Radang Tetapi Selamat Pulang

December 31st, 2007 by Abu Saif 12:29 pm | 3,184 views | Print Print | Email Email | Leave a reply »

matamerah.jpg
Mata yang masih merah dan berair, tetapi jauh lebih baik berbanding semasa di Ireland. Gambar pada 31 Disember 2007

Saya selamat tiba di rumah lewat petang Ahad 30 Disember.

Perjalanan pulang yang amat sulit, dengan mata yang terus bengkak, kemerahan, berair dan gatal yang tidak reda. Mujurlah ada cermin mata hitam, saya dapat menyembunyikan mata merah itu, bukan untuk keselesaan diri, tetapi untuk tidak meresahkan mereka yang hampir kepada saya.

Alhamdulillah pihak keselamatan di Lapangan Terbang Dublin dan Amsterdam tidak menimbulkan apa-apa kesulitan kepada saya. Mereka tidak berasa sangsi melihat saya memakai cermin mata hitam di dalam lapangan terbang yang kelam-kelam.

Penerbangan Aer Lingus dari Dublin ke Amsterdam lewat setengah jam. Saya berasa sangat khuatir kerana jarak masa antara ketibaan saya di Amsterdam dan penerbangan KLM ke Kuala Lumpur hanya 50 minit. Sepanjang penerbangan 1 jam 10 minit, saya hanya membanyakkan doa kepada Allah agar semuanya berjalan lancar.

schiphol.jpg
Amsterdam Schiphol International Airport

Sebaik tiba di Schiphol Amsterdam, saya berlari anak berkejar dari kawasan Gate F ke Gate B. Hampir 15 minit saya perlukan untuk tiba di Gate B36 untuk berlepas. Kebanyakan penumpang sudah pun memasuki pesawat dan saya segera mengambil tempat sebagaimana yang tercatat di tiket.

Sulit sekali untuk saya melihat. Sama ada saya membuka cermin mata atau tidak, pandangan tetap kabur.

Can I have a cup of water?“, saya meminta dari pramugara KLM yang baik hati.

Saya perlu mengambil panadol akibat demam yang sederhana dan claritine sebagai anti histamine untuk mengurangkan kegatalan mata yang sangat mengganggu. Tambahan pula udara di dalam pesawat yang kering, menyebabkan mata saya lebih pedih lagi menyakitkan. Kawasan kulit di sekitar mata juga terasa pedih dan ada sedikit luka kerana kerap mengelap mata yang sentiasa basah dan berair.

Oh no!!!“, saya gagal mencapai cawan yang dihulurkan oleh pramugara tersebut.

Secawan air sejuk tertumpah membasahi seluar saya, dan seluar seorang penumpang lelaki yang duduk di sebelah kiri saya.

Please forgive me. I’m terribly sorry. I can’t see well“, saya beriya-iya meminta maaf sambil menahan sejuk.

Don’t worry, things happened!”, kata lelaki tersebut dengan manis muka. Dari accent beliau, saya tahu yang beliau adalah seorang Irish.

Pramugara berkenaan pergi mengambil semula secawan air untuk saya dan lelaki Irish tersebut menuju ke bilik air. Setelah menelan ubat, lelaki Irish tersebut pulang ke tempat duduknya di sebelah saya.

This is for you!”, lelaki itu menghulurkan tuala.

Oh, that’s very kind of you. Please again forgive me!”, saya berasa sangat terharu dengan kesungguhan lelaki tersebut membantu saya.

Sepanjang 12 jam penerbangan, saya berasa agak selesa dengan saiz dan jarak kerusi KLM yang menyelesakan. Hanya sekali sekala saya perlu menitiskan mata dengan artificial tears untuk melegakan kesakitan, sambil melayan original tears yang meleleh kerana terlalu tersentuh dengan perjalanan hidup Benazir Bhutto di dalam autobiography beliau, Daughter of the East, yang saya baca di sepanjang perjalanan… dengan segala kekaburan mata yang menyulitkan pemandangan.

TIBA DI KLIA

Perjalanan dari KLIA ke rumah juga agak pantas kerana lebuhraya KL – Putra Jaya yang baru dibuka.

Dalam kelam mata dan letih anggota, saya memeluk seluruh ahli keluarga yang setia menanti dengan wajah ceria mereka yang telah merdeka dari radang mata selepas saya mewarisinya buat pusingan kali ini.

zulfakhardll.jpg
Terima kasih kepada Arif Fahmi yang setia menemani saya sepanjang keberadaan saya di Ireland, dan Zulfakhar kerana sudi menumpangkan saya di rumahnya. Juga Romai Nor yang menghantar saya ke airport serta Abang Man dan Kuyie yang turut serta. Semoga Allah membalas jasa baik antum dan menghindarkan antum dari menjadi wakil Conjunctivitis saya di Dublin, Ameen

Masa untuk berehat….

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

SHARING IS CARING:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • Live
  • Print
  • Technorati
  • MyShare
  • Upnews
  • PDF
  • RSS
  • Add to favorites
  • Twitter
  • MySpace

Related posts:

  1. ATN Drama vs Buku: Tajuk Serupa Tetapi Tidak Sama Semenjak sebulan dua yang lalu, saya semakin kerap diajukan soalan...
  2. Entry #1000: Saya Bukan Ahli Politik, Tetapi… “Aih, di sini pun cakap politik juga”, keluh seorang pembaca....
  3. Bawalah Hatimu Pulang Ke Asalnya Sepetang di Antrim “Assalamualaikum. Saya perlukan bantuan Imam” Abdellah menahan...
  4. Selamat Berjuang Wahai Sahabatku “Ustaz yakin ana boleh buat?” tanya Ridzuan. “Keyakinan ana tak...
  5. Selamat Kembali ke Fitrah, Michael “Saya akan mengahwini Salina hujung tahun ini. Ada dua bulan...

Advertisement

17 comments

  1. abuaslam says:

    Moga cepat sembuh..

    Dalam sakit mata pun masih mampu menulis..dan membaca..moga semangat Abu Saif dapat menjadi pengajaran buat semua.

  2. athirah says:

    syafakallah ya ustaz..

  3. RIDWANTO UTM says:

    semoga cepat sembuh…amin

  4. aye says:

    Alhamdulillah..

  5. Amin Ahmad says:

    Salam ya Ustaz,

    Selamat kembali. Saya cemburu…dalam keterbatasan, sempat ustaz membaca biografi tokoh yang terkorban dalam perjuangannya..

    Semoga lekas sembuh.

  6. Sa'adah says:

    salam wrt.

    semoga ustaz cepat sembuh..

  7. IbtiHamza says:

    Salam sejahtera dan rahmat Allah serta barakah ke atasmu ya ustaz..

  8. Ibnu Ahmad Shah says:

    Syafakallaahu syifa’an ajillan. Syifa’an la yughaadiru ba’dahu saqoman. Amiin.

  9. kembaradk says:

    sakit itu penghapus dosa, ujian itu menguji iman

  10. Ghani says:

    get well soon…hope you had a great time in Ireland this time around. we are more than happy to have you in again the future…Allah permits.

  11. Sivin says:

    Semoga sembuh cepat.

    Gaya cermin mata macam dari “The Matrix!”

  12. Mohamad 'Ariff Fahmi says:

    Alhamdulillah, setakat 11:27 pagi 31 December 2007 Dublin, takde lg wakil conjuctivits Ustaz kat sini.. he2 ;)

    Tapi, semoga semakin ramai yang ingin mejadi wakil dakwah Islam hasil daripada kedatangan Ustaz ke sini insyallah!

  13. tachie_sbh says:

    Alhamdulillah.. semoga ustad cepat sembuh… browsing thru gambar2 PUISI 2007, mmg ustad nampak sungguh syahdu disebalik mata yang sedemikian rupa… (sedih x dapat hantar ustad pergi airport)….

    Semoga sihat disamping keluarga tercinta…

  14. Selamat berehat, ustaz..

  15. idea says:

    assalamualaikum.. syafakallah ya ustaz.

    p/s: arif fahmi klu x salah adalah d headboy of my school (2001) :)

  16. Shafiq says:

    semoga cepat sembuh..insyaAllah

  17. syarief says:

    kalau sahabat2 kat sana tu pun kena sakit mata jgak. kena la ustaz buat satu lagi entry special utk diorg.. hehe

Leave a Reply