Saifulislam.Com » Mukmin Profesional
Ihsan Dalam Sebuah Kehidupan
“Beribadahlah kamu seakan-akan kamu melihat Allah. Jika kamu tidak sampai kepada upaya itu, maka sekurang-kurangnya rasakanlah yang Allah itu melihat kamu”
Ungkapan tinggi seorang Nabi, pada hadith Islam, Iman dan Ihsan itu, saya baca berulang kali.
Beribadah seakan kamu melihat Allah.
Tidak sukar untuk saya fikirkan, betapa besarnya kesan beribadah di dalam solat, atau beribadah di dalam pekerjaan dan muamalat, jika diri sampai merasa melihat Allah.
Seumpama saya diberi soalan peperiksaan oleh pensyarah, dan beliau berdiri di hadapan saya memerhatikan setiap jawapan yang saya tuliskan. Pasti sahaja saya menulis dengan cermat, sentiasa rasa gelisah apakah jawapan yang dicatat itu sesuai dengan apa yang telah diajarkan oleh pensyarah saya. Tidakkah serta merta beliau kecewa dan marah, jika saya menjawab dengan apa yang menyalahi ajarannya.
Tertekan, dan tiada ruang untuk sambil lewa.
Seumpama saya di tempat kerja, majikan sentiasa berdiri di sisi, memerhatikan saya, tetapi yang lebih utama adalah saya sendiri sentiasa memerhatikan dia. Tidak mungkin kerja saya sambil lewa, kerana saya tahu dia yang menggaji dan menilai kerja saya, sedang berada jelas di sisi saya, di hadapan perhatian saya.
Ia kemuncak tumpuan dan perhatian.
Namun tidak semudah itu untuk saya merasainya. Dalam banyak keadaan, pensyarah tidak berdiri di sisi meja saya. Dalam suasana sebenar di tempat kerja, lazimnya saya bertindak dan bekerja di bawah pemantauan yang minimun. Majikan jarang ada bersama.
Tetapi kertas jawapan saya tetap akan dibaca oleh pensyarah. Saya tetap akan kembali menemuinya di hari-hari mendatang. Kemarahan dan kekecewaannya terhadap performance saya, tetap akan memberi kesan pada hubungan saya dengan pensyarah, pada satu hari dan masa di hadapan kelak.
Malah jika majikan saya tiada bersama, tempat kerja saya sentiasa ada CCTV yang memerhati. Ada pegawai yang membuat laporan kualiti kerja saya. Akhirnya, apa sahaja yang saya lakukan di belakang majikan, tetap akan sampai dan terpampang di hadapannya.
Maka jika saya tidak dapat menimbulkan rasa pensyarah dan majikan memerhati, saya sepatutnya masih mampu mengekalkan amanah terhadap pekerjaan, dengan memelihara rasa diri ini diperhati.
Itulah tingginya peranan Ihsan sebagai pencetus usaha terbaik, dalam setiap ibadah dan pekerjaan. Tidak sambil lewa, malah semuanya dilakukan dengan sepenuh upaya.
CARROT AND STICK
Dalam suasana kerja hari ini, lazimnya majikan menggunakan pendekatan carrot and stick. Jika bagus, dibalas imbuhan. Jika culas, diberi hukuman.
Namun manusia yang berniat mahu berlaku culas dan bakal, sentiasa setapak lebih maju dari sistem yang mengawalnya. Sebagaimana pencuri setapak lebih maju dari teknologi kunci dan alarm, begitulah juga pekerja di dalam sebuah syarikat. Namakan sahaja apa jua sistem untuk memantau dan mengawal, sentiasa ada jalan untuk penyelewengan dan tidak amanah boleh berlaku.
Sistem punch card sendiri hanya mampu memantau waktu pekerja tiba di tempat kerja, dan mustahil dapat memberitahu bila sebenarnya pekerja mula bekerja. Apatah lagi kaedah lain yang diserahkan kepada manusia (yang bernafsu dan keinginan) untuk melaksanakannya. Lubang tiris dan bocor sentiasa ada.
Banyak sekali contoh yang saya jumpa melalui pekerja syarikat ketika mengendalikan kursus bersama mereka. Menipu duit tol, menyelinap keluar barang pejabat, OT claim, namakan sahaja, semuanya ada cara dan jalan, dan ceramah saya bersama mereka mengundang kepada perkongsian pengalaman dan “pengetahuan”.
Mahu tidak mahu, manusia perlu kembali kepada taqwa dan kesedarannya terhadap hidup berTuhan. Kita adalah makhluk yang diciptakan bersistemkan luar ke dalam. Kita adalah manusia, yang dikawal tindak tanduknya oleh apa yang berlaku di dalam diri. Suasana, undang-undang, ganjaran dan hukuman, semua itu adalah faktor luaran. Manusia bertindak, tetap oleh gerakan hati, jiwa dan kemahuan, soal dalaman.
Soal dalaman adalah soal iman. Soal hubungan manusia dengan Tuhannya. Maka usaha memperkukuhkan aqidah dan kesedaran hidup berTuhan bukan lagi soal peribadi. Ia adalah juga sebahagian daripada keperluan organisasi. Generasi yang tinggi sains dan teknologi, hanya boleh dikawal oleh perkara asas membabitkan iman dan hubungannya dengan Allah. Soal Ihsan.
Jika hati tiada kesedaran bahawa setiap gerak gerinya dalam perhatian, jika manusia ghairah memaksa penilaiannya terhadap sesama manusia tanpa sedar bahawa penilaiannya juga akan dinilai oleh Allah, maka manusia sukar dikawal. Manusia akan bercakap sepuas hati, semahu-mahunya. Hanya dengan mengingati Allah, manusia akur untuk berusaha mengawal dan membetulkan diri, walaupun jauh dari pengetahuan dan perhatian manusia.
Dia boleh mengelabui dan menipu mata manusia, tetapi mustahil dapat menipu Allah, dan dirinya sendiri.
PERSEMBUNYIAN DI ALAM SIBER
Alam siber di internet ini telah mendedahkan manusia kepada suatu cabaran baru terhadap Ihsan manusia kepada Tuhan. Internet adalah alam yang manusia bebas melakukan apa sahaja, dan ia diburukkan lagi oleh keupayaan manusia menyembunyikan identiti.
Manusia akan mampu menjadi seangkuh-angkuh peribadi, hanya kerana kejahatan lisan dan tangannya, dapat disembunyikan di sebalik nickname dan ID ciptaannya sendiri. Cakaplah apa sahaja, celalah siapa sahaja, kita tetap selamat kerana yang kelihatan hanyalah ID yang tidak beridentiti.
Sebelum zaman ICT menguasai kehidupan, tidak semua manusia berupaya ‘memasarkan’ apa sahaja yang difikirkan.  Hanya idea yang berharga sahaja diberi ruang diterbitkan melalui medium-medium yang terhad di zaman itu. Maka manusia tidak sebebas hari ini untuk menconteng pemikirannya dengan sesuka hati, melainkan kualiti isi dan etika bahasa, akan dikawal oleh pihak editor yang mengambil tanggungjawab ini. Maka pemikiran sampah dan akhlak yang cemar, sedikit sebanyak masih terkawal.
Namun, bilamana era penerbitan bahan di internet menjadi percuma, manusia mula meninggalkan pelajaran “mengenal sempadan”. Apa sahaja yang mahu diluahkan, diluahkan dengan penuh kebebasan. Sama ada idea itu muncul dari akal, atau terbit dari hawa nafsu yang mazmumah, tiada apa yang perlu dibimbangkan. Segalanya percuma dan dengan kemudahan ini, manusia semakin lupa pada nilai akhlak dalam ungkapan idea dan pemikiran. Segala-galanya menjadi lebih buruk dan cemar, apabila sebesar-besar kemungkaran penulisan, terselindung di sebalik identiti dan pengenalan diri yang boleh ditopengkan oleh nickname. Suatu kemudahan yang mudah menjadi pisau yang melukakan.
Tanpa Ihsan yang menyedarkan insan betapa hidupnya di dalam perhatian dan penilaian Tuhan, sikap seperti ini mustahil dapat diubati.
Hanya dengan kesedaran bahawa setiap yang ditulis dan diungkap, bakal menjadi pahala juga dosa, maka manusia akan berundur sendiri dari kejahatan tangan dan lisan, kembali sedar bahawa dirinya diperhatikan Tuhan, selepas terlalu jauh pergi meninggalkan rasa bahawa dia sedang berkelakuan buruk dan baik di hadapan Tuhan.
Sama ada kita bersolat di atas sejadah, atau bekerja di bilik nafkah, atau berceloteh di alam siber, ingatan diri kepada Allah jualah pengawal hakiki terhadap akhlak dan etika diri… seorang hamba yang hidup matinya diuji. Bertaqwalah wahai yang empunya diri, bahawa dirimu dan IDmu tetap diPerhati…
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'
Related posts:
Motivasi Pagi -1-: Menghargai Sebuah Kehidupan
Memaknakan Sebuah Kehidupan
Membuka Sebuah Lagi Pintu Kehidupan
Manusia Berhubung Dengan Perasaan
“Ustaz, saya hairan macam mana ustaz kawal kursus yang ustaz anjurkan? Dua tiga orang, cukupkah?”, tanya seorang pelajar kepada saya.
“Emm, menarik juga soalan tu. Ustaz pernah kendalikan kursus untuk pegawai penguatkuasa seramai 72 orang hanya dengan dua tenaga sahaja”, saya cuba menyelak memori semasa bekerja sepenuh masa dengan Fitrah Perkasa.
“Macam mana nak kawal orang ramai macam tu? Kami kalau nak anjurkan kursus, tamrin atau program induksi, paling kurang kena ada 20 orang AJK. Silap-silap sama ramai dengan peserta”, sambung pelajar itu lagi.
Kami ketawa.
Ya, bagi seorang pelajar, mungkin agak menghairankan bagaimana saya dan tenaga kerja Fitrah Perkasa boleh mengendalikan kursus selama 3 Hari 2 Malam, sedangkan nisbah fasilitator dengan peserta ialah 1:25 malah pernah 1:40.
Ia bukanlah soal pelajar atau pekerja. Tetapi cara kita menilai dan melayan kemanusiaan manusia.
“Apabila kursus bermula, kita kena faham yang mungkin 90% daripada peserta itu hadir kerana terpaksa. Hadir kerana diwajibkan oleh syarikat”, saya memulakan perkongsian idea.
“Rasa terpaksa itu selalunya bukan dibuat-buat. Memang setiap seorang peserta itu datang dengan membawa luggage kehidupan masing-masing. Ada yang terpaksa meninggalkan ibu di hospital. Ada yang terpaksa mengupah pemandu teksi untuk mengambil dan menghantar anak di sekolah. Ada yang isteri terpaksa mengambil cuti, dan macam-macam lagi”, saya mahu pelajar ini melihat apa yang tidak diperlihatkan.
KEPEDULIAN
“Ingat tak kepada ungkapan yang ustaz selalu sebut tentang hal ini?”, saya bertanya.
“Apa dia ustaz?”, pelajar itu tidak pasti.
“People don’t care how much you know until they know how much you care! Orang tak peduli sebanyak mana kita tahu, sehinggalah mereka tahu sejauh mana kita peduli”, saya cuba mengingatkan pelajar tersebut.
“Oh, ya saya ingat dah”, katanya sambil tersenyum.
Sesi pertama saya bersama peserta mana-mana kursus, saya dilatih di Fitrah Perkasa supaya mengusahakan keselesaan peserta. Tunjukkan kepada mereka dengan hati yang tulus ikhlas, bahawa kita memahami dan mengambil kira kesusahan masing-masing untuk datang ke program tersebut. Saya perlu tenteramkan peserta dan “cuba mengambil hati mereka”.
“Kursus ini tidak ada agenda cium pokok, makan bubur kulit limau, atau rendam kepala dalam air. Kursus ini kursus tuan-tuan dan puan-puan. Solat 5 kali, makan 6 kali! Anggap sahajalah ia cuti-cuti Malaysia. Jalan-jalan cari…?”, saya mencuba ice-breaking.
“Makannn!!!”, sahut peserta diiringi gelak ketawa mereka.
“Sudah-sudahlah cari makan tu ya. Biarlah kali ini kita jalan-jalan cari ilmu pula!”, saya atau mana-mana sahaja fasilitator Fitrah Perkasa akan berusaha memesrakan diri dengan peserta.
Ketika itu lazimnya peserta ini akan bergurau sesama mereka.
“Ha, tu la nko, asyik fikir makan aje. Malu la sikit kat ustaz!”, kata seorang peserta kepada rakan di sebelahnya.
Saya hanya membiarkan mereka saling bergurau. Tetapi mata saya terus memerhati seorang demi seorang peserta. Siapakah di peringkat itu yang masih sejuk dan beku. Masih masam dan berwajah jemu. Perhatikan… dan camkan orang dan namanya.
Semasa sesi perkenalan selesai, ketika orang sedang makan-makan, saya atau mana-mana fasilitator akan datang secara halus kepada peserta yang pendiam itu, duduk di sebelahnya, dan menawarkan kuih yang diambil.
Bertanyakan nama, rumah di mana dan cuba cari satu dua tajuk yang boleh dijadikan titik perbualan.
“Oh, Encik Zam tinggal di Cheras. Saya pun sama. Cuma saya di Taman Midah. Encik Zam duduk di bahagian Cheras yang mana?”, saya mengusahakan perbualan.
“Saya di Cheras Jaya”, jawab peserta tersebut perlahan.
“Gitu… saya tak tahu sangat Cheras Jaya di sebelah mana. Cuma adalah perasan signboard tu”, saya menyimpulkan persoalan yang dikongsi.
Cukup setakat itu. Apabila dia sudah sudi menjawab soalan yang ditanya, ia sudah cukup baik. Tidak perlu dikorek pada masa itu masalah yang dihadapinya. Simpan di hari kedua nanti. Jangan jadi ‘penceroboh’, menceroboh hidup orang. Cukup sekadar kita tunjukkan dengan perbuatan yang kita ini pedulikan dia. Kehadirannya kita sedari dan telah ditanda dengan perbualan ringkas itu.
Begitulah selalunya.
HASAN AL-BANNA DARI KACA MATA ABBAS AL-SISI
Saya sentiasa ingat kisah yang diceritakan oleh Abbas Al-Sisi di dalam bukunya “Jalan Menuju Hati“ tentang pendekatan Hasan al-Banna di dalam dakwahnya.
Suatu ketika seorang lelaki datang ke pejabat Ikhwan al-Muslimin untuk mendaftar sebagai ahli. Apabila Hasan al-Banna melihatnya, beliau berkata, “Assalamualaikum ya Muhammad”
Lelaki itu amat terkejut. Bagaimanakah Hasan al-Banna tahu namanya. Kata Hasan al-Banna, “aku pernah mendengar rakanmu melaungkan namamu semasa kita di sebuah stesyen keretapi!”
Begitu sekali Hasan al-Banna sensitif dalam memenangi hati manusia di sekitarnya. Ia bukanlah skill yang dibuat-buat, tetapi datang dari jiwa yang mempercayai bahawa manusia berhubung dengan perasaan, bukan formaliti dan ilmu kepandaian. Apatah lagi hubungan paksaan.
SUKA MENGHINA DAN MEMALUKAN PESERTA
Namun saya tidak nafikan, dalam pelbagai program sama ada di peringkat pelajar sehinggalah ke alam pekerjaan, memang ramai yang suka membuat pendekatan memalu dan mendera peserta.
“Minta maaf tuan-tuan dan puan-puan. Di sini tak ada Dato’ dan Datin, tak ada Bos dan Manager, semua jawatan tu gantung kat pintu masuk tu. Di sini, saya bos!”, kata seorang penyelia kursus.
“Kamu semua akan diuji sejauh mana ketahanan fizikal dan mental. Maka jangan nak mengeluh kalau makanan tak seperti yang diharapkan”, kata pengarah sebuah program induksi pelajar.
Lalu peserta dikerah mendengar ceramah sehingga pukul 1 pagi. Kemudian bangun jam 4 untuk Qiamullail. Seterusnya sarapan pagi hanya roti keras cicah air sejuk. Dan makan tengah hari, nasi bubur bercampur kulit oren dan biji kopi.
Apa alasan berbuat demikian?
Mahu membina ketahanan mental.
Ketahanan mental atau masalah mental?
TENTERA LAIN
Saya tidak pasti dan tidak ada membuat kajian, dari manakah datangnya kepercayaan perbuatan memalukan manusia dan mendera fizikal, boleh membawa kepada ketahanan diri yang diperlukan? Di dalam sirah Nabi SAW, yang telah berjaya melahirkan pahlawan yang hebat-hebat, saya tidak ketemu pendekatan mendera mental sebagai pembina jati diri sebaik-baik umat itu. Soal kelasakan, ia mungkin tidak perlu dibuat-buat, kerana memang nature kehidupan Arab itu kasar dan amat mencabar.
Namun saya akui, pendekatan itu sudah pun diterima sebagai sebahagian proses membentuk pasukan keselamatan. Polis, tentera, dan mereka yang seangkatan dengannya. Tentu kelasakan begitu adalah sebahagian daripada proses pembentukan.
Tetapi untuk kursus motivasi, program induksi pelajar baru, atau Tamrin membina kefahaman Islam… perbuatan-perbuatan seperti itu hanya memperbodohkan peserta sahaja. Tambahan pula anda hanya penganjur. Bukan ada kuasa untuk menguatkuasa.
Tidak hairanlah jika program begini memerlukan 20 orang AJK dengan nisbah fasilitator dengan peserta 1:2!
Anda bertindak sebagai pengawal, maka berkawallah anda sepanjang masa.
Kita sibuk melatih kader dakwah agar tahan lasak, akhirnya majoriti kecundang sebab kesenangan hidup, bukannya kerana kepayahan.
INSIDE OUT
Tetapi saya percaya bahawa manusia adalah makhluk yang diciptakan Allah inside-out. Perubahan mesti datang dari dalam. Jika perubahan yang dimahukan itu adalah perubahan sikap, perubahan budaya kerja, semuanya membabitkan soal dalaman manusia. Maka proses mengubah manusia, mesti bersifat manusiawi.
Lihat sahaja gerakan Missionary Kristian. Mereka bukan menyampaikan ilmu tentang Bible tetapi mereka menawarkan kepedulian. Dengan kepedulian itu, ia bisa menarik orang untuk terbuka menerima idea perubahan.
Kepedulian bukan ilmu. Jauh sekali indoktrinasi. Ia adalah sikap dan akhlak seorang fasilitator, penceramah dan guru. Kepedulian itu adalah jelmaan perasaan, dan manusia saling berhubung dengan perasaan… bukannya ilmu.
Orang peduli apa, kamu banyak ilmu sampai ke puncak gunung, kalau kamu tidak berjaya menunjukkan prihatin kamu kepada orang lain.
Bahkan Nabi SAW sendiri dikenang dan dikasihi, adalah atas kasih sayangnya kepada umat. Soal ilmu yang diajar sebagai santapan akal, mungkin 7%, tetapi sentuhan akhlak baginda yang tinggi. Keprihatinan baginda, terserlah di dalam peristiwa baginda pergi melawat wanita Yahudi yang tiba-tiba tidak muncul hari itu untuk seperti biasa menyakiti baginda.
Saya ulangi kembali, “people don”™t care how much you know until they know how much you care!“
Jika anda buat program untuk tunjuk pandai, maka bertarunglah anda dengan tindakan peserta yang memperlekeh, buat dunno, atau membalas kembali hujah anda dengan bidasan yang memalukan diri.
Tetapi jika anda buat program untuk memandaikan peserta mengurus kehidupan, maka berikan keselesaan kepada mereka, tenangkan mereka, menangi hati mereka dan berikan apa yang mereka perlu, bukannya apa yang anda tahu.
Kita mahukan dari peserta itu perHATIan, bukannya perAKALan. Jika hati yang mahu dimenangi, binalah jambatan, bukannya tembok.
JADUAL YANG RIGID
Di antara penyakit pelajar semasa menganjurkan program, mereka sangat rigid dengan kepatuhan masa berdasarkan apa yang dilakarkan di atas kertas jadual program. Walhal jadual masa itu bukannya ada asas pun. Ia tidak dibuat berdasarkan kajian terhadap realiti peserta.
Makan buffet, peserta 100 orang, tempoh masa makan yang diberi ialah 1 jam. Itu tidak realistik namanya. Anda merancang untuk mencacatkan program anda sendiri.
Saya percaya, jadual mesti ada ruang anjal. Dalam jadual asal, kita tetapkan sesi tengah hari bermula pada jam 2:30 petang. Tetapi jika peserta kelihatan penat, kita boleh tawarkan peserta untuk melewatkan sesi itu kepada 3:30 petang supaya mereka sempat tidur sekejap. Cumanya, jika semua orang telah bersetuju begitu, maka semua orang kenalah tidur dan bukannya bersembang atau menonton TV.
Maka ketepatan masa, akan diukur pada masa baru yang telah dipersetujui bersama.
Saya rasa sangat badut apabila memaksa juga peserta mendengar ceramah saya dalam keadaan mereka sudah hilang upaya untuk mendengar.
Apatah lagi, jika pelajar yang menganjurkan Tamrin mahu menjana pemikiran Islam peserta, tetapi alat utama pemikiran itu ialah AKAL dan HATI sudah dimusnahkan oleh tidur yang dipotong-potong, dan hati yang disakit-sakitkan.
Ujian kelasakan fizikal, lakukan pada sesi kelasakan fizikal.
Tetapi mulakan dahulu dengan rombakan akal dan kefahaman. Rasulullah SAW tidak melatih sahabat berlaku lasak. Tetapi input kepercayaan yang teguh, menjadikan mereka lebih lasak dari mana-mana pencapaian sejarah manusia. Seorang wanita pun boleh jadi besi dengan sentuhan yang menjunam ke hati. Tanya sahaja Sumayyah, wanita syahidah pertama… kekuatan apakah yang membolehkan beliau memilih mati?
Itu dalam sejarah. Kita boleh mengeluh jika generasi manusia ini makin kemudian makin ‘manja’. Khususnya di zaman generasi yang sangat bebas berfikir ini. Tetapi itulah realitinya. Nak dimarah pun, generasi hari ini adalah begitu. Mereka mungkin lemah fizikal, tetapi mereka berani dan ganas fikiran.
Keberanian berfikir yang ada pada generasi muda hari ini, tidak membolehkan mereka memaafkan pembodohan secara mudah. Perbuatan mendoktrin dan memaksa idea hanyalah manifestasi kedangkalan penganjur yang gagal memahami bagaimana manusia berubah.
Manusia boleh ada hati sekeras batu. Jika anda mahu memecahkan batu itu, anda boleh mengetuknya dengan penukul. Tetapi jika anda mahu membentuk batu itu, maka ia memerlukan kesabaran seperti air yang sabar menitik ke atas batu, lantas beroleh kejayaan.
Di dalam setiap program, jika gagal mendapatkan kawan sekali pun, janganlah membanyak biakkan lawan.
Hormati maruah manusia, menangi hati mereka, berhubunglah sesama manusia secara manusiawi kerana manusia tidak pernah peduli sebanyak mana yang kamu tahu, hinggalah mereka tahu sejauh mana kamu peduli.
Bina jambatan… bukan tembok yang memisahkan.
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila Engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. (Aal Imraan 3: 159)
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
19 Mei 2007
Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'
Related posts:
Pendakwah Berminat Dengan Manusia
Kuasai Manusia Dengan CERITA
Perasaan Yang Membunuh Perbahasan
Doktor Sakit Mental
“These medical graduates, totalling about 60 cases a year, are unable to cope with their housemanship as they may have been pressured by their parents to take up medicine” – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd Ismail Merican
Saya terkasima.
Menggaru kepala.
Laporan akhbar The Star bertarikh Sabtu, 30 November 2008, melaporkan bahawa sekurang-kurangnya lima doktor mengalami gangguan mental yang signifikan pada setiap bulan.
Dalam banyak-banyak faktor yang boleh dikaji selidik, saya berasa agak canggung membaca analisa pihak Kementerian Kesihatan bahawa punca masalah mental para doktor ini, khususnya doktor junior yang sedang menempuh fasa internship (housemanship), adalah kerana lima atau enam tahun yang lalu, mereka mangsa paksaan. Dipaksa ibu bapa mengambil bidang perubatan, seterusnya menjadi doktor.
Seandainya benar paksaan ibu bapa itu yang menjadi alasannya, maka kesan paksaan itu adalah TEKANAN. Justeru tekananlah yang seharusnya diberi perhatian. Seandainya tekanan yang menjadi punca gangguan mental, maka kita harus bersifat terbuka untuk menerima kenyataan, bahawa tekanan muncul bukan hanya daripada satu sumber.
Jika lima orang doktor mengalami gangguan mental sebulan, tidakkah ini harus diambil sebagai satu amaran muhasabah yang serius ke atas persekitaran dan SISTEM yang membentuknya?
SOKONGAN EQ DAN SQ
Saya tidak pernah jemu untuk menegaskan tentang peri pentingnya nilai agama diberi penekanan kepada kehidupan pelajar perubatan ini. Di dalam bahasa dunia (bagi mendepani pemikiran skeptik terhadap Akhirat), agama sekurang-kurangnya mempunya dua fungsi besar yang mesti diberi perhatian.
Pertama, agama menjadi rujukan moral pelajar dan bakal doktor ini. Seorang doktor  diberi amanah untuk menyentuh tubuh manusia lain termasuk anggota-anggota sulit mereka, berurusan dengan sihat sakit manusia yang membabitkan soal hidup dan mati. Kesungguhan seorang doktor untuk melakukan resusitasi ke atas pesakit, sangat berkait rapat dengan pandangan dan nilai yang dipegangnya sebagai rujukan moral dalam kehidupan. Semua itu diserahkan kepada para doktor kerana profesionalisma mereka sebagai pengamal perubatan. Namun apakah rujukan moral kepada profesionalisma itu?
Etika perubatan menjadi satu subjek besar yang dipelajari oleh pelajar perubatan dan seterusnya menjadi rujukan seharian mereka semasa bertugas kelak. Dari manakah munculnya etika itu? Di sinilah peraturan-peraturan agama yang menjadi asas pertimbangan fikiran dan tingkah laku manusia diperlukan. Bukan sekadar untuk memahami subjek, tetapi menjadi kepercayaan yang dipegang oleh pengamal perubatan dalam mengurus diri mereka.
Keduanya, agama berperanan sebagai sistem sokongan kepada kekuatan dan kematangan emosi serta spiritual pelajar perubatan. Juga kepada para doktor. Sudah cukup banyak kajian dibuat, untuk menegaskan betapa komitmen yang sihat kepada agama, sangat ketara dalam mencegah seseorang daripada terjerumus ke lembah krisis emosi. Tidak ada kekuatan sekuat dorongan spiritual untuk seseorang cekal mendepani apa sahaja cabaran hidup. Agama meluaskan pandangan hidup seorang manusia agar tidak disempitkan oleh cabaran-cabaran kehidupan yang datang dari semasa ke semasa.
Di dalam bahasa Islam, agama mengeluarkan manusia daripada kesempitan dunia, kepada keluasan Dunia dan Akhirat.
Agama memberikan asas yang kukuh untuk seseorang itu kekal optimis.
Agama memberikan asas yang teguh untuk seseorang itu konsisten melakukan kebaikan biar pun tidak beroleh insentif yang wajar menurut pertimbangan semasa.
RASIONAL TUGASAN
Bagaimana pula dengan rutin kerja mereka?
Artikel “A Positive Approach to Doctors-in-Training” tulisan PAULINE W. CHEN, M.D. (www.nytimes.com November 6, 2008) banyak memberikan saranan tentang usaha penambah baikan yang boleh dilakukan kepada suasana kerja dan kehidupan doktor pelatih. Saya menanti-nanti ulasan pihak Kementerian Kesihatan terhadap hal ini.
Malah, kita sedia maklum, pekerja di pelbagai sektor sudah menjadi kebiasaan mereka untuk hadir ke kursus-kursus motivasi berkaitan dengan sikap, pemikiran dan jati diri. Program-program seperti ini sangat dikenal pasti berfungsi untuk membantu peserta melakukan muhasabah, memperbaiki persepsi mereka terhadap kerjaya dan kehidupan, menyuntik semangat kerja berpasukan yang penting untuk kelangsungan kerjaya masing-masing dan seribu satu manfaat lain. Namun, pemerhatian saya jarang menemukan pembabitan para doktor di dalam program seperti ini kecuali atas inisiatif individu, jabatan tertentu secara kecil-kecilan, dengan tidak mewakili pengiktirafan sistem secara keseluruhan.
Saya juga sangat berminat untuk mengetahui hasil kajian terhadap aspek kehidupan sosial para doktor. Bagaimana mereka berkeluarga, bagaimana mereka mengendalikan soal suami isteri dan anak-anak, kadar perkahwinan, kadar tidak berkahwin, kadar penceraian, bagaimana doktor wanita mengendalikan kehamilan, kelahiran anak dan hal-hal domestik yang menjadi satu aspek penting dalam mengekalkan kehidupan yang seimbang lagi… rasional!
Bagaimana pula dengan insentif para doktor?  Penggajian mereka, bayaran oncall, kelayakan pinjaman kewangan… semua ini juga perlu diambil kira.
TIDAK PERLU SAMPAI MENJADI DOKTOR
Saya bukan pelajar perubatan.
Saya juga bukan doktor.
Tetapi saya hidup bersama pelajar perubatan semenjak sedekad yang lalu, bergaul dengan mereka, berprogram dan berkursus dengan mereka, malah beristerikan seorang doktor. Segala cabaran yang dihadapi oleh seorang pelajar perubatan, dan seterusnya pengamal perubatan, sangat ketara dan bukan lagi menjadi suatu rahsia. Tidak perlu sampai menjadi doktor untuk mengetahui apa cabaran yang para doktor ini hadapi. ‘Ahli Kelab Suami Doktor’ pun boleh mengalami tempiasnya!
Ia adalah public secret.
Namun dalam masa yang sama, saya juga berpandangan bahawa pertambahan kes gangguan mental ini (jika ia suatu pertambahan) turut menerima kesan daripada lemahnya jati diri generasi muda hari ini yang tidak ampuh dengan kehidupan. Kelasakan dan daya survival hidup semakin terhakis oleh pelbagai faktor, mungkin antaranya disebabkan oleh kehidupan yang semakin selesa oleh masyarakat kita.
Akan tetapi, faktor itu adalah faktor manusia. Usaha untuk mengubahnya memerlukan kepada banyak pihak untuk duduk semeja, melakukan evaluasi terhadap pelbagai sudut kehidupan, terutamanya sistem pendidikan.
Walau bagaimana pun, alasan bahawa lima kes gangguan mental sebulan ini datang dari kesan paksaan ibu bapa ke atas mereka yang hakikatnya tidak berminat dengan bidang perubatan, saya agak sulit untuk menerimanya. Kecualilah jika saya percaya bahawa gangguan mental yang turut membabitkan penjawat awam dan swasta di pelbagai sektor hari ini, muka masam di kaunter, tengking menengking di talian bantuan dan segala krisis yang menjadi ‘budaya’ di dalam sektor perkhidmatan kita hari ini, adalah akibat paksaan ibu bapa mereka dulu yang mendesak anak-anak bersekolah tanpa minat dan rela hati.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'
Related posts:
Kenapa Mahu Menjadi Doktor?
TAMRIN: Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia
“Trainer seperti kita ini bekerja keras untuk memperbaiki dan menasihati masyarakat, siapa pula yang mahu memperbaiki dan menasihati kita? Jika orang mahu mengambil kita sebagai mentor, siapa pula mentor kita?”, kata Dato’ Fadzilah Kamsah, penasihat tetap Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).
Dari hujung dewan terbuka malam itu, saya tekun meneliti satu persatu butiran kata beliau sebagai seorang yang kaya pengalaman.
Banyak yang Dato’ Fadzilah Kamsah perkatakan sebagai kata-kata aluannya di dalam majlis Iftar dan ramah mesra TAMRIN. Beliau berjaya memanfaatkan 5 minit ucapan dengan penyampaian yang komprehensif, sama seperti di televisyen, bak kata akhi Amin Idris yang mempengerusikan majlis malam itu.
Saya berasa sangat gembira dan bertuah kerana berpeluang dan berkesempatan untuk menyertai perhimpunan bermakna Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN), iaitu sebuah badan yang ditubuhkan untuk menjadi badan penyelaras kepada trainer dan motivator Muslim di Malaysia. Sedikit lewat mendapat tahu mengenai TAMRIN, saya secara peribadi amat mengalu-alukan penubuhan badan seperti ini.
TAMRIN yang kini dipimpin oleh Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad selaku Presiden, bertindak membangunkan sebuah badan yang menjadi one stop centre bagi urusan pemantauan, pentauliahan, sumbangsaran dan penyelarasan kualiti serta integriti motivator-motivator Muslim di Malaysia. Namun, apa yang lebih menjadi impian dan harapan saya dengan penubuhan TAMRIN ini ialah peranannya sebagai lembaga penasihat yang berotoriti untuk memandu, mendidik dan menegur motivator Muslim yang amat terdedah kepada salah laku serta salah pembawaan.
Apatah lagi, rujukan pendekatan dan isi banyak diambil daripada literature  di luar kerangka Islam dan Muslim, serta memerlukan kepada proses adaptasi yang betul berteraskan disiplin Syariah dan Sains. Begitu juga dengan aktiviti-aktiviti kreatif dalam kerja kumpulan dan Team Building yang bisa sahaja menyanggahi syara’ tetapi dilaksanakan dengan label-label yang baik, malah Islamik. Mudah cerita, TAMRIN diharapkan dapat berperanan mengawal kecenderungan MATLAMAT MENGHALALKAN CARA yang boleh sahaja menjadi pilihan motivator dan syarikat motivasi yang kebanyakannya adalah self learner, atau self immitator sahaja.
Justeru program Iftar dan ramah mesra TAMRIN di Hotel de Palma Ampang, malam itu, sangat bermakna buat saya dan rakan-rakan kerana kita semua sudah mengorak langkah ke arahnya.
Bersama Dr. Tengku Asmadi, Ustaz Zulkarnain dan Ustaz Izham Hasni
Tentu sahaja, hati saya berbunga-bunga dapat bertemu dengan tokoh-tokoh masyarakat seperti Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah, Prof. Datuk Hamdan Adnan, Dr Uthman el Muhammady, Dr Tengku Asmadi Mohamed, Dato’ Maamor Osman (Presiden PPIM), Prof Emeritus Abdullah Hassan (UPSI), Puan Ainon Mohd (Pengerusi Kumpulan PTS), Ustaz Zamri Zainal Abidin (IKIM.fm), Tuan Kamal Afandi (Penganalisis Jenayah), Ustaz Ahmad Syukri Yusof (Fitrah Power), termasuk juga sifu saya dari Fitrah Perkasa iaitu Tuan Haji Ahmad Salim Omar dan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi yang sudah agak lama tidak saya ketemu.
Tidak dilupakan, teman lama saya iaitu Ustaz Ahmad Zulkarnain Abdullah (Celestial Management International).
Bersama Amin Idris
Akan tetapi, perasaan saya  berubah dari berbunga-bunga kepada berbuah-buah apabila berpeluang bertemu dengan tenaga-tenaga muda yang energetik, bergiat cergas dan prolifik dalam  program motivasi dan penulisan, seperti akhi Fadzli Yusuf, Amin Idris dan ramai-ramai lagi. Kecergasan mereka menjadi kecemburuan saya yang sesekali terasa ‘tua sebelum masa’.
Saya hadir bersama dengan dua rakan kerja yang sudah sekian lama menjadi teman fikiran, inspirasi dan pembangunan idea juga kerja, iaitu Ustaz Izham Hasni Mad Isa juga Ustaz Mohamad Ridzuan Khalin.
Mungkin kekurangan kami yang paling ketara adalah kerana kami bertiga hadir belum lagi mewakili mana-mana syarikat biar pun usaha menubuhkannya terus berjalan namun agak perlahan.
Sebuah syarikat perlu saya usahakan atas beberapa faktor:
Pertamanya, jumlah program yang saya tolak adalah jauh berganda berbanding dengan jumlah program yang saya terima. Semua ini menjadi kerugian kerana setiap satu program yang ditawarkan adalah peluang dakwah yang tidak wajar disesiakan. Apatah lagi kebanyakan tawaran itu adalah berbentuk program latihan di luar masjid dan surau, yang bisa menemukan saya dengan sidang yang  amat jarang ditemui di majlis pengajian biasa.
Atas tiket latihan, saya bisa  melawan persepsi-persepsi serta seribu satu sebab yang menjadikan orang seperti ini teragak-agak, takut, malas atau tidak berminat mendekati agama.
Keduanya, saya mendefinisikan kejayaan itu sebagai keupayaan untuk berkongsi pencapaian dengan orang lain, atau dalam erti kata yang lain, mengajak orang lain untuk sama-sama berjaya. Justeru, pendirian ini sentiasa mendesak saya untuk menyediakan pelapis.  Usaha untuk membentuk pelapis ini memerlukan kepada agenda yang tersusun lagi berstruktur, lebih-lebih lagi saya serius dalam  mendukung idea ‘perbezaan di antara ceramah dan training‘.
TRAINING VS CERAMAH
Baru-baru ini saya bersumbangsaran dengan  pasukan WISE dalam proses mereka membentuk modul latihan. Jelas sekali, proses untuk menghasilkan modul latihan bukanlah kerja seorang. Ia adalah hasil pembacaan, analisa, kreativiti, cetus minda dan kesungguhan sebuah pasukan. Semua ini telah saya perincikan di dalam entri lalu bertajuk PROFESIONALISME DAKWAH, KESAN TABIAT KE-5.
Saya juga berusaha untuk mendapatkan lesen modul-modul program latihan yang amat dekat dengan idea-idea saya seperti 7 Habits dan Men Are From Mars and Women Are From Venus, yang mana program-program ini mensyaratkan bahawa penganugerahan lesen hanya diberikan kepada individu yang mempunyai syarikat.
Ini adalah sebahagian daripada sebab yang mendesak saya kepada idea bahawa sudah tiba masanya untuk sebuah syarikat dibentuk.
TAMRIN mencetuskan satu lagi momentum untuk saya ke arah itu.
Izinkan saya meminjam slogan kami semasa  di Fitrah Perkasa lama dulu, TINGKAT INTEGRITI, ASAH KOMPETENSI, CELIK MATA HATI!
Selamat maju jaya buat TAMRIN, sebuah kata kerja dan bukan kata nama!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
KREDIT FOTO
www.fadzliyusuf.com
www.aminidris.com
Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'
Related posts:
Tamrin Dakwah Generasi IPOD
Ini Sahajakah Imej Malaysia?
Malaysia Hari Ini (MHI) Sempena Maulid al-Rasul
ABU SAIF 33 Tahun: Bertambah Setahun Dekat Dengan Kematian
Related posts:
Kelahiran di Sebalik Kematian
7 Tahun Kita Bersama
Cederahati Tahun Merawat Malaysia 2007
Seminar on Ibadah for Patients in Hospital
You can also download the paperworks presented during the seminar by clicking the links below:
http://www.pmcisoc.org/pdf/ibadah_pesakit_dr_latiff.ppt
http://www.pmcisoc.org/pdf/panduan_ibadah_pesakit.pdf
http://www.pmcisoc.org/pdf/persediaan_menghadapi_orang_nazak.ppt
Farewell final exam… but no holiday for me.
Immediately after my final paper, I rushed to prepare materials for several programs. Wednesday was the day for my Maghrib Kulliyyah in Wangsa Maju.  Thursday occupied me with a leadership camp for some teenagers in Cheras and I have only one day to concentrate on preparing materials for tomorrow seminar in Penang. That is today.
Tomorrow, Penang Medical College Islamic Society is organizing an event which is ‘Seminar Ibadah Pesakit’. This is basically a seminar to educate Muslim medical personnels (especially medical students) on how to perform obligatory prayers and ablution (wudhu’) in the situation when somebody is sick or in bedridden state.
Me and Prof. Dr Abd Latiff Mohamed (Dean, Postgraduate Study, Cyberjaya University College of Medical Sciences / the President of Islamic Medical Association of Malaysia) will present our paperwork on how to deal with patients in terms of helping them to perform the Ibadah while under treatment in the hospitals and also some guidelines on how to deal with dying patients.
Don’t ask me why I don’t prepare everything earlier. PMC ISOC contacted me months earlier which I highly appreciate, but this semester almost every single day was a die knot. I was fully occupied with exams and so many assignments which I think can be combined to a thesis-like compilation.
Why so difficult?
Wudhu’, Tayammum, Prayer standing or sitting… what so hard about that?
Well, my concern is not about the theoretical part. The practical side is the one that is problematic.
I have my own guideline which I use while helping my patients in the National Heart Institute (IJN), but when the subject is to be discussed in public… I will have to be smart in dealing between two extreme approaches. Some would be very open about mazhab, which in my opinion is good, but they forget about the level of patients’ understanding in this matter.
It is common to my own experience that when you guide them on how to perform the Salat, they will ask, is this Syafie? Well, mumbling about differences between mazhabs would be the last thing you want to do while patients are connected to all those wires and machines. With the intention to help them, you might be the most effective cause of death!
Another group would be so hard in defending Syafie’s view and simply forget about the practical side. Do you want to help the patients to perform the Salat, or you want to find as many excuses as possible so that the patients cannot pray while in the hospital.
I believe that, we should balance between the two. Theory is academic and practical is industry. Not all what you gain in the academic field would be useful in industry. Analogy I got from prismantiq.com.
“You cannot perform wudhu while having something covered around your arm unless you took wudhu’ before the bandage or the Plaster of Paris is placed on the injured part of your body”… this is a common theory suggested by many ustaz… but the reality is different. It is almost impossible for someone who is badly injured to ask the doctor to allow him to perform the wudhu before the plaster is placed. This is just a small example on how theory does not fit the reality.
So, the keyword is, while processing our theory into guideline, we should be patient-oriented and consciously embrace the concept of  easiness (read as practicalness) of Islam.
Because of our inability to come into agreement in many cases, we fail to provide Fiqh into the form of a standard guideline. We prefer to indulge ourselves in differences of opinion, leaving Islam as something that is viewed by many as a religion that is not applicable to the contemporary challenges.
We disagree on deciding the 1st day of Shawwal (Muslims in the foreign lands) that we could never dream of being granted with public holiday even though the British government had the intention to do so. We let ourselves agree to disagree on so many things that Islam cannot be formularized into a standard guideline, even for patients in the hospital.
This is what bothers me and I am leaving my house to LCCT now…
See you guys on Sunday, Insya Allah…
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'
Related posts:
‘Mutiara’ di Pulau Mutiara
Paradigm of Islamic Medicine and Hospital
Seminar Manual Cinta Haraki di Ipoh
Sebelum Mata Dipejam
“Assalamualaikum dan selamat pagi. Saya Hasrizal Abdul Jamil, bertugas sebagai kaunselor pesakit di IJN ini. Izinkan saya mengambil sedikit masa tuan-tuan dan puan-puan, untuk menyampaikan beberapa pesan”, saya memulakan tugasan harian.
Pada pagi bertugas, saya akan menyampaikan sedikit tazkirah kepada pesakit-pesakit yang bakal masuk ke dewan bedah untuk beberapa jenis prosedur pembedahan berkaitan jantung. Lazimnya pesakit bakal dibedah dengan open heart surgery dan juga angiogram.
Biasanya sesi akhir ini hanya untuk pesakit Muslim, tetapi sering juga pesakit non Muslim dan keluarganya duduk mendengar sama.
MELURUSKAN IMAN
“Apabila kita berdepan dengan ujian kesakitan seperti ini, kita ada dua tanggungjawab yang mesti dilakukan. Pertamanya, kita hendaklah berikhtiar sebagai manusia. Untuk itu, tuan-tuan dan puan-puan Insya Allah berada di tempat yang terbaik bagi mendapatkan ikhtiar manusia, iaitu di Institut Jantung Negara ini. Tuan-tuan dan puan-puan akan dibedah dan dirawat oleh kakitangan yang sangat terlatih untuk  tugas itu”, saya menyambung bicara.
Wajah pakcik makcik, dan kadang-kadang pesakit yang sama usia seperti saya tekun mendengar setiap butir kata yang saya sampaikan.
“Namun, di samping ikhtiar kita sebagai manusia, kita juga tidak boleh lupa kepada kuasa Dia. Kekuatan emosi dan spiritual amat penting dan merupakan sebahagian daripada komponen rawatan. Dan kekuatan itu tidak mungkin dapat kita perolehi melainkan dengan merujuk kepada Tuhan. Bagi pesakit Muslim, ingatlah kepada Allah. Dan bagi rakan-rakan non Muslim, rujuklah kepada kepercayaan masing-masing, kita sangat memerlukan-Nya pada saat-saat begini”, saya meneruskan kata.
“Perkara pertama yang perlu kita penuhi, adalah dengan membetulkan sangka dan kepercayaan kita kepada-Nya. Jangan sekali-kali tuan-tuan dan puan-puan menganggap bahawa sakit ini merupakan suatu musibah, nasib buruk atau hukuman. Tidak… Dalam hidup kita, sihat dan sakit kedua-duanya adalah ujian. Kita diberikan kesihatan untuk menguji adakah kita syukur dan berterima kasih kepada-Nya. Kita diuji dengan kesakitan  untuk menguji adakah kita  sabar dan ingat kepada-Nya.
Jadi, sakit dan sihat, dua-dua adalah ujian, dan dua-dua boleh jadi baik atau buruk. Baik jika kita positif terhadapnya, dan buruk jika kita memilih untuk berfikiran negatif terhadapnya”, saya menyambung penerangan.
Saya tidak mempunyai masa yang banyak. Hanya 10 minit sahaja diperuntukkan kerana sebelum itu pesakit sudah pun duduk selama 20 minit untuk mendengar taklimat klinikal oleh jururawat bertugas. Jadi, segalanya mesti komprehensif dan tepat.
“Untuk itu, saya ingin mengambil peluang untuk mengingatkan kepada pesakit Muslim, agar sebelum mata dipejam di bilik pembedahan, pastikan kalimah terakhir yang diucapkan adalah Laa Ilaaha Illallaah. Jangan lagi berkata-kata yang lain, pastikan Laa Ilaaha Illallaah adalah perkataan terakhir sebelum mata dipejam”, saya memberi ingatan.
Ada pesakit yang matanya berkaca-kaca…
MENJERNIHKAN IBADAH
“Apabila tersedar, tuan-tuan dan puan-puan sudah kembali kepada tanggungjawab sebagai mukallaf untuk mengerjakan solat. Tentu sahaja dalam keadaan fizikal yang lemah dan terhad, ahli keluarga terdekat sangat berperanan untuk mengingatkan. Solat ketika sakit, Allah berikan 1001 kemudahan sama ada pada solat, mahu pun pada wudhu’. Saya tidak dapat untuk memperincikannya, tetapi jika ada di kalangan anda yang memerlukan pertolongan, janganlah teragak-agak untuk memberitahu jururawat di wad masing-masing. Mereka boleh membantu, dan saya juga boleh dipanggil untuk apa sahaja hasrat dan hajat”, saya memberitahu.
“Lakukan solat pada bentuk yang sesuai dengan kemampuan kita. Wudhu’ juga boleh diganti dengan tayammum, dan kami lebih suka mengekalkan bentuknya yang mudah dan praktikal. Walaupun ada alat tayamum mudah alih dijual, namun gunakan sahaja sedikit debu yang diperolehi dengan menepuk bantal, atau dinding terdekat yang ada. Insya Allah, itu sudah memadai”, saya cuba meringkaskan penjelasan.
“Akhir kata, saya doakan agar pembedahan yang bakal tuan-tuan dan puan-puan alami, akan berlangsung dengan baik dan beroleh kesembuhan seperti sediakala. Terima kasih atas perhatian anda semua. Wassalamualaikum dan salam sejahtera”, saya menamatkan bicara.
Ada rasa hiba di hati, biar pun setiap pagi mengulangi rutin yang sama.
Andai ditakdirkan Allah saya berada di tempat mereka, mudah-mudahan adalah di sana insan yang sudi mengingatkan diri, agar sentiasa mendampingi-Nya pada detik-detik kritikal sedemikian rupa… kerana amalan itu dihitung, pada akhir dan kesudahannya… Ameen.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
50400 IJN KL
Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'
Related posts:
Sisipan: Perkembangan Mata
Forum Setitis Air Mata Ibu
Seruan Sebelum Bertindak Diam