front-cover-who-needs-an-islamic-state_0001.jpg

Semenjak sekian lama, saya sudah pun mengajak pembaca saifulislam.com untuk menilai dengan teliti, persoalan berkaitan dengan form dan substance.

Kita sudah mempunyai nama jelas, bagaimana pula dengan maksud penamaan itu?

Saya telah pun menyentuh mengenainya, di dalam artikel ANTI SLOGAN.

Untuk memanjangkan persoalan yang telah dikemukakan sebelum ini, mari kita soalkan semula, apakah yang kita maksudkan dengan NEGARA ISLAM.

  • Tun Mahathir mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam
  • Hizb-ut Tahrir mahukan Negara dan Khilafah Islam
  • PAS memperjuangkan sebuah Negara Islam
  • DAP menentang sebuah Negara Islam
  • PKR bekerjasama dengan PAS dan DAP, Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa PAS sudah tidak lagi memperjuangkan Negara Islam, sebagai menjawab soalan Karpal Singh

Soalannya, apakah yang dimaksudkan dengan Negara Islam, ’sesuatu’ yang disokong, diperjuang, dinafi dan ditentang itu?

Video di bawah mungkin boleh menjadi pemula kepada penilaian kita.

You need to have flashplayer enabled to watch this Google video

Ia adalah diskusi kepada buku Who Needs an Islamic State tulisan Dr Abdelwahab El-Affendi, Pensyarah kanan di the Centre for the Study of Democracy, University of Westminster, London. Program yang disiarkan di Islam Channel, UK ini dipengerusikan oleh Anas Altikriti, chief executive of The Cordoba Foundation dan panelis keduanya pula adalah Taji Mustafa dari Hizb-ut Tahrir .

Persoalan yang ingin saya ketengahkan lanjutan diskusi di video ini ialah: bagaimana kandungan diskusi ini boleh diterjemahkan kepada suatu Manhaj Tarbiyah yang efektif buat pendukung gerakan Islam semasa? Seandainya anda yang sudah biasa dengan institusi Usrah, sudah hadam dengan diskusi berkaitan Politik Islam dan Negara Islam, apakah yang anda rasa semasa mengikuti diskusi di video ini, atau jika timbul kesulitan, mengapakah sulit untuk anda mengikuti diskusi ini?

Jika anda enggan berbincang tentang apa yang anda rasa, maka boleh juga diterbalikkan soalan-soalan ini kepada ahli panel di atas. Apakah titik dan apakah punca pertembungan di antara Dr Abdelwahab El-Affendi dan Taji Mustafa?

Selamat berwacana.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

SHARING IS CARING:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • Live
  • Print
  • Technorati
  • MyShare
  • Upnews
  • PDF
  • RSS
  • Add to favorites
  • Twitter
  • MySpace