
Selasa (27 Mac 2007), 8:30 pagi waktu Malaysia, Alhamdulillah saya telah ke udara sekali lagi di dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia, bersama moderator DJ Erwan Johari dari IKIM.fm. Tajuk yang akan dibincangkan kali ini adalah berkenaan dengan Maulid al-Rasul. Berikut adalah sinopsis pengisian selama 15 minit tersebut:
1. MENGAPAKAH UMAT ISLAM PERLU MENGENANG KEMBALI KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SAW?
- Hubungan kita dengan Rasulullah SAW adalah hubungan yang berterusan
- Syahadah, mengiktiraf bahawa hidup ini hanya untuk beribadah kepada Allah, caranya adalah dengan mengikut ajaran Rasulullah SAW
- Manusia mudah alpa dan perlu diingat dari semasa ke semasa
- Firman Allah SWT:
Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah. “Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur. (Ibrahim 14 : 5)
- Allah memberikan kita Islam, bukan hanya dalam bentuk teori, tetapi amalinya adalah pada mencontohi Sirah Nabi SAW
- Sahabat mengajar anak-anak mereka Sirah, sebagaimana mereka mengajar anak-anak mereka al-Quran.
- Kesimpulan, memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW adalah sebagai usaha untuk memperbaharui komitmen kita kepada mempelajari contoh amali kepada Islam, iaitu sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dalam kehidupan baginda.
2. SIRAH RASULULLAH SAW BERMULA DENGAN CATATAN BAHAWA BAGINDA SEORANG ANAK YATIM. APAKAH IKTIBAR DARI KENYATAAN INI?
- Yatimnya Nabi SAW adalah tsabit di dalam nas al-Quran. Firman Allah:
Bukankah Dia mendapati Engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan? (Al-Dhuha 93: 6)
- Hikmahnya besar dan tidak terhad
- Tetapi, Sirah memberikan penekanan kepada aspek praktikal. Rasulullah SAW dipilih dari kalangan manusia, bukan malaikat, supaya kita tidak berhujah dari segi keupayaan baginda dan ketidakupayaan kita.
- Jika baginda datang dari sebuah kehidupan yang serba kekurangan dan dhaif sebagai anak yatim, tetap boleh cemerlang, ia menyuntik harapan kepada semua lapisan kita bahawa semua orang boleh berjaya, asalkan kita berusaha.
- Kita tidak boleh memilih untuk dilahirkan kaya atau miskin, yatim atau beribu bapa. Tetapi kita boleh memilih untuk berjaya atau gagal. Susah atau senang, yatim atau beribu bapa, terpulang kepada kita, bagaimana reaksi kita terhadap kehidupan ini.
- Juga untuk memperlihatkan bagaimana Rasulullah SAW tidak dibesarkan dan berpemikiran hasil pengaruh ibu atau bapanya. Sebaliknya baginda bebas dari pengaruh keturunan dan pewarisan pemikiran.
- Didikan secara langsung dari Allah SWT.
3. JIKA BEGITU SEKALI KEHEBATAN PERIBADI BAGINDA, MENGAPAKAH SUKAR BAGI SESETENGAH KITA UNTUK MENCONTOHINYA?
- Soalan yang sangat penting.
- Kehebatan Rasulullah SAW turut diakui oleh pengkaji barat seperti Michael H Hart di dalam bukunya The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History
- Mengapa sukar mencontohi baginda?
- Bukan hanya orang bukan Islam, malah orang Islam sendiri mungkin ramai yang sulit mencontohi kehidupan Nabi SAW.
- Contohnya: Hadith berkenaan puasa, Nabi SAW bertanya kepada Aisyah apakah ada makanan untuk dimakan? Jika tiada, Rasulullah mahu berpuasa. Apakah ini contoh rumahtangga yang terbaik? Mahukah perempuan hari ini menerima calon suami yang tidak dapat menyediakan makanan di rumah?
- Allah sebut dalam al-Quran:
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya (Al-Ahzab 33: 21)
- Tiga ciri orang yang boleh melihat Rasulullah SAW sebagai contoh terbaik iaitu:
- Meletakkan harap / matlamat hidupnya kepada Allah (Allah Centric)
- Ganjaran pekerjaan yang diutamakan adalah habuan Akhirat
- Konsisten mengingati Allah dalam segenap kehidupan
- Membetulkan pandangan terhadap Rasulullah
- Percaya dengan apa yang dipercayai oleh Rasulullah SAW (Aqidah)
- Inilah yang diusahakan oleh Baginda SAW selama 13 tahun secara intensif pra Hijrah.
4. NAMPAKNYA SOAL AQIDAH TELAH DIBERIKAN PENEKANAN YANG AMAT BESAR OLEH BAGINDA SAW. BOLEH USTAZ LANJUTKAN LAGI TENTANG KEPENTINGAN AQIDAH INI?
- Kesemua Rasul diutuskan dengan menjadikan soal kepercayaan / Aqidah sebagai subjek utama
- Firman Allah SWT:
- Kepercayaan menentukan pandangan hidup (world view), sistem nilai dan tindakan
UNTUK MENONTON RTM1 SECARA ONLINE, IKUT LANGKAH-LANGKAH BERIKUT:
Salin link di bawah, buka Windows Media Player, klik File di bahagian menu (atas sebelah kiri), pilih Open URL, masukkan link yang disalin tadi dan enter.
MALAYSIA
http://61.6.163.26/rtm1
INTERNATIONAL
http://mfile.akamai.com/24752/live/reflector:54711.asx
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor





salam.. cume nak penjelaasan… er.. bukan ke hadith tu berkenaan tentg Aisyah yg maseh belom g pasar sbb tu xd makanan dan bukan pasal nabi x dpt sediakan makanan untk Aisyah…
lg satu.. dari kecik saye tertanye2… dulu, nabi x keje ke? bergantung pade duit khadijah jek? nampak cam lemah la kalau camtu… harap ustz dapt tolong saye..
saya tgk ustaz….pagi tadi,
Assalamualaikum ustaz. Ustaz ada rakaman kat RTM 1 pagi tadi? saya tak dapat menonton sebab ada kat sekolah pg td.
assalamualaikum..
najwa,nabi meniagakan brg2 kepunyaan khadijah..itu bkn kerja ke nama dia?nabi pergi ke syam dan merata tmpt lg utk menjual brg2 dagangan khadijah..sebagai cth:”si Ah Chong yg kerja di cawangan bank dia menjalankan operasi bank..bank tuh bkn si Ah Chong yg punya..”mcm tu gak nabi,brg dagangan tu bkn nabi yg punya tp khadijah yg punya,nabi kerja dia tlg jual jer..tu kan kerja namanya..
betul tu!
cool!! mekaseh eh… betol gak..hem..
may Allah bless u=)
Ustaz, mohon pandangan terhadap artikel ini??? Salah ke bagi mereka yg mngajurkan majlis2 selawat dan berzanji??? adakah maulud ini satu bidaah…… dari kecil ana merayakan…..
…………………………………………………………………………….
- artikel seperti ini, sila post di mailing list – webmaster
akh aye. ruangan ini disediakan untuk komen apa yang ustaz post..
tak perlu copy pastekan sebarang artikel di sini. bukan tempat yang sesuai. harap kita semua dapat memanfaatkan ruang yang ada sebaiknya. jauhilah sikap terburu atau main hentam keromo menggunakan ruang yang ada dalam laman ini atas dasar kepentingan sendiri.
allahu a’lam
saya suka penerangan ustaz, jelas n mantap.
terimakasih byk2 ustaz.
a,kum..ustaz, nak tumpang tanya macam mana nak convert msword ke format pdf ye untuk kita upload kat blog??tq..
yes ,betul Rasullah adalah contoh tebaik ,but it is so difficult to maintain that kind of manner ,ustaz ,saya rasa diri saya macam eterumbang ambing ,kekadang saya rasa islam itu dekat dengan saya dan kekadang semakin saya mendekati semaikn jauh perginya,terasa diri macam sudah tak mapu berbuat ape.insaf la untuk sehari dua ,kemudian kejahilan merentap kembali untuk menguasai .saya hanya bermohon agar lisan saya tidak kering dan luput dari berselawat setiap kali sangat lupa akan diri sendiri ,cuma saya bermohon agar Allah meberikan saya hati yang akan terus mengingati perjuang dan perngorbanan rasullah dalam menjadikan islam sebagai cahaya kehidupan.
hidup rasullah tak same dengan hidup kita zaman sekarang ,untung la mereka yang merasa rasullah sentiasa dekat dihati mereka ,dan rugilah mereka yang jauh darinya.ustaz saya pernah teringat akan suatu kisah sewaktu rasullah disaat waktunya hampir .baginda sangat rindu kepada ikhwan nya ,sehingga sahabat baginda cemburu dan rasullah menjelaskan ,mereka itu adalah kurindui keran mereka mencintai ku walaupun mereka tidak pernah menemui ku dan melihatku.banyak kisah rasullah yang menyentuh perasaan.ustaz tapi kenapa hati ni masih lagi belum sedar akan hakikatnya.bantulah saya ustaz.
saya ingin menyatakan sesuatu bahawasanya kita perlu mengucapkan assalamualaikum dengan betul. bukannya akum, tak baik