Pilihanraya ini bukan sahaja menegangkan urat semua orang, malah menghilangkan selera makan.
Saya sendiri pun tidur tidak lena.
Untuk meredakan segala huru hara politik semasa, jemputlah ke harakahdaily, malaysiakini, malaysia-today dan pilih sahaja mana-mana media alternatif untuk menyambung diskusi.
Izinkan saya untuk berkongsi resepi yang sihat, seimbang, penuh fiber, dan menambah pahala untuk bonda saya kerana beliau yang mengajar saya memasaknya. Kali ini saya berkongsi resepi Acar Tauchu Daging untuk dicuba bagi yang belum biasa dengannya.
Asalnya saya agak kurang berminat dengan lauk ini. Saya gelarkan ia gulai orang perempuan sebab pada amatan saya, orang perempuan yang suka masakan ini. Sama seperti gulai lemak putih labu. Tetapi semasa lama merantau, saya selalu rindukan bonda di kampung, dan salah satu masakan yang saya masak untuk merawat kerinduan itu ialah gulai ini.
BAHAN
Bahan Menumis
2 biji bawang merah dihiris
4 ulas bawang putih dihiris
3 sm halia dihiris
2 sudu besar tauchu
Sedikit asam jawa
Sedikit minyak masak
Garam secukup rasa
400 gram daging dipotong secara kepingan kecil
Seikat kacang pin
Sebiji timun
3 biji cili hijau
2 biji terung bulat, setiap satu dibelah empat

Bagi yang tidak kenal, inilah tauchu. Juga disebut kacang masin dalam Bahasa Melayu. Sedap juga jika digoreng dengan bihun, atau digaul mentah bersama ikan bilis, cili, bawang hiris, air limau nipis sebagai pencicah
CARA MEMASAK
Panaskan minyak dengan api yang sederhana, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga keperangan. Kemudian bancuhkan sedikit air asam jawa dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan pula taucu dan kemudian masukkan daging. Tutup periuk untuk merenihkan masakan. Pastikan api sederhana kerana api yang besar akan memberikan kejutan kepada daging, lalu mengecutkannya hingga menjadi keras dan liat. Biarkan sehingga air daging keluar.
Tambah sedikit air mengikut kadar kuah yang anda suka.
Seterusnya timun tadi dikerat 3 atau 4 mengikut saiz. Belah empat dan dibuang empulurnya (bahagian tengah yang berbiji dan lembik). Semasa saya kecil, emak selalunya memberikan empulur ini untuk saya makan kerana kami tidak mempunyai Kit Kat atau Cloud 9 ketika itu. Begitu juga dengan empulur nenas semasa emak memasak pajeri.
Masukkan timun yang telah dikerat itu bersama dengan terung yang sudah dibelah empat setiap satunya. Selepas seminit, masukkan pula kacang pin (kacang panjang juga boleh digunakan tetapi rasanya boleh menyinggung perasaan emak). Masukkan juga cili hijau yang dibelah dua tanpa memutuskannya.
Kemudian masukkan garam secukup rasa dan pastikan gulai itu rasanya lemak masin dan sedikit kemasaman.
Gulai telah sedia untuk dihidangkan.
Saya gemar menyajikan gulai ini bersama dengan telur goreng mata kerbau sebagai hidangan sampingan. Dimakan bersama nasi panas, tetapi orang lelaki khususnya yang sudah berumur baya-baya ayah kita suka menghirup kuahnya dan menimbulkan kemarahan anak-anak yang lain.
Anak-anak saya juga nampaknya sukakan gulai ini, termasuk juga Ummu Saif yang suka jika saya masak masakan yang tidak bersantan.
Selamat mencuba. Ingat pesan emak, “jangan bergaduh di depan rezeki!”
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











Tu dia! Bab makan ni kalau kait dengan Pilihan Raya saya ingat cerita geng2 satu parti tu sakit perut katanya minum air kotak basi! hehe..saja ja cucuk angin ustaz!
Saudara
Mana nak cari taucu kat tanah bekas penjajah Tanah Melayu ni? Ada ke jual? Lama tak pekena?
cucuk angin takpe Amin.. jangan masuk angin udah.
Mamat… rasanya almost semua Asia Market or Oriental Shop kat UK ada jual Tau Chu. Kadang-kadang disebut salty bean je. Tapi jangan beli black bean pulak ye. Saya dah cuba, pelik benar rasanya. Rasa macam tengok Mr Bean pun ada
tengok mr bean xpe ustaz..asal jgn jadi mcm mr bean sudahhhh….
Tudia…
The Iron Chef returns…..baru nampak cam Saifulislam, dah 2 minggu jadi ala2 Malaysiatoday boleh meletup blog….hehehe wassalam.
pekena resepi ni mau tido lena sikit kot. tapi lani wajib mb perglih tak lena pasai raja depa tak suka dia. dr maza tido2 ayam pa
Ooooiii…..sungguh selera menatap gambar risepi yang dihidangkan…bila siang dah menjelang nanti hendak mencuba masakan ini untuk keluarga,terima kasih kongsi risepi untuk semua…salam ukhuwwah.Wslm.
toksah kata MB peghlih, tu yang kat terengganu tu..
telan nasik pun xleh pii dah.. duk sangkut ja..
sultan kecik pun tolak..
Ingat pesan emak, “jangan bergaduh di depan rezeki!”
saya sebagai anak jati Perghlih Darul Sunnah pon tdoq xlena, pikiaq sapa la yg nak jadi MB yg betoi2 sah ni..haih..btw, mmg nampak sedap resepi ustaz..huhuhuh
salam pagi sabtu… eeemm …. masakan yang belum pernah dirasai.
Kalau dhidang pada pihak-pihak yang masih keliru, mau gamaknya hilang kekeliruan mereka.
Anyhow masakan ni memang nampak sedap:)
Akan cuba insyaAllah. Ari ni tak sempat, ada kenduri kawin kat Tmn Melawati
T kasih ustaz.
sebenarnya tauchu ni asalnya makanan cina…
cari je cap Tamin…
tapi kebersihan tu wallahua’lam…
masa dulu pembekal tauchu semuanye tionghua
halal lagi suci
rezeki yg baik-baik yg dikurniakan ALLAH
“jangan bergaduh di depan rezeki”
tau x pe!
hu~~
Nyum3.. Nampak sedap dan menyelerakan =)
wah..sedapnya~
saya pun suka hirup kuah masak taucu..masin2 gitu..
(bagi yang tahan pedasla..)
kalau bubuh cili padi hijau pun sodap~
tak tahu la pula gulai ni orang perempuan saja yang suka..hem..mungkin juga…sedap dan senang kot? opah saya masak sedap sehingga berkilat sudu.
Orang Peghok je yg pandai makan tauchu ni, benar asalnya dari cina tionghua…untuk fakta2 tersebut resepi ni tidak dapat menjadi pereda fikiran politik semasa untuk akak.
Kak Ija ni kena ajar makan Madhgut baru boleh reda tense politik dia kot Abu Saif.
kan dalam Islam ade fardhu kifayah bukan tak payah…
cume nyeru ummat Muhammad s.a.w dlm malaysia ni jgn harap Tamin je…
ceburile jugak supaya tak teruk sangat Tamim tu nak supply sorang-sorang die je…
kali pertama saya hidangkan gulai ni kepada kawan2 dari kelantan dan terengganu masa belajar di jordan dulu, mereka pun hairan… tak pernah jumpa katanya.
tu la perak… gulai tauchu, nasi ayam hainan dan macam2 lagi yg org melayu dah absorb dari kaum cina. cuma bab dakwah dan politik je masih berbalah sesama sendiri.
nampak kuat sekali kepentingan memahami politik. dalam gulai tauchu pun ada kesannya
ustaz,kat pahang pn ade(sy anak jati pahang:)),mak sy slalu msk acar lada pakai taucu ni..heheh tp tak mskkan dgng la..just lada n timun je…best..nati sy nk try gak la..tq ustaz..
kalo dah lebih supply dlm malaysia baru le ekspot baghru le deme-deme diluar neghri tu merase jugak
sedapnye ust…drooling..=) tauchu mmg lauk faveret sy..kalau kt umah, mak selalu masak tauchu dgn ikan..hm,tapi tauchu xde kat negara seberang ni..kna bawa dr msia if nak masak..tapi keluarga saya org minang..bukan org peghok~
Ustaz,
Waktu makan juga waktu yang secara tak langsung mengikat kasih sayang antara hati-hati manusia. Mungkin itu yang cuba disampaikan orang-orang tua kita.
Saya benar-benar rasa manisnya waktu makan ni waktu berkelana dengan rakan-rakan tabligh dulu..sentimental sungguh! Duit ciput tapi nak keluar gak berdakwah, dalam susah tu Allah s.w.t. hadirkan rasa kasih sayang..
Salam Ustaz dan rakan2 bloggers. Masa KakChik dok di STAR Ipoh tahun 92′ dulu pernah makan gulai ni. Oooo… rupanya panggil gulai. Dulu KakChik panggil sayur taucu je. Lamanya tak makan sebab dah lama balik Kelantan. Teringin nak cuba. KakChik taklah gemar sangat sebab rasanya agak masin tapi sesekali hidang kat Cik Abang, mungkin dia suka. Hujung minggulah KakChik cuba. Insya-Allah.
Amin banyak betul sentimental value dengan Tabligh ye… “minta masa 5 minit” pun jadi nostalgia
wsalam Kak Chik. gulai ni berbeza konotasi. kalau orang kedah, gulai ikan maksudnya kari ikan. kalau di perak, umumnya gulai ni merujuk kepada apa sahaja yang berkuah. tapi kalau panggil sayur tauchu pun betul juga. boleh buang daging, gantikan dengan ikan bilis sahaja. lebih sihat.
kak chik makan gulai ni kat asrama ke atau kat mana? kalau kat asrama, nasi briyani pun indah khabar dari rupa
terkenang ikan jaket
Apa nak buat ustaz..tapi tak jadi gak Lelaki Tabligh Terakhir! haha..
Betul ustaz, kalau gulai kat Perlis tu kira kari la..tapi sebab dah lama duduk di Lembah Klang ni, bila balik Perlis mak masak pedas sikit dah jadi tak tahan padahal dulu selamba saja. Ayah kalau cicah garam belacan tu, cabai Melaka paling kurang masuk 7 tangkai!
Masa kecil hidup sebelah utara ni sangat meriah masak2. Ada saja buat gotong royong membolehkan jiran2 ramah mesra sambil makan2. Rupanya makan-makan ni memang satu wadah untuk terap kasih sayang dalam diri umat la ustaz!
Masa saya aktif tabligh dulu, memang salah satu pendekatan ialah belanja makan. Katanya perut dekat dengan hati. Kalau kita belanja kawan makan, insyaAllah kawan kita sedia untuk dengar..tak perlu minta masa 5 minit untuk cerita kebesaran Allah s.w.t.
Sama je makan empulur timun dan nenas ni. Mungkin sebab Mak saya orang Perak juga. Masa kami kecil2 dulu Mak akan cincang empulur timun yang muda dicampur dengan santan dan gula … hmmm dulu kira2 cukup sedap la desert tu. Sekarang tak berapa lalu pulak. BTW timun kami tanam sendiri di batas2 sawah bersama segala macam sayuran lain termasuk yang ada dalam resepi ustaz ni, tapi nenas tidak ada kecuali di rumah tok di Perak nenas pun ada.
Pagi2 kesekolah agama SAr
Petang2 hari pergi memasang belat menjerat ikan R.
Kira2 orang dulu2 kalau harga barang naik pun tak kebulur.
Dengar sini baik2, negeri2 Kedah dan PPinang dah sedia turunkan harga minyak:
Kedah – Minyak gamat turun 20 sebotol
P.Pinang- Minyak pala turun 30 sebotol
he he he.
wahhhh nanti saya cuba ya
Salam,
saya pun dulu tak gemar sangat gulai taucu ni. Tapi mak saya suka sangat masak gulai taucu. bila tengok entry ustaz, terasa lapar lak. heheh
alhamdulillah…tak sia-sia jadi AJK masakan masa kat UK dulu… sure sedap… tambah2 nasi panas… sambal belacan kena ada… pengubat bahang PRU12
saya baru semalam masak guna taucu…masak kailan… (masak dia samaje dgn stail kailan ikan masin)
sehari sebelum tu masak bihun goreng guna taucu…fuhh sedap…
ni kira minggu taucu… sama macam akhi jugak la…
minggu depan dah jemu dah masak taucu… kita guna fucuk pulak la… hehe
wassalam
Sedap nampak. Mula ingat tak nak makan malam nih sebab nasik dah abis tapi bila tengok gulai ustaz ni teliur lak. Kacang pin tu kacang buncis ke ?
lamenye tak pekena tauchu…mintak tolong ustaz pos sket sebalang dua kacang tauchu tu ke irbid ni ustaz hehe gurau je… kepada sume pembaca,selamat mencuba resepi ustaz ni ye…
selamat.
salam…ust..msk makanan daripada Sabah pulak…hehehe.rindu lama x balik
salam ustaz
lama tak meninggalkan komen di sini.
wah, ustaz. kebetulan nih. balik malaysia tahun lepas, makcik saya hadiahkan sebotol taucu masa temankan dia pegi shopping. tak tau saya nak masak macam mana. boleh cuba ni.