
Anak mata yang berkaca-kaca itu kurenung.
Melihat tembus ke wajah bercahaya zuriatku yang tiga.
Muhammad Saiful Islam, Naurah Sabihah dan Muhammad Imaduddin.
Renungan itu mencetus kacau di dalam jiwa. Ada resah, ada gelisah dan kelam diselubungi kesah.
Usiaku sudah separuh pergi. Apa yang tinggal adalah butir-butir masa yang kini disulam uban tanda hidup bukan lagi zaman mencuba-cuba. Pendirian hidup harus tersuluh jelas, arah tuju harus selesai ditentu. Aku tidak boleh menoleh ke kiri dan kanan berbelah bagi, kerana hidupku bukan lagi aku sendiri.
Aku adalah seorang bapa. Bahawa dengan kebapaanku, aku datangkan tiga nyawa ke alam kehidupan… dengan izin-Nya.
Aku membawa Muhammad Saiful Islam ke dunia nyata.
Aku membawa Naurah Sabihah berkelana di pesada maya.
Aku membawa Muhammad Imaduddin hadir bersama.
Aku adalah bapa mereka, dan imam kepada sebuah amanah bernama keluarga.
MASA DEPAN
Dalam usiaku yang berbaki di hujung bilangan jari, ke masa depan yang bagaimanakah anak-anakku bakal hadapi?
Apakah aku mahu menghantar anakku ke masa depan yang megah dengan pencakar langit yang mengoyak jiwa hamba manusia yang menghuni? Apakah aku mahu menghantar anakku ke masa depan yang bangga dengan bilangan masjid yang sama banyak dengan pusat serenti? Atau aku mahu menyediakan sebuah kehidupan yang ada segala-galanya buat mereka…. kecuali damai, selamat, sejahtera, tenteram yang semua itu pernah dianggap tidak bermakna?
Mampukah anakku melihat cahaya ESOK jika HARI INI penuh korupsi? Mampukah anakku mengecap bahagia, jika teladan SEMALAM tidak ditoleh lantaran alpa?
Demi ESOK yang kuimpikan buat anak-anak yang kubawa ke kehidupan ini, aku harus bijak bertindak di HARI INI.

Setiap undi adalah benih. Apa yang kau ingin anakmu tuai?
Dengan SEMALAM yang penuh iktibar dan cukup panjang tanpa perlu dipanjangkan lagi, aku mesti KELUAR MENGUNDI.
Aku memilih rencana kemanusiaan, keadilan, ketelusan, kebersihan dan kebajikan. Bukan kemajuan yang saban tahun dicangkuk sekadar umpan!
Pilihanku… adalah masa depan anak-anakku…
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











apa yg kita tnam itu la kita tuai..byk usaha dan teliti pnjagaanya maka baik la hasilnya..jika tidak sebaliknya la ia…=)istri uztaz bertugas dmna ye??bolh sy tahu??brapa umur ank2 uztaz?
Subhanallah…comey2 anak ustz…anak2 ana?sob2…calon ummi pun tidak ada lagi…xpe bak kata ustz jgn terburu-buru n jgn tertangguh-tangguh…Buat yg dah ada anak…buatlah pilihan yg tepat…Demi anak2 anda n Islam…
Mari lah mari, mari mengundi! http://www.bahankempen.com
mendalam maksud ust tu..jd kepada yang memahami keluarlah mengundi..pilihlah pemimpin yang betul2 memenuhi tuntutan dan kehendak islam..ingat undi adalah amanah,dan dipersoalkan kelak..betultak ust?
Sana’khoodu Ma`arikana Ma`ahum
Wa sanam dhiJi moo`an Narda`uhum
Wa nu`eedul haqqal mug-tasaba
Wa bi kullil quwwati Nad-fa`uhum
Takbeer…. Allahu Akbar!!
Mohon sahabat2ku sama2 kita doa pada Allah utk membuka pintu hati seluruh rakyat malaysia utk mengundi BA. kita perlu berikhtiar dan berusaha habis2an demi masa depan anak cucu kita. Mohon saudara2ku, buat solat hajat, mohon sungguh2 pada Allah. Cukuplah kita telah mengorbankan masa selama ini.
“Ubah sebelum parah, ubah demi maruah”
Comelnya. InsyaAllah semuga anak2 & genarasi akan datang menuai apa yang kita tanam dari benih yg betul2 berkualiti mengikut acuan Allah.
Pada yg lum ada calun tu, ciannya, doalah banyak2. Jgn mare. Undi jgn tak undi!
Saya suka entry ustaz ni.. kewajipan mengundi dan kewajipan memilih pemimpin Islam…
and you wrote the importance of both to determine the future of our offsprings.. simply beautiful!
yg kecik tu comel sangat!!!!!!!!!!!
YANG COMEL-COMEL ITU AKAN JADI SAMPAH JIKA SAYA DAN ANDA MEMBUAT PILIHAN YANG HODOH DALAM PRU AKAN DATANG
Di dalam suasana kegagalan kita mengawal kejujuran/keikhlasan berkerja, telah mencetuskan pihak berkuasa mengambil ‘inisatif’ membina ‘Bilik Kebal’ sebagaimana yang saya lihat di sebuah sekolah berhampiran. Sekian banyak peruntukan mungkin ‘terpaksa’ disediakan bagi memenuhi ‘kehendak’ yang sama untuk semua sekolah seluruh M’sia…
Terlihatlah oleh kita ketidakjujuran tadi terpaksa di’bayar’ dengan membina prasarana tanpa penekanan memahami sunnah dan syariat Allah.
slalu saya lambat tangkap, ingatkan hari bapa ka…rupanya pilihanraya..pilih yang benar untuk masa hadapan
KERAJAAN BN..MASA DEPAN MU TERJAMIN..adakah ini syirik ? bidaah ? atau inilah iman yang sempurna.Bersuara wahai SS Mufti!
Salam,
Undilah masa depan anak2 anda!
Pada malam pengiraan undi tahun 2004, saya terkedu mengingatkan masa depan anak2 perempuan saya masing2 satu dan 3 tahun. Pengumuman 26 kerusi telah hanyut di TV amat menyayat hati.
Esoknya saya menitiskan air mata kegembiraan. Ianya merupakan hari yang paling bahagia setakat ini dalam hidup saya apabila pada lebih kurang pukul 12.30 tghari, rupanya Tuan Guru masih boleh memerintah walaupun dengan kelebihan 2 atau 3 kerusi.
Pada sekitar waktu Marghrib sah Tuan Guru memiliki kelebihan 3 kerusi apabila DUN Kemuning dimenangi oleh Cikgu PokYa dgn kelebihan 2 undi!
Terima kasih kepada sahabatku Zul di Seremban kerana mengorbankan tiket F1 yang berharga ratusan ringgit untuk balik mengundi di DUN Kemuning. Takbir!
AlFatihah untuk Syeikh Ahmad Yassin yang syahid di bom Yahudi pada ketika kita berpilihanraya 2004.
assalamualaikum..
Bergenang air mata ketika membaca luahan hati dan ungkapan kerisauan ustaz sebagai seorang bapa kepada anak-anaknya..
Baru-baru ini, ana pergi mendengar ceramah sempena maal hijrah di Ampangan n.9 ..ustaz Ghani abd rahman, P.J PAS melaka pun berpesan kepada semua ibu-bapa untuk menjaga anak-anak mereka yang mendengar ceramah dengan memilih kerajaan yang benar lagi betul untuk memulih sistem yang bakal memberi sinar baru kepada generasi anakmuda yang ada sekarang..
Bahkan beliau bertegas, jika kita masih lagi berfikiran sempit, jumud dan hanya memandang ‘side mirror’ tanpa melihat cermin kereta hadapan maka kita semua akan terbabas ke tepi jalan dan mungkin mati dalam exsiden kereta tersebut..
Justeru, ketika ini..seorang bapa yang berjiwa lembut meluahkan keresahan jiwa, menitikan airmatanya, membulatkan tekadnya, melihat terus kehadapan; apakah nasib yang bakal menimpa anak-anaknya?
apakah mereka akan menjadi manusia atau menjadi lembu-lembu yang diikat oleh masalah sampah masyarakat? apakah anak-anaknya akan memahami islam sebagaimana dia memahami Islam dengan sistem yang sedia ada?
Apakah anak-anaknya akan selamat ketika bermain-main di taman permainan?
Apakah anak-anaknya akan membesar dengan suasana solehah atau suasana mungkar bahkan akan bertambah mungkar jika kita terus menerus menyokong mereka?.
Bukanlah ana ini seorang yang ‘tok-tok’ PAS mahupun PKR tanpa memikir secara rasional..tetapi semua kita pembaca SAIFUL ISLAM hampir-hampir hilang kepercayaan kepada kerajaan sedia ada..
Kemungkaran,kefasadan sedang melanda ke seluruh nadi,tonggak utama institusi sedia ada
Dari kehakiman, Universiti, Hospitaliti, Perguruan, Ekonomi, Institusi Agama mengikut situasi masing-masing..
Yang merasuah terus merasuah..
Yang Cabul Mulut terus mempermainkan hukum agama..
Yang penakut terus menerus mengampu sana-sini
Yang Miskin bertambah miskin..
Yang Kaya terus menerus tenggelam dalam kekayaan..
Masya-Allah..ana selaku mahasiswa tahun akhir..semakin kabur dengan masa depan diri sendiri, agama dan negara serta generasi muda akan datang..
Jadi seperti apakah kita?
wassalam…
Untuk anak2 kita perlukan pembaharuan di negara kita – soal pokok seperti peluang kerja, keselamatan semua, sistem pembelajaran harus di perbaharui.
Kita perlukan ekonomi yang tersebar sama rata, mengikut kemampuan prestasi bukan kroni siapa.
Jika anak2 boleh bersuara, mereka akan meminta “ayah undilah supaya saya boleh bermain2 di luar rumah tanpa takut, supaya bil saya besar ada peluang untuk saya bekerja”.
Ketua yang terlena nampaknya seperti sudah terjaga buat sementara. Banyak pula gula2…
Agar kita tidak terpedaya.
Pakpayne
entry yang sangat mengesankan hati..saya cuba nak kaitkan dengan rangkap lagu nasyid UNIC-hARAPAN PADA AYAH IBU,,harap sume boleh dengar lagu tuh n kaitkan dengan anak-anak kita yang sebenarnya sentiasa berharap akan menjadi insan yang sempurna akibat didikan dan PILIHAN kita,,selamat mengundi semua,,
Salam..
. Harapan saya anak-anak ini akan membesar dlm suasana yg lebih sihat dan selamat, masyarakat sekarang dah sakit dgn dunia….tahun ni 1st time mengundi , byk propaganda kat media tapi dah set nak pangkah mana. Takbir!
Buat masa ni renung wajah anak-anak org lain dulu lah
Salam.alaik..begitu puitis dan mendalam ayat2 ustaz..mg semua yang membaca memahami dan menyebarkan kepada orang lain sahabat dan orang yang tidak faham tentang perjuangan Islam. Ilmu jika disimpan akan terpendam dek masa..Sampaikan walaupun satu ayat..Moga kita mendapat redho Allah^_”
alahai comelnyer Muhammad Imaduddin
Ustaz,
Sedih. Sayu. Pilu. Itulah apa yang saya rasai bila merenung mata anak-anak saya yang empat orang semuanya. Harapan saya cukup tinggi untuk mereka. Tapi persoalannya, terdayakah saya jika apa yang berlaku semalam dan hari ini berterusan ke esoknya…
InsyaAllah dirumah, saya boleh mengawal keadaan. Tapi bagaimana di luar…
InsyaAllah, undi saya bukan untuk mereka yang lari dari syariat Allah!!! Allah Akbar.
Sorang kawan forward sms yang berbunyi, “Jangan sekali-kali kau cemari jari jemari yang diangkat ketika shahadah dalam solat dengan memangkah pemimpin-pemimpin yang bermaksiat kepada Allah!!!”
“Keluar barisan, masuk bulatan, untuk keadilan (meletakkan sesuatu pada tempatnya yang betul .. dan memiksimakan tujuan carakerja).” Petikan dari siri DARWIN yang pernah saya sentuh satu ketika dahulu. Yang mengundi kerana terkesan dengan kempen PRU akan dapat hasil pandang dekat yang diniatkannya. Yang mengundi kerana mengambil berat tentang politik dan kepimpinan (bukan kerana kempen mengundi) adalah sebenar-benar pengundi. Mari kita menjadi pengundi yang berpandangan jauh ke hadapan dan jauh kebelakang dan tidak terburu-buru dengan janji manis kempen semasa mengundi. Jangan dikhuatirkan pengundi hantu kerana hantu itu adalah mainan orang yang percaya. Berfikir untuk tidak menjadi hantu adalah jauh lebih baik hasilnya.
Jangan lupa merenung zuriat-zuriat yang menjadi pelapis kepada anak-anak kita. Dapat bertindak sebaiknya selepas memandang yang ada di depan mata (anak-anak) adalah satu kejayaan, tetapi dapat memandang dan berfikir persekitaran zuriat kepada anak-anak kita adalah satu kecemerlangan. Menyusur lepas kejayaan dan kecemerlangan adalah kesempurnaan yang ada pada Haliq. Mengarahkan usaha (wahjahtu wajhia lillazi fatara sama wati wal ardh) ke arah sempurnaan Haliq, dengan membudayakan carakerjaNya, memerlukan kefahaman mendalam tentang carakerjaNya. Semuanya memerlukan kepimpinan yang memahami kepentingan mengikuti dan mengkaji Sunnah Allah (cara Allah bekerja).
Pak Din, orang kampung Saifulislam bolehlah pandang jauh. Tapi orang kampung Ulu Tembeling dengan Baling payah sikit. Kita kena ajar mereka ketika kempen.
Pengundi hantu tidak dipercayai oleh orang yang jahil tentang penipuan SPR dan BN!!!
Setuju tu … yang boleh pandang jauh lebih kurang (?) dari yang rabun jauh.
Mengkaji aktiviti pengundi hantu ni berhantu, iaitu boleh terus menghantui pemikiran sehinggakan isu bukan hantu tak dapat difikirkan lagi. Isu penipuan SPR ini akan berlaku walaupun BN ditukar BA kerana pemainnya masih manusia yang digoda hantu. Isunya bukan BN atau BA, ia lebih asas sehinggalah manusia faham ‘Awallud Din maarifatul Llah’
Assallammualaikum,
Alhamdulillah…kita sama2 berjuang pada landasan yang sama….Tetapi berbeza dengan saya….Isteri,belah mertua masih ingin menyokong BN yang ternyata pada saya memang tiada layaknya di jadikan pemimpin…Apakan daya saya bila saya menerangkan pada mereka di sertai dengan contoh-contoh yang logik pada akal tetapi mereka tetap menidakkan kebenarannya….
Kalau ustaz ada cara yang lebih baik,bantulah saya…ini kerana bermacam2 cara dan pendekatan saya gunakan untuk membantu BA dalam PRU kali ini tetapi yang nyata hasilnya adalah gagal….Mereka tetap dengan pendirian mereka bahawa hanya Umno dan kerajaan BN sajalah yang mampu membangunkan negara…
Sedih memang sedih,namun apakan daya….saya seolah-olah berada dalam keadaan di luah mati mak,di makan mati bapa…..
wasallam….
[...] PRU 12- Renunglah wajah anak-anakmu [...]
aku selalu merenung wajah kedua cahaya mataku… apa mereka akan jadi bila besar nanti… dengan TV yang 24-7 or 7-11 asyik menyeru kepada kemungkaran…
saban hari kedengaran gejala sosial… culik anak…buang bayi…rogol & bunuh…rompak… zina… rasuah…pemimpin pecah amanah… apa nak jadi dengan megara kita ni?
bagi sesetengah orang… ‘aku-tak-pedulisma’ menebal di hati mereka… ye lah… tak kena batang hidung mereka… cuba kena… meraung cari pertolongan…
kadang aku merasakan takut untuk melangkahkan anak aku ke sekolah… di sekolahnya lain pula ceritanya…buli…budak biadap…tapi pulus tak ada nak sewa cikgu persendirian…
semua ini perlu perubahan… kita di sini yang faham akan memberikan pandangan kita di sini… bagaimana pula yang di luar… masih terpekik-terlolong macam orang mabuk…walaupun tak mabuk…
janji kita 08/03/08… semoga Allah memudahkan niat kita…
Kita sebagai orang melayu hendaklah bersatu dan bergabung di bawah panji-panji agama Islam tanpa mengira parti politik.
Pandanglah dan renungkan nasib masa depan anak-anak kita sekiranya orang-orang melayu berpecah dan bercakaran.
Orang-orang melayu berpecah orang lain akan bertepuk tangan. Siapa yang rugi? Maka beringatlah !!!
Salam,
pada hemat saya, BN atau BA sama sahaja…kedua2 mereka tidak dapat membawa perubahan. Apakah BA akan menghapuskan Riba’ yg selama ini mencengkam seluruh umat dunia? Apakah mereka akan memberikan kehidupan seperti zaman Umar Abd. Aziz?
Sesungguhnya tidak tercapai kehidupan yg betul2 Islamik tanpa tertegakknya Al-Khilafah. Semoga Allah menghancurkan Demokrasi dan menegakkan Khilafah di dunia ini.
Amin.
sabar dan ikhlas pasti hasilnya manis…o_O