizikal agar baik, bersih dan indah, disenangi Allah.

Kedua-dua sekolah rendah dan menengah kami beroperasi dengan semangat berdikari yang penuh cabaran. Kami berharap di era Malaysia baharu, jerih payah institusi pendidikan seperti kami beroleh peluang untuk bernafas dengan lebih baik, demi pendidikan anak-anak kita. Namun buat masa ini, usaha gigih mesti diteruskan.

Salah satunya adalah melalui program kutipan zakat.

Yayasan Pendidikan Khalifah merupakan agen bertauliah Lembaga Zakat Selangor sebagai Penolong Amil. Pembayaran zakat anda melalui kami, selain melunaskan tanggungjawab menunaikan zakat itu sendiri, anda berpeluang membantu kami menjayakan agenda pendidikan yang kami usahakan.

Saya dengan rendah hati, menjemput sahabat-sahabat untuk menunaikan pembayaran zakat melalui sekolah kami dan terima kasih juga buat sahabat yang sudi berkongsi capaian ini di dalam lingkungan sahabat kalian.

Semoga Allah rahmati kita semua, ameen.

https://www.kmss.edu.my/zakat/

HASRIZAL
Khalifah Model School (Secondary)

Maklum Balas

Maklum Balas

About saifulislam

A school teacher and a lifelong learner. Oulu, Finland

Check Also

Aidiladha Tiada Lagi Bersama Bonda

Emak…  “Okay, Yop ke sekolah sekarang, ya” kata Saif. “Akak pun sama. Kalau boleh akak …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.