Mengikat Pertunangan Dalam Kesederhanaan

On 14/01/2008, in BUKU: Aku Terima Nikahnya, by Abu Saif | 18,855 views | Print Print | Email Email |

towerbridge.jpg

“Kasihan Ziad tu mak. Dah pening-pening tu, nak kahwin sangat nampaknya”, saya berbual dengan emak.

Jam sudah lewat 12 malam di kota London. Emak tentu sahaja baru lepas bersarapan pagi di rumah.

“Ye la, dah sampai masanya. Habis kamu pula macam mana?”, tanya emak.

YESS! Umpan saya mengena.

Saya memang telah awal-awal meminta izin daripada sepupu saya untuk ‘memperalatkannya’ bagi membuka bicara kepada emak tentang hasrat hati saya untuk berumahtangga. Strategi saya berhasil apabila emak bertanya begitu.

“Aha, ada la emak. Insya Allah sampai Malaysia nanti Rizal cerita ya”, saya memberitahu.

Tidak mudah untuk seorang anak bongsu seperti saya memberanikan diri untuk memberitahu emak tentang hasrat hati untuk berumahtangga. Anak bongsu, biar pun sudah berjanggut sekali pun, masih anak bongsu buat seorang emak.

Alhamdulillah, daripada reaksi emak tadi, saya faham yang emak terbuka dengan hal ini. Usia saya pun sudah mencecah 24 tahun ketika itu.

Tetapi, apa yang lebih penting untuk saya fikirkan ialah perasaan seorang ibu melepaskan anaknya. Fikiran saya melayang mengimbau hari pertama saya berpisah dengan emak. Mendaftarkan diri sebagai pelajar Tingkatan 1 di sebuah sekolah berasrama penuh, adalah titik penting yang menjadikan saya terlepas ke dunia lain, tidak lagi di bawah jagaan emak dan abah. Seawal usia 12 tahun, saya sudah mula berdikari.

Pengajian di SMA Izzuddin Shah tidaklah terlalu menjadikan saya jauh dari emak dan abah. Sekolah hanya setengah jam perjalanan dari rumah. Dan saya juga sering balik ke kampung tanpa perlu menunggu cuti sekolah yang panjang. Begitu juga semasa di SMAP Labu, Negeri Sembilan. Mujurlah saya tidak lama di sana. Selepas kira-kira empat bulan di Tingkatan 4 di sana, saya kembali semula ke SMA Izzuddin Shah hingga selesai SPM.

Perpisahan yang hakiki berlaku antara saya dan abah, apabila kejadian yang tidak disangka-sangka menduga saya sekeluarga. Abah kembali ke rahmatullah pada tahun 1992 dan perginya tidak kembali. Ketika itu, hanya salah seorang sahaja daripada abang saya yang baru bertunang. Belum pun sempat abah menyambut menantu pertamanya, Allah memanggil abah pulang.

Ketika kubur abah pun masih merah, saya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Jordan. Keputusan yang amat berat untuk dilakukan. Meninggalkan emak di kampung halaman yang masih belum berupaya menyesuaikan diri dengan kehilangan suaminya. Emak melepaskan saya dengan derai air mata di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, pada 15 September 1993.

scan0018j.jpg

Selepas lama merantau, bersambung pula ke UK, tentu sahaja emak akan terasa bagai kehilangan anaknya ketika saya memberitahu hasrat hati untuk berumahtangga. Saya menyimpan misi untuk mententeramkan hati emak sebaik tiba di Malaysia dari kota London.

DI MALAYSIA

“Tak adakah gambarnya?”, tanya emak kepada saya.

“Emm.. tak sampai lagi emak. Muna kata dia akan pos dalam sehari dua ni dari Ireland. Insya Allah sebelum Rizal balik ke UK, adalah gamaknya”, saya memberitahu.

Saya lihat wajah emak bercampur antara suka dan gelisah.

“Alhamdulillah emak, kampung dia pun dekat sahaja. Seberang sungai sana aje, di Manjoi. Tak risaulah sangat terpaksa jauh ke mana-mana”, saya cuba meyakinkan emak.

“Emak bukan tak setuju, tapi rasa macam tak puas lagi emak membesarkan kamu. Dah nak jadi suami orang!”, kata emak.

“Rizal faham. Insya Allah emak tidak akan kehilangan Rizal malah menambah ahli keluarga kita sebenarnya. Insya Allah”, saya memujuk emak.

Naluri biasa seorang ibu. Titis air matanya bukan titis duka, tetapi titis yang datang dari perasaan tersedar bahawa anak bongsunya sudah dewasa.

BERTUNANG

Saya bersembunyi di dalam kereta.

Adat Melayu tidak mengizinkan orang yang bertunang hadir sama dalam majlis meminang. Entah apa yang nak mereka umpatkan.

pinang.jpg

“Depa berpantun-pantun pula”, kata sepupu saya Ziad yang berada di dalam majlis, melalui sms.

Selesai majlis bertunang, saya dipanggil masuk. Ini memandangkan keadaan kami berdua yang tinggal di luar negara. Maka di dalam majlis ini sahajalah peluang untuk kami berdua ditemui oleh kedua-dua keluarga.

Tempoh pertunangan selama 2 tahun telah ditetapkan. Insya Allah kami akan melangsungkan perkahwinan pada tahun 2001. Saya dan bakal isteri, berusia 26 tahun ketika itu nanti.

CABARAN BERTUNANG

Selama dua tahun tempoh kami bertunang, pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuh. Namun jarak yang memisahkan saya dan bakal isteri, sedikit sebanyak membantu kami untuk bersederhana dalam berhubung.

“Ahlan wa sahlan ustaz”, kata Yurzi dan Nik Azuan semasa menyambut saya di stesyen bas Galway.

“Terima kasih sudi jemput ana”, saya membalas salam.

Mereka berdua adalah pelajar perubatan di National University of Ireland, Galway.

“Program ceramahnya start pukul berapa ya?”, saya bertanya.

“Rasanya lepas Isyak, Ustaz. Mungkin dalam pukul 6″, Yurzi memberitahu.

galway.jpg

Saya menumpang di rumah Yurzi dan Nik Azuan semasa kunjungan pertama saya ke Galway, tempat tunang saya belajar. Rumah mereka berdua ini agak pelik kerana ia terletak di sebuah selekoh tajam yang menggerunkan. Terbayang-bayang saya adanya kereta terbabas. Naudhubillah.

“Ustaz, Kak Muna ada hantarkan lauk untuk makan tengah hari kita”, kata Yurzi memberitahu saya.

“Alhamdulillah”, saya tersenyum sendirian. Melihat ayam masak kicap pun boleh tersenyum simpul.

Malam itu saya menyampaikan ceramah di Clinical Science Building. Semasa berceramah, saya dapat melihat tunang saya berada jauh di belakang bersama rakan-rakan sepengajiannya.

Sesi ceramah berjalan lancar. Soal jawab juga agak memberangsangkan. Saya berkenalan dengan ramai sahabat baru. Pastinya, Galway agak berlainan dari Dublin dan Belfast kerana watak pelajarnya lebih menampakkan kesan Irish. Mungkin hasil tiupan Lautan Atlantik barangkali. Ceramah di dalam Bahasa Inggeris juga nampaknya lebih mendapat sambutan berbanding Bahasa Malaysia!

“Selama beberapa hari di Galway, saya hanya menegur tunang saya sekali semasa kami menghadiri jamuan makan yang diadakan oleh PPIMG.

jamuangalway.jpg

“Ukhti sihat?”, saya bertanya.

“Alhamdulillah. Macam biasa”, beliau menjawab.

Study semua ok ke? Sekarang ni buat attachment di mana pula?”, saya bertanya lagi.

Study berat sikit dah hujung-hujung ini. Sekarang ana attachment di Galway tapi Insya Allah bulan depan kena pergi ke Sligo”, tunang saya menjawab.

“Semoga semuanya berjalan lancar ya. Terima kasih lauk hari tu”, saya tersenyum.

“Tak ada apa-apa. Biasa sahaja”, tunang saya membalas.

Tidak banyak yang kami perkatakan. Sekadar bertanya khabar.

BARU TAHU

Selepas selesai jamuan, saya kembali semula ke rumah Yurzi dan Nik Azuan.

“Ustaz, maaf saya tanya sikit boleh tak?”, soal Yurzi kepada saya sebelum kami melelapkan mata. Jam baru pukul 9 malam tetapi sudah begitu larut rasanya.

“Silakan”, saya membetulkan duduk.

“Apa hubungan ustaz dengan Kak Muna ya?”, tanya Yurzi bersungguh-sungguh.

“Laaa… anta tak tahu ke? Patutlah pelik semacam aje. Kak Muna tu tunang ustaz”, saya sendiri pun terkejut dengan soalan Yurzi.

“Laaa… ye ke? Patutlah!”, kata Yurzi sambil menepuk dahi.

“Patutlah apa?”, saya bimbang juga dengan andaian beliau.

“Tak ada apa-apa. Patutlah Kak Muna bagi lauk dan suruh saya dan Nik Azuan jaga ustaz elok-elok”, jelas Yurzi.

“Oh, arahan tu sebab Kak Muna Ketua Muslimat, kot!”, saya ketawa.

Kami ketawa bersama. Saya meminta izin untuk ke bilik dan melelapkan mata kerana awal pagi esok saya akan kembali semula ke Belfast.

BATAS HUBUNGAN SEMASA BERTUNANG

Biar pun seorang lelaki dan seorang perempuan itu telah bertunang, hakikatnya mereka berdua tetap warga asing yang tidak diharuskan bergaul bebas atau -apa-apa hak yang diberikan hanya kepada pasangan lelaki dan perempuan yang telah berkahwin secara sah.

Saya bersyukur kerana jarak 8 jam perjalanan dengan bas itu bermanfaat untuk kami saling menjaga perhubungan. Sesekali menelefon untuk bertanya khabar dan berbincang tentang perancangan-perancangan… namun kami mencuba sedaya upaya untuk tidak berlebih-lebihan.

Ada panggilan telefon mungkin sekadar beberapa minit.

Ada panggilan telefon mungkin perlu hingga satu jam.

Tetapi bertanyalah kepada hati, jika perasaan memberitahu bahawa perbualan itu mendatangkan rasa resah dan bersalah, maka selesaikan perbincangan dengan cara baik agar tidak berlebih-lebihan dan mencetus dosa.

Selama pertunangan kami, saya dan dia sering bersama tetapi tidak berjumpa. Kami sering hadir ke program-program seminar, ceramah, perhimpunan musim sejuk dan sebagainya, tetapi tidak berjumpa. Apabila saya mengimamkan Qiamullail di Masjid Clonskeagh, saya tahu yang tunang saya turut bersama, dan itu sudah cukup lagi memadai.

RAHSIA PERTUNANGAN

Pertunangan juga tidaklah perlu dihebahkan.

Lucu juga saya apabila ditanya oleh Yurzi yang kehairanan melihat saya yang datang pertama kali ke Galway, tetapi mengenali seorang muslimah di situ.

Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita:

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama’ menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-’Adawi ‘ala Sharh Mukhtasar Khalil.

Kerahsiaan pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal dari berkelakuan seperti sudah bersuami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang, masih asing dan sedang berada di medan ujian mengawal diri dan bijak mengatur komunikasi dengan pasangan yang bakal menemani hidup… selama-lamanya sampai mati.

Terima kasih kepada bekas tunang saya yang bersama-sama saling berusaha menjaga diri selama tempoh kami diikat dengan janji. Kepada bekas tunang saya yang kini telah pun menjadi isteri… dan dengan tiga cahaya mata kurniaan Allah, semoga Allah mengekalkan rumahtangga kita dalam redha dan bahagia, hingga ke akhir usia, ameen.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Related posts:

  1. Dalam Derita Ada Bahagia Imad sentiasa ceria. Alhamdulillah Marah ada, geram pun ada. Tetapi...
  2. Yusuf Dalam Kembara Sepi di Pasar Abdi “Wah, ini sudah bagus!”, alangkah terkejutnya lelaki pengambil air itu....
  3. Rehlah Mencari Faham Dalam Agama Macam mana kalau terlepas kenduri kahwin adik beradik? Soalan seperti...
  4. Di Dalam Dunia Yang Serba TIDAK PATUT Ini “Saya susah hati,” kata Nasir. “Kenapa?” saya menoleh ke arahnya....
  5. Jangan Gopoh Dalam Bicara Al-Marhum al-Sheikh Said Hawwa Mengapa sepi? Bukan tidak ada isu...

 

55 Responses to “Mengikat Pertunangan Dalam Kesederhanaan”

  1. Khairul Asraf says:

    Salam ustaz..

    rasa lucu jugak membaca kisah ustaz di Galway…lebih2 rakan2 ustaz…tp ustaz, itu kalau kita dengan sesama muslim…blh la kita bawa berbincang dgn tunang kita tue…tp kalau dgn bukan muslim macam mana ustaz?? mungkin ustaz boleh komen skit sbb dgn bukan muslim…sebelum dia mengenali islam…well susah nak terangkan kat dia hehe

  2. shiha says:

    Salam…

    Teringat pulak waktu bertunang dulu :) Skejap aje bertunang, dlm 2 bulan kot. Majlis pertunangan just before study leave untuk MBBS final year exam. Habis exam dan dapat keputusan, cuti sebulan, kamipun selamat diijabkabulkan. Memang ambik syarat aje, bapak kata kawin lepas habis belajar hehe :P Antara kenangan yang termanis :)

    wasalam

  3. Abu Saif says:

    Segan juga nak menulis kisah ini. Tetapi nak melengkapkan dua artikel sebelum ini, yang sudah memberikan teori. Serba sedikit praktikalnya, saya kongsi dalam cerita sendiri.

    Bacalah dengan mata hati…

  4. mardihah says:

    terima kasih untuk pesanan mulia ini. Terima kasih bait-bait peringatan ini , ustaz!

  5. fatimah says:

    wow.sangat indah kisahnya sampai saya tersenyum-senyum seorang diri.baru saya tahu kenapa senior saya tak beritahu saya yang dia dah bertunang.mesti dia dan pasangan dia tahu hadith tu.tapi zaman sekarang ni artis-artis bila dah bertunang dah hebah kat surat khabar.huhu

  6. Amin Ahmad says:

    sejuk saya baca..tapi xla sampai beku, hehe :) =

  7. Husaini says:

    Pasti Dr Ummu Saif tersipu-sipu membaca artikel ini, bak mengimbau kenangan manis..hehe

  8. [...] Sambil itu, sempat juga membaca artikel terkini SaifulIslam.com [...]

  9. iza says:

    syokla baca kisahni…hrp m,jd panduan pd kita..jg p’gaulan n batasan dlm p’hubungan

  10. Ibnu Ahmad Shah says:

    Allaahuakbar… baca entry ni, rasa macam kena cubit dengan Ustaz. Sambil hujung telinga terdengar ustaz bertanya,’Anta bila lagi, akhiy?’. :)

  11. Abu Saif says:

    Ibnu Ahmad Shah,

    Orang cerdik, isyarat sudah memadai baginya ya akhi… :)

  12. nurul iman says:

    salam, pgalamn yang menarik ustaz. banyak bleh jadi iktibar.

  13. 'ammar says:

    hmm… lamanya ustaz bertunang! sampai dua tahun tu… bukan ka bertunang ni makruh kalau lama-lama?

  14. Abu Saif says:

    makruh bertunang lama-lama tu, apa tafsiran lama-lama sebenarnya?

    kalau bertunang dua tahun, sorang sibuk kerja dan pelbagai aktiviti, manakala sorang lagi sibuk dengan final exam perubatan.. rasanya dua tahun tu sekejap je untuk kami.. especially untuk saya, pihak lelaki yang bertanggungjawab nak prepare macam2.

    kalau bertunang 6 bulan, kerja satu ofis, cubicle mengadap2, hari2 jumpa, rambut tak sikat pun boleh perasan… 6 bulan tu panjang dan berisiko…

    menolak tafsiran tekstual dan robotik, adalah mesej penting cerita saya di atas, dan dua artikel sebelum ini

    • UKHWAHAKIKI says:

      @Abu Saif,
      erm..ustaz..ader kmushkilan la..sy mnyokong pndpt ustaz yg brkenaan hdis yg mlrng penghebahan tunang n pengumuman perkhwinan..tp kn klau la ader org tnye kn..”eh,awk da brtunang ker blum” na mnipu kte blum ker kta dh?? tp rsenya kte dh la kn??sbb kita bkn hebahkan prtunangn kita,kta just terangkn jer… elakkkan pertunangn atas pertunangan btul x ustz?? huhu

  15. ummusaif says:

    Hairan?
    Saya tak pulak tersipu2 bila membaca entry ustaz yg ini.
    Mungkin saya nampak entry ini sebagai pendidikan dan bukannya nostalgia semata2.

  16. falah says:

    salam…
    emmm =)tersenyum membaca artikel
    ni…aameen…(mengaminkan doa ustaz agar rumahtangga bersama kak muna bahagia dalam redhaNYA hingga akhir hayat…
    semoga diri ini bersederhana dlm ptunangan apabila tiba masanya,InsyaAllah…
    syukan ustaz, cz pesanan yg amat bermakna buat mereka2 yg bakal bertunang…dan contoh yg boleh dijadikan ikutan…syukran..=)

  17. hidayah says:

    salam ustaz, bercerita hal ini sebab hari tersebut anniversary ker?:)

  18. ummu aiman says:

    saya tersentuh membaca gambaran perasaan ibu ustaz..saya sebagai ibu kpd 2 org anak pun, sudah terasa perasaan itu..

  19. aliflamra says:

    salam..satu artikel yang menarik.tersenyum saya membacanya =)syabas ustaz..

    “kalau bertunang dua tahun, sorang sibuk kerja dan pelbagai aktiviti, manakala sorang lagi sibuk dengan final exam perubatan.. rasanya dua tahun tu sekejap je untuk kami.. especially untuk saya, pihak lelaki yang bertanggungjawab nak prepare macam2″

    Tapi kalau perempuan yang sudah bekerja jadi doktor HO dan lelaki itu masih belajar lagi untuk tamatkan pengajian dia dalam tempoh dua tahun lagi..apa pandangan ustaz?

  20. ratuhati says:

    saya terkesan dengan dialog ibu ustaz.. “tak puas lagi membesarkan…….”

  21. aailham says:

    Assalamu’alaykum,

    Jika bertunang pun Rasulullah (S.A.W.)larang dari menghebahkannya kepada masyarakat umum, apatah lagi kalau ‘hubungan’ yang belum lagi diikat dengan ikatan pertunangan. Tentulah lagi dilarang dari diwar-warkan kepada masyarakat sekeliling. Yang saya maksudkan di sini,’hubungan’ sebelum pertunangan yang mungkin bermatlamat ke arah perkahwinan. Bukan ‘hubungan’ sebab suka-suka atau sengaja ingin berpasang-pasangan, tanpa ada matlamat dan tujuan (untuk berkahwin). Atau macam mana pendapat ustaz? Ini apa yang saya nampak dan ‘reflects’ dari hadis Rasulullah S.A.W. di atas, berkaitan merahsiakan pertunangan. Mungkin ustaz boleh beri komen.

  22. 'ammar says:

    ok, understood!

  23. Amin Ahmad says:

    Dalam kes saya, mak bagi warning kalau umur masuk 30 takde calon, mak nak carikan!

    Aduh, sebagai pesara jururawat, ramai je Doktor perempuan yang mak tolong carikan jodoh..

    Haha, aduh!

  24. zaidakhtar says:

    Bro. Abu Saif.
    saya senyum sendiri :-)
    teringat kenangan2 masa bertunang dulu.
    Indah dan manis walau terbatas dan berjauhan.

  25. irshadian says:

    nak tergelak sekali tu ” bekas tunang”..artikel penuh dengan didikan, banyak orang tak tau kena rahsiakn pertunangan dan ada semasa bertunang

  26. ibn ismail says:

    salam…ana sgt excited ketika baca kisah ustaz. sebab dari part ustaz pergi skolah asrama, sekolah dekat dgn rumah, belajar di luar negara, persetujuan tempoh bertunang…exactly same dgn jalan cerita ust. jazakallahu khair atas perkongsian ust.

  27. alqasam says:

    Setuju dengan pandangan ust. Menolak tafsiran robotik dan tekstual.

    Bagi ana, ramai yg mengatakan mereka cuba menjaga tetapi terperangkap dalam masalah hati/zina hati yang ” Islamik Romantik”. Berbau islam, tetapi membawa kepada masalah hati yang parah.

    Sebaiknya kita tetapkan hati, pendiriaan dan besederhana. Inshallah kalau kedua-dua pihak memahami tujuan sebenar perkahwinan, mengikut saluran yang sebenarnya, mengambil jalan sederhana dan wara’ dalam menjaga batasan, inshAllah tenang. Menyerahkan urusan kepada kedua ibubapa juga membantu melancarkan proses secara all rounder.( ini bagi yg berada dalam negara sebaiknya dn sesuai dengan keadaan dan zuruf masing2).

    Mungkin bagi sesetengah indivudu, banyak cabaran semasa bertunang, setengah yang lain biasa-biasa sahaja. Semuanya sesuai dengan apa yg Allah beri.

    Usah difikir banyak, dilayan perasaan semasa bertunang. Fokuskan kepada kehidupan yang sedang dijalani sekarang. Berhubung, minimakan seminimanya.

    InshAllah, tiada resah gelusah, tiada masalah. Berkahwin sekadar satu wasilah. Cinta bukan segalanya. Namun segalanya yg dimulai dengan niat yg ikhls, cara yg sohih dan barakah akan menimbulkan cinta wajar selepas perkahwinan.

    Allahua’lam

  28. alqasam says:

    “Fokuskan kepada kehidupan yang sedang dijalani sekarang. Berhubung, minimakan seminimanya”=

    Melainkan keperluan tentang perancangan yang penting. Sebaiknya dielakkan telefon kecuali bagi yang benar2 mantap dan boleh menjaga hati serta tiada jalan lain untuk berbincang i.e ke rumah dengan parents atau org tengah.

    Juga fokuskan kepada perancangan perkahwinan dan selfimprovement. Sebab ramai yg asyik masyuk dalam alam bertunang terlupa nak mempersiapkan diri untuk alam rumahtangga.

    Allahu’alam

    Just my 2 cents.

  29. asyi says:

    salam ukhuwwah

  30. Zul Bandung says:

    Salam ustaz..Erm konsep pertunangan yang semakin terasing dari kehidupan masyarakat kita sekarang..Pada saya,kawalan diri kita tu paling utama.Kuat atau tidak seseorang itu bergantung kepada keimanannya.Di sinilah,iman sebagai remote control perlakuan kita..Bdw,kagum dengan ustaz.Lelaki pasti cenderung nak ‘bermesra-mesra’ dengan jantina yang lagi satu.Paling tidak, suara percakapan pasti sangat mendodoi jiwa.Lembut sangat..Tapi,ustaz mempunyai remote yang sangat efektif…Doakan insan ini juga mampu mencontohi peribadi seperti ini.Ameen…

  31. hajjah says:

    alangkah bagus kalau muda mudi kini tahu batas ni..
    hmmph.. baru saja menegur adik sy..utk menegur adik2 isterinya, yg tanpa silu dtg bertandang ke rumah bakal mertua..even, x merisik lagi pun.. n adik2 kpd isteri adik sy mcm x keysah gitu, tega tidak menutup tudung, krn di dlm rumah..tp, bila diajak keluar, maklum memakai tudung semula..
    cane nk connected dgn deme ni ustaz?

  32. wardah says:

    salam…tiap kali baca artikel ustaz,saya akan berdoa semoga dikurniakan jodoh yg macam itu…….tp layak ke saya?ishk….

  33. Irwan says:

    Ustaz,

    Thank you for sharing. The messages were really delivered and I genuinely appreciate that.

  34. najiehah says:

    Dear ustaz,

    Perkongsian yang penuh bermakna.Nauri seorang ibu sungguh bernilai bagi seorang anak seperti kita.Saya masih di awal 20-an dan masih bujang.Adakah saya juga seperti ustaz?sekarang ini saya berjauhan dari kedua orang tua saya kerana ilmu.pengorbanan perlu dilakukan demi kebahagian masa hadapan.layakkah saya mendapat jodoh yang dapat membimbing saya?tapi mmg itu harapan sy.bagi sy selain memndapat pasangan yang mampu membimbing kita,restu ibu bpa amatlh penting bagi sy dalam menbina masjid.tidak perlulah kita memblakangi mereka hanya kerana cinta.kenanglah pengorbanan merek yang tak terbalas walaupun segunung emaas menjadi taruhan.
    Saya bersetuju dengan ustaz yang mana hubungan pertunangan bkan tiket bai kita untuk bergerak bebas dengan tunanga kita..namun sekarang orang yang ber’couple’ pn dh berlgak seperti suami isteri..NAUZUBILLAH…kemanakak kewarasan mereka dalam membuat pertimbangan?semoga ALLAH masih memberi kita ruang waktu untuk kita bertaubat memohon keampunan dari-NYA.

  35. ana says:

    a;kum, teruja membaca kisah di atas. lagi teruja bila ust. ex-izzudin coz i ex-taayah. tp i tak kenal ustaz kot sbb i kelas sains now work as your wife. tumpang banggala sbb sekolah agama mampu lahirkan cendekiawan. kim salam pd isteri. maybe bolh berjumpa bln 6 dihukm.moga kita diredhai.

  36. politetiger says:

    assalamualaikum….seronok baca kisah ustaz ;) banyak input yg sy dapat….. sy ni awal 20-an…..smmgnya usia yg penuh dugaan…ape2pun all d best to u ustaz….

    ps// sy ex taayah n duduk kat tmn meru…. first time bukak web ni, berbangga bile tau ustaz org manjoi..

  37. Putri says:

    betul pandangan tuan ttg pertunangan tu.. insyaallah,.. majlis pertunangan yang akan diadakan slp tamat bljr nnt akan berlangsung dlm kesederhanaan. bila tgk berbalas hantaran smpi 19 dulang, sy ada jg terfikir macam mcm mana agaknya kalau apa diimpikan tidak seperti yang diharapkan. semoga majlis pertunangn sy nnt berlangsung dlm kesederhanaan. tak perlu dihebohkan kpd satu dunia spt trend sekarang ni yang terlalu bangga hebohkan ttg pertunangan.

  38. Muna says:

    Assalamulaikum..

    ustaz..saya sangat2 setuju dgn artikel ni.. tapikan, kadang2 saya pelik..ada org, baru tunang tapi kenduri besar2.. siap ada hantaran lagi.. huhu.. lain tempat lain adat kot.. huhu.. kalau tak jadi nanti, silap haribulan jadi fitnah.. nauzubillah..

    ustaz, saya amat kagum dgn ummu saif.. tak lupakan keluarga walaupun sibuk.. hope saya akan jadi macam tu bila saya dah kerja nanti (saya 4th year medical student).. insyaAllah.. doakan ye.. amin.

    ABU SAIF SAYS:

    Waalaikum salam wbt. Terima kasih atas komen. Selain doa agar saudari berjaya, ustaz juga telah betulkan ejaan-ejaan ringkas di atas. Tak apa kan? :)

  39. puteri says:

    bestnya..

    cemburu betul.

  40. Fakhrul Ezam says:

    bermanfaat dan satu panduan yg baik. alangkah indah andai masyarakat kita faham akan hal ini

  41. alia says:

    salam ustaz, masyaAllah, saya kagum dgn cara ustaz..ermm, dlm hati mmg ada perasaan nk bertunang, tapi x tau nk mula dr mana. nk bgtau ayah, segan. adakah pihak lelaki yg perlu memulakan langkah atau pihak saya yg perlu membincangkan dahulu dgn family?
    saya betul2 bingung..tolong kami ustaz..saya sekarang berumur 25thn..pihak lelaki pulak 26thn..sama umur ustaz kahwin..hehe..

  42. Maa says:

    salam ya ustaz..ana suka bace kisah2 ustaz..cuma skarang sy nk minta pndangn ustaz sbb sy bimbang nak utarakan persoalan ni kat mak sy..sy ade berkwn dgn seorang lelaki dan die jg mrupakan pelajar di luar negara dlm pengajian islam.die nk kami bertunang dlm fatrah kami masih student.tp sy xstuju sbb sy nk hbskan belajar dl.mcm2 alasan sy bg utk kbaikan bersama.tp die xstuju dgn sy.die nk sy ikut semua ckp die.sifatnya yg garang buatkan sy ssh nk ikut.ape pndangn ustaz?ape yg perlu sy buat..mungkin sdikit sebanyak sy blh ambil dr ape yg ustaz ckp.syukronn..

    • anasxz says:

      @Maa,

      susah macam tu. sesuai tak jadi calon?

      • maa says:

        salam ust..boleh tak ust bagitau apa batas2 dlm pertunangan..memandangkan kita semua mejoritinya akan bertunang dulu sebelum mendirikan rumahtangga.harap sy dan sahabat2 yg lain pun blh amalkan apa yg telah islam gariskan utk kebaikan dunia akhirat kita.

  43. anasxz says:

    Salam,
    Susah untuk seseorang mengabdikan pengalaman bertunang dalam sebuah artikel realiti sebegini. Kalau ada pun hanya dalam novel aka buku supertebal yang nisf-nisf nak mengimaninya.

    Tahniah, syabas dan terima kasih untuk ustaz yang sudi dan sememang sudi untuk memberi dan berkongsi supaya pengujung dan pembaca blog ustaz sentiasa peka dan tidak leka lantas mencetuskan mahu untuk berubah.

    Saya ambil positif dan sentiasa berpositif dalam apa yang ustaz utarakan. Moga ia dijadikan bekal untuk misi diri saya seterusnya.

    Terima kasih. Wassalam.

  44. shermuslin says:

    salam ustaz..erm tidak menghebahkan pertunangan 2 adakah maksudnya tidak di hebahkan pada kwn2 or keluarga jauh?adakah ia hanya perlu dimaklumkan pada keluarga terdekat shj or pada ahli keluarga shj?im confusing..

  45. shermuslin says:


    shermuslin:

    salam ustaz..erm tidak menghebahkan pertunangan 2 adakah maksudnya tidak di hebahkan pada kwn2 or keluarga jauh?adakah ia hanya perlu dimaklumkan pada keluarga terdekat shj or pada ahli keluarga shj?im confused..
    Respond to this comment [with empathy]

  46. haleem says:

    Alhamdulillah, terjumpak juga saya sama artikel ngenai pertunangan. Tuan ustaz, saya sekarang lagi sedang bertunang. Namun sering dikatakan rindu-merindu sebelum kawin itu enggak bisa dibuat kan ya. Saya laginya konpius tuan ustaz. Saya masih enggak bisa ngawal perasaan saya. Saya sering teringat akan tunangnya saya waalupun sedang melakukan aktiviti harian. Tolongnya saya tuan ustaz.

  47. [...]  dari saifulislam.com [...]

  48. farah says:

    salam..sy sudah banyak silap..semakin sy cuba untuk jaga hubungan ini semakin kuat ia mencabar sy..sy cuba untuk tidak kol…keluar dan sbgainya..hampir dua tahun sudaa kami bertunang..namun sy gagal menjaga syariat sebaik mungkin..bukan kerana sy ingin melambatkan malah sy ingin segera melansungkan perkahwinan ini…demi syariat…sebab sy tak kuat..cinta dia kerana Ilahi semakin sy cuba realisasikan semakin sy gagal..sy jauh kecundang ustaz..dan sy tidak boleh berpatah balik..kerana sy yg membuat pilihan..nak tak nak…kerana syg sy tak boleh untuk tinggalkan dia..kejam rasanya andai biarkan dia terkapai2…*sy lebih tahu hal agama dari dia*….sy sudah pergi jauh ustaz…sy jga merasakan suram kini dalam cinta ini…cara terbek sy nak kembali pada tuhan ..tapi sy tak kuat …bantu sy….:(

  49. Umar says:

    saya tersenyum panjang….:))))..bagus ustaz…pengalaman bertunang yang baik…layak dicontohi kepada yang belum..

  50. nini says:

    salam ustaz

    bagaimana pula dengan penjagaan hati??
    salah ke kite teringat pade si tunang tu ??
    kadang kala sampai terbawa didalam solat
    tengah-tengah buat kerja tiba-tiba wajahnye temuncul

  51. Ah Moy says:

    Salam ustaz…sungguh romantik…:)

  52. pali says:

    salam.

    Kalau tak silap ada dalam ATN citer ni. :D Cerita yang mendidik. Jazakallah. :D

Leave a Reply