Projek Terjemahan dan Kupasan Buku Teacher and Child oleh Dr. Haim G. Ginott

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Patron yang mendaftarkan diri untuk menyokong usaha saya, berpeluang memanfaatkan kandungan eksklusif yang saya sediakan khusus untuk anda. Salah satu daripadanya usaha menterjemah dan mewacanakan buku Teacher & Child: A Book for Parents and Teachers yang ditulis oleh Dr. Haim G. Ginott. Buku ini memberi panduan yang malar segar oleh Dr Haim Ginott, seorang guru, juga ahli psikoterapi kanak-kanak, khusus untuk kegunaan guru dan ibu bapa dalam membimbing proses persekolahan anak-anak melalui komunikasi yang sihat dan berkesan.

Become a Patron!

Saya melakukan proses menterjemahkan buku secara berperingkat, Insya-Allah.

Anda sebagai patron berpeluang untuk membaca proses terjemahan berkenaan, mewacanakannya bersama saya, memberi maklum balas dan mendapat akses awal kepadanya.

Proses penterjemahan memerlukan fokus yang tinggi dan kecermatan dalam meneliti bahasa Inggeris asal dan bahasa Malaysia yang digunakan di dalam terjemahan. Justeru, saya tidak melakukannya di media sosial terbuka dan menghadkan akses kepada proses ini hanya kepada individu-individu yang benar-benar berminat dengannya serta komited.

Apabila proses terjemahan buku ini siap dan masuk ke peringkat penerbitan, Insya-Allah saya akan sertakan patron di dalam penghargaan buku tersebut sebagai menghargai jasa anda bersama saya di dalam proses terjemahan tersebut.

Selain buku ini, saya akan secara berperingkat menyertakan kandungan-kandungan eksklusif lain dengan had minimum dua kali sebulan.

Terima kasih.

Hasrizal Abdul Jamil
Oulu Finland

Become a Patron!

About Hasrizal

A school teacher and a lifelong learner. Oulu, Finland

Check Also

Teladan Pasca Lawatan ke Sekolah Finnish

Lawatan pendidik dan pentadbir pendidikan dari Taiping ke Oulu Finland baru-baru ini. Kali pertama saya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.