KENYATAAN:
Artikel ini adalah sebahagian siri artikel saya berkaitan modul The 7 Habit of Highly Effective People milik Franklin Covey yang cuba saya olah berdasarkan perspektif dan nilai Islam. Tujuannya adalah untuk menggalakkan masyarakat mengambil manfaat daripada buku-buku Self Help yang ada di pasaran untuk memperkemaskan persembahan Islam agar keberkesanannya berada di tahap semasa dan optimum. Ikuti lanjutan artikel ini melalui artikel-artikel di bawah kategori Revolusi Sikap, atau terus ke Pendahuluan, Habit 1, Habit 2, Habit 3, Habit 4, Habit 5, Habit 6 dan Habit 7 – ABU SAIF
RAKAMAN MP3 KULIAH HABIT #6 DI AL-NIDAA’ PADA 28 NOV. 2007
“Baik, sekarang cuba awak jelaskan, kenapa awak kata saya telah mengabaikan rumahtangga kita?”, tegas seorang suami, yang juga CEO sebuah syarikat besar, kepada isterinya.
“Penjelasan yang macam mana? Puas sudah saya jelaskan sebelum ini”, jawab isterinya.
“Penjelasanlah! Facts and figures… di mana kurangnya, apa kurangnya…”, muka si suami sedikit kemerahan.
“Tak adalah facts and figures tu. Tetapi ia suatu perasaan yang kuat. Saya rasa awak semakin longgar dari rumahtangga kita”, kata isterinya.
“Tengok tu Encik Covey, tak faham saya dibuatnya. Asyik-asyik itulah yang diulangnya sejak sekian lama. Perasaan, perasaan, perasaan!”, rungut si suami.
Stephen Covey tersenyum melihat gelagat mereka berdua. Hilang sedikit tumpuannya kepada makan malam mereka. Si suami berfikir dengan otak kiri, manakala si isteri membalas dengan sentuhan otak kanan.
“Saya tahu awak mungkin tak suka saya jemput Encik Covey makan malam bersama dengan kita malam ini. Tetapi, saya nak beliau bantu selesaikan apa masalah kita. Awak kata kita bermasalah tetapi awak tidak dapat memberikan penjelasan mengenainya”, si suami menyambung leteran. Buruk juga apabila orang lelaki berleter.
Si isteri tunduk. Garpunya menguis-nguis kobis bunga di dalam pinggan.
“Baik, sekarang ni, awak puas hati tak dengan rumah kita?”, tanya si suami. Cuba memecahkan kebuntuan diskusi mereka.
Isteri mengangguk lemah.
“Cukup tak makan pakai kita selama ini?”, soal si suami.
“Lebih dari cukup…”, jawab isterinya lemah.
“Habis, di manakah yang tidak kenanya?”, si suami sudah naik angin sedikit.
“Bukan soal makan pakai. Tetapi bagaimana perasaan awak terhadap saya, terhadap anak-anak dan rumahtangga kita?”, si isteri mengangkat muka. Sedikit memberontak.
“Saya sayangkan awak. Begitu juga anak-anak kita”, kata si suami.
“Tetapi saya tidak dapat merasainya!”, tegas si isteri.
“Tengok, Mr. Covey. Tak habis-habis dia akan mengulang perkara yang dia sendiri tidak dapat jelaskan”, si suami bernada mengalah. Bosan barangkali.
Kisah ini dicatat oleh Covey di dalam bukunya The 7 Habits of Highly Effective Families. Tetapi ia bukan kisah Covey semata. Ia kisah kehidupan kita semua.
“Tadi awak kata awak ada anak. Berapa orang?”, tanya Covey kepada pasangan itu.
“Dua orang!”, mereka berdua menjawab serentak.
“Oh dua orang. Bagaimana keluarga kamu bertukar dari kamu berdua kepada empat orang sekarang ini?”, tanya Covey dengan nada provokasinya.
“Apa maksud awak?”, tanya CEO itu, kebingungan.
“Maksud saya, macam mana kamu berdua dapat anak? Dua orang pula tu. Satu campur satu jadi empat!”, soal Covey.
Merah padam muka mereka berdua.
“Faham-faham sahajalah bagaimana kami dapat anak”, jawab si suami. Terasa sedikit aib pada soalan itu.
“Ya, kamu dan isteri bekerjasama untuk mendapat anak. Ketika kamu bekerjasama itu, kamu mahukan isteri kamu serupa dengan kamu, atau kamu menghargai dirinya sebab dia ‘berbeza’ dari diri kamu?”, tanya Covey lagi.
“Wah… peliknya. Tentulah saya gembira kerana isteri saya adalah isteri saya”, kata lelaki itu. Nafasnya kencang.
“Bagaimana kalau isteri kamu serupa dengan kamu? Bolehkah kamu gembira dan mampukah kamu berdua hari ini memiliki dua anak hasil persamaan itu?”, Covey terus menghentak pemikiran pasangan suami isteri itu.
Apa yang cuba Covey sampaikan, sudah difahami oleh mereka berdua. Mereka terlupa bahawa perbezaan antara suami dan isteri, bukan punca masalah, tetapi suatu nikmat dan peluang pengkayaan rumahtangga mereka.
Kerana suami itu seorang lelaki, dan isterinya pula seorang perempuan, mereka bahagia, dan natijah kebahagiaan mereka, rumahtangga yang bermula dengan dua insan bercinta itu, sudah bertambah menjadi empat dengan sepasang anak yang menyerikan kehidupan. Rumahtangga itu bukan sahaja memuaskan naluri mereka sebagai manusia, tetapi juga mencambahkan kebaikan, menambah keturunan, dan manfaatnya tidak berhenti-henti, tidak putus.
Itulah sinergi.
Satu tambah satu bukan dua, malah tiga, mungkin empat dan lebih lagi.

SINERGI
Sinergi adalah kemuncak kepada tabiat-tabiat yang telah dibincangkan sebelum ini. Ia adalah Sunnatullah yang telah menyuburkan kehidupan manusia, lantas seluruh kehendak Syariat mendorong insan untuk saling bersinergi.
Lihat sahaja sepinggan nasi berlauk ikan.
Kita membayarnya dengan harga RM5 tetapi hakikatnya, sebelum nasi dan ikan itu sedia untuk dihidangkan, berapa ratus malah mungkin ribu manusia yang terbabit untuk memastikannya? Nelayan yang turun ke laut, peraih dan pemborong, pemandu lori, pembuat lori, pembuat garam dan gula, penanam bawang, pekerja ladang kelapa sawit, pesawah dan senarai itu terus menerus memanjang tanpa henti. RM5 bukan harga sebenar pada usaha yang telah dilakukan untuk membolehkan kita menikmati sepinggan nasi berlauk ikan.
Itulah hasil sinergi manusia.
Malah kerana sinergi itu juga, kita hanya perlu membayar RM5 untuknya.
Cuba patah kembali kepada zaman sebelum manusia bersinergi begini. Mudahkah untuk kita menikmati sepinggan nasi berlauk ikan, jika segala-galanya perlu dilakukan sendiri tanpa ikhtiar orang lain?
Oleh kerana itu, salah satu teori yang wujud di bidang kajian ketamadunan, bahawa sejarah manusia bermula apabila mereka mula menghasilkan pemerosesan makanan bersama.
Itu soal manusia.
Lihat pula pada kehidupan di alam ini?

Kerbau besar dan gagah, tetapi sering kegatalan kerana badannya berkutu. Burung gembala kerbau pula tidak pandai memburu makanan, sebaliknya dijadikan Allah gemar pada bersarapan, makan tengah hari dan makan malam dengan hidangan kutu kerbau. Mereka bersinergi untuk saling memberikan keselesaan hidup dan manfaat kepada manusia yang menggunakan kerbau dalam kehidupan.
Malah burung yang kecil itu, dinamakan sebagai gembala kerbau, kerana mungkin peranan sinerginya telah mengekalkan ketenteraman kerbau dari terus gelisah dan turun minyak akibat kegatalan kutu. Burung itulah gembalanya. Semua orang tahu, apa kesannya jika kerbau itu turun minyak!
Seluruh alam bersinergi…
Seperti juga tubuh badan. Apalah sangat tangan, jika tangan hanya tangan. Tetapi kerjasama tangan kanan dan kiri, bersama kepala dan kaki, juga dengan anggota tubuh yang lain, ia mampu melakukan kerja-kerja yang hebat. KLCC itu juga hasil sinergi dua tangan seorang pekerja dengan tangan-tangan pekerja yang lain.
Seluruh alam bersinergi untuk keperluan masing-masing. Hanya manusia sahaja yang diberi pilihan, sama ada mahu menjadi sebahagian daripada sistem ini, atau menjadi makhluk asing yang mengasingkan diri dari Sunnatullah?
Jika dalam soal KEPERLUAN hidup, alam ini disusun oleh Allah agar mereka bersinergi, apatah lagi dalam soal TUJUAN hidup yang lebih besar dan utama?
BERSUNGGUH MEMIKIRKAN SINERGI
Betapa pentingnya sinergi dalam kehidupan, saya jadi tidak segan dan tidak pernah berasa susut keislaman jika saya mencadangkan bakal pengantin membaca buku Men Are From Mars, Women Are From Venus karangan John Gray. Ia mengajar seorang lelaki dan seorang perempuan untuk memahami bahawa lelaki itu sangat berbeza dari perempuan, dan perbezaan itu bukan masalah tetapi rahmat dan anugerah. Perkahwinan adalah untuk menghasilkan kebaikan daripada perbezaan itu.
Perbezaan fizikal.
Perbezaan cara berfikir.
Perbezaan kekuatan rasional dan emosi.
Perbezaan selera dan kecenderungan.
Berbeza belaka…
Untuk itu, syarat pertama SINERGI adalah MERAI DAN MEMANFAATKAN PERBEZAAN.
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). [Al-Hujurat : 13]
Kejadian manusia itu asasnya pada kepelbagaian dan perbezaan. Lelaki dan perempuan tidak sama, suku bangsa dan puak tidak serupa. Mereka itu memiliki pelbagai perbezaan, pada rupa, bahasa, kecenderungan, selera, cara berfikir, dan budaya yang terbit daripadanya.
Terpulang kepada kita, sama ada mahu melihat perbezaan itu sebagai punca masalah, lantas masalah kita tidak pernah habis. Atau kita melihat perbezaan itu sebagai kunci taaruf… kenal mengenal dan mengambil manfaat daripadanya.
Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing) dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat, tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan . Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya. [Al-Maidah : 48]
Sinergi bukan bermaksud berlapang dada dan berkompromi terhadap perbezaan. Ia bukan soal bertolak ansur di mana hari ini saya ikut jalan awak, dan esok awak pulalah ikut jalan saya.
Tetapi sinergi itu bermaksud saya datang dengan pandangan saya dan awak datang dengan pandangan awak, tetapi kita berdua terbuka bukan hanya kepada memilih antara dua pandangan berbeza yang kita ada, sebaliknya bersedia untuk mencari sesuatu yang lebih baik dari cara saya dan cara awak.
Kompromi akan menyebabkan awak buat cara awak, saya buat cara saya. Ia mendamaikan, tetapi perbezaan yang terbiar tanpa titik temu akan segera kembali kepada pusingan yang sama… bertemu pada sebuah pertembungan, buat kali yang entah ke berapa.
Kompromi bagus sebagai penyelesaian sementara tetapi ia bukan jalan terdekat kepada TAQWA. Ia tiada sinergi. Perbezaan yang tidak menerbitkan kebaikan, sebaliknya masing-masing membawa haluan sendiri. Setiap puak, gembira dengan apa yang ada pada diri mereka (Al-Rum : 32)
SINERGI RUMAHTANGGA
Seorang lelaki dibesarkan oleh ibu bapanya dengan cara diplomasi dan berlembut. Jarang benar mengangkat suara, apatah lagi tangan naik ke muka. Didikan tersebut berjaya membentuk lelaki itu menjadi insan cemerlang menuju dewasa.
Seorang perempuan dibesarkan oleh ibu bapanya dengan cara tegas dan garang. Jarang benar pandangan anak ditanya, sebaliknya melanggar peraturan rumah akan mengundang hukuman yang berbekas dan lama meninggalkan kesan. Cara itu berjaya membentuk perempuan itu menjadi insan cemerlang menuju dewasa.
Lelaki dan perempuan ini bertemu, dan mereka diijabkabulkan sebagai suami isteri. Hasil sinergi, mereka berjaya menjadikan setiap perbezaan antara mereka sebagai suatu surprise dan adventure dalam rumahtangga sepasang pengantin baru. Mereka terus meniti hari bahagia hingga rumah berseri dengan kurniaan cahaya mata.
Selepas cinta bersulam tanggungjawab, perbezaan mula menjadi ujian.
Suami percaya bahawa cara ibu bapanya yang diplomatik itu cara terbaik. Isteri pula percaya anak-anak mereka harus dibesarkan dengan ketegasan dan kegarangan kerana hasil disiplin sebegitulah dia mampu menjadi manusia. Lantas suami isteri bertelagah, manakah cara terbaik untuk membesarkan anak-anak.
Hal ini tidak boleh diselesaikan dengan kompromi.
Bab marah-marah bagi pada ibu.
Bab pujuk-pujuk bagi pada ayah.
Di mata ibu ayah, mereka melihat pendekatan itu seimbang.
Di mana anak-anak, mereka melihat ayah lemah dalam berprinsip tetapi kaya dengan kasih sayang, manakala ibu mengambil berat tentang disiplin tetapi tidak peduli kepada perasaan anak-anak.
Mungkin kompromi seperti ini menjadi punca mengapa ramai remaja yang saya temui membuat keputusan bahawa ibu lebih penyayang berbanding ayah, atau sebaliknya.
Akan tetapi SINERGI mengajak bapa mengimbas kembali bahawa diplomasi yang mewarnai kehidupannya sebelum dewasa, banyak kemanisan dan kebaikan. Tetapi ia mungkin menjadikan dirinya atau ada adik beradiknya yang kurang berdisiplin dalam kehidupan, atau lemah dalam membuat keputusan. Diplomasi berlebihan itu ada beberapa kesan sampingan.
Manakala si ibu pula atas tuntutan sinergi, muhasabah kembali dan melihat bahawa cara dirinya dibesarkan dengan ketegasan dan garang ibu bapa, memang telah berjaya menyuntik kecemerlangan akademik dan kerjaya, tetapi mereka tidak lupa kepada betapa peritnya hari-hari yang mereka tempuhi dalam ketakutan dan sempitnya jiwa kerana ibu bapa tidak membuka pintu kepada mereka untuk bersuara dan memberikan pandangan. Ketegasan berlebihan itu ada beberapa kesan sampingan.
Lantas mereka sedar, bukanlah diplomasi dan ketegasan itu saling bertentangan lantas perlu dipilih satu antara duanya. Sebaliknya pendekatan yang berjaya menggabungkan dua elemen itulah yang terbaik. Bapa yang penyayang juga ada ketegasan dan prinsip yang menjadikan dirinya disegani dan dihormati anak-anak. Ibu yang tegas dan garang juga ada sentuhan emosi dan diplomasi untuk menjadikan kasih sayangnya difahami oleh si anak. Maka bapa harus belajar teknik tegas dan marah. Ibu pula mesti belajar cara membelai dan mendengar suara anak-anak.
Sinergi bukan kompromi, ia bukan My Way atau Your Way, tetapi High Way! Cara terbaik dari dua perbezaan yang bertentangan.
SINERGI DI PESADA POLITIK
Tiada keraguan bahawa sinergi di dalam pembentukan hidup peribadi dan keluarga itu penting. Sinergi itu Sunnatullah pada cara manusia disusun oleh Penciptanya.
Maka kesan sinergi bukan hanya berperanan pada skala kecil di dalam sebuah rumahtangga, malah apa sahaja yang membabitkan manusia, sinergi penting untuk memperkembangkan kehidupan ke arah yang lebih baik.

Pengalaman kita pada akhir kurun ke-20, melihat sesuatu yang mustahil telah berjaya disinergikan. Era reformasi Malaysia telah menemukan PAS dan DAP di meja rundingan. Siapa yang tidak tahu, kenyataan popular “Cross My Dead Body” Karpal Singh apabila isu Negara Islam dibangkitkan oleh PAS. Maka kedua-dua parti pembangkang utama Malaysia ini amat berbeza dan saling bertentangan. PAS mahukan Negara Islam, DAP mahukan Malaysian Malaysia.
Tetapi suasana politik negara ketika itu mendesak semua pihak untuk menyemak mindset. Sama ada kita melihat perbezaan itu sebagai titik permusuhan, atau peluang untuk saling melengkapi dan bekerjasama.
Analisa dibuat, mengapa PAS mahukan Negara Islam. Intipati kepada cita-cita PAS ini ialah, Negara Islam adalah alat untuk manusia beroleh pembelaan dan keadilan. PAS mahukan keadilan ditegakkan, dengan kepercayaan bahawa caranya ialah melalui sebuah Negara Islam.
DAP pula mahukan sebuah negara sekular yang berjiwa Malaysian Malaysia. Ia adalah gambaran DAP kepada sebuah negara yang diyakini sebagai alat yang mampu memberikan keadilan kepada seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. DAP mahukan keadilan ditegakkan, dengan kepercayaan bahawa caranya ialah melalui sebuah Negara Sekular yang berjiwa Malaysian Malaysia.
Titik temunya adalah pada komitmen masing-masing kepada soal keadilan. Manakala kesemuanya sedang berdepan dengan isu yang sama iaitu pencabulan keadilan, dan penindasan ke atas massa.
Maka perbezaan di antara PAS dan DAP tidak menjadi halangan untuk mereka bekerjasama dalam soal yang disepakati iaitu menentang kezaliman dan memperjuangkan keadilan.
Mereka duduk semeja bukan dengan My Way, atau Your Way, tetapi mencari High Way.
Tentu sahaja dalam soal ini, sinergi boleh dilihat sebagai suatu pendekatan yang berisiko tinggi. Keterbukaan kedua belah pihak memang boleh diterjemahkan secara dangkal sebagai penggadaian prinsip atas nama politik. Tetapi prinsip dan strategi adalah dua perkara yang harus dinilai dengan teliti.
Bukan Nabi SAW tidak pernah bekerjasama dengan non Muslim. Bukannya Baginda SAW tidak pernah bersetuju dengan ‘kekalahan superficial‘ di pihak Muslim, demi kemenangan besar jangka panjang dalam Perjanjian Hudhaibiyyah. Semua itu bukan untuk diilmiahkan sebagai kenangan silam, tetapi harus lahir dalam bentuk panduan bersiasah dalam dunia kontemporari yang serba mencabar.
Kerana itu, Stephen Covey sendiri menegaskan bahawa Sinergi mesti berasaskan kepada tiga Habit pertama, kerana ia menentukan nilai yang dipegang, destinasi akhir yang ingin dicapai, dan prioriti yang mahu diperjuangkan.
Sinergi bukan keterbukaan yang mutlak tetapi ada prinsip-prinsip dan nilai yang memimpin.
PAS tidak secara semberono datang ke meja rundingan. Nasihat-nasihat ulama tempatan, dan antarabangsa telah dirujuk malah percubaan PAS pada pilihanraya 1999 itu diterima sebagai suatu pengalaman berharga untuk dianalisa dan dipelajari oleh gerakan Islam yang lain di seluruh dunia.
PAS dan DAP bukan sekadar bekerjasama hasil kompromi, malah mereka berjaya mengatur strategi dengan bersinergi. Bersama-sama dengan Parti Keadilan dan PRM ketika itu mereka membentuk Barisan Alternatif dengan meletakkan satu lawan satu di setiap kawasan pilihanraya. Hasilnya menjadi fenomena bersejarah dalam catatan politik tanah air.
Tentu sahaja selepas kemenangan itu, soal perbezaan antara PAS dan DAP muncul kembali, dan pandangan saya terhadap gagasan Negara Islam yang PAS perjuangkan, telah pun saya perkatakan di dalam ulasan-ulasan saya tentang kemenangan AKP di Turki. Harapnya diskusi mengenai hal ini, tidaklah bercampur aduk dengan persoalan sinergi yang menjadi fokus kali ini.
Tetapi pengalaman politik 1999 memperlihatkan apakah signifikannya SINERGI dalam pembangunan tamadun manusia.
PERBEZAAN ANTARA KITA: MASALAH ATAU PELUANG
Sudah sekian lama, mereka yang mahu kepada Islam di negara kita sudah berpecah kepada begitu banyak kumpulan. Ada kumpulan politik, ada NGO Kebajikan, ada NGO Pendidikan, ada gerakan dakwah yang berpengkalan di masjid-masjid, dan senarai ini berterusan.
Rasyid Ridha sudah lama menyeru dengan lisan Hasan al-Banna, bahawa kumpulan-kumpulan sebegini harus berlapang dada untuk bertolak ansur dalam perkara yang mereka saling bertentangan, dan bekerjasama dalam perkara yang disepakati. Tetapi ia masih slogan yang enak disebut, namun jauh dari realiti.
Ia berbalik kepada mindset.
Sudah lama PAS menganggap ta’addud jamaah sebagai suatu jenayah kecelaan kepada dakwah dan ummah.
Sudah lama juga JIM dan cabang-cabangnya menganggap keputusan mereka untuk wujud dan berkembang adalah kerana ketidakterbukaan PAS dalam mengakui kelemahan-kelemahannya yang banyak di kaca mata mereka.
Manakala Tabligh melihat perbalahan ini sebagai sesuatu yang jauh dari fikir iman dan amal, lalu mereka menjauhkan diri dari polisi sosial dan memfokuskan kerja kepada agenda sendiri. Masing-masing buat hal masing-masing.
Senarai ini berterusan dari satu kelompok kepada kelompok yang lain. Terkini, golongan Salafi muda pula membentuk entiti baru dengan elitisma Sunnah sebagai identiti kumpulan mereka.
Selagi mana kita semua melihat perbezaan ini sebagai titik penting untuk mengekalkan survival masing-masing, selagi itu kita 1000 batu jauh dari sinergi dan mencari jalan keluar.
Alangkan berlapang dada dan berkompromi terhadap perbezaan pun masih jauh dari realiti, apatah lagi untuk menjadikan perbezaan sebagai peluang dan bahan sinergi untuk tidak lagi taaasub menerima My Way dan taasub menolak Your Way, sebaliknya berusaha mencari High Way.

Tidakkah ada kemungkinan untuk berbilang jemaah dan berbilang pendekatan ini tidak lagi dibaca sebagai masalah. Sebaliknya dilihat sebagai pengkhususan kerja oleh kumpulan-kumpulan Islam yang memang tiada siapa pun mampu untuk buat semua benda?
Politik penting, tetapi dengan pembabitan dalam politik, menyebabkan banyak ruang yang ahli politik dan partinya tidak boleh tembusi atau berperanan.
Pendidikan itu penting, tetapi beban dan tugasan dalam memperbaiki usaha mendidik masyarakat, memerlukan pergerakan ini bisa menembusi sempadan fahaman politik, agar sesiapa sahaja boleh datang mengambil kebaikan, lantas gerakan pendidikan harus mengambil sikap bebas dari memihak kepada mana-mana aliran politik? Namun bukan dengan memusuhi politik.
Tegasnya, kepelbagaian kumpulan Islam, wajar dilihat sebagai suatu perbezaan. Tetapi perbezaan itu adalah pengkhususan dan fokus, bukan semestinya persaingan atau pertembungan.
Namun, Stephen Covey juga ada mengingatkan, bahawa sinergi perlu kepada penghayatan Habit #4 iaitu Think Win-Win, dan Habit #5 iaitu Seek First to Understand, Then to be Understood.
Inilah cabaran kumpulan Islam.
Pemikiran perlu dipositifkan, dan seterusnya bagaimanakah kesanggupan kita untuk memahami orang lain, sebelum meletakkan demand untuk difahami?
Seruan saya kepada komitmen kita semua agar menghayati Habit #5 iaitu belajar untuk memahami sebelum mengharapkan diri difahami, itu pun sudah cukup untuk meributkan kehidupan saya, hingga Habit #5 itu menjadi terlalu pahit untuk ditulis buat masa ini.
Akal, Hati dan Nafsu… masih kunci kepada segalanya…
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor












assalamualaikum ustaz
bukan ke kahwin sekufu tu penting dalam perkahwinan?kalau banyak perbezaan,timbullah banyak konflik yang menyebabkan goyah rumahtangga..apa pendapat ustaZ???
waalaikum al-salaam wbt.
sekufu itu pada status sosial, dan lain-lain perkara yang berfungsi mencegah external interference di dalam rumahtangga. gaduh sebab mak mertua dengan mak mertua sakit hati. bergaduh sebab masyarakat mengata bila guru besar kahwin dengan tukang kebun sekolah dan sebagainya…
tetapi sejauh mana samanya status sosial, pendidikan dan lain-lain, ia tetap unsur luaran. manusia tetap manusia.
keupayaan mengharungi rumahtangga sangat berkait rapat dengan kualiti suami dan kualiti isteri, dan bukannya gangguan-gangguan luar yang tidak akan masuk kecuali ada pintu yang membuka jalan.pintunya ialah lelaki bernama suami, dan perempuan bernama isteri.
macam mana sekufu sekali pun seorang suami dengan isterinya, mereka tetap lelaki dan perempuan, yang tidak dijadikan Allah SWT sama sifat dan kriterianya.
Salam..
Yang menariknya, ketika bercinta, bukan main faham lagi,
tapi bila dah berkahwin, semakin lama semakin tidak memahami..
makin tak serasi…
Akhirnya, perkahwinan yg terbina berkesudahan di mahkamah syariah.
sungguh menyedihkan..
ooo…macamtu….ustaz,boleh tak ustaz bagi pdpt bagaimana nak ajar anak2 supaya mereka berdikari sebab tengok zaman sekarang budak2 diberi kemewahan dan hidup dalam zon yang selesa…kalau orang zaman dulu,persekitaran hidup diorang susah…saya bimbang nanti anak2 manja,malas berfikir dll.
saya dah tulis sebuah artikel mengenai persoalan #4 iaitu MENYENGAJAKAN BEBERAPA KESUSAHAN. Moga bermanfaat.
This article not only deserve a cup of coffee but a buffet, but unfortunately I don’t have a credit card. Yes, it seem so simple but in the process of choosing a “high way” most of the time we tend to forget the application of the 5 previous habits. Congratulation for garapan yang baik.
Lama tak Kak Ija, masa yang saya ambil untuk sambung tulisan tentang 7 Habits ni? Banyak benda yang berlaku di sekitar habit 5 sehingga saya hampir rebah dibuatnya. Setakat ini saya merasakan habit 5 adalah cabaran terbesar di dalam masyarakat kita.
p/s: harap proposal yang dipertahankan hari ini mencapai kemenangan…
salam
mar’ah solehah,
maybe boleh bawa anak2 berjalan masuk kampung2, ziarah orang2 yg dhaif, boleh bawa sumbangan sekali (myb barang keperluan dm RM50) ke..
so, anak2 boleh dapat idea bagaimana susahnya hidup orang lain berbanding apa yg mereka dapat sekarang…
kalau dalam astro, family kat america tu pergi satu family ke afrika & stay kat sana seminggu.. merasai kehidupan sebenar afrika…
then, bila dgr feedback family mereka..it seems a positive experience & mereka rasa lebih bersyukur dgn apa yang mereka ada di US.
Selain itu juga ia dapat menyemai benih kasih sayang, prihatin & dermawan di kalangan anak2.. menghidupkan jiwa mereka dengan syukur..
Selamat mencuba…
wah, mahal cadangan “orang kaya bertaqwa” tu
besor belanjanya.
hehehe.. tu jumlah cadangan jer ust.. paling tidak bawa lah buah2an ker..
ziarah utk bertanya khabar… especially jiran sekampung kita…
sapa mampu lebih bawa la lebih..
“sedekah itu tidak mengurangkan, bahkan menambah..”
betul tak ustaz?
Alangkah bagus myway and yrway menciptakan high way tp untuk saya… saya perlu berlapang dada dulu dgn apa2 pbezaan ngan suami. Suami saya bukanlah terlalu open minded dlm bab berbincang ni. dari pengalaman awal perkahwinan dulu setiap pbincangan pasti berakhir dgn kemenangan di pihak dia. Sebab tu la skrg setiap ada permasalahan saya lebih suka mengadukan pd Allah.. mungkin pd org lain saya dlm penderitaan.. tp sebenarnya saya bahagia. Saya menerima seadanya suami saya dan sentiasa berdoa agar Allah wujudkan sifat lelaki idaman saya dlm dirinya dengan seikhlasnya tanpa desakan saya. Ada pendapat?
Ambillah seruan Habit #6 ini sebagai suatu mujahadah. Saya harap saya tidak memberikan impression bahawa ia sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Hakikatnya ia sukar dan penuh cabaran. Tetapi kepercayaan kita terhadap benarnya kepentingan sinergi ini, akan sedikit demi sedikit mempengaruhi pendekatan kita dalam kehidupan seharian.
Mulakan perubahan dengan diri sendiri, ia langkah Habit #1, sebagai foundation Habit #6 ini.
Salam kopi
1. Seperti biasa satu artikel yang menarik dari Ustaz. Sebelum melembutkan tangan bangku (jauh lebih baik dari otak bangku, he he) menaip komen panjang, kita minum dulu! … agar rumahtangga yang suram menjadi riang. Yang belum berumahtangga, jangan ingat tak ada keluarga! Minum kopi biar di rumah jangan di warmak. Berbincang tak apa di warmak, itupun janganllah hijau atau biru sangat, sampai kelihatan merah di muka. Yang penting dah 21 kenalah menghitamkan pangkah, tanda setuju demokrasi berparliment.
2. Kopi Ustaz ni terlalu mahal buat saya. Untuk menghasilkan idea bernas begini, 128 orang (dalam 7 generasi) terlibat dan 32 tahun berfikir sesuai Sunnah Allah, barulah dapat ilham sedemikian. Jadi buffet Kak Ija pun terlalu marginal, menyebabkan saya nak jamu kopi paling mahal pun rasa segan, sebagai balasan tulisan Ustaz. Sebagai kompromi, saya suka main dam dari mengopi. Lagipun takut gugur ganjaran akibat kopi secawan, tetapi membayar dam tidak menggugat ganjaran, kerana dam adalah untuk kelegaan saya, bukan kepuasan Ustaz. Oleh kerana membayar dam ini bukan sedekah, bolehlah dicerita bawah lampu. Dengan ini dam kedua saya sebanyak Euro 22. Nak tahu juga berapa sen jadinya dam pertama?, takut kalau-kalau terlalu mahal menggaru telinga kanan dengan tangan kiri. Yang rasa tak bersalah jangan dam diri, belanja kopi cukuplah. Senyum selalu semasa mengedam.
errkkk….kenapa saya cari artikel ustaz tentang Habit 5 tak jumpa-jumpa? Memang ustaz tak post lagi atau saya yang tertinggal keretapi…..?
itulah jawapannya, ibkembali
Aie, dah tukar Euro kepada USD, kenapa tak adakan option RM. Cubaan sebentar tadi tak OK, cuba lagi malam nanti!
Eh, masya Allah Pak Din… jangan pula membebankan diri. Saya bubuh option secawan kopi tu kerana menghargai banyak request pembaca agar diberi peluang untuk ‘memberi’. Oleh kerana saya tersepit antara perasaan mahu menghargai hasrat, saya cadangkan agar ia hanya sekadar secawan kopi
Unfortunately option dalam RM tidak ada. Matawang terdekat pun hanya Dollar Singapura…
Ustaz, sebelum berlaku pensinergian yang cantik antara 4 parti tersebut, perlu ada sinergi dalaman yang lebih sempurna antara kepelbagaian pemikiran di dalam PAS dan PKR utamanya. Satu contoh yang sedia maklum, pendeclarean Konsep negara Islam itu sendiri tidak sekata di peringkat dalaman.
Cabaran terbaru bagi ahli PAS ialah, pengumuman yang dibuat oleh DSAI semalam. Sudah pasti ada yang tersinggung!!!
Pengumuman yang mana satu tu ustaz elbariti? boleh specifickan? takut merujuk kepada yang salah.
Walau bagaimana pun, kita boleh memanjangkan perbincangan tentang siapa yang perlu bersinergi. Cuma di peringkat ini, ana sekadar memberikan contoh yang pernah dibuat antara PAS dan DAP suatu masa dulu. It proves that sinergi boleh dilakukan, cuma untuk agenda hari ini, tentu sahaja beberapa perubahan substance perlu dilakukan…
“Tetapi prinsip dan strategi adalah dua perkara yang harus dinilai dengan teliti.” Tetiba plak rasa “prinsip” pun perkara yang subjektif. Kalau menulis untuk menghentam satu parti politik yang berlabel Islam pun boleh dikatakan melanggar prinsip. Sepatutnya kita nilai prinsip,niat dan perbuatan semua pihak bukannya memihak. Sesak nafas pula rasanya.
Bukan tidak dapat mencari kebaikan pada penulisan beliau cuma tidak adil rasanya jika satu pihak sahaja yang diminta dinilai semula. Entahlah…
Ustaz, ana copy pastekan di bawah. Ia akan menyebabkan kumpulan tertentu akan terus dingin dengan PKR dan DSAI.
Anwar: Islamic state no longer an issue
Beh Lih Yi
Nov 28, 07 5:36pm Adjust font size:
PAS’ intention to establish an Islamic state is no longer an issue, said PKR de facto leader Anwar Ibrahim today in a bid to close ranks between opposition parties ahead of the coming general election.
“The Islamic state issue is not an issue for PAS now. They have not talked about it or raised this issue for the past three years, I don’t think it’s relevant to take it up now,” he told reporters at his Petaling Jaya office.
Anwar’s statement was an apparent reaction to DAP national chairperson Karpal Singh, who recently said his party would only work with PKR if it disassociated itself from PAS.
Karpal’s remark had raised eyebrows since it came in the midst of ongoing seat negotiations between DAP and PKR.
Both PAS and PKR are members of the Barisan Alternatif opposition front. DAP had left the front in 2001 following a spat over the Islamic state issue.
However, since its dismal showing in the 2004 general election, PAS has vowed to ‘soften’ its stance on the Islamic state issue in order to win the support of non-Muslim voters.
Issues with substance
According to Anwar, there should be a consensus among opposition parties to fight for issues with substance such as for free and fair elections and the independence of the judiciary.
Citing an example, he said: “I am very pleased that PAS has came out with a very strong statement to defend the pig rearing (issue in Malacca)… We have gone far ahead in terms of identifying issues of concern (to the people).”
Anwar also believes that Karpal’s statement would not jeopardise seat negotiations between the two parties
“Most of the contentious issues raised by DAP and PAS on the Islamic state is a matter of the past, it’s no longer an issue. If need be, I will meet and discuss further with Karpal,” he said
Pada pandangan saya, statement Anwar Ibrahim itu tidak perlu diterima 100% dan tidak wajar juga ditolak 100%. Kita tak perlu defensif tanpa keperluan.
Bagi saya sendiri, kelenturan PAS dalam memperkatakan tentang Negara Islam, jika benar ada kelenturan, mestilah datang daripada hasil penilaian PAS kepada substance Negara Islam yang diperjuangkannya. Dan jangan sekali-kali kelenturan itu berlaku kerana sekadar nak jaga hati kawan, or nak menang pilihanraya.
Sebab itu saya tidak setuju bila ada pihak kata AKP Turki menang dan sokong sekularisma sekadar nak kelecek bola dengan tentera. Ia memberikan konotasi seolah-olah AKP ada hidden agenda. Sedangkan apabila AKP menyetujui sekularisma, ia adalah kerana AKP telah membuat semakan kepada definisi sekularisma yang macam-macam tu dan mereka nampak bukan semua sekularisma bertentangan dengan Islam. In other word, perubahan AKP adalah perubahan yang genuine. Bukannya semata-mata nak menang pilihanraya dan kemudian buat kerja lain dari manifestonya.
PAS juga, kalau mengambil sikap mengurangkan ketegangan dalam isu Negara Islam, mestilah terbit daripada ‘kefahaman baru’nya tentang apa yang dia maksudkan dengan Negara Islam. Otherwise, orang akan cop PAS sebagai opportunist dan ia akan mengiyakan statement mufti yang awam dalam politik tu, bahawa PAS adalah parti yang berpolitik tanpa prinsip.
Maka, bersikap objektif terhadap statement Anwar Ibrahim tu, lebih memberikan kredit kepada PAS berbanding respond secara reaktif dan defensif.
My two cents…
Salam’alayk..
Pertama sekali, jazakallahu khairan kathira Ust entry kalini disertakana dengan rakaman sesi tersebut. Ini kali kedua ana miss Siri The 7 Habits di An-Nidaa’ kerana sedang bercuti. Sewaktu mendengar Habit#5 dulu pun ana dah merasa berat pembawaan isi yang Ust sampaikan dengan sejarah dan sebagainya, entry kali ini tidak kurang gayanya sebegitu cuma mungkin membaca di blog lain daripada mendengar secara langsung. Ringkasnya yang ana faham, SINERGI ni lebih kurang tambah tolak darab bahagi macam Integrasi; menggabungkan perbezaan idea demi mencari idea yang HIGH WAY.
Wassalam
Husainibrahim
Kujuruteraan UIAM
Waalaikum al-Salaam… seronoknya Husaini balik Perak.
Feel free to download the mp3 and my sincere appreciation to your kindness placing the mp3 @ your multiply…
Minggu depan dah sekolah. Cepat balik Kolumpo
masuk bab politik lagi..haha..
ramailah yang ‘angin’ lagi dengan ustaz lepas ni.
kalau tak nak, pi main jauh-jauh lah ya
kepada saya, politik adalah noble, urusan agama dan saya memperkatakannya secara serius, bukan sekadar sembang kedai kopi.
Saya tak nampak persamaan sinergi antara suami isteri dengan sinergi PAS dengan DAP (serta parti pembangkang lainnya)? Dalam konteks rumahtangga, perbezaan menghasilkan sinergi. Tapi dalam konteks politik titik temu barulah menghasilkan sinergi.
Sekiranya sinergi dalam rumah tangga dapat mengukuhkan lagi institusi rumah tangga dan menghasilkan win-win, sejauh mana sinergi dalam politik boleh memberikan jangka masa kemenangan yang panjang kepada pembangkang?
Saya faham isi artikel ustaz tapi apabila mengaitkannya dengan sejarah tahun 2003, saya meragui keberkesanan sinergi dari aspek titik temu yang sama. hurm…
Proses sinergi bermaksud meraikan dan memanfaatkan perbezaan. Rasional di sebaliknya adalah kerana di sebalik perbezaan itu, kedua-dua belah pihak sebenarnya mahu mencapai persamaan. Walaupun suami dan isteri berkomunikasi dan berfikir dengan cara yang berlainan, kedua-duanya mahukan apa yang terbaik untuk rumahtangga mereka. Jika itu yang mereka mahukan, maka halusilah perbezaan yang ada (seek first to understand…) secara berfikiran positif dan cenderung kepada mencari kebaikan (think win win). Perbezaan tidak harus kalah dengan persamaan yang lebih penting (put first things first) kerana akhirnya, apa yang dimahukan adalah kerukunan rumahtangga dan keredhaan Allah (begin with the end in mind).Definitely kedua-dua mereka tidak mampu melakukan hal ini kecuali mereka memulakan perubahan dari diri (be proactive) dan meyakini bahawa perbezaan yang hakikatnya adalah dari Allah dan pastinya mengandungi hikmah yang perlu dicari.
Proses sinergi antara PAS dan DAP harus dilihat dari titik perbezaan antara mereka. Walaupun berbeza, tetapi hakikatnya kedua-dua parti ini sebenarnya mahu kepada substance yang sama malah substance itu lebih penting untuk diperjuangkan (put first things first). bukan soal Negara Islam atau Negara Malaysian Malaysia, yang penting kedua-duanya diperjuangkan kerana mahukan keadilan dan bagi kita menegakkan keadilan adalah sebesar-besar perintah Allah. Kesimpulan ini hanya datang apabila PAS dan DAP saling berusaha untuk memahami di antara satu sama lain (Seek first to understand). dan kesediaan mereka untuk duduk bersama adalah untuk menghasilkan kemenangan yang tepat dengan cita-cita kedua belah pihak (think win win). Dari manakah datang semua ini? Hakikatnya Malaysia tidak akan 100 muslim melayu untuk PAS, atau sebaliknya untuk DAP. Maka kedua-duanya mesti realistik dalam meletakkan agenda masing-masing (Begin with the end in mind). Di peringkat kerjasama tahun 1999, kedua-dua belah pihak telah mengambil langkah (proaktif) apabila PAS berusaha untuk mencerahkan banyak konsep yang kabur sebelum itu, malah Lim Kit Siang juga banyak melakukan usaha untuk menyediakan DAP agar boleh bekerjasama dengan komponen BA yang lain.
Perbezaan DAP telah menjadi faktor yang mendesak PAS untuk tidak terlalu laju ke depan, sebaliknya mendapat sebab untuk define betul-betul balik, apakah substance Negara Islam yang diperjuangkan, sebagaimana AKP selepas pelbagai mehnah dan tribulasi, dipaksa oleh keadaan untuk redefine what they actually meant by secularism.
Saya merujuk kepada sejarah 1999, bukan 2003.
Jika DAP dan PAS sudah buat banyak groundwork untuk semak agenda masing-masing tahun 1999, they should continue to do the same. Tetapi kemenangan 1999 yang diperolehi hasil sinergi itu, membantutkan banyak perkara. Somehow ia menyumbang kepada kekalahan segera menjelang pilihanraya yang berikutnya.
Sebab itu pedih telinga kita mendengar apabila orang menyebut, Barisan Alternatif or somehow ditujukan kepada PAS, bahawa menguruskan kemenangan pun belum cukup pandai, menguruskan kekalahan pun belum cukup baik.
Kena sharpen the saw segera…
Jumpa di al-Nidaa’ pada 5 Disember Insya Allah…
Salam sinergi
1. “Perbezaan antara suami dan isteri, bukan punca masalah, tetapi suatu nikmat dan peluang pengkayaan rumahtangga mereka” sekiranya keduanya mengambil tahu semasa bernikah bahawa ia satu pengorbanan, tetapi tidak bagi pasangan yang hanya mengambil mahu, iaitu tertarik berdasarkan perasaan cinta berahi semata., seperti kata #3 Insan Biasa “ketika bercinta, bukan main faham lagi, tapi bila dah berkahwin, semakin lama semakin tidak memahami.. makin tak serasi…”. Pasangan sedemikian hanya faham fungsi perasaan tanpa faham rational berkahwin. Tak timul soal bagaimana, kerana automatiknya kedua-dua bangun, “Maksud saya, macam mana kamu berdua dapat anak? Dua orang pula tu. Satu campur satu jadi empat!”, soal Covey.
2. Pasangan yang kedua-duanya menjangkau kawasan yang sama, iaitu berkerja sama-sama, tidak menghasilkan sinergi yang tinggi, tetapi tak dinafikan ‘ketenangan’ yang datang bersamanya. Tetapi Sunatullah mengatur adanya pasangan, dengan peringatan keduanya dari planet berlainan, berdasarkan ratio 1:9 yang popular. Kita perlu ingat, jasad (memberikan nafsu, perasaan yang berpotensi negatif) kita, disediakan jauh lebih awal dari peniupan roh (memberikan akal, rational berpotensi positif). Dan diketahui umum bahawa lelaki mewarisi 1 nafsu dan 9 akal, sementara perempuan sebaliknya. Maka, “Bukan soal makan pakai. Tetapi bagaimana perasaan awak terhadap saya, terhadap anak-anak dan rumahtangga kita?”, adalah tabiat si isteri melahirkan fitrahnya. Pasangan perlu ambil tahu ketika bercinta.
3. “Sunnatullah yang telah menyuburkan kehidupan manusia, lantas seluruh kehendak Syariat mendorong insan untuk saling bersinergi.” Contoh yang Ustaz bawakan menunjukkan betapa pentingnya kita memahami ekonomi dan kegiatan berkaitannya. Oleh kerana Syariat (Al Quran) tidak banyak memberikan perincian kepada Sunnatullah (Hukum Alam), dan kelalaian Muslim mempertahankan sistem ekonomi, secara menyeluruh, menyebabkan sistem ekonomi yang dipakai sekarang ini tidak mengikut Syariat sepenuhnya. Ia diatur sebaik mungkin oleh bukan Islam untuk menguntungkan mereka. Sinergi ekonomi yang datangnya dari usaha Muslim (30% dari penduduk dunia), senang-senang diraih untuk kepentingan dan kemajuan bukan Muslim. Sinergi berekonomi memang sangat baik, tetapi strategi bukan-Muslim terlalu halus untuk disedari Muslim, yang terlalu sibuk, untuk memahami Syariat yang tersirat.
4. “Seluruh alam bersinergi untuk keperluan masing-masing.” Malangnya hasil 3 dari sinergi 1 (usaha Muslim) + 1 (usaha bukan-Miuslim), tidak dibahagikan samarata kepada modal usaha, kerana Muslim terlalu selesa membiarkan Sunnahallah dipelajari oleh bukan-Muslim, dan mereka memperuntukkan jauh lebih banyak kepada diri mereka (mungkin 70-80% dari hasil 3 itu), tanpa Muslim boleh bersuara, kerana kegagalan berturut-serta mengubal peraturan perdagangan (berekonomi) yang digunakan sekarang ini, yang asalnya tidak dinafikan berasaskan Islam atau pemerhatian Alam. Kunci segala kejadian hanya terdapat di dalam Sunnahallah atau Alam, dan Allah Maha Adil memberikan kepada siapa yang berusaha mendapatkannya.
5. Pada tahap mahluk tak berakal, sinergi tidak boleh dimanipulasi. Binatang (termasuk manusia) hasilkan carbon dioxide, tumbuhan mengambilnya dan tumbuhan menghasilkan oxygen dan binatang mengambilnya. Tetapi apabila manusia diberikan akal, hasil sinergi yang selalu dimanipulasi oleh mereka yang tidak bermoral, yang tidak percaya kepada pembalasan hari kemudian. Mereka memaksimakan hasil sinergi mahluk kepada keselesaan hidup mereka di dunia. Mereka kawal segala faktor, yang akan menyebabkan pengaliran hasil kepada mereka, walaupun modal usahanya adalah bukan mereka. Mereka bermodalkan akal semaksimanya, bagi memanipulasi Muslim yang bermodalkan percaya semata-mata. “Sinergi bukan keterbukaan yang mutlak tetapi ada prinsip-prinsip dan nilai yang memimpin”
6. Dalam berpolitik, sistem demokrasi menentukan sinergi bukan your way and my way. Hasil dari pertikaman lidah penyokong dan pembangkang, yang membentuk undang-undang untuk dilaksanakan. Di Malaysia, hasil sinergi membolehkan Muslim menikmati ketuanan Melayu, selaras perlembagaan. Segala usaha mengubahnya akan menyebabkan ketidak-stabilan sistem yang memastikan ketuanan. Kalau terburai ketuanan ini, Sunnahallah akan menyebabkan hasil sinergi berpehak kepada bukan-Muslim, mengetahui merekalah yang sebenarnya memberikan lebih modal sinergi di sektor ekonomi.
7. “.. kepelbagaian kumpulan Islam, wajar dilihat sebagai suatu perbezaan.” Bukan perbezaan itu yang perlu dipersoal, sehinggalah ia menyentuh soal akar dan pokok. Apabilah hanya dipercayai dan tidak dapat dibuktikan, maka perbezaan sedemikian, sekecil manapun akan menghasilkan buah yang berbeza. Hanya satu Allah yang layak menjadi Tuhan semua Alam. Tuhan yang telah membentuk segala-galanya, dan memberikan apa yang menjadi HakmilikNya, untuk menjadi hakguna kepada mahluk. Dengan hakguna itu mahluk bermodal untuk bersinergi sesama sendiri, tetapi tidak menyama-ratakan pembahagian hasil sinergi.
MasyaAllah…
Segala yang diusahakan, insyaAllah akan mendapat nikmat dari Allah,..keberhasilannya…hanya Allah yang Maha Tau.
Redho Allah, bagi mereka yang redho atas ketentuannya..Ameen.
Akal..Hati..nafsu….berhati-hati dengan NAFSU…
Ketentuan Allah itulah yang tersirat di dalam Alam, yang mana kajiannya dilakukan oleh bukan Mslim. Ketentuan itu bermakna Allah menjadikan setiap sesuatu dengan kadar. Kita pilih kadar tersebut, janji Allah akan menghasilkan yang sama, tak kira percaya atau tidak kepada wujudNya. Ilmu sains adalah ilmu yang mengkaji tentang kadar ketentuan Allah, tidak lain dari itu. Memang mustahil untuk kita mempelajari kesemuanya, kerana Allah telah mengatakan sedemikian di dalam ayat Kursi, tetapi soalnya kenapa bukan Muslim yang lebih berilmu sains dari Muslim. Muslim pernah bersinergi di awal tamadun untuk maju di bidang sains, tetapi apabila timbulnya ombak menghapuskan pemikiran terbuka, lenyap terus keunggulan sains Muslim. Ini yang perlu segera dihidupkan. Kesedaran berfukir secara terbuka dan faham untuk mengolah sinergi dengan bukan Muslim sangat perlu, bukan dengan memusuhi mereka. Terdapat satu trend sekarang ini memusuhi apa yang dihasilkan oleh saintis bukan Muslim, hanya kerana kita tak faham dengan apa yang mereka kata. Redho Allah adalah bagi mereka yang redho bersinergi mengkaji carakerjanya. Dan cara pengukuran faham atau tidaknya kita kepada carakerja Allah terpapar pada keizinan kita melakukan sesuatu. Ibarat Barat boleh menekan butang yang membawa ‘kekuasaan Allah’ ke tempat yang mereka ingin musnahkan. Kita Muslim, seperti Iran terhalang melaksanakannya hanya kerana sekatan ekonomi.
[...] Komen pendek. Published November 30, 2007 Respond #31 Pak Din Says: November 30th, 2007 at 9:57 am Ketentuan Allah itulah yang tersirat di dalam Alam, [...]
” Jika DAP dan PAS sudah buat banyak groundwork untuk semak agenda masing-masing tahun 1999, they should continue to do the same. Tetapi kemenangan 1999 yang diperolehi hasil sinergi itu, membantutkan banyak perkara. Somehow ia menyumbang kepada kekalahan segera menjelang pilihanraya yang berikutnya.
Sebab itu pedih telinga kita mendengar apabila orang menyebut, Barisan Alternatif or somehow ditujukan kepada PAS, bahawa menguruskan kemenangan pun belum cukup pandai, menguruskan kekalahan pun belum cukup baik. ”
Salam…
Dalam keputusan pilihanraya 99, parti yang menerima kesan buruk daripada sinergi sebelum 99 itu adalah DAP sendiri. Ramai pemimpin besar mereka tewas mengejut dalam pilihanraya itu.
Antara puncanya mereka menjadi mangsa fitnah MCA kononnya telah bersetuju dengan Negara Islam PAS dan lain-lain.
Oleh itu, selepas 99 DAP mengambil keputusan keluar daripada BA dan hasilnya mereka menang selesa pada 2004. Kini BA hanya mengandungi PAS dan PKR.
Berdasarkan perkara ini, bukan setakat sinergi, duduk semeja dengan DAP pun agak sukar. Maka BERSIH telah menjadi platform terbaik untuk semua pihak boleh duduk semeja. Beberapa kali pertemuan BERSIH diadakan di Jalan Raja Laut, wakil DAP turut serta bersama NGO lain.
Kini, jika ada sebarang kerjasama dengan DAP, hanya dalam persetujuan untuk tidak akan bertembung 3 penjuru di mana-mana kerusi. PKR adalah jambatan terbaik untuk PAS dan DAP. Anwar perlu memainkan peranan terbaik. Oleh itu, ahli PAS perlu bersabar dengan sebarang ketidak selesaan yang muncul drp PKR mahupun Anwar. PKR kurang ahli dan tenaga , tetapi ada pengaruh pelbagai jenis rakyat.
Jika mahu DAP bersama BA, DAP perlu pastikan tiada lagi agenda Negara Islam dalam BA. Inilah cabaran yang PAS perlu selesaikan, ibarat apa yang ustaz tegaskan. Itu pasal ustaz, dalam keadaan pelbagai isu dan krisis yang timbul dalam PAS dan antara parti pembangkang, tidak banyak pihak dalam PAS melihat dengan dekat dan fokus terhadap masalah2 yang kita bincangkan sebelum ini.
PAS bukan hanya perlukan Pusat Penyelidikan Pas Pusat sahaja, sebaliknya ditambah dengan mekanisme lain untuk menangani isu-isu yang ustaz kemukakan. Ustaz atau sesiapa sahaja boleh gunakan ruang yang ada di hadapan mata untuk bangkitkannya, selepas pilihanraya nanti. Insya Allah, ulama-ulama muda boleh diajak berbincang.
Ana tak pandai nak kaitkan sinergi dengan banyak benda, kecuali politik dan ubat HPA sahaja…hehe
[off-topic]
Berbanding “Revolusi Sikap”, mungkin lebih sesuai sekiranya digantikan ke “Evolusi Sikap”. Kesan revolusi adalah segera dan cepat, tapi survivalnya tidak panjang. Tapi evolusi walaupun mengambil masa yang lama, tapi kesannya boleh dilihat dalam jangka masa yang panjang. Amal sedikit tapi istiqamah lebih baik berbanding amal banyak tapi sekerat-sekerat.
Hehe..insya Allah Ahad ni ana akan balik ke Kolumpo menyambung ‘persekolahan’
Owh, Habit#6 Rabu depan ye Ust, insyaAllah jumpa di sana nanti
About the mp3, I’ll do so in the campus next week together with the final session Insya Allah.
No cent I think..huhu
Husainibrahim
Barakallahufiekum, wassalam.
Betul tu Saifuddin, tak ramai yang berkobar bila disebut evolusi, tetapi masing-masing sanggup bermandi asid bila berrevolusi. kalau revolusi sikap itu benar-benar berlaku tak apa juga, tetapi kebanyakannya revolusi semangant ‘short sighted’
Kami kat bawah ni, kalau ada revolusi semangatpun alhamdulillah. Boleh juga ada kecenderongan nak buat kerja. Yang tak ada tu yang hilang entah ke mana.
Biarlah orang lain berevolusi sikap, atau berevolusi sikap.
Salam..
Lama betul menantikan yang Habit yang ke #7. Kalau En. Covey dalam bukunya cuma berikan contoh perkahwinan, tapi ustaz tambahkan lagi dengan contoh parti politik. Kedua – duanya amat relevan. Tapi, saya lebih selesa dengan cerita perkahwinan tu lagi
Pak Din pun dah huraikan dengan panjang lebar bagaimana sinergi ekonomi, yang jika tidak hati – hati, bakal menguntungkan sebelah pihak, kalau pihak yang satu lagi masih dungu dengan Sunatullah.
Bagi saya, balik kpd contoh dalam perkahwinan, benar sangat, it is easier said than done. Nak bersinergi 1 + 1 = 4.. secara fizikal adalah lebih mudah dari secara mental. Tak dinafikan, kedua belah pihak kena jadi proaktif, baru menjadi. Kalau sebelah pihak saja yang proaktif, macam mana ya? Hmm.. itulah cabarannya yang menduga akal dan perasaan pihak yang proaktif. Kena berusaha, kemudian bertawakal…
Wasalam
Saya faham perasaan pihak yang proaktif, walaupun setelah kita melihat dari pelbagai sudut, untuk merasionalkan keadaan. Malangnya itulah teka-teki yang susah nak jawab ‘kenapa aku tidak mereka?’ Semakin kuat kita berpegang kepada perkahwinan itu seumur hidup, ujiannya akan menjadi semakin banyak. Yang dikuhatiri dari tekanan menjadi tertekan. Hanya DUIT, seperti Shiha kata menjadi penawar mujarab. Dugaan lagi bertambah, bila hasil sinergi dikreditkan samarata di atas modal sinergi yang tidak sama. Kita hanya boleh mengharapkan balasan adil di hari kemudian nanti. Bersabar dan senyum selalu.
InsyaAllah Pak Din
eh, tersilap.. patutnya: Lamanya menantikan Habit yg ke #6.. bukan ke #7 hmm… dah tua