Agenda 2008: Apa Erti Saya Menganut Islam?
“Apa erti saya menganut Islam?”, tidakkah soalan itu soalan yang tidak patut ditanya?
Tidak masuk akal untuk seseorang itu menjadi Muslim tetapi belum pernah memikirkan erti keIslamannya. Memilih sesuatu tanpa mengetahui apa yang dipilih?
Tidak… bukan begitu soalannya. Selama ini tidak pernah pun membuat pilihan, melainkan segalanya diterima secara kebetulan. Islam warisan. Islam yang turun dari emak ke anak, sebagaimana turunnya warna mata dan kerinting rambut.
Tanpa pernah memilih Islam, seorang Muslim mungkin menjadi musuh kepada keIslamannya sendiri. Menjadi perosak kepada agama yang dimeterakan ke pengenalan dirinya. Dia bukan sahaja gagal menikmati Islam yang dianutinya, malah dia mungkin sampai menganggap racun keIslamannya lantas meracuni orang lain dengan perbuatan-perbuatannya yang menyesatkan persepsi orang lain tentang erti Islam yang sebenar.
Sulitnya lagi, menjawab persoalan “apa erti saya menganut Islam” bukan pada perkataan dan penjelasan lisan, tetapi melalui perbuatan.
Perbuatan kepada Tuhan
Perbuatan kepada sesama insan
Perbuatan kepada alam
Perbuatan kepada pekerjaan dan aktiviti seharian
Kesemua jawapan tentang “apa erti saya menganut Islam”, jawapannya diungkap pada perbuatan. Apa erti saya menganut Islam adalah persoalan yang mengkritik perbuatan berdasarkan kepercayaan. Apa yang kamu percaya, dan apakah kesan kepercayaan kamu kepada perbuatan seharianmu.
PENYERAHAN DAN KETUNDUKAN

Islam itu penyerahan…
Islam itu ketundukan…
Islam itu kesejahteraan…
Islam itu adalah penyerahan dan ketundukan yang menghasilkan kesejahteraan.
Soalnya, kepada apakah seorang Muslim itu berserah dan tunduk akur? Kesejahteraan apakah yang dicarinya dalam kehidupan ini.
Secara cliché, seorang Muslim berkata, “sebagai Muslim, saya berserah dan tunduk kepada Allah dan dengan perbuatan itu berhasillah saya mencapai kesejahteraan hidup di dunia dan di Akhirat”.
Sedap jawapannya, menepati skema ukuran kertas jawapan. Tetapi terjawabkah persoalan kehidupannya dengan jawapan sebegitu di atas kertas jawapan? Jika begitu tepat seorang Muslim mendefiniskan keIslamannya sebagai tunduk dan berserah kepada Tuhan, mengapakah kesejahteraan hilang dari dunia Muslim zaman berzaman? Mengapakah segala yang sakit dan tenat itu kita temui dalam catatan kehidupan Muslim yang kebelakangan?
“Saya hairan apabila ustaz begitu yakin menyebut bahawa masa depan adalah milik Islam. Kenapa saya tidak memiliki keyakinan yang sama?”, tanya seorang peserta PUISI 2007.
Ya, hingga begitu sekali seorang Muslim menimbulkan pertanyaan. Saya tidak menyalahkan penyoal dan soalan kerana ia adalah pertanyaan yang tulen. Pertanyaan yang memberikan kesimpulan bahawa empat hari berkampung di Bukit Melleray, Co. Waterford bukan jawapan penuh kepada menjawab persoalan APA ERTI SAYA MENGANUT ISLAM… bahawa dua muka surat tulisan Fathi Yakan tentang “meyakini bahawa masa depan adalah milik Islam” adalah jauh dari upaya menjustifikasi ucapan-ucapan kita agar bukan sekadar slogan dan retorik angan-angan.
HAKIKAT PENYERAHAN DAN KETUNDUKAN
Allah SWT tidak akan menjelma lantas manusia yang sujud di ‘kaki’-Nya boleh mendakwa saya telah tunduk dan berserah kepada Tuhan. Maka bagaimanakah seorang manusia itu dengan mudah boleh berkata, saya telah tunduk kepada Dia?
Ya… maka manusia mesti lebih kritis dalam menjawab dan meyakini jawapannya.
Mari kita pinjam semula kisah Pak Haji dan Ah Chong…

Pak Haji mengerjakan haji. Sebelum itu juga beliau telah selesai sempurna solatnya, puasanya dan zakatnya. Soalan “apa erti saya menganut Islam”, telah Pak Haji jawab dengan mematuhi rukun-rukun dan syarat Islam.
Pak Haji menanam jagung.
Turun ke kebun jam 10 pagi, selepas selesai solat sunat Dhuha. Benih dipilih, dibenam ke bumi, air disiram, Pak Haji balik ke rumah dan bersolat lagi.
Di seberang sana ada seorang lagi pekebun jagung bernama Ah Chong. Jangankan haji, halal haram dan solat pun dia tidak mengerti. Tidak pernah dipeduli. Soalan “apa erti saya menganut Islam” bukan soalan hidupnya, kerana hidupnya hanya pada makan, minum, tidur, kerja, rehat, kahwin.
Ah Chong menanam jagung.
Turun ke kebun jam 7 pagi. Masih ‘kufur’ seperti sebelum tidurnya malam tadi. Dengan dada yang kosong dari sebarang agama, Ah Chong memilih benih terbaik. Ditanam semolek mungkin ke dalam tanah yang dibentuk batas. Dibuat saluran air, agar lebihan siram tidak bertakung merosakkan benih. Batas dilindung dengan rumput kering selepas baja ditabur mengikut sukatannya. Pagar kebun diperiksa, agar jangan kambing yang hidupnya juga makan, minum, kerja, rehat dan ‘kahwin’ merempuh masuk memakan anak pokok jagung si Ah Chong. Tepat jam 12 tengah hari, Ah Chong bersandar di pondok usang, berehat dan makan menanti petang.
Setiap hari Pak Haji dan Ah Chong mengulang perbuatan yang sama hingga genap 50 hari untuk menuai.
Jawablah soalan “apa erti saya menanam jagung?” melalui hasil tuaian masing-masing. Siapakah yang lebih mendapat makna dari persoalan itu?
Dengan yakin, kita boleh menjawab bahawa kebun jagung Ah Chonglah yang makmur dan sejahtera.
Soalnya siapakah yang menumbuhkan jagung?
Allah…
Soalnya siapakah antara mereka berdua yang menyembah Allah?
Pak Haji…
Mengapa Allah tumbuhkan pokok jagung Ah Chong dan bukannya pokok jagung Pak Haji?
Mengapakah sebagai seorang pekebun jagung, Ah Chong yang beroleh sejahtera dengan hasil tanaman yang lumayan? Sedangkan Pak Haji terus papa dan resah dengan keperluan hidup yang tidak pernah cukup?
MUSLIM DI LADANG JAGUNG
Jika Muslim itu bermaksud tunduk dan berserah kepada Allah, siapakah yang Muslim di medan menanam jagung ini? Pak Haji atau Ah Chong?
Mungkin soalannya seperti suatu permainan, tetapi saya ingatkan kembali kenyataan Muhammad Abduh sekembalinya dia dari pembuangan di Barat. Kata Muhammad Abduh:

“Saya pergi ke Paris, lantas saya bertemu dengan Islam tanpa Muslim. Saya kembali ke Kaherah dan saya bertemu dengan Muslim tanpa Islam!”
Apakah ketentuan Allah SWT terhadap pokok jagung? Apakah sistem Allah dalam bercucuk tanam? Bagaimanakah ‘cara kerja’ Khaliq terhadap makhluq bernama jagung? Apakah Allah membuat suatu sistem bahawa untuk jagung tumbuh subur ia memerlukan kepada zikir yang ma’thur dari nas al-Quran dan al-Sunnah? Apakah kesuburan jagung ditentukan oleh Allah SWT pada besarnya serban atau pada singkatnya jubah? Bagaimanakah caranya manusia menyembah Allah dalam perbuatan menanam jagung?
Ketentuan Allah pada teknik menyuburkan tanaman jagung ialah pada kualiti benihnya, cara jagung ditanam, jenis baja, kaedah menjaga pokoknya… yang kesemuanya dihimpun dalam satu ilmu bernama sains pertanian.
Siapakah yang tunduk kepada Allah dalam sains pertanian?
Jawapannya… Ah Chong.
Ah Chong yang patuh kepada hukum alam, kepada hukum sains pertanian… kepada Sunnatullah (cara kerja Allah).
Meminjam kata-kata Muhammad Abduh, maka Ah Chong adalah ‘muslim’ tanpa Islam di ladang jagungnya.
Pak Haji itu pulalah yang kosong makna Islamnya kerana dia taat di atas sejadah, namun ‘kufur’ di medan kerja. Allah, Allah!!!
TAUBAT SAINTIFIK
Bagaimanakah pula jika Pak Haji mengubah salah tanggapnya itu tadi? Turun ke kebun seawal 7 pagi, bekerja secara optimum dengan teknologi terkini dalam penanaman jagungnya kali ini dan dalam masa yang sama, Pak Haji terus komited dengan solatnya, dengan puasanya, dengan zakatnya dan pada ketaatannya sebagai apa yang selama ini dinamakannya sebagai ‘kerja Islam’.
Pak Haji mendapat tuaian jagung 50kg, sebagaimana Ah Chong yang juga mendapat hasil yang sama. Apakah kini mereka telah sama?
Jawapannya YA dan jawapannya juga TIDAK.
Ya, mereka berdua saling mendapat kesejahteraan dalam ekonomi dan pertanian kerana beroleh hasil yang seimbang pada penilaian dan ukuran.
KESEJAHTERAAN HIDUP
Tetapi, pada keseluruhan gambaran kehidupan, Pak Haji dan Ah Chong tidak sama. Pak Haji memperolehi 50kg jagung, dan dengan hasil kerjanya itu hidup Pak Haji ada bahagia. Berasa cukup tetapi tidak menghalangnya dari terus berusaha. Ada bahagian yang boleh disedekah dan ahli keluarganya mendapat tenang dan sejahtera.
Rezeki Pak Haji ada kualiti bernama barakah. Sedikit yang banyak, banyak yang membanyakkan.

Ah Chong beroleh 50kg, tetapi jiwanya tidak pernah berasa cukup. Bukan sahaja beliau tertekan untuk berusaha malah mengintai peluang untuk mengambil bahagian di tangan orang lain. Hidupnya gundah gelana, makan cukup tetapi jiwa tidak tenteram. Selepas kenyang, dia kembali lapar. Selepas lena, matanya kembali terjaga. Banyak persoalan yang membelenggu kehidupan. Apa ertinya hidupku ini.
Ah Chong telah menyelesaikan persoalan hubungannya dengan alam melalui sains pertanian.
Ah Chong telah menyelesaikan persoalan hubungannya dengan sesama insan dengan nafkah minum makan yang dibekalkan.
Tetapi Ah Chong takutkan kematian kerana ia noktah akhir segala usahanya yang dikerjakan seharian. Ah Chong tidak pasti dengan jawapan, apakah erti hidupnya ini, sebelum dia bertemu jawapan apakah erti yang ingin dibawa menjelang mati.
Semuanya kerana Ah Chong tidak menyelesaikan persoalan hubungannya dengan Tuhan. Dunianya sempit kerana disempitkan oleh cara dia melihat kehidupan. Dia tidak beroleh kesejahteraan. Dia gagal memaknakan dunia kerana tidak bertemu jalan menuju Akhirat.
Ah Chong mungkin mengambil keputusan untuk menghancurkan kehidupan ketika berada di puncak pencapaian.
INILAH SIFIRNYA
Kesejahteraan adalah hasil ketundukan dan penyerahan. Kesejahteraan jiwa dan kehidupan beragama, kesejahteraan ekonomi, politik dan sistem sosial.
Ketundukan dan penyerahan kepada Tuhan melalui sistem Tuhan pada mengatur alam ciptaan-Nya ini.
Di sinilah peraturan Allah diterjemahkan sebagai sains dan hukum alam. Tunduk dan patuhnya seorang manusia kepada sains adalah sebahagian daripada maksud “apa erti saya menganut Islam”.
Ketundukan dan penyerahan manusia kepada cara dia berhubung dengan Dia… pada ibadah dan ritual amalan yang sejahtera. Ibadah yang majhul hingga terdidik melalui seorang perantara yang mengungkapkan wahyu di dalam ajaran bernama Syariah. Tunduk dan patuhnya seorang manusia kepada Syariatullah adalah sebahagian daripada maksud “apa erti saya menganut Islam”.
PERATURAN YANG MENYELURUH
Solat seperti kita melihat Nabi SAW bersolat
Memperelokkan sembelihan dengan menggunakan pisau yang tajam
Keluasan ilmu pada teknik menanam tamar, “kamu lebih tahu akan urusan duniamu”… kesemuanya diungkapkan pada perintah Syariatullah, dan keluasan ruang untuk penerokaan sains dan Sunnatullah…
APA ERTI SAYA MENGANUT ISLAM?
Iaitulah pada menghasilkan Muslim yang mematuhi sains yang menafsirkan sistem Allah dalam hubungannya dengan alam dan sesama insan.
iaitulah pada menghasilkan Muslim yang mematuhi syariat yang menafsirkan sistem Allah dalam hubungannya dengan Tuhan pencipta alam dan insan.

Muslim itu adalah manusia yang SAINTIFIK lagi SYARIATIK
Semoga 2008 subur dengan aktiviti menjawab soalan “APA ERTI SAYA MENGANUT ISLAM”
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor
- saintifik & syariatik « myfikrah
- Taqeyyabella » Barukah Iman kita di tahun baru?
- Safwan Online » Blog Archive » Selamat Tahun Baru Hijrah – Azamku
- Catatan Kembara – Summercamp 2008 Bukan Kerna Nama « Kuliah.net IPIJ
- S60 Salam celaru. « Sharudin.com
- Sajak terjemahan : Setiap Satunya Berqasidah « Tinta Cinta Ismi’ Nailofar
- This Month’s Feature: Apa yang korang makan tu? (Part 2 of 2) « I think, therefore I am








































about 2 years ago
Alhamdulillah, jazakillahu khair, artikel yang sangat baik sebagai pembuka tirai tahun 2008. Sudah lebih setahun akak menjadi pembaca setia SIO. Seperti pembaca lain, terasa benar faedah dan manfaat dari pembacaan ini. Yang pastinya akak juga kenalah menjadi agen penyebar juga.
Baca dengan minda terbuka dan bak kata Pak Din, telan dulu walaupun pahit lepas tu berfikir. Walaupun ada artikel yang kontroversi, ambil yang baik. Semoga ukhuwwah kita di ruangan siber ini diberkati Allah. Semoga tahun ini kita dapat terus tsabat di zaman Islam adalah ghuraba.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Semoga semangat tahun baru disalurkan untuk menjawap persoalan tersebut..
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Mungkin kerana itu Islam makin tersebar di Barat..hingga merisaukan pemimpin mereka..manakala Islam makin terpinggir di timur ..
semuanya berlaku kerana muslim di barat mengerti mengapa mereka menganut Islam sebaliknya muslim timur ramai yang muslim kerana warisan dan tidak tahu apa ertinya menganut Islam
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Alhamdulillah…
Satu artikel yang menarik dan memberi dimensi baru terhadap perbahasan kitab Apa Erti Saya Menjadi Muslim karangan Sheikh Fathi Yakan.
Tahun demi tahun kitab ini menjadi bahan perbincangan dalam usrah-usrah, katibah, daurah dan sebagainya, namun apakah impak terhadap para pendakwah dan apakah nilai kefahaman yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan, satu penilaian semula perlu dilakukan…
Semalam berkesempatan membaca 2 buah buku, satu oleh Al-Maududi, “Apa Kerugian Dunia Dengan Mundurnya Umat Islam”. Saya tertarik dengan ulasan bahawa antara tuntutan yang besar dalam dakwah masa kini adalah untuk memalingkan semula umat islam terhadap dimensi beragama yang sebenar kerana ramainya umat yang sekadar memahami islam sepertimana orang buta yang mengenal gajah bahkan lebih teruk lagi, kupasan kitab AISMI yang diberi nafas baru teramatlah relevan dengan situasi yang melanda umat islam sekarang
Satu lagi buku yang saya berkesempatan membacanya adalah Motivasi Alihan Pelajar karangan Dr. Tengku Asmadi, antara ‘quote’ yang saya rasakan sangat menarik yang saya boleh kongsikan disini adalah “Manusia yang hidup adalah manusia yang memberi manfaat kepada manusia yang lain, manusia yang tiada apa manfaat pada dirinya ibarat manusia yang mati sebelum kematiannya yang sebenar”.
Saifulislam.com telah memberi satu nafas baru kepada semua pembacanya agar sentiasa melalui kehidupan dengan penghayatan. Sebenarnya setiap kita melalui pengalaman-pengalaman yang menarik saban hari, namun apa yang membezakan kita dengan Saifulislam adalah beliau melalui segalanya dengan penuh makna dan sentiasa berfikir, dan dinukilkan pengalamannya kepada kita dengan olahan-olahan perkataan yang menarik, akan tetapi tiada maknanya dan pastinya abusaif akan turut merasa kecewa jika kita hanya kekal menjadi pembaca yang setia tanpa ada apa manfaat yang boleh kita ambil dan MEMBERI kepada orang lain pula, ERTI HIDUP PADA MEMBERI, bukankan begitu akhi?
Go Saifulislam Go!
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
saya tertarik dgn soalan pelajar ustaz tentang mengapa dia hairan apabila ustaz begitu yakin menyebut bahawa masa depan adalah milik islam. Ramai antara kita yg tahu baca Al-Quran tapi tidak tahu ertinya… Islam tanpa muslim adalah ah chong dan muslim tanpa islam adalah pak haji ia cuma berumpamaan dalam artikel yg cuba disampaikan oleh ustaz, Kita perlu mencari lebih ramai muslim dengan islam bersatu.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
salam ustaz…artikel trbaru ustaz membangkitkan semangat ana utk lebih memperkasakan kefahaman ana tntang buku yg tengah ana baca sekarang ni…membara lagi cita-cita ana memperkasakan usrah di sekolah pada thun 2008..semoga ustz boleh membimbing dn memberi tinjuk ajar seperti ini utk ana bertambah-tmbah lg kefahaman dn mempertingkatkan thaqafah ilmiah kpd para nuqaba’ dn kp ana yg baru bngkit dr tidur..
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
masyaallah… yang menyinarkan hidayah… terima kasih buat ustaz yang membuka jalan kepada hidayah… saya lebih rasa semangat dalam melakukan apa jua pekerjaan selepas saya baca dan memahami topik ini… untuk kejayaan di akhirat… semestinya ilmu ,amal dan ikhlas yang sempurna… semoga kita sama2 beroleh manfaat… dunia dan akhirat… amin.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Teruja dari koment #01… Ya Ukhtie Kak Ija, terimakasih krn mempeingatkan saya kpd katax Pak Din. Pak Din telah membuatkan saya lebih faham apa yang tersirat dari perkataan ’sunnah Allah’ (hukum halangan) & ’syariat Allah’ (hukum garisan)… Yes, entri yang ‘cantik’ & ‘tepat’ sempena awal takwim syamsiah – 2008.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum semua,
Soalan yang dikemukakan oleh peserta tersebut sangat jujur dan berani. Dan ia harus dijawab dengan jujur dan berani juga oleh mereka yang meyakini bahawa ‘masa depan itu milik (umat) Islam’.
Hari ini mereka yang benar-benar meyakini bahawa umat Islam akan kembali menguasai dunia mungkin sama pelik dan sama gila dengan bangsa Anglo-Saxon kurun ke-10 yang membayangkan negara kecil mereka akan bangun menguasai lautan dunia dan memerintah empayar imperialistik terbesar dalam sejarah. Pada waktu itu cita-cita sebesar itu hanya layak diimpikan dan dibicarakan oleh bangsa-bangsa umat Islam, yang memiliki segala ketinggian tamadun dan ilmu pengetahuan, dan kehebatan kepimpinan dan keperibadian yang menggoncang dunia. Sehingga kurun ke-17, pada waktu kemuncak kekuasaan empayar Othmaniyyah, antara kata-kata yang mahsyur pada waktu itu berbunyi ‘even their dreams cannot reach what our(Muslims) power can’. (Mimpi mereka pun tidak akan dapat menggapai kekuasaan yang kita miliki)
Siapa sangka, masyarakat medieval yang sekian lama ditekan dan diperbodohkan oleh gereja yang kolot akan bangun menjadi kuasa besar yang merubah dunia.
Untuk mereka yang ingin percaya, mereka tidaklah akan kehilangan apa-apa. Untuk mereka yang ragu-ragu, tidakkah pelik jika mereka bertanya pada yang percaya tentang keraguan mereka itu, sedangkan mereka tidak mempercayai apa yang dibicarakan oleh mereka yang percaya itu?
Saidina Ali, ketika menjawab soalan seorang Yahudi atheist tentang Tuhan, menjawab:
`Jikalau Tuhan itu tiada, aku dan kamu tidak akan apa-apa, tetapi jikalau Tuhan itu ada, aku akan sejahtera, dan kamu akan celaka’
Untuk mereka yang percaya, jangan berhenti bermimpi, cuma bangunlah dari tidur dan bekerjalah untuk menggapainya.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Assalamualiakum ustaz…bila saya baca aktikel ini,hati saya mula terdetik dan berfikir bahawa saya merasakan saya banyak melakukan dosa…saya tak tau nk ungkapkan macam mana,ustaz…saya x faham dengan diri saya sebenarnya…adakala saya patuhi apa yang disuruh tapi disebalik itu saya lakukan apa yang dilarang….susah saya nak bendung kerana nafsu saya lebih kuat daripada iman saya…saya dah cuba sedaya untuk hindarkan apa yang dilarang..tapi tak terdaya,ustaz…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
salam
kpd Amirul sy rase anda perlu bersihkan diri sungguh2,dampingi orang2 yg baik akhlaknya dan selalu beristighar..pintu taubat sentisa terbuka=)
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Alhamdulillah saya mengerti mengapa saya menganut Islam sewaktu saya di negara bukan Islam. Sebaliknya sewaktu di negara Islam dulu, saya malah confused dengan orang Islam yang mengaku Muslim tetapi tingkahlakunya bertentangan dengan tuntutan syariah Islam. Alhamdulillah, Allah memberi petunjuk kepada saya untuk memahami Islam yang sebenarnya, lalu mengamalkannya dengan hati yang tenang dan tenteram.
Suatu hari saya mendapat jawapan bahawa jika saya cintakan Allah maka saya mesti buktikan dengan mengikuti Rasulullah sallallahu alaihi wasalam sebagaimana firman Allah dalam ayat berikut, Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Ali Imram : 31). Ayat ini menimbulkan rasa ingin mengamalkan Islam sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasalam untuk membutikan cinta saya kepada Yang Menciptakan diri saya.
Saya sangat menghayati erti percaya kepada hari akhirat. Begin With End In Mind. Setelah saya mempunyai kesadaran bahawa tiap perbuatan saya akan dipertanggungjawabkan nanti, maka wujudkan rasa takut kepada Allah untuk melakukan larangannya dan timbullah kemahuan untuk membuat segala suruhannnya. Setelah itu timbullah rasa mengharapkan rasa kasih sayang dari Allah agar dengan menurut segala perintahnya Dia akan menurunkan rahmatnya kepada hambaNya yang hina ini seterusnya mendapat ampunan di atas segala dosa-dosa dimasa lampau mahupun yang terbaru.
Kalau kamu mencintai Allah, buktikanlan dengan mengikuti RasulNya. Insha Allah kita akan menemui erti menganut Islam.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Ustaz, jika dibenarkan… Ana ingin berkongsi serangkap puisi yang ditulis oleh seorang ‘revert’ dari Seattle America yang juga merupakan salah seorang kenalan ‘alam maya’ ana. Moga beroleh iktibar, insya’Allaah.
EACH ONE SINGS
Each one sings to You with its own special tongue …
From the wings of a fly
To the rays of the sun
Each one sings to You with its own special tongue
All proclaiming that You are The One.
A Fountain springs from the mother to bring milk to her young
From a single seed there grows a tree,
Look what it’s become
As it exhales the life that puts breath in our lungs
you see, the bee defends its hive
even though it dies once it has stung
inside its honeycomb
thousands of hexagons
which geometrically hold the most volume
in the smallest space
and the smallest taste
of the sweetness from the flowers that they pollinate
makes your mouth salivate
and each spring time seeds germinate
and the beautiful brilliant colors come back all the same
as the seasons alternate, they fade away
only to be reborn again next year somehow some way
on my back looking at the stars, sometimes all night I lay
keeping the light on in the dark and helping us find the way
until the morning time the sun rises and lights the day
so bright I close my eyes and I just feel its rays
and then the clouds come over my head and give me the perfect shade
bringing that mercy to quench my thirst in every drop of rain
and the plant life
drinks with its hidden roots
holding its arms out to me offering its fruits
so ripe
I take a bite
In awe of these surroundings within my sight
But how does my eye see
And how does my mind know
That creation necessitates something in control
An All Powerful
All Merciful
Elements and minerals
The plants and the animals
All interconnected and sustained by the whole
And mankind
With his own mind
Is conscious of his existence in this space and time
And can choose to search until he finds
or just to stay blind
to the unseen
but what does it mean
Prophets sent through all the ages to help us see
And to show the way
To not be led astray
Look close and see their message was always the same
So like that Marvin song Tell me what’s Going On?
How do we confuse the righteous path and get the truth all wrong
what is the purpose
Oh how could life be worthless
And happiness a type of thing that man could purchase
You see the search is
the meaning
of what you find
oh when you find
you’re dreaming
but when you wake up its too late to make up
for the past
all that shoulda, woulda, coulda you will say but
alas
the signs were everywhere
just like a breath of air
you may not see it at first but you know its there
HE did not leave us here alone to find out right and wrong
It is within you
All around you
and in the Holy Quran
Each one sings to You with its own special tongue
From the wings of a fly
To the rays of the sun
Each one sings to You with its own special tongue
All proclaiming that You are The One.
Authored by Akhuhum Fil Islaam, ‘Abdul Aziz (07/06/2007)
-SuwbhanAllaah. All praises due to Allaah SWT. I came across this truly beautiful piece only by chance. It would be unbecoming of me if I do not share the beauty, the eloquence and the truth of such words with my beloved friends. With hope that the same will touch you as it had me. I bear witness that there is none worthy of worship other than Allaah (SWT) and that He has no equal, and I bear witness that Muhammaad (SAW/PBUH) is His servant and His messenger. Allaahuakbaar. Sincerely yours, Akhukum Fil Islaam, ‘Umar Faruq Ibn Ahmad Shah
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Allaahuakbar, terlupa nak sebut.
There will be no issue of copyright with regards to the display/posting of the above poem ‘Each One’ as authored and owned by Brother ‘Abdul Aziz, as i have already requested and to which the honorable brother had granted me the irrevocable and unconditional ‘expressed consent and permission’ to post and circulate the said work.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
alhamdulillah syukur tak terhingga kpdNya, hari ini hari pertama sy join saifulislam.com.. dlm masa sehari ni byk soalan sy yg difikir2 kan sekian lama tentang Nya terjawab.. walaupun masih banyak yg sy tak tahu tapi sekurang2 nye sy dah jumpa satu sumber utk cari jawapannya… terima kasih byk2 saifulislam.. hanya Allah membalas segalanya….
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Alhamdulillah…akhirnya sy m’dpt sedikit gmbaran kepada soalan yg sy cari selama ini..dan byk lagi yg sy perlu pelajari
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Thanx Abu Saif…
Syariatik dan Saintifik berjalan seiringan….
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam …..ukhwah…semoga dakwah yang dijalankan mendapat keredhaan ilahi..insyaallah…
Respond to this comment [with empathy]
about 8 months ago
Setiap Satunya Berqasidah
( diterjemahkan oleh Ismi’ Nailofar )
[caption id="attachment_259" align="alignleft" width="460" caption="http://www.flickr.com/photos/chikache/427997840/in/set-261667/"][/caption]
Setiap satunya berqasidah padaMu dengan qasidahnya yang tersendiri…
Dari sesayap lalat
ke jejalur sinar suria
setiap satu berqasidah padaMu dengan qasidahnya yang tersendiri
Semuanya akur Engkaulah Yang Maha Esa
Sebuah mata air memancut dari tubuh bonda buat menyusui anakandanya
Dari satu biji benih tunggal maka membesar menjadi sepohon pokok
Lihatlah apa yang terjadi padanya sambil ia menghidu tenaga hayat yang meletakkan larian nafas di peparu kita
Kaulihat sang lebah
mempertahankan sarangnya sungguhpun mati sesudah menyengat
di dalam sarangnya itu beribu-ribu bentuk segienam yang secara geometrinya menampung isipadu terbanyak dalam ruangan kecil dan rasa yang terhalus dari kemanisan bebunga yang mereka debungakan menerbitkan air liur dari mulutmu
Dan pada setiap musim semi bebenih bercambah dan rena-rena indah mencolok kembali sediakala lalu sirna pabila musim bergantian hanya untuk dilahirkan kembali tahun hadapan dengan cara dan jalannya tersendiri
[caption id="attachment_261" align="alignleft" width="460" caption="http://www.flickr.com/photos/snflwrgddss23/2480803340/"][/caption]
Kekadang sambil berbaring sepanjang malam aku bersandar menetap bebintang
yang mengekalkan sinar pada kegelapan lalu membantu kita mencari arah tuju
hingga waktu pagi suria terbit lalu menerangi siang sungguh cerah hingga kupicing mataku dan aku cuma merasa hangat sinarannya hingga awan-gemawan berarak di atas kepalaku dan memberikanku perteduhan yang paling sempurna membawa rahmat pada setiap rinai hujannya yang menghilang dahagaku dan tumbuh-tumbuhan hidup meminumnya lewat akar yang tersembunyi memegang lengannya yang dihulurkan ke arahku sambil menawarkan buah-buahan
sungguh ranum
kuapit
dengan gigiku
dengan kekaguman pada sekitaran dalam nazrahku
Namun bagaimana mataku melihat
dan bagaimana mindaku mengetahui
yang penciptaan sebegitu perlukan sesuatu yang mengawalnya
Sesuatu Yang Maha Berkuasa
Yang Maha Pemurah
Bahan-bahan dan galian
tumbuh-tumbuhan dan haiwan
semuanya saling bertaut dan dilestarikan seluruhnya
dan manusia
dengan mindanya
pun tersedar pada wujud diri di ruang-masa
lantas mampu memilih untuk menggelintar
hingga bertemu dengan kuasa yang tak bisa dilihat
atau terus membuta
namun apalah maknanya
Para Anbiya’ diutus sepanjang zaman
membantu kita melihat lantas menunjuk jalan
agar kita tak tercampak ke jurang binasa
rapatkan nazrahmu lalu perhatikan perutusan mereka -
sama sahaja
Jadi bagaimanalah kita keliru akan jalan haq dan mendapati kebenaran itu batil seperti lagu Marvin yang berkata, “ Tell me what’s Going On ? i”
apalah gunanya ?
Ya ampunii bagaimana tidak hidup jadi sia-sia dan kebahagiaan itu suatu benda yang bisa dibeli
Kaulihat pencarian itu
maknanya
apa yang kaucari
ya ampun bilakah kautemui
Kau terawang-awang dalam anganan
namun pabila kau bangkit sudah terlanjur buat berbuat sesuatu
demi masa yang telah berlalu
apa yang kau -patut, bakal, boleh- katakan
tapi
sayang sekali
Petanda demi petanda ada di mana-mana
bak senafas udara
pada mulanya kau mungkin tak melihatnya tapi kautahu ia di situ
DIA tak biarkan kita sendirian menggelintar apa yang haq dan batil
ia ada di dalam dirimu
segala sesuatu di sekitarmu
dan di dalam al-Quranul Karim
Setiap satunya berqasidah padaMU dengan qasidahnya yang tersendiri
Dari sesayap lalat
ke jejalur sinar suria
Setiap satunya berqasidah padaMu dengan qasidahnya yang tersendiri
Semuanya akur Engkaulah Yang Maha Esa
Respond to this comment [with empathy]
Nazri09 reply on June 17th, 2009 8:24 am:
Salam Ustaz
Saya nk bertanya berkenaan Muhammad Abduh.Saya dpati bnyak penulisan di buku malh di internet yg mencemuh Muhammad Abduh yg berfahaman Syiah.Setahu saya dia adalah salah sorang guru kepada Jamaludin al-afghani.Minta penjelasan ustaz.
Ingin tahu
Nazri09
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
salam ukhwah… saya nak tanya tentang adakah ber’couple’ itu haram???? jika ya mengapa???
Respond to this comment [with empathy]