Cakap Dengan Emak Lagi Senang Daa!

On 06/03/2008, in Siasah, by Abu Saif | 6,157 views | Print Print | Email Email |

75315136.jpg

 

“He who says that democracy is disbelief, neither understand Islam nor democracy” – Sheikh Yusuf al-Qaradhawi in the London newspaper al-Awsat, February 5, 1990

 

“Kamu balik mengundi ke?”, emak bertanya.

“Jumaat ni kami semua balik Ipoh untuk mengundi”, saya memberitahu emak.

“Ha, kad kamu ada kat rumah ni”, emak saya memberitahu.

Biar pun telah bermastautin di Kuala Lumpur, saya masih berdaftar mengundi di kampung kelahiran saya. Ini pula memang kali pertama saya mengundi setelah 11 tahun tinggal di luar negara semenjak habis SPM.

Emak mengadu yang kakinya sakit. Beliau bimbang terpaksa beratur panjang dan sakit untuk beratur. Tetapi urusan hal ini boleh diselesaikan Insya Allah. Saya akan membawa bangku lipat supaya emak boleh duduk semasa menunggu giliran mengundi.

“Tapi emak tak pernah miss mengundi. Cuma 2004 hari itu sahaja. Kali ini emak nak keluar mengundi”, kata emak. Tegas dan jelas bunyinya.

Tidak sempat saya memujuk, emak sudah jelas dengan keputusannya.

Saya kagum dengan semangat emak, semangat orang dulu.

Tidak macam orang sekarang. Tahunya macam banyak, tapi fikiran bercabang-cabang tidak tentu bayang. Bercakap dengan emak, jauh lebih mudah berbanding cerdik pandai ahli sarjana yang kepalanya tidak tentu hala.

“Nanti kalau I undi pembangkang, KL tak ada sinema!”, kata seorang profesional yang berbual dengan Ummu Saif.

Memang susah membuang undi dengan kepala lutut.

P.64 DAN N.27

Biar pun secara tradisinya pembangkang di kawasan kami adalah dari DAP tetapi ia tidak mengelirukan emak. Malah dalam keadaan sakit-sakitnya pun, emak tidak teragak-agak dalam soal tanggungjawabnya mengundi.

Alasannya mudah sahaja. Sama seperti tulisan saya di dalam artikel SOKONG ISLAM ATAU MUSLIM.

Sifirnya… orang Melayu bukannya ditipu oleh Cina atau India. Orang Islam bukannya ditipu oleh orang bukan Islam. Malah orang Cina dan India juga bukannya ditipu oleh Melayu. Tetapi yang merosakkan negara ialah Melayu, Cina dan India yang bersekongkol dalam satu Barisan, membiarkan bangsa masing-masing tidak tentu arah.

Barisan itu yang harus ditolak. Itu sudah cukup untuk kami sekeluarga membuat keputusan.

“Kita tak harap pembangkang memerintah. Tapi kita kena ramaikan pembangkang dalam DUN dan Parlimen. Idak le sombong bebeno dema tu”, saya menambah.

“Memang. Sebab sombong tu yang jadi susah nak ditegur. Takde cakap sape yang depa nak dengor. Semua betui belaka”, emak menyambung. Kuat juga semangat emak saya.

Emak sendiri pernah menempuh pengalaman disindir jiran-jiran sebab mengundi pembangkang. Tetapi emak buat tidak kisah.

“Suka hati depa le nak cakap apa”, mudah sahaja pendirian emak.

“Masa Norhayati jadi mangsa orang besar Melaka dulu tu pun, Lim Guan Eng yang pertahankan mangsa. Sampai masuk penjara. Lim Guan Eng tu anak Lim Kit Siang”, saya berbual-bual panjang lagi.

Dalam kes itu, si orang besar sebesar tangga rumah di negerinya, terlepas begitu sahaja. Norhayati pula yang ditahan di pusat pemulihan, dan neneknya Pendek Ahmad hidup menderita. Saya tidak pernah lupa menonton kes ini ketika di London. Ia disiarkan secara telus oleh BBC World di era Reformasi.


Foto: elizabethwong

Lim Guan Eng pula yang terhumban ke penjara. Semua ini kerja politik orang sombong.

“Hmm…tutup kes macam tu aje. Ada je yang babit orang besar, tutup kes”, tambah emak pula.

WARISAN PRINSIP ABAH

Saya tidak pernah dan tidak akan lupa jasa abah mengajar saya dan kami sekeluarga untuk menjadi orang yang berprinsip. Itu cara abah sejak dulu. Sejak saya masih anak hingusan.

Abah pernah memberitahu saya, bahawa biar pun keputusan peperiksaan saya habis cemerlang, saya tidak akan dapat peluang masuk MRSM sebab pendirian politik abah. Saya tidak kisah.

Sepetang di tahun 1991…

“Kenapalah bengap sangat orang kampung ni”, abah mengeluh. Semenjak menjadi bendahari masjid, abah selalu stress.

“Kenapa, bah?” , saya bertanya.

“Kalau depa nak sokong UMNO sekali pun, abah tak kisah. Tapi jangan bagi hujah bodoh”, kata abah.

“Apa hujahnya?”, saya cuba mendapatkan kepastian.

“Kena sokong UMNO sebab UMNO buat jalan dan tiang lampu. Depa tak kenal Soviet”, wajah abah kemerah-merahan.

“Apa kena mengenanya dengan Soviet?”, saya tidak faham.

“Soviet tu komunis. Jalan rayanya lebih luas dari jalan raya kita. Lampu jalannya lebih terang dari lampu jalan kita. Manjoi yang ramai orang UMNO tu pun masih tak berlampu sampai sekarang. Siapa sekali pun memerintah, buat jalan dan lampu, kerja semua kerajaan. Tak kira siapa”, kata abah.

“Kita orang Islam. Pertimbangannya ialah Islam”, abah berdiri merenung dari tingkap anjung rumah.

Saya hanya mengangguk.

“Seeru ‘ala barakatillah”

taknak_bn.jpg

Abu Saif @ www.saifulislam.com

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Related posts:

  1. Bujang ‘Senang Dan Ambil Mudah’   Bujang, muda dan bersemangat – Gambar Hiasan “Semenjak local...
  2. Lagi Terpeinci Lagi Rendah Kualiti “Macam mana ustaz boleh baca kitab Arab macam itu? Baris...
  3. Nak Juga Cakap Arab! “Aduh, lambat kita ni!” saya menggelabah. Ucop dan Munawwar pun...
  4. Apakah Kemunafiqan Bukan Lagi Suatu Persoalan? Islam dan Muslim… Sepatutnya tidak perlu dibezakan di antara Islam...
  5. Menikmati Demokrasi Dalam Politik Tumpul Lagi Bersimpul Dalam suasana politik yang tumpul dan bersimpul-simpul, saya teraba-raba mencari...

 

28 Responses to “Cakap Dengan Emak Lagi Senang Daa!”

  1. skyzoe says:

    Sesiapa yang diberi hidayah dan petunjuk oleh ALLAH maka tidak ada sesiapa yang dapat menyesatkannya.. dan barang siapa yg disesatkan ALLAH maka tidak ada sesiapa yang dapat memberi petunjuk kepadanya.. tak gitu ustaz? semoga kita sama-sama terus dapat melihat dan berjuang di atas landasan kebenaran.. insyaALLAH..

  2. ciklee says:

    Alhamdulillah.. Harap-harapnya lebih ramai warga emas kita yang prihatin macam ibu Ustaz. Walau pun mereka akan serang Terengganu dan Kelantan sekali lagi dengan ribut Tsunami hantu(pengundi kubur), sandaran kita hanyalah pada Allah semata-mata. Kepada semua petugas-petugas, penyokong-penyokong dan ahli-ahli alternatif, jangan lupa esok untuk puasa sunat seperti yang disarankan oleh presiden PAS. Pertolongan Allah terlalu hampir sehingga BN terpaksa mengunakan SPR, Polis dan Peguam Negara untuk menghalang penggunaan dakwat. Pastikan semua ahli keluarga kita keluar mengundi. Jangan boikot tanpa sebarang arahan dari pimpinan.

    Lawan tetap Lawan!!!

  3. einour says:

    awatla bengap bebeno si profesional yg b’bual dgn ummu saif tu..idakle pembangkang nak tutup sume cinema yg ade..paling2 pun pisahkan bahagian lelaki n pompuan..haih..name je profesional..tapi kolot pemikiran..pembangkang pun xde sekolot itu…

  4. Ibnu Aiman says:

    kalu ada lg org xjelas jugak lepas baca article nie…kita luku ramai2..hehe.satu hal yg simple tetapi dirumitkan oleh sesetengah org..

  5. iskandar says:

    Begitulah ustaz. Syukur masih ada ibu dan ayah yang jelas dengan prinsip menjunjung kebenaran. Bagi yang tak jelas, caman cara terbaik utk explain ust? Mungkinkah ada tips yang boleh dikongsi?

  6. Dr_Kadir says:

    Teringat kata-kata seorang makcik di Marang, Terengganu ketika ditanya kalau tidak sokong BN bagaimana dengan pembangunan, jalan raya? Lalu jawab makcik itu, “Doh tu, kerajaang memang akang buat jalang.mana-mana kerajaang pun akan buak jalang, takkan nok suroh jalan dalang ghok” :) (Dahtu, kerajaan memang akan buat jalang, mana-mana kerajaan pun akan buat jalan. Takkan nak suruh berjalan di dalam semak”

    Makcik tua pun boleh jelas dengan perkara seperti ni. Selamat berpuasa sunat dan bermunajat. Moga kemenangan bersama-sama kita…

  7. zz says:

    “Memang susah membuang undi dengan kepala lutut”….lawak bermakna. Pada saya mereka yg berfikiran begitu adalah kerana dimomokkan oleh parti barisan yang bercakap guna kepala lulut jugak. Tak habis-habis isu pembangunan, negara aman, kehidupan yang sudah selesa dll. Meluat & bebulu telinga mendengarnya. Semoga 8hb ini dapat mencetuskan perubahan pada politik di Malaysia.

    * Berdoa agar calon REMBAU kalah….tekanan jiwa dibuatnya bila mendengar percakapan beliau…

  8. abu azam says:

    Orang melayu terlalu nostalgik. Zman milanium tapi mereka masih ingat kisah zaman jepun hidup susah dan berulang kalu tak undi BN. Kesederan politik terlalu jauh ketinggalan akibat dari kepicisan maklumat. Mereka hanya terima tanpa fikir. Akhbar UM,BH,TV12379… seolah itulah surah suci yang tak perlu di persoalkan. Gejala duit di pedalaman dan di kampus2 tempat orang yang menggunakan akal juga menjadi dungu seolah2 undi seperti “makan upah” ambik RM pergi pangkah. Tak ubah seperti lembu ditraik hidung.

    Kalau BN terus mentadbir dan orang yang menjadi driver BN tidak kembali kepada norma2 dan nilai2 mulia Islam, maka masyrakat melayu akan terus ketinggalan dari segi pemikiran dan kemajuan. Kemajuan yang mereka paham ialah apa yang mereka lihat… bangunan tinggi, jalan, sekolah etc yakni bentuk pizikal saja.

    Kedangkalan ini adalah tuah dan bonus kepada pemimpin yang zalim untuk terus bermaharajalela. Tak peduli asalkan famili mereka kaya raya hasil dari kebodohan masyrakat kita. Media negara akan terus membadutkan masyarakat kita.

  9. ummizahhra says:

    ye ustaz, hati semakin membara bile menonton media arus perdana kebelakangan ni..
    utk yang buta mata dan hati bolehla mengundi dgn kepala lutut
    semoge di saat2 akhir ni kesedaran utk mengundi yg terbaik akan bertambah…
    insyAllah…

  10. hashim says:

    nasib baik la rumah saya penerimaan TV terestrial tak jelas (antenna bangunan tak betul), jadi nak tak nak terpaksa subscribe astro, kalau idak, tak berTV la jawabnya. Hikmahnya, di musim pilihanraya ni, berita jam 8 memang berita mengarut memanjang, geli lubang telinga mendengar dan gatal mata menonton. Bagus juga ada discovery channel, nat geo, history channel, dapat gak maklumat yang pelbagai (sains, sejarah, alam sekitar etc.)

    kalau tak… tak tau la, mau nya muntah mendengar ceramah basi

  11. Hamba Dhoif_UTM says:

    Salam.alaik…moh balik perok..ngundi wehhh..ape lagi…pangkah bulan ler…takbir…Allahhuakbar3X…teman balik kuale..from skudaii..

  12. saifuddin says:

    lebih baik duduk kampung tapi keluar mengundi
    daripada belajar oversea tapi non partisan

  13. amirahsyuhada says:

    saya sedih sgt tak dapat balik mengundi…Wahhh usatz kat ipoh..kalaulah saya mengundi kat ipoh, mungkin jumpa.

  14. ummizulfa says:

    Salam,

    ada ada terbaca satu teori sains sosial berkaitan bagaimana kerajaan yang berkuasa bertindak untuk terus berkuasa.

    Teori ‘bread and circus”(Zaman pertengahan) – cukup makan, cukup hiburan maka rakyat akan terus leka dan terlupa dengan masalah sekeliling…tak perlu guna fikiran.

    Dan mungkin itulah yang sedang dialami oleh Malaysia…..

    Beruntunglah mereka yang berfikir…

    Allahu’alam

  15. Perantau dCape Town says:

    Hmmm…..

    En. Saifudin, bukan semua Malaysian yang duduk oversea tu non partisan. Ramai yang dah tetap pendirian. Tapi apakan daya, tambang balik je dah merompak seluruh simpanan. Kalau tiket flight tu sama harga mcam tambang dari Penang ke KL, rasanya dah siap tolong berkempen di Malaysia sekarang ni.

    Apapun, hari Selasa dan semalam, ada interview diantara Senator Mumtaz Md. Naim (DMPP) dengan stesen radio The Voice of the Cape (ala2 IKIM.fm) pasal pilihanraya di Malaysia. Kalau ada yang berminat nak copy and pasang kat markaz or tempat ceramah sebelum ceramah sebenar dibuat, sila contact ana ASAP.

  16. [...] 3. Kepada mereka yang masih bertenggek di atas pagar. Masih tidak boleh menetapkan pendirian dan membuat pilihan. Atau lebih teruk masih tidak tahu mahu balik mengundi atau tidak. Sila baca tulisan Abu Saif ini. [...]

  17. salam…
    maaf mencelah…
    mmg kbnykn yg jawab kalo x undi BN, xkan ada pembangunan, Mesia akan mundur tu adlh org yg masih lg b’fikiran terkebelakang…
    minda kelas ketiga… dan rata2 penyokong BN yg sy temui pon mmg mcm tu lah attitude nya… sket2 p’bangunan, kemajuan… dah x fikir pasal p’bgnn sahsiah n minda kelas pertama yg lebih penting b’banding p’bngnn materialistik…
    these are all about mentality…
    selagi mentaliti rakyat Mesia x berubah, selagi itulah kerosakan akan b’laku di bumi Mesia nie…
    wallahuallam
    sekadar pendapat…

  18. Abu Saif says:

    Orang Melayu hopeless dalam bab politik ini. Cina dan India dah amat jelas perubahan mereka. Tetapi Melayu masih samar-samar. Ini menunjukkan, apa sahaja keputusan election Sabtu malam Ahad nanti, kerja kita mengubah bangsa Melayu ni kena terus dan terus. Ubah kepala mereka, dengan bahasa mendidik, sebab bahasa politik sangat susah mereka nak faham.

    Sesak dada teman mikiokannye

  19. mr_muslim says:

    ana setuju dgn pandangan ust jalan kite utk betulkan melayu ni dgn cara mendidik, bukan politik.. mentaliti org melayu ni mmg agak pening bile kite britau pasal pertembungan parti dan perjuangan mereka..

    jadi ana di sini nak menyeru semua yang berkempen utk barisan rakyat, untuk gune bahasa mendidik di samping fakta2 politik yang perlu digunekan.. kurangkan gelombang permusuhan, spy x jadi fitnah org ramai yg kate pembangkang ni suke caci maki je, x de keje lain..

    pasal kesedaran politik org melayu ni, agaknye kena tunggu masing2 kena zalim secara nyata dgn kerajaan BN ni baru nak sedar kot.. stakat naik harga, semua termakan dgn kate2 pujukan dan alasan kerajaan.. melayu2, bangsaku yg tido…

  20. Abu says:

    Assalamualaikum,
    Harap saudara dapat mempromosikan Petisyen Online Anjuran Bersih di

    http://www.petitiononline.com/RCER2008/

    Terima Kasih

  21. bai says:

    ana pon setuju.sedih bila dgr kawan2 nak balik ngundi bukan sbb ada kesedaran, tapi kalo ngundi dapat duit. dengar citer ada yang dapat sampai rm500. astaghfirullah hal\’azim…. kalo macam tu mentaliti org zaman la ni, mmg kita takkan ke mana. yang lagi sedih, bila yang cakap tu mahasiawa U,so, bleh la dapat gambaran macam mana masa depan negara kalo keadaan macam ni berterusan… tu baru citer mahasiswa, bila citer pasal mak cik2, igt lagi sorg sahabat b\’cerita pengalaman masa penamaan calon. dia tuduh mahasiswa yang join PMN makan duit haram,duit rakyat. pastu kata mahasiswa bodo. t\’pikir gak, sapa sebenarnya yang makan duit rakyat. kecian mak cik tu, keberadaan mereka utk tlg anak2 mak cik tu jugak. moga ALLAH m\’beri hidayah kepada golongan ini yang masih kelam dalam dunia yang cemerlang, gemilang dan terbilang…..
    sedey..sedey….

  22. Albanjari says:

    Salam,

    Bagi saya kemenangan ada syaratnya. Syarat kepada pembawa obor kemenangan spt ketaqwaan, keikhlasan dsb adalah penentunya. Secara umum syarat2 ini hampir dipenuhi khususnya PAS. Marilah kita berdoa agar kemenangan ini bermakna runtuhnya thagut dan jahiliah. Selamat berbuka puasa

  23. BotaQueen says:

    Selamat Mengundi Ustaz. InsyaAllah teman mengundi DUN Bota walaupun dok di KL.
    Moga2 ramai warga Bota yg bijak mengundi Dr Hajah Najihatussalehah. Allahuakbar!

  24. Moderator says:

    Liputan Terkini : Anwar Ibrahim Turun Pasar Minggu Kampung Baru, KL (Khamis 6 Mac, Masa : 9.30 – 11 pm) JALAN DITUTUP !

    FOTO-FOTO EKSKLUSIF HANYA DARIPADA :

    http://theindiestory.blogspot.com

    CHECK IT OUT!

  25. athrah says:

    salam…nak menyampuk sikit..
    ini kali pertama mengundi..tunaikan tanggungjawab warganegara..
    all da way to kedah!!

    berdoa untuk perubahan…paling kurang tiada 2/3 dalam parlimen..
    Allahuakbar!!

  26. kahfi8 says:

    salam.. belum boleh ngundi lagi..
    cuma menyokong dari jauh.. semoga manjoi disinari bulan selepas ni..

  27. Pak_Din says:

    Saya pula sekarang Ustaz berpegang kepada prinsip berurusan dengan Allah adalah jauh lebih mendamaikan dari berurusan dengan mahluk

  28. sufi19 says:

    salam…

    bila BULAN menyinarkan CAHAYA…
    semua kegelapan Akan tersuluh..

    insya’allah….

Leave a Reply