August, 2019

  • 22 August

    Mengapa Pendidikan Jalan Islah?

    Islah merujuk kepada satu tema di dalam kajian di bidang sejarah. Ia merujuk kepada usaha tematik oleh tokoh dan gerakan untuk mengembalikan masyarakat kepada ajaran asal dan tulen. Di dalam Islam, hal ini kembali hakikat kepada bagaimana manusia terseleweng secara beransur-ansur di dalam menghayati syariat Allah dari semasa ke semasa. Asal terselewengnya manusia secara massa antara era Adam alayhi al-salam dan Nuh alayhi al-salam ialah apabila kematian lima orang soleh bernama Wadd, Suwa’, Ya’uq, Yaghuth dan Nasr, dikenang oleh pengikut mereka dengan membuat patung. Bukan untuk sembahan, tetapi sekadar kenangan. Namun ia tetap sesuatu yang ditegah Tuhan. Apabila maklumat mengapa …

  • 14 August

    Malaikat Pun Lari Meninggalkan Kita

    Apakah usaha yang boleh dibuat untuk menghapuskan perasaan benci membenci dan marah antara satu sama lain di tanahair Malaysia, itu persoalan yang selalu saya fikirkan apabila bangun pagi di negeri jauh ini. Jika buka sahaja media sosial, setiap hari ada kemarahan baharu, kebencian, kontroversi, tidak berkesudahan. Sampai saya tidak tahu dalam doa nak minta solusi dalam bentuk apa daripada Allah. Teringat kisah ashāb al-Kahf di dalam al-Qur’ān… akhirnya doa mereka ialah “ya Allah kurniakanlah kepada kami daripada sisi-Mu, RAHMAT… (18:10). Mungkin itulah yang kurang. Atau itulah yang tiada. RAHMAT Walaupun ramai orang mengaji agama, masjid banyak, kitab berlambak, semangat beragama …

  • 11 August

    Eid al-Adha Khutbah 1440H: Lessons from Prophet Ibrahim ‘alayhi al-Salam

    Brothers and sisters, members of this blessed congregations, I am reminding you and myself, to renew our gratitude for Allah, and have the quality of taqwa to Allah SWT. Kullu ‘ām wa antum bi alf khayr. Today is the Eid al-Adha, 10th of Dhulhijjah, the 10th day of the 12th month in Muslim’s calendar. And we are now in year 1440H. This is actually a very long period of time between us and Prophet Muhammad PBUH.  The gap between Muhammad and ‘Isa PBUT is around 600 years, and now we are more than double of that period… so distance away …

July, 2019

  • 29 July

    Bagaimana Untuk Saya Pulang ke Rumah?

    Sesi bersama remaja, banyak suka dan duka “Saya takut nak balik, ustaz!” kata Azmin kepada saya. “Kenapa pula?” diri ini kehairanan. “Ayah saya bagi kami makan duit haram. Saya takut mati, takut dosa, takut neraka” sambungnya lagi. Suaranya terketar-ketar.   Selama hidup ini, ayah Azmin membesarkan mereka sekeluarga dengan duit judi. Kaki judi yang lebih banyak kalah dari menang, dan mengotorkan keluarga dengan harta najis itu. Selepas selesai berkursus, ada sinar cahaya keinsafan pada hati anak muda di hadapan saya ini, tetapi saya telah ‘menghukumnya’ dengan tekanan yang berat. Untuk pulang ke rumah berbekalkan secebis keinsafan, ia adalah suatu beban. Meletakkannya …

  • 25 July

    ‘Sayangkan Anak (Murid) Tangan-tangankan’ di Tahun 2019

    Perbuatan menjatuhkan air muka murid-murid bukanlah benda asing dalam pengalaman kebanyakan kita. Menyebutnya, dengan mudah mengundang reaksi bahawa yang tidak bersetuju itu lembik, mengada-mengada dan sebagainya. Sedangkan perbuatan berkenaan, apatah lagi dengan alasan mahu mendidik, adalah satu tindakan yang hanya membiakkan kejahatan, termasuklah dalam bentuk budaya menormalisasikannya. Ia menyumbang kepada terbentuk masyarakat bermentaliti pembuli apabila senior membuli junior, orang pangkat atas tekan orang bawah, suami dera isteri, ibu bapa dera anak… kitaran beracun ini mesti dihentikan, antaranya adalah di sekolah. Bukan sahaja perbuatan itu salah dari aspek psikologi manusia, ia juga bertentangan dengan ajaran agama. Bila masanya Nabi sallallahu alayhi …

  • 7 July

    Tiada Jalan Pintas

    DUBLIN TRACK CYCLING INTERNATIONAL 2019 Hari ini saya sangat gembira dapat berjumpa dengan Azizul dan buat pertama kali menonton secara live beliau beraksi di trek. Selama ini bersorak di skrin sahaja. Saya menghormati atlet dan amat menghargai profesionalisme mereka sebab di zaman fast track ini, menjadi juara di dalam sukan masih kekal sebagai sesuatu yang tiada jalan pintas. Tiada reality show yang boleh menukar seorang pengayuh gerek dalam tempoh 16 minggu bagi satu musim, menjadi juara, popular dan dijulang peminat. Usahkan artis, ‘ulama’ pun sekarang ini boleh dihasilkan secara jalan pintas. Unfortunately. Sesuatu yang di zaman dahulu kala perlu bersusah …

June, 2019

  • 14 June

    Samad Tedung: Melembutkan Hati Sekeras Batu

    Tidak kiralah bagaimana sekali pun saya cuba mengungkapkannya di dalam penulisan, kata-kata tidak akan dapat menyamai berat melaksanakan apa yang dikata. Bahawa sesungguhnya tiada kekerasan yang boleh dilembutkan dengan kekerasan. Kecuali keras sekeping hati yang boleh menjadi lebih keras daripada batu. Hati yang lebih degil daripada batu ketika batu yang keras pun boleh terpancar daripadanya air, boleh terbelah retak berkecai jatuh dari lereng gunung kerana takutkan Tuhan. Sesuatu yang sekeping hati boleh tidak mampu menjadi begitu. Tetapi hati siapa yang lebih keras daripada batu itu? Kita tahu ciri-cirinya melalui pemberitahuan Tuhan di dalam al-Quran. Tetapi kita tiada pengetahuan untuk mengenakannya …

  • 14 June

    Faedah Dua Telinga Dan Hanya Satu Mulut

    “Susah nak cakap, ustaz. Beratnya rasa hati ini” keluh bapa seorang pesakit. “Tak apa. Encik tak perlu cakap apa-apa. Saya tahu apa yang sedang Encik alami. Semua ini dugaan Allah. Kita sebagai umat Islam wajib beriman bawa semua yang berlaku itu ada hikmahnya di sisi Allah. Jadi, kita tidak sepatutnya mengeluh dengan kejadian ini tetapi sepatutnya mencari hikmah terhadap apa yang terjadi!” balas si ustaz dengan penuh kefasihan dan keyakinan. “Huh! Macamlah si ustaz ni tahu sakitnya menanggung derita anak kena uji macam ini!” pakcik tersebut mengeluh di dalam hati. Wajahnya pun masam. Si ustaz kehairanan. “Di mana salahnya nasihat …

  • 7 June

    Dakwah: Jangan Jadi Tikus Membaiki Labu

    Teringat lebih 10 tahun yang lalu, saya menerima jemputan pelajar Fakulti Undang-undang sebuah universiti untuk menyampaikan ceramah di dalam program orientasi pelajar baharu mereka. Semasa saya sampai ke lokasi program, AJK yang menyambut memberi taklimat kepada saya. Mereka meminta saya ‘membancuh’ pelajar baharu yang tidak bertudung agar bertudung. Saya kata, kalau begitu buatlah sendiri. Sebab itu bukan cara saya. Saya kongsikan bersama mereka di bilik ‘VIP’, bahawa saya pernah bersama mengendalikan sebuah kursus badan korporat. Di dalam kursus berkenaan, kami tidak menyentuh hal aurat atau apa-apa benda yang ‘tidak kena’ di depan mata kerana kami dilatih untuk menentukan keutamaan. Salah …

  • 6 June

    Sabar dan Hikmah Dalam Berdakwah

    Wajah yang menyimpan seribu cerita di bumi Dagistan ARTIKEL INI DITULIS PADA 21 APRIL 2007, PETIKAN BUKU BERCINTA SAMPAI KE SYURGA “Sheikh Rayyan, apa cerita menarik awak di Dagistan?” saya bertanya. Rayyan tersenyum. Beliau baru sahaja pulang ke Jordan selepas lama menetap di sana. Bekerja sebagai guru di sebuah sekolah agama di negara bekas jajahan Soviet itu. “Oh, banyak cerita menarik. Tapi ada peristiwa yang saya nak kongsi dengan kamu. Tentang bid’ah membid’ah ni” kata Rayyan. “Hah, kat Dagistan pun ada masalah ini ke?” saya sedikit terkejut. “Ramai syabab Arab yang ikhlas datang berdakwah. Mereka memang bersungguh-sungguh. Tapi dakwah tanpa …

May, 2019

  • 27 May

    Membangunkan Vlog Cikgu Malaysia di Finland

    Semenjak berada di Finland pada Ogos 2016, saya telah gantikan rutin berceramah kepada cara-cara lain untuk belajar melalui aktiviti mengajar, kalau boleh dikatakan mengajar. Ia lebih kepada berkongsi. Antara yang saya usahakan adalah vlog atau blog dalam bentuk video. Ada banyak teknik yang digunapakai untuk membangunkan vlog. Namun, dari segi teknik merakam dan cara edit, saya masih amatur dan perlahan-lahan belajar untuk meningkatkan kualitinya. Vlog saya juga masih belum konsisten dari segi durasi, format dan kekerapan. Sama seperti artikel di blog, saya tidak mahu memberi komitmen untuk mengurung diri saya ke dalam format tertentu. Sebaliknya, saya cuba untuk menghasilkan sesuatu …

  • 17 May

    Should my Kids Fast in a Finnish School?

    A friend of mine highlighted a news about a primary school in Tampere Finland denying fasting from its pupils due to health concern and difficulties to focus in lessons. “MUSLIM FASTING DISTURBING SCHOOLS WHEN CHILDREN DON’T EAT: WE CANNOT FORCE FOOD TO ANYBODY” Full news at https://suomenkuvalehti.fi/jutut/kotimaa/muslimien-paastonaika-lisaa-koulujen-hairioita-kun-lapset-eivat-syo-emme-voi-syottaa-vakisin-tai-ruiskuttaa-ruokaa-kenenkaan-kehoon/?fbclid=IwAR1jwZZpuRwoi-MPEuBmjRXx30WnbysTCAz7ajbR8ZBdmmKhRVJg5nZ0xBI Something like this should not happened. Fasting is never meant to harm or create trouble. In fact, the objective is completely the other way around. A Muslim is only required to fast when the person hits puberty. Even after that, for someone who is traveling, sick, breastfeeding babies, can choose not to fast. …