Sikap Baru Untuk Malaysia Baru

March 11th, 2008 by Abu Saif 9:13 am | 8,267 views | Print Print | Email Email | Leave a reply »

163727458_b4e88c85ce_o.gif

 

foto

Kemenangan dan kekalahan di dalam Pilihanraya Umum ke-12 pada 8 Mac lalu adalah lembaran baru untuk Malaysia Baru.

Kemenangan yang dicapai mengatasi teori-teori politik perdana yang mengisi wacana pra pilihanraya. Ia terlalu jauh dari jangkaan semua pihak.

Hakikatnya, Allah SWT sudah pun memberitahu:

annaml-50.jpg

“Dan mereka telah merancangkan (konspirasi), dan Kami pula merancangkan (balasannya), sedang mereka tidak menyedarinya.” (Al-Naml 27 : 50)

Saya yakin, rejim yang baru ditumbangkan itu tidak pernah sedar dan tidak pernah mengambil kira soal ‘perancangan Allah’. Mereka sangat yakin dengan segala keupayaan yang ada untuk meneruskan tradisi kemenangan yang sudah bagai tahu sebelum diberitahu. Kuasa majoriti besar, kuasa penguasaan media yang amat keterlaluan, kuasa wang, kuasa SPR dan segala-galanya, terungkap dalam keangkuhan hingga mereka lupa kepada Makar Allah terhadap makar mereka.

Mereka lupa siapa Allah terhadap KUASA.

alimran-26.jpg

Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi Kuasa pemerintahan kepada sesiapa Yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah Yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Aal Imraan 3 : 26)

Setelah sekumpulan manusia membelakangkan tujuan Allah memberi kuasa, bahawa untuk mereka menegakkan keadilan dan memuliakan manusia dengan kemanusiaannya, Allah mencabut kuasa itu dan menyerahkannya kepada pasukan lain yang dengan sepenuh hati menyatakan kesediaannya untuk berlaku adil.

Jika tidak Allah, siapakah yang mengubah hati pengundi hantu untuk mengundi Barisan Rakyat?

Siapakah yang membuang prejudis dari hati kaum non-Muslim untuk menyokong PAS?

Allah yang Maha Adil memuliakan keadilan, dan mengangkat manusia yang menjunjung keadilan, menghina dan menjatuhkan si zalim dan kezalimannya.

Itu sifir jatuh bangun setiap sudut kehidupan manusia sebagaimana yang tercatat di dalam rakaman sejarah.

SEGALANYA BARU

Segala-galanya adalah baru.

Sebagaimana Khir Toyo, Tajol Rosli dan Mahadzir Khalid perlu menyesuaikan diri dengan kehidupan tanpa kuasa bersama status baru sebagai Ketua Pembangkang, begitulah suasana baru ini memerlukan semua pihak untuk belajar menyesuaikan diri.

Kelantan menang selesa untuk meneruskan agenda yang telah sedia ada.


foto

Akan tetapi bagi negeri-negeri lain seperti Kedah, Pulau Pinang dan terutamanya Selangor dan Perak, ia adalah sesuatu yang baru. Suasana yang baru ini memerlukan kita kepada sikap yang segar dan baru untuk menyambutnya dengan betul. Bukankah sebelum pilihanraya lagi, kita sudah bekerja keras untuk mewujudkan pendirian yang segar dan baru untuk mengundi?

Kita melihat kaum Cina dan India tanpa ragu-ragu mengibarkan bendera PAS dan PKR. Malah mereka hadir dengan jumlah yang amat signifikan ke ceramah kempen-kempen pilihanraya PAS dan PKR hingga sebahagiannya terangsang untuk sama bertakbir! Itu pengalaman saya sendiri semasa berkempen. Dan itu sudah pun mencorakkan Malaysia dengan Malaysia yang baru.

Biar pun agak penat berdepan dengan usaha menyuntik pembaharuan kepada politik orang Melayu (akibat pelbagai TAHU tetapi terus lemah MAHU dan MAMPU), namun suasananya tetap suasana baru. Orang Melayu yang Muslim itu, dengan semangat Islam mereka pantas menyokong dan mengundi PKR malah DAP!

“Ada pahala ke ustaz, kalau undi DAP?”, tanya orang kepada saya.

“Pastinya, pengundi BN tahun 2008 dunia tak dapat, Akhirat pun tak dapat!”, itu jawapan ringkas saya.

Dalam erti kata yang lain, tiada lagi PAS untuk Melayu Muslim atau DAP sebagai lawannya. Kesemuanya bergerak senada bahawa kita menolak kezaliman dan penindasan Barisan Nasional, lantas setiap parti menerima sokongan yang amat pluralistik wajahnya.

MENGAPA MAHU KEMBALI KEPADA YANG LAMA

Setelah kejayaan di dalam pilihanraya dikecap dengan usaha baru, mengapa kemenangan itu mahu disambut dengan kembali kepada isu-isu lama? Kenapa mahu berpatah kepada square one?

13 Mei 1969…

Ia menjadi titik resah segelintir yang silap membaca sejarah.

Pilihanraya 2008 bergerak bukan dengan sentimen perkauman. Isunya bukan isu perkauman. Bukan Melayu tipu Cina atau India, bukan Cina atau India yang menjadi masalah kepada Melayu. Tetapi Melayu, Cina dan India bangkit untuk berdepan dengan Barisan Nasional, yang menjadi masalah kepada semua orang.

UMNO kalah, MCA kalah, MIC kalah. Pemenang adalah rakyat yang menjunjung keadilan dan menolak kezaliman.

Ini sudah cukup untuk menjadikan 8 Mac 2008, tiada kena mengena dengan 13 Mei 1969.

Tambahan pula dengan sokongan warna warni yang diterima oleh PAS, PKR dan DAP… menjadikan sentimen perkauman sungguh tidak relevan. Sebaliknya harapan setiap pengundi yang mengundi pembangkang, tanpa mengira parti, adalah untuk memulihkan harapan kita bagi melihat Malaysia yang lebih sejahtera.

Pagi Ahad 9 Mac 2008 adalah pagi yang sangat aman.

Ia mendamaikan jiwa kita semua.

Malah pihak yang menang sudah pun membuat kenyataan awal bahawa kemenangan ini tidak akan disambut dengan apa-apa acara, khususnya acara jalanan, kerana menghormati kemenangan itu sebagai suatu tanggungjawab. Ini juga sudah amat berbeza dengan mood 1969.

Begitu juga dengan majoriti pengundi 2008. Mereka bukan lagi Melayu yang sengsara dengan penyeksaan zaman Jepun atau era komunis. Mereka bukan lagi Cina atau India yang diberi kerakyatan, tetapi mereka adalah anak Malaysia yang melihat negara ini dengan pandangan yang sama seperti pandangan Melayu.

Jika Malaysian Malaysia yang dilaungkan oleh DAP pada 1969 banyak bercakap tentang soal HAK, maka laungan Barisan Rakyat pada 2008 lebih banyak bercakap tentang soal PERANAN.

1969 hanyalah modal divide and rule yang selayaknya diperkatakan oleh golongan yang kehilangan kuasa semata-mata. Perlakuan membakar Tadika KEMAS atau apa sahaja yang bersifat provokasi kebelakangan ini, hanyalah perlakuan golongan yang tidak dapat menerima kekalahan. Apa rasionalnya untuk Barisan Rakyat bertindak sedemikian?

Bagi Barisan Rakyat, kita harus memandang ke depan, dengan wajah dan sikap yang baru.

ANTARA HAK DAN PERANAN

Sikap baru yang diperlukan oleh kita semua bagi mengisi kemenangan 2008, amat bergantung kepada persepsi kita kepada soal HAK dan PERANAN.

Hal ini lebih ketara untuk menjawab isu yang berlaku di negeri Perak.

Tentu sekali, tiada dalam perhitungan PAS, DAP dan PKR di Perak untuk merancang kemenangan hingga beroleh kuasa. Malah isu Undang-undang Tubuh Negeri yang menjadi topik hangat semasa juga tidak timbul sama sekali kerana tidak tergambar di fikiran sesiapa untuk melihat Barisan Nasional bergerak sebagai pembangkang di negeri ini.

Proses perlantikan Menteri Besar dan seterusnya Exco Kerajaan Negeri, sangat memerlukan kita semua kepada memfokuskan soal PERANAN berbanding HAK.

Rakyat secara keseluruhannya mengundi DAP, PKR dan PAS bukanlah sebagai ekspresi menuntut hak. Sebaliknya kita semua mahukan sebuah kerajaan baru yang lebih baik, yang lebih berkesan dalam melaksanakan peranannya. Maka pembentukan kerajaan baru di negeri Perak mestilah keluar dari soal perdebatan tentang hak kepartian, sebaliknya kembali memikirkan soal efisyensi dan peranan… kerajaan yang bagaimanakah yang membolehkan mereka berperanan dan bukannya soal kerajaan yang bagaimanakah yang berjaya memberikan hak atas asas parti.

Saya sebagai anak Perak, mahukan pemimpin yang mampu berperanan dan menyuburkan persefahaman dalam kerajaan baru serba baru ini, tanpa mengambil kira soal parti. Saya tidak mahu dipimpin oleh Melayu yang tidak berkemampuan.

Saya meyakini kebijaksanaan Istana Perak yang bertuah dengan Sultan Negeri yang juga bekas Ketua Hakim Negara. Begitu juga dengan pemangkunya yang amat terpelajar dan berpemikiran tinggi untuk mengatur kami rakyat Perak dengan sebaiknya. Perak adalah negeri yang terbukti bijak, pada tahun 2008.

Malah saya juga meyakini keterbukaan pemimpin PAS, DAP dan PKR untuk mengambil peluang dari kemenangan ini untuk saling bekerjasama, belajar dan mengajar serta memfokuskan orientasi mereka kepada peranan dan bukan lagi permainan hak yang sudah sekian lama membantutkan Taaruf yang tulen oleh sesama rakyat yang berbilang bangsa juga agama.

PELUANG BELAJAR

Bagi PAS Perak, ambillah peluang ini untuk belajar dan menimba pengalaman yang unik. Jika PAS Perak berjaya membangunkan pemikiran siasah mereka dalam suasana Perak, maka PAS Perak boleh menjadi model terbaik untuk PAS yang compatible dengan realiti Malaysia.

Allah SWT menganugerahkan PAS Perak dengan peluang untuk mencanai fikrah dan agendanya dalam suasana kerajaan campuran, agar PAS bertemu dengan formula Politik Islam yang berjaya mentadbir kepelbagaian bangsa dan agama, yang sebelum ini hanya mampu berteori.

Kelantan dan Terengganu tiada peluang seperti ini kerana dominasi penduduk Melayu Muslim yang ketara.

Namun di negeri Perak, PAS berpeluang untuk duduk bersama kaum dan agama yang pelbagai… ia bakal menjadi pengalaman yang amat berharga untuk menafikan dakwaan Olivier Roy di dalam analisanya, “The Failure of Political Islam“.

Bukan sahaja untuk PAS, malah DAP juga berpeluang untuk lebih mendekati kaum yang pelbagai.

Di kawasan saya di P.64 dan N.27, pengundi Melayu mengundi DAP untuk menambahkan kemenangan Lim Kit Siang dan Su Keong Siong tanpa pernah mengenali dan bersemuka dengan mereka berdua.

Tetapi undian diberikan kerana Lim Kit Siang merupakan seorang Ahli Parlimen yang sangat efektif. Beliau memainkan peranan yang penting dalam membela nasib rakyat melalui PERANANnya di Parlimen dan dikenali sebagai the sworn enemy of corruption, abuses of power and gross mismanagement . Pengundi beliau di P.64 berbangga menghantar Ahli Parlimen yang paling aktif, malah menjawat jawatan Ketua Pembangkang dengan berkesan. Ia jauh lebih membanggakan berbanding dengan pengundi di P.41 yang menghantar sang penidur dan punca kemerosotan partinya sendiri.

Begitu juga dengan Thomas Su yang menjadi ADUN di N.27 Pasir Pinji harus mengambil peluang dari mood 2008 untuk mendekati penduduk Melayu di Kampung Pasir Puteh dan PAS Kawasan boleh memainkan peranan untuk menjadi orang tengah dalam memobilisasikan Thomas Su agar lebih mesra dengan pengundi Melayu.

Ia adalah peluang belajar untuk semua.

DAP dan PAS yang lebih berkepelbagaian, bersama PKR yang boleh banyak berperanan untuk menjadi pendamai antara dua dimensi DAP dan PAS… akan menghasilkan formula terbaik untuk Malaysia.

aalimraan-54.jpg

“Dan mereka itu pun merancangkan tipu daya, dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya” (Aal Imraan 3 : 54)

Nak tengok Malaysia baru, tengok Perak!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

SHARING IS CARING:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • Live
  • Print
  • Technorati
  • MyShare
  • Upnews
  • PDF
  • RSS
  • Add to favorites
  • Twitter
  • MySpace

Related posts:

  1. Bekerja Untuk Melihat Apa Yang Kita Percaya foto “Pasukan kita akan bertanding di Piala Dunia dan menjulang...
  2. Machiavelli di Malaysia, Terimalah…! Fill in the blank! Bersempena dengan perkembangan politik semasa, terimalah...
  3. Mencari Bahasa Baru Perubahan itu perubahan yang besar. Daripada debat tentang konsep-konsep Islam...
  4. 7 Habits, Paradigma dan Sikap: Isu Agamakah Semua Itu? KENYATAAN: Artikel ini adalah sebahagian siri artikel saya berkaitan modul...
  5. Bahasa Itu Sikap “What is your surname?”, tanya moderator yang mengendalikan kelas kami....

Advertisement

72 comments

  1. lulu says:

    salam..
    ustaz, xtau saye nak mengadu kat siape..
    tp media massa sgt tidak adil….
    xkire la tv ke surat khabar…
    bile tgk berite2 diorg ni seolah mcm nak memprovok ‘sesuatu’…
    jarang saye tgk tv kalo buat berita cite pasal negeri selangor…
    mane nak dpt berita y sahih cm ni…

  2. alqasam says:

    Aduhai Ummu Saif, Alhamdulillah sungguh mengesankan!

    Segala polemik yang bermain di fikiran rakyat Melayu yang masih di takuk lama terjawap dalam tulisan UmmuSaif ini. Sikap baru amat perlu demi maslahah yang lebih besar mengembeleng tenaga bersama mendepani kebejatan politik korupsi etc. Peranan perlu jadi fokus lebih dari isu kaum centrik kerana maslahahnya lebih besar dari kita sibuk mengacau-bilaukan barisan rakyat dengan isu-isu picisan dan lama seperti perkauman.

    Memang, kita sayangkan Melayu tetapi sayang Melayu dengan sayangkan orang Melayu yang tidak buat kerja dan bergelumang dengan rasuah maslahahnya tiada lansung! Ini selari dengan konsep siasah syari’yah yang diajar Islam. nonMuslim dzimmi boleh menjadi menteri dan wakil Parlimen seperti kata ilmuan Islam AlMawardi dan Dr Yusuf Qardhawi. Berbeza dengan kita memperkemaskan kerjeasam dan menfokuskan kepada titik temu ‘keadilan dan kebajikan untuk rakyat’ yang maslahahnya lebih besar dan selari dengan maqasid syara’ dan maslahah Ummah….Well written Ummu Saif…Well written. Islam untuk semua. Bergerak sebagai rakyat Malaysia.

  3. ummizulfa says:

    Jazakallah ustaz,

    yang artikel yang sangat relevan dengan perkembangan semasa. Sangat-sangat diharapkan beberapa point yang disentuh ustaz dapat dibincang, dihadamkan oleh penggerak-penggerak kerajaan baru di beberapa negari. Mungkin ustaz bleh jadi think-tank ni…

    Sekadar berkongsi pengalaman, memang pengundi bukan Melayu telah memberi kepercayaan kepada calon-calon bukan BN. Di NS, kerusi sulung PAS di bawah kawasan Rembau yang telah dimenangi sebenarnya telah dimenangkan oleh mereka yang berada di estet-estet (india) dan China.
    Sokongan mereka tidak pernah terfikir oleh kita 5-10 tahun dulu…sesungguhnya Allah sahajalah yang telah membalikkan hati mereka.
    Dan Kemenangan itu sangat manis bagi pendokong kebenaran di NS selepas 50 tahun berjuang…

    Dan marilah kita melilhat, meneliti dan menerima perubahan ini dengan gaya fikiran yang segar dan baru seperti yang disarankan ustaz…dan menganggapnya sebagai peluang dakwah yang terbuka luas

    Allahu’alam

  4. syarud says:

    Kata ustaz, nak tenguk Malaysia baru, tenguk Perak….baru terasa bangga menjadi orang Perak!

  5. Untuk Ibu Pertiwi!
    (Oleh: Khalil Gibran)

    Bukit-bukit di negeriku kini tenggelam
    Oleh darah dan air mata
    Apa yang dapat dilakukan oleh seorang anaknya yang merantau
    Untuk masyarakatnya yang sengsara?
    Apa pula gunanya keluh-kesah
    Seorang penyair yang sedang tidak di rumah?
    Seandainya rakyatku mati dalam pemberontakan menuntut nasibnya,
    Aku akan berkata “Mati dalam perjuangan
    Lebih mulia dari hidup dalam penindasan”
    Tapi rakyatku tidak mati sebagai pemberontak
    Kematian adalah satu-satunya penyelamat mereka,
    Dan penderitaan adalah tanah air mereka

    Ingatlah saudaraku,
    Bahawa syiling yang kaujatuhkan
    Ke telapak tangan yang menghulur di hadapanmu,
    Adalah satu-satunya jambatan yang menghubungkan
    Kekayaan hatimu dengan cinta di hati Tuhan.

  6. ahmad says:

    alqasam,
    Ummusaif ke yg menulis artikel di atas?

  7. Abu Saif says:

    saya tersalah login guna ID ummu saif awal-awal tadi. maaf

    tapi ummu saif pun aktif berbahas dengan saya sepanjang weekend ni. biar pun penat, celik mata sepanjang jalan dari Ipoh ke KL selepas balik mengundi. malah disuruhnya saya aktif membantu politik… :)

  8. Abu Saif says:

    Penduduk Perak Perlu Bertenang Dan Yakin Kerajaan Campuran Mampu Bawa Keharmonian, Kata Husam Musa

    IPOH, 10 Mac (Bernama) — Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa hari ini meminta penduduk Perak bertenang dan memberi sepenuh keyakinan kepada kerajaan campuran yang akan ditubuhkan pakatan parti DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS bagi menunaikan tanggungjawab dengan baik dan membawa keharmonian kepada negeri Perak.

    Beliau berkata kerajaan campuran di Perak yang bakal dibentuk itu juga akan dijadikan sebagai satu contoh kerajaan alternatif yang boleh menjamin hak semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

    “Orang bukan Melayu (di Perak) jangan bimbang, kita tidak akan buat satu perubahan besar terutama dalam polisi sosial.

    Yang kita utamakan ialah kerajaan dan pemerintahan yang berhemah dan bersih yang boleh meningkatkan penyampaian kepada masyarakat dan boleh membawa keadilan kepada masyarakat pelbagai kaum,” katanya kepada pemberita di pejabat PAS Perak di sini hari ini.

    Beliau berkata lebih cepat kerajaan campuran dibentuk di Perak adalah lebih baik dan pakatan DAP, PKR dan PAS di negeri ini telah bersepakat untuk menerima sesiapa sahaja calon yang diputuskan sebagai Menteri Besar Perak yang baru tanpa mengira daripada parti mana calon itu.

    “Kalau calon DAP dipilih (sebagai Menteri Besar), PAS akan sokong calon DAP. Kalau calon PKR dipilih, PAS akan sokong calon PKR.

    Kalau PAS dipilih, saya berharap semua rakan-rakan juga boleh sokong calon PAS kerana kerajaan yang kita bentuk bukan kerajaan PAS tetapi kerajaan Barisan Alternatif (BA) dan kita dalam proses mempercepatkan formaliti pembentukan BA.

    “Sama dengan Umno, kalau Umno menjadi Menteri Besar di Perak, dia bukan Menteri Besar Umno… dia Menteri Besar Barisan Nasional.

    Sama dengan kita, kita akan jadi Menteri Besar bagi BA dan ini adalah medan ujian yang kita yakin kita boleh lalui dengan baik,” katanya.

    Sementara itu, Husam berkata beliau akan mewakili Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat melakukan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam tempoh beberapa hari akan datang sebagai tanda pengiktirafan terhadap kerajaan baru yang dibentuk di situ.

    BERNAMA

  9. mat arau says:

    Tapi ustaz, akhbar arus perdana dah mula nak menakutkan rakyat Perak dengan hukuman yang asing bagi mereka.

  10. Abu Saif says:

    Jika sebelum pilihanraya, kita tolak media perdana, kenapa selepas pilihanraya kita mahu peduli kepada media perdana?

    Mereka tetap penjenayah yang sama!

    Bercakap bahasa angkuh orang yang kalah, lebih merbahaya berbanding dengan bahasa angkuh orang yang berkuasa.

  11. abuaslam says:

    Moga BA di Perak akan menjadi contoh kepada Malaysia baru dan bukan pakatan syok-syok seperti yang dikatakan Paklah

  12. Abu Alfateh says:

    Salam,

    Perjuangan yang baru telah bermula, maka perjuangan ini pula memerlukan pengorbanan dan proses olahan yang baru jua. Beribu malah berjuta andaian akan dibuat oleh masyarakat, media dan mereka yang kecewa.

    Banyak cabaran yang perlu dilalui dan banyak persediaan juga perlu dibuat untuk membentuk pakatan baru sebagai pemerintah setelah berjaya membentuk pasukan semasa PRU lepas. Namun secara logiknya setelah 50 tahun kita dimomokkan propaganda perkauman yang tebal, mustahil juga ia akan hilang dalam sekelip mata.

    Saya yakin, seandainya ‘Pemerintah Baru’ ini berjaya membuktikan perlaksanaan Negara Berkebajikan atau mungkin Malaysian Malaysia lebih baik daripada apa yang disediakan oleh Penguasa Bongkak itu, mereka akan mendapat sokongan rakyat. Rakyat yang akan menilai dan menentukan samada sogokan berhubung isu perkauman ini suatu yang benar atau sekadar ‘politiking’ murahan media.

    Salam perjuangan untuk semua…

  13. eisma says:

    Ye la memang dari dulu kita dah tahu media perdana berat sebelah jadi janganlah terima 100% apa yang dilaporkan. Kepada rakyat Perak banyaklah berdoa dan bersangka baik kerajaan yang baru dibentuk mampu memerintah dengan adil dan bersih. InsyaAllah…

  14. Husaini says:

    Salam’alayk, sokong Ustaz! Sokong! Cantik analisis Ustaz terhadap kemenangan bercampur BA di Perak sesuatu yang saya terlepas pandang. Sebagai anak Perak, saya juga mengharapkan sedemikian iaitu BA di Perak bakal menjadi model pemerintahan alternatif untuk BA di Pusat, Allahuakbar!!

  15. Salam Ustaz;

    Memerhati dari kejauhan, menanti doa dan harapan!

    As-Sarawaki

  16. senyum says:

    Maaf, nak mencelah sikit.

    “Nak tengok Malaysia baru, tengok Selangor!…heh (tiada niat saya taksub pada suatu negeri ye)

  17. abuiman says:

    Alhamdulillah di atas tulis yang bernas dan realistik.
    Moga ia memberi manfaat bersama dan membuka minda
    kepada para pembaca.

    Negeri Perak Darul Ridzuan adalah model Malaysia Baru
    yang sebenarnya. Saya mendokong penuh tulisan Ustaz
    dan “statement” YB Dato Husam Musa.

    Allah SWT telah menganugerahkan kepada rakyat Perak
    bagi membuktikan kebesaranNya.

    Kebijaksanaan siasah bagi pihak PAS bakal menterjemahkan
    keunggulan Islam.InsyaAllah.

    Kali ini rasa bangga balik kampung sebab akan lalu sekurang2nya
    2 buah Negeri BA. Lain daripada yang lain.

    Warga Perak Di Perantauan
    Mendokong MB Perak yang baru dari BA
    (Memimpin Perpaduan)

  18. alqasam says:

    oh, afwan tersilap adresess tadi Ust. Tengok atas td Ummusaif. Alakullihal ana memang sangat menanti akan kerajaan campuran Perak yang baru terbina sekarang. Kita sangat perlu kerjasama yang mantap dan bijaksana.

    Bayangkan kita tidak boleh marahkan kaum Cina kerana mereka bijak berubah sebaliknya kita perlu marahkan kaum Melayu yang sangat kita chentai ini kerana masih belum mahu berubah kalau kita ingin bangkitkan isu kaum Cina mendominasi di Perak. Kita tidak boleh minta lebih2 kerana kita masih belum mendapat banyak mandat dari rakyat kebanyakan di Perak.

    Cuba bayangkan kita mendapat dalam 8 kerusi termasuk Dun dan Parlimen di perak. PKR 6 dan DAP lebih kurang 18. Di mana kesedaran orang Melayu kalau kalian sibuk membincangkan isu perkauman. Kalau Melayu Muslim ingin berubah dari kecintaan membuta tuli terhadap parti rakyat melayu mereka maka kita akan melihat satu keputusan yang lebih memberi dominasi Muslim.

    Namun sekarang amat tidak wajar malah ana sangat tidak suka sentimen perkauman dimainkan. InshAllah ana sangat yakin dengan kerjasama Barisan Rakyat walau disitu ada beberpa perkara yang perlu kita teliti dan perhalusi strateginya namun sebagai rakyat Malaysia yang sangat dambakan negara berkebajikan dan khilafah islam suatu hari nanti, ini adalah detik perubahan besar dan tidak kira apa kaum sekali pun selagi kita bijak menentukan peranan, keutamaan ( feqh siasah, feqh waqie’ dan feqh aulawiyat) dan berubah sikap kita mampu berubah ke arah yang lebih baik di samping memelihara perlembagaan dan keistimewaan Raja-raja Melayu.

    Semoga dipermudahkan. Sekarang masa mengembeleng tenaga, walk the talk dan menunjukkan Islam itu Rahmah bagi seluruh alam tanpa diskriminasi. Perkemaskan ilmu dan tarbiyah. Pembahagian tugas yang sewajarnya. Bagi yang cenderung akademik, akademiklah bidangnya, bagi yang cendrung IT bantulah perkemas IT, bagi yang mahir pengurusan bantulah kerajaan Barisan Rakyat dalam pengurusan.

    Ust, tidak dapat dibayangkan bersyukurnya di atas angin perubahan ini. We walk as one Malaysian. Hand by hand together we move forward.

    p/s: Ana teringat sehari selepas pilihanraya umi ana pergi ke majlis kesyukuran jiran kami yang meraikan hari kelahiran anak beliau. Sembang-sembang dengan ibuayah muda orang kuat \’parti keris\’ mereka semua sedang panas risaukan projek2 dan bisnes masing. Tiba2 timbul isu nak bergabung dengan Pas sebab nak selamatkan Melayu. Arent this totally funny. They are not honest and sincere enough to begin with as one of Literiture Prof of UM said in RTM yesterday. When they lost the power they said otherwise. On the other hand, ana teringat tok guru Nik Aziz said that I read before, until \’parti keris\’ changed their ideology from nationalisme to basic principle of syumul Islam then only we can talk about uniting as one party. We can differ in this, but I believe that this is a very wise decision. Allahua’lam.

    Ya, mereka tetap penjenayah. Malah semakin menjadi-jadi.

  19. Warga Parit says:

    Saya menyokong kerajaan BA ini, dan bersetuju dengan pandangan Ustaz tentang lebih memainkan peranan daripada memperjuangkan hak parti semata-mata. Cuma mungkin di sesetengah tempat di Perak ni, (contoh di rumah saya di Parit ni) gelombang dan pemikiran baru ini seperti tidak sampai. Mungkin kerana majoriti penduduk adalah warga Melayu Muslim di kampung yang takutkan perubahan dan momokan berterusan kerajaan sebelum ini, mengakibatkan ‘swing votes’ dilakukan oleh generasi yang tahu dan mahu membuat perubahan saja.

    Warga emas dan kakitangan kerajaan semua masih sayangkan kerajaan negeri yang lama, sebab tu Parlimen dan 2 DUN di Parit ni masih dalam kawalan ‘pembangkang’. Provokasi mainstream media pula menambahkan lagi idea buruk tentang kerajaan BA ini, hanya kerana takutkan insiden 1969 dan kehilangan hak kaum masing-masing.

    Saya harap kerajaan BA ini dapat memberikan penerangan kepada semua penduduk Perak akan agenda kerajaan BA walau siapa pun Menteri Besarnya. Seterusnya memberi harapan baru kepada warga Perak, di bandar atau di kampung-kampung kerana tidak semua berpaling kepada sumber alternatif seperti akhbar siber dan blog-blog politik..

    Terima kasih Ustaz

  20. PAS Perak akan lebih kukuh lagi jika ada orang macam AbuSaif turun ke padang sepanjang 5 tahun ini. PRU 13, cawangan2 UMNO yg masih berkubu tu akan menjadi penyokong kuat PAS.

  21. SaAnSel says:

    9.30 malam 9 Mac 2008..di luar sebuah surau di sebuah perkampungan melayu..

    ‘Ust’: Alhamdulillah..menang jugak kita..Allah dah tunjukkan kuasaNya!!!
    Pakcik 1: Betul tu ustaz..
    Pakcik 2: Baru diorang tu semua rasekan sekarang..dulu bukan main sombong dan angkuh lagi..
    Pakcik 3: Hmm..sapela agaknye jadi menteri besar kite nanti agaknye..orang kite ke?PKR ke?DAP ke agaknye?
    Pakcik 4: isyyyh..jangan la DAP mintaknye..DAP ni bukannye boleh pecaye sangat..PKR tu pon tak ade cakap nak membawa Islam..
    (semua terdiam seketika)
    Pakcik 3: Sebut pasal menteri besar..jom kite pergi pejabat menteri besar cawangan kite tu esok..kite pakat ramai2 halau orang-orang tak paham bahase dah kalah tu..tu dah jadi pejabat kita tu..
    Ust: ha ah..jom2..kite pakat ramai2..biar diorang rasekan pulak ape yang saudara2 seperjuangan kita kat terengganu dulu rase kene halau lepas diorang menang…
    Pakcik 2: Diorang kene halau ustaz??Mane ustaz dapat tau ni??isshh..kalo camtu tak boleh jadi ni..kene bagi diorang rase sikit!!!kite cabut terus papan tande diorang, ganti papan tanda kita..kibar bendera kita!!
    Ust: Saye ade dengar cerita ni dulu2 mase pergi ceramah2..panas betul hati mase tu.
    Pakcik 1: Ehh..nanti dulu..nanti dulu..ape ni sahabat2 semua..mane boleh kite buat macam tu..
    Pakcik 3: Apesal tak boleh pulak??(dengan wajah yang penuh emosi)dulu dorang boleh buat..kite pon boleh la jugak!!!kite bukannye pengecut!!!
    Pakcik 1: Macam ni..kite bukannye pengecut mahupun bacul ataupun yang sewaktu dengannya..perkara2 rasmi macam tu tak boleh la kite main pandai2 kite aje..kene la ade arahan pindah kuasa dan surat pekeliling, barula boleh diambil alih pejabat2 tu semua. menteri besar pon belum sah lantik lagi..sabar..sabar..
    (selepas beberapa ketika..semua mereka pulang walaupun terdapat riak wajah kurang berpuas hati diantara mereka)

    p/s:mintak maaf ayat tunggang langgang dan penggunaan singkatan kata yang mungkin agak melampau(nak bagi ‘feel’ cerita kononye..hehe)..cerita diatas adalah peristiwa benar yang berlaku beberapa hari yang lalu..cuma ape yang saya ingin sampaikan ialah tentang betapa perlunya ahli2 masyarakat kita yang diperingkat bawahan ni diberi pencerahan tentang fikrah politik mereka. perlu diingat bahawa sejauh mana pun idea terbaik pemimpin di ‘atas’, jika pembawaan orang ‘bawahan’ yang lebih dekat dengan rakyat sekeliling, yang dilihat dan dinilai setiap hari oleh orang2 sekeliling sama ada yang menyokong apatah lagi yang membangkang kita adalah lebih penting demi menjaga imej dan keutuhan pejuangan itu sendiri..

  22. Pak Kinto says:

    Salam.

    PAS buat kali pertama dapat menawan N45 Galas (Parlimen Gua Musang) di Kelantan. Untuk makluman, DUN ini mempunyai pengundi bukan Melayu paling ramai di Kelantan selepas DUN Kota Lama dalam Parlimen Kota Bharu. Kemenangan ini adalah kemenangan pertama PAS di DUN berkenaan sejak PRU yang pertama. Dan, kemenangan ini menyumbangkan kepada pengukuhan BA di Kelantan kerana memperoleh 39 kerusi daripada 45 (PAS=38, PKR=1).

    Dan dengan kemenangan itu, saya mengjangkakan akan berlaku perubahan yang besar. Telahan saya tepat!

    BN tumbang di empat buah negeri dan gagal merawat Kelantan.

    Seusai PRU ke-12, apa yang perlu dilakukan ialah semua parti politik berusaha memberi pendidikan kepada seluruh rakyat mengenai demokrasi dan sistem politik di negara kita. Dan rakyat perlu diberi kefahaman membuat keputusan berdasarkan hujah-hujah yang ilmiah dan rasional, bukannya atas dasar sentimen yang tidak ketahuan.

    DAP tidak perlu khuatir (akan kehilangan sokongan pengundi bukan Melayu) untuk bekerjasama dengan PAS. DAP perlu memberi kefahaman tentang PAS kepada pengundi bukan Islam.

    Kerajaan Persekutuan pula tidak wajar menganaktirikan negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang (alangkah bagusnya kita sebut sebagai penyemak imbang @ penasihat). Amalan menyekat bantuan atau peruntukan menggambarkan kelesuan pemikiran, kononnya untuk mendera pengundi yang tidak berkenan dengan Kerajaan Persekutuan kerana ia merugikan negara kita yang tercinta. Saya menentang segala amalan yang menindas rakyat.

    “Buat baik dibalas baik, biasa pak. Buat jahat dibalas jahat, biasa pak. Buat jahat dibalas BAIK, LUUUAAR BIASA.” Hamka pernah berkata demikian.

    Rasulullah berhijrah ‘kerana untuk menyempurnakan kandungan al-Quran.’ Dan kemenangan PAS di ‘negeri-negeri baru’ ialah untuk membuktikan kebenaran al-Quran. Tunjukkan keindahan Islam melalui segala tindakan, percakapan, perundingan dan segala aspek kehidupan.

    P/S : Saya pernah ke Perak dari Kelantan, melalui Cameron Highlands – Simpang Pulai – Ipoh, terus ke Batu Gajah dan Kampung Gajah. Rupa-rupanya tanah air kita terlalu indah untuk dibandingkan dengan negara lain. Barangkali saya terlalu cintakan alam tanah air kita, tapi “Bagi seorang penyair gundah, sehelai daun gugur pun terasa indah – A. Samad Said.”

    Sesudah PRU ke-12 ini, rasanya sudah tiba masanya untuk saya mendirikan rumah tangga. Tolong doakan supaya hantaran tidak terlalu tinggi bagi seorang penjual kata seperti saya.

    Pak Kinto

  23. ira says:

    ya..pagi 9 hb march bermula dengan nafas baru yang aman lagi mendamaikan, penuh dengan harapan dan doa mengiringi wajah2 baru pemimpin rakyat

  24. Abu Sarah says:

    KITA HAMPIR MENANG DI MANJOI. Lepas ni kite mesti cuba tackle orang tua dankaum ibu kerana mereka ni la yang memenangkan UMNO. Kita cuba banyak beri bantuan kepada mereka. Banyakkanlah infaq kepada cawangan2.

  25. Ibnu Aiman says:

    ummu saif suruh ustz aktif politik ek..hehe.mgkin utk PRU 13 kita dah boleh panggil ustaz YB Ustaz Hasrizal…hehe.bercanda aja..pada org Islam buang skit sikap prejudis kita pd non-muslim dan begitu jugak pada non-muslim…

  26. mahasiswa anak jati perak says:

    salam kesyukuran buat semua. Ust saya turut mengharapkan agar kerajaan BA di Perak dapat ditubuhkan secepat mungkin… memang tidak dinafikan, sedikit sebanyak terdapat perasaan risau di hati kami. Kami harap pimpinan BA dapat bijaksana dan mendahulukan kepentingan rakyat dalam hal ini. Moga kerjaan BA Perak dapat menjadi contoh kepada pembentukan Malaysia baru yg berbilang kaum…. Amin

  27. Amin Ahmad says:

    Semoga teman-teman mahasiswa Islam di kampus lebih mengerti rencah persoalan yang saya bawa di kampus sejak dulu dari kegetiran menerima amanah rakyat di Kedah, Perak, Penang dan Selangor ini..

    Telah tiba masaya wacana bergerak dan tidak statik. Air yang bertakung dalam bekas mulanya elok, tapi lama2 ia akan membusuk dan membawa penyakit.

    Saya berpesan untuk diri saya dulu dan kita semua agar Allah s.w.t. permudahkan kita mencapai kebijaksanaan dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

  28. Ati@Fathiyah says:

    cant wait to go back to my country and merasai sama2 Malaysia Baru:)

  29. rakyat malaysia says:

    Assalamualaikum Ustaz,

    Dah lama saya ikut blog ustaz ni dan ini kali pertama tergerak hati saya untuk memberi komen. Silap, bukan komen, tapi nak mengadu, sama seperti sahabat kita lulu.

    Kemenangan BR pada PRU sememangnya gelombang yg amat kuat. PRU kali ni saya menitis air mata sebanyak 2 kali. Kali pertama semasa melihat Tuan Guru Nik Aziz menangis menyembah diri kepada Allah memohon pertolongan tenteraNya untuk mempertahankan Kelantan, setelah kita semua diasak dan dihimpit malah semua pintu kemenangan seolah-olah telah ditutup. Kali kedua saya menitiskan air mata seolah-olah tidak percaya dengan kemenangan 4 negeri oleh BR dan Kelantan berjaya dipertahankan. Benarlah seperti kata Tuan Guru, titisan air mata hamba yg bermunajat kepada Allah seakan ‘bom jangka’ yg tidak disangka-sangka.

    Tapi kini, hati saya semakin resah, dengan sentimen perkauman yang dimainkan oleh media massa. Saya tidak ada masalah dengan kerjasama PAS-DAP-PKR dan saya menerima dengan hati terbuka jika pemimpin setempat saya bukan beragama Islam atau bukan Melayu kerana saya faham serba sedikit bagaiman kerajaan negeri itu berfungsi, dan check n balance yg terhasil dalam pentadbiran PAS-DAP-PKR itu nanti. Tapi ustaz, orang kampung yg hanya bergantung kepada media arus perdana ini tak pernah dengar saifulislam, malaysia-today, malaysiakini. Harakah pun diorang tak baca.

    BN masih lagi mengawal Press & Publication Act. Rakyat akan ditakut-takutkan dengan isu kaum & agama melalui kuasa media yg mereka ada. Saya tak risau golongan muda yg ada capaian internet. Saya risaukan org kampung. Prejudis terhadap DAP masih tinggi. Prejudis Cina kampung terhadap PAS juga tinggi.

    Saya berada di Trg, namun saya cukup bimbang dgn keadaan ini. Org kg kat sini akan melihat corak pemerintahan baru di pantai barat sebagai sesuatu yg menakutkan, mungkin sbg sesuatu yg mengancam mereka, hasil daripada didikan jahat media arus perdana. Saya buntu.

    Press & Publication Act – saya melihat ini sebagai satu ancaman terhadap “sikap baru untuk malaysia baru”. Wassalam

  30. gaijin says:

    Bagi saya PRU12 ni yang paling untung ialah rakyat..

    - Kpd BN – Muhasabah semula dasar dan polisi mereka kpd rakyat. Rakyat akan dapat faedah.
    - Kpd BR – Buktikan manifesto dan keupayaan mentadbir negeri lebih baik dari BN. Rakyat akan dapat faedah.
    - Kpd Parlimen – Berlaku check and balance yang lebih mantap dlm meluluskan sesuatu rang undang-undang. Faedah kpd rakyat.

  31. cidos says:

    paling ana respect sekali Dato’ Husam..sedang ramai yg kelam kabut pasal siapa yg berhak jadi MB Perak termasuklah orang Pas, beliau dengan tenangnya mengumumkan inilah model kerajaan baru BA…huh..a man who change barrier into opportunity…

    Orang macam dato’ Husam perlu diberi lebih peranan untuk berunding dalam pakatan pembangkang selepas ni…Kelantan pun semakin stabil, beliau bolehlah fokus lebih sedikit di peringkat nasional.

  32. Abu Uwais says:

    Assalamualaikum ustaz,

    Alhamdullillah. lega minda, tetap pendirian….
    Kata pokok ‘berusaha menumpukan perhatian dan usaha kearah memenuhi PERANAN berbanding HAK.
    Pencerahan pada yang masih dalam gelap.

    Wasalam

  33. skyzoe says:

    A’kum ustaz..
    Lega benar sy bila baca artikel baru ustaz nih.. akhirnya ade jugak pandangan yg dapat menenangkan dan memberi sy penglihatan yg lebih jelas dlm isu kemenangan BA di perak terutamanya.. Sebelum nih pun sy cuba melihat dr perspektif yg positif namun sy gagal menjumpai alasan2 yg lebih kukuh.. erm namun yg mengecewakan sy ialah sikap BN dan media perdana dlm menghuru-harakan dan menakut-nakutkan rakyat dgn isu2 perkauman, kononnya perbalahan parti2 dlm BA dan terus memainkan peranan dlm memutar belitkan fakta..

    sy faham perkara ini sudah lama dilakukan mereka seperti sebelum kemenangan kita lagi.. Namun seperti yg ustaz katakan di atas “Bercakap bahasa angkuh orang yang kalah, lebih merbahaya berbanding dengan bahasa angkuh orang yang berkuasa.” sy melihat seolah2 ade pihak2 didlm BN dan kerajaan pusat cuba meniupkan sentimen perkauman dan apabila rakyat panik maka BN akan mengambil kesempatan utk membuktikan kononnya wujud ketidakupayaan kerajaan campuran BA di perak dan lain-lain.

    wallahualam..

  34. jauharee says:

    Alhamdulillah segalanya atas perancangan Allah….tidak ada satu pun dalam dunia ni dengan kebetulan melainkan semuanya atas perancangan Allah…bagi saya kekalahan serta kemenangan dlm PRU 12 ni membawa kita sebagai rakyat belajar ttg banyak perkara, kita (yang menolak kebatilan) perlu berusaha tanpa cepat putus asa dan yang menentukan adalah Allah, siapa sangka ini bakal berlaku kan…dan mereka yang dluar sana yang masih tidak nampak kebenaran perlu lebih buka mata hati untuk melihat kebenaran…kerana bukan mata mu yang buta tetapi mata hati didalam dada mu yang buta….
    ustaz, sy nk minta izin utk petik artikel ni ye…jzkk

  35. newDawn says:

    Tiada pemimpin negeri yang berani seperti Tuan Guru apabila berucap didepan non-muslim tentang cara Islam.

    http://www.youtube.com/watch?v=5PcKk-PzUNM

    “agama saya melarang menghadiri perayaan agama lain. tetapi adat resam agama lain tidak mengapa”

    PM kita?UNdurLAH.
    burn vcd aktiviti TuanGuru bersama non-muslim dan berikan pada non-muslim 4 negeri lagi. satu cara dakwah personel juga untuk muslim.

  36. faizul UTM says:

    salam..kami sudah berusrah dan berbincang berkenaan dengan perkara ini. di Perak insya Allah dengan kebijaksanaan pelbagai parti komponen BR akan dpt kita satukan di bawah satu laungan yang sama. suasana yang berlaku adalah begitu luar biasa dan di negeri2 yang tidak disangka menang masih lagi merasa terkejut dengan arus perubahan ini.

    kita sebagai orang melayu Islam masih lagi prejudis pada org cina terutamanya, dan kita masih mengharapkan yang mereka (DAP) untuk memahami perjuangan kita sedangkan kita masih lagi prejudis ttg perjuangan mereka. kadang2 ana rasakan bahawa kita kena ketepikan perbicaraan kita ttg negara Islam (yang kita utarakan sblm 2004) dan lebih mengutamakan perkara yang kita boleh persetujui bersama. Insya Allah mereka akan dpt menerima kita sekiranya mereka menerima mereka. Pada sahabat2 di Perak dan Selangor, ana harap kita dpt teruskan menyuburkan benih iman pada rakyat negeri masing2 dan mengubah pemikiran kita drp pembangkang kepada pemerintah. gunakan peluang sbg pemerintah ini dan gunakan kemudahan dlm kerajaan untuk kebaikan rakyat dan Islam. kita kena teruskan kerja kita spt waktu kita berkempen Pilihanraya kerana dengan ini akan dpt mendekatkan kita kpd masyarakat.

    Skrglah masanya kita untuk mendekati pesaing kita di dalam UMNO-BN, lawatlah mereka dan memohon maaf terhadap keterlanjuran kita terhadap mereka dan maafkanlah keterlanjuran mereka terhadap kita. jangan sesekali membalas apa yg mereka buat pada kita. itulah akhlak seorang pendakwah. kita skrg ni masih lagi prejudis pada golongan bawahan UMNO-BN sdgkan mereka ini hanya menurut kata-kata pemimpin mereka sahaja dan mereka tidak tahu apa-apa. Adakah kita hendak menghukum mereka di atas apa yg mereka tidak ketahui. berbincanglah dengan mereka dengan baik dan sampaikan mesej Islam yg sbnr kpd mereka sebaiknya. Inilah apa yg ditinggalkan oleh para pejuang Islam. Ana harapkan kita slps ini bukan sahaja tidak berdendam dengan UMNO-BN malah kita kena hulurkan tangan menyambut mereka dan membimbing mereka ke arah kebaikan. Jangan ajak mereka masuk PAS, biarkan mereka sahaja di dalam UMNO kerana itulah cinta pertama mereka, tapi ajaklah mereka supaya bersama-sama dengan kita. Itulah yg diajar oleh TNGA iaitu parti ini adalah wasilah, yg penting adalah Islam. Maka suburkanlah Islam di dalam diri masyarakat. ana percaya mereka akan bersama-sama dengan kita nanti. Inilah yang TNGA ajar pada orang-orang Kelantan.

    Moga Islam terus subur di negeri2 yang dimenangi oleh kita.
    TAKBIR!!!

    wallahu a’lam

  37. muhammad hazrin says:

    ustaz, barisan alternatif x cukup kuat untuk menentang BN..
    parti pas, dap dan keadilan.. masing2 ade ideologi sendiri
    bagaimana parti2 nih hendak bergabung untuk menubuhkan kerajaan yg kuat? takut nanti.. diorang x bersependapat.. dan akhirnya berpecah..
    so, susah jugak nak menetang kerajaan BN sekarang nih..

  38. ummunaili says:

    Assalamualaikum,

    Tulisan ustaz tentang hak dan peranan ni perlu di sambung lagi. Sebab ianya sangat bernas sekali dan sangat membuka minda. I’d like to hear more. Terimakasih.

  39. babaiman says:

    Jangan leka dengan kemenangan ini.Jangan seronok sakan,jangan takbur.
    Bagi saya, inilah ujian Allah untuk kita.Buktikan janji-janji yang diucap.Kalau tidak, sama aje kita dengan “mereka”.

  40. hamba allah says:

    AMARAN : PERINGATAN BUAT PEJUANG ISLAM YANG BENAR-BENAR BERIMAN YANG MENDAKWA MEMPERJUANGKAN QURAN

    Allah berfirman : Surah An Nisa’ Ayat 141- 146

    141. (Mereka Yang munafik itu ialah) orang-orang Yang sentiasa menunggu-nunggu (berlakunya sesuatu) kepada kamu; maka kalau kamu mendapat kemenangan dari Allah (dalam sesuatu peperangan), berkatalah mereka (kepada kamu): “Bukankah Kami turut berjuang bersama-sama kamu? (oleh itu Kami juga berhak menerima bahagian dari harta rampasan perang)”. dan jika orang-orang kafir pula mendapat bahagian (yang menguntungkan Dalam peperangan), berkatalah mereka (kepada orang-orang kafir itu): “Bukankah Kami turut membantu kamu dan mempertahankan kamu dari (serang balas) orang-orang Yang beriman (dengan mendedahkan rahsia perpaduannya)?” maka Allah akan menghakimi di antara kamu semua pada hari kiamat; dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang Yang beriman.
    142. Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka Dalam keadaan munafik). mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri Dengan malas. mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka Bahawa mereka orang Yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).
    143. mereka berkeadaan “muzabzab” (tidak mempunyai pendirian Yang tetap) antara (iman dan kufur) itu; mereka tidak berpihak terus kepada golongan (kafir) dan tidak pula berpihak kepada golongan (yang beriman). dan sesiapa Yang disesatkan oleh Allah, maka Engkau (Wahai Muhammad) tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya.
    144. Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat Dengan meninggalkan orang-orang Yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan Yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?
    145. Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan Yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. dan Engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun Yang boleh menolong mereka.
    146. kecuali orang-orang Yang bertaubat (dari perbuatan munafik itu) dan memperbaiki amalan mereka (yang salah), dan mereka pula berpegang teguh kepada (ugama) Allah, serta mengerjakan ugama mereka Dengan ikhlas kerana Allah, maka mereka Yang demikian itu ditempatkan bersama-sama orang-orang Yang beriman (di Dalam Syurga); dan Allah akan memberikan orang-orang Yang beriman itu pahala Yang amat besar.

    Oleh itu, nasihatkan pemimpin-pemimpin anda untuk berdoa kepada Allah untuk tunjukkan siapa kawan dan siapa musuh dalam selimut. Hanya Allah sahaja yang boleh tolong seperti mana firmannya dalam Surah Muhammad yang berbunyi

    29. Patutkah orang-orang (munafik) Yang ada penyakit (syak, ragu-ragu) Dalam hatinya: menyangka Bahawa Allah tidak sekali-kali akan mendedahkan perasaan dendam dan hasad dengki mereka (terhadap Nabi Muhammad s.a.w dan umatnya)?

    Kenapa kena berhati-hati ?
    Allah dah kata dalam Al Baqarah : 204

    204. dan di antara manusia ada orang Yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan Engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah Dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa Yang ada Dalam hatinya, padahal ia adalah orang Yang amat keras permusuhannya (kepadamu).

    Dan (munafik : Ayat 4)

    4. dan apabila Engkau melihat mereka, Engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelalukannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkaujuga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih. Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu Yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan Yang dikehendaki). mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa Dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah Yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. mereka itulah musuh Yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah Engkau terhadap mereka. semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya – dari kebenaran)?

    Ingatlah hanya allah sahaja yang dapat membantu kita. Jangan terpesona dengan kemenangan kerana pembangkang menang bukan sebab rakyat suka parti pembangkang tetapi sebab nak ajar BN. Oleh itu, manfaatkan kuasa untuk kebaikan dan keadilan dan buktikan kerana Allah dah kata –
    (As Saf – Ayat 2-30

    2. Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa Yang kamu tidak melakukannya!
    3. amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu Yang kamu tidak melakukannya.

    Pesanan ini hanya untuk pemimpin dan pengikut yang beriman sahaja. Yang tak beriman tak payahlah ikut.

    PENDEK KATA – KALAU BUKAN BERJIWA PEMAAF SEPERTI YANG DITUNTUT OLEH ALLAH DAN SEPERTI YANG DIAJAR OLEH RASULLULLAH, PECATLAH SIAPA NAK DIPECAT, DAN TUTUPLAH TADIKA MANA-MANA YANG NAK DITUTUP. PENDEK KATA, KALAU TAK NAK IKUT RASULLULAH YANG MEMAAFKAN, AMALKAN KUASA SECARA BALAS DENDAM DAN SALAHGUNAKANLAH KUASA UNTUK KAUT APA SAHAJA KEUNTUNGAN YANG ADA – KALAU TAKA NAK IKUT. TAPI KALAU DAKWA IKUT QURAN DAN SUNNAH – BERMAAF-MAAFKAN LAH KALAU NAK TUHAN MAAFKAN KITA. wALLAHUA ‘ALAM……..

  41. ummu saif says:

    Now, either penyokong BA or BN, we shouldn’t be pessimist, prejudist and paranoid (tak tentu pasal)! Saya yakin kita semua tahu dan faham ttg 13 May, and none of us wants it to happen again.

    Keputusan telah dibuat (bukan atas penipuan) oleh tangan rakyat sendiri. Bukannya guna pengundi hantu ke, apa ke.. Tapi rakyat yg pilih dgn otak yg waras dan berfikiran jauh.

    Apa yg kita perlu buat sekarang ramai2 ialah support dgn new goverment. Think positive esp ttg apa yg berlaku di perak (and also Selangor). I’m sure something positive will come out of it.

    Remember, melayu 47% and Cina 40% di Perak. Tapi DAP menang majoriti. Tapi sebelum keputusan keluar lg, kerusi PKR dan PAS dah memang sedia ada kurang dpd DAP. So basiccaly secara logik, majoriti bilangan rakyat dan suara rakyat lah yg patut diutamakan dahulu.

    TTg Undang2 Tubuh Negeri tu, kita kena semak sejarah semula kenapa ia mula2 digubalkan. Mungkin ada sebab yg munasabah. kalau tak munasabah. then kita recheck slowly after MB dah selected.

    At the end, saya seru kepada semua, do not become pessimist and prejudist. We unite for a better Malaysia.

  42. Adros says:

    Saya bertugas di Ericsson Cyberjaya yang majoriti stafnya adalah kaum ‘Cha Ya Nun Alif’. Memang jelas kelihatan mereka ini (kenayakan masa)lebih ‘bijak’ bertindak berbanding kaum ‘Mim’. Begitu juga halnya dengan subcon Ericsson dari kaum ‘Cha Ya’, yang mampu menampakkan kewibawaan yang jauh lebih tinggi dari subcon kaum ‘Mim.
    Komen saya: memang amat baik jika kita berkerja sama dengan semua kaum dalam suasana yang bijaksana.

    **Saya mengundi di Parliment Parit & DUN Bota, tapi dah ketentuan ….BR di kalahkan oleh BN.

  43. pakdi says:

    salam

    1. kita sudah 50 tahun dimomokkan dengan politik perkauman (asobiyyah) menyebabkan sedikit sebanyak orang Melayu risau apabila DAP menang besar di Perak. 50 tahun diasuh sebegitu, sudah tentulah sukar bukan utk mengikis pemikiran perkauman.

    2. kemenangan ini adalah ujian yang sgt besar. saya sebetulnya menjadi risau akan kemenangan ini KERANA bimbang ahli gerakan Islam sendiri tidak bersedia mengisi kemenangan. rata-rata jentera sendiri pun tidak menjangkakan sebegini.

    3. moga dengan kemenangan ini akan memunculkan pemimpin Malaysia Baru yang merentas ideologi perkauman.

    ahli PAS kena menerima hakikat untuk memerintah Malaysia perlu ada kerjasama orang Cina, India dan lain-lain.

    ahli DAP juga kena menerima hakikat untuk memerintah Malaysia, mereka perlu menerima Islam sebagai salah satu komponen penting di Malaysia.

    Isu sebegini yang sememangnya perlu diperhalusi untuk membentuk Malaysia yang lebih baik kerana di Amerika, sebahagian negara Eropah, proses ini telah mereka telah lalui akhirnya majoriti telah menerima orang kulit hitam di Amerika dan membentuk negara yang kuat dan menjadi asas pembentukan EU itu sendiri.

    4. Ya, barangkali Perak lebih hampir untuk menjadi model Malaysia Baru berbanding Selangor untuk ketika ini.

    Salam hormat dari pengundi BA di P101, Hulu Langat, dan N.23 Kajang.
    Pakdi.

  44. Hayati says:

    Alhamdulillah akhirnya Kedah :-) juga diperintah oleh BA setelah 50 tahun di bawah pemerintahan BN. Berdasarkan statistik dari laman web rasmi kerajaan kedah di http://www.kedah.gov.my, Kedah mempunyai 75.4% Melayu, 14.6% Cina, 7% India, 1.4% Thai dan 1% lain-lain. Masyarakat majmuk adalah ciptaan Allah dan kita tidak dapat lari daripada isu-isu yang relevan mengenainya dan PRU12 membuktikan prejudis antara kaum sudah tidak relevan.

    Marilah kita sama-sama menyumbang untuk mengisi kemenangan dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat kepada BA. Banyak tu nak diperbaiki, maklumlah selepas 50 tahun…

  45. Secara peribadi ana boleh terima sesiapa mana2 parti untuk menjadi MB Perak supaya yang penting kerajaan boleh mula bergerak.

    Biarpun DAP/PKR/PAS yang pasti mendapat rahmat adalah PAS Perak. Mereka sudah boleh bergerak atas tiket pemerintah.

    DAP/PKR/PAS tidak boleh buat byk perkara sebab simple majority sahaja. Jadi jgn risau sgt kalau DAP dapat MB pun. Jadi yang penting sekarang adalah untuk membuktikan supaya boleh memerintah. Percayalah jumlah kerusi yang DAP menang sudah sampai tahap maksimum mereka boleh dapat di Perak. PAS Perak kena berkerja keras untuk sapu bersih yang baki.

  46. dhuat says:

    Alhamdulillah kat perak ada undang2 tubuh negeri.

    Fuh.. kalau idak,…

  47. Kak Mas says:

    Kak dapat tahu ramai yg puasa & solat hajat utk PRU lepas..tak pernah dibuat di PRU2 sebelumnya..
    Apa kata teruskan amalan tsb..
    sebab cabaran, provokasi, fitnah tak habis2 nampaknya, juga hati2 yg curiga, resah gelisah..
    Allah kan ada..

  48. abu aslam says:

    Saya cadangkan agar abu saif bergiat aktif/perunding bagi mencari titik pertemuan antara PAS dan DAP kerana pengalaman terlibat dalam program2 bersama non muslim..

    lepas tu jika dah sampai seru maka kena jadi calon..seterusnya MB Perak insyaALLAH

  49. Sidik says:

    Saya harap kerajaan baru Perak akan menaiktaraf Sekolah Izzuddin Shah & Sekolah Raja Perempuan Ta’yah =)

  50. Ibnu Aiman says:

    sedikit ana nak kongsi dgn sahabat2…dlu ana pnah tnya sorg ikhwah Indonesia ttg pendekatan mereka pd org yg xsama ideologi..mereka menjawab…kami tidak anggap mereka musuh..mereka adalah madu’ kami…mgkin sahabat2 di Msia pun kena ubah method utk mendekat pengundi2 yg hardcore pd BN…kurangkan pemusuhan tambahkan ikatan hati..InsyAllah mereka akan memilih kita bkn berdasarkan Isu ttp wadah suci yg kita bawa..

  51. An-Naas-i says:

    Assalamu’alaikum
    Saya setuju dgn (#51) Kak Mas. Perjuangan baru bermula. Kemenangan kerusi hanya muqaddimah, matlamat mencapai idealisma seperti yg Ust Has canaikan masih jauh dari pandangan. Belum apa2 lagi, parti angkuh mula memukul gendang penghasut, ibarat si yahudi yg membaca bait2 syai’r asobiyah jahiliah di pasar Madinah yg mengungkit sengeketa lama Aus dan Khazraj yg telah bersaudara.
    Segala2nya bermula dari diri kita. Ayuh kita bertandang dan berta’ruf dengan jiran2 kita dari kalangan Cina dan India (jika kita Melayu). DI situlah kayu ukur yg sebenar samada Malaysia Baru mampu direalisasikan.

  52. An-Naas-i says:

    Saya cadangkan kita buat gerakan rakyat yg membuat laporan polis terhadap setiap tindak-tanduk dan statement yg boleh mengapi-apikan sentimen perkauman. Kalau semasa PRU kita ada Citizen Arrest, selepas PRU kita buat tindakan yg sama supaya setiap rakyat rasa bertanggungjawab mempertahankan keamanan negara.
    Kita buat satu blog yg memantau sebarang incident dan statement yg merbahaya. Orang2 politik yg tiada ikatan prinsip dan agama ini lebih merbahaya daripada harimau lapar yg terlepas ditengah2 kesibukan pasar.

  53. An-Naas-i says:

    Setiap laporan polis yg dibuat kita publish dalam blog khas yg memantau suhu sentimen kaum. Ini supaya semua rakyat dapat menyaksikan siapa sebenarnya yg menjadi musuh negara.

  54. ainil says:

    Assalamualaikum,

    Terima kasih ustaz.

    Bukan peristiwa 31 Mei 1969.

    tetapi peristiwa 9 Ogos 1965.Baca rentetan sejarah ini.

    isu picisan seperti puak/perkaumanlah yang bergolak di tanah Palestin,di Bosnia,antara puak Syiah dan Sunah,antara puak di Indonesia di pulau Borneo Dayak vs Madura, di pulau Fiji penduduk India vs penduduk asal,antara org jepun dan org Cina—–>betapa isu picisan ini tidak akan hilang di dunia selagi manusia itu wujud.Muhajirin/Ansar.

    tak payah pergi jauh..antara org Melayu sendiri antara negeri……(sekadar mengambil sebagai contoh)

    isu picisan ini jugalah yg berlaku di seluruh dunia,bukan sahaja pada zaman dahulu,beribu-ribu tahun dahulu tetapi sebenarnya isu ini sungguh dekat dengan zaman kita.sama seperti isu “picisan” seperti pelacuran yang menjadi racun dalam masalah sosial sejak beribu-ribu tahun dahulu.

    semua orang tahu…perpaduan kaum di Malaysia disandarkan kepada satu perkara yang rapuh.

    semua orang tahu ramai rakyat bukan melayu sekarang ini”amat” tidak puas hati dengan perkara/akta/artikel 153 kontrak sosial yg memelihara hak istime melayu.—>mereka tunggu “masa” sahaja untuk cuba “mengubah”.

    semua orang tahu matlamat utama DAP untuk membentuk bangsa Malaysia.–>semua mendapat hak sama rata.dalam erti kata lain memansuhkan artikel 153.

    semua orang tahu betapa lantang pemimpin DAP ketika isu negara Malaysia dianggap “negara Islam”—>”agama rasmi Islam”

    Ya,isu2 kotor dalam kepimpinan BN harus ditegah,tapi takut pula terjadi bak kata pepatah “keluar mulut buaya masuk mulut naga.”

    sekadar pandangan.

  55. shiha says:

    Salam

    Terima kasih untuk artikel ini dan terima kasih kerana sebahagian daripadanya telah menjawab persoalan saya. Memang benar, bila melihat lipatan sejarah, bukan sekadar membaca apa, tapi yang lebih penting mengapa ia berlaku. Jika dilihat sepintas lalu, persamaan di antara ’69 dan ’08 adalah: 1) Pemerintah mendapat majoriti mudah, 2) Pembangkang (saya tak ingat parti mana) menang besar di Pulau Pinang dan Selangor.

    Namun jika dilihat dengan lebih mendalam, adalah seperti yang dijawab oleh ustaz dalam artikel ini. Terima kasih sekali lagi.

    Menarik juga untuk diperhatikan bagaimana satu perkataan boleh berubah dari satu mulut ke mulut yang lain. Dari risau menjadi takut menjadi paranoid. InsyaAllah tiada apa yang hendak ditakutkan kecuali Allah taala. Tapi salahkah seorang ibu merisaukan keselamatan anak – anaknya?

    Ya, mungkin kerisauan saya kerisauan yang tak berasas. Tapi please note dalam komen #20 itu, masanya masih dinihari. Sebelum saya mengetahui tindakan polis yang mengetatkan kawalan dan sebelum saya mengetahui perarakan jalanan adalah tidak dibenarkan. [Oh ya, bagi mereka yang tak berpeluang mengetahui kisah ’69 ini, sebahagian dari sebab tercetusnya insiden itu, apabila dibenarkan perarakan jalanan yang berlangsung pada keesokan harinya]. Hmm.. nampaknya bukan saya seorang yang risau, tapi pihak polis juga. Langkah yang baik adalah dengan berwaspada. Malah pihak yang menang sudah pun membuat kenyataan awal bahawa kemenangan ini tidak akan disambut dengan apa-apa acara, khususnya acara jalanan, kerana menghormati kemenangan itu sebagai suatu tanggungjawab. . Ya, dilihat dari satu perspektif, itu betul. Jika dilihat dari perspektif yang lain, mungkin juga kerana mereka telah belajar dari kesilapan silam.

    Sesungguhnya saya hanya mengharapkan perbincangan yang sihat. Itu saja. Agak sedih juga bila dianggap tidak bijak jika hal ini dibicarakan. Sedangkan saya percaya pembaca di Saifulislam sudah cukup matang untuk mengungkap kembali kisah itu, demi untuk mengambil iktibar daripadanya. Malah, setiap kali sebelum punat ‘Submit Comment’ ditekan, 2,3 kali saya baca kembali komen saya itu, untuk memastikan adakah itu yang ingin dinyatakan. Bukan tindakan semberono.

    Menarik juga membaca artikel saudara Wan Saiful diblognya. Wakil DAP sebagai MB Perak?

    Wasalam

  56. HafizAdam says:

    better kalau artikel ini dicetak dan disebarkan..
    maklumlah, kadang2 media BA melalui dunia maya nih jarang sampai ke tangan rakyat..

  57. Lays says:

    Salam Ustaz,

    Setuju amat dengan isu PERANAN lebih penting dari HAK. Musuh negara adalah golongan yang cuma mementingkan HAK sendiri sehingga melupakan PERANAN yang dikurniakan oleh rakyat negara.

    Perpaduan dan persefahaman adalah kekayaan negara kita.

    Thank you for the meaningful article above. Sorry for my BM, hasn’t been using it for awhile.

    Selamat Sejahtera.

  58. al-quds says:

    aslmkm..agak mnyedihkn jgk mmndangkn kebykn dr kami msh perlu bertungkus lumus utk exam final pro lagi sebulan mnybbkn tak blh aktif dlm perbincgn p’raya yg sgt mnggegarkan kl ini.. :(

  59. faisal says:

    Benarkah pakatan PKR-DAP-PAS akan menjanjikan negara Malaysia yang lebih gemilang (pada semua kunci ukuran: kestabilan ekonomi, politik dan sosial)? Saya fikir kunci kestabilan Malaysia (yang berbilang kaum ini) terletak pada situasi uniknya. Yang bagaimana? Dua kaum terkuat (Cina dan Melayu) masing-masing tiada penguasaan optima. Cina mendominasi ekonomi. Melayu menguasai politik.

    Anggap saja saya ini racist atau apa. Tapi saya fikir status quo itu harus dikekalkan untuk menjamin negara Malaysia yang stabil. Ya, secara ideal — sepatutnya semua kaum harus ada penguasaan sama rata pada aspek ekonomi, politik dan sosial. Tapi bagaimana situasi ideal itu harus dicapai kalau genetik sejarah telah mewariskan segregasi kekuatan yang berbeza mengikut etnik?

    Bukan juga bermakna kita tak mahu menuju ke situ. Ya, kita mahu. Tapi perjalanannya bukan semudah 100 tahun. Kuasa penjajah membina ‘kecacatan sosio-ekonomi’ itu lebih daripada satu abad. Untuk memperbetulkannya — tentulah tempoh masa yang lebih lama diperlukan.

    Tapi baguslah. Akhirnya Malaysia mempunyai dua jenis pakatan yang begitu signifikan. Pakatan BN (yang mempunyai tiga kaum utama) dan Pakatan BA (yang juga mempunyai tiga kaum utama). Selama ini, hanya pakatan BN yang boleh dikritik dan dinilai kerana hanya mereka yang berjaya membentuk kerajaan secara signifikan. Sekarang ini, di depan mata sekalian rakyat jelata, ada dua jenis pakatan YANG HAMPIR SAMA SIGNIFIKAN untuk dinilai.

    Hal-hal seperti korupsi, kebebasan dan nilai demokrasi — memang merupakan isu-isu yang penting untuk seluruh rakyat dan negara. Tapi lebih penting daripada itu adalah kestabilan. Kadangkala kita lupa tentang ini.

    Korupsi, ketelusan dan kebebasan — ini semua adalah relatif. Ia berkaitan dengan kuasa. Kalau orang itu belum diberi kuasa, mana kita tahu dia tidak korup atau dia lebih telus?

    Kita puji Indonesia yang begitu demokratik. Rakyatnya penuh bebas. Tapi korupsi dan pencabulan hak asasi manusia adalah yang paling buruk. Kenapa? Kerana kebebasan yang melampau itu tidak pernah memberi negara ini kestabilan.

    Kita puji Singapura, sebuah contoh tipikal negara liberal yang mengizikan persaingan sihat. Ya, ia sihat secara fizikal. Tapi tidak sihat secara rohani. Segala-gala aspek hanya dikuasi oleh satu kaum sahaja. Sekurang-kurangnya Malaysia — tidak ada satu kaum pun yang menguasai lebih daripada satu aspek.

    Mungkin lima tahun daripada sekarang, ramai kalangan kita yang akan berterima kasih kepada golongan-golongan Melayu tidak logis itu (yang telah menafikan kemenangan mutlak BA). Kita mungkin akan berfikir: “Astaga, tak tau pula akan jadi begini. Mujurlah kemenangan itu hanya sipi-sipi!”

    Situasi pilihanraya pada tahun ini sebenarnya sangat ideal. Parti kerajaan yang terdahulu mengekalkan pemerintahan yang telah terbukti stabil (walaupun korup). Tapi parti ini dudah diberi ‘pengajaran’. Parti pembangkang pula dihadiahi satu jumlah kuasa yang cukup signfikan untuk mereka buktikan keupayaan kepada rakyat (khususnya mengekalkan ‘kestabilan’). Walaupun parti ini tak menang, mereka telah diberi landasan yang cukup munasabah untuk rakyat boleh menilai dan mengadili sejauh mana kebersihan dan gaya demokratik pimpinan mereka lima tahun dari sekarang.

    Terima kasih rakyat kerana membuat pilihan yang bijak dan munasabah. Bukan terlalu ekstrim:tidak terlalu ke kiri, dan tidak pula melampau ke kanan. Sekarang tugas para pemimpin dua-dua barisan untuk membuktikan yang mana lebih baik untuk Malaysia.

  60. mujahidinreformasi says:

    Salam,

    Ana menyokong utk Abu Saif turun ke Perak dan kalau Abu Saif merasakan berkemampuan untuk menjadi wakil rakyat untuk sesi PRU-13,InshaAllah, ana yakin orang Perak akan membantu dakwah perjuangan ini.

    Cumanya semua perlu berkerja lebih kuat lagi demi kemenangan PRU-13 akan datang.

    Sasaran utama pastinya daripada orang Melayu yang terlebih perasaan Melayunya dan kaum lain yang terlebih perasaan perkaumannya.

    Demi sebuah Malaysia Baru

  61. Abu Nabil says:

    Peranan Pas: Pastikan orang melayu luar bandar faham Islam & terbuka fikiran, bagaimana?

    1) Melalui khutbah Jumaat & kuliah2 di masjid & surau – ingat kuasa mimbar Jumaat, letakkan khatib yg berwibawa spt Us Saifulislam berkhutbah.

    2) Pastikan IT berkembang di ceruk kampung – buka minda rakyat dgn maklumat internet.

    3) Jangan pecat imam & JKK Umno, sebaliknya bawa mereka ke Pusat Latihan, didik mereka faham Islam sebenar tarbiyyah mereka, kalau tak makan baru tukar.

  62. ana says:

    Assalamualaikum ustaz,

    Saya sebenarnya kagum dan amat tertarik dgn karya2 dan tulisan2 ustaz yang begitu memberangsangkan.Tambahan pulak berkenaan bab-bab politik yang merupakan isu “panas” macam goreng pisang panas sekarang nih. Saya setuju dan menyokong kenyataan ustaz berkenan dengan perubahan yang perlu kita ambil setelah separuh abad kita dibelenggu kuasa kepimpinan yang ‘satu’ itu. Namun begitu, terdetik sedikit kebimbangan pada saya, adakah mampu pemimpin pemimpin yang bukan Islam ini membela nasib dan hidup orang Melayu Islam ini, sedangkan pemimpin pemimpin yang Melayu Islam terdahulu pun tak mampu nk melakukannya. Hanya membela nasib sendiri dan kroni kroninya sahaja..Fikir fikirkanlah.Semoga negara kita Malaysia yang masih berlunaskan Islam ini terus dipelihara oleh Allah S.W.T.

  63. wardah says:

    Entry ini mungkin dah teramat lewat, cuma terkenang sewaktu abu saif jadi penghulu kami dalam kursus BTN (pelajar tajaan JPA ke Jordan, Mesir & Morocco) di Bentong, Pahang tahun 1993, antara ayat akhir beliau sewaktu memberi ucapan penutup – mana tahu suatu hari nanti saya bakal menjadi PM Malaysia… (masih ingat tak lagi?)

  64. Abu Saif says:

    Masya Allah ustazah…

    Dalam banyak-banyak benda yang ana boleh recall, hingga pengalaman belon meletup semasa birthday ke-3 kecil-kecil dulu, bab menyatakan kebarangkalian menjadi PM ni, ana tak mampu nak recall. Betul ke ana ada cakap macam tu?

    Garu kepala dibuatnya

  65. SuaraMuda says:

    Salamualaikum… Saya sedih dengan kenyataan dibawah ini. Nampaknya ‘Uztad’ ni tak kenal apa itu syirik dan bid’ah. Semoga Allah mengampuni dosa kita semua. Amin

    “Ada pahala ke ustaz, kalau undi DAP?”, tanya orang kepada saya.

    “Pastinya, pengundi BN tahun 2008 dunia tak dapat, Akhirat pun tak dapat!”, itu jawapan ringkas saya.

    Dalam erti kata yang lain, tiada lagi PAS untuk Melayu Muslim atau DAP sebagai lawannya. Kesemuanya bergerak senada bahawa kita menolak kezaliman dan penindasan Barisan Nasional, lantas setiap parti menerima sokongan yang amat pluralistik wajahnya.

  66. amin82 says:

    Assalamualaikum,

    Ustaz saya nie sokong mana2 pemimpin melayu tak kira party…tapi masalahnya ustaz kat perak ramai jugak melayu yang dah tak sokong MB baru nie…masalah nie sekarang nie dah ramai tak sokong pasal konsep keadilan itu salah ditafsir…..keadilan mengikut nisbah populasi itu baru adil…contoh isteri pertama gemuk kuat makan dan isteri kedua kurus tak kuat makan…bila suami pergi pasar raya takkan si suami kena beli makanan yang terlalu banyak untuk isteri yang kurus nanti pembaziran namanya…jadi ia dibuat mengikut nisbah…itu yang kat perak ramai dah sedar ustaz…saya pun tak tahu nak jawab apa ustaz…tak mustahil penggal nie je ustaz MB baru nie bertahan…Assalamualaikum….

Leave a Reply