
“Tak tahan… harga barang macam sudah tidak terkawal”, keluh seorang orang biasa di celah hiruk pikuk kehidupan di Kuala Lumpur.
“Kalau tol PLUS tu, boleh kira lagi sebab aku guna pun ada dalam sebulan sekali. Ini tol highway keliling rumah pun naik melampau-lampau. Hari-hari kena rompak!”, keluh seorang warga Selangor yang bekerja di Kuala Lumpur.
Keluhan sebegitu bukan lagi perkara asing.
Ia bagai zikir di butir tasbih, setiap hari itulah keluhan kebanyakan kita. Saya juga mengeluh sama.
Harga susu, harga barang mentah, harga minyak petrol dan segala-galanya, sungguh menekan. Malangnya keperitan ini tidak dikongsi bersama oleh pemimpin-pemimpin. Kesesakan jalan raya juga tidak mereka fahami kerana rakyat sentiasa dipaksa memberi laluan tatkala mereka melintas. Apa yang mereka tahu tentang derita ini?
Lantas isu kebajikan rakyat menjadi subjek utama pilihanraya kali ini.
PENINGKATAN
Biar pun tawaran pembangkang itu ada banyak dimensi yang diperdebatkan, namun saya tetap melihatnya sebagai suatu perkembangan yang baik. Perbahasan tidak lagi pada soal-soal ideologi yang sukar digarap rakyat. Sebaliknya, persoalan yang diketengahkan ialah bagaimana ideologi dan pegangan politik masing-masing boleh berfungsi untuk memperbaiki kehidupan rakyat.
Bagi PAS yang membawa ideologi politik Islam, apa yang diketengahkan ialah bagaimanakah Islam yang diperjuangkan itu berpotensi dan mampu mengubah kehidupan rakyat. Maka perbahasan yang seperti ini, lebih mudah untuk dinilai oleh masyarakat. Pendekatan PAS dan BA semakin menyerlahkan tumpuan mereka kepada substance dan bukan slogan yang sulit difahami oleh mereka yang bukan ahlinya.
‘IBRAH LEMBARAN OTHMANIYYAH
Kejayaan Sultan Muhammad al-Fatih mendapatkan Constantinople pada tahun 1453 juga harus dicontohi.
Sultan Muhammad al-Fatih bukan hanya membawa Islam sebagai suatu kepercayaan untuk dikenakan ke atas penduduk Constantinople. Tidak sekali-kali. Bahkan Constantinople yang kemudiannya diubah namanya kepada ISLAM BOL, itu benar-benar dapat melihat Islam sebagai suatu rahmat kerana kejayaan Sultan Muhammad al-Fatih, telah mengubah kualiti hidup penduduk di kota terbesar di dunia ketika itu.
Pelbagai kemudahan infrastruktur dibangunkan. Sistem ekonomi dibaik pulih, malah Constantinople jauh lebih makmur selepas dikenali sebagai Bandaraya Islam (ISLAM BOL). Islam yang dibawa oleh Sultan Muhammad al-Fatih, adalah Islam yang berjaya memperbaiki hidup mereka yang duduk di bawahnya.
Namun seperkara yang menarik perhatian saya, adalah tindakan Sultan Muhammad al-Fatih melantik kembali paderi-paderi Orthdoks sebagai pemimpin masyarakat Kristian di Constantinople. Maharaja Constantinople di ambang kejatuhannya, secara terburu-buru memaksa pertukaran mazhab Constantinople kepada Katholik di bawah kuasa Pope di Rome, demi untuk mendapatkan bantuan sekutunya di Eropah. Tindakan beliau telah menimbulkan kemarahan penduduk Constantinople…
“Kami lebih sanggup melihat serban Turki daripada topi Latin di kota ini!”, kata mereka.

Semasa Sultan Muhammad al-Fatih masuk ke kota itu sejurus kemenangannya dan tentera yang hebat itu, paderi-paderi ini tunduk ke tanah kerana bimbang diapa-apakan oleh baginda. Namun Sultan Muhammad al-Fatih telah memulihkan kembali maruah mereka sebagai pemimpin komuniti Kristian Orthodoks di Constantinople, lantas tahulah penduduk di situ bahawa kemenangan Sultan Muhammad al-Fatih bukanlah suatu bencana, malah rahmat yang mencurah atas kehidupan mereka. Penduduk Kristian di Constantinople tidak pernah dipaksa menukar agama, malah mereka lebih tenteram mengamalkan tuntutan agama masing-masing di bawah semangat pemerintahan yang berteraskan nilai Islam.
PRINSIP ISLAM
Mengembalikan hak dan maruah orang-orang yang berkedudukan di dalam masyarakat, adalah satu sudut penting di dalam keadilan Islam. Malah inilah yang jarang sekali dilakukan oleh golongan yang tidak berpegang dengan prinsip Islam, hingga Permaisuri Saba’ sendiri memberikan komen tentang kedatangan Nabi Sulaiman ‘alayhi al-Salaam ke kerajaannya dengan katanya yang dirakam oleh Allah SWT di dalam al-Quran:

Raja perempuan itu berkata: “Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya, dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia hina-dina; dan sedemikian itulah mereka akan lakukan (An-Naml : 34)
Tetapi seperti Sulaiman alayhi al-Salam, Sultan Muhammad al-Fatih juga tidak pernah menghina paderi itu malah mereka diangkat kembali menjadi pemimpin komuniti masing-masing. Bukan sahaja paderi, malah golongan yang lain juga dipulihkan fungsi dan peranan mereka. Para saintis juga dibebaskan dari tahanan dan kemahiran mereka digunakan untuk manfaat seluruh rakyat.
Semangat itu terbit dari didikan Nabi SAW sendiri yang telah terdahulu melakukan perkara yang sama. Tatkala pembukaan kota Mekah pada 8H, baginda SAW dan tentera Islam masuk dengan penuh aman, tanpa dendam, biar pun darah syuhada’ seperti Sumayyah dan mereka yang menyusulinya pernah tumpah di situ.
Biar pun Banu Shaibah belum memeluk Islam, Baginda SAW telah memerintahkan supaya kunci Kaabah diserahkan kembali kepada mereka sebagai pemegang amanah turun temurun. Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat” (An-Nisaa’ : 58)
Itulah juga semangat yang sama ketika tawanan perang dimanfaatkan untuk mengajar anak-anak Muslim. Prinsip yang sama juga diserlahkan oleh Umar tatkala masuk ke kota Baitul Maqdis.

Jika Islam sebenar yang menjadi pegangan perjuangan, inilah tradisinya. Mengembalikan amanah kepada ahlinya, memanfaatkan kepakaran, dan tidak mengorbankan segala-galanya semata-mata desakan dendam yang tidak berasas.
BUKAN HANYA MARHAEN YANG KECEWA
Inilah satu aspek penting yang harus digembeleng.
Mereka harus benar-benar mengenalpasti bahawa bukan sahaja rakyat kebanyakan yang kecewa dengan kehidupan yang ada kebelakangan ini, malah kekecewaan itu lebih mendalam dan kritikal di kalangan golongan pakar.
Golongan pakar ini mungkin pensyarah universiti, sebahagian mereka adalah golongan profesional di bidang masing-masing dan mereka adalah sebahagian daripada kumpulan yang kecewa. Biar pun mereka itu hanya mewakili kuantiti yang kecil di dalam masyarakat kita, namun mereka adalah golongan pakar yang berpengaruh.
Masakan tidak kecewa…
Pelbagai polisi dan keputusan adhoc yang diputuskan sering membelakangkan pandangan golongan pakar. Segala-galanya dipertimbangkan atas motif kepentingan politik kepartian.
Lihat sahaja kepada isu BAHASA, sejauh manakah kepedulian kerajaan yang ada terhadap pandangan ahli bahasa kita? Isu pengajaran subjek Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris, apakah pandangan pakar bahasa dan pakar pendidikan dipeduli?
Bagaimana nasib pengajaran SASTERA kepada pelajar? Apakah pandangan para sasterawan negara diambil kira sebelum rombakan terhadap teks silibus dilakukan?
Renungkan kepada polisi KESIHATAN, sejauh manakah kepedulian pembuat polisi terhadap pandangan pengamal perubatan sendiri, sebelum apa-apa rombakan ingin dilakukan ke atas sistem yang menggerakkan perkhidmatan kesihatan di negara kita?
Bukan sahaja soal BAHASA dan KESIHATAN, malah SUKAN negara juga dicemar oleh campur tangan ahli politik.
Mereka yang ahli di dalam bidang masing-masing sering diketepikan, malah bagi mereka yang berjawatan di dalam perkhidmatan awam, dirantai pula kepakaran dan daya intelektual mereka dengan pelbagai sekatan, perjanjian AKU JANJI dan universiti sering diperkudakan untuk memenuhi agenda politik semata.
Semua ini membawa kepada kemandulan negara.
Universiti hilang fungsinya sebagai institusi pendidikan yang inovatif.
Sukan, terutamanya bola sepak… menjadi sampah dan secara konsisten memalukan negara di peringkat serantau dan antarabangsa…
Pendidikan menjadi caca merba dan mencaca merbakan proses pembentukan manusia Malaysia.
Segala-galanya menjadi tidak tentu hala, kerana golongan pakar dikesampingkan, atas nama agenda politik. Semuanya politik!
Saya ingin sekali menyaksikan keupayaan Barisan Alternatif mendapatkan keyakinan dan sokongan golongan pakar ini, bahawa jika mereka diberi peluang memerintah, mereka akan memanfaatkan tenaga pakar di semua bidang,. Mereka akan membina polisi ekonomi dengan sumbangan pemikiran pakar ekonomi. Mereka akan membangunkan sistem pendidikan dengan merujuk nasihat pakar pendidikan, dan pensyarah-pensyarah universiti akan diberi kepercayaan penuh untuk memfokuskan segala kepakaran, tenaga dan usaha mereka kepada menghasilkan manusia KELAS SATU, tanpa perlu diganggu dengan anasir-anasir politik kepartian sempit yang sanggup mengorbankan apa sahaja demi survival mereka.

“Apabila sesuatu urusan itu diserahkan bukan kepada ahlinya, maka nantikanlah kehancuran” – Hadith riwayat al-Bukhari
Barisan Alternatif harus meyakinkan semua bahawa mereka akan mengembalikan amanah kepada ahlinya!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor





salam..
sokong seratus peratus….
fikir2kanlah…
undilah pemimpin yang betul…
Membangun Bersama Islam.
Alhamdulillah. Saya juga sokong! Biarkan golongan pakar menjalankan kerja mereka tanpa apa-apa political bias.
Betul tue……. kalaulah semua bidang dijalankan oleh pakar masing-masing, mungkin slogan Malaysia Boleh lebih kerap kedengaran.
assalamualaikum… harap semua sihat dan diberi kekuatan untuk menyumbang kepada kemajuan Islam seluruhnya…
first sekali, tahniah kepada mana2 parti yang berjaya me’realiti’kan matlamat dan perjuangan parti.. semoga rakyat melihat dengan ‘mata hati’ dan BUKAN dengan ‘mata nafsu’ yang mengelirukan dan menjahanamkan kita kelak.. ‘look before you leap’..
ustaz, saya ingin mendapatkan komen ustaz mengenai artikel us maza ( Asri Zainal Abidin dalam utusan harian) yang terbaru ini..”Pilihan raya: Antara calon dan keperluan rakyat” ..
secara peribadi, saya mengakui kepentingan al-quwwah dan al-amanah, sebagai ciri-ciri yang perlua da dalam diri seorang pemimpin , yang beliau petik dari surah al-Qasas , ayat 26, serta kepentingan kita dalam memilih mana-mana pemimpin, namun, saya begitu keliru dengan ayat beliau dihujung artikel, yang berbunyi begini:
saya agak keliru dan meminta pandangan ustaz…
p/s: kepada saudara/i pembaca yang ingin memberi respon kepada soalan saya ini, TOLONG jauhkan menggunakan bahasa kasar dan tidak beradab, sebab Islam amat mementingkan adab.. Sabda Nabi Muhammad SAW ; ” Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak”…
saya betul-berharap agar Allah merungkaikan segala kekeliruan saya ini dan memilih saya untuk memperjuangkan Islam atas dasar YAKIN dan MAHU, bukan KELIRU dan SEMANGAT.. ameen…
Hanya Allah SWT dan diri Dr. MAZA sendiri yang tahu, apa yang dimaksudkan dalam benak hati dan fikirannya sebagaimana yang tertulis. Dan terserahlah kepada Dr MAZA untuk menulis apa sahaja.
Mana kata-katanya yang benar, terima dengan hati yang terbuka. Selingan penaja dalam bentuk sindiran dan sebagainya… abaikan sahaja…
Pilihanraya adalah musim menulis dengan bahasa sopan dan jelas. Berkias-kias hanya menambah kemuncup di jalan duri.
Ayuh rakyat msia…berubahlah…Jika pengundi di tempat lain akan mengubah pimpinan jika tiada moral..kita msih dibelenggu oleh soal elaun 300,mangkuk jamban,atap rumah…agak2 ini kot yg diwar-warkan 1st class citizen..rakyat msia tidak perlu dipaksa utk undi siapa2.ckp mereka ambil tahu dan bijak berpolitik.InsyAllah hati akan tunjukkan siapa pemimpin yang AMANAH itu…
Insya Allah, rakyat akan bangkit melakukan perubahan. Gabungan Alternatif akan menjadi pilihan!
Kita harus PEDULI!
terimakasih egypt medic yang bertanyakan soalan sama dengan persoalan yang ingin saya ajukan. Kadang-kadang kerana terlalu berkias membawa kepada seribu makna lain yang yang seperti ustaz katakan’berkias-kias hanya menambah kemuncup di jalan duri!
dalam kita mengeluh dan cuba memperbetulkan keadaan dengan protes dan kemarahan…
jangan pulak lupa utk bersyukur dan redha dgn kewujudan ….
tingkatkan kemampuan diri agar dapat membantu org2 lain yg sukar hidupnya ….
kerana dalam hidup yg singkat ini…kita bole cuba utk memperbetulkan keadaan atau diri sendiri….
seperti cerita yg kita dgr tentang seorang melayu islam di amerika…. keadaan politik disana amat buruk…… kepentingan dia sebagai org islam disana tak pernah difikir oleh pemerintah..bahkan di asak dgn tekanan2 yg berat…..tapi dia, tanpa cuba mengubah pemerintahan itu ..telah memajukan diri dgn syukur dan redha…lantas membantu ramai org2 islam disana utk hidup dgn aman, damai dan sentiasa memperbetulkan diri utk kepentingan bersama…..
jadi bayangkan lah di malaysia, dgn kemudahan2 yg ada utk bergerak kehadapan kita slalu suka utk memikirkan ape yg kita tak dapat … kalau fikiran diarahkan ke kemajuan mungkin kita akan lebih berjaya dari saudara kita di Amerika itu….
jadi….tanya la diri sendiri ….apa yg telah kita sumbangkan…. pada org lain atau diri sendiri atau negara…
Islam itu indah … Islam itu menyempurnakan akhlak …
* Ya Allah … obati lah penyakit pemikiran org2 melayu yg sangat asyik dibelengu oleh betapa teruk hidup mereka, kenapa mereka tak dapat itu ini, org itu salah …org ini salah …sebab itu aku gagal..dan pelbagai lagi penyakit hati yg akan merosakkan diri dan keluarga mereka… pandulah mereka supaya kembali kepada zaman kegemilangan mereka dengan toleransi, sopan santun, merendah diri dan sentiasa memikirkan org lain sebelum diri mereka sendiri….. sesungguhnya inilah sifat yg dianjurkan dlm islam yg mmg telah ada didalam wangsa melayu sejak zaman berzaman. dan inilah sifat2 yg akan mengembalikan kehebatan kita …*
point mahawangsa telah saya ulas dengan panjang lebar di dalam artikel “BERTEPUK SEBELAH TANGAN ITU ANGAN-ANGAN“
sesungguhnya mutakhir ini banyak maklumat yang salah dipaparkan di dada akhbar dan TV.
pada pandangan saya segala isu yang diketengahkan banyak memberi pandangan yang salah kepada
keupayaan pihak pembangkang dalam meneraju negara.. Untuk memastikan rakyat terutamanya golongan luar bandar mendapat maklumat yang tepat dan telus, apa peranan kita sebagai pemuda-pemudi yang pedulisme ni?
mungkin sahabat-sahabiah dapat membantu
Teringat ucapan Prof. Diraja Ungku Aziz di kolej kediaman ke-sebelas UM lebih kurang tiga tahun lepas. sebagai seorang pemikir, cadangan dan idea beliau terhadap urusan pendidikan dsb penuh bernas. dan saya sangat – sangat tak setuju dengan tindakan memandang enteng pandangan golongan profesional ini demi kepentingan segolongan pihak. Lihat saja hadith yang ustaz tuliskan itu. Itu sebenarnya sudah cukup untuk memberi peringatan, andai kita berfikir.
TERIMAKASIH USTAZ ATAS PANDANGAN YANG CUKUP JELAS.MALAYSIA AKAN MENJADI BALDATUN TOYYIBAH,JIKA SEMUA BERSETUJU DENGAN USTAZ!
saya amat bersetuju dgn anak terengganu..bagi saya tugas kita sebagai golongan mahasiswa wajib menggunakan semaksima mungkin teknologi yang kita ada contohnya internet n printer..stiap artikel/isu yang ada kt internet yang dikeluarkan oleh pihak yang benar(pas) hendaklah di print out dan disebarkan kpd orang kampung..anggaplah ini sebagai jihad..dan menolong perjuangan islam..
Uastaz, artikel ustaz jelas & mudah difahami oleh kak. Juga jawapan ustaz di bil 5 tu, kak sokong 100%.
Klu mata hati dah pada yg satu (kena mohon pd Allah utk tunjukkan), insyaAllah dapatlah apa yg ustaz jawab di bil 5 tu.
Islam tu mudah, yg berkias2 & tak faham abaikan saja.
betul Kak Mas… mana-mana yang berbelit-belit, abaikan sahaja
tanggungjwab semua untuk mengundi!!sedarlah kpd sesiapa yg tidak mengundi..
pencapaian sesuatu pekerjaan itu akn mencapai tahap mksimumnya jika diserahkn kepada yg pakar..seorg doc tidak akn tahu merawt kucing yang patah kakinya,wlwpn mempunyai ijazah dibidang kedokteran..krn dia hanya doc biasa bkn veterinar!!jd bak kate iklan yg sering kali kita lihat di televisyen ‘serahlan pada yang PAKAR,harpic!’..ayo!!bangunlah semua…
Assalamualaikum….ana orang baru di internet…apa kata baru belajar…tapi orang lama…..ana suka membaca semua komen dan sebagainya…tapi tak suka komen….
Salam Ustaz
SETUJU yang Barisan Alternatif harus meyakinkan semua bahawa mereka akan mengembalikan amanah kepada ahlinya!
Minta laluan…..dari blog zul4kulim.blogspot.com
Di Kulim kebanyakan pengundi Melayu adalah daripada kelas menengah sederhana. Ramai yang bekerja di kawasan perindustrian Kulim Hitech dan kakitangan kerajaan. Terdapat ramai juga dari kalangan miskin yang ditempatkan di perumahan PPRT KEDA.
You people won’t believe it. They are given a house size 15′ x 10′ dengan beranda 5′ x 3′. Bilik mandi pun tiada. Just one big tong drum behind the house. We will supply the pictures in due course. Most of them ambil upah potong getah atau petik buah sawit. Their life is always under threat-ugutan is the order of the day for them. Jangan kata undi BA, kalau dilihat menghadiri ceramah BA pun mereka diugut akan dihalau dari rumah sekangkang kera tu. It has happened. And yang buat perangai menghalau ni not even KEDA officers, but as you know it, puak-puak JKK.
Well, I am going against the odds. I have to cover such a big area; from Bandar Baharu to Kulim is a 1 ½ hour drive. But as they say it, LAWAN TETAP LAWAN.
zul4kulim.blogspot.com
Waalaikum al-Salaam
Satu kejutan dan kegembiraan buat saya menerima kunjungan Peguam ZULKIFLI NOORDIN di saifulislam.com. Saya dan kami di sini mendoakan kemenangan tuan di P.18 Kulim dan membebaskan penduduk dari penjajahan murahan seperti yang diceritakan.
Saya rasa cabaran terbesar bukanlah keupayaan kita membebaskan mereka tetapi kesediaan mereka untuk dibebaskan. Kata ramai, baik susah dari berubah! Apa-apa pun, LAWAN TETAP LAWAN
Untuk semua, anda boleh membantu Peguam ZULKIFLI NOORDIN
yep. marilah kita kembalikan kepada pemimpin yang hak
Saya berharap agar tuan tuan sekalian teliti dalam memahami apa yang saya tuliskan. Apabila saya menulis tajuk ini, biar pun langkah pertamanya ialah dengan mengundi Barisan Alternatif, tetapi apa yang dicoretkan lebih kepada perkara yang perlu BA lakukan.
Jika BA melakukan perkara yang sama, misalnya mencampur adukkan kepentingan politik dalam urusan-urusan pendidikan, PBT, isu tanah tempatan dan sebagainya (khususnya kerusi Dewan Undangan Negeri), maka BA akan melakukan kesilapan yang sama seperti yang telah dilakukan oleh kerajaan BN sekarang.
Maka BA perlu memainkan peranan ini, dan rakyat khususnya yang mengundi BA harus menjadi kuasa pemantau dan pendesak
Salam buat semua,
As what Uztaz said, ramai yang lebih suka susah dari berubah. Macam katak dalam periuk. Enak dan menyelesakan bila air tersebut masih sejuk. Tapi bila dipanaskan perlahan-lahan, masih mahu duduk dalam periuk tersebut walaupun terasa ketidakselesaannya. Mungkin masih berharapan air tersebut akan sejuk semula atau “nak buat macamana, dah air panas, biar je la”. Akhirnya, mati katak akibat kepanasan air tersebut. Kepada warga perantauan, kalau tak mampu nak balik mengundi nanti, sumbanglah apa yang patut kepada sahabat kita di tanahair. Bak kata Tuan Guru (dipetik dari dperantauan), hantar je berapa guni duit yang mampu. Kalau dapat cover duit minyak pada petugas or calon kita supaya boleh pergi ke seluru kawasan or boleh beli kopi dan biskut meri untuk berjaga di malam hari, pun dah cukup baik dari “Takpelah, orang lain boleh bagi” or worse “Apa? Pilihanraya?”.
Salam Ustaz Hasrizal..
Dalam entry blog saya hari ni, saya ada letak video yg saya rasa appealing for many about the issue that we have now.
I took it from Youtube .. so, i just would like to share.. feel free to visit
Jazakallah..
Lama tak respon di laman ustaz,
Meletakkan sesuatu pada tempatnya adalah erti keadilan sebenar. Tidak ada masalah untuk bersetuju bahawa keadilan itu perlu diperjuangkan.
Kadang-kadang saya melihat ada masalah dalam perlaksanaannya – bagaimana untuk meletakkan orang yang sesuai dalam kerja (dalam kes ini kerja Pilihan Raya).
insyaAllah, sekarang adalah musim mencatu masa tidur
Selamat mengundi!
Sekarang hari2 kalau lalu tol, bayar makan, saya tidak lupa untuk berpesan selepas menerima duit baki – “Terima kasih, jangan lupa undi untuk perubahan”..dan senyum – insyaAllah kempen2 mudah sebegitu boleh diamalkan
salam..ana mmg dah lama membaca artikel ustaz..dan alhamdulillah banyak manfaat yang ana dapat..cuma nak tambah sedikt maklumat..pesan ustaz dalam artikel ni ada disebut dalam dokumen harapan anak muda..manifesto pemuda Barisan Alternatif:
Politik
Menyuburkan idealisme dan aktivisme anak muda dalam persatuan. Memberi lebih ruang demokrasi kepada kepimpinan anak muda dan persatuan belia.
Kualiti Hidup
Menerap dan menggalakkan program pembangunan insan yang bebas daripada agenda politik dan perkauman secara menyeluruh kepad semua generasi muda. Melahirkan generasi muda yang bebas dadah dan bersih daripada masalah sosial
Pendidikan
Menyediakan pendidikan percuma dan berkualiti sehingga ke peringkat universiti. Memulihkan kualiti pusat pengajian tinggi dengan sekurang-kurangnya tiga universiti tempatan menjadi terbaik di Asia.
Ekonomi
Meringkaskan karenah birokrasi, mempermudahkan pinjaman bank dan memberi pendaftaran percuma kepada syarikat-syarikat milik usahawan muda. Menyediakan persekitaran ekonomi yang kondusif untuk menjamin peluang kerja tanpa diskriminasi dengan penetapan gaji minima yang munasabah.
Agama
Memberi kebebasan dalam menganut dan mengamalkan agama dalam lingkungan undang-undang. Menggalakkan perkembangan pendidikan agama di kalangan anak muda.
Seni dan Budaya
Menyediakan dana untuk membantu memperkembangkan potensi karyawan muda. Memberi perspektif baru kepada budaya tempatan untuk mengatasi superioriti budaya asing.
Sukan dan Rekreasi
Membebaskan semua badan sukan daripada pengaruh politik kepartian. Menggalakkan gaya hidup sihat dan membina perpaduan melalui sukan.
harapan saya selaku pemuda menyokong penuh dokumen ini dan mengharapkan PRU 12 kali ini BA diberi harapan memerintah dan membuktikan dokumen ini adalah kenyataan bukan khayalan..moga2 Malaysia menjadi seperti Islam Bol yang menjanjikan intelektual mahasiswa dan golongan profesional dijana dan diangkat ke tempat yang selayaknya..Insyaallah Biiznillah
Kunci kepada segala yang ghaib adalah milik Allah dan Dia sentiasa memberikan kunci tersebut tanpa pilih kasih kepada mahlukNya, samada mereka percaya atau tidak kepadaNya. Jangan kita rasakan dengan status Muslim yang sediada secara automatik telah menghampiri Dia untuk mendapatkan kunci ghaib Alam. Jauh sekali. Lihat sahaja keadaan umat Islam dewasa ini dengan segala yang TER … miskin, tindas, kebelakang, mundur, tutup minda dan yang setara dengannya, tidak melambangkan keagungan Islam, malah memalukan dan mencemar Islam.
Selagi usaha dan upaya tidak difokuskan kepada mendapatkan keizinan membuka pekara ghaib milik Allah di Alam ini, Sunnah Allah akan terus menjadi musuh yang percayakan mereka adalah Muslim. Isu sayur subur sebagai peringatan. Kunci kesuburan adalah pada Allah. Adakah Allah suka memberikan kunci kepada bukan-Muslim? atau kerana Muslim kurang berusaha mendapatkan ilmu unutk memahami carakerja untuk mendapatkan kunci dari Allah? Berikanlah kunci kepada yang ahli … politik dan kepimpinan memerlukan dua Sunnah iaitu Sunnah Allah dan Sunah Nabi.
Carilah ilmu hingga ke Negeri China.. para sahabat sampai ke Negeri China cakap bahasa Arab ke?.. rasanya tidak.. pakar sains dan teknologi semuanya di Barat sebab masa kita umat Islam maju pada zaman Constantinople kita lalai, berpecah belah,masing-masing nak tunjuk siapa lebih ‘Islamic’, maka senanglah musuh2 kita melaga-lagakan puak-puak ‘Islam’ ini.. jadi, sekarang dah terlepas semua ilmu Sains dan Teknologi kepad Barat, maka tidak salah rasanya Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris.. untuk bagi sedikit ‘advantage’ kepada anak-anak kita.. jangan kelirukan Nasionalisme (chauvenisme?) Melayu dengan kaedah mencari ilmu Sains dan Teknologi.. now I need that cup of coffee..
Pengajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa berfikir pelajar yang belajar, bukanlah isu nasionalisma dan perkauman membuta tuli. Ia adalah soal metodologi pendidikan. Bahasa diajar secara bahasa…dan pandangan saya tidak bermakna sebab pandangan ahli bahasa sendiri pun dipandang sebelah mata.
Salah belajar Matematik dan Sains di dalam Bahasa Inggeris? Tak salah!
Betul belajar Bahasa Inggeris melalui Matematik dan Sains? Tanyalah pakar pendidikan.. pulangkan amanah kepada ahlinya.
That cup of coffee is mine
nehna fi waadin….wa “syed” fi waadin aakhar..mush heik ya aba saif? allahummahdi qoumi fainahum la ya’lamun..
Salam…
Maaf cakap, saya masih tak nampak akan kemampuan BA untuk melaksanakan sekurang – kurangnya satu dari manifestonya (dari #28 saudara fakhrul):
Pendidikan
Menyediakan pendidikan percuma dan berkualiti sehingga ke peringkat universiti. Memulihkan kualiti pusat pengajian tinggi dengan sekurang-kurangnya tiga universiti tempatan menjadi terbaik di Asia.
Point 1) menyediakan pendidikan percuma tu, bagi saya tidak terlalu sukar untuk dilaksanakan. Tapi Point 2) Memulihkan kualiti IPTA dengan sekurang – kurangnya tiga universiti tempatan menjadi terbaik di Asia… bagaimana lagi? Sedangkan kami di IPTA sekarang ni memang pun sudah berhempas pulas pushing ourselves to the limit…
Bab duit, should not be a problem sebab budget untuk research memang banyak skarang. Nak kata ada politik dalam IPTA, mustahil tak ada, tapi tidaklah sehingga sampai menjejaskan kualiti pendidikan.
Then how? Saya bertanya dengan ikhlas kerana saya memerlukan jawapan yang realistik dan feasible. Dalam hal ni, saya tidak anti kepada mana – mana pihak cuma saya memohon pencerahan dari segi perlaksanaannya. Terima kasih daun keladi.
Wasalam.
Pada saya mengikur sunnah Nabi itu bukan mengikut bahasa pertuturannya atau jubah dan serbannya, tetapi konsep kehidupan itu. Sebagai contoh Nabi berekonomi dengan berniaga dari berumur 15 – 40 tahun, iatu yang hendak perlu ditekankan kepada msayarakat kita supaya mengutama aktiviti perniagaan kerana ia 90% dari punca rezaki. Kemudian apa yang hendak diniagakan pun, janganlah ingat dengan jual kurma sahaja ikut sunnah Nabi. Forex juga adalah perniagaan. Isunya bukan bahasa yang menjadikan Muslim tak menguasai sains dan teknologi tetapi sikap. Kopi hitam pahit saya punya!
Salam,
Untuk Shiha, bukanlah ia bermakna dengan mengundi dan BA menang maka terus terjadi. BA berjanji akan menyediakan jalan dan peluang ke arah itu. Takkan tak tau, pemilihan jawatan dalam IPTA pun main politik. So di situ sudah tidak menyerahkan amanah kepada yang ahlinya. Contoh ketara ialah UITM. Bukankah menjadi isu Naib Canselornya bukanlah yang terbaik dalam pendidikan dan penyelidikan. Maka sudah barang tentu banyak kelemahan yang tidak disedari, kecuali selepas amanah itu dikembalikan kepada empunyanya, baru diketahui.
Memperbaiki kualiti IPTA juga bukan bermakna melihat ke dalam IPTA semata-mata. Bolehkah Puan bayangkan jika orang seperti Pak Ungku menjadi Menteri Pengajian Tinggi? Pemegang kuasa politik adalah seorang profesor, sudah tentu banyak yang belum pernah dilihat oleh Puan boleh dilakukan.
Wallahu a’lam.
it is not easy to become a leader…. tak jalan kan amanah, berat padahnya..fikir2 kan lah wahai pemimpin..
Assalammualaikum W.B.T,
Kadang2 kala agenda politik menjadi pertaruhan sesetangah pihak. Agama kini bukan lagi menjadi matlamat utama dalam politik, kebajikan rakyat bukan tidak terjaga, tetapi rakyat sendiri masih mengharapkan pada kepakaran luar terutama dalam bidang-bidang, maka pengaliran duit ke luar lebih tinggi. Jangan menyalahkan pihak tertentu, muhasabah diri kita sebagai seorang Muslim, adakah kita menjalankan tanggungjawab kita kepada agama sewajarnya, yakni mengeluarkan zakat, bersedekah ke jalan fissabillillah. Jika semua kewajipan sebagai seorang muslim yang mampu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh maka tidak wujud istilah fakir miskin. Kepada penyokong politik yang fanatik, kembalilah kepada landasan Islam, janganlah kerana politik kita sering berpecah belah dan saling membenci. Bersatu kita membina ketamadunan Islam dengan membangunkan akidah dan akhlak seiring dengan pemikiran. Sering bertajdid dalam pemikiran supaya Islam dapat dijana bukan semata-mata oleh pemimpinnya, tetapi juga umat Islam yang lain.
Wassalam.
Salaam Abu Saif,
Komen tuan #21 telah kami siarkan di http://zul4kulim.blogspot.com/2008/02/salam-ukuwah-saifulislamcom.html.
Terima Kasih,
zul4kulim
Coffee pun tak leh kongsi?… nampak gaya kalau BA menang dia nak bolot semua lah tak nak bagi kat orang yang ada pendapat lain!.. tapi saya yakin Abu Saif tak macam gitu kan? atau memang tak nak bagi kopi kat orang lain?..
Salam pena_prima
Saya ingin tahu ukuran jujur, telus dan ikhlas dalam tindakan. Demi Islam dan perpaduan, strategi #36 tu kalau di sumbangkan ke BN untuk perlaksanaan, wajar atau tidak? Atau sebenarnya telah ada perancangan yang sama, mungkin berbeza cara dan pendekatan, yang telah dan sedang dilaksanakan tetapi mengambil masa untuk berjaya. Atau situasinya selalu begini. Infrastruktur asas telah disediakan oleh pemerentahan yang dipilih rakyat (sikit aja yang layak dipanggil pengundi hantu) tetapi kerana ketidak-sediaan rakyat mengembling tenaga menjayakan perancangan tersebut yang selalunya membantutkan kejayaan sesuatu projek atau program. Senerio ini membuktikan bahawa penukaran tuan punya rancangan tak sepenting yang terlibat dengan melaksanakan perancangan.
Selamat berhujung minggu.
Itu namanya seni berbahas. Tak membabitkan kopi pun. Benda-benda simbolik sahaja, seperti orang berbalas pantun. Kalau bahasa kiasan dalam bahasa melayu nak dianggap ‘real’, budak baru belajar yang jolok cempedak di luar pagar tu, nak kena sabit kesalahan mencuri cempedak orang ke?
Salam.
Kulim… kalau la mentaliti kebanyakkan penduduk kampung berjaya diubah untuk mereka lebih sedar keadaan sebenar. Sedih jugak membaca penjelasan Dr. Zulkifli Noordin sebab itu tempat saya membesar. Puas jugak saya terangkan pada arwah tokwan dan tok tentang pergolakan politik dan mengapa kita perlu berubah. Tapi biasalah orang lama mereka setia pada kenangan susah payah dijajah dan saat negara capai kemerdekaan.
Pemimpin yg sebenar adalah mereka yg merasa berada di dalam kasut rakyat yg dipimpin.