
Pilihanraya tetap pilihanraya.
Namun ia bukan segala-galanya.
Semasa getir sahabat seluruhnya dikerah turut serta ke Peperangan Tabuk, Allah SWT menurunkan firman-Nya:
“Dan tidaklah wajar orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); Oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; Mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah)” [At-Taubah : 122]
Biar segetir mana sekali pun desakan turun ke medan, Allah tetap memerintahkan umat Islam itu terbahagi kepada beberapa kumpulan. Pada pejuang turun ke medan untuk berjuang, tetapi Madinah tidak ditinggalkan sepi.
Bukan hanya segelintir dilantik menjaga kebajikan dan keselamatan penduduk, khususnya kaum wanita dan kanak-kanak, malah proses mendalami agama tidak harus terhenti, biar pun atas nama peperangan.
Pejuang mempertahankan agama.
Majlis ilmu melahirkan pejuang agama.
DI CELAH KESIBUKAN
Biar pun demam pilihanraya semakin menghampiri puncaknya, hari ini saya meletakkan diri di gelanggang menuntut ilmu. Atas maksud keterangan at-Taubah ayat 122 itu tadi.
Dingin pagi Sabtu menghantar saya ke sebuah program yang dianjurkan oleh Waziera Centre. Program Seminar Kekeluargaan Muslim, diisikan dengan gandingan saya bersama sahabat seperjuangan, al-Fadhil Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman. Saya menyampaikan topik HUBUNGAN IBU BAPA DAN ANAK-ANAK MENURUT ISLAM, manakala Ustaz Zaharuddin menyampaikan topik PENGURUSAN KEWANGAN KELUARGA YANG DIBERKATI.
Program dipengerusikan oleh al-Fadhil Ustaz Adlan (Ali Tantawi) dan sambutan yang diterima adalah baik.
Semasa Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman menyampaikan kertas kerjanya, saya terpaksa meninggalkan majlis kerana perlu bergegas menuju ke Taylors University College di Subang Jaya untuk program yang seterusnya. Biar pun saya bertolak seawal 12:20, kesesakan lalu lintas di MRR2 sekitar Kepong telah menyebabkan perjalanan yang tidak jauh mana itu memakan masa 2 jam setengah.
Di Kolej Taylor, saya telah menyampaikan ceramah motivasi kepada para pelajar yang sedang mengikuti program persediaan untuk menyambung pelajaran ke Australia, Kanada dan beberapa buah negara yang lain. Program ini adalah untuk membetulkan hala tuju kehidupan pelajar ini agar hidup mereka jelas bermatlamat, sebagai langkah pertama untuk meletakkan mereka di landasan Islam yang sebenar.

Cenderahati dari mereka di Taylors
Syukur, biar pun saya berceramah dalam keadaan yang SANGAT penat, ditambah pula dengan sesi jam 3 petang hingga hari gelap, namun sikap pelajar yang responsif memberikan semangat kepada saya untuk terus berceramah.
Semoga segalanya bermanfaat dan hormatilah sikap profesional saya yang tidak mencampur adukkan mood pilihanraya serta pendirian politik saya, dengan kerja dakwah yang melewati batas kepartian dan prejudis sempit yang merugikan.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











Penat di dunia, semoga di akhirat sana sejahtera hendaknya ustaz.
Tiada pelaburan yg lebih baik berbanding pelaburan akhirat, inshaAllah.
Semoga Allah mengurniakan ustaz kesihatan dan kekuatan jasmani dan rohani untuk terus giat di jalan dakwah!
“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?”
“Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.”
61:10-11
Salam. Betul ustaz, sikap professional perlu ada dalam apa jua yang kita lakukan. Yang penting prinsip kita tetap dipertahankan…
Semoga usaha dakwah ustaz mendapat ganjaran daripada Allah SWT.
Salam perjuangan..
Semoga semangat ustaz sentiasa dapat dikongsi dari jauh..
Insya Allah sentiasa dipermudahkan urusan. Ameen
Saya setuju ustaz, semua org harus bertindak secara profesional, bukan dipengaruhi oleh sentimen dan emosi semata.
Sekarang, zaman sudah berubaha, bukan masanyanya untuk TAKUT2, DIUGUT, TARIK BLK PINJAMAN, DISENARAI HITAMKAN dan sebagainya.
Sekali lagi saya menyeru kepada profesor2 dan cerdik pandai di universiti, jangan sia-siakan ilmu yg Allah berikan kepada anda utk menyatakan kebenaran….. Kerana mahu jaga perut, prinsip kebenaran dan keadilan dikorbankan. Bertindak secara profesional!!!!!!
Kepenatan itu kelak akan dibayar dengan kerehatan yang kekal abadi di dalam syurga.
Amin. Sila rujuk blog saya di http://disertasi.blogspot.com utk artikel Peringatan buat calon Muslim ;
Hindari ciri-ciri munafiq
Jazakallah khairan jazak ya ustaz. Ana sangat hargai setiap mutiara ilmu yang ustaz telah sampaikan kepada kami semalam. Ana yakin bahawa terdapat banyak jiwa muda Islam ( yang tidak membuat takhassus dalam bidang ‘ulama) tetapi dalam bidang professional yang mempunyai potensi yang sangat besar untuk dibangunkan. Tenaga dan kepakaran yang ada pada ustaz perlu diturunkan kepada para pelapis, moga momentum perjuangan yang ada ini dapat dikekalkan, lebih baik jika ditingkatkan.
Semoga usaha kita dalam menyuburkan da’wah dan tarbiyyah akan terus subur. Ana sangat hargai jasa besar ustaz. Wallah a’lam
Bagus ustaz.. dimana-mana tetap professional..
Tapi BN tak pernah professional, berkempen guna harta rakyat macam semua pembayar cukai sokong dia..
Tiap hari mengata mencerca mengumpat pemimpin BA.. tapi dituduhnya BA pula..
Tak professional sungguh..
Akak berada di kawasan subang jaya tu pukul 12, dafrat ielts, ramai pelajar melayu juga rupanya di situ. Tak berapa kelihatan pula di luar perkarangan kolej tu.
Ustaz dah masuk gear 5 , kita plak takkan nak tengok saja….
Mai kita pulak pakat2 tarik 10 orang ‘atas pagar’….tekadkan dalam 5 hari ini, satu hari 2 orang, tak payah sangat rasanya.
Pembaca SI yang budiman..AYUH bangun dari keadaan selesa kita untuk turun berjuang bersama-sama….(jika anda benar-benar prihatin)
Ustaz,
Yang bergambar ditengah tu siapa?
Rasa macam kenal pulak, tapi takut tersilap orang.
Terima kasih
Same goes with me. I think I know who the middle guy is.
Pentingnya pengurusan kewangan atau ekonomi di dalam kehidupan adalah untuk memastikan kita tidak termasuk golongan suku Sunnah, kerana tidak berpegang teguh kepada Sunnah Allah dan hanya mengambil separuh sahaja Sunnah Nabi (meninggalkan bahagian ekonomi dengan hanya menyebukkan diri di bahagaian syariah yang lain).
sekarang banyak dah dengar tentang kisah kejayaan anak melayu.malaysia boleh.melayu boleh