Cinta Itu Bukan Cinta Paksaan
Hari ini hari bekerja.
Hari ini bukan hari perayaan. Ia adalah hari bekerja dan berusaha.
12 Rabi’ ul-Awwal adalah tarikh kewafatan Baginda SAW.
Tidak banyak yang boleh diraikan, melainkan tinggalan Baginda berupa tanggungjawab untuk meneruskan perjuangan Islam, dalam gelutan rasa rindu kepada Baginda, yang telah terdahulu merindu untuk bertemu saya dan kita semua, di usia hayatnya.

Tidak sempurna iman sesiapa di kalangan kamu sehinggalah diriku lebih dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak bahkan sekalian manusia (riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa’ie dan Ibn Majah)
Bunyinya seperti cinta paksaan.
Tidak sempurna iman jika tidak mengasihi baginda melebihi segalanya.
Tetapi perhatikanlah dialog di bawah, tatkala Baginda Sallallahu ‘alayhi wa sallam menziarahi perkuburan al-Baqi’:

Daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa Sallam telah pergi ke kawasan perkuburan dan berkata, “sejahtera ke atas kamu (penghuni) negeri orang-orang yang beriman. Sesungguhnya kami Insya Allah akan menyusuli kamu. Amat ingin di hatiku seandainya dapat kita melihat saudara-saudara kita”. Sahabat bertanya: Apakah kami ini bukan saudara-saudaramu ya Rasulullah? Baginda menjawab: “Kamu semua adalah sahabat-sahabatku. Sedangkan saudara-saudara kita adalah (orang-orang mukmin) yang belum muncul (i.e mukmin di masa hadapan) – [Riwayat Muslim]
Tidakkah gila jika seorang lelaki rindukan seorang calon isteri, sedangkan calonnya belum ada!!?
Namun Baginda telah merindui kita sebelum kita ada.
Baginda melihat perkuburan, menginsafi bahawa dirinya tidak kekal dan akan kembali kepada Dia. Pastinya baginda tiada peluang untuk bertemu dengan saudara-saudaranya.
Siapakah saudara-saudaranya itu? Tidak lain dan tidak bukan, KITALAH WAHAI SAUDARA DAN SAUDARI…

Kali terakhir kuberpeluang menziarahimu… lebih 10 tahun yang lalu
Cinta kepada Baginda sebagai syarat sempurna iman itu bukan cinta paksa, kerana Baginda telah terlebih dahulu menyintai kita. Merindui kita. Sebelum kita ada…
Apakah cinta kita kepada Baginda sehebat itu?
Dalam keletihan dan kesakitan oleh tubuh yang tidak sekuat tubuh Baginda, diri ini merintih, “ya Allah, kurniakan padaku cinta kepada Baginda, sehebat cinta Baginda kepada umatnya… biar pun sekadar cebisan darinya”.
Selawat dan salam ke atasmu ya Rasulallah, syafaatkan kami di hari pertemuan kita… dengan ikhtiar perjuangan yang tidak seberapa ini. Ameen ya Rabbal ‘Aalameen.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
12 Rabi’ ul-Awwal 1429H
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor








































about 1 year ago
Assalamualaikum
Bukan senang untuk mencintai seseorg yg tidak pernah kita lihat . Lagipun Rasulullah s.a.w telah meninggalkan kita 1400 tahun yang lalu.
so apakah cara utk membuatkan kita mencintai Rasulullah s.a.w tanpa disuruh dan dipaksa ?
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Ramai orang di Malaysia yang termimpi-mimpikan David Beckham tanpa pernah menemuinya, tanpa pernah ke Manchester malah sekadar bermain bola di dalam lumpur kampung di Jemapoh.
Rambutnya macam rambut Beckham, sirah hidup Beckham begitu dihafalnya, malah mungkin seluar dalamnya pun berjenama Manchester United, biar pun sekadar beli di pasar malam.
Dia menjadi duta Beckham dan Manchester United biar pun tidak pernah bertemu malah sekadar berpalit lumpur Jemapoh.
Tanyalah mereka bagaimana mereka boleh sampai cinta segila itu?
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam Ustaz;
Artikel yang amat menyentuh hati dan menggegar jiwarasa.
Mari bersama kita merenung Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud; “Aku tidak bimbang kamu ditimpa kefakiran, akan tetapi aku amat bimbang dunia ini terbuka luas bagi kamu sebagaimana ia telah terbuka luas bagi umat sebelum kamu, maka kamu akan berlumba-lumba mengejar dunia sebagaimana umat terdahulu telah mengejarnya, dan akhirnya, dunia membinasakan kamu sebagaimana dunia telah membinasakan mereka.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim).
“Ya Allah, andainya hari ini hari kepulanganku, maka jadikanlah semua aktivitiku sebagai kebaikan di sisimu”.
Wallahu a’lam.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Mungkin sebab itu saya sangat menghargai pengalaman bersama tabligh ya ustaz (tanpa menafikan sisi buruk tabligh dan tanpa menidakkan sumbangan setiap insan dan jemaah lain).
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
ana pun suka juga approach tabligh ini. mereka sgt tawadhuk
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Selawat dan salam keatas Baginda Rasulullah. Nabi umat akhir zaman. Secara peribadi saya dapat rasakan ‘rahmatnya Rasulullah’ yang Allah janjikan dalam Al Quran. Saya mula sedar siapa diri setelah berusaha mengenali Allah dan Agama ini melalui pelbagai cabang/dahan pokok yang bernama Islam ini. Saya berpaut dari satu dahan ke satu dahan. bermula dengan pengajian kelas agama di waktu kecil, kemudian bersama jemaah tabligh ketika baru menjejakkan kaki ke menara gading dan di akhirnya bersama pergerakan islam secara partisan. Setiap jemaah/kumpulan mendakwa merekalah golongan yang cinta dan sayang terhadap rasulullah. Ada yang menyeru melalui segala macam hukum-hakam yang datang dari Baginda. Ada yang menjemput dengan gerak dakwah dan sunnah amalan baginda. Ada pula yang meniupkan laungan perjuangan yang ingin memartabatkan Islam dan urustadbirnya. Biar pun dengan rentak dan lirik mereka berbeza. Yang pastinya, semua kita menjunjung matlamat yang satu, pesanan dari nabi yang satu. Dia bukan sahaja Nabi kita, dia bukan sahaja panduan akhlak kita, dia adalah pemimpin kita, di alam ini juga disana. Walau kita belum pernah berjumpa dengannya, tapi limpahan kasih dan sayangnya dapat kita rasai melaluinya pewaris-pewarisnya para ulama-ulama (Salaf & Khalaf). Semoga kita tetap dalam agama ini dan tidak membelakangi panduan dan pesanan/amarannya.
seperti lirik dari lagu bertajuk ‘Rasulullah’ – The Zikr
Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
kami cuba mengingatimu
dan kami cuba mengamal Sunnahmu
Kami sambung perjuanganmu
walau kami dicaci dihina
tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan Rasul sebagai pembela….
kepada ustaz Hasrizal moga cepat sembuh. (jangan main hujan lagi lain kali…he he he
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Basah pipi bila terdgr kembali kisah2 bagaimana kasihnya Rasulullah terhadap kita.. semoga ALLAH S.W.T menemukan kita dgn junjungan besar Rasulullah S.A.W di hari Akhirat kelak.. InsyaALLAH..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam..
Untuk saudara Umar: Lain orang lain caranya.. bagi saya, cara paling efektif untuk mencintai Rasulullah saw adalah dengan kerap membaca dan menghayati personaliti Baginda Rasulullah saw. Betapa beraninya baginda, bila dalam keadaan berkawal, baginda yang paling dulu ke depan kalau terdengar bunyi apa2. Betapa penyayangnya baginda, sanggup sujud dengan begitu lama bila cucu baginda panjat di belakangnya sewaktu sujud. Rasulullah juga playful, boleh main lumba lari dengan Aisyah RA. Macam – macam lagi lah.. bila baca cerita2 macam ni, dalam fikiran dok terbayang seorang yang sangat perfect… bukankah mudah untuk jatuh cinta dengan Mr. Perfect? Dengan harapan, dapat mencintai Allah dengan mencintai Rasulullah. Wasalam
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Assalamu’alaikum Ust.
Sorry kalau dikira tambah berlebihan…
Ras?lull?h – Sallall?hu-’alaihi-wa-Sallam – May All?h’s prayers & peace be upon him – is the seal of the Prophets, was chosen when ?dam (‘alaihisSal?m) was btween spirit & body, the close friend of All?h (Subh?nahu-wa-Ta’?la – Glorified & Exalted is He), the 1st to b resurrected in the Hereafter, witness to creation, bearer of glad tidings, warner, inviter to All?h (swt.), a lamp spreading light, in the Hereafter he will be the master of mankind, he will hold the banner of praise & all the other Prophets (‘alaihimusSal?m – May All?h’s peace be upon them) will be under his banner, he will intercede for the Judgement to begin (Maq?m Mahm?d) in the Hereafter (after the other Prophets (as.) have been asked) & intercede for the sinful believers & he will b the 1st to knock at the gates of Paradise & the 1st for whom it will be opened – “And verily, you are (indeed) on an exalted (standard of) character” [Al-Qalam: 4] & he was even shier than a virgin behind her veil.
His ummah is the best, the 1st to enter Paradise, 70000 of them will enter it without being called to account, each 1 bringing 70000 more (= 4.9 billion). His ummah will b 2/3 of Paradise.
439. “When All?h intends to show mercy to a people, He collects their Prophet before them & makes him a herald to happiness for them in the Hereafter…”
“The people of both the scriptures said, ‘O our Lord! You have given them 2 Q?r?ts & given us 1 Q?r?t, though we have worked more than they.’ All?h said, ‘Have I usurped some of your right?’ They said, ‘No.’ All?h said, ‘That is my blessing I bestow upon whomsoever I wish.’ ”
“After you (the Sah?bah – radiyall?hu-’anhum – May All?h be pleased with them) there will come days during which being patient will be like holding on to a live coal. The one who strives during those days will have a reward like that of 50 men who strive as you do.” It was said, “O Messenger of All?h, the reward of 50 men like them or like us?” He (saw.) said, “No, the reward of 50 men like you.” – link atas tu saya geram Denmark etc. print cartoon tu… tahun ni depa ulang lg…
Sambungan: “Sedangkan saudara-saudara kita adalah (orang-orang mukmin) yang belum muncul” – They (the Sah?bah r.’Anhum) said: “How will you know those who have not yet come from your Ummah, O Messenger of All?h?” He said: “Have you not seen that if a man had a horse with a white blaze and hoof along with a totally jet-black horse, then would he not know his horse?” They said: “Certainly, O Messenger of All?h.” He said: “So they will come with white blazes and marks from the wud?`…”
Antara kata2 terakhir Ras?lull?h (saw.): as-Sol?h, as-Sol?h… – http://islam-qa.com/index.php?ref=45841&ln=eng
Lemahnya diri ini… Kosovo menyeru ummah mmbantu setelah merdeka kini mrk terus dibelasah… bumi berkat al-Aqsa masih dinodai… Dr. Azzam Tamimi ckp al-Aqsa x pernah menjd bersendirian merdeka ttp sbhgn wil?yah Isl?m zaman dulu – http://www.ii-pt.com/reviews/Dr%20Azzam%20Tamimi.pdf – sorry again pjg lg – Subh?nakall?humma-wa-biHamdik, ash`hadu-alla il?ha-illa ant, astaghfiruka-wa-at?bu-ilaik… wall?hu-a’lam wassal?mu-’alaikum…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Mungkin Ustaz boleh betulkan saya..
Takut2 jika tersilap..
Cinta pada Rasulullah juga boleh dipupuk melalui selawat ke atas Baginda s.a.w.
Juga boleh dipupuk melalui mengamalkan sunnah2 Baginda..
Semoga dengan selawat terhadap Rasulullah, dapat memberatkan timbangan kebajikan kita di akhirat nnti.. InsyaAllah..=)
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Err.. Lupe plak.. Menyibuk sekali lg..
Bukankah Jemapoh di Negeri Sembilan?
Tempat tinggal saya tue..
Isy2.. Hehehe..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Terdengar cerita tindakan ekstrim para sahabat (Salman Alfarisi, Zaid bin Haritsah, Abu Bakr As-Siddiq radhiallahu’anhum) yg bermati-matian menggadaikan tubuh badan mereka mempertahankan Rasulullah kerana faham akan kebenaran yang diperjuangkan. S.Khadijah pula hingga meminta menjualkan tulangnya sendiri setelah kewafatannya jika ianya boleh membantu memperjuangkan ajaran tauhid(remang bulu roma waktu dgr satu persatu cerita tu).
Berapa dalam pun cinta kita terhadap Baginda takkan terbanding dengan perasaan cinta Rasulullah kepada seluruh umatnya”. (Meleleh air mata bila dgr statement ni…). Bukan atas dasar cinta fizikal dan duniawi tetapi lebih dari itu atas dasar kebenaran; untuk kita fahami kebenaran, untuk kita bersama2 berjumpa, menikmati kebahagiaan hakiki. Sepanjang hayat Baginda bermati-matian menyampaikan ajaran tauhid sebagai panduan mencapai kebahagiaan yang sempurna dan kekal kelak. Terlalu sayangkan kita… dan bukan sekadar kata2 malah membuktikannya dengan sepenuh daya tenaga, usaha malahan nyawa sepanjang hayat. Dirinya bukan untuknya tapi untuk kita umatnya, dan seluruh alam. Tulus… Ikhlas… Penuh kesungguhan.
Amat berharap dalam rindu sehingga kalimat terakhir hayat Baginda adalah… ‘ummatku….’
Apa pula yang telahku buktikan utk membalas kasih sayang yang luhur itu. Zalimnya diri ini… mungkin belum mendalam kefahaman tauhidku ini. Terima kasih sekalian pendidik yang meneruskan usaha baginda. Membuka jalan… mencari Tuhan. Terima kasih ustaz.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
aduhai besarnya jiwa baginda..alangkah mulianya peribadi nya..moga kita dpt mengikuti prjuangan baginda yg begitu agung..agar kita dpt melahirkn peribadi sprti nya..apa yg ana rs ialah pokoknya agama itu adlh utk mlahirkn peribadi sprtinya..tidakkh begitu..bukan shj islam itu adlh suatu agama..ia adlh suatu manhaj..suatu ‘deen’..bkn skdr ilmiah..bkn skdr ritual ibadah..ia diturunkn sbg suatu cara utk hidup..utk melahirkn insan yg mulia..melahirkn seseorg yg baik dr segi akhlak,spiritual, dan juga fizikal..dari segi ibadah, interaksi dgn Tuhannya & juga sesama makhluk..alangkah hebatnya deen islam…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Masya Allah…Semoga kita digolongkan dalam golongan mereka yang menghidupkan kembali sunnah Rasulullah saw di zaman yang dianggap maju ini.
Bila Ustaz nak datang Mekah dan Madinah? Kami student Universiti Ummul Qura Makkah,mengalu alukan kedatangan Ustaz ke sini…
Kalau dah ada perancangan,kami sedia menyediakan nasi Mandi dan nasi Salik untuk Ustaz di Makkah ni.
Ahlan wa sahlan. +966507657250(abdul rahman hamzah)
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
12 Rabi`ul-awwal also, the date that Our Prophet Muhammad`s (Sallallahu alaihy WaSallam) date of birth.
We don`t called Prophets as dead (in terms of Syaheed). So 12 Rabi`ul-awwal is date of celebrating of Maulid-ur Rasul, when Allah send us *Wa maa arsaltahu rahma-tan li l’alamin*
Looking to 12 Rabi`ul-awwal as departure of Prophet Muhammad (Sallallahu Alaihy WaSallam) means, we are degrading him as an Auliaullah. Please be aware of why our ancestors called 12 Rabi`ul-awwal as Maulid`ur-Rasul!
We May be sad on the day when Imam Ali (Radiallahu anh) departed but we can not be sad the same day when Rasulullah (Sallallahu Alaihy WaSallam) born and departed. Please be aware the difference! Or at least verify why earlier century Muslims called “the day” as Maulid`ur Rasul rather than Wafat`ur Rasul. Sure will be celebration within borders of Islamic terms and respect to Prophet (Sallallahu alaihy WaSallam). As in the article, we must read as much as can “Salawat and Salam”.
**Celebration like non-muslims or munafiqs are excepted. I`m not talking about that!**
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
semoga saya dapat mencintai dan mengasihi Rasulullah sepertimana dia menyayangi seluruh umatnya. Cinta kepada manusia hanyalah sementara dan kadangkala menyeksakan hati. Namun mencintai baginda amat mendamaikan jiwa dan bersifat abadi.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam ustaz, alhamdulillah, posting ini mengingatkan diri betapa perlunya menyintai Rasulullah saw yang amat menyintai umatnya,, selawat dan salam ke atas Rasulullah saw dan ahli keluarganya,,
Respond to this comment [with empathy]
about 11 months ago
Salam ustaz.
Mintak pendapat mengenai selawat syifa sbb mufti perlis cakap dlam you tube bahawa selawat syifa bertentangan dengan islam
Harap ustaz dapat komen
Respond to this comment [with empathy]
about 11 months ago
salam ustaz..moga kita sume dapat mencintai baginda spt baginda mencintai kita,umatnya..insya-Allah..amiin
Respond to this comment [with empathy]
about 1 month ago
setiap kali mengunjungi Maqom Rasulullah di Masjidil Nabawi setiap itu jugalah airmata laju menuruni lurah mata ini.Terbayang di mata aku kini berada disamping jasad yang mulia di langit dan dibumi.Memasuki Taman Raudhoh seolah aku berada di hadapan baginda. bermadah sedih berlagu sepi…..itulah aku,,,sitinora
Respond to this comment [with empathy]