Home / Kembara Finland / Vlog Cikgu Malaysia di Finland: Puasa Dalam Pelbagai Agama

Vlog Cikgu Malaysia di Finland: Puasa Dalam Pelbagai Agama

“Oh, di dalam agama Kristian, jika berpuasa biasanya seseorang itu akan ‘muram’ dan bermuhasabah untuk memperbaiki diri. Bukannya bergembira” kat Reverent.

Kami ketawa lucu.

Semasa Muhammad membentangkan tentang puasa di dalam Islam, beliau menunjukkan foto kemeriahan berbuka puasa di Ukraine dan Mesir. Puasa di dalam Islam sering terkait dengan kemeriahan berbuka, dan pelbagai aktiviti sosial. Bagi kita itu semua biasa. Tetapi rupa-rupanya ia agak menghairankan bagi rakan agama lain.

Semalam, kami bertemu di dalam dialog bulanan Interfaith yang dianjurkan oleh Chaplain universiti dengan kerjasama Student Union. Topik semalam adalah mengenai puasa di dalam agama-agama yang berbeza. Kami berpeluang mendengar pembentangan mengenai puasa di dalam agama Islam, Hindu, Kristian Lutheran dan Pentecostal.

Rakan Kristian Gereja Calvin kami juga ada memetik sepotong ayat daripada Bible. Beliau menegaskan bahawa adalah penting bagi rakan Kristian untuk mengetahui apa sebenarnya yang Jesus perkatakan mengenai puasa itu sendiri.

Beliau memetik ayat berikut:

16“When you fast, do not look somber as the hypocrites do, for they disfigure their faces to show others they are fasting. Truly I tell you, they have received their reward in full. 17But when you fast, put oil on your head and wash your face, 18so that it will not be obvious to others that you are fasting, but only to your Father, who is unseen; and your Father, who sees what is done in secret, will reward you.

[Matthew 6: 16-18] 

Ketika mendengar penerangan beliau mengenai ayat ini, saya turut mengambil kesesuaian dengan menjelaskan bahawa perkara yang lebih kurang sama turut ada dipesankan oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wa sallam di dalam sepotong hadith Qudsi apabila Allah menyebut:

كلُّ عملِ ابن آدمَ له إلا الصيام؛ فإنه لي وأنا أجزي به

“Setiap amalan anak Adam itu adalah untuk dirinya sendiri kecuali puasa. Sesungguhnya ia adalah untuk-Ku dan Akulah yang mengganjarkan dia.

Muttafaq ‘alayhi

Puasa berbeza dengan ibadah yang lain. Ia tidak kelihatan, dan melakukannya boleh serta perlu menjadi sesuatu yang eksklusif antara dirinya dengan Allah. Tidak seharusnya seseorang itu bermegah-megah dengan puasanya.

Antara perkara unik yang saya belajar semalam ialah bagaimana di dalam agama lain, kaifiyat atau tatacara puasa itu banyak ditentukan oleh pelakunya sendiri. Ada yang berpuasa daripada makan daging merah, malah rakan daripada gereja Pentecostal mengatakan bahawa mereka sekarang ini sering menggalakkan puasa daripada media sosial. Puasa digital!

Perbincangan selanjutnya, ada saya muatkan di dalam vlog kali ini.

Semoga bermanfaat.

Hasrizal

Maklum Balas

Maklum Balas

About Hasrizal

A school teacher and a lifelong learner. Oulu, Finland

Check Also

Drama Nur 2: Kegagalan Pendakwah Bertegas Menjarakkan Fitnah

“Tak boleh ke berdakwah tanpa menjadi ‘glamour’ dan ‘famous’?” “Entahlah… mengajar tajwid pun boleh jadi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.