
Hijrah… apa lagi yang mahu diperkatakan tentang Hijrah?
Saban tahun kita menyambutnya, sebagaimana saban tahun segelintir kita mengulang debat tentang hukum merayakannya.
Hijrah bukan perayaan… ia hanya suatu usaha mengambil peluang kesediaan masyarakat untuk diperingat dan diprogramkan.

“Dan peringatkanlah mereka dengan hari-hari Allah. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran dan keagungan Allah) bagi orang yang sangat bersabar lagi bersyukur ” (14:5)
Hari-hari Allah itu mungkin hari kekalahan, kegagalan dan musibah… lantas menjadi titik ingatan bagi setiap insan yang sangat penyabar dan kuat bergantung kepada Allah. Ia juga mungkin hari kemenangan, kejayaan dan kegembiraan… lantas menjadi bekalan besar bagi setiap insan yang amat bersyukur sifatnya.
Lantas peristiwa itu perlu diperingatkan kepada umat Islam dari semasa ke semasa.
Said Hawwa mengingatkan kita bahawa pada setiap tarikh munculnya hari-hari Allah itu, umat Islam akan tertanya-tanya, “tidak adakah apa-apa program atau sambutan sempena kedatangan tarikh ini?”. Dalam erti kata yang lain, umat Islam secara tanpa dipaksa bersedia untuk diprogramkan. Adalah suatu jenayah bagi pendakwah untuk mengabaikan kesediaan ini, semata-mata atas kefahaman literal kita bahawa ‘nabi tak buat jadi kita jangan buat’.
Setiap pendakwah harus mengambil peluang untuk memanfaatkan kesediaan masyarakat untuk diri mereka diprogramkan. Hindarkan diri dari ritual yang tidak berkenaan, dari sandaran fadhilat yang tidak berasas, tetapi jadikan ia sebagai peluang mendidik dan saling ingat mengingatkan.
PELAJARAN DARI HIJRAH
“Hijrah umat Islam yang pertama adalah hijrah gerombolan Mekah mendapatkan perlindungan di Habshah, semasa perjanjian Aqabah, Nabi SAW menerima ikrar setia dari rombongan Yathrib, Baginda SAW bersembunyi bersama-sama Abu Bakr di Gua Thur….”, semua penjelasan secara naratif ini boleh dirujuk di pelbagai sumber yang ada. Bahkan saban tahun kita sering mengulanginya. Namun, apakah lagi yang boleh kita belajar dari Hijrah itu?
Saya ingin mengaitkan Hijrah dengan proses perpindahan kita dari zon selesa (comfort zone) ke zon yang mencabar (courage zone).
KESUSAHAN BUKAN SEMESTINYA MENYAKITKAN
Bagaimana boleh dikatakan Mekah itu sebagai zon selesa?
Semua kita tahu bahawa nasib umat Islam amat menyedihkan semasa mereka di Mekah sebelum Hijrah. Bukan sahaja peluang mengamalkan ajaran Islam menjadi begitu terhad, malah tidak sedikit nyawa yang telah terkorban demi iman. Apakah ini yang dinamakan zon selesa?
Ya… ia boleh jadi zon selesa.
Tidak semua orang menganggap kesusahan itu sebagai sesuatu yang menyakitkan. Pepatah Melayu pun ada menyebut “alah bisa tegal biasa”. Dek kerana sudah biasa dengan penderitaan, jangan terkejut jika ramai di kalangan kita yang lebih rela terus hidup di dalam kesusahan dan penderitaan, berbanding mengambil langkah perubahan untuk memperbaikinya.
Lebih baik terus hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Biar pun sakit dan makan tidak pernah cukup, lebih baik begini, daripada menyambung pelajaran, menambahkan kemahiran dan kelulusan agar boleh mencari pekerjaan yang lebih baik.
Lebih baik perniagaan kita ini sekadar cukup-cukup makan, daripada mengubah strategi, membuat pinjaman untuk menambah modal bagi meningkatkan pelaburan… kerana kita sudah biasa begini.
Lebih baik bercerai berai dan hancurkan rumahtangga, daripada masing-masing mengubah apa yang patut diubah. Ubah sikap, ubah kebiasaan…
Jangan terkejut jika ramai yang berfikiran begitu.
Malah lebih baik rakyat untuk mereka terus ditipu, diperintah oleh pemimpin-pemimpin yang korupsi dan tidak berintegriti, malah terus derita dengan ketidakadilan politik dan sosial, daripada mengambil langkah mengubah pangkah, untuk berubah. Biarlah terus derita dan sengsara daripada mengejar harapan dan kebaikan yang susah dan payah jalan mencapainya itu.
Itu rakyat…
Tidak keterlaluan juga bagi sesetengah pejuang untuk membiarkan diri mereka terus ditipu, kalah dan terus kalah, mengulangi sahaja strategi lama yang mereka sudah mahir dan biasa, daripada memberanikan diri untuk berubah… ke arah yang lebih baik, kerana berubah itu SUSAH.
“Malah kalau kita mati atau dihukum mati… kita syahid. Jika syahid kita masuk ke Syurga…!” kata sesetengah ‘pejuang berani mati’.
Jangan terkejut jika ramai yang berpendapat sedemikian rupa.
BERANI HIDUP VS BERANI MATI
Sebelum ini saya telah menulis sebuah artikel bertajuk BERANI HIDUP VS BERANI MATI, khusus untuk memperkatakan tentang hal ini.
Tetapi ramai juga pembaca yang cuai. Mereka menganggap saya sebagai “pencinta kehidupan, takutkan kematian, hamba dunia dan pengkhianat perjuangan”, semata-mata kerana saya mempertahankan ketinggian nilai pasukan BERANI HIDUP berbanding pasukan BERANI MATI. Mereka keliru di antara berani hidup dengan cintakan hidup. Mereka keliru antara bersedia untuk mati dengan sengaja mencari mati.
Jika Nabi SAW itu jiwanya jiwa pejuang berani mati, maka Baginda SAW dan umat Islam tidak perlu berhijrah. Tidak perlu sama sekali. Duduk sahaja di Mekah, bertahan dengan ibadah solat sembunyi-sembunyi mereka dan kenapa harus takut? Jika kita dibunuh kuffar Mekah, kita mati syahid. Jika kita mati syahid, kita masuk Syurga!
Apakah begitu cara Nabi SAW berfikir?
Saya yakin jawapan kita adalah tidak. Malah kita juga yang sering berkata, “Nabi SAW berhijrah bukan kerana takut, tetapi kerana perintah Allah”.
Soalnya apakah “perintah Allah” itu? Tidakkah mati syahid juga tinggi kedudukannya di sisi Allah?
Benar sekali, syahid itu tinggi kedudukannya. Namun Allah tidak pernah memerintahkan kita “matilah kamu!”, atau “syahidlah kamu!”. Allah menyuruh kita berjuang, mempertahankan kehidupan dan seterusnya bekerja keras memperbaiki kehidupan. Itu ‘job description‘ seorang khalifah.
Andaikata dalam usaha itu kamu dibunuh dan bertemu maut, maka matimu adalah mati yang mulia… mati syahid.
Syahid adalah anugerah… ia bukan perintah dan sesuatu yang ‘disengajakan’.
Nabi SAW mahu Islam terus berkembang bukan sekadar mengatur hidup manusia berhubung dengan Allah, seperti solat, yang boleh dibuat dalam suasana Mekah. Islam lebih dari itu. Islam itu sistem hidup. Islam bukan sekadar menghantar manusia ke Akhirat… tetapi Islam menahan manusia dari sengaja mati agar berjuang di dunia sebagai bekal menuju Akhirat.
Kerana itu kita harus BERANI HIDUP. Bukannya mengambil jalan mudah dengan mati dan punah. Binasa secara mudah dan tanpa usaha. Mencari jalan mudah untuk diangkat sebagai hero, digelar berani, kerana berjuang berani mati.
Sedangkan tanpa hijrah, tiadalah segala-galanya. Tiada puasa, tiada zakat, tiada haji, tiada muamalat, tiada jihad dan tiada segala-galanya.
Dari manakah segala peluang untuk Islam berjaya mencapai apa yang telah dicapai? Iaitulah dari keberanian dan kesungguhan Nabi SAW dan generasi sahabat mengambil langkah perubahan. Keluar dari zon selesa yang sudah biasa, kepada zon yang lebih mencabar dan sukar. Dan untuk membolehkan langkah itu diambil, kita harus berani hidup, dan bukannya secara selfish memilih untuk berani mati dan masuk Syurga sendiri-sendiri.
Golongan yang berani hidup, tidak takut dengan mati. Orang yang berani mati, mungkin terlalu pengecut untuk hidup. Atau malas berjuang memperbaiki kehidupan, lalu memilih kematian.

“Hijrah tidak terputus atau berakhir selagi mana taubat terus diterima. Dan taubat itu terus diterima sehinggalah nanti terbitnya matahari dari Barat (Kiamat)” [Riwayat Ahmad]
Hanya dengan keberanian untuk berubah, keluar dari zon selesa kepada zon mencabar, kemenangan akan datang menyusul. Jangan diulang asbab kekalahan dan kegagalan yang kita sudah biasa itu, sebaliknya cabarlah diri dengan realiti kehidupan yang tidak semudah memilih kematian.
Saya mencari dan mengusahakan perubahan…
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor





Hijrah dari
seorang yg malas kpd rajin
seorang yg letih kpd cergas
seorang yang tamak kpd qana’ah
seorang ‘asi kpd abid
seorang jahil kpd alim
pemerintah yg korup kpd yg adil
biasa ditipu kpd waspada dan siap siaga
Semboyan perjuangan di medan tempur semakin hampir. Moga Islam diberikan kemenangan.
hijrah di kehidupan yg memberikan ketaatan.perbuatan,hati…..
Bukan rakyat sahaja yang perlu diajak berubah dan berhijrah. Pendakwah dan pembangkang juga harus menjadi pemula.
KH. Ahmad Sahal (meninggal 1985) pernah berkata :
“Berani hidup tak takut mati, takut mati jangan hidup, takut hidup mati saja..”
Pengasas Pondok Modern Darussalam Gontor
berubah bukan hanya karna orang lain melainkan karena dasar dari manusia itu sendiri ingin menjadi lebih atau malah jalan yang lebih memikirkan kehidupan di dunia…
suatu masa perubahan itu dapat menjadikan manusia itu sendiri menjadi lebih jika niatnya datang dari hati dan kemauan bukan karena orang lain
Salam,
Nak kongsi point dari satu ceramah. Point nya “Habsyah, Thaif, Hadramaut, Aqabah …..”
Tapi kang jadi perbincangan politik pulak. Kalau Abu Saif dapat tangkap point tu, boleh ulas.
Artikel ni boleh jadi Tarbiyah, boleh jadi Siasah… silalah akh ro ya alif dhod… nak dengar juga ulasannya. Tak cukup cerdik saya nak jawab teka teki tu…
Dalam peristiwa Hijrah ini juga Ustaz, saya berpendapat bahawa Rasulullah s.a.w. telah memilih kebebasan sebagai medium yang paling cocok untuk mengembangkan Islam. Dan ia juga petunjuk bahawa kekangan dan kawalan yang tidak munasabah, ditambah dengan kezaliman bukan medium yang cocok untuk menemukan kebenaran.
Ironinya, di kebanyakan negara Islam, ramai yang memilih untuk mengekang kebebasan bila beroleh kuasa.
Saya mahu mengajak diri saya dan kita semua berhijrah! Agar hidup saya dan kita semua lebih menepati kehendak Allah s.w.t.. Doakan saya ya!
Habsyah,
Hijrah ini bukan hijrah org susah. Terdapat Jaafar Abi Talib , bangsawan, yang turut serta. Hijrah ini adalah untuk meninjau keadaan di habsyah.
Hasil, Habsyah ada raja yg baik, Najasyi tetapi negara penuh perang saudara.
Thaif,
Nabi SAW telah pergi ke Thaif setelah hasil diHabsyah tidak memuaskan dengan harapan Thaif menerima Nabi SAW. Tetapi di sambut dengan lontaran batu.
Hadramaut,
Kabilah2 dari Hadramaut yang datang untuk Haji di Mekah telah di’propose’ oleh Nabi SAW untuk menerima Islam disana. Tetapi Kabilah dari Hadramaut meminta habuan pulangan jika bersetuju.
Aqabah,
Perjanjian Aqabah terhasil dengan Aus dan Khazraj dari Yathrib. Dua kabilah ini sudah lama dgr cerita Nabi SAW dari Yahudi Yathrib. Maka mereka tidak melepaskan peluang tawaran dari Nabi SAW
Pointnya, event2 diatas menunjukkan Nabi SAW ‘mencari tapak’ . Cari tapak ape ye?
~Pertama kali mengikuti Kuliah Ustaz di Wangsa Maju…
~Byk iLmu diperolehi terutama pemikiran dalam lingkungan “Hijrah”…
~dari “tak tahu” kepada “tahu” dan Mencetuskan kepada “Mahu”
hijrah satu detik permulaan… tapi asyik berkata tentang hijrah dan harapan. tekadnya tak kemana…. setiap tahun mengulang harapan yang sama… jadi mana hijrahnya? kesedaran tentang hijrah, mungkin hanya tinggal mimpi… sebab tetap selesa dengan apa yang ada. tanpa tekad dan tolakan tak mungkin manusia akan berubah!!
“Jika pada satu peringkat dakwah, atau pada satu masa – setelah prinsip-prinsip dakwah dan akidah kukuh dalam jiwa pendakwah – tujuan dakwah tidak dapat dicapai melainkan dengan mendapatkan kerajaan, kita akan berusaha untuk mendapatkannya. Demi kemaslahatan dakwah. Dengan jiwa yang luhur dan bersih, benar dan amanat, khusyuk dan tulus, seperti kita bersungguh dalam tanggungjawab dan rukun agama, juga ibadah-ibadah yang lain. Tiada beza bagi seorang mukmin antara kerajaan dan ibadah yang lain, jika telah ikhlas dan betul niatnya. Kesemua itu dalam reda Allah, kesemuanya pada jalan Allah. Kesemuanya ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah.” (rujukan: al-Qaradawi, al- Syeikh Abu al-Hasan al-Nadwi kama ‘araftu, m.s. 122-125, Damsyik: Dar al-Qalam).
Untuk saya, kita mulakan dengan diri kita sendiri..
wonderful artikel ustaz.
“Syahid adalah anugerah… ia bukan perintah dan sesuatu yang ‘disengajakan’.”… i like that phrase. but ustaz, can this concept of hijrah be used as fas as the Palestinian crisis is concerned… as in, shouldn’t the Palestinians just emulate Rasulullah by moving out of the land they are being persecuted in? just a thought ustaz. i’m not saying that’s what the palestinians should do, but what do we say if some of them argue that way?
P/S : ustaz, shouldn’t the bracket in the first Quranic verse quoted above be closed after the word Allah instead of at the end of the translation? i may be wrong.
Assalamualaikum… buat ke sekian kalinye pemikiran ust mencabar pelbagai pihak yg masih kekal dgn takuk ‘syok sendiri’ dalam menghadapi mad’u yg sering berubah dgn beredarnye zaman..
cume ingin ana cadangkan agar ust sendiri yg menyusun silibus khas mengenai ‘soft science’ yg dapat dimanfaatkan dlm dunia dakwah masa kini.. sebab kesannye ana lihat lebih baik jika disediakan tros medium2 bacaan dan kajian utk panduan amilin setelah dikoreksi mengenai2 kelemahan yg perlu diperbaiki.. ana setuju dan percaya, amilin dalam gerakan dakwah juge mencari2 jalan penyelesaian bg masalah2 yg ust nyatakan, cume mgkn dlm bentuk yg berlainan..
di sini sinergi kita usahakan, wallahua’lam..
salam…
just nk kongsi dengan para pembaca sekelian. semua orang bercerita tentang kemenangan Islam, tetapi masing2 masih tidak dapat memenuhi kriteria kemenangan Islam. macam kita nak berjaya dalam periksa, kenalah melalui kesusahan untuk mengulangkaji dan sebagainya bagi memenuhi asbab untuk berjaya dalam peperiksaan tersebut.
apa yang ustaz kongsi dengan kami semua adalah baik untuk renungan kerana kebanyakan pendakwah dan pejuang Islam masih lagi menunggu saatnya untuk menang sedangkan usaha etrsebut hanya tertumpu terhadap isu-isu politik semata-mata, maka soal kemenangan Islam itu akan berada semakin jauh dari yang dijangkakan. kenapa perlu kita memikirkan hak Allah yang akan memberikan kemenangan tersebut suatu hari nanti sedangkan hak kita dengan Allah tidak dilaksanakan. kita sibuk untuk mencari kemenangan tetapi persediaan ke arah kemenangan itu kita tidak rancangkan. nak serahkan kepada pemimpin sahaja untuk memikirkan kemudian apabila Islam menang nanti, sedangkan kita nanti duduk di rumah goyang kaki, maka tunggulah saat kehancurannya.
Ana bukan nak menjatuhkan semangat para pembaca sekelian untuk tidak bekerja kuat dengan Islam untuk mencatur kemenangan yang mungkin akan dinobatkan dalam waktu terdekat, cuma ana nak mengingatkan bahawa kemenangan itu adalah milik Allah, maka apabila menang nanti kita takut akan menjadi orang yang lebih riak daripada golongan taghut tersebut dan Allah hilang di dalam hati apabila kita menang nanti, kerana kononnya usaha kitalah yang menyebabkan kemenangan tersebut. hati-hati sahabat-sahabat sekelian, berdoalah pada Allah supaya kita nanti dijauhi daripada syirik dan banyakkan munajat pada Allah agar Allah menangkan Islam dengan kemenangan yang hakiki, itu janji Allah dan Rasul.
Wallahu a’lam
Faiz,
Saya setuju dengan apa yang dinukilkan. Jika dilihat tulisan Abu Saif yang lepas, kemenangan yang Allah janjikan bukanlah datang dengan ‘big bang’.
Janji Allah menerusi ilham kepada Nabi SAW bahawa Konstantinople akan jatuh kepada Raja dan Tentera sekian,sekian juga tidak terjadi secara big bang. Percubaan merealisasikan janji itu bermula seawal zaman sahabat Abu Musa berlanjutan selama 800 tahun.
Muhammad Al-Fatih telah dilatih dari kecil supaya menjadi Raja yang dijanjikan itu. Bukan secara tiba-tiba beliau jadi sedemikian.
sayangnya kadangkala sikap berserah kpd sebuah kehidupan yang susah ni dikaitkan dgn agama oleh sesetengah pendakwah. yang peliknya, kadangkala sang pendakwah-lah yang hidup agak lebih selesa berbanding pengikutnya…
Hijrah
Membaiki diri sendiri dari tidak tau kepada tau.
Dari tiada tujuan hidup kepada ada tujuan hidup.
Hijrah perlu pada diri setiap insan dalam erti kata membuat keputusan buat diri sendiri (tujuan hidup ‘tapak’ tempat kembali?).
Hijrah
1) Bermula dari diri sendiri – kenal diri – apa tujuan hidup)
2) Perlu usaha ‘mencuba’ dengan akal -kekal, nafsu – lesu.
3) Tidak perlu berkata-kata – bicara kosong
4) Perlu kekuatan. (Mohon pada Allah bukan pada manusia)
5) Perlu berterusan seperti quote #10, bukan satu / dua..malah lebih usaha
6) Tidak berputus asa.
5) Perlu pengorbanan. (Berserah Diri – redho atas segala ketentuannya)
Sebelum Hijrah Nabi, beliau telah mencuba dan terus mencuba tanpa mengenal erti jemu. Sehingga beliau bertemu jalan penyudah – keputusan yang tepat.
Seperti Hijrah nya anak kecil dari duduk, bertatih, berjalan jatuh – sakit, tetap berjalan dan akhirya berlari.
Begitu juga hijrah buat diri kita mencari kehidupan hakiki..
Life Goes On..
InsyaAllah akan ketemu…
“pendakwah dan pembangkang perlu jadi pemula”,,erm,,menarik tuh..ustaz elobarate lah lagi..susah juga nak start,,
” Oleh itu mari semua, kita sambut ma’al hijrah “
@pena_prima,
tingkatkan semangat
tegakkan syiar islam..
‘hijrah satu detik permulaan… tapi asyik berkata tentang hijrah dan harapan. tekadnya tak kemana…. setiap tahun mengulang harapan yang sama…’
manusia akan terus hidup bila dia punya harapan. harapan untuk berjaya, harapan untuk kekal sihat, harapan untuk makan sedap, harapan untuk menang…
tak salah kita terus berazam walaupun asyik mengulang kesilapan dan kelemahan. cumanya, bila dah sedar (kena usaha untuk sedar) janganlah diulangi kelemahan. time tu hancurlah harapan, tiadalah hijrah melainkan hanya topik yang tak spesifik dan tinggal angan-angan.
‘Goal is a dream with deadline’
“pendakwah dan pembangkang perlu jadi pemula”-ana rasa mungkin ana boleh membantu ustaz sedikit untuk elaborate. selepas itu ustaz boleh perbetulkan mana yang salah.
Apakah peranan pendakwah dalam struktur masyarakat? – yang ana tau peranan pendakwah (baca:ulama’) adalah untuk bukan setakat mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, tapi membimbing masyarakat ke arah keredhaan Allah. maka sebagai pembimbing masyarakat, perlulah mereka menjadi pemula kepada segala kebaikan dan pembaharuan di dalam masyarakat. kebanyakan para ustaz sekarang ini tidak mengambil waqi’ semasa untuk dibincangkan (terutama perkara besar) supaya ianya dapat menyuburkan dan menggerakkan jiwa orang yang mendengarnya. bukan setakat berceramah hanya untuk menyedapkan orang yang mendengar.
kan Islam mengajar, sesiapa yang mengucap dua kalimah syahadah, maka ianya bergelar pendakwah. ini kerana tanggungjawab pendakwah bukan didokong oleh golongan tertentu sahaja, malah golongan profesional, separa profesional dan tidak profesional juga adalah tergolong dalam menjalankan peranan ini. oleh itu, sekiranya setiap orang tahu tentang peranan masing2, maka Islam akan dipandang dengan lebih baik di mata masyarakat. masalahnya, sekarang ini, peranan tersebut tidak begitu dijalankan oleh para pencinta Islam, apatah lagi pembenci Islam dikalangan orang Islam sendiri, maka musuh-musuh Islam bertepuk tanganlah sebab orang yang menghalang Islam adalah orang Islam sendiri. pembaharuan bagi ana hendaklah bermula daripada para ulama’ dan umara’, kemudian seluruh umat Islam, dan kemudian barulah kepada seluruh masyarakat dari agama lain.
Wallahu a’lam….
ana rasa maksud ustaz mudah..dalam kita mengajak orang lain berhijrah, kita juga kena renung diri sendiri dan berhijrah.
iblis dulu khabarnya mendoakan keselamatan semua yang lain hingga lupa mendoakan dirinya.
dalam cakap2 orang kita, 1 jari tuding kat orang lain, 4 jari tuding diri sendiri..
moga saya dan kita semua faham dan diberi petunjuk oleh Allah s.w.t.
mesej saya mudah sahaja. tidak perlu dirumitkan.
Setuju 100%
berubah tak susah… betol tak ustaz? saya dah berubah dari takut beri respon kepada dah bagi respon pun…
Salam ya Ustaz,
Off topic kejap. Saya tak pasti Ustaz sempat bersamanya atau tidak. Sdr Adlan Benan, mantan pengasas UKEC telah pulang ke rahmatullah semalam jam 3.45 ptg pada usia 35 tahun. Al-Fatihah.
Thanks for the term “courage zone”. Motivators always urge us to get out of comfort zone but rarely tell us where to go.
In my case, the courage zone is to embark my PhD, seriau juga to Begin With The End In Mind. Kena hilangkan seriau ni dulu…
@Kak Ija, @Kak Ija,
Saya melihatnya ‘confort zone’ sebagai zone mencari ketenangan sementara ‘courage zone’ menuju ke arah zone mencari kebenaran. Semuga berPhD dengan warna terbang (flying colors).
Tiada kagi hijrah selepas pembukaan kota mekah, kecuali pembaharuan niat dan jihad- jawapan ustaz akhil hayy ketika ditanya tentang hijrah
salam ustaz,
benar tu ustaz…hijrah nabi itu ada hijrah dari segi makani (tempat) dan dari segi ma’nawiyah (pemikiran dan jiwa) Yang relevan skrng ni nampaknya hijrah maknawiyah …jahil,miskin, malas kepada yg baik, dan kembalikna izzah seorang islam yg tinggi.Mungkin kalau terdesak maka perlunya juga hijrah makani…
Hijrah Rasulullah itu adalah satu titik tolak utama dalam proses penegakan agama di Madinah setelah 13 tahun proses penegakan agama di mekah atau digelar proses taasis. iaitu proses di mekah lebih utamakan pembinaan individu muslim /takwin dan persiapan…dan seterusnya di madinah adalah proses pembentukan masyarakat islam setelah adanya takwin tadi.
Jadinya hijrah nabi itu adalah satu proses yg utama di dalam penegakan agama ini yg mana ada 2 fasa…mekah dan madinah…Allah perintahkan kita bukan sekadar dakwah dan jihad tetapi adanya juga penegakan agama di muka bumi
wassalam
salam ustaz,
pertama sekali saya rasa golongan ustaz perlu buat hijrah dalam diri masing-masing. mereka mendalami ilmu agama dan membolehkan golongan ini lebih dekat kepada Allah. saya cadangkan ustaz-ustaz yg ada di malaysia perlu bersatu dan apabila timbul sesuatu perkara kumpulan ustaz ini bersuara barulah mereka yg jahil dalam agama ini ikut nasihat barulah tidak berlaku kekalutan seperti berlaku pada hari ini. saya rasa korupsi, ketidakadilan dan kekejaman yg berlaku di malaysia hari ini berpunca dari golongan agama terutama ustaz-ustaz yg berpecah belah dan allah bagi bala seperti petrol naik sedangkan kita pengeluar minyak. suara ustaz tidak berharga sekadar merujuk hukum-hakam sahaja. fikirkanlah ustaz-ustaz ada yg sampai master dan phd tetapi mereka ini tidak pernah bersatu masing2 dgn haluan masing2 sedangkan menyembah tuhan yang satu? fikirkan ustaz andalah yg bertangungjawab membetulkan keadaan di malaysia ini.
assalamualaikum,,,
BUTA hati,pendengaran and penglihatan tidak pernah kenal pada pangkat ustaz, golongan marhain atau cerdik pandai. MOU dengan syaitan pula akan lebih merumitkan lagi keadaan. therefore, kita yang memahami akan mesej-mesej kebenaran ini perlu memberi makna kepada maklumat yang diterima dengan cara yang bersesuaian dengan kemampuan masing-masing. Mari kita sama-sama memikul beban amanah “duta kasih sayang dan penyelamat” kepada ummah ini dengan penuh rasa taklif and tanggungjawab.
best..best. kena bersedia untuk berubah. jangan ditakut2kan pemikiran dan tindakan dengan hal-hal yang belum berlaku
salam kenal, semoga ada manfaatnya, amin
assalamualaikum ust.sy nak tanya apa maksud ayat ustaz dengan (Golongan yang berani hidup, tidak takut dengan mati. Orang yang berani mati, mungkin terlalu pengecut untuk hidup. Atau malas berjuang memperbaiki kehidupan, lalu memilih kematian.)takut orang yang membaca artikel ust terburuk sangka kepada orang yang melakukan amaliah istisyhadiah di Palestin sana.