Pemimpin Harus Punya Idea

February 13th, 2008 by Abu Saif 12:52 am | 6,455 views | Print Print | Email Email | Leave a reply »


Dubai hari ini [copyright]

“Ana harap, di Duty Free nanti, ustaz beli sebuah buku bertajuk Ru’yati: al-Tahaddiyyaat fee Sibaaq al-Tamayyuz”, kata Ustaz Hasan kepada saya. Buku berkenaan adalah karangan Mohammad bin Rashid al-Maktoum pemerintah Dubai.

Beliau juga merupakan ‘majikan’ yang membiayai posting saya sebagai Minister of Religion di Belfast Islamic Centre tidak lama dulu. Saya bekerja dengan tajaan ‘Al-Maktoum Foundation’.

4-24-2006_55-23-m1pp.jpg

“Anta baca buku itu dan hayati kupasan beliau tentang plan dan misinya membangunkan Dubai. Juga kritikannya kepada idea Samuel Huntington berkenaan dengan Clash of Civilization“, pesan Ustaz Hasan kepada saya.

Kami berpelukan tanda perpisahan. Insya Allah ia hanya perpisahan yang sementara kerana kami berkongsi cita-cita yang sama. Jika masing-masing konsisten di jalan ini, pasti ketemu di hujung sana. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Ustaz Hasan atas mutiara-mutiara berharga yang dikongsinya bersama, dalam tempoh pertemuan yang singkat di Dubai.

Terima kasih juga kepada Abu Muaz yang memperkenalkan kami.

MY VISION

Tidak sulit untuk saya bertemu dengan buku yang dimaksudkan.

Kulit buku yang tebal, hitam keemasan dengan wajah Mohammad bin Rashid al-Maktoum, saya membayar 70 Dirham untuk senaskhah.

Sepanjang penerbangan dari Dubai ke Kuala Lumpur, saya membelek lembaran demi lembaran buku yang dikarang sendiri oleh pemerintah Dubai yang hebat itu.

IDEA DAN KEPIMPINAN

Sememangnya saya amat menghormati pemimpin yang mempunyai visi yang jelas.

Pemimpin harus memimpin dengan pemikirannya yang berbaloi dibaca dan dikaji. Bukan pemimpin yang dungu oleh teks yang disediakan orang lain atau yang tidur di lensa massa.

“If you would not be forgotten, as soon as you are dead and rotten, either write things worth reading, or do things worth writing.” – Benjamin Franklin (1706-1790)

Kita boleh bersetuju atau menolak idea dan pemikiran seorang pemimpin. Tetapi pemimpin yang tidak mempunyai sebarang pemikiran dan idea, harus awal-awal lagi ditolak. Pemimpin tanpa idea, memimpin ke arah binasa dan memimpin sebagai boneka.

Mangsanya kita, rakyat jelata. Dari marhaen hingga pakar yang tiada harga.

Namun, pandangan saya terhenti pada bilah-bilah kata Sheikh Mohammad al-Maktoum ini di muka surat 13. Katanya:

“Setiap pagi, si rusa akan bangun segera lalu terus berlari dan berlari. Dia harus terus berlari kerana dia tahu alpanya dia akan mengundang bencana. Dia akan dibaham singa jika lengah dan tidak peduli kepada datangnya pagi.

Setiap pagi juga, si singa akan bangun segera lalu terus berlari dan berlari. Dia harus terus berlari kerana dia tahu alpanya dia akan mengundang bencana. Dia akan kehilangan rusa dan mati kelaparan, jika lengah dan tidak peduli kepada datangnya pagi.

Sama ada kamu rusa atau singa, itu tidak penting. Apa yang utama ialah kamu harus segera berlari dan terus berlari lebih pantas dari sainganmu… untuk mencipta kejayaan. Itulah falsafah saya, dalam membangunkan Dubai…” [terjemahan bebas oleh saifulislam.com]

Saya terpegun.

Ia adalah pesan Ustaz Hasan kepada saya. Ternyata Ustaz Hasan tahu apa yang patut saya fokus di dalam buku ini. Beliau berpesan agar saya mencari ‘mutiara’ di dalam kisah rusa dan singa.

11022008113.jpg
Ustaz Hasan itu kecilnya kecil cili padi

Bangunkan mangsa untuk bangkit mencari pembelaan. Bangunkan pihak yang sudah punya kemenangan agar tidak terlepas dari genggaman. Sama ada kamu mangsa atau pemangsa, rusa atau singa, pemerintah atau pembangkang… kamu harus terus berlari.

Jangan berlengah…

Semua harus berlari dan berlari. Hanya yang lengah dan membuta tuli, tersingkir dari pertandingan. Menyerahkan tampuk kepimpinan kepada tangan si malas lagi culas… adalah jalan pintas menuju binasa.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
EK342 Emirates DXB-KUL

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

SHARING IS CARING:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • Live
  • Print
  • Technorati
  • MyShare
  • Upnews
  • PDF
  • RSS
  • Add to favorites
  • Twitter
  • MySpace

Related posts:

  1. Mengapa Harus Tersinggung Selepas saya menulis CERITA TENTANG JORDAN?, saya didatangi oleh beberapa...
  2. Babi… Harus Yang Haruskah Begitu? “Macam mana pandangan ustaz?”, tanya rakan sekerja saya setibanya saya...
  3. Kaitan Idea Dengan Masa Hari ini, kelas kami panas dengan diskusi berkenaan pemikiran anak-anak...
  4. Pemimpin Sepanjang Zaman Pandangan Pemimpin Terhadap Mereka Yang Dipimpinnya   “Huh, pemimpin apa...
  5. Krisis Sikap di Institusi Kesihatan: Mengapa Harus Begini? Emak awak mesti menjalani pembedahan craniectomy!, itulah kata doktor pakar...

Advertisement

42 comments

  1. Amin Ahmad says:

    Semoga Allah s.w.t. memilih kita untuk jadi umat yang diredhai dan kita juga memilih untuk meredhai Allah s.w.t. sebagai satunya Tuhan kita..

  2. abu muaz says:

    Ust Hasan memang orang yang penuh dgn mutiara. Walau dalam keadaan sibuk skali pun, beliau pasti cuba sedayanya untuk memenuhi keperluan kami atau sesiapa saja yang berhajat.

    Walau tidak senegara, ukhuwah seolah lebih dari yang senegara. D kenalkan oleh almarhum Ust Ghazali, seorang lagi sahabat Patani yang terasa kehilangannya.

    Dalam keadaan Ust Hasan d uji, nampak masih biasa. Hari ni skali lagi dia berbakti buat teman Malaysia. Cuma, kadangkala rasanya macam dia keseorangan dalam menempuh ujian yang d lalui.

    Moga ALlaah beri ketabahan dan mudahkan urusannya.

  3. Abu Saif says:

    Benar… memang banyak yang ana nak coretkan tentang Ustaz Hasan tetapi jam sudah 2 pagi :)

    Apa-apa pun, hargailah setiap insan semasa berada, jangan nanti terkenang selepas tiada.

  4. salam.
    moga kita sentiasa berlari, menuju akhirat yang pasti, mengejar syurga yang suci. thabit di jalanNYA dengan izinNya. selaku pemimpin, banyak hak-hak yang perlu ditunaikan, semoga tidak dituntut kemudian nanti.

  5. pauhfc says:

    salam ustaz.

    tanya skit.apa terjemahan tajuk buku tu dlm BM?

    takde terjemahan dlm BI ke?

    soalan utk pembaca SI, pemimpin kita skrg ada tulis buku ke?

    dulu TUN M. ana akui dia mmg prolifik.tp rakyat dia sendiri pun tak ramai yg membaca tulisannya.

  6. Abu Saif says:

    Tajuk buku ni dalam Bahasa Inggeris ialah “My Vision, Challenges in the Race for Excellence”. Ana dah tanya di kaunter, katanya belum ada terjemahan official. Buku baru. Maybe kalau ada rakan Indonesia beli, cepatlah sikit terjemahannya barangkali.

  7. MFR says:

    pemimpin memang perlu ada idea.

    pemimpin lahir dari masyarakat.

    masyarakat juga perlu hargai idea.

    dan hargailah idea walaupun idea itu datang dari kanak-kanak sekalipun.

    dengan itu legasi generasi beridea tak pernah putus.

    http://www.youtube.com/view_play_list?p=65497D78FC13997A

  8. Amin Ahmad says:

    Pemimpin juga harus belajar cara menyampaikan idea barangkali harus ditambah juga ustaz..

    Byk idea yang baik seringkali gugur di tengah medan yang jamak dengan pandangan dan resam.

  9. Abu Saif says:

    Kalau nak sumbat semua, tak jadilah artikel namanya.

    “Untuk pemimpin beri idea, rakyat kena hargai idea. Rakyat pula mesti dibentuk oleh sistem pendidikan yang menggalakkan idea. Namun sistem pendidikan tidak berguna jika ibu bapa tidak menyediakan anak-anak mereka dengan potensi generasi beridea, kanak-kanak yang punyai idea. Ibu bapa pula tidak akan mampu berbuat demikian jika perkahwinan mereka tidak dibina tanpa idea dan wawasan…”

    Well…. ada mirip-mirip lagu Bangau oh Bangau tak?

  10. pakdi says:

    ya. pemimpin melihat sesuatu yang rakyat tidak nampak. dan menjadikannya realiti. tetapi adakalanya ia terlalu mahal apabila rakyat tidak nampak idea-idea tersebut.

    Seingat saya almarhum Ust. Fadzil Noor mendapat bantahan ramai ahli PAS apabila beliau antara yg awal mengunjungi DSAI ketika dipecat dahulu.

    Tetapi tindakan pantas beliau itu akhirnya melonjakkan partai tersebut ke arah yang lebih baik.

    mana-mana pemimpin pasti akan menghadapi situasi sebegitu. baik pemimpin politik, masyarakat dan perniagaan.

    Pakdi
    Kajang

  11. Takbirr!!!! oppss over acting pulak. Sorry tgh membuak2 ni. :D

  12. Kak Ija says:

    Hmm, teringat artikel gambar orang mendayung di laut. Seingat akak artikel tu mengenai mencari potensi diri, gabungan kedua-duanya barulah boleh mewujudkan negara yang cemerlang. Tetapi yang pastinya rakyat dan pemimpinnya perlulah tidak mengkesampingkan modal insan dengan pengertian yang sebenar. Bukannya semua iklan produk bermodalkan insan untuk melakukan jualan.

    Ustaz2, akak baru terasa nak berehat hari ni, dah kena suruh berlari.

  13. syam_93 says:

    Pakdi tu…seingat saya Us Fadhil pun kurang disanjung semasa hayatnya..hanya di saat-saat akhir barulah menyerlah sikit. Lepas meninggal mmg disanjung.
    Moral: Hanya sedikit manusia yang tahu menghargai nilai pengorbanan.Hanya orang yang sanggup berkorban jua.
    Ramai oarng hanya selesa menjadi penonton.Membuat penilaian secara jauh.Mcm penonton bola,perasan dia lebih pandai dan bijak.

  14. blueocean says:

    idea dan gagasan dari pemimpin yang bagus seperti mohammad al-makhtum, dr. mahathir, ust. fadhil dan seumpama mereka, hanya dapat direalisasikan oleh rakyat atau pengikut, yang diklasifikasikan juga bagus, di dalam mencerna idea, membentuk perancangan yang jitu serta melaksanakan perancangan yang jitu secara sistematik, berkesan dan praktikal.

  15. fudzail says:

    Salam Ustaz
    Saya gunakan entri ustaz kali ini untuk bahan artikel.
    Saya sudah memohon untuk menterjemah buku ke BM tersebut ke pejabat sheikh tetapi masih belum dijawab.

    sekian.

  16. Abu Saif says:

    Salam Encik Fudzail. Silakan silakan… Ustaz Hasan juga sedang menterjemahkan buku yang sama ke Bahasa Thailand

  17. mahasiswa says:

    Ehm jangan lupa Pak Lah pun hebat dgn pelbagai idea yg mantap.. Cuma kita yg mengecilkannya..
    1) Islam Hadhari
    2) Projek Koridor utara, selatan, timur, sabah, serawak. (Idea dirancang utk berpuluh tahun akan datang- bukankah dah terbukti Pak Lah punya renungan yg jauh?). Tapi malangnya kita semua mengecilkan idea tersebut!
    3) Generasi ulul albab – Cuba lihat perkambangan Islam di terengganu. Senibina Islam yg hebat di Pulau Wan Man, Ia akan menjadi pemangkin kepada wujudnya arkitek2 islam yg unggul. Tapi skali lagi kita mengecilkan idea tersebut.
    So terimalah hakikat yg pemimpin kita juga penuh dgn idea…

  18. Abu Saif says:

    Sebagai student of history and civilizational studies, projek di terengganu itu adalah projek yang paling rubbish, jika tujuannya adalah untuk membangunkan tamadun Islam. duit yang banyak digunakan itu lebih baik disalurkan ke seminar, kaji selidik dan projek yang benar-benar membentuk asas tamadun dan bukannya mimik bangunan ala abrahah meniru kaabah

  19. ummizahhra says:

    entah kenapa idea paklah ni saya tak terima sebagai idea..
    bg saya idea=pemikiran,yg boleh dijadikan sandaran or “footnote” dakam kajian ilmiah..boleh digunakan dan rase bangga menggunakannya
    semua projek diatas cume pengisian untuk pembangunan…

    maafkan saya..

  20. ummizahhra says:

    artikel ustaz kalini mmg betul2 menyengat di musim pilihanraya..
    penuh sindiran tajam..
    yg membaca dgn mata hati boleh memahami =)

  21. Husaini says:

    Idea atau wawasan? Kalau sekadar merancang sesuatu yang belum tentu nampaknya sesuai dengan keadaan negara dan situasi semasa, apalah sangat idea itu, ia sekadar ingin menampakkan pembangunan material yang secara tidak langsung menaikkan nama pemimpin tertentu. Kita masih meragui ketelusan dan kepintaran kematangannya. Tak percaya? tengok apa dah jadi dengan Isu P n P Sains dan Matematik dalam BI, jangka panjang mana sangat kalau sekarang dah ura-ura nak dikaji semula, nampak sangat ia tidak melalui proses pematangan idea dan wawasan terlebih dahulu.

  22. MFR says:

    Sains dan Matematik dalam BI itu idea Tun M yang hebat dan prolifik tu, Husaini.

  23. mulvi78 says:

    “Bukan pemimpin yang dungu oleh teks yang disediakan orang lain atau yang tidur di lensa massa”

    Wow! ini paling menyengat…:) Macam kenal siapa gerangannya.
    Parlimen sudah dibubarkan. Sudah sampai peranan tangan rakyat membuang undi untuk memilih kerajaan yang “berlari”.

    alhamdulillah ‘alas salamah ya aba saif!

  24. Amin Ahmad says:

    Idea itu boleh jadi buruk atau baik, akhirnya tergantung kepada konteksnya.

    Ada idea-idea baik mungkin tidak dapat dilaksanakan atas kemampuan pelaksana. Ada idea-idea yang buruk pada satu tingkat, tapi pada tingkat yang lain adalah sangat baik.

    Idea tetap idea, ia boleh dibahaskan. Timbangan ringan dan berat dalam sesuatu konteks, seterusnya strategi pemasaran idea itu yang akan menunjukkan idea itu boleh diterima, dikembangkan atau hanya tersimpan dalam buku, nota, dewan seminar dan sebagainya.

    Apa pun jangan meremehkan idea, sentiasa sediakan ruang untuk idea dibahaskan, diterjemahkan dan dianalisa – sebelum, semasa dan selepas.

    Malek Ben Nabi juga selalu mengingatkan persoalan ‘guiding ideas’ dalam agenda membangun tamadun.

  25. Abu Saif says:

    seorang di Amerika seorang di nusantara

  26. Albanna says:

    salam. Ustaz tahu tak kat mana boleh download buku ini dalam full versi in arabic?

    Saya dah cari, tapi dapat yang ringkasan saje.

    Tima kasih.

  27. wan halim says:

    Short cut to gain others experience is by reading their books. Your mind is what you read, and your physical body is what you eat…..
    Good point ya Ustaz….. just got one of Karen Armstrong’s book here in Saudi…huhuhuhu

  28. ma.ha says:

    emmm.susah nak dapat pemimpin yang yang benar-benar mempunyai idea yang jauh ke hadapan dan selari dengan Alquran dan Assunah.Kalau ada pun bukan main susah nak bagi peluang pemimpin-pemimpin ni memerintah negara.Ada je yang tukang cemburu buta tak tentu pasal.Sepatutnya rakyat buka mata dan ambil peluang parlimen dah bubar ni kan.Ni tak….tak tau lah apa punya manusia

  29. khairul asraf says:

    to mahasiswa…

    Generasi ulul albab – Cuba lihat perkambangan Islam di terengganu. Senibina Islam yg hebat di Pulau Wan Man, Ia akan menjadi pemangkin kepada wujudnya arkitek2 islam yg unggul. Tapi skali lagi kita mengecilkan idea tersebut.

    saya amat tidak bersetuju dgn cadangan mengadakan senibina itu utk tujuan membawa masyarakat menjadi generasi ulul albab. sedangkan pendidikan yg diterapkan tidak langsung mencerminkan perubahan kepada menjadi ulul albab.

    hendak rakyat menjadi ibnu sina ttp proses pendidikan tidak mengikut proses ibnu sina menjadi cemerlang. ibnu sina mendalami ilmu agama pada awal umurnya sebelum mempelajari ilmu fardu kifayah. Begitu juga dgn sarjana2 muslim yg lain…

    lgpun satu mahu mencontohi zaman keemasan islam tp tidak mencontohi proses masyarakat islam pada masa itu menjadikan zaman itu gemilang. Pemimpin masa itu tidaklah menyuruh rakyat marhaen mempelajari bahasa greek dlm ilmu2 fardu kifayah disebabkan ilmu2 tersebut berasal drp bahasa greek ttp ilmu2 itu dialihbahasakan kepada bahasa arab…

    so di mana rasional menukar P & P Maths dan science kpd bhs inggeris jika ingin memartabatkan bangsa malaysia??

    malah sy bagi satu contoh kepada saudara…..cuba kita lihat negara2 barat….ada tak diorg bina bangunan rom dahulukala (ketika mereka cemerlang dgn ilmu i.e zaman socrates n plato) di negara diorg dgn harapan bangunan2 tersebut dpt menaikkan semangat utk berjaya?
    diorg x buat begitu…apa yg diorg buat diorg mendidik rakyat utk berfikir sendiri…malah diorg menerapkan konsep adil, telus dlm pemerintahan diorg….maka diharap saudara boleh berfikir…adakah kerajaan kita skrg adil dan telus?? bagaimana dgn media??
    tak malukah kita menganggap negara sbg negara islam…ttp konsep islam ditinggalkan sewenang2 nya…sedang kan negara bukan islam lebih demokrasi i.e adil dan telus dlm memastikan nasib rakyat terpelihara…

  30. Pak_Din says:

    Salam semua,

    Kisah singa dan rusa sangat menarik … tetapi saya selalu ingat ‘Early bird catches first worm’ … being first does matter, from the right angle. MFR … dah lama tak tengok cerita, tapi cerita tu habis saya tengok, mungkin pasal budak sixth sense.

  31. muhammad says:

    kawan memang suka dengan idea koridor dan tingkap ni..tak perlulah selongkar jauh-jauh nak cari itu idea siapa :)
    yang bagus akan diakui bagus.
    termasuklah idea-idea jendela yang dinamakan SCORE di sarawak..
    yang kawan tak kagumnya, keluar nama Cahaya Mata Bhd juga as so-called kontraktor utamanya.
    yang kat sinung gah dengan taman tamadun, yang keluar nama Sanderson Group dan Equine Capital.
    kalau tender terbuka, kawan pun tak kisah.
    yang kawan kisah, bayaran kepada kontraktor akan melebihi bajet yang diperlukan seperti kebiasaannya.
    kalau macam ni, idea yang hebat macamana pun boleh bangkrapkan negara.
    pak sheikh makhoum pun garu kepala bila dengar cerita macam ni.

    yang kat kelantan pun katanya nak jadikan pusat tamadun Islam juga,
    yang kat terengganu nak jadi bekas pusat tamadun Islam kot?

  32. zacharias says:

    Menang Kalah kerja Tuhan, Lawan tetap Lawan

  33. yusMMU says:

    Assalamualaikom..
    Maaf kalau saya cuba lontarkan sedikit idea yang seakan tidak selari dengan artikel ini.Saya rasa,kita tidak adil dalam menilai kemmpuan Pak Lah dalam misi dan visinya.Adakah sama orang yang sudah memegang tampuk pemerintahan selama 22 tahun dengan orang yang baru tak sampai 5 tahun memegangnya?Saya bkn menyokong mana-mana pihak,tetapi sekadar melontarkan apa yang saya perhatikan.Setiap pemimpin ada cara dan idea tersendiri dalam membawa kemajuan kepada negra dibawah kelolaannya.Ya benar,ada cacat celanya dalam misi dan visinya,seperti di terengganu dan sebagainya.Tapi sedar atau tdak,begitu juga dengan Tun M dulu dengn idea2 mega dia,ramai mngata dan memperkecilkan kebolehannya,namun dengan idea2nya saya rasa sekarang sudah ramai mengkagumi beliau(walaupun byk kebejatan yang beliau lakukan,namun kita juga mengkagumi beliau sebagai seorang pemimpin yang bijak dan berkarismatik).
    Oleh itu,saya rasa kita perlu menilai balik pada semua aspek.
    sekadar satu lontaran yang tak pasti kena atau tidak.Tapi ini ada satu lontaran dari perhatian.WaAllahualam

  34. bai says:

    salam.satu artikel yang bernas n mendalam maksudnya. hakikatnya ramai yang menggunakan ‘nafsu’ dari menilai dgn ‘keimanan’ tentang seseorg pemimpin. mungkin agak lari sikit, ana minat katun, dan ana baru tgk satu episod spongebox,dimana idea spongebox yang kreatif dipandang enteng oleh mr krab sbb spongebox ni kan mcm ‘kureng’ ckt. but actually it is a great idea. reality sekarang, kita akan tgk sapa yang bercakap, bukan apa yang dicakapkan. kalo org besar2, maka berduyun2 dan bergemalah tepukan diberikan. kalo hanya org2 biasa, kita hanya pandang sebelah mata or yang lbh teruk, bo layan je.masyarakat perlu berubah, sbb skrg even mahasiswa, jiwanya kosong n tak t’buka mindanya. agak2nya macam mana minda diorg nak dibuka bila disup dgn hiburan segala yang melalaikan. syukran jazilan ustaz, ana akan cuba ‘berlari’ lps ni sbb ana slalu ‘berjogging’ slama ni…wallahu’alam….

  35. MFR says:

    saudara bai, memang betul pun orang nak nilai idea bukan sebab idea, tapi orangnya. berapa ramai politikus sekarang diangkat bukan sebab depa ada idea, tapi sebab bapak , datuk depa dulu ada idea. pasal bapak kita penoreh getah, walaupun idea kita bagus, depa bo layan je.
    lagi-lagi kalau kita letak idea dalam karangan UPSR atau komik majalah sekolah. depa bo layan je sebab idea tu budak sekolah rendah punya. pemimpin depa apa idea pun tadak.dulu pemimpin tu mungkin ada idea, tapi idea yang cakap hari ni dah cakap zaman 70 an dulu, “kita kena bersatu”, “kita perlukan perubahan”, “kita kena tolong orang miskin”. strategi baru? tadak. bagi duit, bagi elaun, bagi subsidi. bak kata prof khoo kay kim, “kita kena hasilkan idea baru”.

  36. Abu Saif says:

    Saya rasa macam ada yang tak kena, bila saban hari, MFR asyik mengeluh ideanya dikatakan diperlekeh atau tidak diterima. Sampai dengan saya pun MFR pernah tak puas hati dan tulis satu artikel untuk radd artikel Kemusykilan Minda Muda dalam PIlihanraya. Frankly speaking, saya mula nak diagnos “grandous” attitude ini sebagai masalah psikologi yang perlu dirawat.

    Bila dengar kuliah-kuliah anta, kebanyakan kuliah itu mengandungi pelbagai idea yang boleh difahami, tetapi melompat dari satu idea ke satu idea secara pantas… macam ada some sort of racing thought. understandable but unconnected to each other. Even Ummu Saif pun jadi saspen masa dengar… first thing yang muncul di minda kami… this lovely guy needs some help!

    You have a certain pattern of attitude selama saya mengenali anta melalui tulisan. Ada masa yang sangat agresif, ada masanya jadi kendur, mengalah… tetapi dalam kedua2 keadaan, anta sangat tertekan dengan ketidakpedulian orang kepada idea-idea anta. Pada saya, ia bukan suatu perkara yang ‘normal’

    Ana bukan nak suggest yang anta tidak normal, tetapi sebagai rasa kasih sayang seorang abang, saya ingin mencadangkan MFR dapatkan kaunseling profesional supaya keresahan pemikiran itu boleh diselesaikan.

  37. An-Naas-i says:

    Assalamu’alaikum
    Kepada mahasiswa,
    Saya melihat pelancaran pembangunan ‘super mega’ secara serentak di utara, selatan, timur malah di seberang Sabah dan Sarawak amat merbahaya kepada keselamatan negara. Ini kerana negara terpaksa menambahkan hutang negara yg telah sedia kritikal. Ini membuka peluang seluas2nya kepada kuasa asing untuk menjajah ekonomi dan politik negara. Kita jangan lupa rundingan AFTA masih berjalan. Kalau kita satukan fenomena AFTA dan pembangunan mega ini, mungkin kita akan dapat melihat ‘the bigger picture’. Siapa yg akan mendapat keutamaan membekalkan keperluan pembangunan? Adakah benar kontraktor dan syarikat tempatan akan mendapat manfaatnya. Mungkin mereka yg ada pertalian dgn individu2 tertentu sahaja, tetapi kebanyakan syarikat tempatan grassroot hanya mampu melihat. Pembangunan seperti ini tidak pernah saya lihat di mana2 negara maju seperti Amerika, UK, Perancis, Jerman sepanjang masa saya tinggal di Eropah. Kota London dan Dublin, sbg contoh, juga sedang rancak dibangunkan menjelang abad ke-21 utk memastikan ia tetap menjadi icon dalam peta dunia, tetapi kaedah pembangunan dibuat secara kecil2an dalam jangka panjang. Ini utk memastikan ia mesra alam (minimumkan kesan pencemaran) dan ‘sustainable development’. Akhirnya, saya melihat strategi pembanguan ‘super mega’ ini sebagai ‘poisonous pill’ yg suntik ke dalam ekonomi supaya kesannya akan menyukarkan BA (jika menang) kelak. WaAllahua’lam.

  38. MFR says:

    an naas-i, projek super mega malaysia untuk tarik pelaburan luar ini sebenarnya banyak melihat kejayaan seperti UAE yang menyediakan tanah mereka untuk dibangunkan orang luar.akhirnya negara mereka terbilang dalam ekonomi, tapi orang asing yang mendapat banyak manfaat sedangkan orang mereka tumpang-tumpang saja,termasuklah orang malaysia yang bekerja di sana. besar-besar gajinya.

  39. Pak_Din says:

    Untuk tidak termakan ‘ubat racun’ eloklah diandaikan BA tidak menang kerana sebelum bertanding lagi jawapan kepada kegagalan memerintah telah diberikan … termakun racun. Saya lebih kuhatir rarun-racun PRU semasa kempen yang samar, yang selalunya berdasarkan andaian dan jangkaan yang dibuat tanpa pengalaman. Memanglah kalau tidak diberi peluang pertama, masakan boleh ada pengalaman, tetapi itulah kekhuatiran yang ada di sudut benak. Belum berjaya mengendali skala mini dan memasang semangat mengejar skala mega. Belum pasti boleh berjalan dah berkempen mengajak berlari. Kita perlu menghayati realiti kerana fantasi senang diperolehi di alam maya (cyber) sekarang ini. Belum belajar membuktikan percaya sudah mahu membuat andaian.

    Kepada YusMMu, saya bukan rindukan Mahathir, tetapi saya rindukan orang-orang yang berwawasan seperti dia. Ciri-ciri jatidiri bukan menunggu penggal kedua atau ketiga, tetapi dari sebelum menjadi pemimpin sudah terserlah kepimpinannya. Saya bukan sukakan wadah (BN) tetapi saya rindukan isi di dalam wadah. Jangan asyik menukar wadah kerana kita akan terlupa kepentingan isinya. Kalau rasa isinya kurang masin, kenapa tak cari garam. Kenapa tidak sama-sama membetulkan citarasa dari sibuk mencari wadah baru? Kita tidak menyusun keutamaan akibat selalu mengikut selera dan hati.

  40. AbuNahdah says:

    idea shj xcukup..kena ada kekuatan utk laksanakan..
    malang sekali,di msia skrg ni..kalangan yg menggelarkan diri mereka ustaz dlm parti..
    baik kjaan atau pembangkang..masih kaku,kedu dan bersifat budu…

  41. muhammad nawi bin abdul ghani says:

    assalamualaikum..

    saya ingin menanyakan sejauh manakah manusia menghayati al-quran dan assunah serta hadis-hadis yg kukuh..??..

    harap saudara dapat membantu..