Mengapa Pendidikan Jalan Islah?

Islah merujuk kepada satu tema di dalam kajian di bidang sejarah. Ia merujuk kepada usaha tematik oleh tokoh dan gerakan untuk mengembalikan masyarakat kepada ajaran asal dan tulen.

Di dalam Islam, hal ini kembali hakikat kepada bagaimana manusia terseleweng secara beransur-ansur di dalam menghayati syariat Allah dari semasa ke semasa.

Asal terselewengnya manusia secara massa antara era Adam alayhi al-salam dan Nuh alayhi al-salam ialah apabila kematian lima orang soleh bernama Wadd, Suwa’, Ya’uq, Yaghuth dan Nasr, dikenang oleh pengikut mereka dengan membuat patung. Bukan untuk sembahan, tetapi sekadar kenangan. Namun ia tetap sesuatu yang ditegah Tuhan.

Apabila maklumat mengapa patung itu asalnya dibina hilang, akhirnya patung itu disembah. Apabila agama menjadi ikut-ikutan dan bukan lagi berasaskan ilmu dan cara berfikir yang benar lagi sejahtera, kesesatan dan kerosakan melata.

Demikianlah manusia dari satu zaman ke satu zaman pergi dan kembali dalam keberagamaan mereka, berselang seli dengan perutusan para Rasul untuk Islah. Selepas era Nabi terakhir Muhammad sallallahu alayhi wa sallam, tokoh-tokoh dan gerakan dari semasa ke semasa, memfokuskan usaha mereka kepada kerja-kerja Islah. Di kalangan mereka, ramai yang akhirnya memuktamadkan usaha dengan menjurus ke bidang pendidikan. Sama ada dengan mengasaskan institusi, atau pun dengan mewacanakan topik-topik berkaitan ilmu dan pendidikan.

Kenapa jadi begitu?

Apabila kepincangan di dalam masyarakat dihalusi, ramai yang mendapati kepincangan itu adalah manifestasi apa yang masyarakat fikirkan. Kelemahan dan kepincangan dalam berfikir dan mengenai apa yang difikir, diterjemahkan dalam tindak tanduk yang salah dan mengundang bencana. Justeru, usaha yang benar-benar mahu pergi ke lubuk punca masalah, akan mengheret usaha islah ke daerah pendidikan.

Saya bukan ulama, bukan tokoh atau sesiapa. Hanya seorang insan yang mahu membuat sesuatu untuk diri, keluarga, agama dan masyarakat. Setelah belajar agama, sebahagian persoalan di fikiran terjawab, tetapi belum sepenuhnya. Kemudian saya belajar sejarah, ia membawa mendekati pengalaman silam umat Islam dan masyarakat dunia seluasnya. Namun, persoalan-persoalan berbaki mengkehendaki saya pergi ke daerah yang paling mikro iaitu bagaimana seorang individu berinteraksi dengan ilmu dan kehidupan di dalam pembelajarannya.

Kerana itu saya menjadi cikgu.

Kerana itu, pendidikan adalah jalan islah.

Mengislah diri, keluarga dan masyarakat.

Semoga Allah redha dan bimbing hingga ke hela nafas yang terakhir.

HASRIZAL
Oulu Finland

Follow me on

Youtube: https://www.youtube.com/iamhasrizal
Instagram: https://www.instagram.com/iamhasrizal/
Facebook: https://www.facebook.com/hasrizalabduljamil/
Twitter: https://twitter.com/iamhasrizal
Linkedin: https://www.linkedin.com/in/hasrizal/
Blog: http://www.saifulislam.com
Edublog: http://hasrizal.com

Check Also

Kita Cintakan Kematian Seperti Mereka Cintakan Kehidupan

“Kita diajar cintakan kematian bagai musuh kita cinta kehidupan” Ia adalah kata-kata yang datang daripada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share