Pembetulan Kisah Umar al-Khattab r.a

Di dalam artikel SOKONG ISLAM ATAU MUSLIM, saya telah memasukkan kisah Umar al-Khattab radhiyallahu ‘anhu mengadili kes seorang lelaki Qibti Mesir dan Muhammad, anak kepada Gabenor ‘Amru bin al-’Aas radhiyallahu ‘anhu.
Kisah tersebut tersimpul dengan ucapan Umar yang terkenal iaitu:
Wahai Amru, bagaimana kamu boleh memperhambakan manusia sedangkan mereka dilahirkan oleh ibu-ibu mereka bebas merdeka!”
Kisah itu merupakan kisah yang sangat masyhur. Dan saya memetiknya dari karangan Sheikh ‘Aid al-Qarni dan kebetulan, kitab Futuh al-Misr wa Akhbaruha oleh Ibn Abd al-Hakam telah dibahaskan di dalam kelas subjek Islam in Sub Saharan Africa di dalam pengajian saya di UIAM.
Beberapa persoalan telah timbul, berikutan daripada kemusykilan buku-buku tentang sejarah Afrika. Proses menyaring kitab seperti Futuh al-Misr ini, begitu juga dengan buku seperti Rehlah Ibn Bathutah, adalah amat sulit. Pelbagai cabang disiplin diperlukan untuk menyaringnya. Kombinasi di antara disiplin jarh wa ta’dil di dalam ilmu hadith, serta ahli bahasa Arab dalam menilai ketulenan lafaz… berguna untuk menapisnya.
Hasil kombinasi latar belakang kami di dalam kelas yang terdahulunya merupakan pelajar Syariah dan Hadith, diskusi telah diadakan. Kami akhirnya sampai kepada kesimpulan bahawa riwayat yang masyhur tentang kisah Umar di atas, adalah MUNKAR.
Kemusykilan tentang kisah tersebut melibatkan kualiti sanad, kesahihan isi kandungan teks yang bertentangan dengan beberapa prinsip Islam, justeru saya mengambil langkah untuk menarik balik kisah tersebut dari artikel berkenaan.
Namun ia tidaklah menjejaskan maksud asal artikel tersebut, bahawa Islam menjunjung prinsip keadilan tanpa mengira sama ada seseorang itu Muslim atau pun tidak.
KESULITAN
Hal ini menjadi satu bukti yang penting betapa usaha memurnikan sejarah Islam, bukanlah suatu agenda yang mudah. Seandainya ada dari kalangan pembaca yang mempunyai maklumat berguna yang boleh digunakan untuk memperbaiki hal ini, janganlah teragak-agak memaklumkannya kepada saya.
Kita harus saling bekerjasama untuk membantu di antara satu sama lain dan kesilapan seperti kesilapan saya ini, jangan terus dianggap sebagai menghina sahabat Rasulullah SAW. Naudhubillah min dhaalik.
Menyengajakan suatu kebatilan adalah terlalu jauh bezanya dengan kesilapan yang boleh menimpa sesiapa sahaja dari kalangan kita.
Kepada Allah jua saya mohon keampunan, semoga pembetulan ini tidak menjejaskan tumpuan kita kepada tanggungjawab dan peranan masing-masing menjelang PRU akan datang.
“Seeru ‘ala barakatillah”

Abu Saif @ www.saifulislam.com
Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor








































about 1 year ago
nampaknya saya kena emailkan sekali entry ni kepada mereka yang sudah saya kirimkan ‘SOKONG ISLAM ATAU MUSLIM’. Terima kasih atas keberanian dan kepantasan pembetulan tersebut…. moga tiada yang salah sangka pada saifulislam.com
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
kalau nak dihapuskan cerita ni.. memang bukan kerja mudah… penuh kat internet dalam segala bahasa, malah quoted oleh ramai ilmuan. ia bukanlah sesuatu yang sya’i ma’lum min al-din bi ad-dharurah.
maaf atas kesulitan yang timbul.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Aslm wbt.
Tidak mengapa, mengaku kepada kesilapan adalah benda yang mulia. Lebih mulia daripada manusia yang mencari-cari 1 kesilapan di sebalik 1000 kebenaran.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
InsyaAllah pembaca di Saifulislam.com bukanlah mereka yang fanatik
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam..
Typo sikit:
MUNKAR -> MUNGKAR
Kemaafan yang berani, kerana takutkan Allah swt.
Wasalam
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
ehe..
semua perkataan tu saya eja MUNKAR dan bukannya MUNGKAR sebab bahasa arab takde huruf NGA. Ejaan arabnya ialah mim nun kaf ra. Thanks anyway dr.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Di Al-Fikrah yahoogroup juga di highlight-kan hadith ini untuk mohon ‘pengesahan’ dari kalangan pembaca yang arif tentang sejajarah. Moga ‘pencerahan’ ini menjawab nya..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
ralat: perkataan hadith di baca ‘kisah’, maaf jua..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
apa nak kita takut. Sebenarnya terlalu banyak cerita-cerita palsu mengenai kisah terdahulu. Jangan terkejut jika saya katakan bahawa dalam cabang ilmu tasauf dan tarekat, lagi banyak cerita palsu. Sebenarnya, palsu atau tidak sesuatu kisah itu tidak penting. Apa yang lebih penting ialah hati yang mendengarnya – bertambah iman atau tidak. Bagi yang memang kaki cerita dan tukang karut, mereka sentiasa cari bahan untuk bercerita. Penyudahnya ialah rasa bangga kerana ada cerita. Berbanding dengan orang yang mencari kebenaran, jika benar, akan ada iman tertambah dan secara tidak sedar akan mengeluarkan air mata kerana cemburukan saat-saat gemilang Islam dan takut akan seksaan Allah yangboleh datang tiba-tiba.
Kita kena ambil pengajaran dari Surah Al kahfi di mana Allah jelas katakan bahawa sejarah adalah perkara ghaib – oleh itu janganlah kita menyatakan sesuatu yang kita tidak ada pengetahuan mengenainya.
Dalam mencari titik penyatuan, segala cerita-cerita hanyalah ibarat buah-buahan – ada yang elok, ada yang busuk dan ada yang mulanya elok tetapi rosak kerana dimasuki ulat. Tetapi pokoknya tetap Islam dan batang tunjangnya adalah Quran manakala akarnya adalah iman.
Ada cerita yang palsu yang dalam pengetahuan umat Islam tetapi bertambah iman mereka dan ada cerita benar yang dalam pengetahuan seseorang tetapi hanya menambahkan takabbur ilmu dan menjadi sebab perpecahan bila terlalu ghairah untuk memperbetulkan keadaan, dalam keadaan mentaliti yang telah tertambah iman tidak bersedia untuk diperbetulkan. Kita tidak perlu risau kerana orang yang beriman dalam bimbinganNYa dan ingatlah ayat “wa makaru wa makaraAllah wallahu khairul makirin”.
Kisah pendustaan Aisyah sahaja sudah Allah perjelaskan kebaikannya di mana ia menjadi ujian orang yan benar-benar taat Rasul SAW dan yang sebenarnya pendusta.
Contoh mudah pertelagahan kita ialah mengenai selawat Nabi SAW – perlu ada saidina atau tidak. Allah kata jangan panggil Nabi macam kita panggil orang lain. Nabi SAW pula kata jangan menambah-nambah dalam selawat. oleh itu, apa kata kita ikut ayat yang selalu disebut dalam khutbah Jumaat – berselawat ke atas “AN NABI” –
Pokok pangkalnya segala cerita-cerita ini lebih untuk mengekalkan kemashuran si pencerita semata-mata. Jika kita yang mendengar cerita ini benar-benar bertambah iman, kita sampaikan kepada orang lain. Jika kita rasa tertolak, pohon hidayah Allah untuk mengesahkannya. Syaitan pun suka main peranan pujuk kita menolak yang benar dan mengiyakan yang palsu. Semua ini modal untuk buat kita bergaduh.
Itulah sebabnya ilmu tertinggi ialah mengenal penghulu “hak” iaitu Allah dan penghulu “bathil” iaitu Iblis dan jalan ilmunya hanya melalui Quran dan hadith.
Ilmu Allah ialah kenaliNya, dibuktikan dengan dengar dan taat dan diasuhkan hati agar ketaatan dibuktikan dengan ikhlas, yang terletak pada penyerahan dan tawakkal. Lalu Allah yang akan memberi iman selayaknya mengikut darjat dan kemampuan kita.
Ilmu Iblis ialah ilmu yang menyebabkan beliau yang suatu ketika dahulu hebat dan kini tersungkur – sebabnya – terasa bagus, terasa mulia, terasa hebat, memandang rendah dan akhirnya tidak mahu mendengar dan tidak mahu taat.
Oleh itu, manusia yang dapat dipegang jiwanya oleh Iblis ialah mereka yan sentiasa terasa bagus, terasa mulia, terasa hebat, memandang rendah iman orang lain dan tidak mahu mendengar dan jauh sekali nak taat. Ada sahaja nak dibidas – macam Iblis – kenapa dia yang dari tanah dan bukan aku yang dari api.
Hakikatnya dapat mengenali nafsu jahat sendiri akan dapat tahu betapa lemah dan jahilnya diri kita. Sesungguhnya stabilnya iman kita bukan kerana usaha kita semata-mata tetapi kerana pertolongan Allah semata-mata. Itulah wirid yang kita selalu dok baca selepas sembahyang. Minta-minta jangan kufur selepas beriman dan terjebak dengan kumpulan yang sesat dan menjadi penentang suara-suara kebenaran tanpa kita sedari dalam keadaan kita terasa-rasa kita dalam petunjukNya. [Surah Az zukruf - Ayat 36 (kalau tak silap)]
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
“Kita harus saling bekerjasama untuk membantu di antara satu sama lain dan kesilapan seperti kesilapan saya ini, jangan terus dianggap sebagai menghina sahabat Rasulullah SAW. Naudhubillah min dhaalik.” 100% sokongan.
Respond to this comment [with empathy]