Antara Kak Nor dan Encik M – Update

December 31st, 2007 by Abu Saif 11:55 pm | 13,738 views | Print Print | Email Email | Leave a reply »

hairanbinajaib.jpg

Saya tersentak apabila membaca sebuah artikel yang disiarkan di ruangan KELUARGA di Utusan Malaysia bertarikh 27 Disember 2007 di bawah tajuk “Tinggalkan Keluarga Kerana Kerjaya“.

Artikel itu adalah salinan bulat-bulat kepada artikel saya “KENAPA MAHU JADI DOKTOR” yang ditulis pada 1 Mei 2007, iaitu artikel saifulislam.com yang mencatat jumlah view tertinggi setakat ini.

Pada saya, ia bukanlah soal hak cipta dan keuntungan, kerana saya menulis pun bukan bermotif demikian. Tetapi sungguh mengaibkan apabila ciplak cipta yang dibuat, bukanlah pada menciplak fakta, tetapi menciplak cerita kehidupan orang lain. Isteri saya bersalin, isteri ‘M’ bersalin, juga dengan cuti 2 minggu? Bezanya, saya hanya seorang saya, dan ‘M’ ialah seorang pensyarah yang kini berada di Ho Chin Minh, Vietnam.

Ia bukanlah suatu kebetulan kerana ‘M’ berulang-ulang kali menggantikan nama saya dengan dirinya di dalam artikel tersebut, dan dengan plagiarisma sebegitu, ia disiarkan di akhbar perdana seperti Utusan Malaysia.

siapakahm_itu.jpg

 

Kejadian ini telah membongkar banyak perbuatan tidak bertanggungjawab pelbagai pihak memanipulasi penulis kerdil seperti saya. Ia telah memberikan kefahaman kepada saya tentang peri benarnya pepatah Melayu “buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali”. Kita dianjurkan oleh Islam untuk melakukan kebaikan, tetapi ia tidak bermakna hingga kita tidak mampu bersuara menangkis kejahatan, manipulasi dan penindasan.

Saya amat berlapang dada jika mana-mana artikel dan ceramah saya disebarkan dengan tujuan dakwah, tetapi bentuk asalnya hendaklah dikekalkan dan alamat blog ini perlulah disertakan. Motifnya tidak sulit. Jika timbul kemusykilan, orang tahu ke mana hendak dirujuk, susah payah penulis, rujukannya, masanya, berbalas dengan bertambahnya orang datang membaca dan memanfaatkan tulisan di sini dan terlebih mudahnya ialah, tanpa sikap semudah ini, binasalah sistem beragama kita apabila siapa mengambil apa dari siapa dibiarkan sewenang-wenangnya dalam hadith Nabi SAW.

Kita juga harus bijak dan waras dalam menghulurkan kemaafan kerana perbuatan memberi maaf secara yang tidak bertempat, tanpa sabitan kesalahan, akan diterjemahkan sebagai peluang untuk kesilapan dan jenayah yang sama terus berulang kali menimpa orang lain, bahkan mungkin untuk kesekian kalinya ke atas diri kita sendiri.

Saya sedang menanti, siapakah pelaku salah dalam kes ini?

Semoga menjadi teladan buat penulis yang lain.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
Dublin, Republic of Ireland

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

SHARING IS CARING:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • Live
  • Print
  • Technorati
  • MyShare
  • Upnews
  • PDF
  • RSS
  • Add to favorites
  • Twitter
  • MySpace

Related posts:

  1. Kepimpinan: Antara Kuasa dan Pengaruh – Update Ceramah Berkenaan Tajuk Ini Yang Disampaikan di Jab. Perubatan Kecemasan...
  2. Buku Sulung Saifulislam.Com – Update 7 April “Segala puji bagi Allah!”, saya mengurut dada. Setelah lebih sedekad...
  3. Antara Mengambil dan Memberi “Saya nak jual artikel ustaz sebab pelajar di kolej saya...
  4. Facebook: Antara Pro dan Kontra “Ustaz, do you have any networking account?” tanya Saeb kepada...
  5. Hijrah Kali Ini – Update 1430 Hijriyyah bukan Hijrah sebarangan. Kali ini, saya dan keluarga...

Advertisement

88 comments

  1. sapa yang hantar tu kalau ada disini baik ngaku. pembaca2 saifulislam yang lain pun mungkin annoyed dgn tindakan anda.

  2. Dr.N says:

    Salam, ustaz, saya rasa ustaz kena dapat pandangan lawyer dalam hal ni. takut lepas ni ada pulak si J, atau si N, atau si C dan si apa tah lagi yang ‘cara penceritaan nya sebijik macam ustaz’. haru tu.

  3. czarcam says:

    yea la..saya setuju..

  4. ahmadfadhli says:

    siapa kata akhbar Utusan Malaysia bermaruah?

  5. hashim says:

    Salam… sebagai pembaca senyap (tak pernah komen sebelum ni), saya terkejut dengan entry ini. Selama ini akhbar UM digelar utusan meloya nampaknya penuh dengan kebenaran (kemeloyaannya). Disebabkan saya memang tidak membaca UM (online atau akhbar sebenar), berita begini memang meloyakan tekak.

  6. ummu saif says:

    Salam.
    I think Saifulislam.com must at least ask UM to acknowledge this article as plagarism. They have to say sorry in ruangan RALAT yg depa ada tu. Kalau depa taknak baru kita take action. Which means depa memang purposely did that and refuse to acknowledge your rights. I will ask our niece who’s doing chambering regarding this.

    How embarrasing!

  7. Amin Ahmad says:

    Salam Ustaz,

    Dah balik? Harap keadaan makin elok.

    Astaghfirullah…begitu korup minda si ‘M’ ni.

  8. husna1399 says:

    assalamu’alaikum..

    ..erm, boleh pulak macam tu si ‘M’ nih..

  9. safwan says:

    Salam. Pada pandangan saya ust kena ambik tindakan. Bukan masalah ‘sebarkan kebaikan’. Tapi kita perlu mengajar mereka apa yang dikatakan etika kewartawanan.

  10. Salam,

    Ho ho ho, reality check. Jgn jump to menyalahkan Utusan biarpun mmg selama ni meloyakan. Penulis ruangan tersebut mungkin tak pernah baca saifulislam. Dia baca email dari Mr. M dan percaya itu cerita benar Mr. M . So jgnlah salahkan penulis ruangan. Macam mana dia nak check seluruh internet.

    Sekarang ni Mr. M plagiat dan hantar kepada utusan. Dan utusan pulak percaya. Kalau utusan enggan mengeluarkan RALAT untuk mengaku kesalahan dan meminta penjelasan dari Mr. M barulah Utusan meloyakan.

  11. FakuLito says:

    Salam. Panas sungguh hati terhadap individu tak bermaruah ini. Sekurang-kurangnya meminta keizinan dahulu. Perkara boleh atau tak boleh itu perkara kedua!
    Apakah Abu Saif sudah memberitahu Utusan Malaysia akan perkara ini? Mungkin pihak berkenaan boleh memberitahu saudara emel si penghantar itu?

  12. rozaimiabusamah says:

    Salam..

    Artikel dari Mr M tersebut tersiar dalam Utusan Malaysia, bahagian MEGA, pada hari ini (28/12/2007). Semalam keluar ‘on-line’.

    Boleh la ramai-ramai maklumkan kepada Kak Nor (PIC for that column) di kaknor@utusan.com.my mengenai perkara tersebut. But please, inform her in a good, muslim way..

  13. ummizulfa says:

    Semalam saya baru terbaca dari salah satu blog yang menceritakan tentang ceritany juga dicopy oleh seorang blogger lain..sebijik jugak

    Yang empunya cerita menceritakan ’10 reasons why she married her husband’ and the copycat juga menulis benda yang sama dan mengatakan itulah sebabnya why she married her husband…

    Saya rasa dalam alam cyber ada yang psycho juga dan try to leave in other people’s life, or else they have bad living condition and try to overcome that by copying other people’s life which seemed happier for them..

    Quite scary…

  14. Abu Saif says:

    Ironinya, akhbar yang sama menyiarkan statement Datuk Mustapa Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi, bahawa tindakan yang tegas mesti dikenakan ke atas pelajar yang melakukan plagarism. Bagaimana kalau pensyarah yang melakukannya?

    Ada yang tidak meniru kerana peraturan, ada yang tidak meniru kerana kepercayaan. Yang tidak meniru kerana peraturan, mungkin tidak meniru dalam tulisan ‘rasmi’nya, tetapi tidak malu untuk meniru dan mencuri tulisan orang lain. Seorang yang tidak meniru kerana kepercayaan, tidak meniru dalam tulisan rasmi dan tidak rasmi kerana ia adalah suatu kebodohan terhadap diri sendiri dan menanggung kemerosotan maruah diri selagi hayat di kandung badan.

    Saya nak contact Utusan Malaysia pun tak ada email address yang boleh digunakan. Saya pula masih berada di Ireland sehingga hujung minggu ini. Jika sahabat sekalian ada email pengendali ruangan itu yang boleh dihubungi, mungkin boleh bantu letakkan di sini supaya saya boleh contact, dan mungkin para pembaca juga boleh menulis kepadanya.

    Hmm…

    Ada-ada aje la dunia sekarang ni.

    Tapi statement ummizulfa (#16) juga memang menakutkan saya. God knows macam mana tulisan-tulisan saya digarap secara ala-ala psycho oleh segelintir pembaca. Ada yang tulis email “Alangkah bertuahnya jika saya dapat seorang suami macam ustaz!” malah ada yang lebih teruk, “kalaulah suami saya boleh jadi macam ustaz!”… Allah…. sakit jiwa saya dibuatnya. Ummu Saif apatah lagi!!!

    Instead of menggunakan artikel saya untuk memuhasabah diri dan memperbaiki kehidupan sendiri, ada yang mengambil jalan pintas dengan mencita-citakan kisah penulis itu sebagai kisah dirinya…

    Sungguh menggerunkan…

    “yang masih sakit mata”

    ABU SAIF

    p/s: kalau Ummu Saif free, cubalah tanyakan ‘lawyer-lawyer’ dalam family kita ya :)

  15. JAi says:

    Artikel bertajuk ‘Hargailah Permata yang Tersimpan di Rumah

    Penulis bernama:
    NORMALA HAMZAH
    kaknor@utusan.com.my

    Ust boleh maklumkan kepada beliau untuk makluman isu plagarism ni.

  16. ummu saif says:

    Salam.

    Cuma saya hairan, takkan lah UM ni stupid sangat. I’m sure setiap artikel yg mereka terima, mereka kena pastikan bukan bahan cetak rompak. It’s rule of journalism. Otherwise, they are exposed to plagiarism senang2 aje. And in other words, they are easily exposed to law suit.

    So, problem ni timbul sama ada penerima artikel ie UM mmg tak tekankan faktor ini di kalangan wartawan/editor mereka atau mmg depa sendiri yg cetak rompak. Then, depa ubah artikel and make it as if it was sent to them from some one. Bcoz, if u noticed, artikel dlm UM tu tak banyak yang diubah. Kalau artikel dah diubah 2 kali/ oleh 2 org yg berbeza, biasanya akan lebih banyak perubahan. Saya perasan perkara ini setiap kali artikel ustaz keluar di majalah. Biasanya mereka akan tukar sikit2 aje.

    Tp, Wallahu a’lam.
    Semoga Allah menunjukkan siapa yg benar dan siapa yang salah..!

  17. nilah dilema penulis alam maya.Err…sekadar menyibuk.

  18. ummu saif says:

    Saya sebenarnya telah habis mengikuti 2 kursus medicolegal & clinical research baru2 ini. Satu kursus, penceramahnya professor fakulti Law dari UIA dan satu lagi professor dari National University of Singapore. Antara topik yg kami bincangkan ialah copy rights and plagiarism.
    So, everything is still fresh in my brain. That’s why lah agaknya ter’emo’ sikit.

    Sorilah ye..

  19. Kak Ija says:

    Komen #17(Abu Saif), kalau “stmt” mencita2kan suami dia jadi macam ustaz bermakna dia tak lulus lagi ujian habit #1, MENJADI BUKAN MENCARI.

    Komen #36 (Ummu Saif), itu bukan “emo” tapi “the power of knowledge”. Tapi malangnya orang tu tidak ada knowledge tu

  20. terima kasih sufi. Saya tak baca sampai baris2 last artikel di UM tu. Siasatan Sufi mmg membuktikan Kak Nor tu plagiat. Mr. M adalah manusia khayalan. Saya wonder, mahukah wartawan utusan ni minta maaf? Kalau tak secara terbuka, secara diam2 terus dgn abu & ummu saif pun tak pe. Saya dah email terus pada kak nor tu. Kalau senyap je saya email ke editor in chief.

  21. shiha says:

    Salam berbaik sangka

    Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Diharap ustaz sekeluarga tenang – tenang selalu :) Saya ni sebagai pembaca hanya mengharapkan kesudahan yang terbaik bagi semua pihak. Tak seronok juga kalau kita melontarkan spekulasi tanpa mengetahui cerita yang sebenar. Saya masih menunggu dan melihat. Wasalam.

  22. ummu saif says:

    Salam Dr Shiha.,

    Apa khabar? Hai, dalam confinement pun masih berinternet? Bukan kena berurut, tuam perut, mandi bunga dsbnya? Jgn stress dgn discussion yg sedang hangat sekarang ni. Baby sihat? Kalau jaundice, jgn lewat buat bld check up ye.. :)

    Utk pengetahuan semua, Dr Shiha baru sahaja melahirkan seorang baby boy (anak ke 3) pd 23 December lalu.

  23. Abu Saif says:

    Salinan email saya kepada Kak Nor:

    Kepada:

    NORMALA HAMZAH
    kaknor@utusan.com.my

    PERKARA: ARTIKEL DI RUANGAN KELUARGA DI UTUSAN MALAYSIA BERTARIKH 28 DIS 2007

    Assalamualaikum WBT.

    Didoakan semoga email ini menemui puan di dalam kesempurnaan iman dan kesihatan.

    Merujuk kepada artikel yang tersiar di Utusan Malaysia, bahagian MEGA, pada 28/12/2007, bertajuk TINGGALKAN KELUARGA KERANA KERJAYA, saya berpandangan bahawa artikel itu adalah menyerupai sepenuhnya artikel milik saya yang tersiar di blog saya SAIFULISLAM.COM (http://saifulislam.com/?p=402) bertajuk “KENAPA MAHU MENJADI DOKTOR” bertarikh 1 Mei 2007.

    Adalah sulit untuk menganggap persamaan artikel ini sebagai suatu kebetulan kerana hampir keseluruhan artikel tersebut mengekalkan ayat yang sama dan saya melihatnya sama ada sebagai suatu kecurian harta intelek (plagiarism) atau pun kecuaian pihak Utusan Malaysia menyiarkan artikel yang tidak dikenal pasti siapa pengirimnya. Kedua-dua kemungkinan ini memberikan imej yang tidak baik kepada etika kewartawanan, apatah lagi di sebuah akhbar harian perdana negara seperti Utusan Malaysia.

    Oleh yang demikian, saya memohon jasa baik pihak puan dan Utusan Malaysia untuk mengambil tindakan yang sewajarnya, sama ada dengan memberikan maklum balas menerusi email saya ini, untuk disiarkan di blog saya di SAIFULISLAM.COM, atau dengan membuat pengumuman ralat di akhbar puan yang saya hormati.

    Artikel berkenaan adalah sebahagian daripada bahan tulisan saya, yang bakal dimuatkan di dalam buku saya yang sedang diproses, dan membiarkan kejadian seperti ini berlaku, merupakan suatu sikap yang tidak sihat untuk kemajuan pemikiran dan sahsiah masyarakat Malaysia menuju status negara maju dan membabitkan Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2003

    Salam hormat dari saya, wassalamualaikum wbt.

    Yang benar

    HASRIZAL ABDUL JAMIL
    http://www.saifulislam.com
    “Erti Hidup Pada Memberi”

  24. Isu penulis bebas dan hakcipta makin kritikal jika semua berdiam dan bersikap tidak apa-apa. Kesannya nanti penulis-penulis baru tidak dapat menjadikan penulisan sebagai karier dan penulis dilihat sebagai karier taraf kedua kerana hak tidak dijaga.

    Ustaz, apakah respon Kak Nor mengenai isu ini. Saya mohon ustaz kongsikan kepada kami di sini.

    Saya telah menulis mengenai Akta Hakcipta 1987 sebagai pendinding penulis bebas. Jika boleh, ustaz boleh sebar luaskan salinan teks di sini agar lebih ramai penulis bebas tahu hak mereka. Saya beri kebenaran penyalinan semula.

    Linknya di sini. http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=1224&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_07.htm&arc=hive

    rencana

    Akta Hak Cipta 1987 perisai kerjaya penulis bebas
    Oleh ZAMRI MOHAMAD

    AKTA Hak Cipta 1987 yang dikuatkuasakan jelas dengan tujuan utama, iaitu memberi perlindungan kepada apa jua karya dalam mana-mana bentuk. Perlindungan karya yang dizahirkan sama ada dalam bentuk audio, tulisan dan gambar secara langsung melindungi nasib pencipta serta industri itu sendiri.

    Jika akta ini dilihat daripada kaca mata industri majalah, masih ramai penulis bebas tidak sedar betapa pentingnya kesedaran mereka bagi mengambil tahu hak mereka sebagai penulis bebas di negara ini.

    Kesan daripada sikap tidak ambil tahu ini memberi keuntungan kepada pihak penerbit mengeksploitasi hasil kerja penulis berkali-kali.

    Artikel bersiri dalam majalah yang menjadi kegilaan boleh dijadikan sebagai buku yang menarik dan mempunyai potensi pembaca tersendiri.

    Soalnya siapa akan mendapat untung. Adakah penerbit majalah, penulis bebas atau kedua-duanya sekali? Peranan Akta Hak Cipta 1987 menjawab persoalan ini.

    Pengetahuan mengenai Akta Hak Cipta 1987 di kalangan penulis bebas adalah usaha memastikan survival penulis bebas sebagai karier terjamin dan pada masa sama memberi keyakinan kepada penulis-penulis baru bahawa industri penerbitan majalah memberi ruang yang adil baik sudut ekonomi individu dan pengurusan bakat mereka dapat dikembangkan.

    Majalah menjadi medium bagi penulis-penulis bebas bertapak membina kredibiliti mereka kepada khalayak. Kewujudan majalah menjadikan proses penerimaan orang ramai lebih cepat kerana kitar masa penerbitan berkala ini mencipta aturan konsisten yang membina hubungan langsung penulis dan pembaca.

    Sikap penerbit majalah yang menidakkan kepentingan penulis dapat dilihat dengan jelas apabila adanya notis bercetak dalam terbitan mereka seperti, “Segala kiriman penulisan kepada majalah ini akan secara langsung menjadi hak milik penerbit. Ia tidak boleh diterbitkan semula dalam apa jua cara tanpa mendapat kebenaran penerbit.”

    Apabila dirujuk kepada beberapa peguam mengenai validity atau kesahihan notis seperti ini dari sudut pandang undang-undang, mereka mengatakan notis bertulis seperti ini tidak sah dari sudut undang-undang kerana perkara-perkara berikut.

    Pertama, tidak ada perjanjian hitam putih yang jelas ditandatangani daripada kedua-dua pihak, iaitu pihak penulis bebas dan penerbit bahawa setiap karya yang dihasilkan akan menjadi hak milik penerbit.

    Kedua, kenyataan seperti berikut jelas menzalimi penulis bebas. Andainya sumbangan artikel berkenaan tidak diterbitkan oleh pihak majalah, maka hasil penulisan berkenaan tidak boleh diguna pakai bagi tujuan lain sama ada untuk cetakan di akhbar, Internet atau buku.

    Ketiga, pembayaran honorarium oleh pihak penerbit tidak bermaksud membeli karya yang disumbangkan penulis bebas. Ia adalah sagu hati bukan gaji dan penerbit tidak bertindak sebagai majikan kepada penulis bebas. Honorarium dianggap balasan terhadap pelesenan karya penulis kepada majalah berkenaan.

    Malah jika majalah berkenaan tetap berkeras mengatakan karya penulis menjadi hak cipta mereka melalui pembayaran honorarium sebagai bukti adanya proses jual beli hak cipta, maka ia perlu dibuktikan melalui surat perjanjian yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak sebagai tanda persetujuan. Ini adalah perlu sebagaimana disebutkan dalam Akta Hak Cipta 1987.

    Penulis-penulis bebas yang bermain dalam gelanggang pengkaryaan majalah tempatan seharusnya sedar permainan yang boleh menguntungkan atau merugikan mereka.

    Mengambil tahu peripentingnya Akta Hak Cipta 1987 oleh para penulis bebas lama dan baru menjadi jaminan kepada perkembangan dunia penulisan sebagai karier yang diyakini dan menidakkan unsur penindasan satu pihak kepada pihak lain.

  25. Jelas sekali ia satu tindakan yang tidak bermaruah. Keadaan seperti ini berlaku kepada saya berkali-kali oleh itu saya amat faham perasaan saudara. Malah pernah satu ketika dulu sebuah Jabatan Kaunseling sebuah universiti terkemuka di negara kita memuatkan artikel saya dalam laman web mereka dengan memadam nama saya dan sumber asalnya. Itulah hakikatnya hidup ini.

  26. shiha says:

    Apa khabar? Hai, dalam confinement pun masih berinternet? Bukan kena berurut, tuam perut, mandi bunga dsbnya? Jgn stress dgn discussion yg sedang hangat sekarang ni. Baby sihat? Kalau jaundice, jgn lewat buat bld check up ye..

    Salam ummu saif :)

    hehe internet ni aje penghubung dengan dunia luar (selain dari tv, radio, suratkhabar, telefon dan rakan/keluarga yang datang ke rumah). Style family saya tak mandi bunga, tapi mandi air rebusan daun. Macam2 jenis daun mak bawak dari kampung. Tapi yg ralat, takde daun serai wangi, kurang umph sikit hehe. Tak pe, tak stress, cuma dok menunggu reply dari Utusan.. nak tau gak apa respons dari diorang.

    Baby Imran alhamdulillah sihat. Jaundice ada sket & dah check serum Bb smalam. Alhamdulillah tak perlu admitted or put under UV light. Cuma buat follow up next Monday :) Thanx for the wishes (and the announcement). Alahai nih dah citer lain nih… sori ye tuan empunya website :P

    Wasalam

  27. ummu saif says:

    Salam.
    Nampaknya kak nor sudah pun menjawab di ruangan shoutbox. Apa pula isi yg diemelkan kpd ustaz pula?

    Saya masih musykil. Sebagai seorang penulis yg berpengalaman / berkecimpung lama di dalam arena ini, sudah pastinya isu ini ada di dalam fikiran kak nor (back of your mind). Naivety is not acceptable. Contohnya, di dalam kes medicolegal, if a doctor is naive about a new acceptable treatment of a disease and he is not using it to his patient when he should be, he is considered negligent.

    Saya tak pasti sama ada ini kes plagiarism yg pertama buat kak nor. If yes (i hope, it is), apa tindakan seterusnya? Adakah, kak nor akan membuat pembetulan di ruangan RALAT? I am wondering, what happens if the article was taken from other magazine yg terkemuka di malaysia ini? Will it be a different action from this one?

  28. Abu Saif says:

    BERIKUT ADALAH RESPOND KAK NOR YANG SAYA TERIMA:

    Salam Hazrizal.

    Terlebih dahulu salam perkenalan. Saya ingin memberi penjelasan. Bahan itu dikirim oleh serang peminat ruangan saya.

    Memandangkan ia sesuai dengan isu yang ingin saya paparkan saya memetik kirimannya itu tanpa mengetahuai ia adalah tulisan orang lain.

    Telah saya nyatakan di awal catatan itu bahawa ia sekadar panduan dan ingatan kepada masyarakat. Memandangkan saya memang prihatin dan ada kemahiran dalam tulisan mengenai kekeluargaan rumah tangga dan kemasyarakatan maka saya memetik bahan kirimannya itu.

    Saya juga tidak ada niat apa-apa melainkan untuk memberi keiunsafan kepada masyarakat semata-mata, tidak lebih daripada itu. Insya-Allah saya akan lebih berhati-hati pada masa depan.

    Saya juga berharap anda akan sentiasa dalam pem, Peliharaan Allah untuk melaksanakan tugas-tugas murni yang diamanahkan.

    Terima kasih kerana mengirim e-mel ini.

    Saya yang benar
    NORMALA HAMZAH

  29. Ohh tidak….. tak nak langsung promise nak letak RALAT ke? Ego ni dah bertahun2 menulis, at least bagi tau la artikel tu diambil dari pembaca yang copycat org lain punya. Ish ish ish.

  30. Kak Ija says:

    Masyi, kenalah acknowledge peminat pembaca ruangan tu bahawa kiriman tu diciplak dan beritahulah penulis sebenarnya. Tak puas hati le, yang kena tipu bukan kita tetapi pembaca ruangan tu. Kita dah sedia maklum.

    Dalam biotech pun isu IP (intellectual property) ni la yg jadi masalah.

  31. Gulnur says:

    Kalau boleh kita ramai-ramai (para pengunjung setia Saifulislam.Com) hantar komen tentang isu ini kepada Kak Nor dan Utusan sendiri, thru e-mail atau sms. Hantar komen bertubi-tubi. Sekurang-kurangnya pihak UM ‘celik mata’ bahawa bukan sekadar Abu Saif, malah seluruh pembaca Saifulislam.Com menyelar tindakan UM menyiarkan artikel yang diciplak itu. Nyatakan sekali dalam komen anda bahawa paling tidak pihak UM harus meletakkan nota di bahagian RALAT untuk pembetulan rujukan seperti yang dikatakan Ummu Saif.

    Kalau kita semua pembaca Saifulislam.Com sepakat hantar komen bertubi-tubi buat mereka, mungkin ia beri kesan sedikit sebanyak..

    Kepada Saifulislam.Com, tahniah atas artikel-artikel Ustaz yang sentiasa memberangsangkan dan penuh inti, sehingga akhbar utama seperti UM pun sanggup ‘mencuri’ daripada Saifulislam.Com..

  32. ummu saif says:

    Setuju dgn komen #56.
    Nampaknya kak nor ni sgt berhati2 utk tidak commit /admit her mistake. She didn’t even mention anything to acknowledge that the original article was actually from Saifulislam.com. Nothing can be proven so far (from her reply) that the article was Saifulislam’s.

  33. Aqtar Mohamed says:

    i agree with ummu saif. Utusan must admit the plagiarism. i’m quite sure a humble apology published in UM will be very much appreciated by ustaz himself and the ever suppotive readership of saifulislam.com.

  34. ummu saif says:

    Sekadar analogi..

    Being a doctor in Emergency department, makes me dealing with life and death on daily basis. That’s why we are moment-to-moment being reminded by our seniors/bosses regarding medico-legal issues which definitely means patient rights. We went to courses given by outstanding professors so that we don’t make mistake.

    One thing always being emphasized is our communication with patient or patient’s relative.

    Negligence ie doctor or hospital’s misconduct happens everywhere and anytime. Either small ones or big ones. Patients are clever nowadays. They know when medical staff did mistake.
    Most of them only need explanation and apology. Because, at the end people know that what ever it it, it is God’s will. People get mad when medical staff keep quiet and worst does not apologize. Only angry patient who sues.
    Even a good doctor does negligence (and gets sued..).
    As simple as doesn’t know the latest treatment/intervention in medicine can make him liable for negligence.

    Another issue is forensic post mortem.
    Any body that deceases outside hospital without any acceptable cause of death is mandatory for a post mortem. (eg gunshot death of a 9 yr old kid in Sarawak recently. Had to dig up the grave at the end).
    True life story: a fisherman was found dead after drowned in the sea, brought back to the shore by 2 other accompanied friends. Family requested for no post mortem. They said it was ajal and takdir. Doctor refused to obey but somehow family got through with the police.
    6 months later, the family came to the same doctor and questioned why he did not do post mortem as they need the post mortem report for the deceased life insurance claim. The deceased left a widow and 4 or 5 small kids without any future. His life insurance worths more than RM50k!

    The points are:
    1. Do admit when u do wrong. It’s a part of professional ethics.
    And when you apologize, do it professionally.
    Remember, good doctors (or person) also get sued ( Prof Catherine
    Tay, NUS)!

    2. Don’t say u don’t know and blame the takdir etc. Kehendak Tuhan is not
    the answer for everything.

    3. Post mortem is not wrong.
    Ie discussion, critical appraisal/comments are good. It is for the benefit
    of others.

    4. Medico-legal cases come back to u after months and months later.
    Who knows this UM issues will come back later in your life..?

  35. nur_imaan says:

    I detest plagiarism strongly. Especially when it is a well read article by a well known person. ‘M’ should’ve have known that ‘imagining’ himself to be in Ustaz’s shoes could cause him troubles. How embarrassing!

  36. ummu saif says:

    Being a doctor in Emergency department, makes me dealing with life and death on daily basis. That’s why we are moment-to-moment being reminded by our seniors/bosses regarding medico-legal issues which definitely means patient rights. We went to courses given by outstanding professors so that we don’t make mistake.

    One thing always being emphasized is our communication with patient or patient’s relative.

    Negligence ie doctor or hospital’s misconduct happens everywhere and anytime. Either small ones or big ones. Patients are clever nowadays. They know when medical staff did mistake.
    Most of them only need explanation and apology. Because, at the end people know that what ever it it, it is God’s will. People get mad when medical staff keep quiet and worst does not apologize. Only angry patient who sues.
    Even a good doctor does negligence (and gets sued..).
    As simple as doesn’t know the latest treatment/intervention in medicine can make him liable for negligence.

    Another issue is forensic post mortem.
    Any body that deceases outside hospital without any acceptable cause of death is mandatory for a post mortem. (eg gunshot death of a 9 yr old kid in Sarawak recently. Had to dig up the grave at the end).
    True life story: a fisherman was found dead after drowned in the sea, brought back to the shore by 2 other accompanied friends. Family requested for no post mortem. They said it was ajal and takdir. Doctor refused to obey but somehow family got through with the police.
    6 months later, the family came to the same doctor and questioned why he did not do post mortem as they need the post mortem report for the deceased life insurance claim. The deceased left a widow and 4 or 5 small kids without any future. His life insurance worths more than RM50k!

    The points are:
    1. Do admit when u do wrong. It’s a part of professional ethics.
    And when you apologize, do it professionally.
    Remember, good doctors (or person) also get sued ( Prof Catherine
    Tay, NUS)!

    2. Don’t say u don’t know and blame the takdir etc. Kehendak Tuhan is not
    the answer for everything.

    3. Post mortem is not wrong.
    Ie discussion, critical appraisal/comments are good. It is for the benefit
    of others.

    4. Medico-legal cases come back to u after months and months later.
    Who knows this UM issues will come back later in your life..?

  37. shamsuddin says:

    Asm semua,
    The raging issue about plagiarism of Abu Saif’s article should be seen in the proper perspective. In these days of free flow of communication and abundance of materials in the net, it is quite a daunting task to check on whether an article is a truly original or a product of plagiarism (even though there are softwares available to do the checking but they are not very effective). I can understand the works of an editor who received thousands of letters week in and week out, it is a bit of an impossible task to check the authenticity of each article or letter written to them. The onus is on the writer, who should be honest enough to admit that he copied the article from somebody. Having said that, consider this scenario. What if somebody copy and paste the article by Abu Saif and used it as discussion material or send it to friends as a gesture of goodwill. The receivers forward it to their friends and the chain go on and on. It happens all the the time in these days of global communication. We did it as well, forwarding emails that we thought we should share with others.So along the line the receiver thought it was a good piece to send to a local newspaper and the newspaper happily printed the said article thinking it was ori. We must remember, only a minute percentage of the netizens read Saifulislam.com, let alone those who do not even have access to the net. The point I am trying make is, it maybe unethical for the paper to print without thoroughly checking, but the fact that in these days of free flow of information, it is extremely difficult for a newspaper to check. The writer must be responsible enough to own up if he knew about it. After all, normally newspaper has this indemnity clause that protect them. If the writer did not know that the article was plagiarised, we might as well be magnanimous enough to forgive and forget. The fact that this Kak Nor has replied to Abu Saif email should be sufficient. Unless, they do it on purpose, then they have to answer to Allah later. The email to this Kak Nor had serve its purpose as a reminder to the paper to be careful. Looking at it from the positive side, the article now has a far wider audience than when it is in SaifulIslam.com,albeit in a shameful way.

  38. Ummi says:

    Assalamualaikum,

    Seronok baca komen-komen Ummu Saif. Saya selalu juga baca blog suami isteri – penulisnya adalah suami dan isteri.

    Apa kata Ummu Saif pun menulis di saifulislam.com? :)

  39. Shamsuddin, the matter is not about taking out what ever written in saifulislam to be used outside. This is all about ethics.

    Walaupun kita buat salah puncanya org lain, hinakah kita memohon maaf bagi pihak org lain itu. Dalam dunia wartawan, cara asas tunjukkan maaf adalah dgn ruangan RALAT. Kalau tak mau juga, ini adalah ego. Kalau tindakan mohon maaf tu bakal menjejaskan periuk nasi Kak Nor, Kak Nor sebenarnya boleh admit secara terbuka kepada Abu Saif.

  40. ummusaif says:

    Just typical Malaysian i guess, forgive and forget..??

    Saya bagi contoh isu Tuan Guru Haji Abdul Hadi dan The Sun UK. Blh aje Tn G Hj Abdul Hadi nak buat bodoh je bila depa tampal gambar dia as org al _Qaedah. Bcoz mmg bukan dia. Maybe The Sun blh bg alasan depa taktau or tak sempat buat research. But Tn G Hj Abdul Hadi fought for it in the name of honour not just for him but for the possible future ‘victim’.

    Mcm saya cakap pasal post mortem kat atas. Org kita mmg macam tu esp melayu. Pelbagai alasan diberi utk ambil mudah tanpa fikir the long term consequences. That’s attitute and not principles.

    Pengajaran yg kita nak tekankan ialah admit your fault (walaupun tak sengaja) and apologize. If UM doesn’t apologize, it will affect 1. pembukuan of Saifulislam in term of copyright, 2. other penulis bebas.

    P/s: i dont think kak nor’s reply is sufficient

  41. sisyahid says:

    sudah ramai blogger yg ambil artikel dari Um dn membuat ulasan tentang watak M tu..mrk menggangumi artikel yg di bawa oleh Um tnpa mengetahui artikel sipa yg UM copy tu.hampeh tul.Utusan Meloya

  42. Laura says:

    Salam. Sekadar mahu berkongsi pandangan. Tulisan, pengolahan & cara penyampaian yg begitu berkesan dr saifulislam.com membuatkan saya selalu membaca & mengulang baca di sini. Banyak intipati yang bermanfaat. Tidak sabar mahu menunggu buku saifulislam.com. Maka, tidak hairan jua ada segelintir manusia yg melakukan plagiarism. Kerana petapa berkesannya artikel yg dikupas & diulas oleh saifulislam.com. Mengambil tindakan undang2 adalah perlu. Bukan sekadar utk melindungi harta intelek ini tp jua sebagai pengajaran kpd pencuri. Moga saifulislam.com terus diberi kekuatan, kebahgian & ketenangan yg berpanjangan. InsyaAllah

  43. abuhandzalah says:

    Sebagai seorang blogger, content stealing ni memang senantiasa terjadi dan dialami termasuk la saya sendiri. Macam-macam cara orang boleh buat, pakai RSS feed la, copy paste la tapi kesimpulannya semuanya memang tidak beretika. Yang guna untuk mendapat keuntungan pun ada. Itu yang lagi geram tu. Camtu kira dapat duit haram ke tak :)

    Kalau kita boleh fikirkan masa yg diperlukan oleh editor untuk selidik sumber email/artikel yang diterima setiap hari, bayangkan pula masa yang diperlukan oleh penulis artikel asal untuk menulis artikel tersebut. Tak patut sungguh kalau kita kesian kat editor tapi tak kesian kat penulis asal. Kalau kita tak kena memang susah nak faham, tapi bagi yg pernah kena plagiarize dalam skala besar macam ustaz ni, memang geram juga dibuatnya.

    Ini soal prinsip. Bukan masalah di Malaysia sahaja tapi mat saleh pun ada jugak buat kerja plagiarism. Yang batil tetap batil. Sebab itu dalam Islam kita ada konsep nahi mungkar. Supaya bukan saja si A yang berjaya dicegah dari melakukan dosa, bahkan orang lain di sekitar si A juga boleh mendapat kebaikan, sama ada dengan tidak melakukan dosa yang sama maupun dengan tidak menerima tempias akibat perbuatan si A.

    Free flow of information memang hebat sekarang ini. Tapi tanpa prinsip dan etika dalam mengharunginya, seolah kita beragama tanpa Tuhan ;)

  44. Abu Saif says:

    salah satu langkah saya untuk memastikan kesahihan respond kak nor, saya telah meminta supaya kak nor forward kepada saya email peminatnya itu, si ‘mr m’ berserta dengan alamat emailnya. saya sedang menunggu respond dari kak nor.

    saya juga kurang pasti, jika mr m tulis kisah hidupnya kepada kak nor, dan kak nor siarkan kisah hidupnya itu dengan format berkenaan, siapakah yang menerima bayaran atas artikel yang tersiar? kak nor, atau mr m?

    anyway, saya berpandangan, soal mengambil tindakan dan soal maaf memaafkan sebagaimana yang dituntut oleh islam tidak ada kontradiksi. dalam kes bunuh, wali si mati boleh mengenepikan hukuman ke atas pembunuh dengan memaafkannya, tetapi memaafkan kesalahan ialah selepas kesalahan diakui dan dibicarakan. otherwise, tidak akan ada apa-apa pengajaran dan improvement dalam masyarakat kita.

    dalam society bukan islam, undang-undang dan akta diperbaiki dan dikemaskan, tapi dalam society muslim yang saling maaf memaafkan, akta jadi lapuk kerana maaf tak bertempat.

    anyway, syukur saya sudah selamat sampai ke rumah selepas 14 jam penerbangan yang memeritkan dengan sakit mata hingga tertumpah air ke seluar irish di sebelah saya. dalam kes ini, si irish yang baik hati itu mengambil keputusan untuk memaafkan saya yang kabur pandangan, dan seterusnya kami menjadi sahabat.

    ada beza tumpah air sebab sakit mata, dengan tiru artikel…

  45. pembaca says:

    merujuk kepada entry #67 oleh saudara shamsuddin, saya kurang bersetuju tentang susahnya untuk mengesan plagiarism… berkenaan isu ini, memandangkan plagiarism yang dilakukan ialah copy & paste, tersangatlah mudah untuk mengesan berlakunya plagiarism di sini…

    tanpa software yang mahal, saya sendiri boleh kesan plagiarism yang berlaku.. guna Google je pon dah dapat tau yang artikel tu bukannya original… takkanlah para editor kat Utusan tak kenal http://www.google.com.. copy satu part dalam artikel tu, search dalam google, berlambak2 results yang dapat ditemukan…

    lagi satu, bila saya buat macam tu, sangat banyak website dan blog yang siarkan artikel ustaz tu, tanpa lupa untuk maklumkan yang artikel tu adalah dipetik daripada saifulislam.com… tahniah untuk ustaz.. artikel yang sangat berkesan…

    p/s: adik saya yang sedang buat alevel untuk buat medic sekarang beritahu yang lecturer dia yang juga pembaca setia saifulislam.com siap hantar artikel ni kepada semua student dia, suruh baca… tahniah ustaz

  46. Abu Saif says:

    Saya masih menunggu respond seterusnya dari Kak Nor. Perhaps saya juga akan perhatikan ruangan beliau di utusan insya Allah.

    Anyway, saya rasa discussion kita banyak membuahkan idea dan kefahaman masing-masing tentang plagiarism dan ini suatu topik yang menarik. To be honest, saya juga amat menghargai komen Encik Zamri Mohamad (#49) yang penting untuk kita ketahui. Malah turut terkejut apabila menerima komen dari tokoh motivasi kita Dr. Tengku Asmadi. Tak sangka pula Dr membaca blog saya.

    Tapi saya sokong 120% cadangan anda semua agar Ummu Saif join saya menulis di saifulislam.com. Welcome on board!!! :)

  47. abuaslam says:

    Itulah antara cabaran seorang penulis dan ‘selebriti’ yang mula mencipta nama dalam dunia penulisan seperti abu saif.. moga dapat bertindak dengan sewajarnya agar budaya plagiarisme tidak menjadi barah di Malaysia..

    Alhamdulillah 2 3 karya saya ada di sunting oleh beberapa akhbar dan majalah serta blog.. tetapi mereka menyatakan sumbernya dengan jelas..

  48. aiyrie says:

    Assalamu’alaikum.

    Pernah sewaktu saya masih di bangku sekolah, saya tertanya-tanya kenapa mesti ada akta copyright control. Waktu itu, saya merasakan copyrignt ini hanya menghalang tersebarnya ilmu secara bebas. Bahkan, pada peringkat awal saya di Universiti, saya tetap tidak bersetuju dengan copyright ini.

    Tapi itu dulu,
    kerana saya masih tak faham apa itu copyright control
    kerana saya masih menganggap copyright itu idea Barat
    dan kerana pelbagai alasan lain yang saya sangkakan betul…

    Kini,
    baru saya faham apa itu copyright control
    baru saya sedar bukan Barat yang memulakan copyright control
    baru saya tahu alasan-alasan yang sebenarnya kenapa perlu kepada copyright control

    Melihat copyright control dari sudut yang lebih besar
    baru saya nampak kepentingannya

    Al-Qur’an
    Boleh disebarkan tapi tak boleh diubah sesuka hati
    Sebab ia adalah Hak Allah semata-mata

    Al-Hadith
    dihimpun oleh ramai perawi
    tetapi bukan mengatasnamakan diri sendiri
    melainkan dari nabi saw sendiri

    Ihya ‘Ulumuddin
    telah berkurun tersebar di bumi
    tetapi tetap deketahui itulah karya agung Al-Ghazali

    saifulislam
    tidak pernah mengharapkan bayaran atas tulisannya
    cukup sekadar dinyatakan sumber asalnya
    bukan hendakkan nama
    bukan gilakan glamour
    tapi,
    jika ada yang ingin bertanya
    mudah untuk menghubunginya

    Erti hidup pada memberi…….

  49. rozaimiabusamah says:

    Salam..

    Saya ada menghantar e-mel secara personal kepada Kak Nor minggu lepas, walaupun saya sebenarnya selepas itu agak ‘terperanjat’ dengan tindakbalas saya terhadap isu ni.

    Di bawah adalah respon Kak Nor mengenai isu hangat ni. Saya copy-paste bulat2, cuma edit formatting sahaja, tidak ayat, perkataan, mahupun huruf.

    Date: Sat, 29 Dec 2007 16:22:25 +0800
    Re: PLAGIARISME.msg
    From: “kaknor”
    To: “rozaimi”
    Subject: Re: PLAGIARISME

    Salam.
    Terima kasih kerana prihatin dan membaca ruangan ini.
    Sepeti saya katakan saya hanya memetik bahan itu dariapda kiriman seorang pemiant . Memandangkan ia menarik dan bagus untuk renungan bersama saya saya siarkan dalam bentuk penyampaian saya sendiri.
    Saya tidak berniat menciplak bahan sesiapa.Saya tidak tahu pula ia telah
    ditulis oleh orang lain sebelum ini. Terima kasih kerana prihatin. Insyallah pada masa depan saya akan lebih berhati-hati.

    Salam
    Kak Nor

    —– Original Message —–
    From: “rozaimi”
    To:
    Sent: Friday, December 28, 2007 12:23 PM
    Subject: PLAGIARISME

    Assalamualaikum

    Saya ingin memaklumkan bahawa artikel yang Kak Nor terima dari M bertajuk “Tinggalkan keluarga kerana kerjaya” yang dikeluarkan di
    http://www.utusanonline.com.my pada 27 Disember 2007 (http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1228&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_02.htm),
    dan dalam Mega, Utusan Malaysia pada hari ini, adalah CIPLAK daripada
    tulisan Ustaz Mohd Hasrizal di saifulislam.com (http://saifulislam.com/?p=402). Ustaz Hasrizal telah menulis artikel pada 1 Mei 2007. Kak Nor boleh semak semula mengenai perkara ini.

  50. Abu Saif says:

    Saya menerima email balasan dari Kak Nor, yang mana di dalam email sebelum ini saya meminta agar beliau memberikan kepada saya salinan email Encik M. Walaupun saya rasa perkara ni boleh beliau lakukan secara instant dengan hanya menekan butang forward, saya akan cuba bertanya seminggu lagi, sebagaimana yang diminta. Berikut adalah snapshot email beliau kepada saya:

    Kak Nor: Email II

    Part yang paling saya tidak suka ialah “Kalau ada bahan menarik sila kirim kepada kak nor untuk disiarkan… sebagai timbal balas kepada apa yang telah berlaku.” Apakah kejadian ini mahu dibalas dengan memberi ruang saya menulis di Utusan? Saya tidak pernah menganggap peluang menulis di Utusan sebagai suatu kelebihan atau apa-apa yang boleh menjadi “timbal balas” kepada kesalahan Kak Nor yang hingga kini langsung tidak diberi sebarang pengakuan mengenainya. Jika mahu tebus apa yang berlaku, saya menuntut pengumuman ralat, atau pengakuan salah / silap di dalam email kepada saya. Itu sahaja.

    Saya semakin mengesyaki bahawa Mr M hanya imaginasi, tetapi saya akan terus berbaik sangka, tarikh expirednya ialah minggu depan sebagaimana yang diminta.

    Soal berapakah bayaran yang Kak Nor dapat atau Mr. M dapat kerana meniru artikel saya tidak penting…. tetapi etika dan akhlaq itulah yang menjadi persoalannya…

    Saya sedikit kepanasan… tetapi masih berlapang dada… erti hidup pada memberi berbeza dengan dengan erti hidup pada membiarkan diri dibuli

  51. Saya tidak pasti jika cara ini betul atau tidak,
    tetapi jika ruangan itu di bawah editor, Siti Zaleha Jorimai bahagian Wanita dan Keluarga, maka isu itu perlu dimaklumkan jika e-mel itu gagal disampaikan.

    Kedua di c/c kepada kumpulan editorial

    Group Editor-in-Chief Datuk Mohd Khalid Mohd
    Deputy Group Editor-in-Chief Abdul Aziz Ishak
    Asst. Chief Editor 1 Othman Muhamad
    Asst. Chief Editor 2 Ahmad Abdul Hamid

    Tetapi cara ini amat ‘dalam’ sekali kesannya.

    Ini adalah kes kedua saya terima selepas kes saudara Jonos. Oh saudara Jonos lebih haru keadaannya. rencana bergambar, kredit atas nama orang lain.

    Kita tunggu e-mel M itu.

  52. august says:

    salam

    ini adalah e-mel yang k nor hantar kepada saya setelah saya secara personal mengirim emel kepada beliau tentang isu ini..

    email ini adalah tulisan asal tanpa diedit

    “Assalamualaikum Ask Raf
    Terima kasih kerana membaca ruangan ini.
    Saya ingin menjelaskan bahawa catatan yang disiarkan memang dihantar oleh seorang peminat. Ia semata-mata sebagai bahan panduan dan teladan, tidak lebih dari itu.
    Saya tidak bermaksud nak ciplak. Kalau anda beranggapan begitu saya tidak tahu pula.
    Seperti biasa setiap kiriman yang saya rasa sesuai dan baik untuk teladan akan saya siarkan .
    Diawal pengenalan telah saya catatakan yang renancan titu dikirim oleh peminat. Bukan niat menciplak.
    Kalau anda seorang yang pakar dalam penulisan tentu anda tidak menuduh yang bukan-bukan sebelum memahami apa dia catatan dan motif ruangan tersebut.
    Apa pun terima kasih sekali lagi kerana membaca ruangan tersebut.
    Salam.
    Normala Hamzah”

  53. Apakah amalan organisasi akhbar apabila berhadapan dengan situasi ini.

    Pertama, sama ada penyiar dan pengendali akan menguruskan hal ini.
    Kedua, tindakan bersama, yakni satu keputusan dibuat melalui mesyuarat.

    Dalam isu Kak Nor, saya kira Kak Nor tidak bersalah kerana ia adalah kiriman pembaca.

    Tetapi bagi mengelakan Kak Nor menjadi highlight dan kredibiliti ruanganya diragui. Maka e-mel dan perhubungan dengan pengirim bernama M adalah perlu.

    Tuan dan puan, kita asingkan pelaku dan mangsa dalam isu ini. Boleh jadi pengirim ini telah memangsakan Kak Nor dalam hal ini.

    Tetapi sebagai mengambil kira etika profesional, diplomasi mohon maaf adalah penting. Sebagai tanda beliau memelihara usaha menjaga hakcipta penulis.

    Mungkin bagi sebahagian merasa tidak ada apa-apa kerana menulis adalah bakat yang mengiringi kerja sebenar di pejabat.

    Bagaimana jika orang itu mencari nafkah dengan menulis? Sikap kita berkata tidak apa-apa akan menjadikan punca rezeki orang lain terganggu.

    Tuan dan Puan, saya mempunyai seorang pembaca OKU yang lumpuh dan berkerusi roda. Melalui penulisan blog adalah salah satu cara beliau survive membayar akaun internet, elektrik dan air serta gas memasak di rumah.

    Saya tidak menyangka seorang OKU membaca buku saya bagi memantapkan usaha menulis bagi menambah rezeki. Saya tidak pernah terfikir satu hari nanti ada orang OKU yang akan menyelak sehelai demi sehelai buku saya tulis. Ia berlaku dan saya sangat merasakan bertanggungjawab melakukan sesuatu.

    Jika kita berdiam dan membiarkan ia tidak ditangani dengan betul, kita mungkin tidak mendapat kesan besar, tetapi sekeping cek bernilai RM200 adalah keperluan belanja yang besar bagi penulis seperti ini.

    Jika ada pencuri yang suka-suka menciplak dan menghantar artikel blog orang lain ke akhbar, maka wang belanja yang sepatutnya menjadi milik penulis seperti ini akan sampai ke tangan pencuri ini.

    Jadi mari kita lakukan sesuatu yang wajar agar kita dapat membantu sahabat-sahabat ini. Mungkin kita tidak mampu menghantar belanja bulan atau seumpamanya, sekurang-kurangnya ruang keadilan yang dapat menjaga hak mereka adalah usaha yang kita boleh pertahankan.

    Kerana itu saya sensitif dengan isu ini dan sangat mengambil berat respon yang diberikan oleh ustaz, dr Tengku Ismadi, Fadzli Yusof dan saudara Jonos. Tindakan Tuan dan Puan amat memberi makna kepada orang lain.

    Seperkara isu lagi ialah isu honorarium. Dalam amalan akhbar Malaysia yang saya lalui, sememangnya kita yang perlu menulis dan membuat follow up honorarium dengan dikepilkan salinan artikel kepada editor meja terbabit.

    Saya kira ini perlu dijadikan budaya kerana sikap kita terhadap perkara ini juga memberi kesan kepada orang lain. Apabila setiap penulis berbuat demikian ia menunjukkan setiap penulis tahu apa itu honorarium dan tuntutan terhadap perkara berkenaan.

    Ini akan menjadi budaya dan pada masa akan editor peka dengan keadaan ini. Secara langsung kita bersama-sama penulis OKU lain dapat membudayakan amalan profesionalisme antara penulis-editor dalam hubungan kerja.

    Sikap ini menjadikan kita mengangkat budaya menulis sebagai budaya kerja profesional bukan kerja kelas kedua yang boleh tidak apa itu dan ini.

    Selagi kita bersikap tidak apa-apa dengan aturan kerja ini, ia tetap dipandang kerja kelas kedua bagi mereka yang ingin menjadikan ia profesion.

    Sebarang kesilapan pandangan saya harap diperbetul dan ditegur.

    ZAMRI MOHAMAD
    http://www.zamrimohamad.com

  54. Abu Saif says:

    Saya ucapkan terima kasih sekali lagi kepada Encik Zamri atas maklum balas penting yang dikemukakan. Saya sedang menelitinya.

    Saya telah menerima balasan daripada Kak Nor. Beliau telah menamakan seorang lelaki yang bertugas di KNOC Vietnam Office sebagai pengirim artikel berkenaan kepadanya. Saya namakan lelaki itu dengan pangkatnya iaitu Major (R).

    Tetapi terdapat beberapa kemusykilan besar dan saya sedang menanti maklum balas Kak Nor yang seterusnya.

    Berikut adalah kemusykilan yang saya maksudkan.

    1. Major (R) yang mengirimkan artikel tersebut kepada Kak Nor, memperolehi artikel “KENAPA MAHU MENJADI DOKTOR” daripada mailing list tazkirah carigalihess.com dan artikel saya itu dihantar ke mailing tersebut dengan tajuk baru iaitu “NILAI SEBUAH PEKERJAAN

    2. Keseluruhan artikel saya kekal dengan bentuknya yang asal, tanpa sebarang pengurangan dan penambahan, penukaran watak dan sebagainya. Cuma tidak dinyatakan alamat saifulislam.com dan tajuk asalnya KENAPA MAHU MENJADI DOKTOR ditukar kepada NILAI SEBUAH PEKERJAAN.

    3. Artikel tersebut dikirim kepada Kak Nor oleh Major (R) untuk diulas oleh Kak Nor. Katanya:

    Kak Nor, Tulisan u dlm ruang keluarga-utusan online dated 7 Dec 07-oklah dan syahdu dan ni ada satu artikel utk you ulas.

    4. Major (R) tidak secara specific meminta Kak Nor menyiarkan artikel kirimannya di Utusan Malaysia.

    5. Malah Major (R) juga tidak ada membuat sebarang kenyataan yang boleh difahami oleh Kak Nor atau sesiapa, bahawa itu adalah kisah hidupnya.

    6. Soalan saya ialah, siapakah yang mencipta watak Encik M, bekas pensyarah tersebut, yang berada di dalam artikel Tinggalkan Keluarga Kerana Kerjaya yang disunting oleh Kak Nor sebagaimana yang tersiar di Utusan Malaysia?

    7. Cara Major (R) attach artikel tulisan saya kepada Kak Nor secara jelas menunjukkan kepada Kak Nor bahawa ia adalah tulisan seseorang dan bukannya tulisan Major (R) dan bukan kisah hidup Major (R). Bagaimanakah munculnya nama Encik M?

    8. Apakah Kak Nor yang mengubah artikel saya dan memasukkan watak imaginasi Encik M ke dalam artikel tersebut? Saya harap TIDAK. Tetapi jika ya, maka Kak Nor bukan mengulas artikel yang dikirim oleh Major (R) kepadanya, sebaliknya Kak Nor mengubah artikel itu dan kemudian menyiarkannya di Utusan Malaysia.

    9. Saya juga telah menyemak beberapa artikel yang pernah Kak Nor tulis sebelum ini, dan saya dapati Kak Nor pernah menggunakan nama watak Kak M, Kak Z dan dalam banyak huruf yang Kak Nor selalu pakai, huruf M adalah yang paling popular. Apakah ini bermaksud, Kak Nor yang bertanggungjawab mengubah artikel saya?

    10. Major (R) juga menulis nama lengkap kepada Kak Nor, siap dengan alamat pejabatnya di Vietnam, nombor telefon dan segala-gala maklumat yang diperlukan, sedangkan Kak Nor menulis di Utusan Melayu bahawa Major (R) memperkenalkan dirinya sebagai M. Kata Kak Nor juga, “Katanya kalau sesuai tolong siarkan, jika tidak cukup sekadar disimpan di dalam hati.” Sedangkan Major (R) tidak ada pun menyebut sedemikian rupa kepada Kak Nor berdasarkan salinan email Major (R) yang Kak Nor email kepada saya.

    Saya menunggu penjelasan Kak Nor terlebih dahulu sebelum saya mengambil langkah menghubungi Major (R). Saya tidak mahu mengganggu hidup Major (R) kerana buat masa ini, masalah ini banyak berat kepada Kak Nor…

    Hmm…

  55. martyr277 says:

    welcome on board ummu saif! hehe…:D btw, Normala Hamzah ni wujud atau imaginasi juga? manusia bkn ilusi…maka Kak Nor,harapan kami smg dpt memanusiakan diri, bersikap spt insan yg beretika,prihatin dan bertatasusila. Seeru ala barakatillah ya saifulislam.com!

  56. Abu Iman says:

    Salam, saya dah go thru komen berkenaan artikel “Tinggalkan Keluarga Kerana Kerjaya” walaupun tak semua.Pada pendapat saya

    1. Jika benar Kak Nor seorang Penulis yang beretika, dlm emel kepada Ustaz beliau sepatutnya mohon maaf di atas kesilapannya terlebih dahulu.

    2. Bila diminta emel Mejar (R), beliau cuba beri alasan hantar anak la..bla..bla….(nak ngelat le tu) dan semakan Ustaz terhadap artikel yang diterbitkan oleh Kak Nor ni…ia menyerlahkan lagi suspek yang memplagiat / menciplak / merompak artikel “Kenapa Mahu Menjadi Doktor”…dengan tidak bertanggungjawab. Anyhow kita tunggu jawapan dari Kak Nor, UM nanti.

    3. Sudah sampai masanya, rakyat kena ajar golongan media akhbar Melayu yang saya rasa penuh tidak bertanggungjawab, laporan yang meloyakan, penuh dengan ampu, menyembunyikan fakta, tidak beramanah, tidak beretika dalam kerjaya.Manupulasi maklumat darinya (UM) menyebabkan rakyat tertipu…jika dibandingkan akhbar-akhbar berbahasa lagi dari bahasa Melayu yang saya baca….SERIK-SERIK..Rakyat jangan merelakan kita ditipu lagi… dan lagi.

    Kita tunggu jawapan dari Kak Nor atau Editornya seminggu lagi (lama bonar…nak respon…tangan sakit ke nak tekan punat keyboard?)

  57. Abu Saif says:

    Walaupun saya sebenarnya semakin marah dengan respond yang diterima, apatah lagi dengan membandingkan respond Kak Nor kepada saya dengan respond Kak Nor kepada august (#88), namun saya harap kita bertenang dan memberikan ruang-ruang tindakan terus diterokai secara berhemah.

    Saya teringat kisah Ummu Saif tentang suatu kes di Australia, di mana seorang pencuri telah masuk ke chimney sebuah rumah dengan niat merompak. Tetapi amalan kebanyakan orang di situ ialah mereka akan menutup lubang chimney lantas perompak berkenaan masuk dengan expectation seperti itu. Oleh kerana chimney itu dibiarkan tidak bertutup, perompak tersebut telah jatuh dan cedera. Beliau telah menyaman tuan rumah dan surprisingly, perompak tersebut menang kes berkenaan.

    Agaknya sama dengan kes student malaysia kat Mesir yang dilanggar kereta, dia didapati bersalah kerana telah datang ke Mesir sehingga memungkinkan kejadian itu berlaku. Kereta yang melanggar tak salah apa-apa. (entah betul ke tidak kisah ini, ia urban legend yang saya dengar sejak dulu)

    Jangan terkejut jika kejadian menciplak yang sudah terang lagi bersuluh ini boleh berakhir dengan saya yang akhirnya terpaksa gulung tikar.

    Memang dunia ini seperti bangkai kambing…

  58. pakdi says:

    salam,

    semasa saya menulis blog sosio politik, kisah adik-beradik juga telah diciplak oleh majalah Minda.

    semasa mengendalikan forum bicarajutawan, sekali lagi media, iaitu utusan malaysia tidak beretika dalam laporannya. diikuti pula oleh majalah-i.

    pelbagai tindakan dibuat. surat kepada editor. call pihak berkenaan. emel dsb.

    tapi permohonan maaf jauh sekali.

    bersabarlah.

    walaupun kita cuma mahu mendengar, “Kami mohon maaf”.

    kita bukan menteri sehingga media akan membuat “ralat”. inilah mehnah seorang blogger :)

    ws.

    Pakdi
    Kajang.

  59. UmmiFaiz says:

    Salam… Moga isu ciplak ini dapat diselesaikan dengan baik dalam ruh Islam. Saya teringat semasa belajar dulu, guru saya berpesan bila menyampaikan ilmu kena jujur. Contoh kalau kita ambik pendapat mana-mana penulis kena bagitau siapa penulis tersebut, jangan bercakap seolah-olah itu pendapat kita.

    Kepada n Yg, selidik dulu sebelum berbicara. Kalaupun Abu Saif memberi tumpuan 100% kepada blognya, apa salahnya. Medan dakwah ini luas, masing-masing boleh memberi sumbangan mengikut kemampuan dan kelebihan yang ada padanya, juga mengikut peluang berdakwah yang terbentang di hadapannya. Inilah salah satu penyakit sebahagian kita, sukar menerima sumbangan orang lain, rasa macam kita saja yang bekerja untuk Islam. Akhirnya, dakwah kita juga yang rugi

  60. SyukraNs says:

    MasyaALLAH, Moga-moga ALLAH memberi kemudahan pada Ustaz dan family dalam penyelesaian perkara ini.
    Apala y NG..Agama itu kehidupan. Agama itu cara hidup…takkan anda beranggap agama itu pada satu hala sahaja>? Agama ini syumul..meluas..

    Thats why ISLAM is beautiful…

    kian hari, media-media massa ini semakin cheroi dan penipu…menciplak fakta,menoda kebenaran, memutar belit fakta..tipu pengguna. Agak2 boleh tak persatuan pengguna Islam ambil tindakan?

    Semoga ISLAM mendapat kemenangan!

  61. Khaironi says:

    Secara peribadi saya berpendapat something wrong dengan respond Kak Nor. Kalau betul memang beliau semata-mata mengulas email peminat , perkara ini amat mudah untuk diselesaikan. Semudah tekan button forward dan tak perlu tunggu satu tempoh yang boleh membuka macam-macam tanggapan. Malah ia boleh diselesaikan dengan cara baik.
    Semoga Allah memberi kesabaran dan kemudahan kepada semua pihak dalam perkara sebegini.

  62. y NG says:

    bagi saya kak nor di pihak yg benar….. saya yakin….. kak nor tak baca blog ustaz………so bila artical yg dia dpt tu dia mana tau jumpa dr mana ustaz… bg saya kak nor seorg ibu mishali yg habis tak habis masa untuk blog kot… so dia tak tahu tu hasil kerja ustaz…. jangan kita manusia nie terutamanya umat islam nie cepat melatah… fikir lah beberapa lapis… pakai pakaian pun ada berlapis jugak….. so cara kita fikir biarlah berkonsep… tak delah pakai tibai… tuju terus sapa yg salah,… dalam islam kan indah… kalau tak hukum hudud tu tak Indah lagi….. curi terus kena potong tangan… dah banyak dapat sup tangan… bukan sup kaki ayam lagi…..

  63. idea says:

    komen #136 macam hukuman detention dlm crite harry potter je. oopss, jgn marah ye semua. [off_topic]

    sekadar quote satu mutiara kata untuk meredakan hati:
    “bersyukurlah kepada orang yang menyakiti hati kita kerana dialah yang menabahkan hati kita bersyukurlah kepada orang yang menipu kita kerana dialah yang meningkatkan pengetahuan kita bersyukurlah kepada orang yang tidak mengendahkan kita kerana dialah oarang yang memupuk kita agar berdikari bersyukurlah kepada orang yang menyeksa kita kerana dialah orang yang menguji kesabaran kita….”

    p/s: err..saya bukan penyokong kak nor :)

  64. Ibnu Ahmad Shah says:

    Assalaammu’alaikum akhiy.

    My deepest apologies for not being to your aid any sooner.

    Intellectual Property and issues on copyright is something that is very close to my heart and am keen about. It is truly unfortunate that infringement of copyrights are becoming ever so rampant in Malaysia. It is my humble opinion that such phenomenon is specifically due to the ‘takpelah’ attitude portrayed by most Malaysians.

    That being said, infringement of copyright is one of those matter of law that the burden of proving one’s innocence rests solely on the person being accused. It is not for the claimant to prove his case, in contrast it is the respondent who must prove that she is innocent. As it is, common law dictates that any publisher who publishes a literature, be it commissioned or otherwise, gives out the implied warranty that the said literature does not infringe any existing works. The latin maxim, ‘Ignorantia Juris Non Excusat’ (Ignorance does not negate the law) lays down the main principle in considering the said infringement. If it is discovered later on, that an infringement has occurred, they are estopped from claiming ignorance.

    Copyright is an absolute right that exists perpetually in the person who authors the work. Even if the copyright is owned by a publishing house, the publisher is still by law, must acknowledge the author’s ‘moral’ rights to his work. What the law seeks to protect here, is the author’s rightful claim to his work, to the extent that no third party can manipulate and/or gain unlawful benefit from such work.

    From the probable facts herein, it is evident that Utusan Malaysia generally and Kak Nor, specifically is at fault. All that Kak Nor need to do is simply to apologise.

    Wa Allaahu ‘alaammu bissawaab.

    P/S: Ustaz, i’m just a phone call away.

  65. Khaironi says:

    Menarik pun ya, terkejut pun ye, sedih pun ye dengan sebahagian response yang tak sepatutnya dalam blog ilmu seperti ini. Tak salah nak komen tapi biar berhemah bukan emosi semata-mata.

    Just my 2 cent opinion for myself and others who care about akhlak and ethic.

  66. aisha says:

    Salam… tak pernah komen ape2 kat sini tp t’tarik ngan isu ni. Pertama sekali hendaklah kita fikir dan renung jika kita di pihak yang teraniaya ini (dalam kes ini, pemilik blog ini). Niat bukan untuk memberi TAHU tapi mencetus MAHU agar bergerak menuju MAMPU..itulah ayat yg mnyebabkan saya setia mengunjungi blog ini. Kalaulah pembaca merasai arus semangat insan yang berusaha memberi pencerahan,sama seperti motivator, penceramah2, tentulah apa yang dapat disimpulkan mereka ini tidak menulis atau bercakap hanya untuk kejayaan merka. Tidak lah dapat dibandingkan dengan manusia lain yang dikurniakan oleh Tuhan 24 jam sehari tetapi terus mengejar dunia dan kepuasan sendiri.

    Maka adakah sama niat asal pemilik blog ini dgn Mr. M?
    Saya yang bukan pemilik blog pun rasa ter’bakar’ ….menunggu2 ada ayat yang sesuai untuk manusia yang tidak berguna ini yang melakukan pkara yang tidak berguna…

    Terus terang saya katakan, Mr.M telah memperbodohkan pembaca UM alias rakyat Malaysia yang disangka boleh mhayati kisah yang dipaparkan di ruangan KELUARGA, UM… apakah niat nya????

    Hanya untuk kepuasan dirinya?? Bagaimana perasaan insan lain yang cuba menghayati kisah itu dan akhirnya mendapat tahu ia bukan hasil tulisan sendiri…bagaimana reputasi UM sendiri..Saya berdoa Hanya Allah yang boleh membalasnya..

  67. zulkarnain says:

    Assalamualaikum wrt wbt…

    Ini merupakan kali pertama ana mengomen di sini. Mohon maaf ya ustaz selalu jadi pembaca tetap sahaja.hehe

    Sebagai seorang pelajar undang-undang, dari konotasi ayat dan bahasa akhi Ibnu Ahmad Shah, saya pasti akhi juga berlatarbelakangkan atau bersealiran dgn saya. Dan alangkah manisnya module intellectual property ini sedang saya pelajar ketika ini.

    Copyright is an absolute right that exists perpetually in the person who authors the work. Even if the copyright is owned by a publishing house, the publisher is still by law, must acknowledge the author’s ‘moral’ rights to his work. What the law seeks to protect here, is the author’s rightful claim to his work, to the extent that no third party can manipulate and/or gain unlawful benefit from such work.

    Mungkin ada antara kita yang tidak dpt menelusi dgn sepenuhnya perenggan yg saya quote ini. Untuk diterjemahkan kepada bahasa biasa: Setiap idea yang diterjemahkan/diperbuahkan sebagai sebuah rekaan atau tulisan atau ciptaan dalam bentuk yg kekal(cerpen,inovasi dll) dan dalam isu ini artikel adalah hak milik tuan punya idea sepenuhnya. ayat yang lebih mudah siapa yg buat dialah yang punya. takkan tiba-tiba tak mahu mengaku ia hasil kerja tgn org lain?

    Maka jika sudah terbukti ia adalah hak milik ustaz HAJ, sewajarnya beliau diiktiraf sebagai tuan punya idea. Isunya di sini bukan utk membuktikan Kak Nor salah atau betul dalam mengeluarkan artikel tersebut. Cukup sekadar Kak Nor mengakui ia bersumberkan/hasil buah fikiran ustaz HAJ walaupun ia dimajukan dari emel peminat kolum Keluarga UM beliau. itu sahaja. Niat yg baik utk berkongsi idea dan mengambil iktibar dari artikel tersebut tidak sama sekali menghalalkan cara kita mengambil hak org tanpa kebenaran. Kan xmolek jadinya nanti.concept accountability and responsible journalism di pihak UM perlu wujud agar industri kewartawanan tidak terus tertinggal dari arus kemajuan.

    Semoga kita berdoa agar yg terbaik terbuah dari rentetan peristiwa ini….

    selamat beristirehat ya ustaz. jaga mata baik-baik. nanti ramai pesakit di hospital yg tidak sempat berpeluang utk dapat berkongsi ilmu dgn ustaz :)

    wassalam

  68. An-Naas-i says:

    Assalamu’alaikum,
    Saya amat bersetuju komen2 yg jelas hendak mendidihkan suasana dipadamkan serta-merta. Ia adalah tanggungjawab pemilik blog. Kalau dah sampai hina hukum hudud, dan jelas tidak menghormati tuan rumah dan tetamu lain, saya yakin ia memang disengajakan sebagai perang saraf. Mungkin bermaksud supaya keterlanjuran berlaku samada dari pihak SIO atau pembaca sehingga SOI boleh dipersalahkan hingga gulung tikar (lihat komen Ustaz #98). Kita biarkan sahaja mereka yg tidak siuman tu bercakap sorang2 dan kita terus dgn perkongsian ilmu dan fiikiran yg membina. Terima kasih atas tetamu2 lain . Saya banyak belajar ttg isu copyright drp respon anda semua.

  69. pemerhati dekat says:

    saya rasalah 2 org yg dok bg komen2 negatif di atas ibarat 2 makhluk perosak kt ladang2 tumbuhan.

    Tu pasal ustaz terpaksa pakai paraquat dan bukannya ridsect semata2..

    delete je ustaz, buat sakit mata aje!

  70. Amin Ahmad says:

    Hurm..saya fikir y NG, acap ke Mr H tak perlulah nak provokasi berlebihan.

    Saya baca dan fikir respon2 ustaz adalah masih pada aras sedar. Bukan susah pun nak minta maaf atau buat kenyataan ralat. Ia hanya jadi susah bila kerja-kerja yang ada dateline – untuk bagitau bos “saya siap kerja saya on-time!”.

    Bicara soal intellectual property mungkin bukan bidang saya tetapi ia suatu bidang yang saya fikir perlu kita sedar.

    Pengunjung setia Saifulislam cukup maklum bahawa Ustaz mengamalkan dasar copyleft terhadap artikel2 yg ada cuma eloklah diterangkan
    sumber asalnya. Semudah itu.

    Saya setuju bahawa isu di sini bukan soal nak salahkan atau betulkan Kak Nor tetapi seperti yang ustaz selalu tekankan – ia terangkum dalam soal akhlaq.

    Moga saya dan kita semua diberi faham dan kekuatan untuk mengamalkannya.

  71. LATAH NG x says:

    setuju dengan zulkarnain…selamat beristirehat ustaz yer….

  72. LLiena says:

    salam..ustaz sebenarnya saya pernah terima e-mel ‘nilai sebuah pekerjaan’ beberapa bulan yg lepas..bila saya baca artikel tuh memang artikel tuh adlah salinan dr artikel ustaz ‘kenapa mahu jadi doktor’ (sy suka bc website ustaz nih) cuma tak dinyatakan sumbernya dari saifulislam.com..memang e-mel tuh tersebar luas gak rasanya tapi saya dah delete dah e-mel tuh bila membacanya tapi tak sangka plak akhirnya artikel tuh dah di ciplak sampai keluar UM.

    Semoga ustaz tabah..wassalam

  73. israkmikraj says:

    Salam,

    Tergelak sendiri2 baca soalan dari sa’adah (12:47 3/1/08) dan juga jawapan dari Ummu Saif (13:23 3/1/08) dalam ‘Quick Message’. Soalan ditanya kepada Ustaz tapi yang menjawabnya Ummu Saif….Maybe sebab ada ‘kepentingan’ yang Ummu Saif kena jaga secara sedar atau tidak sedar. Anyway Ustaz dah secara rasminya beri 120% kebenaran, maybe Ustaz dah tak larat nak jawab email dan soalan2 yang ‘too’ personal……

    Sama jugalah yang saya rasakan beberapa orang yang baru pertama kali muncul disini mewakili Kak Nor yang juga cuba untuk membawa perbincangan kearah yang remeh temeh (not to say that Ummu Saif respon to Sa’adah was the same!) dan menaikkan darah tanpa menggunakan nikmat akal yang Allah kurniakan. Adakah mereka ini ada pertalian dengan Kak Nor? Adakah mereka ini dibayar? Adakah mereka ini pasangan kepada Kak Nor yang mana dia telah meluahkan perasaannya yang bersalah kerana tidak membuat kerjanya dengan betul dan merasakan mungkin kerjanya yang selama ini dipandang sempurna oleh pihak atasannya akan tergugat? Ataupun adakah mereka ini merupakan rakan2 seperjuangan (or maybe should put seplagiatan) yang juga menggunakan kaedah plagiat yang sama apabila didesak oleh deadline? Or simply maybe mereka ini peminat setia ruangan Kak Nor yang mungkin telah mendapat manfaat dari beberapa artikel yang dikeluarkan oleh Kak Nor? Pada saya maybe Kak Nor pada mulanya merasakan agak terbeban kalau dia meminta maaf. Sebab ruangan dia akan medapat negative remarks sebab telah melakukan plagiat yang walaupun tidak disengajakan. (ini menunjukkan secara tak langsung menjadi seperti Pak Haji yang tanam jagung pukul 10 pagi dan tak isi baja vs orang bukan Islam yang tanam jagung pukul 7 dan isi baja) Lebih2 lagi hujung tahun….. nanti akan affected bonus! sebab KPI sudah lari.

    Dan mungkin Kak Nor merasakan ‘etika’ kewartawanan dia di’cabar’ apabila soalan2 yang datang bertalu-talu dari sahabat2 Saifulislam dan juga then dari Ustaz mengenai perkara yang sama. Dan maybe ada yang telah menggunakan perkataan yang keras dalam soalan dan juga menyindir dgn menggunakan UM bukan Utusan Melayu. Dan juga kebanyakan respons yang awalan dari sahabat2 menunjukkan ramai yang tidak membaca UM. Jadi tidak ada ‘urgency’ untuk Kak Nor membawa perkara ini keatas. Maybe they have proper SOP untuk mengeluarkan RALAT. And every RALAT akan menyebabkan gaji or KPI dipotong.

    Anyway kalau Kak Nor menyelitkan sedikit rasa humility dalam responsnya yang pertama kepada Ustaz ianya tidak akan berpanjangan dan akan meredakan sedikit sahabat2 SaifulIslam yang dah nak jadi Dinasour. Kita lihat penghujung cerita nya nanti. Menarik juga nak lihat endingnya, pupus tak Dinasour nanti.

    Salam Humility.
    A ……. for Aku or Ana

    p.s. ataupun adakah pihak atasan Kak Nor telah menyuruh supaya diprovokasikan perkara ini lebih2 agar mendapat rating yang lebih tinggi lagi?

  74. Saya bersetuju jika Ustaz memadamkan komen-komen marah, mendidih dan seumpamanya dan meninggalkan komen-komen mencari penyelesaian.

    Kita ingin menyelesaikan situasi.
    Kita tidak mahu serabutkan keadaan lagi.

  75. Ibnu Ahmad Shah says:

    Salaam ukhuwwaah yaa akhiy, Zulkarnain.

    Insya’Allaah, sebagai seorang pelajar yang bakal menjadi pengamal undang-undang… Anta punya tanggungjawab yang besar dalam merombak dan mengubah persepsi masyarakat terhadap imej institusi perundangan kita. Insya’Allaah, ana doakan. Jazakallaahu khoiron kathira diatas penghuraian dan penterjemahan semula akhiy kepada komen ana di atas. :)

    Jika dikaji, sememangnya konsep ‘copyright’ ini mungkin sekali imbas, dapat disalah ertikan sebagai suatu yang baru dalam ketamadunan Islam. Ianya merupakan satu ‘anti-thesis’ kepada perkembangan ‘ilmu yang dibawa oleh Tamadun Islam. Acapkali kita dapati cendekiawan2 Islam membenarkan karya mereka disebarkan begitu sahaja. Contohnya, mudah. Lihat sahaja kitab-kitab ulama muktabar yang sedia ada. Sememangnya diakui, ‘ilmu hanya dipinjamkan dan ianya milik mutlak Allaah Azza Wa Jalla semata-mata.

    Namun, jika ‘ilmu yang dipinjamkan itu disalahgunakan oleh orang-orang kurang fahaman akhlaqnya, maka natijah daripada perlakuan tersebut tidak semestinya selaras dengan ruhul Islam itu sendiri. Lantas, perlunya kawalan keatas sebaran ‘ilmu tersebut dengan memastikan penyampai ‘ilmu tersebut bertanggungjawab ke atas fahaman beliau.

    Nah, disini kita dapat perhatikan peranan ‘copyright’. Bukan sekadar untuk keuntungan duniawi semata-mata. Tetapi untuk mengikat seseorang itu pada hasil kerjanya.

    Agar beliau dan ilmu yang disebarkan bertanggungjawab didepan Allah SWT.

    WaAllaahu ‘alaammu bissawaab.

    P/S: Ustaz ana ma’ak. Wallahul musta’an, insya’allaah.

  76. Abu Saif says:

    Assalamualaikum WBT.

    Terima kasih atas komitmen sahabat sekalian. Personally saya amat menghargainya bukan sekadar untuk penyelesaian kes saya, tetapi untuk manfaat bersama terutamanya pengunjung yang turut mempunyai blog dan berkecimpung di cabang dakwah penulisan ini.

    Saya tak dapat komen panjang-panjang sebab mata saya masih kabur dan sulit hendak melihat. Tadi dah ke HUKM untuk dapatkan rawatan. Nampaknya ada sedikit kecederaan kepada kornea dan mata saya buat masa ini agak fotosensitif. Kena swap untuk keluarkan selaput (pseudo membrane) yang melambatkan healing.

    di dalam sejarah islam, copyright bukan hanya terujuk kepada sejauh mana para ulama tidak buat duit dengan hasil kerja mereka, tetapi kita juga kena mengambil kira sensitiviti mereka dalam ‘melepaskan’ ilmu yang diajar. setiap ilmuan wajib menjelaskan sumber ambilannya, dan di dalam banyak disiplin ilmu, proses pengijazahan dilakukan untuk menyerahkan authority mengguna pakai kitab yang dipelajari. itu kaedah mereka dalam mendisiplinkan proses penyebaran ilmu agar jangan yang free sampai binasa akibat tiada penyertaan akhlaq dalam proses berkenaan.

    terima kasih kepada akhi ibn ahmad shah, zulkarnain dan zamri atas nasihat-nasihat perundangan. jika saya mengambil keputusan untuk proceed dengan tindakan undang-undang andai kak nor ignore sahaja korespondan saya kepadanya, maka saya lakukan ia demi untuk kebaikan masyarakat kita secara keseluruhan kerana emosi, kasih sayang, terhutang budi dan sokong menyokong, tidak mempunyai justifikasi untuk menyembunyikan kewajipan amanah ilmu dan berlaku adil.

    semoga taqwa kepada Allah jadi pakaian setiap kita yang mengerti…

  77. Salam mesra atas semua, moga beserta ucapan ini, kita masih dalam lingkungan rahmat dan keberkatan dariNya..

    pepatah barat oleh William A. Ward–> “Friendship flourishes at the fountain of forgiveness”…

    jika ikhlas dlm persahabatan, maka maaf bukanlah sesuatu yg sukar.. bukan jua sesuatu yg dapat mengeruhkan persaudaraan, malah lebih mengindahkannya dengan dihiasi bunga2 kepercayaan, disirami cahaya keikhlasan sambil menghasilkan haruman wangi redha Ilahi.. harapnya berbaik sangka dan bersabar ustaz dapat bertahan lama, sehingga kebenaran benar2 nyata ( surely ustaz tahu ni.. cuma statement beralas menyatakan sokongan pada ustaz ^_^ )… mungkin ego kak nor belum tunduk lagi, kita tunggu je la dlm jangka masa yg terdekat ni…

  78. ina-mum-2-b says:

    Salam, Ustaz & Pembaca saifulislam.com.

    Harap baca catatan kak nor di ruangannya pada hari ini 4 Januari 2008..

  79. abu mumtaz says:

    copy n paste dari UM

    “Memandangkan catatan ini adalah penutup tirai 2007, saya memohon maaf sekiranya ada terlanjur kata, kesilapan dan terguris rasa pada sesiapa semasa mengendalikan ruangan ini sepanjang 2007.

    Khusus buat Hasrizal Abdul Jamil, (www.saifulislam.com) saya memohon maaf di atas kekeliruan yang timbul ekoran catatan saya minggu lalu bertajuk ‘Tinggalkan keluarga kerana kerjaya’ yang dikirim oleh M.

    Kesilapan yang tidak disengajakan ada kala berlaku di luar kesedaran kita, biar bagaimanapun pun kita berhati-hati. Insya-Allah ia tidak akan berulang pada masa depan. Sesungguhnya yang buruk itu datangnya daripada saya, yang baik itu pastinya daripada Allah s.w.t.”

  80. shiha says:

    Salam..

    Dah baca ruangan Keluarga dalam UM hari ni.
    Saya copy-pastekan tulisan Kak Nor di penghujung artikelnya (di bawah tajuk “Kesilapan dan Doa Seorang Ibu”:

    *******************************

    Memandangkan catatan ini adalah penutup tirai 2007, saya memohon maaf sekiranya ada terlanjur kata, kesilapan dan terguris rasa pada sesiapa semasa mengendalikan ruangan ini sepanjang 2007.

    Khusus buat Hasrizal Abdul Jamil, (www.saifulislam.com) saya memohon maaf di atas kekeliruan yang timbul ekoran catatan saya minggu lalu bertajuk ‘Tinggalkan keluarga kerana kerjaya’ yang dikirim oleh M.

    Kesilapan yang tidak disengajakan ada kala berlaku di luar kesedaran kita, biar bagaimanapun pun kita berhati-hati. Insya-Allah ia tidak akan berulang pada masa depan. Sesungguhnya yang buruk itu datangnya daripada saya, yang baik itu pastinya daripada Allah s.w.t.

    Menutup catatan, secebis renungan buat kita bersama.

    “Seorang ibu menjadi contoh kelembutan dan sumber kasih sayang. Allah menjadikannya sebagai sumber yang mengalirkan kasih sayang kepada anak-anaknya dan mendahulukan pemberian kepada mereka.

    “Kasih sayang seorang ibu adalah sebuah teladan tentang kelembutan serta keanggunan dan sumber dari kasih sayang dan cinta kasih yang Allah s.w.t ciptakan sebagai mata air yang meluap-luap untuk dialirkan kepada anak-anaknya.’’

    Salam 2008,

    - NORMALA HAMZAH

    kaknor@utusan.com.my

    *****************************

    Wasalam.

  81. Abu Saif says:

    Dalam samar-samar pandangan mata saya yang sulit penglihatan, saya membaca komen kak nor sebagai penyudah yang baik kepada insiden ini. saya menerimanya dengan rasa syukur kerana kita telah sama-sama saling melaksanakan kewajipan kita kepada Allah SWT.

    semoga menjadi iktibar buat setiap kita yang mengikuti perkembangan ini… saya sudahi dengan kata-kata Ibn Sirin, “sesungguhnya ilmu ini adalah agama, maka sentiasalah lihat dari siapa kamu mengambil agama kamu”

    salam ukhuwwah….

    p/s: doakan kesembuhan mata saya…

  82. Khaironi says:

    Alhamdulillah. :)

  83. Dr.N says:

    Alhamdulillah.

  84. zz says:

    Alhamdulillah, kemaafan dari Kak Nor datang juga. Sakit mata Ustaz teruk juga ya, rasanya dah hampir 2 minggu. Semoga cepat sembuh.

  85. Abu Saif says:

    Setelah Kak Nor secara terbuka membuat kenyataan di Utusan Malaysia bertarikh 4 Januari 2008, yang saya kira sudah cukup untuk menyelesaikan masalah ini, maka secara rasminya saya menganggap urusan ini telah selesai. Saya harap komen kita berhenti setakat di sini. Bagi mereka yang mempunyai apa-apa isu tambahan mengenainya, harap email kepada saya secara personal.

    Saya juga telah memadamkan lebih 70 komen yang saya kira wajar kerana jika suatu kesalahan sudah diakui dan mudah-mudahan diampunkan Allah, siapakah pula kita sebagai manusia mahu mengekalkannya… maka saya delete komen-komen yang tidak berkenaan termasuk komen saya sendiri. semoga komen berbaki yang masih dikekalkan, andaikata dibaca pada masa-masa akan datang, ia dibaca sebagai suatu bahan pendidikan kita tentang disiplin maklumat dan plagiat yang mesti dijauhi.

    Doakan saya, pagi esok saya ada minor surgery untuk merawat mata yang semakin kabur. Tadi dah cek di HUKM, nampaknya superficial punctate keratitis (SPK) semakin bertambah dan pseudo membrane semakin menebal. Sedih sebab tak nampak wajah isteri dan anak-anak tersayang, dan tak boleh membaca serta menulis dengan baik. Hanya sedikit visual mata kiri yang membolehkan saya menulis di sini.

    Mudah-mudahan esok, keadaan beransur pulih….

    Maaf juga atas ceramah-ceramah yang terpaksa dibatalkan… wassalam.

    p/s: hormatilah Kak Nor sebagai yang sepatutnya dan teruskan mengambil manfaat dari coretan beliau di Utusan Malaysia, dan teruskan bersiaran bersama saifulislam.com… :)