Sombong: Setiap Undi Meruntuhkannya
Rasulullah SAW berkata “Sesungguhnya Nabi Allah Nuh Alayhi as-Salaam ketika nazak menghadapi kematian, beliau berkata kepada anaknya:
“Sesungguhnya aku mahu meninggalkan wasiat kepada kamu. Aku perintahkan kepada kamu dua perkara dan aku tegah kamu daripada dua perkara.
Aku perintahkan kamu dengan Laa Ilaaha IllaLlaah. Sesungguhnya jika tujuh petala langit dan bumi diletakkan di suatu timbangan dan Laa Ilaaha IllaLlaah diletakkan di suatu timbangan yang lain, nescaya Laa Ilaaha IllaLlaah itu lebih berat. Seandainya tujuh petala langit dan bumi itu suatu rangkaian yang samar dan rapuh, ia terjalin kukuh dan kemas dengan Laa Ilaaha IllaLlaah.
Aku juga memerintahkan kamu dengan Tasbih dan Takbir. Sesungguhnya dengan demikian terhasil kesejahteraan setiap sesuatu dan dengannya jua makhluk dikurniakan rezeki.
Aku tegah kamu dari Syirik dan Kibr (takabbur)”
Sahabat bertanya, Ya Rasulallah, sesungguhnya Syirik itu telah kami arif mengenainya. Namun, apakah yang dimaksudkan dengan Kibr? Adakah menjadi Kibr jika seseorang itu memakai sepasang kasut yang baik dengan talinya yang baik?
Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”
Kata Sahabat berkenaan, atau apakah dengan seseorang itu mempunyai perhiasan dan beliau memakainya (lalu dianggap Kibr)?
Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”
Kata Sahabat berkenaan lagi, atau apakah seseorang itu mempunyai haiwan tunggangan dan beliau menunggangnya (lalu dianggap Kibr)?
Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”
Kata Sahabat tersebut, atau adakah jika sesiapa di kalangan kami mempunyai ramai teman dan beliau duduk bersama mereka (lalu dianggap Kibr)?
Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”
Lalu Sahabat tersebut bertanya, kalaulah begitu ya Rasulallah, maka apakah sebenarnya Kibr itu?
Nabi SAW menjawab, “Al-Kibr itu ialah meremeh-temehkan kebenaran (safah al-haq) dan menindas manusia (ghamth an-Naas)!”
[Dikeluarkan oleh Ahmad di dalam al-Musnad 2: 169, 170, 225. Dan oleh al-Bayhaqi di dalam al-Asmaa’ wa as-Sifaat: 79]
PERJUANGAN MENENTANG KESOMBONGAN
Setiap seorang ADUN dan Ahli Parlimen yang berjaya kita hantar ke DUN dan Parlimen Malaysia, akan mencairkan kesombongan mereka.
Mereka sombong dengan majoriti besar.
Mereka sombong kerana mereka meremeh-temehkan kebenaran.
Mereka meremehkan bukti penyelewengan pengundi usia lebih 100 tahun, mereka meremehkan isu matikan stem borang pencalonan, mereka remehkan soal pengundi hantu, mereka bercakap angkuh bahawa kerajaan Malaysia tidak perlukan pembangkang kerana mereka tidak perlu dinasihati, semuanya adalah bahasa sombong. Bahasa angkuh.
Mereka juga sombong kerana mereka menindas manusia.
Mereka menindas manusia dengan ISA, dengan memaksa rakyat mengubah cara hidup bagi menepani kenaikan harga barang, sedangkan mereka terus mewah dan membangkrapkan negara dengan rasuah dan menggelapkan harta, mereka label pembangkang sebagai pengkhianat, mereka labelkan pengundi pembangkang sebagai manusia yang tidak bersyukur, mereka biarkan rakyat negara pengeluar minyak makan siput babi, mereka biarkan Terengganu sebagai negeri yang miskin terkulat-kulit menganga melihat Masjid Kristal.
Mereka memperlekehkan kebenaran, mereka menindas sesama insan… mereka sombong kerana mereka sentiasa di atas.
Turunkan mereka!
Setiap satu undi, meruntuhkan kesombongan mereka!
Jadikan diri anda sebagai sebahagian dari Sejarah negara kita, bahawa kita adalah MANUSIA PERUBAH!
“Seeru ‘ala barakatillah”

Abu Saif @ www.saifulislam.com
Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor








































about 1 year ago
Semoga sejarah esok akan tertulis dgn benar dlm teks sejarah arus perdana kelak. Jom swing vote kali ini. Kalau terasa silap boleh swing semula 2013
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Insya allah kebenaran akan tertegak, kebatilan akan terhapus. Dare for change !
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
masa untuk berubah!
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
saya rakyat malaysia, saya kakitangan kerajaan, tapi saya tak bebas ustaz, saya tertekan kerana saya pembangkang. keluarga saya pembangkang, kawan2 saya pembangkang. kami diangkap melakukan keslahan.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
islam pasti akan tertegak!!!!!!!!!!!
pilihlah sesuatu kerana hakikat bukan kerana zahir.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Doa Tuan Guru Nik Aziz:
“Wahai Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepadamu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepadamua yang menyampaikan kami ke syurgamu, dan berilah dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia.”
“Wahai tuhan kami berilah kami kenikmatan pendengaran, penglihatan dan kekuatan tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kami dan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami. Dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami.Dan janganlah engkau jadikan bencana bagi kami dalam ugama kami dan janganlah jadikan keduniaan sebesar-besar cita-citanya dami dan tidak sampai batasan ilmu kami. Dan janganlah Engkau biarkan orang yang tidak menaruh kasihan balas terhadap kami, dapat menguasai ke atas kami.”
“Wahai Tuhan kami, kami pohon perlindungna dengan nur kesucian engkau dan berkat kebersihan dan keagungan sifat jalal engkau, dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik.” “Wahai tuhan kami, engkaulah penolong kami, maka kepada engkau kami mohon pertolongna. Wahai tuhan kami, engkaulah tempat kami menyelamatkan diri, maka kepada engkaulah kami pohon selamat. Wahai tuhan bagilah kelemahan dan kehinaan yang mana segala tengkuk pembesar dunia.”
“Dan tunduk kepadanya segala urusan dan kebesaran raja-raja Firaun, selamatkan kami dari penghinaan dan hukuman siksamu, ketika malam atau siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat. Tiada tuhan bagi kami melainkan engkau demi kebesaran wajah engkau dan kemuliaan kesucian engkau, hindarkanlah kami dari segala kejahatan hamba-hamba engkau, berilah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari engkau wahai tuhan yang maha pemurah.”
“Wahai Tuhan sama ada engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan kamu menundukkan mereka seperti seperti kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun kamu lipat balik rancnagan jahat mereka supaya berpatah balik ke atas mereka sendiri , dan kamu hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka dan Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi, Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya, Wahai Tuhan yang mempunyai keagungna dan kemuliaan, sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu.”
“Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat ke atas junjungna kami Nabi Muhammad S.A.W yang dengannya dapat emngubati hati dan menjadikan penawar, menyihatkan badan yang menyembuhkannya, menjadi cahaya bagi pandangan mata dan menyinarkannnya dan limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada keluarga dan para sahabat baginda sekalian.”
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
kadang-kala rasa kelakar juga bila terbaca artikel di dalam blog puak salafi syadid tak bertempat yang cuba-cuba nak nyalakan api fitnah pada jemaah islam,siap boleh cakap yang die memang suka menyongsang arus,sebenarnya puak-puak macam tu banyak menyusahkan bahkan menganggu gugat semangat membara para pejuang..
saya tak fahamlah ustaz dengan perangai puak-puak tu,mendakwa kononya puak-puak mereka sahajalah yang memperjuangkan sunnah,padahal mereka tak sedar yang perbuatan mereka tu melebihkan suatu bahagian didalam agama dan tersilap jalan dengan meninggalkan pula bahagian-bahagian lain di dalam agama yang sama penting juga untuk diperjuangkan!!
apa tujuan mereka cuba-cuba nyalakan api fitnah tu??apakah layak digelar pejuang sunnah jikalau keburukkan akhlaq para pemimpin negara yang jelas-jelas rosak teruk bahkan di tahap yang kronik didiamkan sahaja seribu bahasa??tapi pejuang agama yang sama matlamatnya dengan mereka pula yang ingin ditempelak??ohhh senang…pemimpin kita masih mengucap syahadah,pemimpin kita masih muslim,jangan gadaikan wala’ kalian demi hangat pilihanraya (beginilah seperti yang ditulis!!) begitu senang hujahnya untuk menolak perjuangan kita selama ini??
apakah mereka cuma fikirkan keselamatan hidup puak-puak mereka agar terjamin,majlis ilmu mereka yang membida’ahkan orang tak terganggu??mereka tak cuba luaskan matakah lihat sekeliling negara mereka sekarang??bukanlah saya menempelak perjuangan sunnah mereka,tetapi cuba untuk menyedarkan keterlupaan mereka tentang betapa syumulnya agama kita ini..semoga allah memberikan mereka jalan yang terbaik atas ilmu yang diberikan allah pada mereka…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam,
Bila ustaz dan buat rangkuman nie, rasa tak sabar sangat nak memangkah undi. Geram pun ada, tapi tanggungjawab untuk memilih pemimpin adalah sandaran utama.
Kalau ikutkan GERAM, tak mahunye mengundi saya, buang masa jer…..alih2 mereka main kotor jugak. Alih2 mereka juga yang sombong dan menipu semula rakyat. Alih2 mereka juga yang mengaibkan para ‘tok2 guru’ kita dengan begitu dahsyat.
Takkan nak biaq saja, membisu, boikot….yang untuk depa juga akhirnya. So kali ni dah bulatkan hati untuk memberi undi biarpun pada bukan Muslim, asalkan dia nakkan ‘keadilan Islam’….wasslam
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
BA : TAKBIIR!!
PENDOKONG: ALLAHU AKBAR!!
BN : TAKBUUR!!
PENYOKONG : PAK LAHU AKBAR!!
Istighfar…
Moga diberi hidayah.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salamwbt.
Meremang baca artikel ini.
Betul, tak sabar nak turun mengundi.
Tetaplah yang haq pasti menang.
Namun, takut pun ada, takut yang haq kalah.
Moga Islam menang. Ameen.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
saudara mohd sabu dah boleh bersara dah kot kalau dia dengar ceramah ustaz tu..
tapi memang kesombongan tu sangat nyata dalam pimpinan hari ni.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
jom sama2 berubah! Berubah kepada yang lebih baik.Tinggalkan segala kesombongan dan takbur mereka…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam..setiap hari akan saya pastikan diri saya membaca kupasan ustaz tentang pru12,,sangat mengharukan serta meningkatkan stamina untuk bantu kawan2 berkempen,,,,Skrg ni tak sabar nak balik kg for my first election,,suasana cam nak balik beraya pulak,,tapi sangat berdebar menunggu keputusan di Kelantan,,Allahu Akbar>>
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
jemput layari http://www.youtube.com/watch?v=9G2MfVcIzYl -arian solo sempena PRU12 parlimen titiwangsa
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
semoga akan berlaku perubahan angin politik pada kali ini…dan semoga kebenaran akan datang dan kebatilan akn terhapus…sama2 la kiter doakan..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
alamak..sorila if tak boleh buka..macam salah jer alamat tuh..sila lawati laman web calon parlimen titiwangsa..Dr. Lo’Lo’ Mohd Ghazali..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salaam sheh, sempat ke KB semalam. memang sibuk. ratusan bas dah tiba. coretan ringkas dan gambar sekitar KB ada d blog, dperantauan.com
pada semua, jom ubah! ubah sebelum parah! ubah demi maruah!
BA for all!
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
syukran ustaz for the mp3!
Ya Allah, lindungilah negaraku..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Terkejut juga bila dah sampai Perlis ayah hulurkan buku nipis tulisan SS Mufti Perlis, Dr Asri seperti yang ada dalam harakah
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
LIPUTAN TERKINI:
Foto-Foto Perhimpunan Malam Terakhir BARISAN ALTERNATIF Sebelum Hari Mengundi Esok ( Lokasi : TAMAN PERMATA, LEMBAH KERAMAT / Masa : 9.30pm – 12am )
FOTO-FOTO EKSKLUSIF HANYA DARIPADA:
http://theindiestory.blogspot.com
CHECK IT OUT!
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Nak menangis saya lihat gambar TGNA dalam link ini….
http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/3959/84/
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Air mata ini menangis tengok gambar TNGA ni.. apatah lagi semasa bersama2 mengaminkan doa2 sewaktu program munajat bersama tok guru khamis lepas.Semoga Allah menangkan Islam.Amin
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
saya pernah menaiki satu flight TNGA dari KL – kOta Bharu, walaupun dia seorang pemimpin, dia tidak perlukan layanan istimewa dari sekalian manusia..inilah pemimpin yang sebenarnya..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Seeru Ala barakatillah…
Doa kami sentiasa mengiringi
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Assalamualaikum.
Kita boleh nilai peribadi insan itu bila dia menghadap Tuhan..
Semoga kemenangan buat pejuang agamaNya yang bersih hati dan jiwa, sentiasa mengharapkan rahmat dan kasihNya.
Tergamam saya melihat airmata seorang ulama dan mendengar rintihannya memohon pertolongan dan meletakkan pengharapan yang tinggi kepadaNya. Semoga Allah makbulkan doa TGNA dan rakyat Kelantan serta rakyat Malaysia yang mahukan pemerintahan Islam yang adil seluruhnya. Ameen…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Assalamualaikum;
ustaz, saya mohon mencadang kalau boleh kita tutup dulu ruang comments ni buat sementara waktu…. nampaknya ruang ni bukan lagi jadi medan mencambah minda..jadi gelanggang melepas nafsu…
apa pun keputusan pada tuan rumah..
wsalam
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
“Allah, Janganlah Engkau hukum kami semua atas perlakuan orang-orang bodoh dari bangsa kami”
Dalam sebuah masyarakat yang sudah hilang makna dari dosa dan pahala, yang sudah tiada malu lantas bebas berbuat apa sahaja… apa lagi ikhtiar manusia untuk menyedarkan mereka? Hanya panas murka-Mu yang menjamah kulit manusia dungu seperti ini sahaja yang mampu menyedarkan mereka bahawa mereka dan kami hanya manusia, dan Engkaulah Maha Segalanya…
Apakah ada cebis maruah lagi tersisa di jiwa bangsaku?
Melihat air mata menitis di pipi kedut ibu bapaku… menangisi rasa hina melihat bangsa hari ini sudah menjadi terlalu durjana. Hingga tersebut di bibir mereka… apakah salah kami, melahirkan anak-anak sebangsat bangsaku hari ini?
Bukankah sudah kuberitahu, jika orang agama jadi durjana, zalimnya nanti berganda-ganda. Binasalah dia di depan DIA.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
alamak, ustaz mengundi kat jelapang ye, saya dok lalu stiap hari dan terfikir kenapalah saya tak tukar pusat mengundi dari melaka ke jelapang, sebab sekarang bertugas di ipoh..Tengok pusat ngundi jelapang meriah je hijaunya, sayu hati sebab tak dapat mengundi.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Ada yang lebih zalim dari yang menindas sesama sendiri, iaitu mereka yang menindas diri sendiri kerana tidak mahu membuka minda melihat kebenaran, mengatakan kenal pada Sunnah Allah tetapi berjalan menentang arusNya. Khatamal Allahu ‘ala kulubihim.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Di hati ini rasa sayu dan air mata hampir menitis melihatkan semua umat Islam berkumpul dan bermunajat kpd Allah s.w.t.
Kalaulah kita dapat selalu mengamalkan seperti ini tidak kira apa jua keadaan sekali pun. Di waktu senang mahupun di waktu sukar…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
pening kepala melihat melayu tak bersatu..pas,keadilan,bn…tolonglah bersatu hati
kalau tak..senanglah bangsa lain amik alih…islam tuu dah cukup cantik dlm menjalani
kehidupan ni…tolonglah bersatu…:(
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Alhamdulillah..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Allahuakbar… Tangisan seorang ulama’….
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam..
gembira hati x terkata bila melihat keputusan2 yang keluAR…ramai yang bimbang n risau kalau2 tuan guru tidak dapat menerajui kelantan lagi…
tp, alhamdulillah…
berkat munajat rakyat kelantan n malaysiA AMNYA..kelantan masih di bawAH PEMERintahan islam….(ambo balik mlm 2, x sempat nk pg)
Ust pg ke masa solat hajat perdana 2?
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
ALLAHUAKBAR!!ALLAHUAKBAR!!
ISLAM PASTI MENANG..
KEBATILAN PASTI HANCUR..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
saya rasa sangat bahagia membaca artikel ini
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam…bagi na,,,,,Allah telah menurunkan pertolonganNya…sebab tur lah benda yg mustahil….telah jadi realiti….Ya Allahti2 t…sungguh….otak ni tak henti2 terfikir….tentang hal ni….terkesan dlaam kehidupan saya……
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
akhirnya kebenaran telah terbukti. sejak dulu lagi para pejuang islam berdoa dan pelbagai dugaan di uji tapi sekarang pertolongan Allah diturunkan. semakin banyak kacau bilau dalam tampuk kepimpinan BN skg menyebabkan pak lah buntu sehinggakan menolak utk menghadiri persidangan OIC.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Allah Maha Besar dan Maha Adil…maafkan saya sekiranya off-topic…
5 negeri ditawan untuk dibela nasib rakyatnya…
selepas Pilihan raya umum…maka selepas ini DUN Sarawak akan menjadi gelanggang pertarungan politik…
saya memohon…bagi sesiapa yang berada dalam mana2 parti alternatif agar menggunakan isu tempat letak kereta sebagai salah satu senjata menawan rakyat di kawasan bandar kuching…terutamanya di kawasan bt3, satok, dan sekitarnya yang melibatkan kesengsaraan beribu2 rakyat di sini…silalah beritakan kepada pemimpin pas, keadilan, dap yang akan turun padang klak agar membangkitkan isu ini…
senario sekarang:
pihak DBKU/MBKS (majlis bandaraya kuching utara/selatan) mewakilkan sebuah syarikat swasta (pastinya kepunyaan kroni TAIB) menjaga tempat letak kenderaan sekitar kuching…padahal majlis bandaraya sepatutnya berkhidmat untuk rakyat, setelah si subkan kepada swasta, sudah tentulah keuntungan lah sasaran utama mereka…
masalahnya, tempat letak kenderaan tidaklah di naiktaraf tetapi mereka sekadar mengecat dan menandakan kawasan untuk di kenakan bayaran…masalah yang lebih besar adalah mereka meletakkan kuota yang sangat kecil bagi pembelian kupon bermusim…yang bererti mereka sengaja ingin mengenakan denda kepada rakyat yang mana keuntungan nya lebih besar…sehingga mencecah beribu ringgit yang kian bertambah sekiranya tertunggak…bayangkan…seorang beribu di darab beribu orang…betapa meletak kenderaan pun mereka mengaut keuntungan sedemikian…sengaja mewujudkan senario di mana rakyat lah bersalah kerana tidak meletak kenderaan dengan betul padahal kupon parking bermusim sengaja dikuota agar tidak mencukupi…rakyat bergelut2 seawal 6 pagi membeli pada satu hari yang ditetapkan setiap bulan…tetapi kebanyakannya pulang dengan hampa…
Ya Allah…bebaskanlah kami dari masalah yang menyiksakan ini….
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
sebar-sebarkanlah berita ini…
terima kasih…
Respond to this comment [with empathy]