Persoalan Siapa Kita Atau Apa Amal Kita?

I just wanna share two fun facts about Ramadan” kata anak ketiga kami.

“Al-Fatihah le dulu!” ada yang menyampuk.

Do we have to?” beliau bertanya semula.

Menyoal adakah perlu memulakan majlis dengan al-Fatihah. Bukan sebab Wahabi. Bukan Wahabi sahaja yang bertanyakan dalil. Ia rasional, walaupun oleh seorang remaja, di negeri asing.

What are the fun facts?” saya bertanya.

Well, actually the word Ramadan comes from al-Ramād which means the scorching heat. Because Ramadan is always associated with hot season” jelas si anak.

Good. That’s good. And another one?” saya menyoal.

Nampaklah si anak kali ini ada effort khusus untuk tazkirah selepas tarawih kami.

Well…. praying two rakaat tarawih with one witr is better than one thousand rakaat tarawih with no witr” sambung si anak.

Ada benarnya apa yang dikata. Tetapi sengih di mukanya nampak lain macam.

What are you trying to say?” saya curiga.

Semua orang ketawa.

Anak saya ingin mengusulkan agar kami solat tarawih dua rakaat sahaja dengan satu witir. Amboi, bukan main lagi dia cuba memanipulasi maklumat sahih. Usaha bagus, maklumat sahih, tapi tujuannya lain macam.

Usai solat tarawih dan tazkirah yang cunning itu, saya jelaskan bahawa di dalam solat tadi saya membaca ayat-ayat daripada surah Āl ‘Imrān. Antara ayat yang saya pilih untuk kongsikan dengan anak-anak adalah pujian Allah kepada kaum mukmin yang beriman:

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُم ۚ مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ – 3:110

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik. (Āl ‘Imrān 3: 110)

When Allah is praising us, what does that make us?” saya bertanya.

We are the best?” anak menjawab.

To certain extend, it is true. But, we need to be careful. In this verse, Allah is praising us for what we do, and not simply because of who we are. The merit is on doing, not the identity. We cannot easily claim we are the best simply because who we are” saya cuba jelaskan.

Apabila Allah menyebut kamu adalah sebaik-baik umat, Allah mengelilingi ayat itu dengan tugas, tanggungjawab, peranan, kewajipan dan pelbagai perkara yang perlu kita lakukan. Boleh jadi jika kita hayati sungguh-sungguh kerja yang menanti itu, mungkin ada yang bertanya, “bolehkah kalau kita jadi umat yang biasa-biasa sahaja, bukan yang terbaik?”

Sebab yang terbaik itu amat susah!

When Allah is praising us, it should be a motivation for us to become the best by doing what Allah commands us to do. There is a fundamental difference between Allah is the one who says we are the best, and we make a loud slogan to the world we are the best because Allah says so! It will become just like the concept of The White Man’s Burden!” saya bercerita.

Kami teringat kepada konsep ini selepas Jack Torrance di dalam filem The Shining (1980) arahan Stanley Kubrick menyebut slogan berkenaan:

“The White Man’s Burden” pada minit 1:10

Ungkapan The White Man’s Burden di dalam filem The Shining itu berkemungkinan merujuk kepada hakikat Overlook Hotel yang berhantu itu dibina di atas tanah perkuburan kaum peribumi Amerika. Legasi kaum berkenaan diperlekeh oleh sikap golongan ‘kulit putih’ yang merasakan diri mereka berhak, atas slogan The White Man’s Burden.

Your credit is fine, Mr Torrance!” kata bartender.

Haprak pun tidak mengapa, asalkan kita white man, yang memikul The White Man’s Burden.

Ia berasal daripada sajak yang ditulis oleh Rudyard Kipling pada tahun 1899. Ia menggambarkan justifikasi Amerika semasa menawan Filipina, menganggap mereka adalah lebih baik, lebih mulia, kaum yang bertamadun, dan menjadi tanggungjawab ke atas diri mereka untuk menjajah tanah air kaum lain bagi ‘mentamadunkan’ mereka yang tidak bertamadun.

Idea survival of the fittest di dalam ekosistem alam ini dibawa ke konteks ada manusia yang lebih baik daripada manusia yang lain, dan manusia yang lebih baik itu perlu menjajah bangsa lain untuk kebaikan bangsa yang dijajah itu. Sedangkan ia hanyalah alasan untuk kolonialisasi.

Di sini kita kena berani menguji motif umat Islam berdakwah, malah membuka kawasan-kawasan baharu sama ada di dalam sejarah atau pun sekarang ini.

Adakah kita berdakwah kerana kita rasa kita yang terbaik dan lebih mulia daripada mereka yang bukan Islam, atau didorong oleh keinginan untuk menyampaikan kebaikan dan membuka jalan manusia mengenal kebenaran.

Adakah ia bermotifkan iman, atau bermotifkan kuasa, pengaruh dan politik?

Jawapannya tidak mudah.

Garis pemisah antara semua itu amat halus dan untuk menguji naratif sejarah, seseorang itu mesti benar-benar arif berkenaan kandungan dokumen sejarah yang merekodkan perincian bagaimana satu-satu misi dakwah dan ketenteraan di dalam sejarah, dan bukannya acah-acah tahu lalu cuba menjadi pseudo intelek pesimis yang membuat bising di media sosial.

Perbualan kami anak beranak menjadi hangat apabila masing-masing menceritakan pengalaman mereka didatangi oleh individu di city centre, melontarkan provokasi bertanya sama ada mereka percaya kepada Jesus atau tidak.

We were quite frank and okay with the question. I just said, yes I believe in Jesus because I am a Muslim. But our friends were not comfortable to extend the dialogue and forced us to leave. I actually don’t mind if they want to ask more because I think some of them were quite shocked to know that Muslims believe in Jesus. Of course as a Prophet, and not as a son of God or God himself” kata anak-anak kami yang lebih dewasa itu.

Manakala yang lain mendengar.

Kami sudahkan diskusi selepas solat itu dengan rumusan, bahawa yang memuji kita adalah Allah, atas amal kita bersandarkan iman, dan bukannya kerana siapa kita. Ia adalah mengenai apa yang kita buat, dan bukannya identiti kita.

Apabila hal ini tidak dicermati, ia menjadi masalah termasuk di tanahair apabila orang kita ghairah menyuarakan hak kita, kedudukan kita, kemuliaan kita, dengan ayat-ayat yang menghina mereka yang ‘bukan kita’ (the otherness) tetapi pada masa yang sama, kemuliaan dan kelebihan yang mahu didakwa itu diungkapkan dengan akhlak keji, kelakuan samseng dan sumbang, yang tidak banyak berbeza daripada kelakuan The White Man’s Burden.

Keangkuhan mentaliti bangsa terpilih, telah banyak menumpahkan darah dan merosakkan kehidupan di muka bumi ini.

Mata pun sudah mengantuk.

Semua masuk tidur.

Saya berbaring berfikir kembali mengenai perbualan malam ini, disudahi dengan persoalan sahur esok nak masak apa?

Hasrizal
Oulu Finland

Facebook Notice for EU! You need to login to view and post FB Comments!

Check Also

Kita Cintakan Kematian Seperti Mereka Cintakan Kehidupan

“Kita diajar cintakan kematian bagai musuh kita cinta kehidupan” Ia adalah kata-kata yang datang daripada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share