Bekerja Untuk Melihat Apa Yang Kita Percaya
“Pasukan kita akan bertanding di Piala Dunia dan menjulang piala kemenangan!”, kata jurulatih Perak kepada pemainnya.
“Ishh… bior benor. Beda’ah je dia ni!”, rungut hati seorang pemain.
Peminat pun terlopong. Ada yang ketawa berdekah-dekah. Keras perut sampai keras hati.
Pasukan Perak nak julang Piala Dunia?
Karut… karut!
SEKADAR ANALOGI
Agaknya perasaan seperti itulah yang ada di benak para sahabat tatkala Baginda SAW bercakap tentang Constantinople.

“Constantinople itu pasti akan dibebaskan. Sebaik-baik pemimpin adalah pemimpin (penawanan)nya dan sebaik-baik tentera adalah tentera (yang menawan)nya” [Hakim, 4.422; Bukhari, Tarikh al-Saghir, 139; I. Hanbal, 4.335]
Duduk dalam kepungan tentera al-Ahzab, antara hidup dan mati… tiba-tiba kumpulan kecil yang menghuni Madinah itu mahu menguasai sebesar-besar kota kemegahan dunia! Tentu sahaja itu semua mimpi. Mimpi di siang hari.
SINIS KEPADA MANIFESTO ALTERNATIF
Agaknya, itu juga perasaan sinis ramai pihak semasa membaca manifesto alternatif untuk Pilihanraya Umum ke-12 akan datang.
“Pendidikan percuma? Turun harga minyak? Kah kah kah!”, keras perut dan keras hati orang mentertawakannya.
Ketawa itu boleh berpanjangan, terutamanya bagi pemerhati yang berstatuskan penonton
BEKERJA UNTUK MELIHAT APA YANG KITA PERCAYA
Itu cara Rasulullah SAW membentuk sahabat.
Membentuk mereka dengan kepercayaan, dan seterusnya menggerakkan mereka untuk bekerja bagi melihat apa yang mereka percaya. Itu jati diri golongan percaya. Mereka bukan percaya kosong, mereka bukan menunggu jelmaan kepercayaan, tetapi mereka berusaha merealisasikan apa yang mereka percaya.
Percaya selepas melihat sesuatu… percaya yang biasa-biasa sahaja. Tak perlu berusaha pun… jadi penonton pun boleh dapat kualiti percaya yang rendah sebegini.
Tetapi kepercayaan yang hebat ialah percaya sebelum melihat sesuatu dan bekerja untuk melihat apa yang kita percaya.
BAGAIMANA MAMPU PERCAYA SEBELUM MELIHAT?
Apa peliknya?
Kita belum pernah melihat Syurga. Tetapi kita percaya. Dan kita saban hari bekerja keras untuk melihat apa yang kita percaya.
Kita sudah lama tidak mendengar tentang kemenangan Islam. Belum pernah melihat bangkitnya kebenaran. Tetapi kita percaya. Dan kita bekerja untuk melihat apa yang kita percaya.
Para sahabat telah menguji dan mengenalpasti siapakah Muhammad bin Abdullah itu. Baginda SAW adalah seorang Rasul… yang tidak bercakap dari hawa nafsunya… bahkan ucapannya adalah terjemahan kehendak Allah. Maka janji Nabi SAW itu adalah janji yang benar. Biar pun belum dapat dipastikan bagaimanakah kebenaran itu boleh direalisasikan.
Bagaimanakah Constantinople itu boleh ditumbangkan? Jalannya belum jelas. Tetapi ia sebuah JANJI, yang dilafazkan oleh golongan yang bekerja untuk melihat apa yang mereka percaya.
SINIS DENGAN KEKALAHAN DI SEPANJANG PERCUBAAN?
“Jangan sertai misi Constantinople itu. Kita di pihak yang kalah. Bukankah Allah telah berkata, JANGAN CAMPAKKAN DIRIMU KEPADA BINASA?”, desas desus sesetengah mereka yang mendengar titah Muawiyah Radhiyallahu ‘anhu.
Misi pertama dibentuk Muawiyah, bersama kepimpinan anaknya Yazid, untuk menumpaskan Constantinople.
“Kamu sudah silap. Meletakkan ayat di luar konteksnya!”, desas desus itu disergah Abu Ayyub al-Ansari Radhiyallahu ‘anhu.
Beliau tidak menyetujui kefahaman yang begitu. BINASA yang disebutkan Allah dalam surah al-Baqarah ayat 195 itu adalah binasa akibat BAKHIL, enggan membelanjakan harta di jalan Allah. Bukan binasa kerana berjuang.
Abu Ayyub tidak bercakap sahaja. He walked his talk!
Beliau menawarkan diri untuk menjadi sebahagian daripada pasukan yang “bekerja untuk melihat kepercayaan”, biar pun usianya sudah lebih 80 tahun.
Usaha pertama itu gagal…
Usaha di zaman Sulaiman bin Abdul Malik juga gagal.
Usaha di zaman Harun al-Rashid seterusnya gagal.
Usaha di bawah kepimpinan Jeneral Alparslan juga gagal.

Jeneral Alp Arslan
Setiap “kegagalan” itu menambah matangkan pasukan Islam… dan menambahkan lagi suhu bongkak pihak yang menang. Dan bongkak itulah yang menjadikan Constantinople bertambah gelap, pemerintah semakin lupa diri, rakyat semakin dimangsakan, dan pasukan yang kalah demi kalah itu semakin bangkit.
Bukan kalah 11 kali setiap 4 tahun, tetapi kalah dan terus kalah berkali-kali dalam tempoh 800 tahun!
Akhirnya Constantinople tunduk. Golongan yang percaya sebelum melihat sesuatu telah mati, namun waris-warisnya menjulang janji. Biar pun pemenang di pusingan era 1453M itu hanya manusia biasa, bukan sahabat Nabi, bukan Arab dan bukan keturunan Nabi, namun mereka manusia biasa yang luar biasa! Mereka percaya sebelum melihat dan berjuang untuk melihat apa yang mereka percaya.
Sebaik-baik ketua…
Sebaik-baik tentera…
Kesemuanya adalah insan biasa… yang LUAR BIASA.
MAMPUKAH TEMBOK ITU RUNTUH
Berhenti ketawa sejenak kerana saya ingin bertanya, “mampukah manifesto alternatif itu direalisasikan”?
Dan katakanlah:” telah datang kebenaran, dan hilang lenyaplah kebatilan; Sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap” (Al-Israa’ : 81)
Kebenaran itu adalah kejujuran, keadilan, amanah, anti korupsi, anti rasuah, anti manipulasi dan menjulang akhlaq serta segala perilaku yang terpuji.
Sesiapa sahaja yang komited dengan nilai-nilai ini, adalah di pihak yang benar dan memperjuangkan kebenaran.
Kebatilan itu adalah penyelewengan, pembaziran, kezaliman, rasuah, manipulasi dan menjustifikasikan perbuatan keji sebagai perkara biasa yang dijamah saban hari.
Kebenaran pasti akan menang, kebatilan akan hancur, lenyap dan musnah.
Wahyu memberitahu.
Sejarah pun tidak pernah menipu.
Namun apa yang diperlukan adalah pasukan yang PERCAYA SEBELUM MELIHAT SESUATU. DAN BEKERJA KERAS UNTUK MELIHAT APA YANG MEREKA PERCAYA ITU.
Kita pasti berjaya kerana agenda kebenaran ini ada orang seperti saya dan anda. Manusia biasa yang luar biasa. Kerana kita percaya dan bekerja untuk melihat apa yang kita percaya!
Penonton boleh terus ketawa.
Kerana itu sahaja yang mereka ada.
Sesungguhnya orang-orang yang jenayah, mereka selalu mentertawakan orang-orang yang percaya.
Dan apabila orang-orang yang percaya lalu dekat mereka, mereka mengerling dan memejam celikkan mata sesama sendiri (mencemuhnya).
Dan apabila mereka kembali kepada kaum keluarganya, mereka kembali dengan riang gembira (tanpa ada rasa bersalah);
Dan apabila mereka melihat orang-orang yang beriman, mereka berkata: “sesungguhnya orang-orang itu adalah golongan yang sesat!”
Pada hal mereka tidak diutus untuk menjaga sesat atau tidaknya orang-orang yang percaya itu!
Maka pada hari ini, orang-orang yang percaya pula akan mentertawakan orang yang kufur dan ingkar itu.
Sambil mereka berehat di atas pelamin-pelamin (yang berhias), serta melihat (hal yang berlaku kepada musuhnya).
Untuk menambahkan kegembiraan mereka, mereka ditanya): “Bukankah orang-orang yang ingkar itu telah dibalas akan apa yang mereka telah kerjakan dahulu?” [Al-Muthaffifeen : 29 - 36]
“Seeru ‘ala barakatillah”
Abu Saif @ www.saifulislam.com
56000 P124 BANDAR TUN RAZAK
Tan Sri Khalid Ibrahim – BA
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor









































about 1 year ago
Sesuatu yg menarik utk difikirkan…
sedutan komen dari anwaribrahimblog…
cacinster Feb 20th, 2008 at 7:40 pm
NEGARA BANGKRAP JIKA HARGA MINYAK DITURUNKAN?
Terdapat pihak yang mengatakan bahawa adalah mustahil untuk menurunkan harga minyak kerana harga minyak sedang meningkat naik di peringkat global. Timbalan Perdana Menteri menyatakan negara akan bangkrap jika harga minyak diturunkan….
Untuk kenyataan seperti ini kita patut tanyakan terlebih dahulu. Adakah kerajaan sebenarnya tidak mampu menanggung subsidi?
Berdasarkan laporan Belanjawan 2006 mukasurat 10 dan 15,jumlah kutipan kerajaan drpd Petronas adalah RM39.924billion.Jika ditolak subsidi yang ketika itu berjumlah RM 12billion,maka lebihan hasil kerajaan daripada Petronas adalah RM27.924b.Ini adalah kenaikan dana RM12.82billion berbanding tahun 2005.Harus diingat,anggaran ini dibuat akhir tahun 2005 sebelum subsidi minyak dikurangkan pada Feb 2006 sebanyak RM4billion dan keuntungan Petronas mencecah RM76billion.Jadi pertambahan dana tersebut pasti lebih tinggi.
Pernah sekali dipersoalkan ke mana RM500billion duit keuntungan Petronas hilang.Buat pengetahuan semua Audit Petronas tidak perlu dibentangkan di Parlimen dan Petronas hanya bertanggungjawab pada PM.Audit Petronas tidak pernah dibentangkan secara rasmi.Ini menyebabkan Petronas menduduki tangga tercorot daripada 15 syarikat minyak dan gas dunia dalam satu kajian ‘World’s Most sustainable And Ethical Companies’.Kajian ini dijalankan oleh Management and Excellant,syarikat perunding gas dan minyak di Sepanyol.Dalam kajian itu,Petronas mendapat 20.15% berbanding Shell 89.01%.
Sekitar 1986,terdapat satu Tabung dipanggil Tabung Warisan Petronas.Tujuan tabung ini adalah bagi membantu kerajaan sekiranya kita menjadi pengimport minyak satu hari nanti.Setiap tahun,sebahagian keuntungan Petronas akan dimasukkan ke dalam tabung ini.Soalnya,berapakah jumlah kutipan tabung ini sekarang dan mengapa ianya tidak pernah didedahkan?
Minyak Malaysia antara yang paling berkualiti di dunia.Harga setong minyak Malaysia adalah 1-2 dolar lebih tinggi dr harga pasaran dunia.Contoh,katalah harga minyak dunia sekarang USD100 setong.Tapi harga minyak Malaysia yang dijual ke luar negara adalah USD102 setong.Lebihan 2 dollar setong ini sudah menghasilkan keuntungan USD438j @ RM1.49billion setahun.
Minyak yang diimport masuk ke Malaysia sebenarnya minyak bermutu rendah.Dengan kata lain,kita ada minyak mahal pegi jual.Lepas tu bagi kat rakyat minyak tak elok.Kitaran penjualan ini menyebabkan peredaran wang USD yang sangat besar.ini menyebabkan jika sedikit masalah berlaku pada matawang US,kita terjejas sama.
Semoleknya,minyak digunakan ke dalam negara dan lebihannya barulah dieksport.Penggunaan NGV sbg bahan bakar mesti dipertingkatkan bagi mengelakkan tumbuh guna petrol yang terlalu besar dalam negara.Dengan cara itu,minyak kita tidak akan bergantung pada harga ekonomi dunia lagi.Sementelah lagi,PM pernah menyatakan bahawa penggunaan minyak di Malaysia hanyalah 575000 tong sehari,kurang daripada pengeluaran minyak Malaysia sebanyak 650 000 sehari.Taktik ini dipraktikkan di Arab Saudi.Sebab itu,walaupun harga minyak dunia naik,Arab Saudi mampu turunkan harga minyak tempatan.0.35 riyal satu liter.
Kalau kita tengok Qatar,Qatar harga minyaknya RM0.87 seliter @ 80 dirham.Qatar macam kita,pengeksport minyak.Dan kalau kita check Singapura,harga minyaknya RM4.15.Di Indonesia pada 2006,harga minyaknya berada pada paras 4500 rupiah.Ini bersamaan RM1.84.Sila ambil perhatian:Indonesia adalah pengimport minyak.Keluaran minyaknya tidak mencukupi utk menampung keperluan dalam negara.Malaysia pengeksport minyak.Keluaran minyaknya melebihi keperluan tempatan.
Di Indonesia Sudahlah harga petrolnya lebih murah,keretanya pula murah.Toyota Avanza di sana harganya RM40 000.Di sini harganya kira2 RM70000.
Sebagai perbandingan,harga LPG di Malaysia adalah RM1.75 satu kg.Di Thailand RM1.65 satu kg.(Anda boleh rujuk kenyataan media JPM pada 27 Feb 2006).Untuk rekod,Thailand bukan pengeksport LPG.Kita?LPG belambak kat Sarawak nun.
Penipuan yang kerajaan buat tentang hal kenaikan amat jelas.Kerajaan kata subsidi kena hapus perlahan-lahan sebab nanti tak lama lagi rizab minyak akan habis.Jadi rakyat kena berlatih hidup tanpa subsidi.Tapi berdasarkan jawapan bertulis Perdana Menteri di Dewan Rakyat November 2005,rizab minyak negara adalah 5.29billion tong yang boleh kekal sehingga 2024.Ini belum termasuk penemuan telaga baru seperti telaga Pisagan 1A dan rizab gas lainnya terutama di laut Sabah.Bohong tak bohong.
Ingat,jangkaan habis petrol pada 2024 ini dibuat mengambil kira rizab pada tahun 2005 sahaja dan pengeluaran sehari secara purata 750 000 tong.Untuk rekod,pengeluaran sekarang adalah 650 000 tong.
Dan jika diikutkan,kenaikan harga minyak mentah dunia sebenarnya memberikan rahmat besar buat Malaysia.Menurut laporan Asian Development Bank,dalam buku laporan tahun 2007 menyatakan bahawa setiap kenaikan sebanyak USD1 bagi pasaran dunia untuk minyak mentah,kerajaan Malaysia mendapat keuntungan tambahan USD 62juta bersamaan RM210.8 juta.Pada saat minyak kali terakhir dinaikkan RM0.30 satu liter Awal 2006,harga minyak mentah dunia adalah USD70 setong.Kini harganya kira-kira USD96 setong.Bermakna penambahan keuntungan buat kerajaan Malaysia sebanyak USD 1.612 bilion.
Sekarang ayuh kita fikirkan pula mengapa subsidi diturunkan dan keuntungan kerajaan meningkat,masalah kewangan tetap berlaku.Dikatakan duit penjimatan RM4.4billion itu pergi kepada pengangkutan awam.Pergi kpd pengangkutan awam atau pergi pada siapa? Anda kenal Scomi?Scomi Group Berhad adalah milik Kamaluddin bin Abdullah bin Ahmad Badawi.Berdasarkan The Star Online Bizweek 18 Mac 2006,Scomi telah memasuki tawaran untuk Syarikat Prasarana Negara (PNSB) sebanyak RM120 juta bagi membina 400 badan bas dan kontrak RM50j utk pembaikan 1500 gerabak dan landasan KTM.
Ini yang keluar suratkhabar.Yang tak keluar?Skandal PKFZ tu macammana?
Sekarang tuan-tuan nampak duit jimat subsidi itu pergi mana?
Pembailoutan syarikat2 individu seperti MISC dan Scomi milik anak PM dengan jumlah mencecah RM4billion selain pembinaan projek2 mega yang tidak menguntungkan adalah antara punca utama kelemahan kewangan kerajaan.Pemberian subsidi bahan api berjumlah RM14billion pula terlalu banyak menguntungkan Penjana Tenaga Bebas(IPP) seprti YTL,Genting Sanyen dan Powertec milik Ananda Krishnan,Lim Goh Tong dan Yeoh Tiong Lai.Syarikat-syarikat IPP ini pula telah menandatangani perjanjian berat sebelah dengan TNB yang menghasilkan kerugian sejumlah RM30b kepada TNB…(Tan Sri Ani Arope telah mengesahkan ini….)
Najib kata berjimatlah.Dia duk baiki umah rasmi dia RM5juta.Projek tu dapat kat adik dia tanpa kelulusan JKR.Berjimat apebendanya?
Kata-kata Najib baru-baru ini amat mengelirukan.Negara akan bangkrap jika minyak diturunkan harga.Negara tidak akan bangkrap Najib.Yang bankrap mungkin beliau.
Kesimpulannya,ketelusan,kebijaksanaan menandatangani perjanjian,tadbir urus wang yang baik serta dasar ‘tidak pada bail out’ dan pembatalan projek mega yang bodoh akan membolehkan harga minyak diturunkan. Nah…. sekarang rakyat yang terpaksa menanggung semua ketidaktelusan mengurus tabdir wang negara… RAKYAT MENJADI MANGSA… SEMUA HARGA BARANG NAIKKKKK…….
Power to the people!
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam, saudara ku.. marilah kita sama2 jadi org yg percaya tersebut. kita berusaha ke atas apa yg kita percaya itu. cukuplah selama ini kita menjadi penonton, yg hanya beri komen dan pendapat, tanpa berbuat sesuatu. Negara itu perlukan lebih ramai org2 yg percaya dan berani membuat perubahan. moga kita sebagai org biasa ini, dapat berusaha dan berikhtiar dgn luar biasa.
*Luar biasakan doa2 dan pengharapan saudara kepada Allah
*Luar biasakan penerangan dan kempen kepada keluarga dan jiran tertangga
*Luar biasakan pengorbanan dan keberanian saudara.
Moga hasil PRU12 ini juga luar biasa. Amin…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam..
wah!!! komen yg luar biasa… membuka mata sehingga ke tahap luar biasa. Terima Kasih.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Kesinambungan daripada entri yang lepas. Sangat menarik. Kepercayaan biasa-biasa atau luar biasa.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Beremang bulu roma baca artile kali ni.
Insya-Allah, kita doakan sama-sama menjadi salah satu mata rantai penerus perjuangan… Akan sampai satu masa, satu ‘pasukan’ yang berjaya menegakkan ISLAM di bumi Malaysia dan seterusnya di seluruh alam. Amin.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Mezahirkan perkara yang ‘luar biasa’ adalah mustahil kalau kita ‘alahan’ terhadap risiko, kekangan dan segala mehnah musuh..
Takbir…..
syukran ustaz, kerana melengkapkan lagi (dlm tulisan) sebahagian ceramah ustaz di surau an-nur tempoh hari..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Let there be no dubt that an alternative to BN is ver possible and very capable.
PAKPAYNE
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Undi saya tidak rahsia. Malah saya bangga mahu memangkah selain dari calon Barisan Nasional. Dalam realiti kini, saya pasti calon yang diletakkan oleh lawan Barisan Nasional adalah calon yang berwibawa. Dan saya sedar bahawa saya tidak boleh mengharapkan pemimpin bekerja seorang diri, tetapi kebajikan saya juga adalah tanggungjawab saya.
Saya tidak malu mengaku bahawa saya tidak akan mengundi Barisan Nasional untuk PRU ke-12. Kenapa saya mesti takut dan malu sedangkan saya juga adalah penduduk Malaysia yang punya hak untuk memilih?
Jangan lupa turun mengundi dan berkempen secara bandwagon! Tunjuk rasa bangga kita mendokong perubahan di Malaysia!
Tapi rasanya ramai yang di sini sudah jelas. Yang tak jelas rasanya hanya isu berkaitan pangkah bukan Islam. So, jangan byk buang masa, jom bergerak di tempat kita sedeqahkan masa, tenaga, harta dan jiwa kita.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
800 tahun…. kita baharu kalah dlm masa 50 tahun… sy yakin… generasi akn dtg akn lebih celik dr generasi masa kini… dulu semasa sy sekolah rendah… tiada pemansuhan yuran sekolah… tp bayar tak sampai RM 35… tp kini walaupun ada pemansuhan yuran sek… ttp kena bayar RM 150… demikian cerita seorang yg bergaji dgn kelulusan spm… generasi kini susah semasa dah keje… tp generasi akn dtg akn susah semasa belajar lg… dulu tak ramai yg amik tahu sgt soal agama… tp sejak akhir2 ini ramai yg sudah amik tahu… sy yakin… masa utk golongan yg korup… zalim… mkn rasuah… akn tamat dan masa utk Islam yg kt cintai akn muncul… kalaupun bkn kt dpt merayakan kemenangan Islam… jgn lupa dan berhenti dr menjd sebahagian mereka yg membentuk generasi akn dtg dgn acuan Allah…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
InsyaALLAH……….
Ingat kte pada janji2 ALLAH…….ustaz bleh x sy nak ambik artikal nie utk buat sebaran umum….???
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Saudara Amin, saya rasa kalau ada PRU di SI ni BA menguasai lebih 2/3.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Assalamualaikum ustaz..
sy minta kebenaran ustaz utk mengambil beberapa bait-bait artikel ustaz ini dan beberapa yang lain utk sy letakkan dalam blog sy buat kawan-kawan sy yg masih blur tentang perjuangan yg tulus kerana ALLAH.. sy nyatakan juga yg tulisan2 itu adalah dr ustaz dan saifulislam.com.. harap ustaz tak keberatan..
p/s : seronok betul dengar ceramag ustaz dekat surau an-nur bangi minggu lepas.. betul2 membuka minda.. jazakallah hu khairan kathira..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam… semoga kita akan BERUSAHA bersungguh-sungguh untuk mencaspai apa yang kita percaya..
Firman Allah yang bermaksud,
“Dan (ada lagi) kurnia lain yang kamu sukai (iaitu) PERTOLONGAN DARI ALLAH dan KEMENANGAN YANG DEKAT (WAKTUNYA). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang mukmin.” ( As-Saff:13)
haa, sudah jelas Allah mengatakan bahawa pertolongan dari-Nya dan kemenangan Islam itu sudah dekat.. tapi, jangan lupa pula kepada sunnatullah, mesti mempunyai strategi yang mantap dan usaha yang bersungguh-sungguh.. tak guna berani membabi buta…
semoga sensiviti kepada masalah Islam dan umatnya semakin meningkat di kalangan masyarakat kita dan seterusnya menjulang Islam kembali di tempatnya…
jangan lupa DOA sebagai senjata kita…
jangan lupa QIAMULLAIL sebagai sumber KEKUATAN kita..
jangan lupa SOLAT JEMAAH sebagai salah satu alat PERPADUAN sesama kita..
jagan lupakan QURAN dan ZIKIR sebagai alat PENENANG JIWA..
jangan lupa AKHLAQ YANG TERPUJI sebagai satu cara DAKWAH kita untuk menarik mana-mana golongan kepada kita..
jangan lupa BERBAHASA YANG BAIK dan MEYAKINKAN semasa berkempen..
semoga kita dipilih oleh Allah untuk menjadi PEKERJA-PEKERJA AGAMA…
wassalam..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
sekadar berkongsi video ini…
http://www.youtube.com/watch?v=C78ovz5gB4g
sebar2kan lah ia…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam ustaz….
And a quote from Alcoholics Anonymous:
“God grant me the serenity to accept the things I cannot change, the strength to change the things I can, and the wisdom to know the difference.”
Kata Hishamudin Rais, sekiranya pilihanraya boleh mengubah keadaan, sudah lama pilihanraya di haramkan……
Kata Ustaz, Sejarah pun tidak pernah menipu. Namun apa yang diperlukan adalah pasukan yang PERCAYA SEBELUM MELIHAT SESUATU. DAN BEKERJA KERAS UNTUK MELIHAT APA YANG MEREKA PERCAYA ITU.
Bersama kita bekerja kuat untuk mengubah keadaan, bermula dari kuasa di tangan kita di hari pengundian, ishaAllah.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Sejarah memang tidak menipu tetapi penulisannya bergantung pada siapa memerlukan. Begitu juga wahyu memberitahu … yang membaca atau yang menyampaikan yang keliru. Ini semua realiti. Contoh, hasil dari membaca ‘Solatlah seperti aku solat’ ialah terdapat yang bekunut solat Subh dan yang tidak. Ketepi sementara masaalah cabang, bagamana ia boleh terjadi? Yang tidak gemar membuka luas minda, undilah BA kerana ada kebenaran quote ZN atas kata Hishamudin.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam..
janji Allah itu sudah pasti..dan kita sebagai hamba harus terus dan terus percaya untuk melihat Islam bangkit semula.mungkin bukan sekarang..mungkin bukan 100 tahun akan datang.tapi yang pasti Islam pasti akan bangkit.tetapi di tangan siapa..hanya Allah yang tahu.
Ust teringin nak dgr us komen pasal Parti mahasiswa Negara (PMN)..da lama saya tunggu2
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam.alaik..alhamdulillah kita dikurniakan dengan nikmat iman dan islam yang tidak semua memilikinya.. topik ini amat menarik dikupaskan dengan lebih lanjut..kita bertindak atas apa yang kita percaya…ia menjadi penyuntik semangat untuk kita terus bergerak kerja..namun kita perlu sentiasa memberikan penggantungan kemenangan yang penuh kepada Allah atas kemenangan yang bakal dicapai, InsyaAllah dengan usaha yang tiada erti jemu..ikhlas semata-mata keranaNya(jaga hati moga tidak timbul masalah hati dalam bekerja) adalah menjaga hubungan dengan Allah,jangan sampai bergerak kerja tetapi tidak menjaga hubungan dengan Allah iaitu solat berkualiti,diawal waktu dan kusyuk serta (QIAM DAN DOA SENJATA ORANG MUKMIN), yang kadang-kala kita lupa untuk menggunakannya, kerana kita fikir kemenangan tersebut adalah dari usaha kita…kerana itu sahaja yang akan menjadi penguat jiwa untuk terus bergerak kerja…inilah perbezaan antara pihak yang benar-benar menjadikan Islam sebagai asas dan matlamat perjuang berbanding pihak yang sebaliknya…moga kita terus istaqamah dalam perjuangan yang penuh mehnah dan tribulasi ini…kerana matlamat yang satu ALLAH..
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Assalamualaikum..
Buka mata, buka minda, buka hati.. Terimalah kami sebgai pbawa perubahan..
“tiada Yang Mustahil Bagi ALLAH”
Takbir!!!
Respond to this comment [with empathy]