“Yop, cepatlah pakai baju sekolah ni!”, saya meninggikan suara.
Terjejas juga mood pagi apabila kelam kabut menyiapkan anak-anak ke sekolah. Ummu Saif apatah lagi.
Menyiapkan makan pakai anak-anak. Menyiapkan makan pakai diri sendiri. Semuanya terkejar-kejar dengan hambatan masa dan kerja.
Itu pemandangan biasa di dalam mana-mana rumahtangga. Setiap pagi, ibu bapa kelam kabut menyiapkan anak-anak.
Selesai menghantar anak ke sekolah atau pusat jagaan harian, saya dan isteri sama-sama mengharungi lautan manusia dan kereta, menuju ke tempat kerja. Ummu Saif agak bertuah kerana rumah kami tidak jauh dari hospital tempat kerjanya.
Ada hari saya bekerja. Ada hari saya belajar. Menjadi pekerja dan pelajar dalam satu masa, sangat mencabar kesabaran diri. Ummu Saif juga begitu. Program Master Klinikal untuk menjadi doktor pakar ini sangat mencabar.
Bukan sahaja soal mengagihkan masa, tetapi juga kesegaran minda dan tubuh badan kerana syarahan boleh jadi leteran, jika kepala dan telinga mendengarnya dalam kepenatan.
Pulang ke rumah, keperluan makan minum anak-anak bersambung semula. Seperti hari-hari sebelumnya.
Memasak, mengemas rumah, memandikan anak-anak, solat, mengaji, kerja sekolah, gosok baju…. ahh, sudah tinggal nyawa-nyawa ikan sebelum mampu menyentuh buku pelajaran.
PENAT
”Ahh, penatnya kan Umi?”, saya menoleh kepada isteri.
Dia hanya tersenyum.
”Kenapa?”, saya bertanya.
”Salah ke senyum?”, tanya isteri saya.
”Bukanlah salah. Tetapi lain macam pula senyumnya!”, saya ketawa.
”Dulu abang… dulu Yang. Sekarang tinggal Abi dengan Umi”, kata isteri saya.
”Okay la tu. Atau kita nak tukar kepada Maknya dan Paknya?”, saya berseloroh.
Kami ketawa.
Tetapi dalam tawa, hati tetap berkata-kata.
Masa berlalu begitu pantas. Dari hari pertunangan melangkah ke jinjang perkahwinan, Belum puas berdua bercinta, rumah diseri dengan cahaya mata. Itu rezeki dari-Nya.
Anak satu… anak dua… anak tiga… begitulah kehidupan saya dan isteri berkembang, seiring dengan peredaran masa dan pertambahan usia.

Semasa baru berumahtangga, segalanya indah. Ia suatu peningkatan dan pencapaian dalam kehidupan. Keindahan itu berubah kepada suatu keadaan baru dengan ketibaan cahaya mata kurniaan Allah. Hanya Dia yang Tahu betapa hebatnya perasaan saya dan isteri semasa mendukung anak buat kali pertama.
”Kita kini bertiga!”, saya tersenyum.
Dari dua menjadi tiga, kemudian empat dan kini lima.
Ia suatu kebahagiaan. Sesuatu yang diimpikan oleh setiap insan yang melangkah ke alam perkahwinan.
Namun kadang-kadang kita terlupa.
Dalam sebuah rumahtangga itu bukan hanya ada Abi dan Umi, bukan hanya ada Paknya dan Maknya. Rumahtangga juga sentiasa ada dua insan yang masih seorang suami dan seorang isteri.
Kerana sibuk dengan rutin kehidupan seharian, kita tanpa sedar membiarkan identiti seorang suami dan isteri tenggelam.Suami melihat isteri sebagai ibu kepada anak-anak mereka. Isteri pula melihat suami sebagai ayah kepada cahaya mata tumpuan kasih dan cinta mereka. Pandangan suami dan pandangan isteri hilang tanpa sedar. Apa yang tinggal hanya pandangan ibu dan bapa melalui anak-anak yang memamah seluruh masa yang ada di dalam sebuah rumahtangga.
JEMU?
”Kenapa anta buat macam tu. Tak sayang isteri ke? Apa salah dia?”, saya bertanya kepada seorang rakan. Beliau memasang cinta kedua, di belakang isteri yang suatu ketika dahulu digila-gilakannya.
”Hmm.. entahlah!”, katanya lesu.
”Anta sudah tak sayangkan dia lagi ke?”, saya mencari kepastian.
”Tak juga. Tetapi… jemu barangkali!”, jawabnya dengan suara yang lemah.
Saya tergamam.
Alasannya senang sekali… isteri dan anak-anak yang sempurna itu tidak lagi mendatangkan bahagia, atas sebab yang mudah… JEMU.
”Hey… jemu anta kata? Habis dengan orang baru tu, anta tak akan jemu ke suatu hari nanti? Hari ini seronoklah, segala-galanya cinta. Tanggungjawab belum masuk dalam cerita”, saya panas hati.
Biar pun saya terganggu dengan kisah rakan yang seorang ini, tetapi saya sendiri mengambilnya sebagai peringatan.
Bahawa di dalam sebuah rumahtangga pasangan beranak tiga, ibu bapa dan anak-anak bukanlah segalanya. Selama mana sekali pun bahtera rumahtangga belayar, suami dan isteri tetap ada.
Jangan dibiarkan kehangatan itu padam oleh rutin harian yang demikian.
Hari ini, saya dan isteri mengambil cuti. Anak-anak tinggal di sekolah dan nursery hingga petang. Sepanjang hari ini, saya dan isteri keluar makan bersama, tanpa Saiful Islam, tanpa Naurah Sabihah dan tanpa Muhammad Imaduddin.
Semuanya kerana, dalam kehidupan kami sekeluarga masih ada suami dan isteri, dan hari ini adalah hari untuk kami berdua..
Kerana MASIH ADA CINTA…
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor





Adeh, bila saya nak kawen ni ustaz? Moga dipermudahkan dan dikekalkan cinta yang ada untuk seorang isteri
salam…
salutela ustat. hehe
moge berbahagie ke akhir hayat…
ooo… artikel cinta cinta laju ke komen ya. artikel Negara Islam, sampai ke sudah le tak sampai 10 komen… grrr!
Tu la amin… cepat-cepat le… baru seronok ada teman berbecok
ameen… terima kasih miftah… ni bukan miftah jamilah ya?
tahniah ustaz!!ana cukup kagum dengan keserasian dan kebahagian rumah tangga ust. mudah-mudahan ini menjadi aspirasi kepada ana yang baru jer tamat kursus pra perkhawinan..tak dapat dinafikan ada juga sedikit perasaan ‘seqiyau’ nak berumah tangga tapi kata orang ‘belum cuba belum tauuuuuu!!!’
mabruk ustaz
masih berusaha….
@Abu Saif,
haha tau x per ustz…sy yg bujng ni pon x sbr2 lak na kwen..sonok jer dngr wlaupn ader jg rnjau yg perlu dtempuh..hihi insyaallah sy akn cbe jdikan ustaz contoh wt sy ble sy na “mmbina msjid” nnti.. contoh ustaz,contoh yg nyata,bkn ilusi yg slalu sy dngr just ckp2 kosong..ckp pndai..hahah
seronok berkahwin ni. alhamdulillah
ustaz,Semoga terus kekal berbahagia
saya tinggal dengan kawan-kawan yang semua dah plan nak kahwin.
saya je yang belum.
ish. bermasalahkah saya?
Salam Ustaz.
Ana baca dalam ANIS keluaran April artikel ni, tapi awat tajuknya lain
Bile Imad nak dapat adik?
salam ustaz..
emmm…romantiknya ustaz ni yer..sambil2 duk pening kepala dengan studi,ceramah sempat lagi dating dengan ummu saif yer..nanti bila dah sampai masanya nampaknya ana kena belaga lutut dengan ustaz nih..nak dapat petua suami mithali..bolehkan..huhu..
Ustaz.. sy nak kahwin… tp nape hati ni selalu rasa x yakin je… rasa mcm x bersedia… x brani nak approach… ape nachat ustaz ye untuk sy ni?? psl kekadang sy tkut cara sy berlawann ngan Syariat… lagipun sy ni basic agama boleh laa ckit2… n sy ni masih bljar lagi…
belum sampai umur kahwin kot? ckit ckit lagi ya
Assalamualaikum
“Membakar” betul orang bujang seperti ana ni. Nampaknya tak boleh tunggu lama-lama “hal” ni…
salam dear ustaz,
Kekalutan di pagi hari semasa anak-anak masih kecil akan menjadi kenangan manis yang sukar dicari ganti. Kini bila anak-anak telah hidup sendiri dan suami bekerja jauh dari tanahair, sunyi kian terasa. Dalam pada masa yang sama akak dan hubby akan sentiasa mengisi masa kami berdua bila bertemu agar cinta dan kasih sentiasa kekal seperti tatkala muda . Adakalanya akak merasakan bila umur bertambah, tak kira isteri atau suami, perasaan cinta dan sayang makin bertambah. Bayangkan gerbang rumahtangga yang dibina tatkala usia masih muda dan kini berpuluh tahun telah berlalu , tak de apa yang tidak pernah kami lalui, pahit, manis semuanya berjaya diharungi bersama.
Perjalanan hidup berumahtangga akan kekal manisnya apabila suami dan isteri saling percaya mempercayai dan saling hormat menghormati, InsyaAllah.
ustaz..nie article ‘provokasi’ atau ‘motivasi’…hehehe.Sape sangka org yg berwatakkan serius rupa2 sngt romantik..
wsalam kak silversarina. terima kasih atas coretan yang bermakna. semoga rumahtangga saya juga terus damai dan menyejukkan jiwa, lewat dekad demi dekad yang mendatang…
Ibnu Aiman, sebenarnya saya tidak begitu seronok kisah di atas dianggap sebagai suatu sentuhan romantik, tetapi mesej saya ialah keperluan suami dan isteri untuk mencari masa mereka berdua, adalah SANGAT PENTING.
Sebab itu saya selitkan kisah si ‘ANTA’ yang bermain kayu tiga tu. Ustaz ustazah pun roboh rumahtangga dibuatnya. Bukan sebab tak ikut syariat ke apa-apa, tapi sebab suami dan isteri tak ambil langkah-langkah mengekalkan kemanisan berumahtangga. Akhirnya suami JEMU!!!! Isteri juga barangkali!
Akak dah mendahului ustaz, kitaorg dating semalam. Video Negara Islam tu tak sempat bukak lagi le, kan kena dengar betul2. Baru ble komen. Kitaorg ni dating pun tak abis2 review psl result PRU 12.
Mencuri ‘masa’ utk berdua suami n isteri …. memang terapi yg baik utk menambah ‘segar’ dlm hubungan. Bagi yang belum mencuba ….. cuba la….cari dan curi la masa itu…manafaatkan sebaik mungkin…..boleh nampak kelebihannya.
Syahdu ler pulak rasanya… sayang tak terucap, rindu tak terungkap…Kekadang tahu, tapi rutin menguasai segala… syukran ustaz untuk entri yang mengingatkan ini.
Salam,
Petikan dari buku “cool mum, super dad, Jamilah Samian” – YOU ARE A HUMAN BEING FIRST, A PARENT SECOND”
Petikan dari buku “Life is an open secret, Zabrina A Bakar ” – LOVE IS A MOMENT THAT LAST FOREVER – Julie Wittey
Petikan dari buku ” Why Mars and Venus Collide – John Gray- REAL LOVE DOES NOT DEMAND PERFECTION BUT EMBRACE IMPERFECTION.
Semoga rumahtangga ustaz dan Dr sentiasa dilimpahi keberkatan..
Just one question ..who actually initiated the event? you yourself or your other half…(Well, it takes two to tango, by the way ;D)
Have fun
so sweet
satu peringatan yg baik utk pasangan suami isteri… sebelum terjadi yg sebaliknya disebabkan kita leka dan lupa pd pasangan kita wpun kita dah menjadi yg terbaik sebagai ibu atau bapa
salam wrt.
apa khabar ustaz sekeluarga? alhamdullilah baru dapat menziarah lagi website ini setelah di block seketika oleh server company.. lama juga tak membaca artikel ustaz.. memendam rindu.. huhuhu…
artikel yang menarik.. memberi sumber inspirasi pada saya kelak apabila berumahtangga nanti.. insyaallah.. cuma calonnya yang belum ada! hehehe..
Salam,
Tahniah ustaz…satu puisi buat ustaz…
Hmm, doakan kitorangan yg masih dlm ‘penantian’ ni ye..
wahai wanita ku..
dirimu sewangi kasturi
dicuri pandang oleh si kumbang
gemalai tari tersantun rapi
menjadi ubat hati yang lara ni….
wahai isteriku..
senyummu menguntum
memekar cinta di hati suami mu ini
menyirna duka di hatiku
tuturmu menenangkanku
kasihmu penyejuk jiwa-ragaku…
Salam Ustaz,
Ana pun tak sabar nak jumpa isteri hujung minggu ni, sudah 2 minggu ana tak jumpa. harap-harap dapat la jumpa sekejap walaupun ada kursus hujung minggu ni.
Risau jugak ustaz biar isteri mengandung bersindirian kat asrama.
maaf ustaz ana luahkan kat sini, rasa rindu teramat sangat.
salam ustaz,
semoga ustaz sekeluarga akan terus berbahagia hingga ke syurga
ana tersenyum sj bl dgr ttg kebahagiaan org lain. hrp2 ana pun sama satu hr nnt.
ustz, ape pndapat ustz pd lelaki yg dr awal mmg sudah plan utk berpoligami utk kerja jemaah? ana sudah jumpa dgn org yg ana rs baik akhlakny. tp br2 ini, dia terus trg pd ana yg dia akn kahwin lain. ana lgsg tak menentang poligami, tp hati wanita mana yg tak akn sedih bila dgr pengakuan itu dr bkl suami..
very relevant and timely article, ustaz.
Dalam dunia yang serba cepat ni, dan tanggung jawab yang semakin banyak ni, kadang-kadang kita tak tahu macam mana nak maintain rasa bahagia dengan pasangan kita.
Elok juga buat macam ustaz tu. Parents also need private time together. Last time ana bawa wife keluar makan malam masa anniversary haritu. rasa macam baru kawin pulak
. Terlupa sat ada 3 orang budak comel kat rumah.
ermm…very nice thought….
artikel ust memberi saya yg baru sj membina masjid satu peringatan…sy dan suami msih sepasang suami isteri bila kami sudah berkeluarga nanti….
salam ustaz,
menarik entri ni
. tersenyum sendiri saya dibuatnya.saya ibu kepada 5 anak..faham sangat maksud entri ustaz ni.
btul, bila anak dh bertambah, fungsi keibubapaan bertambah hingga kekadang terlupa peranan suami isteri juga adalah pasangan kekasih yang memerlukan masa berdua.
Dan itu sesuatu yang sukar dilakukan jika kita asyik fokus utk mencari duit bagi mengukuhkan ekonomi rumahtangga, kita lupa untuk berborak manja mengimbau kembali saat bercinta atau awal perkahwinan.
Bahkan kita tak perasan betapa kita mengalami masalah komunikasi sehinggakan berbual bila perlu sahaja dngn pasangan kita tp yg pelik tu kita boleh ebrcerita beria2 dgn kawan sekerja atau jiran tetangga apatah lagi dengan kawan bukan sejenis kita. ha..masa ni yang jadi fitnah hati. hati mula tergoda wanita/lelaki di luar sana..kenapa? sebab hati tu dah mula seronok bercerita dengan dengan bukan muhrim, lupa yang pasangan kita tu pun boleh gak diajak berbual macam2 isu, tapi sendiri yang tak mo kasi peluang.
Di mana hilangnya mawaddah wa rahmah di dalam rumahtangga? itu yang timbul jemu barangkali…
saranan saya;
sesekali / kerapkali sang isteri/suami menyuapkan suami/makan makan nasi dan membiarkan anak2 makan sendiri
sesekali/kerapkali hantar sms yang berunsur sensual pada suami / isteri
, bukannya dosa pun, pahala bergurau senda dapat lagi
rajin2 gak la tolong ketip kuku pasangan, atau terlebih rajin bulu ketiak pasangan
pastikan masih tidur sebilik biarpun dah berpuluh tahun berkahwin, jangan anak makin besar, si bapa tidur ngan anak lelaki dan si emak tidur dengan anak2 perempuan..huhu
rajin2lah telefon bertanyakan khabar biarpun seminit cuma, penerima panggilan akan terasa dihargai..:)
keluar berdating apatah lagi..kalau keadaan mengizinkan keluarlah berdua, berpegangan tangan jangan lupa. sentuhan jari jemari suami isteri menghapuskan dosa (jarang diambil peluang ini), berbanding sentuhan jari jemari pasangan kekasih menambah dosa (time ni kemaruk sangat dibuatnya)
ambil peluang solat jemaah bersama jika ada luang waktu; suami imam, isteri n anak2 makmum.
sweetnye.. ust…
I love this entry. It shows the ‘beauty’ and the ‘beast’ of getting married. But in the end, we live happily ever after as long as we follow what the religion has said.
Setuju dgn ustaz, bila masuk bab ni mmg byk yg nak komen. Termasuk le saya sendiri. Selepas PRU 12 tempohari, otak saya penat. Tak larat dah nak baca yg heavy2. Stress dgn politik malaysia masa kini. Kalau baca pun sekali lalu je. Mungkin bila dah tenang sikit nanti, baru saya digest semula.
Anyway, artikel ini memang utk peringatan semua termasuklah diri kami sendiri. Actually, ustaz keluarkan artikel ni pun pada asalnya sebab nak hantar artikel pada majalah Anis, so terpaksa karang artikel yg light sikit.
Cuma satu sahaja saya nak tambah di sini, sejak 2, 3 tahun ni saya banyak jumpa atau dengar cerita couple bercerai disebabkan oleh maid. IE suami berkahwin dgn org gaji Indonesia. Tak tau mana silapnya.
Kebanyakan suami adalah yg berumur 40 tahun ke atas yg pada usia ini biasanya kehidupan sudah pun established, kerja tetap, anak2 pun dah besar dan savings pun banyak. Isteri pulak sibuk dgn aktiviti sampingan, tiada lagi aktiviti bersama seperti menyiapkan anak2, membantu anak2 belajar atau sebagainya. Kerja2 rumah semuanya dibereskan oleh maid. Suami pun kurang rasa tanggung jawab dgn keluarga disebabkan semuanya telah terurus. Tugas suami atau bapa cuma bagi duit nafkah setiap bulan (tak perlu buang sampah, anak2 dah besar-tak perlu hantar anak2ke sekolah, isteri banyak buat aktiviti amal)
Saya pernah berjumpa seorang lelaki yg membawa isteri ke 2 beliau (bekas maid) (isteri pertama dah cerai) ke hospital kerana di serang kanser payudara. Isteri beliau bukanlah seorang yg menawan ataupun menggoda pada rupa parasnya, namun ketrampilan beliau seperti seorang yg merendah diri. Sayangnya beliau seorang indonesian (kos rawatan perubatan adalah double), maka suami beliau tidak membawanya ke hospital utk rawatan kanser. Akibatnya, kanser beliau sudah di tahap 4 (fungating mass metastasis at least to the lungs). Setiap hari, beliau mencuci sendiri nanah di dada beliau dan jelas sekali suami beliau sudah lebih 6 bulan tidak mendekati beliau kerana tidak tahan akan busuk nanah kanser payudaranya.
So, pengajarannya saya cuma nak ingatkan kita semua bahawa symptom2 jemu, mudah lupa tanggung jawab masing2 mudah berlaku bila kita sudah established dalam kehidupan kita. Seelok2nya kita mesti sentiasa revise cinta suami/isteri kita dan perbaharui rasa cinta itu sentiasa. Jgn malu utk menjadi seorang romantik. Satu tip yg selalu menjadi kayu pengukur pada diri saya ialah bila saya rasa life saya takde ujian dan senang sentiasa. Biasanya pada masa itu saya akan risau, sebab saya mudah take for granted dgn apa yg ada di sekeliling saya. So, saya selalu bersyukur sekiranya ada masalah berlaku di dalam keluarga (not that i wish for the trouble), tetapi masalah itulah yg selalunya yg merapatkan hubungan kami suami isteri dan satu keluarga.
Semua masalah harus diselesaikan segera, jgn pendam dan lokek meminta maaf atau memaafkan.
Give more in order to gain more!
Yang masih jauh lagi perjalanannya…
semoga berbahagia ustaz
bestnya artikel ni……
Betul ustaz, kadang-kala suami isteri perlukan masa untuk mereka sendiri tanpa anak2..Ini akan merapatkan lagi hubungan kemesraan suami isteri. Amat penting perkara ini dititikberatkan di kalangan insan yang bergelar ibu dan ayah. Moga sehari sebagai suami dan isteri tanpa anak-anak, akan memperkukuhkan hubungan selama setahun lagi, dan seterusnya, insyaAllah. Saya dan suami juga tidak ketinggalan meluangkan sedikit masa sebulan sekali untuk keluar makan2 tanpa anak2..It’s really a good therapy. Everyone should try…
ini article untuk trigger org bujang ke..hehee saya blom kawin..tapi nak kasi komen gak. apa setakat pemerhatian, kadang2 lupa sbg suami isteri bila dah beranak pinak
sy ni org baru dlm web ni..alhamdullilah..walau belum kawen tapi baca artikel sprti ini boleh jadi sebagai penyuntik semangat utk bina rumahtangga yg terbaik insyaAllah..cuma yelah blm sampai seru lagi nak kawen..
sebuah artikel yg bagus utk motivasi pasangan2 yg berumahtangga..ana blom sampai masa lg,insyaAllah dlm perjalanan menuju ke arah itu..semoga dipermudahkan hendak-Nya..terima kasih ustaz atas penghasilan ini,bekalan buat ana dikemudian hari..
Aduhai mencabarnya hidup berumahtangga
. Boleh ke handle semuanya nanti bila dah sampai seru. TQ utz, ummu saif atas panduan.
salam ustaz.
ramainye tggal jejak.saya nak tumpang sekali lah.orang mude..hehe
trimas berkongsi pengalaman.boleh buat pengajaran bagi kami yang muda.
tergelak je tengok komen ustaz kat #3. membuatkan pembaca lagi nak tinggal jejaknya.hehe
subhanallah..
Ada sebahagian, tercengang dan ternganga dengan unsur romanticism di dalam cerita ini.
Ada sebahagian, mungkin geli geleman dan alergik dengan romanticism dan hal-hal yang seumpama dengannya.
Kisah ini bukan kisah cinta. Ia adalah amaran kepada suami dan isteri agar jangan sampai dijangkiti penyakit JEMU.
Ustaz,
Saya ada terbaca satu artikel..
Tentang couple itu haram..
Camne tue Ustaz?
Mungkin Ustaz sibuk..
Tapi jika ada kesempatan, harap Ustaz dapat emel saya..
Syukran jaazilan ya Ustaz!
sedang saya asyik membaca artikel ni, tiba2 suami saya ajak pegi dating plak petang ni..mcm dia tau2 je apa yg saya tgh baca..=)
apa2 pon..dlm sibuk kita study..gi kelas..buat kerja2 jemaah..kerja2 rumahtangga..jgn pula dilupakan suami @ isteri..subur2kan lah kembali cinta dan kasih sayang..iAllah kekal bahagia..
hmm.. membaca kisah ustaz, teringat saya kisah seorang sahabat saya ketika sekolah menengah. Dia memberitahu, ibu bapanya ketika itu sedang melancong ke luar negara, berbulan madu katanya.. anak-anak di rumah.. mula-mula pelik juga mendengarnya, tapi bila fikir-fikir balik, dan selepas baca artikel ustaz ini, memang wajar tindakan mereka, agar kasih sayang suami isteri sentiasa bersemi..
Semoga yang terbaik dikurniakan Allah buat ustaz dan keluarga.. ameeen
Haiihh.. sweetnyer Ustaz n Isteri..tersenyum sipu saya dibuatnyer.May Allah bless your family. Amin.
Salam..
Berdating (atau bertenet? wujud lagi ke istilah tu?) untuk suami isteri, mungkin dianggap romantik bagi orang yang belum berkahwin. Tapi juga dianggap sebagai survival bagi yang dah berkahwin. Been there, done that.. to no avail?
It is an EFFORT by some and for some. Work for some and not for some others. Wallahu al-Musta’aan
Kembara Rindu
Kutagih kasih bukan melulu
Walau hati terasa malu
Kuharap aku dikau perlu
Kerana hati sering merindu
Salam utk ust dan semua..
salam…alhamdulillah,saya tlh melangkah ke alam perkahwinan 19hari…dan 15hari bersama suami tercinta….skrg terpisah kerana suami bekerja dikuala lumpur dan saya di kota bharu…mjlis kesyukuran perkahwinan,berselang kematian datuk tersayang…baru terasa ada insan yang berada disisi yang menemani yika berduka…alhamdulillah…perkahwinan menuntut tanggungjawab dan kasih sayang..
alamualaikum semua..sya saudara baru islam dan sudah hampir 3 tahun berkahwin..namun belum ada rezeki anak lagi.rumahtanga saya biasa aje..kadang saya impikan keluarga yg sempurna tp saya sedar itu sukar nak dicapai tanpa kerjasama suami isteri..tersentuh hati saya membaca artikel ustaz..alangkah bahgianya kehidupan ustaz..saya ingin memahami ajaran islam dgn lebih mendalam lg..malah saya hampir putus asa dengan rumahtanga saya mungkin kerana iman saya tidak kuat..sebagai isteri saya jalankan tangungjawab saya pd suami walau tak sempurna mana tapi saya ikhlas..tapi saya sering kali lalai tangungjawab saya pda agama..kadang saya solat kadang tidak..rasa insaf ada cuma hati saya mcm sambil lewa.ingin saya jadi muslimah yg solehah tp saya langsung tdk ada pengetahuan agama..bimbinglah saya ke arah jalan yg benar….
comelnyeeeeeeee…..(*_*)
semoga di berkati Allah……….
sama2 la kita berdoa deh……….
“ketika sesuata yg indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban………..
Allah SWT,telah tersenyum padamu……..”
salam…
ustaz, saya nak kongsi pengalaman dan sambil-sambil nak minta pandangan dan nasihat..tapi saya tak tahu la..sesuai ke tak dimasukkan di ruangan ni..
saya mempunyai seorang kakak dalam lingkungan umur 37 tahun dan mempunyai 4 orang anak..
sebenarnya kaka saya mengalami masalah rumahtangga dengan suaminya..
ustaz.. saya sebagai pemerhati merasakan bahawa jodoh antara mereka tak serasi..saya bukanlah arif sabgat mengenai perkahwinan kerana saya baru berumur 21 tahun..
hal ini kerana suaminya mempunyai kekasih di luar.. daripada cerita yang saya dengar ,ada yang mengatakan abg ipar saya terkena guna-guna…tetapi saya ble nampak yangh dia masih sayangkan kakak saya..saya tak tahu macam nak xplain…
so, if u dun mind i would like to ask u some questions..
1/ logikkah abg ipar saya saya berubah hati kerana terkena guna-guna.. benarkah ia wujud?
2/ kakak saya semakin chubby tapi tidak gemuk dan dia juga masih cantik dan dikategorikan sebagai bergaya dan berketerampilan.. tapi tidak dnafikan dia semakin chubby dari dulu..bolehkan lelaki berubah hati dan ia melanggar konsep terima seadaanya..
3/ adik saya menumpang di rumah kakak saya sepanjang praktikal.. tetapi dengan meminta izin dari abg. ipar dan dia memberi keizinan..adakah itu membuatkan dia rasa tak selesa dan menjadi alasan untuk cari yang lain??
4/adakah kerana kewangan kakak saya yang lebih kukuh menjadikan dia renmdah hati dan cari yang lain …mungkin dia malu..
ustaz tolonglah saya dan dengan nasihat ustaz.. ia dapat membantu kakak saya yang sedang kezsedihhan tu…
tq
… bahagianyerrrrrrr…
ana pun tumpang bahagia
mmg la rasa mcm nk kahwin jugak jugak bile dgr yg indah2 je..
Tp..
Allah S.W.T Maha Mengetahui..kenapa x ‘jumpa’ lagi..another half..hihi
insyaAllah ada jodohnye tu
Assalamualaikum …kepada saudara nur saya simpati dengan luahan yang telah diberi…mgkin ust sibuk utk menjawab,oleh itu saya jawab kan sedikit apa yang termampu…
”Nur…pilihan nur pada agama Islam itu adalah satu pilihan yang amat besar dalam hidup nur..kerana hanya mereka yang dipilih Allah untuk berada dalam agama Islam sahajalah yang bakal menduduki syurgaNya tidak pada agama yang lain. Dan ketahuilah bahawasanya tidaklah manusia itu diciptakan melainkan untuk menyembahNya semata2…kerana apa kita perlu solat? kerana itu adalah perintah dariNya jua…dan ibadat tersebut akan dibalas dengan kehidupan abadi yang sejuta kali ganda lebih bahagia daripada apa jua kebahgiaan yang dimiliki oleh manusia pada hari ini..kerana kehidupan kita didunia ini cukup sementara dan senda gurau semata2..amat rugilah apabila kita menghabiskan hidup di dunia ini dengan apa yang tidak mendatangkan kebahgiaan untuk kehidupan di akhirat kelak…dan apa jua ibadat termasuk solat yang kita lakukan belum lagi dapat membalas segala nikmat pemberian dari Allah ..pandanglah kepada diri ..kerana apa sahaja yang ada pada diri itu adalah nikmat pemberian Allah …setiap saat kita berada dalam nikmatNya…nafas yang kita hirup semua itu adalah pemberian dariNya jua…kembalilah pada agama dan berusaha untuk menghadiri majlis ilmu agama moga di situ kan bertemu segala kekusutan yang di alami…insyaAllah dengan bersandar kepadaNya…jgn berputus asa daripada rahmatNya kerana itusemua adalah angkara dari syaitan yang durjana..yakinlah di setiap apa yang berlaku di situ ada hikmahnya apabila diri kita diuji.. kerana ujian itu sendiri akan menaikkan martabat seorang hamba tersebut di akhirat kelak ..kerna Allah tidak pernah menzalimi hambaNya itulah yang termaktub di dalam kitab suciNya…
salam ustaz..
Cemburu rasanya saya melihat kebahagiaan kuarga ustaz..bahagianya ummusaif kerana memiliki seorang suami yg baik dan bertanggungjawab..berbeza dgn saya ustaz…kebahagian yg saya impikan selama ini semakin suram dan hambar..saya x tahu di mana silap saya..bila saya tanya dr hati ke hati dgn suami..dia bg tau cinta dia pada saya x sedalam cinta saya pada dia..dan akbatnya dia curang dgn saya..dia menduakan saya dan mengkhianati kesetiaan saya pada dia selama ini.ustaz..betapa kecewa dan hancurnya perasaan saya ustaz bila hati dan perasaan saya di permainkan.Baru baru ni saya dapat tahu sepanjang bulan ramadhan yg lepas dia bawak bdk perempuan tu berterawih di masjid..sedangkan selama kami kami tidak pernah sekalipun dia bwk saya g terawih..buat pengetahuan ustaz saya dan suami duduk berjauhan..kerana tuntutan kerja dan masih tidak berpeluang untuk pindah.dan kesempatan itu dia gunakan utk mencari cinta baru…tapi ustaz..saya nak tanyalah usta..mcm suami saya yg bawa awek dia g terawih..betul ker tindakan dia ustaz..adaah dia mendapat ganjaran pahala seprti org lain sedangkan dorang berdua bkn muhrim dan pergi berdua shj.saya betul betul kecewa ustaz..namun setiap yg berlaku pasti ader hikmahnya..selepas apa yg dah berlaku..saya akui saya makin dkt dgnNYA.setiap malam saya bermunajat padaNYA mmohon diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi dugaan ini..saya akui masih ader cinta di hati saya untuknya..tapi saya sukar untuk melupakan apa yg dah dia buat pada saya..saya mohon sedkit nasihat dr ustaz…
Sebenarnya, saya lagi bertuah kerana dikurniakan dengan seorang isteri yang penyabar, memahami kerenah dan kerjaya saya serta tidak berputus asa untuk perbetulkan keadaan setiap kali kami berkonflik.
“A happy couple is not a couple without conflict but they deal with their conflicts”
salam..
saya surf internet untuk mencari2 sesuatu yg dapat menenangkan hati..
dgn umur menjangjau 27,sbgai seorg perempuan..merasa risau akan jodoh tidak lagi kesampaian..
dengan kabaran rakan ke jinjang pelamin dan juga kenalan yg jauh lbh muda juga mengakhiri zaman bujang..
menjadi suatu gangguan fikiran..
saya sendiri tidak tahu apa yg ingin dikatakan..
tahniah atas limpah rahmat ALLAH keatas tuan…
a’kum..
bila saya baca semua artikel ust wat saya lupa ngan kerja2 saya di pejabat ni…hehe..bukan pe,sejak akhir2 ni saya mencari apa kesalahan dan kelemahan saya dalam hidup rumahtangga ni..
artikel ini ust ni betul2 menyentuh naluri saya sebagai seorg isteri, cemburu dan sedih pun ada..perkahwinan saya 2 thn ni di landa dugaan yang teramat berat dan memedihkan jiwa dan raga saya ini,dengan keadaan yg masih blum ada org baru,suami saya berkahwin lain..wlupun isteri keduanya jauh lebih tua dari saya tp muda 4 thn dari suami saya…
saya btul2 amat terluka dan kecewa dengan indakan suami saya itu,baru semalam saya dapat bersemuka dengan ‘madu’ saya itu, nak marah dah x berguna, nak ungkit kisah lama lagi la dah basi, apa yg saya boleh katakan saya berserah sahaja pada-Nya..di tambah plak penyakit saya hadapi baru2 ini, ‘hypertension’ atau dengan kata lain tekanan darah tinggi..dalam usia yg mudah belum mencecah 30 saya sudah dapat penyakit tersebut tapi saya redha dengan ketentuan Ilahi..cuma saya masih keliru sama ada saya mampu menghadapi ujian yang teramat besar iaitu hidup dalam poligami ini..saya belum cukup kuat tuk hadapinye lagi kerana banyak negatif dari positif yang saya lalui sekarang ni..
hanya di sahaja yang dapat saya luahkan,kerana kedua org tua saya tidak tahu penyakit dan perkahwinan saya yg kedua ini,saya banyak memendam perasaan,merahsiakan segalanya dan merenung nasib perkahwinan yang tidak bahagia..
emm..
saLam, trUskn usaha us…