Ahkam, Tahkim dan Mahkum
[snapshot dari al-ahkam.net pada 16 Januari 08. Gambar sebelum ini yang saya pautkan daripada http://alfiqrah.com/wp-content/workshop_al-ahkam.jpg tanpa sebarang modifikasi telah menimbulkan isu "saya mencuri gambar". Oleh itu saya padamkan gambar tersebut demi menghormati persepsi pihak yang berhak ke atas gambar itu, dan menggantikannya dengan snaphot ini. Maaf di atas salah faham yang berlaku]
“Ustaz, al-ahkam.net telah ditutup”, beritahu seorang pengunjung saifulislam.com di shoutbox.
“Hah, ditutup? Kenapa?”, saya terkejut.
Sangkaan asal, penutupan al-ahkam.net adalah kerana masalah server yang sesekali berlaku. Ia perkara biasa malah saifulislam.com juga pernah mengalaminya.
Saya serba salah mahu menjenguk.
Hakikatnya, dua bulan sebelum al-ahkam.net ditutup, saya telah pun menutupnya dari hidup saya. Sudah dua bulan saya hidup tanpa al-ahkam.net. Setiap hari, muncul rasa mahu menjenguk ke sana… kerana sudah semacam satu tabiat yang dipupuk semenjak 10 tahun yang lalu, setiap kali saya online, salah satu halaman web wajib yang saya jenguk adalah al-ahkam.net.
“Jangan Abu Saif… jangan jenguk. Nanti hati terluka lagi”, saya memberitahu diri sendiri.
Saya menahan dan mencegah diri dari menjenguk al-ahkam.net.
SERBA SALAH
Keputusan berhijrah meninggalkan al-ahkam.net lebih dua bulan lalu dibuat dengan perasaan berkecamuk. Saya tidaklah begitu mengenali di alam offline, penggerak-penggerak al-ahkam.net . Tetapi saya sudah bersama mereka, terutamanya sheikh zain-ys semenjak hari-hari awal saya menggunakan internet pada akhir 90′an.
Hati budi penulis, dinilai pada penulisannya. Dan biar pun sheikh zain-ys tidak pernah saya temui di alam nyata, hasil penulisan dan gaya bahasanya, meletakkan beliau di barisan insan yang saya hormati, kerana komitmen beliau kepada kesederhanaan. Suatu sikap yang semakin terhakis dari kemunculan pengunjung generasi baru di halaman web al-ahkam.net itu.
Masih terkenang, lama dulu, saya sedikit berselisih faham dengan sheikh THTL di dalam diskusi kami. Sheikh zain-ys menghantar email kepada saya meminta agar saya tidak ambil hati dan Alhamdulillah… biar pun mungkin angin saya dan sheikh THTL (juga tidak pernah saya temui di alam offline) selalu berlainan tiupan, diskusi kami menjadi lebih sejahtera. Pelayaran di al-ahkam.net diteruskan.
“Jangan Abu Saif… jangan jenguk. Nanti hati terluka lagi”, saya terus memberitahu diri.
BUKAN PERSONAL
Keputusan saya meninggalkan al-ahkam.net saya khuatiri dianggap sebagai tindakan saya yang against penggerak al-ahkam.net. Hakikatnya tidak. Malah saya sungguh terharu dengan kehadiran rombongan al-ahkam.net ke ceramah penutup siri The 7 Habits saya di al-Nidaa’. Kehadiran yang menjadi bukti bahawa keputusan saya bukan keputusan permusuhan, malah ukhuwwah tetap kekal tidak terkesan.
Biar pun saya telah memberi kata ‘ya’ dan ‘Insya Allah’ untuk kembali semula ke al-ahkam.net, tetapi saya mengambil masa yang panjang untuk memulihkan kesediaan diri. Saya bukan moderator al-ahkam.net. Saya hanya salah seorang pengunjung. Untuk warga kerja al-ahkam.net datang meninjau keadaan salah seorang pengunjungnya, dan meminta pengunjung itu kembali berkunjung… adalah suatu penghormatan yang lebih dari yang saya deserve. Kerana itu saya amat menghargai kunjungan Sheikh Kamin dan rakan-rakan ke al-Nidaa’ malam itu.
“Jangan Abu Saif… jangan jenguk. Nanti hati terluka lagi”, saya masih terus memberitahu diri.
MENGIGAU
Kesan beberapa insiden sebelum meninggalkan al-ahkam.net itu amat besar kepada diri saya. Teman rapat mengetahui bagaimana saya sampai ‘mengigau’ dan bercakap di dalam tidur kerana terganggu dengannya. Hingga begitu sekali…
Jika saya selaku salah seorang pengunjung al-ahkam.net boleh mengigau lagi meracau, apatah lagi tuan rumah sendiri. Bukan mudah nak absorb keruntuhan akhlaq on daily basis. Apa perasaanya melihat al-ahkam.net menjadi tempat orang bertikam lidah dan menternak permusuhan. Kebanjiran pengunjung yang terlupa status diri mereka sebagai tuan rumah makin menjadi-jadi. Gerombolan manusia yang tidak reti bahasa semakin ketara.
Mereka bercakap sesuka hati, memberikan pandangan seolah-olah di rumah sendiri, yang jika di alam realiti, kehadiran tetamu biadab seperti ini ke rumah terbuka kita hanya patut dibalas dengan pukulan penyapu sahaja. Masuk ke rumah orang, tidak hormat kepada prinsip al-ahkam.net, dan terus memberikan pandangan ultra, ekstrim, penuh unsur ‘peduli apa’ dan kebiadaban segelintir pengunjung sebegini terselindung kerana memakai sarung agama. Atas nama Aqidah, atas nama Sunnah, atas nama menghapuskan Bid’ah… AKHLAQ tiada harga.
“Kita boleh berbeza pendapat di dalam manhaj ilmu, tafsiran mengenai kefahaman, tetapi saya sesekali tidak dapat melihat khilaf di dalam AKHLAQ. Jahat tetap jahat, biadab tetap biadab, biar pun ia disebut atas nama apa sekali pun”, itu alasan saya mengapa saya meninggalkan al-ahkam.net
PERASAAN PENGENDALI HALAMAN WEB
Saya dapat bayangkan perasaan tuan rumah al-ahkam.net seperti sheikh zain-ys. Mengendalikan al-ahkam.net bukannya bergaji pun. Kerjanya, isteri dan anak-anaknya, kehidupannya… semua itu sudah cukup menyibukkan kehidupan manusia biasa. Saya faham perasaan beliau kerana saya sendiri juga sudah masuk 10 tahun mengendalikan saifulislam.com.
Allah jua yang mengetahui bahawa dalam tempoh setahun saya menggunakan wordpress sahaja, sudah lebih 15,000 komen yang saya baca, 14,000 daripadanya tertapis dan dibuang. Sebahagiannya spam, sebahagiannya pula adalah komen yang membinasakan. Ada yang cuba menghancurkan hidup saya dengan komen-komen jahat dan dendam, ada yang menulis seolah-olah dia terlupa bahawa saifulislam.com itu saya yang punya. Semakin teruk kelakuan manusia tidak faham bahasa dalam masyarakat kita ini.
Saya bertahan, dan syukur kerana majoriti pengunjung saifulislam.com sangat beriltizam dengan kesederhaan, akhlaq mulia dan bercakap secara baik, jauh dari bahasa kurang ajar dan biadab.
Tetapi al-ahkam.net yang berganda besar dari saifulislam.com itu tidak mudah untuk dikawal. Namun sheikh zain-ys tetap bersabar menyambut tetamu ke rumah terbukanya yang pelbagai kerenah itu. Kita jemput tetamu untuk berkongsi bihun, tetapi semakin ramai pula tetamu yang datang mengkritik rasa bihun, menegur kerusi meja tuan rumah, tanpa segan silu masuk ke dapur mengubah peti ais, dan apabila akhlaq semakin meracau, tetamu-tetamu jenis ini memaki hamun dan menyakitkan hati tetamu yang lain pula!
KESAN
Apakah yang patut dibuat oleh tuan rumah? Sheikh zain-ys dan penggerak al-ahkam.net masih mampu bertahan dengan ‘jiwa memberi’ mereka. Sedangkan tetamu -tetamu jenis inilah yang merosakkan imej al-ahkam.net hingga orang ramai tidak dapat membezakan cela tetamu dengan pendirian tuan rumah… itu yang menyedihkan.
“Ana memang tak boleh gi dah dengan al-ahkam.net tu. Anta tahan lagi?”, kata seorang sahabat kepada saya.
“Ana hanya salah seorang pengunjung biasa. Tetapi ana kena terus bertahan sebab al-ahkam.net adalah seumpama Berita Harian atau KOSMO kepada pelajar universiti. Nak tahu apa yang berlaku di kalangan mahasiswa, khususnya yang Islamik, kena follow al-ahkam.net”, itu jawapan saya.
SUATU WAKTU DAHULU
Al-ahkam.net sepatutnya berfungsi sebagai medan diskusi yang baik. Saya merindui al-ahkam.net zaman ia solid sebagai sumber rujukan saya terutamanya selepas saya berhijrah ke Eropah, bercerai dari perpustakaan peribadi, ketiadaan buku untuk merujuk. Al-Ahkam.net banyak membantu.
Saya sering mencetak artikel dari al-ahkam.net dan menggunakannya sebagai panduan untuk menelaah kitab yang bertaburan di perpustakaan Regent Mosque, London. Selalu juga saya pecahkan kebuntuan diri tentang beberapa hukum dengan mencari diskusi ilmiah yang ada di al-ahkam.net sebelum saya mengorek sendiri kitab di Westbound Grove, London.
Lama sekali… al-ahkam.net menjadi sebahagian bahan rujukan diri. Ketika halaman web berbahasa Melayu boleh dibilang dengan jari. Ketika menyediakan halaman web di tripod, geocities dan xoom tidak semudah wordpress, blogspot dan blogdrive hari ini. Jasa al-ahkam-net ketika itu cukup signifikan, ketika pengunjung biadabnya hari ini mungkin masih di sekolah rendah malah ada yang belum dikhatankan.
AHKAM KEPADA TAHKIM
Tetapi sedikit demi sedikit imej AHKAM itu berubah. Dari medan AHKAM, ia berubah menjadi gelanggang TAHKIM.
Bukan sheikh zain-ys berubah. Bukan sheikh THTL berubah. Bukan juga sheikh Kamin yang berubah. Malah nama-nama itu semakin dimantapkan lagi dengan tenaga segar dari sheikh Abdul Rahman, Ustaz Ali Tantawi, Ustaz Adlan dan ramai lagi.
Tetapi yang berubah itu adalah akhlaq pengunjungnya.
Bukan salah al-ahkam.net menerima pengunjung sebegitu, kerana kerosakan akhlaq generasi muda memang semakin melata. Usahkan yang merempit atau mat lepak di kaki lima, yang budak agama, budak surau dan budak Sunnah pun sama rosak akhlaqnya. Cakap mereka semakin tak beradab. Sikap mereka semakin menyakitkan… dan bagi orang-orang tua sesenior sheikh zain-ys dan tua sekadar tua saya, melayan kebiadaban generasi muda memang memakan jiwa dan perasaan.
DOKUMENTASI GERAKAN ISLAH
Lama dahulu, saya pernah menulis sesuatu di al-ahkam.net.
Ketika itu saya mengambil subjek ISLAH AND TAJDID IN THE MALAY WORLD sebagai salah satu subjek Master saya. Di dalam subjek tersebut saya dan rakan-rakan mengutip pelbagai makalah, buku, majalah dan tulisan tokoh-tokoh Islah 100 ke 50 tahun yang lalu. Lalu saya coretkan di al-ahkam.net nota yang lebih kurang berikut:
“bayangkan jika 20 tahun akan datang anak saya mengkaji subjek ISLAH AND TAJDID IN THE MALAY WORLD dan dia menjadikan bahan-bahan di al-ahkam.net sebagai material kajian tentang gerakan Islah Malaysia di tahun 2007… apakah impression yang terhasil dari tulisan-tulisan di al-ahkam.net?”
Mungkin anak saya pada tahun 2027 itu akan membuat kesimpulan “gerakan Islah di Alam Melayu tahun 2007 musnah akibat kerosakan akhlaq golongan terbabit. Mereka gagal berlapang dada terhadap masalah khilaf yang sudah berusia 1000 tahun, dan mengheret kembali pertumpahan darah era klasik Islam ke zaman post-modernisma Alam Melayu. Keruntuhan moral yang menghancurkan Ancient Egypt, Greek dan Rome, serta Abbasiyyah dan Othmaniyyah, keruntuhan moral yang sama jugalah sekali lagi menghancurkan gerakan Islah pada pusingan era 2007!”
Itu kebimbangan saya…
Saya sangat menyayangi gerakan Islah.
Saya selesa menggunakan pendekatan Salaf (tanpa mahu memperdebatkan istilah ini) di dalam metodologi Aqidah.
Saya juga sudah sejak sekian lama belajar dan mengajar fiqh secara perbandingan sebagaimana manhaj di al-ahkam.net.
Kerana cintanya saya kepada gerakan Islah, saya bertahan di al-ahkam.net. Kerana kasih itu juga saya terpaksa kontras dengan beberapa isu berkaitan tokoh Islah. Saya marah kepada Mufti Perlis bukan kerana saya pembangkang, tetapi kerana saya Salafi. Itu yang semakin gagal dijustifikasikan.
Malah semakin menjadi-jadi pula al-ahkam.net itu berubah dari medan AHKAM kepada medan TAHKIM khususnya ke atas perkumpulan Islam lain, secara terbuka. Orang kampung dihukum sebelum dididik kerana jiwa mencela kebodohan segelintir masyarakat yang terikat dengan bid’ah dan khurafat, lebih mudah dari berfikir mencari jalan untuk mendidik mereka.
Bukan sahaja masyarakat umum, gerakan seperti PAS juga on daily basis dihentam, Tabligh disembelih, Hizb Tahrir dibedah rakus… diskusi ilmu dan AHKAM sepi tidak bersambut. Apa yang makmur adalah thread TAHKIM. Pengunjungnya lebih seronok mencipta musuh berbanding usaha meramaikan kawan.
Saya juga terkena panahannya.
Teguran saya dibalas dengan bahasa sindiran yang sungguh menyakitkan diri. Sebutir batu saya lontarkan ke pantai, setinggi gunung Tsunami datang membalas. Pasti laut itu bukan laut sebarangan. Ia mungkin laut berhantu.
Lantas saya merasakan al-ahkam.net bukan lagi gelanggang yang subur untuk mencari al-Haq.
Saya tinggalkan al-ahkam.net dan selama dua bulan saya membebaskan diri darinya, sungguh terkilan rasanya untuk menyebut bahawa “saya lebih tenang dan damai tanpa al-ahkam.net”.
Dan mungkin damai yang sama itulah yang dicari oleh tuan rumah al-ahkam.net sendiri dengan menutupnya secara tiba-tiba.
Kerana sesungguhnya generasi kami telah diajar dan ditarbiyah bahawa kita boleh khilaf dalam masalah FIQH tetapi tidak di dalam AKHLAQ.
Susah sangatkah untuk faham perkara ini?
ABU SAIF @ saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor








































about 2 years ago
beginilah agaknya cabaran yang dilalui Rasulullah s.a.w. terutamanya ketika di Thaif (analoginya adalah cabaran). Memang geram.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
tidak…
jangan pula kita ter’under estimate’ kesusahan Nabi SAW… ujian kita hari ini kecil sahaja.
kalau kita betul-betul kena macam Nabi SAW kena, entahkah kita ini mampu kekal beriman atau tidak? naudhubillah…
“Ya Allah janganlah Kau uji kami dengan ujian yang kami tidak berdaya menanggungnya”
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
when too many cooks spoil the broth. alahai….or too many bad cooks (or crooks?)
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
assalamualaikum ustaz.
saya pun telah hilang tempat bersinggah sejak AAN ditutup.bermacam teori yang keluar di kepala meikirkan tentang penutupnya.tp ana tetap harap yg ia akan terjawab.
dua artikel mutakhir di SI, saya perhatikan Ustaz banyak menegur golongan muda terutamanya siswa-siswi.insyaAllah kami jadikan ia panduan sepanjang jalan.
“Bukan salah al-ahkam.net menerima pengunjung sebegitu, kerana kerosakan akhlaq generasi muda memang semakin melata. Usahkan yang merempit atau mat lepak di kaki lima, yang budak agama, budak surau dan budak Sunnah pun sama rosak akhlaqnya. Cakap mereka semakin tak beradab. Sikap mereka semakin menyakitkan… dan bagi orang-orang tua sesenior sheikh zain-ys dan tua sekadar tua saya, melayan kebiadaban generasi muda memang memakan jiwa dan perasaan.”
tak dinafikan kadang-kadang kami orang muda memang terlanjur kata ustaz.tapi kurang faham saya mengapa ustaz terlalu ‘generalize’kan mereka yang biadap itu pada orang muda.asyik2 kami yang muda ni juga la yang kena..
izinkan saya cuit orang tua pula.tapi mereka ni bukan la dari kalangan orang2 agama yg selalu melawat ke AAN mahupun sini.bisanya diweb2 politik mudah dijumpai golongan sebegini.kadang2 saya juga cukup hairan melihat mereka ini mencarut, memaki dan menghina sesama sendiri ketika berforum seolah-olah hilang kewarasan.seolah-olah Allah itu hanya memerhatikan gerak laku mereka di alam nyata.tak perlu al saya nyatakan laman web mana.semua pun dah tahu rasanya.
entah la..bila la orang2 tua sebegini mahu memberikan contoh yang baik pada anak muda.kalau tka nak bagi contoh yg baik pada anak muda pun, at least malu la pada anak sendiri.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Orang kampung dihukum sebelum dididik kerana jiwa mencela kebodohan segelintir masyarakat yang terikat dengan bid’ah dan khurafat, lebih mudah dari berfikir mencari jalan untuk mendidik mereka.
@Rabbani
Menurut perenggan ust di atas, nak tak nak kena kita dulu sebagai golongan faham serba sedikit tentang agama ni tunjuk panduan. Sememangnya mereka cenderung kepada politik, tetapi tidak kepada agama yang dalam agama terkandung akhlak.
Apa yang ustaz maksudkan adalah akhlak bagi seorang yang memahami agama itu sendiri. Ana quotekan beberapa perenggan yang menyatakan kerisauan ustaz :
Atas nama Aqidah, atas nama Sunnah, atas nama menghapuskan Bid’ah… AKHLAQ tiada harga.
Usahkan yang merempit atau mat lepak di kaki lima, yang budak agama, budak surau dan budak Sunnah pun sama rosak akhlaqnya. Cakap mereka semakin tak beradab. Sikap mereka semakin menyakitkan… dan bagi orang-orang tua sesenior sheikh zain-ys dan tua sekadar tua saya, melayan kebiadaban generasi muda memang memakan jiwa dan perasaan.
Fokuskan kepada isu perbincangan. Takpe kalau nak keluar sikit-sikit.
(Kena belajar abes dulu fiqh & uslub dakwah sebelum balik Malaysia nih…)
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
subhanallah…
ana ingat ustaz tak layan alahkam.net..dulu-dulu,ana dan masuk tiga empat kali je, lepas tu terus tak nak masuk..sebab bila baca komen-komen dalam tu, banyak yang menyebabkan sakit hati..terus saya letakkan dalam diri, ini bukan laman semai ilmu,tapi membina musuh…rupa-rupanya begitu cerita sebaliknya…baru tahu…terima kasih kerana baru tahu cerita sebenar..
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Allah…rasa macam tergigit cili..pedasnye..
Walau apa pun..terima kasih. erti pada memberi..
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Assalamualaikum ustaz
Antara sebab yang membuatkan saya kadang-kadang tawar hati nak join
gerakan ialah sebab wujud nya golongan ini.
Foundation AAN yang saya kenali dan faham(mungkin betul mungkin tak)
ialah perbicangan dengan hati yang terbuka,beradab dan penuh hujah fakta
dan ilmu.Kebenaran dan titik persamaan dicari dari suasana perbezaan.
Yang muda menghormati yang tua,yang tua memberi panduan dan nasihat kepada
darah muda.
Tak gitu?
Tapi sayangnya,ada golongan yang seolah-olah seperti suka “memercikkan
minyak” untuk menyalakan api perbalahan.APA yang silap dan ingin diperbetulkan
kini menjadi isu SIAPA yang silap.
wahabi,salafi,pas ,abim,tabligh..bla bla ..semua habis menjadi mangsa.
Tukar bahasa inggeris sat.
But ustaz,we’ve already know what and how the situation is.So the question is
how do we face/react to the challenges arising?
Are we being REACTIVE or PROACTIVE?
There is still hope for believe (in Allah swt.)
-yang masih menaruh harapan-
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
“yang budak agama, budak surau dan budak Sunnah pun sama rosak akhlaqnya.”
kecewa dengan sikap mahasiswa/i @ golongan muda, begitulah sikap sesetengah mereka dengan pensyarah di uni. krisis akhlak ini yang saya juga bimbang, keyword : berlapang dada.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
salam…
perbezaan pendapat pasti terdapat di mana-mana. tapi keterbukaan dan penerimaan dalam konsep menyatukan kepelbagaian pendapat ini di dalam satu perkara yang kita boleh persetujui bersama. itu adalah kunci kepada kesatuan ummah.
ini baru satu ujian yang kecil untuk menyatukan fikrah yang pelbagai di dalam masyarakat Islam. bagaimana kita hendak menyatukan pandangan orang bukan Islam agar mereka selari dengan Islam untuk mereka lihat keterbukaan Islam terhadap mereka. bagaimana mereka hendak menerima hukum Islam sedangkan antara kita yang Islam pun masih lagi tidak dapat menerima hukum Islam dengan sepenuhnya, malah menghukumkan haram kepada mereka yang dikatakan pelaku bidaah sedangkan perbincangan ilmiah tidak terbuka dan berbaur permusuhan pula. Perbincangan ‘kasih sayang’ tiada dalam akhlaq orang Islam, malah mencaci dan mencarut pula. adakah ini yang dikatakan sebagai pengikut manhaj Rasulullah.
Fikirkan…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Assalamualaikum.
Alhamdulillah.
Saya bukanlah salah seorang pengunjung Al-Ahkam-net walaupun pernah mendengar akan kesan positif daripada website tersebut. Cuma bila membaca tulisan ustaz kali ini, saya terpanggil untuk berteori atas rasa. Bukan niat mencemuh atau mengkritik mana-mana peribadi. Sekadar ingin melahirkan kebimbangan atas kesan yang berlaku pada laman web ilmiah sebegitu, mungkinkah akan terjadi pada laman web yang lain selepas ini? Saya kira ini satu kerugian besar buat ummah. Saya faham, tidak layak bagi saya menilai kerana saya tidak pernah melayari laman web tersebut dan hidup dalam dunianya. Cuma bila membaca penulisan ini, saya terasa terpanggil kerana bimbang akan krisis akhlak yang semakin meruncing, dikatakan menjadi punca laman web tersebut ditutup. Medan yang sepatutnya dijadikan tapak semaian dan percambahan ilmu sebegitu bisa hilang dek kerakusan pengunjungnya yang ‘kurang’ berakhlak.
“Bukan salah al-ahkam.net menerima pengunjung sebegitu, kerana kerosakan akhlaq generasi muda memang semakin melata. Usahkan yang merempit atau mat lepak di kaki lima, yang budak agama, budak surau dan budak Sunnah pun sama rosak akhlaqnya. Cakap mereka semakin tak beradab. Sikap mereka semakin menyakitkan… dan bagi orang-orang tua sesenior sheikh zain-ys dan tua sekadar tua saya, melayan kebiadaban generasi muda memang memakan jiwa dan perasaan.”
Walaupun tidak semua golongan muda yang berakhlak buruk, tetapi majoriti pada hari ini sudah tidak kenal apa itu adab. Saya akui fenomena ini walaupun saya sendiri masih dalam golongan ini. Jangan kata golongan senior, saya sendiri ‘rimas’ dan ‘geram’ dengan keadaan ini. Benar, cara didikan dan pendekatan masing-masing dalam hidup berbeza, tetapi akhlak yang Islam bawa sepatutnya telah mula menampak hasilnya bila menginjak usia remaja, seiring dengan penambahan ilmu. Saya juga masih belajar dan dalam proses membentuk peribadi. Teori saya, mungkinkah golongan muda yang ‘kurang’ adabnya akibat kurangnya kasih sayang? Mereka punya banyak idea kerana dalam proses mengkhadam apa yang dipelajari cuma mungkin tidak cukup matang dalam memilih ‘method’ menyampaikan idea. Bagi mereka yang boleh ditegur, alhamdulillah. Masalah timbul dengan golongan yang merasakan hanya mereka yang betul dalam dunia (yang mereka sendiri cipta).
Astaghfirullah, mohon ampun pada Allah jika saya terlalu emosi dalam menyampaikan idea. Mohon maaf pada ‘rakan sebaya’ saya yang mungkin terasa, kerana hakikatnya, saya sendiri pahit untuk menerima. Mohon maaf jua pada mereka yang senior jika pernah terluka kerana penyampaian idea-idea ’saya dan rakan-rakan sebaya saya’. Tegurlah dan didiklah kami, kerana masih ada golongan muda seperti saya dan mereka yang mahukan medan seperti ini untuk kami menyemai dan mencambahkan ilmu demi agama.
Wallahualam.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Ustaz ana adalah diantara pengunjung terawal AAN iaitu sejak penubuhannya dari tahun 1998 hingga skrg (mungkin umur kita sebaya). Pada mulanya mmg seronok membaca komen2 dan artikel di AAN dan secara tidak langsung byk ilmu yg dpt ditimba di situ. Tetapi sejak akhir2 ini ana yg dulunya menjadi pemerhati shj terpaksa masuk campur dlm diskusi2 yg hangat disitu. Ini krn ramai pengunjung2 baru AAN ini seolah menunjukkan belang mrk yg sebenarnya. Ada bbrp hardcore di AAN seperti hardcore Dr Asri, Rasul Dahri dan ekstrimis salafi yg membidaahkan satu dunia dan isi2nya sekali
. Itu yg menambahkan sakit hati sampai kadang2 tak sanggup nak jengok AAN. Tetapi selepas 2/3 hari jengok balik…tetapi skrg AAN dah tutup terus. Terasa kosong bila start web browser di notebook!
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam,
Susah jadi ustaz ni ya! Nak berlapang dada dengan khilaf sampai tidak mengkafirkan orang lain….
Mungkin kita boleh ambil sesuatu dari perbankan Islam yang kita Malaysia lebih advance dari kebanyakan negara2 lain… Bagaimana kebanyakan Shariah advisors dari Malaysia boleh mengeluarkan pendapat dan menerima pendapat orang lain untuk mengharmonikan pendapat2 ini dan menjadikan ianya suatu realiti dengan mengeluarkan produk2 untuk perbankan Islam. Saya pernah pergi seminar perbankan Islam yang speaker dari luar bermati2an meng’kafir’kan sesetengah produk perbankan Islam Malaysia. Tetapi dinegara mereka masih belum ada perbankan islam yang meluas yang dapat mereka banggakan lagi. Mungkin juga ianya berpunca dari pendidikan awalan Ustaz2 di Malaysia yang menjadi advisor kepada Shariah council di Malaysia yang berteraskan Mazhab Shafie yang lebih menonjol ketokohannya dalam belapang dada dalam menerima pendapat orang lain. kalau tak silap Imam Shafie is the only Imam yang Gurunya (Imam Maliki), anak muridnya (Imam Hanafi) dan juga taulan sezaman (Imam Hambali) adalah pemimpin2 Mazhab. Jadi Imam Shafie cukup lengkap dari segi ilmu menerima/menolak pendapat dari semua golongan iaitu
(i)guru,
(ii)anak murid dan
(iii)taulan
dan bagaimana berakhlak ketika tidak bersependapat dengan mereka tanpa melukai hati mereka ini yang jelas berbeza hierachy nya.
Cuma saya rasa apabila pemahaman2 yang keras yang dibawa oleh sebilangan ustaz2 yang mengaji ditimurtengah yang taksub dengan sesuatu pandangan serba sedikit mencacatkan ilmu ‘berlapang dada’ yang ditunjukkan oleh Imam Shafie menular kepada anak2 murid mereka disini yang mungkin perlu ditunjuk ajar bagaimana untuk lebih berlapang dada lagi. Macam juga banyak kitab2 kuning yang diharamkan di Malaysia disebabkan perlunya kupasan yang jitu dan berterusan dari guru2 yang Mursyid yang semakin tandus sekarang ini. Takut nanti ada yang mengambil bulat2 makna yang tersurat tanpa meniliti yang tersirat.
wallahualam…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Saya tersentuh dgn penutupan website AAN. Saya setuju dgn pendapat bahawa AAN kian menjadi tempat permusuhan daripada tempat percambahan ilmu. Namun saya jadikan AAN sebahagian drpd tempat pencarian ilmu sy. Bukan setakat berhenti di situ, saya tahkik kan dgn ustaz2 daripada pelbagai ‘background’ utk meneutralkan sesetengah pendapat yg rasa x brp fair. Bnyk input baru saya dapat drpd AAN dan saya rasa penutupannya secara terus bkn penyelesaian terbaik. Khazanah2 ilmu dalam tu masih banyak yg bleh dijadikan rujukan. Penutupan AAN pasti dirasa kerana saya telah menjadikannya website rutin setiap hari utk dikunjungi selain SI & Zaharuddin.net..Harapnya website-website ilmiah terus berkembang menyuburkan hati insan yang mencari kebenaran dan panduan.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Assalamualaikum
Ya Allah begitukah rupanya tempat beroperasi Al Ahkam.net? Sungguh saya terpukul. Syeikh Zain-Ys di situ selama 10 tahun?
Tiadakah kita semua yang membaca terkesan dengan keadaan Al Ahkam…?
Pengorbanan pengendali web Ahkam net memang patut kita raikan dengan bantuan, samada dengan tenaga atau minda fikiran juga dari segi kewangan. Mari kita hulurkan…MEMBERILAH!
Satu ISI UTAMA : adalah AKHLAQ yang mesti kita usahakan bersama emngajak pengunjung lain berSIKAP MULIA dari menghina.
Al Ahkam dan pengendalinya telah terhukum dek kerana perbuatan tidak sopan sesetengah pengunjung yang hanya mahu menempa populariti dan bertindak tidak mengikut Akhlaq Islam.
Jasa Al Ahkam sudah lama. Usianya 10 tahun baru sudah terhukum dengan segala macam bentuk aniaya secara sedar dan tidak.
Akhlaq yang kita pelajari Al Quran adalah: Menyampaikan dengan BUKTI dan DALIL yang sahih. Itu antara perkara utama yang disampaikan dari Al Ahkam.
Kebanyakan artikel dari Al Ahkam sebenarnya mengajak pengunjung agar selalu menggunakan otak untuk berfikir. Melahirkan budaya berfikir berdasar surah An Nahl ayat 44.
10 tahun telah boleh membentuk anak didik yang sudah menghafaz Quran dari berpeleseran.
10 tahun jika berkenalan telah menjadi sahabat akrab yang setia dalam perjuangan.
10 tahun jika berjuang sesungguhnya bersama, telah dapat melakukan perubahan massa yang memungkinkan kita semua para pembaca bisa melihat apa itu Syariat Islam?
Sedikit cetusan rasa dari hati. AKHLAQ MULIA KITA UTAMAKAN dari membuat onar di tempat orang. Saudara kita ada haq terhadap diri kita si pembaca iaitu Kawal Diri dengan berAKHLAQ MULIA.
Wallahualam.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
salam ustaz..
saya melihat penutupan al-ahkam.net sebagai suatu langkah pencegahan supaya keadaan tidak menjadi lebih buruk.. terutamanya pada sesetengah sikap forumernya.. saya antara pengunjung setia al-ahkam,net.. kadangkala saya juga terlibat didalam forum.. tetapi tdk aktif, saya lebih menjadi pemerhati.. kadangkala menghantar tulisan pramatang saya ke al-ahkam.net..
penutupan ini mendatangkan byk pro dan kontranya.. kesan utama yg dilihat umum hanya pada pengunjung setianya.. tetapi wajarlah kita memikirkan kesan kepada ustaz zain dan panelnya yg lain.. mereka pastinya lagi berbekas didalam hati mereka, usaha 10thn membawa arus tajdid melalui al-ahkam.net dlm masyarakat islam malaysia terpaksa ditamatkan.. segunung tahniah pada mereka atas usaha2 yg telah dilakukan..
walaupun al-ahkam.net telah ditutup (moga2 ustaz zain dapat memikirkannya semula), saya berharap ada rakan lain yg mampu menjadi ustaz zain ke-2..
ustaz, saya ingin menyatakan bhw saya kurang bersetuju apabila ustaz melihat penutupan al-ahkam.net disebabkan sikap “orang muda”.. saya merasakan bhw sebenarnya isu ini haruslah dinilai secara menyeluruh.. sepanjang saya melayari al-ahkam.net, ramai juga golongn “tua”(maafkan saya jika istilah ini tidak sesuai) yg menggunakan ayat dan perkataan yg tidak ilmiah dan lebih bersifat sentimen.. oleh itu, saya rasa adalah lebih wajar kita ambil iktibar secara menyeluruh kerana kita disuruh bersifat adil dalam penilaian..
“al-ahkam.net adalah universiti ilmu islam untuk umat islam malaysia, kita telah kehilangannya”
sekadar pandangan saya..
WA..
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
salam….
Al-Ahkam dah tutup ke? Innalillah…
Tapi ana pun dapat rasakan apa yg ustaz rasa tu, dah lama saya x buka al-Ahkam.
Lepas ni x tau la mana nak cari ilmu2 hadith dari ust ali tanthawi. Dari Ahkam la ana kenal sheikh suhaib arnout( mcm silap ejaan je), sheikh dr wahbah zuhaili dll drpd mengenali artis-artis.
Apa2 pun tahniah dan terima kasih untuk moderator2 Ahkam. Teruskan bersama perjuangan Islam.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
kesian juga tgk web saifulislam.com ni… Artikel ni ustaz hasrizal dah sentuh pasal adab tetamu masuk ke rumah tuan rumah, spt yg terjadi di al-ahkam.net, seakan nak terjadi pula di saifulislam.com. tetamu dok komen tuan rumah…
Maafkan saya tuan rumah jika komen saya pun menjadikan saya tetamu tak berakhlak
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam..
Tak bolehke ruangan forum di AAN tu ditiadakan biarlah ruangan untuk rujukan masalah fiqh diteruskan sekurang kurangnya ianya masih lagi bermanfaat bagi mereka yang tidak berhajat menjadikan AAN sebagai medan menghukum .
mungkin ust zain boleh pertimbangkan. Terasa rugi juga dengan penutupan AAN(tak tahu selama lamanya atau sementara)
shoutbox yang ada di laman AAN sekarang pun saya tak pasti manfaatnya lebih besar atau tidak berbanding dengan kesempatanyang boleh digunakan oleh mereka untuk melontarkan kata kata yang lagi menyakitkan mata dan hati.
abuamiir
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Allah,aku tidak meragukan kekuasaan-Mu. Ombak di lautan-Mu yang tenang ini bisa seketika Kau buat jadi gelombang yang besar yang menenggelamkan segala apapun yang mengapung di atasnya. Aku tidak meragukan-Mu!
Bahkan bila Kau berkehendak, Kau juga bisa membuat matahari terbit dari barat dan tenggelam di timur. Tidak ada yang sulit buat-Mu Allah. Jadi apa susahnya Engkau mencairkan kekerasan hati sheikh zain ys untuk membuka kembali forum AAN, please Allah. Please…
Aku memang baru belajar agama di AAN. Tapi aku juga hamba-Mu kan? Hamba-Mu yang juga berhak memohon pertolongan-Mu. Jadi please Allah…Aku mohon dengan sangat
Mohon dengan sangat…
Mohon dengan sangat…
Mohon dengan sangat…
(bunyi efek ombak)
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
salam..
sy hanya berminat jenguk al-ahkam.net utk membaca article2 yg membina sahaja.. forum mmg ta penah tengok sejak awal tahun lepas.. banyak yang ‘emo’ je..
sederhana kan paling baik? =)
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Dah lebih 6 bln tak ke ahkam.net. Sana dah jadi macam Forum Tranungkite. Banyak repekan & perbalahan dari diskusi ilmiah.
Apa pun, ana percaya, mungkin itulah jalan penyelesaian terbaik bagi para moderator AAN pabila tahap kritikal camni tercapai (macam ada target plak).
Harapnya tiada antara kita yang membawa masuk tiupan angin-angin yang tidak diingini dari AAN ke mari. Yang buruk itu biarkan buruk di sana, jangan diburukkan lagi di sini. Satgi menyebarkan bau yang tidak enak ke tempat lain.
@saifuddin
panjang plak mengarang? Bila nak post kat yahoogroup plak? (sorry ustaz, off topic)
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
SAYA RASA, RAMAI YANG TERSILAP MEMBACA ARTIKEL INI. SAYA BUKANNYA MENERANGKAN TENTANG SEBAB PENUTUPAN AL-AHKAM-NET SEBAB SAYA PUN TAK TAHU KENAPA IA DITUTUP. SAYA SEBENARNYA MENERANGKAN KENAPA SAYA MENINGGALKAN AL-AHKAM.NET DUA BULAN LALU DAN KEMUDIAN MENJANGKAKAN MUNGKIN AL-AHKAM.NET DITUTUP ATAS SEBAB YANG MUNGKIN SAMA. ARTIKEL INI HANYA CATATAN TERHADAP PERSPEKTIF SAYA, BUKANNYA PENJELASAN BAGI PIHAK AL-AHKAM.NET.
SAYA HARAP PENJELASAN INI DAPAT MENGELAKKAN SALAH FAHAM DI MASA DEPAN.
ABU SAIF
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
InsyaAllah..Saifulislam.com tidak akan menempuh nasib yang sama seperti AAN. Abu Saif seorang yang berwiba dan sentiasa peka / tahu siapa para pengunjungnya…
dan Insyaallah, AAN seperti yang diberitakan oleh anakminang04 akan dibuka semula.
Sama-samalah kita berdoa.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
JUGA MAAF KEPADA ANAK-ANAK MUDA YANG TIDAK DAPAT MENERIMA GOSIP LIAR SAYA YANG MENUNDING JARI GENERALIZATION BAHAWA KERUNTUHAN AKHLAQ TERTUMPU KEPADA GENERASI MUDA.
SAYA AKUI, ORANG TUA PUN GANAS JUGA. HALAMAN WEB YANG RABBANI (#4) RUJUK TU BUKAN SAHAJA ORANG TUANYA BERMASALAH, ORANG MUDANYA PUN SAMA… SEBAB TEMPAT TU TEMPAT BERMASALAH. YANG TUA YANG MUDA… MASUK SITU SEMUA JADI MASALAH.
SAYA TIDAK MEMBUAT KENYATAAN MENGKRITIK KRISIS AKHLAQ ORANG MUDA HANYA DENGAN MERUJUK KEPADA AL-AHKAM.NET TETAPI IA SUATU FENOMENA MENYELURUH.
JIKA SAYA BAGI ANDA ACCESS INBOX EMAIL SAYA, ANDA AKAN TAHU APA YANG SAYA MAKSUDKAN… TANYA PENSYARAH-PENSYARAH UNIVERSITI, DAN TANYALAH SESIAPA SAHAJA… KEHILANGAN ADAB MENJADI KRISIS BESAR GENERASI MUDA HARI INI… TANPA MENAFIKAN MASIH RAMAI ANAK MUDA YANG CEMERLANG DAN RAMAI DARI KALANGAN MEREKA SAYA TEMUI DI SAIFULISLAM.COM NI ALHAMDULILLAH….
SO, APA YANG MUDAHNYA IALAH… YANG IA, MUHASABAHKAN. YA TIDAK… UZURKAN…
MAAF TULIS HURUF BESAR SEBAB HURUF KECIL MENGELIRUKAN… MATA MASIH AGAK KABUR… (DAH TUA… APAKAN DAYA)
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
penutupan AAN suatu kerugian dan tamparan besar untuk para pencinta ilmu dan anak2 muda yg baru berjinak2 dgn gerakan sunnah.
can this be considered ‘throwing out the baby with the bathwater’? atau ‘marah nyamuk habis kelambu dibakar’?
wallahua’alam
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Assalamualaikum..
Saya baru dapat tahu Al-Ahkam.net dah ditutup.
Saya pun adalah ahli AAN, tapi dah lama tak beri komen. Bukan apa, kadang-kadang rasa diri ini kerdil sahaja.
Namun saya lebih menggemari SaifulIslam.
Jika saya membaca tentang Jemaah Tabligh yang dihentam oleh ahli-ahli AAN. Ada satu keadilan di laman ini tentang Tabligh yang ustaz kadang-kadang nukilkan. Walaupun saya bukan ahli Tabligh tapi, terkesan juga dalam diri sehinggakan saya pernah bersangka buruk pada Tabligh.
Jika saya memandang salafi sebagai ‘The True Way of life’, ada sedikit kelonggaran yang ustaz canangkan di sini. Terhantuk dan tersedarlah diri bahawa ada tak kena dengan perjuangan ini.
Tentang forum yang terkadang berbisa tu, saya dapat perhatikan ‘partition’nye dikecilkan.
Dan ‘partition’ tentang artikel ilmiah di besarkan.
Mungkin salah satu sebabnya untuk menumpukan ahli-ahli AAN kepada hal-hal ilmiah, bukan hal bantah membantah.
Apa-apapun saya tetap bersedih dengan kehilangan AAN. Ianya adalah sebahagian rujukan ilmu agama saya. Harap-harap ada pengganti…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Terharu saya membacanya. Sampai ustaz BESARKAN FONT untuk jelaskan sikap terhadap akhlaq dan adab.
Ustaz,
Waktu saya dan kawan2 sering berbual di warung mamak, saya sering jelaskan kepada mereka bahawa kebebasan adalah kritikal. Islam adalah agama yang membebaskan. Tetapi sering rasa bimbang dituding. Dalam realiti kebebasan yang terhad, ada yang mempersoalkan ‘kebebasan ada batasnya’.
Saya fikir jika saya tawarkan untuk sesiapa makan apa saja, sudah pasti sampai satu saat, mereka tidak mampu menyuap lagi.
Dalam membentuk konsensus, sudah pasti akan ada persetujuan2 yang jelas. Dan saya kira ustaz meletakkan garis dasar yg cukup mudah utk difaham – berbeza pendapat atau dalam bahasa demokrasinya ’setuju untuk tidak bersetuju’ secara berakhlaq.
Memang, tidak mungkin kita dapat mengawal seluruhnya. Covey juga ada menulis, kita paling tidak hanya mampu mengawal apa yang kita lakukan, tidak kepada kesannya. Sebab itu akhlaq jadi taruhan penting dalam usaha umat Islam menjuarai kebebasan umat. Sejauh mana da’i di luar sana bersedia?
Saya, semasa dialog awal Pusat Integriti Nasional (PIN) pernah ditegur seorang anak murid Prof Syed Naquib (lupa namanya) kerana membahasakan Prof. Diraja Ungku Aziz sebagai ‘Ungku Aziz’ semata-mata (tanpa sedar) kerana saya pasti, dalam soalan yg sama saya membahasakan Prof Emeritus Taib Osman (soalan tersebut memetik pandangan dua tokoh tersebut dan disampaikan kepada penceramah sebelumnya).
Kerana kecil hati, dia berlalu dari slot yang disampaikan dengan hambar (akibat kecil hati), hanya sekadar menayangkan filem menarik tentang integriti – The Emperors Club (hingga kini saya mencari filem ini untuk dibeli), dan membaca petikan beberapa perenggan dari buku tulisan Prof Wan Mohd Nor Wan Daud, anak murid ulung Prof Syed Naquib.
Saat itu saya kecil hati, kerana saya rasa beliau tidak menunaikan hak majlis yg menjemput beliau. Tapi saya tahu ia mungkin kerana saya. Puas saya mencarinya di luar dewan, tapi sayang tidak terjumpa. Saya hanya sampaikan email kpdnya saat itu tetapi tidak berbalas.
Sekadar perkongsian..saya percaya ‘Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya..’, Jadilah resmi padi – makin berisi kian tunduk, jangan diturut resmi kiambang – nampak segar, akar tak jejak.
Dalam lautan peristiwa, kita akan teruji. Kadangkala di kalangan pelajar nak menunjukkan bahawa mereka berani bersuara, tahu pelbagai perkara..tapi sayangnya pendekatan sering gagal akibat terlalu mendepankan imej berbanding inti.
* Maaf jika pembaca sering terbaca tokoh dalam bidang latihan – Stephen R. Covey. Saya tidak pernah bermaksud dia lebih hebat dari Rasulullah s.a.w. dan sebahagian tokoh Islam. Untuk saya, Covey berjaya memperinci byk hal dari peristiwa hebat Rasulullah s.a.w. yg wajar kita santuni.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
maaf ya Ustaz, tak bermaksud ustaz marah dgn PEMBESARAN FONT tersebut, sekadar menegaskan apa yg dah lama ustaz tegaskan..Melayu mudah lupa barangkali
=
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Ya Ustaz, lupa nak tulis
= mungkin jawapan paling tepat kenapa saya sejahtera dan kekal positif melihat Jemaah Tabligh ialah kerana dalam masa yang saya lapangkan untuk kegiatannya dulu adalah kerana soal akhlaq dan adab ini.
Tapi jangan salah sangka, dalam setandan pisang, ada juga yang buruk
Sebab itu kita yang kena celikkan diri..kot terjadi pisang buruk! Moga-moga saya dan kita semua belajar dan dipelihara-Nya.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
salam ustaz..
saya amat bersetuju apabila ustaz tidak terlalu meletakkan kesilapn itu pada “org muda” sahaja.. saya rasa kita semua ada benar dan salahnya.. apabila bercakap dalam konteks remaja masakini, saya akui.. memang ada segelintir dari mereka yg rosak akhlaknya..
tetapi, bak kata ustaz.. ramai jua yg baik2..
ustaz bagi saya belum masuk kategori tua,hanya ustaz mungkin lebih kpd matang..
sekadar pandangan..
WA
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
saya rasa banyak cybertroopers yang masuk dalam laman web AAN. Tujuan mereka satu, kebanyakkan orang dah tahu.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Rasanya tak mengapa kalau golongan tua selalu tegaskan dan tuding kepada golongan muda, soalnya golongan muda adalah golongan tua pada masa akan datang.. jika mudanya pun dah rosak macam mana lagi tuanya nanti..
“In anta jalastar rijala zawin nuha # fajlis ilaihim bilkamali muaddaban
Wasma’ hadisahum iza hum haddasu # waj’al hadistaka in nathaqta muhazzaban
Al-’alimu kabirun wa in kana hadastan # wal jahilu shogirun wa in kana syaikhan
Hayatul fata wallahi bil’ilmu wat tuqa # iza lam yakuna la’tibara lizatihi “
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
” Jika anda duduk bersama orang tua # duduklah dengan penuh kesopanan,
dan dengarkanlah jika mereka bicara # dan sampaikanlah dengan bicara yang beradab
Alim adalah besar walau muda # dan Jahil adalah kecil walau tua
Hidup seseorang sungguh hanya dengan ilmu dan taqwa # andai keduanya tiada, tidak dianggap kewujudannya”
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Terjemahan bait-bait syair tadi…
” Jika anda duduk bersama orang tua # duduklah dengan penuh kesopanan,
dan dengarkanlah jika mereka bicara # dan sampaikanlah dengan bicara yang beradab
Alim adalah besar walau muda # dan Jahil adalah kecil walau tua
Hidup seseorang sungguh hanya dengan ilmu dan taqwa # andai keduanya tiada, tidak dianggap kewujudannya”
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
salam ust..
lame dah x bagi komen..moga mata ust sihat..dan ‘la taghdob’..
al-ahkam.net saya baru jenguk balik 1 bulan yang lepas..seminggu yang terakhir tertanya-tanya kenapa blog sifoo zain pelik semacam bicaranya..
rupa-rupanya ini yang beliau nk bgtau..
al-ahkam.net banyak jasanya terhadap saya
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
seperti juga saifulislam.com
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
salam kepada ustaz…
kita kehilangan satu manfaat yang besar apabila al-ahkam ditutup.saya mencadangkan agar ustaz saif membuka kembali laman web baru bagi menggantikan al-ahkam.net.mungkin al-ahkam.net dah terlampau famous sampai semua golongan manusia ke situ.mungkin ustaz boleh berbincang dengan ustaz zain-ys dan membuka semula laman web seperti al-ahkam.net.sayangnya jika al-ahkam terkubur begitu sahaja.al-ahkam sudah cukup famous bagi pelajar pengajian islam.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
assalammualaikum,
hoh saya pun baru tahu tutup nih, sebab tgk saifulislam.com.. lani sibuk nak layan internet pun jarang.
kalau tgk masalah akhlak ni bukan kat internet je, even real life pun ada bnyk. Dia jenis yg bersemangat ni tp ilmu tak cukup. Baru belajar pegang pistol dah nak pergi pasang bom satu bandar. Ilmu baru sket terus nak pukul semua org. Benda khilaf nak bergaduh smpi tak tegur sapa. Kok ye nak berdakwah benda betul(kalau betul la), tp punya la takde akhlak, sapa nak ikut bai. Dakwah cantik kena ngan akhlak. Ini le masalah kita nih, benda2 mcm ni ble jadi fitnah pada agama pulak bila org lain tgk, dia org akan kata, ini ke cara org islam nak berdakwah.. rugi la mcm ni, tenaga ada tp salah guna ke arah sia2..
WA
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Ustaz,
Ustaz ali-tantawi dan Ustaz Adlan adalah orang yang sama. ali-tanatwi nama pena Adlan nama sebenar.
Terima kasih
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Baru saya perasan saya register dalam hfone nombor yang sama under dua nama… satu ustaz adlan, satu ali tantawi… ishh, kena keluar makan maghdood sama-sama baru boleh dikatakan dah betul2 bertaaruf…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
just to share…
Imam Syafi’i membagi manusia berdasarkan hal ini menjadi tiga yaitu: ahli fiqih, sufi dan ahli fiqih yang sufi. Dalam syairnya beliau menggambarkan hubungan ilmu dan tasawuf ini:
“Seorang ahli fiqih dan sufi selayaknya tak boleh terpisah
Demi Allah aku akan menasihati kamu (tentang hal ini)
Kalau yang itu ( ahli fiqih) keras hatinya karena belum merasakan ketakwaan
Dan yang ini (sufi) bodoh, bagaimana dia bisa berbuat perbaikan jika dia bodoh”.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Saya hanya menjadi pengunjung Al-ahkam online untuk beberapa kali sahaja, selepas itu mengambil keputusan ‘memencenkan’ diri saya dari terus berkunjung ke situ..
kerana sebab yang sama macam ustaz, walaupun saya pasti website itu telah banyak ‘memberi’ tetapi sikap ramai pengunjung yang tiada akhlak telah mematahkan ’spirit’ saya untuk terus menerima.. at least dari al-ahkam.net..
Pengalaman saya…setelah membaca entry/komen di al-ahkam.net maka sya akan termenung panjang, kadang-kadang sampai tak boleh tidur dan kalau bawa kereta pun, tak perasan lampu merah kerana terlalu memikirkan kenapa sampai begitu sekali bahasa dan respond pengunjung… saya begitu bersungguh mencuba untuk mencari justifikasi respond sebegitu… dan akhirnya saya menyerah kalah… saya mengambil keputusan yang al-ahkam.net bukan untuk saya…
dan sampai ke hari ini, hati saya masih bergetar kalau ada orang menyebut al-ahkam.net…(sampai begitu sekali effectnya kepada saya)…
Justeru itu, saya memahami kenapa ustaz meninggalkan website tersebut apalagi nama dan peribadi ustaz ‘diperkatakan’ sebegitu rupa ( saya tidak membacanya tapi saya rasa memang ‘teruk’ sampai ustaz mengambil keputusan untuk tidak terus dengan al-ahkam.net.
Tapi secara jujur, satu kesan positif AAN kepada saya ialah saya tekad mencari ilmu dengan lebih sistematik dengan mengunjungi Akademi Pengajian Islam setiap Sabtu walaupun perjalanan mengambil masa lebih 1 jam dari rumah melalui highway dan membawa 4 orang anak dengan maid yang menjadi penunggu setia di surau semasa saya mencari ilmu…dan saya sejahtera dengan cara tersebut sekarang…
TAPI YANG PASTI ISU YANG YANG SEBENARNYA ADALAH ISU AKHLAK…. DAN memetik dari artikel ustaz yang dulu…AKHLAK ITU BUKAN LALANG….
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
A`kum wbt.
Masuk ruangan umum, memang akan berjumpa pelbagai ragam. Kalau ruangan soaljawab, ok rasanya.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
assalamu’alaikum..
salam takziah.. ana fikir bagus juga ianya ditutup buat sementara waktu dan apabila dibuka nanti, pihak moderator perlu menekankan aspek akhlaq dan etika berforum. Itu yang dilakukan di BMC. Ana bukan pengunjung al-Ahkam.net tetapi jika akhlaq seperti yang Ustaz maksudkan..sememangnya ia isu yang telah lama berakar umbi di nagara tercinta inie.
..semasa sedang mencari, 2001 ana kenal dengan shukur.com dan islamic yahoogroups.. sangat hairan melihat perdebatan ummat..golongan muda mumkin 20an ke 30an. Yang tua pun skali.. bersengketa dan berdebat. Apa yang mereka harapkan drpd persengketaan itu, taktahula..mereka suka bermusuhan? Berbeza pendapat dan ingin menegakkan hujah dengan meremehkan akhlaq! Dan masalah itu masih lagie berlarutan..
..sedangkan di luar sana, remaja2 yang terlibat dengan gejala sosial..tidak memahami Islam, masyarakat yang minta dibantu.. bagaimana harus ditangani sedangkan orang2 yang memahami agama sibuk berdebat dan memusuhi saudaranya sendiri?
-salam takziah-
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
salam. mohon untuk mencelah ya ustaz..
4 tahun saya bersama AAN. saya mengambil sikap, ambil yang baik, buang yang buruk.
asal bukak AAN je. mesti teruja nak tengok perkembangan ruangan fiqh dan artikel ilmiah terbaru. hampir menjadi rutin harian. dari situ saya banyak meNERIMA hasil pemBERIan AAN. bagaikan lautan ilmu yang luas. itupun masih banyak lagi tak terusik. sanggup saya bukak balik arkib2 lama AAN untuk melihat hasil2 penat lelah orang2 lama AAN untuk menggarap khazanah ilmiah yang tersimpan di dalamnya.
kemudian, bila di forum pula. saya pandang sekilas tajuk mana yang perlu saya beri perhatian. terutama yang berkaitan ilmu2 agama (spt perbincangan alitantawi, abu umair, izrail, thtl, abu saif – satu ketika dulu – dan tokoh2 yg lain) dan perkembangan aktiviti kelab AAN. yang lain2 tu, saya lihat sejenak buat pedoman dan analisa pengajaran buat diri. dan merancang agar dapat memBERI kepada mereka di sekeliling saya drp pengajaran yang saya peroleh.
banyak kali dah sakit hati, terluka, geram. tapi, ia merangsang diri mengenal erti sebahagian dari kehidupan.
alamak. terpanjang plak. maaf ustaz. klu rasa tak relevan saya tak kesah je ustaz nak buat apa. cuma harap orang tak salah faham dengan hakikat khasiat akar AAN.
allahu a’lam
p/s: lama tak terserempak dgn ustaz. rindu la…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
saya nak tanya abu saif..
kena abusaif marah kepada mufti perlis..
maksud saya apa yang berlaku..
maaf saya ni tak peka tentang perkembangan semasa
boleh abu saif terangkan..
sekadar ingfin mengerti…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
sejak bila ustaz marah? setahu saya ustaz hanya berbeza pandangan..belum sampai berjidal lagi rasanya
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam, kat atas tu ada abu saif sebut, kalau saya marah…
Mmmm akhi dan sahabat2 semua. Mungkin bagi mereka yang mula mengenal ilmu dengan AAN sukar menerima keputusan penutupan tersebut.
Saya bercakap bagi mewakii diri saya dan mungkin yang sama dengan pandangan saya.
Ustaz Zain, Abu Saif, maaf berbicara:
Saya sangat lega apabila AAN ditutup. Selama kewujudan AAN ilmu banyak disebarkan, dan dalam masa yang sama juga salafi dipandang serong, wahabi menjadi bualan orang awam, hukum fiqh mudah diungkap, tawadhu’ semakin hilang, ulama salaf dibedah mudah, taksub berlaku walupun tanpa sedar, ulama dikritik enteng, bid’aah menjadi punca permusuhan, dll…..
Saya mohon maaf, tetapi saya sangat lega dengan keputusan itu, kerana saya mahu menjadi salafi yang diterima oleh semua muslim.
Dan…saya percaya Ust Zain akan buka lembaran baru yang lebih meunitikan muslimin dan muslimat untuk kebenaran.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
” Saya marah kepada Mufti Perlis bukan kerana saya pembangkang, tetapi kerana saya Salafi. Itu yang semakin gagal dijustifikasikan.”
Silap, tak ada kalimah “kalau”.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Saya rasa ayat tu harus dibaca sebagai ayat pernyataan..
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam.
Tertarik dengan tulisan ust tentang mengapa ust meninggalkan al-ahkam. Ana juga begitu, rasanya hampir sepuluh tahun, sejak mengenalinya sejak ana belasan tahun 1998 lebih kurang atau 99 selepas tu jenguk dua tiga kali terus tidak cenderung untuk menziarahinya sehingga kini.
Selain daripada isu-isu kontroversi ilmiah yg mungkin dinilai berbeza berdasarkan manhaj masing-masing. Mungkin sebahagiannya cinta untuk ke sana, sebahagian lain tidak. Ana mengambil jalan khuruj minal khilaf mustahab.
Seperti ust kata, hidup lebih tenang. Walau ana boleh kira lebih tidak dr sepuluh jari ke sana sejak 1998/9 namun ana tidak dapat menahan jiwa dengan persoalan-persoalan khilaf/ dan perbahasan yang panas di sana.
Ana punya teman rapat yang mengenali Saudara Zain. Memang diakui belum dihormati kerana akhlaknya.
Apapun, secara peribadi untuk mengikuti jejak Salafunasoleh belajr dari internat bukanlah cara no satu. Ia, ia satu wadah namun menurut Imam Hafizdh r.a ” didapat ilmu itu dengan menghadap dan berguru dengan alim ulama’, secara bersanad”.
Bg mereka yg benar2 ikhlas, belajar secara berguru, bertalaqqi seumapanya inshAllah akhlak gurunya dapat diabsorb. Membina akhlak yg mantap, budibahasa. Berguru dengan guru yang inshAllah benar dan ilmu yang sohih. InshAllah.
Bagi golongan muda/mudi termasuk ana, tulisan ust ini sepatutnya diambil secara positif bukannya defensive against ” golongan muda kurang beradab”.
Inshallah, moga Allah memperbaiki, iman, akhlak dan amal kita.
Barakah ilmu pada indahnya akhlak menunjukkan kebenaran ilmu yang diraihnya,
Allahua’lam
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Secara peribadi juga ana cenderung berpendapat seperti #50. Banyak maslahahnya. Kalau ingin dibuka semula, wajar dinilai dari beberapa aspek dan sudut2 tertentu. Berdebat dalam perkara ilmiah bukanlah cara benar untuk mencari ilmu.Imam Malik r.a. Kadang2 atau selalunya lebih menyempitkan dada.
Berbincang ya. Namun selalunya dalam forum2 tertentu sukar diraih “perbincangan” sebaliknya membawa kepada “perdebatan”.
Allahu’alam
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
ralat: Bukan belum tetapi ” Beliau (Saudara Zain) dihormati kerana akhlaknya.” Afwan.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Kejadian yang sama menimpa saya.Saya juga sudah tidak login di sebuah laman yang sering memberi wadah tempat saya memberi.Tapi pemberiaan itu dibalas dengan akhlak yang tidak molek dijelmakan.Mungkin saya sensetif orangnya,tapi bak kata ustaz,kita boleh khilaf dalam masalah FIQH tetapi tidak di dalam AKHLAQ.Dan saya setuju juga ,bhawa bila ramai orang agama dalam satu tempat,maka bertambah masalah yang akan datang..Sekadar pandangan….
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
erm… nak mendidik memang payah.. kita amik pendekatan yang di saran al-albani.. tasfiyyah wa tarbiyyah… memurnikan dan mendidik. harus seiring..
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Nampaknya al-ahkam.net dah dibuka semula dan tiada apa-apa perbezaan yang signifikan berbanding sebelum penutupan. saya bimbang tindakan pengendali al-ahkam.net melakukan penutupan tempoh hari hanya dianggap sebagai GIMIK yang meaningless.
Or did I miss something?
Saya tidak dapat mengelak daripada menyetujui pandangan #49 oleh pena prima… jika tiada sebarang perubahan ketara dibuat.
kadang-kadang rasa macam arak pun ya. ada manfaat tapi banyak mudaratnya. yang pasti, ramai yang addicted hingga separuh gila apabila tidak dapat menjamahnya. entahlah…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
entah entah gimik..
entah la
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
salam ust… saya check td mcm bukak jek website al-ahkam.net…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
wsalam firdaus. cuba awak cek, entry ni saya tulis pada tarikh apa dan hari ini apa tarikhnya?
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam..ana bukanlah pengunjung setia AAN. tetapi ana penah gak singgah2 kat web 2..x dapat dinafikan semanagat kita dalam beragama semakin terserlah walaupun ada segelintir orang yng mungkin trlebih2 dalam hal ini, sehingga sanggup menggadaikan akhlak dalam berdiskusi..m..dan tidak hairanlah dalam kehidupan yang didominasi oleh pandangan2 yang berbaur liberal kapitalistik..samada jahil atau jahat itulah yang dapat disimpulkan oleh golongan2 yang semacam ini..mereka tenggelam dan hanyut dalam ceteknya masalah khilafiah..diam seribu bahasa dalam hal yang menjadi kewajiban semua iaitulah perlasanaan syariat islam secara menyeluruh..wslm
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
Asalam ustaz, saya baru pertama kali bagi komen walaupun lame dah mengunjung web ini.
Saya juga menjadikan web al ahkam sebagai web ‘wajib kunjung’ saya, dan saya mendapat banyak ilmu daripadanya. Tapi sekarang, apabila saya search di google, al ahkam.net dah tiada. Boleh tak ustaz bagi saya melalui emel laman web yang seumapama dengannya?
Respond to this comment [with empathy]