
Saya sedang berfikir, bagaimanakah jika negara-negara dunia memboikot barangan Malaysia, disebabkan oleh ucapan buruk seorang ahli Parlimen Malaysia di media antabangsa. Apakah wajar tindakan begitu dan bagaimanakah kesannya ke atas rakyat Malaysia yang tidak pernah menyetujui perbuatan sumbang ahli Parlimen tersebut?Inilah perbandingan awal yang saya lakukan, untuk menjustifikasi seruan pelbagai pihak agar kita semua memboikot barangan negara Belanda, hanya disebabkan oleh filem Fitna yang dibuat oleh seorang ahli parlimen Belanda, Geert Wilders.
Jika kita memandang Belanda dengan pandangan silam, bahawa Belanda itu bekas kuasa imperialisma yang menjajah Indonesia, kita tidak akan berfikir dua kali tentang tindakan memboikot itu. Ia adalah pandangan musuh terhadap musuh. Seolah-olah kaki Belanda masih berpijak dan memijak bumi kita.
Hakikatnya kita lupa, bahawa Belanda hari ini bukan Belanda yang itu. Belanda hari ini mempunyai sekurang-kurangnya sejuta penduduk Muslim. Siapakah Muslim itu? Saudara kita sendiri. Hatta jika tiada Muslim di Belanda sekali pun, di manakah rasionalnya untuk rakyat Belanda dihukum atas perbuatan sebiji pisang busuk dalam setandan pisang itu?
Malah ia seakan-akan sikap jahiliyyah Arab yang menyerang seluruh qabilah atas jenayah seorang ahli keluarga berkenaan!

Perdana Menteri Belanda, Balkenende, telah pun membuat kenyataan rasminya berhubung dengan pendirian kerajaan Belanda terhadap filem Fitna oleh Geert Wilders itu:
On behalf of the Dutch government, I would like to respond to the online film by Mr Wilders.
The film shows images of violent acts and holds Islam and the Koran responsible for them. The government condemns such acts and those who commit them.
The film equates Islam with violence. We reject this interpretation. The vast majority of Muslims reject extremism and violence. In fact, the victims are often also Muslims.
We therefore regret that Mr Wilders has released this film. We believe it serves no purpose other than to cause offence. But feeling offended must never be used as an excuse for aggression and threats. The government is heartened by the initial restrained reactions of Dutch Muslim organisations.
Muslims, Christians and people of other convictions can easily live together in peace. The problem is not religion, but misuse of religion to sow hatred and intolerance. That is why we are calling for respect for everyone’s deepest convictions.
We are aware of the concerns and the sentiments about this film in the international Muslim community. We have recently spoken with many people at home and abroad to promote mutual understanding. We will continue to follow this course.
The Dutch government stands for a society in which freedom and respect go hand in hand. Such a society demands dedication and commitment. We oppose extremism. Anyone who breaks the law is dealt with firmly. Let us solve problems by working together. Let us reach out to others and build confidence and trust. Let us conquer prejudice. We shall surely succeed.’ [www.government.nl]
REAKSI SAUDARA MUSLIM DI BELANDA
Pertubuhan-pertubuhan Islam di Belanda sendiri telah memberikan reaksi yang mesti kita teliti sebelum sewenang-wenangnya melancarkan boikot itu.
Agensi Berita Belanda (ANP) telah melaporkan bahawa jurucakap National Committee of Maroccans (LBM) telah menggambarkan betapa kecenderungan untuk berlakunya rusuhan di Belanda adalah amat rendah, hasil tindakan efektif kerajaan Belanda menangani isu ini. ANP juga menyatakan bahawa Mustafa Biltunku, Imam dari Eyup Sultan Mosque di Amsterdam tidak menonton video itu dan memberikan komentar, “jangan pedulikan filem itu. Seandainya kita terus melayannya sedangkan ia tidak layak untuk diberi liputan, selagi itulah ia akan menjadi lebih penting. Itu nasihat saya kepada orang ramai”.
Imam Ali Kartal dari Mescid-i Aksa Mosque milik pertubuhan Milli Gorus yang terletak di Utrecht pula mengatakan bahawa beliau tidak akan mempedulikan isu filem tersebut untuk khutbah Jumaatnya. “Kita tidak sepatutnya menari mengikut rentak Wilders. Lelaki itu tidak berbaloi untuk dilayan. Dan jika jemaah masjid mempunyai sebarang persoalan, nasihat saya ialah jangan bertindak balas”. Kartal yang hanya menonton sebahagian filem itu mengatakan bahawa Geert Wilders sememangnya berniat mahu menghasilkan filem yang anti-Islam, dan semua orang mengetahuinya.
Bekas Imam Besar pertubuhan Milli Gorus itu tadi, M. Hulusi Uyne juga tidak berasa apa-apa terhadap filem itu. Katanya, “reaksi sebegini (seperti filem Fitna ini) sudah kita lihat semenjak turunnya wahyu al-Quran. Al-Quran dan Islam adalah cukup agung untuk menepis dakyah sebegini”.
ANP juga melaporkan bahawa seorang ilmuan Islam di Belanda, Sheikh Fawaz, telah menyeru umat Islam supaya bertenang. Beliau berucap kepada ratusan Muslim di Reormond. Katanya, “kita tidak sepatutnya pergi membaling batu ke tingkap hanya kerana filem ini, kerana itulah sebenarnya yang dimahukan oleh Geert Wilders”. Beliau menyampaikan ucapan ini di dalam sesi debat bersama kaum Kristian di dalam sebuah majlis yang diatur oleh gerakan Pemuda Salaf al-Feth.
Sheikh Fawaz menyimpulkan bahawa, “Geert Wilders telah memetik ayat-ayat al-Quran di luar konteks”.
PAKAI KASUT MUSLIM EROPAH

Sebagai bekas Imam yang pernah bertugas beberapa tahun di Eropah, saya tidak akan sama sekali bertindak melulu mengambil jalan mudah dengan melancarkan boikot, hatta demonstrasi. Banyak perkara yang mesti dipertimbangkan, termasuklah mempersoalkan peranan Muslim dalam membina imej Islam itu sendiri di mata rakyat Eropah dan dunia umumnya.
Sejauh manakah integrasi Muslim di Belanda, di Eropah dan di dunia umumnya dengan masyarakat non Muslim di sekitarnya? Selarikah ajaran Islam yang tercatat di dalam al-Quran, dengan perlakuan Muslim di sana sini? Rasa hormat orang kepada kita tidak perlu dipaksa-paksa. Ia datang sendiri. Apabila kita layak menerimanya.
Saya mengendalikan Belfast Islamic Centre pasca kejadian September 11. Masjid kami dibaling batu, umat Islam dimaki hamun, tetapi ia hanya seketika. Sikap tenang dan keterbukaan kami dalam menyediakan dialog dan ruang belajar serta mengajar, telah banyak merawat persepsi buruk terhadap Muslim.
Ayat-ayat tentang peperangan yang dipetik oleh Geert Wilders itu sememangnya ada di dalam al-Quran. Tetapi ia perlu dihuraikan mengikut konteks yang betul. Apakah wajar misalnya Muslim berhujah, banyaknya tuduhan zina terhadap Nabi di dalam Bible sebagai punca kepada seks bebas di Belanda dan Barat? Hal-hal seperti ini memerlukan kepada engagement dan bukannya isolation atau segregation apatah lagi konfrontasi yang tidak kena tempat.
ASAS PERTIKAIAN
Saya mempertikaikan tindakan boikot bukan kerana mempersoalkan keupayaan melaksanakannya, atau kerana saya bergantung hidup kepada produk-produk Belanda. Saya mempertikaikannya kerana ia bertentangan dengan prinsip keadilan malah lebih cenderung kepada sentimen Jahiliyyah.
Geert Wilders bukan Belanda. Dia hanya SEORANG ahli politik radikal yang murahan. Apakah rasionalnya seluruh Belanda mahu dihukum atas tindakan satu individu? Saya gerun dengan amaran Allah SWT ke atas perbuatan zalim yang diharamkan-Nya dengan ancaman.
Saya lebih terbeban dengan tanggungjawab mendidik.
Tetapi kerja seperti itu memang tidak nampak jantannya! Ia perlahan, ia mereda kocak emosi yang panas, tetapi bukankah itu yang selalu diajar oleh Rasulullah S.A.W sendiri?
REAKTIF ITU GAH TETAPI LEMAH
Janganlah pula kita ini bertindak semacam menggunakan template. Apabila ada sahaja pihak yang menghina Islam, kita pun tanpa perlu berfikir panjang, terus sahaja mengeluarkan template boikot dan demonstrasi. Kita seharusnya lebih teliti dalam membuat penilaian. Denmark dan isu karikatur Nabi Muhammad S.A.W disokong oleh kerajaannya. Yahudi pula ada Yahudi Zionis di Palestin, ada Yahudi yang sekadar orang awam di Amerika Syarikat, Britain dan lain-lain. Janganlah kita bermudah-mudah dalam hal ini kerana kesannya panjang ke atas survival umat Islam, khususnya bagi mereka yang bermastautin di negara Barat.
Dan untuk lebih memahamkan mengapa kita harus mengawal diri untuk tidak berkelakuan seperti yang mahu dibuktikan oleh Geert Wilders dan Fitna beliau, wajarlah kita merenung sabda Nabi SAW:

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda, “Bukanlah gagah itu pada gagahnya orang bergusti. Akan tetapi gagah itu ialah pada upaya mengawal diri ketika marah!”
Rasulullah SAW bukan menegah kita dari marah. Malah kemarahan terhadap perbuatan menghina Islam adalah tanda yang kita masih ada perasaan ‘cemburu’ terhadap agama. Bukan sedikit manusia Muslim yang kembung temboloknya dengan makan minum seharian tanpa peduli walau sedikit pun kepada isu ini.
Tetapi jangan bertindak berasaskan kemarahan itu. Jadikan kemarahan itu sebagai pencetus kepada momentum kita berusaha ke arah membetulkan keadaan.
Jantan sebenar menurut Islam, adalah pada upaya mengawal diri, dan memilih tindakan yang efektif bagi mencetus perubahan. Mahukah anda memikirkannya?
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
UPDATE (02/04/2008):
Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'JIKA ADA DI KALANGAN ANDA YANG MENYENARAIKAN BARANGAN DUTCH LADY UNTUK DIBOIKOT, ANDA MUNGKIN PERLU MENJUSTIFIKASIKAN TINDAKAN ITU DENGAN KENYATAAN RASMI YANG DIBUAT OLEH TAN SRI KAMARUL ARIFFIN MOHD YASSIN, PENGERUSI DUTCH LADY MILK INDUSTRIES BERHAD:
Klik di sini untuk membaca teks penuh.Saya sinopsiskan sebagai berikut:
Dutch Lady membantah perbuatan Geert Wilders sebagaimana kerajaan Belanda juga. Dutch Lady sudah berada di pasaran semenjak 50 tahun yang lalu. Pemegang Saham Dutch Lady, 50% daripadanya adalah rakyat Malaysia Dutch Lady juga mempunyai 660 kakitangan rakyat tempatan. Produk Dutch Lady dihasilkan di kilangnya di Petaling Jaya.
Maka, sejauh manakah tindakan anda memboikot barangan Dutch Lady memberi kesan kepada Geert Wilders atau sesiapa sahaja di Belanda yang anda nak hukum? Saya khuatir, perbuatan boikot konteks kes Belanda ini, adalah suatu KEZALIMAN!
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor





Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Al-Maaidah 5:45)
Memboikot barangan daripada Belanda mungkin boleh memberi tekanan kepada kerajaan Belanda, tetapi adakah ADIL memberi tekanan kepada syarikat-syarikat yang mungkin Greert Wilders (penerbit/pengarah/penulis filem tersebut) tidak ada kepentingan langsung?
Sememangnya umat Islam membantah keras fitnah yang dilemparkan terhadap ugama kita melalui filem, lukisan ataupun tulisan. Tetapi, dimanakah kapasiti ilmuan/ahli akademik kita dalam menjawapnya melalui kupasan hujah-hujah intelektual?
Sekiranya seorang yang bukan Islam yang ingin mengenal Islam dengan membaca Al-Quran, sudah semestinya dia akan terjumpa dengan ‘ayat-ayat perang’ dan sebagainya seperti yang dipaparkan dalam filem tersebut. Bukankah ini masanya yang terbaik untuk ilmuan/ahli akademik menjelaskan tafsir ayat-ayat tersebut kepada mereka yang mencari cahaya kebenaran?
Lihat bagaimana media massa kita tanpa henti memburuk-burukkan BA sebelum pilihanraya. Rakyat yang ingin tahu hal sebenar beralih kepada media alternatif untuk mendapatkan kepastian. Bagaimana jika media alternatif asyik melaungkan boikot media massa sahaja? Maka fitnah pun terus berleluasa.
p/s: Saya masih tidak melihat filem tersebut, cuma membaca dari http://en.wikipedia.org/wiki/Fitna_(film)
Assalamualaikum,
Pada saya memboikot akan mengundang beberapa masaalah. Yang baiknya jangan kita melatah atas keboborokan pengaah itu. Biarkan beliau hendak mencari populariti.
saya berstuju dengan pandangan saudara di atas. Memboikot dan memberi reaksi negatif terhadap fitnah Wilders, tidak akan mengubah keadaan, sebaliknya dialog dan usaha memberi makluman yang tepat kepada umum, akan menjernihkan pandangan umum.
Contohnya dalam buku The God Delusion daripada Richard Dawkins. Berikutan penerbitan buku yang mengutuk pegangan agama dan kepercay]aan kepada Tuhan, banyak buku-buku apologetika yang telah diterbitkan untuk mempertahankan hujah-hujah theisme.
Malangnya, kedai-kedai buku sekular kurang berminat untuk menjual dan memaparkan buku-buku apologetika tersebut sealmari dengan buku Dawkins tersebut.
Ini adalah ketidakikhlasan intelek Atheisme yang kononnya berasaskan rasionalisme dan kebebasan akademik.
Salam. Boikot atau tidak? Lebih baik boikot. Ini kerana negara-negara barat seperti Belanda sudah tidak ada sensitiviti agama walaupun majoriti mengaku beragama kristian. Katalah, cacilah, apa sahaja terhadap agama kristian mereka, nescaya mereka tidak akan merasa apa-apa. Ini kerana mereka lebih menghayati agama baru yang bernama kapitalis. Akar agama kapitalis ini adalah modal dan pasaran. Boikot akan akan menyebabkan akar ini menjadi goyah. Bila akar ini goyah, barulah mereka akan mula bersikap rasional. Insya Allah.
wsalam wbt.
saudara taiping9130 macam tak baca pun tulisan saya tu.
Alhamdulillah… ada juga orang yang berani menentang arus seruan boikot tersebut.
Ana termasuk dikalangan orang yang skeptikal dengan boikot-memboikot ni.
Dalam kes kartun hina Rasulullah dulu, seruan boikot terkena juga kepada syarikat tempat kerja ana masa itu, yang berasal dari Jerman, Siemens. Jadi bagaimana tu? Tanya ana.
Dalam kes syarikat Belanda sekarang, ahli keluarga ana ada yang kerja Shell. Kalau rakyat Malaysia boikot Shell, siapa nak bagi makan dia?
Dan sekarang, anak ana minum susu Dutch Lady. Nak tukar susu lain? Hrmm…
Salam,
Saya secara peribadi memang tidak bersetuju dengan seruan boikot tersebut. Mesti ada cara lain yang boleh dilakukan sebagai tindakkan balas. Kita tidak wajar menghukum seluruh rakyat belanda hanya kerana segelintir manusia yang mungkin jahil tentang islam.
Wasalam
gi bistro kedai mamak pun, tak boleh dah minum ice blended durian belanda. kena blend durian kampung pulak
Saya setuju dengan pandangan saudara. Geert Wilders seorang pelampau kanan Belanda yang sudah tentu perbuatannya tidak disetujui oleh banyak lagi orang Belanda lain. Itu pendirian dia dan sama sekali tidak mewakili kerajaan Belanda.
Bayangkan jika Malaysia diboikot dan pengembara Malaysia dicap sebagai pelampau hanya kerana perbuatan orang seperti Noordin Mohamed Top dan Azahari Husin. Mereka bertindak secara individu dan tidak wajar dilihat sebagai jurucakap untuk Islam.
Awas, Wilders sedang mengumpan tindakbalas orang Islam di serata dunia sebagai menjustifikasikan tesis filemnya. Jangan terjerat.
Teman rasa, yg pertama2 sekali ialah, adakah kita org Islam ni boleh bersatu… kalau mcm nie le ghopenya, mmg ler susah kita nak bersatu sbb setiap kita mempunyai buah fikiran yg berbeza.Teman dulu pun ghope itu, ada ajer benda yg nak menyongsang
Ok, teman dipihak yg memboikot – Teman mmg pakai Shell, tp dah tukar pd Petronas dan anak teman minum Dutch Lady, dan dah tukar minum Nestle. Ini ler caranya supaya kita nak bagi dema takut ngan kita sebab kita senapang tak canggih nak tembak dema.
Moh le kite boikot kejap… esok kalau kita buat diam ajer, lagi dema naik kepala.
teman tak setuju dengan boikot bukan sebab teman minum dutch lady atau kereta teman minum shell. tapi teman tak rasa boikot ni betul prinsipnya. rasanya macam zalim. bukan sahaja ke atas puak-puak bukan islam belanda, tapi sejuta sedara teman di sana tu…
Well said ustaz.
Walaupun suara bantahan itu saya tidak ada masalah untuk mempersetujuinya, tapi tindakan memboikot ni mungkin harus diberi pertimbangan yang wajar.
Seruan kecaman harus disertakan dengan inisiatif.
Saya tak fikir selama ni kita peduli pun banyak hal berkaitan barangan yang kita beli ke mana arah alirnya.
Perkara yang sama saya bawa dalam perselingkuhan saya dengan rakan-rakan yang bernaung di bawah persatuan bernama agama di kampus.
Terlalu banyak perkara konstruktif yang kita tidak usahakan selain dari berterusan mahu boikot, kecam dan sumpah seranah.
Saya tak tahu sama ada ini adalah latahan atau benar-benar mobilisasi untuk maruah umat.
Saya rasa kita di Malaysia akan di uji satu hari nanti apabila orang lain boikot kita. Masa tu baru kita tau tambahan bila sebab boikot tu tak de kena mengena dengan kita.
Saya kira umat Islam Belanda sudah pun belajar dari umat Islam Denmark. Sebab itu mereka lebih rileks. Kita ni pulak terlebih bola dari pemain.
Salam Ustaz. Saya baca artikel Ustaz. Hari-hari saya baca. Tapi saya kekal dengan pendirian saya untuk memboikot produk serta ideologi kapatalisma ini. Perkara yang sukar untuk dilakukan. Saya buat setakat yang saya mampu. Kalau tak mampu nak boikot produk mereka 100%, sekurang-kurangnya ideologi kapitalis ini diboikot 100%. Insya Allah.
assalamualaikum,
terima kasih banyak2 kat ustaz sebab keluarkan article ni…
saya ingat saya sorang je yang pk camni (at least in my batch), penat nk terangkan kat semua orang….
mungkin ape yang boleh ditambah ialah pandangan Barat terhadap freedom of speech? bagaimana dan kenapa diorg begitu sayangkan freedom of speech? even up to the point of inciting hate?
dan 1 lagi, mungkin kite selalu lupa background agama masyarakat Barat (kenape diorg reject Tuhan, sejarahnye dari renaissance)…
ape2 pun, its a well written article, and insyaALLAH will help me a lot in explaining to my friends….
jzkk
wallahua’lam
Defending al-Quran Campaign: Kempen Mempertahankan al-Quran
Assalamualaikum WBT.
Saya menyeru kepada blogger-blogger semua supaya menggunakan kemudahan blogger yang ada untuk melancarkan kempen “Pertahankan Al-Quran”.
Bagaimana?
Jika anda seorang yang berkemampuan untuk mengolah dan menjawab sendiri tuduhan-tuduhan dan fitnah ke atas al-Quran, maka anda boleh menulis sendiri.
Jika anda seorang yang tidak berkemampuan, maka anda boleh menggunakan tulisan-tulisan para ilmuan Islam yang boleh didapati di
Islamonline
Islam Question and Answer
Islamtoday
IslamTomorrow
dan berbagai-bagai lagi sumber yang ada. Sudah cukup agaknya kita membincangkan isu keputusan PRU baru-baru ini. Tinggalkan PRU, pertahankan Al-Quran melalui blog-blog anda.
Sebarkan seruan ini kepada blogger-blogger yang anda kenali mahupun tidak kenali.
Selepas membaca seruan ini, pastikan anda mencari jawapan-jawapan ke atas tuduhan-tuduhan ke atas al-Quran.
Selepas membaca jawapan-jawapan itu, anda fahami.
Selepas fahami, klik “copy” dan “paste” ke dalam blog-blog anda.
Selepas itu copy link untuk jawapan itu dan sebarkan pula kepada semua rakan-rakan di dalam Yahoo Messenger. Selepas itu sebarkan pula jawapan itu melalui ruangan “bulletin” di friendster. Sekali sahaja anda menulis di buletin friendster, maka bulletin itu akan terpapar di frenster rakan-rakan yang anda sudah “add’. (Moralnya, add seramai mungkin rakan yang dikenali mahupun tidak supaya senang maklumat tersebar). Jika jawapan terlalu panjang, letakkan link ke jawapan di dalam blog anda di dalam bulletin frenster itu.
Selepas itu, buka emel anda, pastekan pula jawapan itu ke dalam emel dan hantar emel itu kepada semua alamat emel yang ada di dalam akaun anda. (Peringatan: Jangan menghantar terlalu banyak emel dalam satu hari kerana ia akan menjadikan inbox rakan-rakan anda seperti tong sampah dan mereka akan malas membacanya).
JANGAN!!!
JANGAN menulis dengan gaya-gaya penuh keganasan kerana ia akan menakutkan orang bukan Islam hatta menyebabkan mereka yang menyokong orang Islam ini akan membenci Islam.
JANGAN menyeru untuk memboikot barangan Belanda kerana rakyat Belanda turut menentang pembikinan filem ini.
JANGAN hanya membaca seruan ini dan tidak berbuat apa-apa.
BANGKITLAH WAHAI BLOGGER SEKALIAN!!!
wa’laikumussalam.
ustaz, ini pun sekadar pandangan dari kawan-kawan saya, mereka kata
bagaimana dengan seorang membuat maksiat, satu kampung di timpa bala?
kita tak tahu apa yang menggerakkan hati-hati orang ISLAM seluruh dunia
tentang perkara ini, walaupun dilihat sebagai “melatah”. Ada yang beranggapan isu seperti
inilah yang boleh mencetus semula perpaduan Umat Islam seluruh dunia.
“seperti menjolok sarang tebuan”.
Takkan kita nak tunggu kewujudan semula tentera Abrahah menyerang Ka’bah baru kita nak bersatu sepenuhnya? saya anggap isu Fitna ini sebagai “pencetus” semangat perpaduan Umat Islam seluruh dunia, tatkala banyak sangat isu lain yang kita tak bersatu.
wallahua’lam.
Kalau nak boikot kapitalis, tak nak ke boikot Malaysia sekali? Amerika Syarikat dan Britain pula bagaimana? Mereka bukan kapitalis?
smka, adakah kita nak mengajak umat Islam bersatu menzalimi rakyat Belanda hanya kerana dosa Wilders?
sambung sikit ustaz..
Bukan bermaksud mengajak umat islam bersatu menzalimi rakyat Belanda hanya kerana seorang insan yang tidak mendapat hidayah tu. Ramai lagi insan yang menghina agama kita tapi terselindung.
Mungkin mereka nak melihat “GOYAH” atau “KUAT” perpaduan UMAT ISLAM SELURUH DUNIA dgn perkara-perkara seperti ini. ATAU ada yang PANDANG REMEH, tidak ambil peduli, atau boleh bergelak ketawa bersama mereka.
Tapi saya rasa ada baik dan buruk, pro dan kontra etc bagi kedua-dua tindakan.
Persoalan dihati saya. Apa cara dan reaksi serta tindakan Rasulullah s.a.w. dan Para Sahabat ketika Allah, Islam, dan Al-quran, Diri Baginda sendiri, dan Para Sahabat ketika dihina,dicaci,disiksa dan ditohmah sehebat2nya dulu?
Seingat saya, ada kisah Umar Al-khattab memancung seorang bukan muslim kerana memperlekehkan Rasulullah s.a.w dihadapannya. Tapi saya tak ingat bukan muslim itu perlekehkan apa. Jika salah betulkan saya.
Tapi Rasulullah sendiri mendoakan penduduk Taif =D. Sebolehnya kita ikut cara Rasulullah s.a.w dalam isu seperti ini, Baginda diutus untuk AKHLAK.
wallahua’lam.. saya pohon maaf jika ada yang tersinggung
Hujah smka lebih sesuai jika kita gunakan dalam isu Denmark yang kerajaannya endorse karikatur yang menghina Islam,atau rejim Zionis Yahudi di Palestin. Tetapi dalam kes ini, ia merupakan tindakan Wilders secara peribadi, dan ditentang oleh kerajaan Belanda sendiri.
Saya kira, tindakan yang wajar setakat ini ialah apa yang dibuat oleh Presiden Indonesia. Wilders dilarang dari memasuki Indonesia, dan senarai negara-negara yang ban Wilders boleh ditambah. Kerajaan Belanda juga digesa supaya bertindak tegas menangani perbuatan Wilders. Inilah tindakan yang sesuai. Penjenayah dihukum atas jenayahnya. Bukannya semua sekali orang Belanda dihukum,termasuk sejuta lebih saudara seaqidah kita.
Andai-andaian tentang isi perut orang lain bahawa mereka sokong atau benci Islam, adalah tidak boleh sama sekali dijadikan sandaran untuk tindakan memboikot ini.
Boikot!! memang banyak pro dan kontranya. Saya masih menerima operasi \’boikot\’ sebagai usaha yang tidak wajar dikesampingkan. Tetapi, kita perlu ada harapan dan usaha yang lebih besar lagi – iaitu menguatkan dan memperkasakan ekonomi di negara-negara yang majoritinya masyarakat Islam.
Saya masih belum mendengar hujah apa rasionalnya boikot. Saya telah memberikan alasan mengapa saya menolak boikot, tetapi saya belum mendengar hujah yang valid mengapa kena boikot.
Harapan saya ialah semua negara umat Islam bertindak seperti kerajaan Indonesia. Itu sahaja. Hari Jumaat ni, lebih baik kita tolong kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir 5 negeri, daripada berkumpul untuk demo dan boikot yang tidak jelas hala tujunya.
Salam..
Pandangan dari saya. Saya setuju dengan respons dan tindakan dari orang Muslim di Belanda. They do the right thing. Dan kalau diorang retaliate pun, the backfire will be mainly on them.
Tapi kita yang jauh di sini, bila kita boikot, maka company yang affected akan saman Wilders. Maka orang yang melakukan angkara masih akan dihukum, walaupun secara indirectly.
Tapi point – point yang ustaz bagi tu, juga saya setuju. Maka sayalah pengundi di atas pagar :/
salam
perlu difikirkan juga saudara2 seagama kita diBelanda..dan bakal2 saudara(yang berminat dengan Islam)..
Wilders memang sengaja mengadakan provokasi…tapi reaksi memboikot semua orang samada yang berkaitan atau tidak, mungkin menjauhkan lagi orang Barat lain dari Islam sebenar(entah-entah reaksi ini yang Wilders harapkan)
jangan bakar kelambu kalau kena Dengue..mungkin di belakang rumah sudah jadi ladang ternak Aedes..lepas keluar hospital kena saman lagi..
salam
ingin mengemukakan sedikit pendapat peribadi.
boikot atau tidak? itu bukan persoalan utama. apa yang saya lihat,isu ini menyebabkan umat ISlam hilang fokus. daripada memikirkan dan memberi komen terhadap apa yang Mr Wilders buat, lebih baik kita fikirkan perkara yang lebih fokus terhadap umat Islam, seperti isu al-Quds. ini lebih aula’, berbanding dengan isu yang hanya ‘panas’ sementara. saya setuju dengan pandangan ustaz.
janganlah kita menari dengan rentak yang di mainkan jahiliyyah/kufar.
waAllahu a’lam
Ada baik kita ambil satu langkah kehadapan. Daripada memboikot, lebih baik ambil list produk2 Belanda tu dan anda semua berusaha mengeluarkan mana-mana produk yang sama dan setanding. Tulis pada produk anda “produk ini dihasilkan sebagai tanda protes kepada Geert Wilders, pembelian anda adalah tanda protes anda”. Jgn buang label tu sampai bila2.
Bunuh 2 burung dengan sebiji batu. Protes dapat, ekonomi pun dapat.
assalamualaikum ustaz..
ana rase kalo di israel dan denmark 2 pon ade org islam..x kan sbb kerajaan dia yg bertindak demikian,rakyat yg x menyokong mndapat blsn skali..ini sekadar pandangn,kalo sye slh tlg btulkn..
kerajaan atau pribadi bkn masalah nye..sbb bahana nye kene kat sedare kite gak…salam
Salaam Abu Saif! Setuju bebeno pandangan enta. Ada juga ana selitkan dalam entri d dperantauan.com
Kita d umpan, jangan d ragut! Kita d serang, maka d terang!
Baiklah, untuk Belanda bukanlah idea yang sesuai untuk operasi Boycott ini. Mungkin saya terbawa-bawa attitude, Boycott untuk produk Israel. Saya faham prinsip keadilan Ustaz Hasyrizal untuk artikel ini. Terbaru IINA mengatakan, ‘dialog’ antara jalan penyelesaian menghadapi fenomena Islamophobia di Belanda. Apatah lagi sekarang inipun, minoriti masyarakat Islam di Belanda sedang giat menyebarkan risalah Sheikh Ahmed Deedat dalam bahasa mereka secara percuma. Kesempatan dakwah perlu dilakukan, bukan masyarakat Muslim sahaja yang berang dengan tindakan Wilders, masyarakat non-Muslim juga tidak setuju dengannya.
Salam..
Antara produk Belanda ialah Unilever
setelah mendalami isu ini secara mendalam dan cuba merungkai satu persatu persoalan. kita seharusnya lebih mengutamakan konsep dakwah secara hikmah, melalui penjelasan secara meluas dan berterusan tentang Islam kepada masyarakat antarabangsa. Disamping, mengutarakan tentang tugas, tanggungjawab dan peranan ahli politik serta badan-badan yang berkaitan, antaranya OIC , Badan Ulama Islam Antarabangsa dan juga Eropah. Selain penjelasan kepada masyarakat antarabangsa terutama Belanda kini, pendedahan dan pendidikan Islam secara effisyen dan meluas kepada Umat Islam terutama yang berada di negara-negara blok barat,harus dipertingkatkan dan diperhebatkan.Ini semua harus dijalankan secara bersama oleh dunia Islam, agar Umat Islam boleh menjadi duta kepada agama Islam bagi menerangkan dan menyampaikan tentang Islam yang sebenar. Oleh itu pandangan yang salah dan sikap prejudis kepada Umat Islam dapat dihakis dari semasa ke semasa. (copy back from my article) sebagai satu standa setuju kepada artikel di atas..
Sebab itulah makin hari makin ramai org2 yang ‘cerdik-pandai’ dalam mengutuk agama Islam ni lahir…sebab kita sebagai negara islam tidak mahu ambil tindakan memboikot barangan mereka…selagi kita tidak ambil tindakan memboikot mereka ini, selagi tu lah akan terus lahir ‘pejuang-pejuang’ anti-islam ini…kerana adakah kita tahu, apa di hati mereka???…mulut sahaja kata kecam tindakan Wilder Laknatullah tu, tp hati mereka menyokong tindakan Iblis itu…seperti juga AS, mereka serang, jajah negara orang lain, tp dalam masa yang sama mereka ada kumpulan2 kemanusiaan yg membantu merawat, memberi bantuan kepada saudara2 kita yg diserang itu…utk apa sebenarnya?adakah mereka ikhlas?? kenapa AS xambil tindakan pada aktivis2 kemanusiaan ini?kenapa AS tak ambil tindakan kepada mereka yg mengutuk kerajaan sendiri? Kerana kebebasan bersuara?
Ini semua adalah perancangan teliti dan halus musuh2 Islam sejak mereka kalah dalam Perang Salib dahulu, yang kita sendiri tidak sedari,…aktivis2 kemanusiaan inilah yang membuatkan mereka selamat walaupun mereka meragut hak manusia yg lain…
tentang isu ini soal remeh, saya cukup tidak setuju, walaupun isu al-Quds lebih penting, namum, isu2 yang ‘tak penting’ inilah yang secara tidak langsung akan menjahanamkan al-Quds, jgn kata isu ini tidak penting, kerana semua isu2 yang berlaku, akhirnya membawa kepada keruntuhan al-Quds dan umat Islam.
Bagi saudara2 kita yg bekerja dgn syarikat2 Belanda ini, maafkan kami, kerana kita terpaksa “mengorbankan” saudara2 sekalian, demi kepentingan dan kesucian agama Islam yg makin tercemar, akibat “kelembutan” hati umat Islam. Sudah tiada cara lain lagi untuk memberi tekanan kepada kafir laknatullah ini. Jika kita buat produk sendiri, memang boleh, cuma dalam masa terdekat tidak mungkin dapat menandingi kualiti produk mereka terbaik. Maka inilah cara terakhir yg boleh kita buat, BOIKOT….kerana kita bukanlah pejuang Islam yang ‘seberani’ HAMAS, HIZBULLAH, dan Osama bin Laden.
Dengan memberi tekanan melalui ekonomi sahajalah yang akan membuatkan Belanda mengambil tindakan sewajarnya kepada Wilder dan konco2 sesyaitan dan seiblis dengannya. Paling kurang, halau dia dari Belanda, biar dia merempat di Israel ke, AS ke.
Sekian, wallahualam.
Dan seperkara lagi…dari dahulu umat Islam telah berlembut dan memberi penerangan yang sewajarnya dgn cara yang berhemah dan bertindak dgn bijaksana…namun apakah hasilnya???…kenapa makin hari makin ramai ‘iblis2′ yg lahir menghina Islam di bumi yg nyata ini???
Oleh itu pendekatan terang secara berhemah dan bijaksana itu perlu ditukar, kerana nampaknya tidak efektik dalam dunia yang diambang kehancuran dan akhir zaman ini.
Justeru itu, satu pendekatan yang lebih aggresif wajib dilaksanakan dengan segera, iaitu sekatan ekonomi dengan cara boikot atau sebagainya, untuk mengajar mereka cara2 utk mendidik rakyat mereka agar tidak terus menghina kekuatan umat Islam.
Kita mahukan keamanan, tetapi sudah ternyata dalam al-quran dan hadis, ‘peperangan’ antara umat islam dgn Yahudi, Nasrani dan Majusi tidak dapat dipertikaikan lagi.
Wallahualam.
Halau Wilders ke USA. Kemudian bila dia buat filem lain kat USA, kita boikot USA pulak. Itu je le yang kita boleh buat pun. Tu pun kalau boleh buat.
Kita dok nampak setan iblis jembalang yang tak henti-henti muncul dari Barat, semua makhluk perasuk ni bukannya lahir selepas zaman perang salib. Dari zaman Nabi SAW lagi dah adanya. Dan bak kata Imam kat Belanda tu, Islam dan al-Quran ni tak terusik pun dengan kerenah satu jembalang baru bernama Wilders ni…
Jangan nampak yang buruk je. Dah bilang ke berapa ramai orang Barat yang memeluk Islam? Dah baca ke hadith Nabi SAW tentang kejatuhan Rome ke tangan Muslim dengan cara aman tu? Semua ni berlaku dengan cara apa?
Jangan masa ruang berlembut masa ada kita ketegaq nak cara keras. bila cara keras perlu, kita pula yang lembut gigi dari lidah.
Kalau betul2 kerajaan Belanda nak mengelak dari situasi nie . Kjaan Belanda mestilah mengeluarkan kenyataan termasuk melalui media massa dan bersikap serius mengutuk perlakuan ahli parlimen tu. Cuba carikan satu filem yang terang2an menghina agama selain dari agama
Islam ?
Boikot barang boleh mewujudkan tekanan ..
Boikot barang boleh menampakkan kesatuan ..
Boikot barang boleh menunjukkan keprihatinan ..
Tapi .. tak perlu risau kerana tak pernah lagi berlaku boikot yang betul2 . Orang Islam sekarang dah tak peduli dan masing2 ada hujah dan cara tersendiri .
Barang Israel pun tak terboikot ..
Barang Denmark pun tak terboikot ..
Barang US pun tak terboikot ..
Kalau barang2 yang dah takdak pilihan tak mengapa .. tapi ini barang2 yang boleh dipilih dan sama kualitinya pun tak mampu nak tukar . KFC juga jadi pilihan . kalau KFC takde nanti orang melayu nak kerja kat mana ?
Perdana Menteri Belanda sudah pun membuat kenyataan rasmi. Saya dah quote panjang lebar kat tengah-tengah artikel tu. Cuma, sebab si Wilders ni tak siarkan kat wayang (sekadar internet je), maka belum ada peruntukan untuk dia nak dihukum.
Nak suruh Belanda buat filem kutuk Kristian dan Yahudi pulak ke? Saya tak rasa Islam serendah itu membalas dendam dengan cara kotor dan murahan
Boikot atau tidak boikot.
Ini jugalah yang pernah saya lontarkan sebelum ini di blog samada tindakan boikot itu relevan untuk dilaksanakan apabila kita berhadapan dengan isu-isu penghinaan Islam dan Nabi Muhammad sebegini.
Saya sendiri tidak nampak keberkesanan boikot dan kewajarannya yang akan menyebabkan orang yang tidak bersalah juga merasainya seperti yang ustaz ceritakan sendiri. Hingga sekarang juga saya masih tidak mendengar apa-apa saranan daripada ulama mana-mana yang menyeru supaya memboikot barangan Denmark atau Belanda dalam kes penghinaan Islam ini kecuali seruan memboikot barang-barang daripada Israel yang diutarakan sendiri oleh Dr Yusof Qaradhawi atas dalil-dalil yang diberikannya.
Wallahu a’lam.
aku rase patut boikot.
sbb kerajaan die mcm bersungguh2 pon psl mnde nih.
pembuat filem ni org besar kt belanda.
setakat ckp je x bersetuju tp x ambil tindakan buat ape?
klo kerajaan die btol2 xbersetuju tindakan perlu diambil ke atas wilders tuh.
kite buat boikot ni utk mendesak kerajaan mereke mengambil tindakan ke atas org yg bersalah..
bila sume da setel yg bersalah da dihukum kite stop la boikot.
klo kite xbuat ape2 seoalah2 kite bersetuju dgn ape yg wilders tu buat.
BOIKOT-PRODUK DARI BELANDA/DUTCH
1. Dutch Lady – Susu
2. Ferrero Roche – Coklat
3. Wall’s – Ais Krim
4. Ing -Insurans
5. Planta -Magerin
6. Lady’s Choice -Magerin
7. Lipton -Teh
8. Shell -Minyak
9. Knorr -Perisa Makanan
10. Dove -Mandian
11. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
12. Radiant -Deodoran
13. Rexona -Deodoran
14. Ponds -Produk Kecantikan
15. Kieldsens -Coklat
16. Slimfast -Produk Pelangsing
17. Lego -Kismis
18. Philips -Barangan Elektrik
19. Duyvis -Makanan Ringan
20. Gouda -Keju
21. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
22. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
23. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
24. Labello -Lip Balm
25. Pickwick -Teh
26. Venz -Mentega Coklat
27. Kinder Bueno -Coklat
28. Unilever
apa kata kalau kita boikot barangan negara orang arab?filem fitna ni memang tujuan dia nak naikkan kemarahan orang islam tapi cuba kita reflek kenapa mereka ada pandangan sebegitu kat islam..sebabnya orang islam sendiri juga rasanya..lebih2 lagi orang arab.ada ke pergi bom diri sendiri kat orang awam?ada ke patut orang perempuan jadi 2nd class kat negara derang?ada ke patut orang yang kena rogol nak dihukum pulak orang yg kena rogol tu?
sorry le kalu ngarut kat sini tapi rasanya tak nmpk kenapa nak boikot..islam ni bagi saya da ada self defense sendiri.islam agama yg confident.kalu melatah ni nmpk cam xkonfiden kot..ntah..
Orang Belanda tak pandang besar pun si Wilders ni. Kita je yang rasa dia ni terlalu somebody.
Alhamdulilah setelah disemak-semak barang di atas, hanya minyak Shell je yang sesekali masuk ke tangki kereta.
Hari tu masa Wang Ehsan diselewengkan di Terengganu, kita nak boikot Petronas. Bengang ngan USA,kita boikot Exxcon Mobil. BHP pun kena sekali. Lepas tu nak isi dengan apa lagi lepas ni, entah.
Sekadar peringatan, saya tidak menolak konsep boikot.Barang-barang Yahudi, sebagaimana yang telah kita semua ketahui. Masa di Belfast dulu, saya pun berdemo sama di depan Mark N Spencer sekali ngan orang Irish.
Tapi memboikot seluruh Belanda atas perbuatan seorang manusia kurang waras bernama Wilders ni… saya tetap melihatnya sebagai tindakan yang tidak wajar.
Mujur Malaysia tak kena boikot masa Zainuddin Maidin merepek dalam al-Jazeera 10 Novermber sudah!
tak bermaksud nak menyuruh buat filem kutuk agama lain . Bukan itu maksud ana . Maksud ana tak ada lagi setakat ini sesiapa pun yang membuat filem mengutuk agama2 lain selain Islam . Itu persoalannya . Nampak di sini mereka yang buat filem menghina Islam dan sebagainya melampau dan mereka merasa selamat dan terbela. Kalau nak harapkan tidakan politik dari kerajaan2 islam ..tunggulah lebih2 lagi Oh I See .
Hanya kuasa umatnya sahaja yang mampu menunjukkan kekuatan dan kekuatan itu bukan melalui rusuhan dan serangan . Hanya sekadar tidak membeli sahaja .
Kalau dalam kelas seorang bising semua dihukum maka yang bising tadi akan dimarahi oleh rakan yang lain .
Hanya tidak membeli ..
Tapi yakinlah walaupun dibuat kempen sehebatmanapun untuk memboikot barang .. ianya tetap tak berlaku . Terlalu sukar untuk membuat pilihan .
kenapa negara Malaysia dan negara-negara Muslim yang lain tak buat macam Indonesia? Haramkan kemasukan si Wilders ke negara-negara kita macam Indonesia buat. Tegah penyiaran filem itu di Indonesia dan desak kerajaan Belanda supaya lebih tegas dan sensitif dengan isu ini. Baru sesuai… nyamuk dibalas penampar.
Apa yang kita nak buat dengan boikot ni ialah seperti membakar kelambu dan rumah kerana marahkan nyamuk.
Dan kalau sebelum ni kita selalu turun demo, kali ni jangan lupa, ada 5 negeri kita nak jaga tu. besar tanggungjawabnya tu. banyak kerja nak kena buat. Jangan bawa trend pembangkang lebih-lebih sangat lagi dah.
Hai,tak periksa pulak teman esok pagi ni… Sambung study lagi
betapa signifikannya “seek first to understand, then to be understood” …
exactly syarief.
sebab itulah saya katakan, 7 Habits bukan ceramah murahan
awas..jgn termkn umpanan wilders..api bukan lwnnya api..api lwnnya air..
Kenapa boikot tidak berkesan sebelum ini???…kerana umat Islam tidak bersatu hati…yang lebih penting lagi adalah kerajaan malaysia seharusnya mengambil tindakan tegas menarik balik produk2 Belanda dari pasaran…
Kepada rakyat2 yang menyokong boikot, walaupun kita tidak terboikot barangan mereka, at least, apabila ditanya Allah swt di akhirat nanti, apakah jihad selain dari jihad menentang hawa nafsu dan lain-lain jihad selain jihad berperang utk mati syahid yang telah kita laksanakan semasa hidup, kita boleh jawab kepada-Nya, “sesungguhnya aku telah berusaha untuk memberikan tekanan kepada kafir laknatullah, walaupun aku keseorangan dalam perjuangan ini, namun itulah yang termampu aku lakukan”
Itulah jalan terakhir kita…sejak dahulu lagi kita sudah pun berlembut…sampai bilakah kita hendak berlembut lagi?
Sampai bilakah kita hendak membiarkan kepala umat Islam dipijak-pijak, dihenyak-henyak macam sampah??? Adakah kita hendak tunggu sehingga kedatangan Imam Mahdi dan Nabi Isa untuk menyelamatkan kita?? Sesungguhnya Imam Mahdi dan Nabi Isa tidak akan turun sehingga kita, umat Islam mula bersatu menentang kafir harbi laknatullah ini.
Kita bukannya hendak jadi pengebom berani mati dan bom seluruh Belanda…kita bukannya hendak meletupkan tempat-tempat awam di Belanda…kita bukannya mengangkat senjata melawan mereka…
Tetapi ini merupakan satu tindakan yang sepatutnya dilakukan, tindakan terakhir selepas sekian lama umat Islam berlembut. Kita sudah terlalu lama berlembut. Kita perlu berjihad menentang mereka dalam ekonomi. Tugas membunuh Geert Wilder kita harapkan ada saudara kita yang sanggup mati syahid menembak kepala Geert Wilder.
Selagi kita tidak bersungguh-sungguh memboikot mereka, selagi itu akan terus lahir iblis2 ini, satu persatu lahir, kerana apa??? Kerana mereka tidak takut kepada kekuatan umat islam dalam ekonomi, kerana tiada kesan terhadap diri mereka setelah mereka menghina kita.
Dunia semakin hampir kepada penghujungnya, jika sesuatu yang besar berlaku akibat penentangan kita ini, sesungguhnya, kita adalah umat akhir zaman, dan kita wajib bersedia menghadapinya. Marilah kita bersedia menghadapi Peperangan Terakhir yang bakal meletus pada bila-bila masa sahaja tanpa kita sedari.
Wallahualam.
Aslm wbt
Mari kempen pertahankan al-Quran! Isikan blog-blog kita dengan penerangan dan jawapan kepada fitnah-fitnah ke atas al-Quran. Moga-moga sekiranya orang bukan Islam search di Google, Yahoo etc akan singgah di blog kita.
Bagi yang pandai sikit-sikit bab video, hasilkanlah video-video pendek menjelaskan isu ini secara santai. Lepas tu uploadkan di youtube.
Jika tak mampu untuk menulis sendiri jwpn kpd fitnah ke atas Al-Quran, kita pastekan sahaja jwpn2 para ulama di dalam weblog kita.
Dan akhir kata- Saya Menolak Kempen Boikot. Sedang dalam peperangan kita dilarang melampau batas, inikan pula dalam hal ini, kerana individu, satu negara kita nak hukum.
Sebelum kita ditanya di Akhirat apakah usaha kita menekan kuffar, Allah akan tanya dulu apakah usaha kita untuk menyampaikan Islam kepada Kuffar?
Kita tidak peduli bilakah Kiamat nak berlaku, sebab Nabi SAW mengajar kita supaya terus menanam benih tamar biar pun telah bertiup sangkakala. Tamar tu untuk faedah manusia. Bukannya diseru supaya kita cari kuffar terakhir untuk dibelasah sebelum dunia punah.
ok klo x boikot pe perlu buat utk nampakkan kite tak suke pe yg wilders tu buat? buat tatau je?
klo wilders tu bkn org besar kt sane pon..at least die somebody gak kan? ahli parlimen kan.
klo btol kerajaan die btol2 xsetuju ambil la tindakan kat die.
Jika Geert Wilder dihalau ke Amerika, itu lebih baik, so, negara Belanda akan jadi bersih, dan kita boleh terus berurusan dengan Belanda…
Oleh itu, kita boleh ambil produk belanda sebagai alternatif kepada produk Amerika dan Israel.
Jadi, tiada masalah Iblis itu merempat di Amerika, lagipun sedikit masa lagi, empayar Amerika akan runtuh kerana Israel akan mengambil alih peranan itu.
Biar dia lari ke Israel pula, lagi bagus, kerana dia akan mati bersama-sama Yahudi Laknatullah yang lain di Israel. Kerana sesungguhnya, bangsa Yahudi akan dikumpulkan dan dihancurkan oleh Allah swt di satu tempat. Insyallah, janji-Nya telah tiba, tertubuhnya Israel di peta dunia adalah maksud kepada kehancuran bangsa Yahudi itu.
Wallahualam.
Kalau plan Danial macam tu, saya serahkan kepada pembaca untuk menilainya. I have nothing else to say.
Kalau tak boikot nak buat apa?
Well, masjid-masjid di Belanda dibuka Jumaat ni kepada semua rakyat Belanda untuk datang berdialog, mendapatkan penjelasan tentang fitnah-fitnah si Wilders tu, apa makna sebenar ayat al-Quran yang diputar belitkan olehnya tu… Jumaat ni open house di semua masjid.
Di Belfast dulu, lepas kes karikatur hina Rasulullah SAW, Islamic Student Society Northern Ireland buat seminar memperkenalkan Rasulullah SAW di kampus. Dalam majlis tu, ada hadirin yang bangkit dan di depan orang ramai dia lafazkan syahadah dan memeluk Islam! Tu power of dakwah yang kita dah putus asa tu… unfotunately.
Kalau ada nombor hfone Pak Lah, boleh mintak dia bagitahu Pemuda UMNO supaya tak payah buat bising, tetapi cukup dengan Malaysia BAN si Wilders ni daripada masuk Malaysia sampai bila-bila, dan gunakan OIC dia untuk desak negara Muslim lain pun buat benda yang sama.
Kalau Pak Lah sebagai Pengerusi OIC tak nak buat apa-apa, maka kalau hangpa nak demo lawan Pak Lah, yang tu saya boleh turun join. Insya Allah macam biasa.
Boikot barangan Belanda bukanlah satu tindakan yang melampaui batas, ia adalah satu strategi agar Belanda mengambil tindakan terhadap Wilder. So, tidaklah perlu kita boikot lagi Belanda atau lain2 negara Eropah yang sudah bersih dari Iblis2 ini akibat tekanan ekonomi dari negara umat Islam.
Jadi, tinggallah Amerika dan Israel sahaja yang kita perlu boikot kerana kita ada alternatif negara2 eropah yang lain, termasuk Belanda (sekiranya Belanda mengambil tindakan pada Wilder).
Wallahualam
Tak nak boikot China ke? Yang tengah tembak mati orang Tibet tu? 25 juta Muslim kat China takde mende punya.
Ke, kita kisahkan orang Islam je. Kalau ada orang lain yang diseksa, it is none of our business. Islam rahmat sekalian alam tu, slogan tulis kat baju je. Ke, cam mana?
sokong ustaz
aslm wbt
jangan kita menjadi penghancur kepada dakwah-dakwah yang saudara-saudara kita sedang lakukan di Belanda. Tindakan kita di sini akan memberi kesan kepada dakwah yang mereka sedang buat.
Ada pula yang bertanya kalau tak boikot nak buat apa?
Nampak gaya kena promote lagi ni, jom buat kempen pertahankan al-Quran.
Kalau weblog memain peranan besar dalam PRU yang terbaru, gunakan jua ia sebagai tempat menangkis fitnah ke atas Islam.
Saya juga berharap agar pembaca dapat menilainya…inilah yang dipanggil STRATEGI, bukan melampaui batas seperti kata sesetengah pihak.
Strategi kita adalah utk MENGURANGKAN MUSUH, apapun itu hanya perancangan kita, yang menentukan adalah Allah swt. PRU ke-12 telah membuktikan bahawa perancangan Allah swt mengatasi segala perancangan manusia. Yang penting adalah usaha yang berterusan dan doa yang seikhlas-tulus hati.
Apapun, kita semua berhak suarakan pandangan, dan tindakan yang perlu dilakukan, itu terpulang kepada para pembaca utk menilainya.
Hadir saya bukan untuk bermusuh atau bertekak mempertahankan pandangan saya, tetapi untuk kita sama2 bertukar pandangan.
Maafkan saya jika ada salah silap terkasar bahasa kepada Abg Saeif dan semua pembaca.
Kita bersatu dalam ukhwah islamiah.
Moga agama kita terus kuat dan tidak dipandang hina oleh umat yang lain.
Wallahualam.
Alhamdulillah…ameen ya Rabbal ‘aalameen.
Yang pasti, saya dan Danial, kita dua-dua tidak mahu lihat Islam dicaci hina. Cuma saya pilih cara saya dan Danial percaya cara yang lain. Kita berdua lebih baik dari ramai Muslim lain yang hanya fikirkan makan, minum, kerja, rehat dan kawin depa je… Ulaaika kal an’aam bal hum adhall!
Anyway, boleh baca balik buku sejarah Islam di Sub Sahara Afrika untuk final exam esok…
Masri punya komen selalu tersangkut kat penapis spam. Tak tahu apasal. Kalau komen anta tak muncul, please leave the message after the tone.. kat shoutbox nu
aslm wbt
Macam tu ye, kenapa ye spam blocker begitu sensitif kepada mesej-mesej saya. Ada ciri-ciri mesej spammer kot.
wsalam wbt.
mana-mana komen yang di dalam komen itu ada dua atau lebih hyperlink (URL), maka PASTI ia tersangkut di penapis spam.
Hihihi…China pulak? Nampaknya dah lari tajuk cerita Belanda dan Geert Wilder.
Kisah, bukan xkisah dgn rakyat Tibet, cuma apa yang umat Islam kena lebih teruk dari siksaan yang rakyat Tibet hadapi.
Umat Islam Palestin sudah berpuluh tahun menderita akibat peperangan yang tidak akan berakhir sehingga hari kiamat. Lebih ramai angka korban yang akan terus bertambah sehingga hari kiamat. Begitu juga Selatan Lubnan, Afganistan dan lain2.
Tentang Tibet, kita buka forum lain bincang. Kerana forum ini membincangkan isu umat Islam.
Pasal nak boikot China, itu terpulang kepada Kerajaan kita, hendak hantar atau tidak team ke Olimpik Beijing. Kerana masyarakat dunia pun dah mula marahkan China, serta kemarahan ini diketuai oleh Amerika Syarikat dan sekutunya. Boleh jadi untuk mengalihkan perhatian masyarakat dunia daripada isu penjajahan di Iraq dan juga kesengsaraan rakyat Palestin.
Menjadikan suatu isu yang kecil (bukanlah bermaksud isu Tibet kecil) untuk menutup isu yang lebih besar…macam pernah dengarkan ayat ni?hihihi…
Moga dunia menjadi aman damai semula, sementara menunggu kedatangan akhirat yang kekal abadi.
Wallahualam.
Yang pasti, Akhirat itu tidak perlu ditunggu. Ia datang sendiri. Kita bertanggungjawab ke atas tugas kita. Bukan tugas Imam Mahdi atau sesiapa kerana kita, dia dan setiap Muslim akan ditanya atas usaha masing-masing.
Kita yang kena bekerja keras.
Palestin, Iraq, Pattani, Mindanao, Darfur, Kurdi, Myanmar, Pakistan, India, senarai ini panjang… tiada yang kecil tiada yang besar, namun cara menanganinya yang berbeza-beza
hi.panas juga topik yg dibawa ni rupanya.saya minta maaf kerana cuba tgglkn komen di sini wlpn sbnrnya saya xpernah ambil berat tntg perkara boikot ni.tapi stlh membaca laman ini saya terasa sprti ingin terlibat sama.
isu boikot ini saya rasa dah lama cuba dibangkitkan di malaysia kan?seingat saya dalam masa 10tahun dah berapa negara yg cuba diboikot.dan setiap produk yg cuba diboikot itu kebanyakannya syarikat besar yg betul2 establish kata org putihnya.dan mereka ni kebanyakannya ada anak2 syarikat di luar negara juga.
jadi pada saya boikot xboikot ni bkn bnda penting.masing2 ada pendapat sendiri.kalau ada sebab sendiri perlu boikot,boikotlah.kalau rasa xperlu,jgnla gaduh2.yg saya nmpk perkara boikot ni xpernah pun selalunya menjadi.syarikat yg besar tetap gah juga.
biarlah mereka yg boikot ni memboikot.mgkn ada hasilnya.kita yg xboikot ni jgnla gaduh mcm nak rak dgn mereka ni.xguna kita gaduh.mgkn ini juga perancangan wilders..
yg boikot tu saya pujila usaha mereka.tapi kita yg xboikot ni dari nk mmbangkang mereka ni boikot,baikla kita fikirkan sama2 apa tindakan kita selain boikot yg boleh membantu umat islam belanda.maaf saya katakan kepada penulis,wlpn anda xdpt hujah valid mengapa perlu boikot,anda juga xcadangkan apa usaha kita yg xboikot ni utk menyokong saudara kita di sana.
sekian
ps: saya xsetuju pndapat alhikam.mmg selalu di sekolah2 diamalkan,seorang yg buat salah yg lain kena hukum sama.biarlah ALLAH menghukum seluruh umat atas kesalahan sstgh daripada mereka membuat salah.itu hakNYA.tp apa kuasa kita nk menghukum org yg xbsalah sebagai seorang hambaNYA yg lemah.kan menganiaya namanya tu.ALLAH maha adil dan xmgkn pada sifatnya menganiaya tapi kita ni maha lemah dan pada kita menganiaya tu ada balasan di sisiNYA.cikgu2 semua saya seru berubahlah.wlpn anda menghukum seluruh pelajar anda kerana kesalahan seorang pelajar.mereka xkan marah kawan mereka yg salah tu.lgpn yg bsalah akan merahsiakan perkara tersebut kerana takot dibenci rakan2.didiklah dulu mereka tntg amar makruf nahi mungkar,sblm anda hukum mereka kerana xtahu kepentingan perkara tu…
jangan risau Radzi, diskusi di sini tenang-tenang aja.
cuma, saudara ada sebut “baikla kita fikirkan sama2 apa tindakan kita selain boikot yg boleh membantu umat islam belanda.” . Saya tidak nampak boikot sebagai tindakan nak membantu umat Islam belanda. Apa yang bakal berlaku adalah sebaliknya.
anyway, sambil discuss, saya juga baca buku utk exam pagi esok, dan siapkan dua assignment yang due esok. betapa tenangnya diri hingga 4 perkara dibuat serentak.
tu tak masuk bab memutar cotton bud di telinga.
jom a wat kempen pertahan al-quran tu.
mcmne nk wat?
nge, cuba baca balik komen nombor #16 kat atas tu
macam ada yang lari tajuk je nih…
hehe
apa pun, be proactive. stop & think, then only we can act…
Hehehe…xkira, saya tetap hendak membangkang, asalkan tidak lari dari aqidah dan pegangan Islam kita. Memang saya suka membangkang apa jua isu yang ditimbulkan mana-mana forum atau blog.
Isu yang membawa kepada lahirnya isu-isu lain di muka bumi ini adalah isu Palestin. Segala peperangan era early modern, industrial dan modern, bermula dari peperangan Salib era Medievel. Semuanya jika dikaji berhubung kait dengan Palestin dan Baitulmuqaddis.
Semuanya adalah perancangan halus sehalus hati kuman musuh-musuh Islam yang mendendami zaman kegemilangan Islam terutamanya kekalahan kesatria salib di tangan umat Islam pimpinan Salahuddin Al-Ayubi ketika itu.
Mereka yang merancang segala perjalanan politik dan sejarah dunia melalui gerakan sulit freemason yg kita sering dengari. Tujuan utama mereka adalah bagi penubuhan negara Isreal utk bangsa Yahudi di Palestin, dan juga untuk menguasai dunia sebagai bangsa yang terbaik, kononnya.
Tengok sahajalah taktik halus mereka melalui seorang saintis haprak bernama Charles Darwin dgn teori Evolusinya, yang menyebabkan tercetusnya perang dunia akibat masing-masing mengakui mereka adalah bangsa yang terbaik. Contohnya Hitler yg menaikkan semula semangat bangsa Aryan adalah bangsa yg terbaik. Sebelum itu seorang Yahudi bernama Karl Marx sudah menguasai pemikiran rakyat russia dgn teori komunism nya. Di Britain pula, Perdana Menteri Britain yg berbangsa Yahudi, Benjamin Disreali, merangka strategi utk meluaskan jajahan British ke Timur Tengah dan Asia Barat. Tujuan yahudi adalah utk melagakan umat manusia dan merintis laluan kepada penubuhan Israel.
Perang Dunia Pertama, kekalahan Empayar Turki Uthmaniah menyebabkan tertubuhnya negara Israel dia bumi Palestin.
Namun seperti yang kita tahu, perancangan Allah swt adalah lebih halus, sehalus-halus sel kepada sel kepada sel kepada sel mitocondria sel hati kuman (harap dapat paham,
). Mereka sendiri yg “mempercepatkan” kemusnahan bangsa Yahudi seperti yg dijanjikan Allah swt.
Kesimpulan daripada cerita yang menjela-jela di atas, isu Palestin adalah yang terbesar berbanding isu-isu besar yang lain.
Wallahualam.
Dalam blog ni ada banyak artikel tentang Palestin. Antaranya ialah:
Palestin Antara Ilusi dan Realiti
http://saifulislam.com/?p=73
Palestin dan Orientalisma
http://saifulislam.com/?p=470
Juga artikel tentang Charles Darwin di “Adam-adam Sebelum Adam” http://saifulislam.com/?p=776
Danial ni dah kahwin ke belum? Kalau belum kahwin, just nak bagitahu yang membangkang sebagai hobi, tidak sihat untuk rumahtangga. Membangkang kerana proses memperjuangkan kebenaran, itu dialu-alukan
tentang boycott ISRAEL…jawapan yang bernas—> http://inminds.co.uk/boycott-faq.html
The thing is, how we possibly change the threat into opportunity.
Betapa bijak umat Islam di US, selepas insiden 9/11 Islam menjadi the fastest growing religion di sana. Mereka tidak simplistik terus memboikot kerajaan mereka yg wewenang menuduh Muslim sbg dalang insiden tersebut.
Kalau ikut formula boikot, semua benda pun kita kena boikot. Wilders ni bukan ada seorang je. Setiap negara pun ada Wilders tersendiri even di Malaysia sekalipun. Cumanya Wilders yg lain ni tak popular macam Wilders kat Belanda.
Isunya sekarang bukan boikot atau tidak boikot. Isunya adalah kerja umat Islam masih belum selesai. Maknanya masih ramai lagi orang bukan Islam yang tidak faham makna Islam dengan sebenar.
saya setuju dengan pendapat saudara saifuddin. ingin memetik firman Allah s.w.:
“Dan apabila engkau melihat orang-orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat Kami, maka TINGGALKANLAH mereka sehingga mereka memperkatakan soal yang lain dan jika engkau dilupakan oleh Syaitan (lalu engkau duduk bersama mereka), maka janganlah engkau duduk lagi bersama-sama kaum yang zalim itu, sesudah engkau mengingati (akan larangan itu).”
(6:68)
jangan jadikan isu ini menyebabkan kita lupa akan perkara-perkara yang besar. jangan pula isu ini menjadi seperti isu Lina Joy, sehingga hilang fokus semua umat Islam di Malaysia. Bak kata Abu Saif, kalau nak boikot, kenapa tak nak boikot China sekali? Islam itu rahmat kepada seluruh alam. baik Muslim ataupun tidak.
mengambil kata-kata Muhammad Ahmad ar-Rasyid, janganlah ter’provokasi’ dengan serangan-serangan musuh Islam, sehingga kita pun menari dengan rentak yang dimainkan mereka.
daripada kita dok bising-bising nak boikot atau tidak, ada baiknya anjurkan dialog/forum, seperti kata Abu Saif dan beberapa orang lagi. ini lebih baik. kalau betul-betul tidak setuju, BAN/HALANG saja kemasukan si pembuat filem ini ke Malaysia dan negara-negara Islam.
teliti setiap isu dengan aqal, dan bertindak bukan ikut nafsu.
by the way, seronok membaca pendapat-pendapat orang tentang isu ini. saya bukanlah suka membangkang, dan bukan pula atas pagar, tapi lebih suka memerhati(membaca) dan hanya menulis bila perlu(=P). yang penting kita mesti ada stand dan kefahaman yang jelas dalam setiap isu yang dikemukakan. mana yang aula’(utama), mana yang selepasnya.
waAllahu a’lam
Assalamualaikum ustad.
Saya rasa, artikel UZAR yang terbaru adalah respond kepada artikel ust abu saif. saya tak bermaksud nak melaga-lagakan sesiapa, cuma nak bagaitau je, just incase ust tak perasan dgn hal ini.
Apa pun, saya rasa uzar cenderung memilih boikot sebab dia org ekonomi. so dia tgk dari perspektif ekonomi yg dikatakn sandaran kekuatan Belanda.
Utk saya, buat masa ni, sebab saya juga pernah belajar, tinggal n bergaul dgn masyarakat di UK, saya rasa boikot bukan penyelesaian.
Terima kasih atas makluman jamsari.
Saya pun baru menjenguk dan membaca. Tentu sekali hujah-hujahnya ada dan boleh dijustifikasikan. Cuma saya rasa pandangan seperti pandangan saya menyebabkan idea UZAR sukar untuk dilaksanakan. Maksud saya, boikot adalah tindakan kolektif. Tapi jika ramai yang setuju bahawa boikot bukan penyelesaian, maka boikot sesetengah pihak, sama dengan tiada boikot.
Concern saya ialah, kemarahan dan keganasan yang ditonjolkan dalam demonstrasi pelbagai version di Indonesia, Pakistan dan lain-lain, sangat sesuai dengan pandangan Barat terhadap Muslim.
Misalnya Sir Naipaul menulis di dalam bukunya Beyond Belief, beliau mengatakan bahawa Islam memang sesuai dengan orang Malaysia, India, Pakistan dan Afrika, sebab Islam yang kucar kacir ni memang match dengan manusia-manusia yang tabiat mereka kucar kacir!
Well, Bernard Lewis dan Samuel Huntington juga berusaha untuk menggambarkan bahawa umat Islam ni susah nak diredakan sebab nature mereka memang barbaric, emotional dan tak fikir panjang. Baca la buku Bernard Lewis yang terkenal tu (What Went Wrong) dan artikel famousnya “Root of Muslim Rage”, Lewis mengatakan bahawa Barat so called terpaksa menerima ‘gatal-gatal dan miang’ dari Muslim sebab dah memang nature mereka camtu (ni terjemahan bebas saya ye)
Setakat ni pun, itu je le yang org Islam dah buat. Demo, boikot, demo, boikot… tak sampai ke mana pun.
Medan hujah…sepi dari pembabitan.
Debat, wacana… tak jadi. Orang Islam lebih bijak menzahirkan kemarahan, berbanding mengemukakan penyelesaian. Bukan penyelesaian kepada masalah orang lain, tetapi masalah diri sendiri.
Saya tidak boleh membuat andaian-andaian sendiri tentang latar belakang minta maaf Perdana Menteri Belanda, dan rahsia ‘bertenang’nya umat Islam di sana. Kita menghukum pada yang zahir, Allah jua yang mengetahui hal2 yang tersembunyi.
Pada saya, tindakan memberi amaran kepada kerajaan Belanda oleh kerajaan Indonesia, larangan ke atas Wilders untuk beliau masuk ke Indonesia dan mencegah penyiaran filem tersebut ke public, adalah langkah yang wajar dicontohi oleh seluruh negara umat Islam.
Perbuatan memboikot, hanya menunjukkan betapa tidak prihatinnya kita kepada usaha orang di sana sendiri. Mereka yang bakal menerima kesannya. Kita tinggalkan susu dutch lady, kita minum susu drugo.Tapi orang sana bukan kena tukar susu, sebaliknya kena buang kerja.
Kalau orang marah-marah dan bengang dengan Wilders yang menyusahkan hidup mereka, lalu mereka nekad mengambil undang-undang ke tangan sendiri(membunuh Wilders misalnya),maka bertambah teruklah imej Islam, bertambah tinggilah tembok pemisah muslim dengan non Muslim, dan yang saya pasti tersengeh-sengeh puas ialah orang seperti Samuel Huntington, Bernard Lewis, Sir Naipaul dan lain-lain policy makers negara Barat yang pemegang kesumat sebenar terhadap umat Islam sedunia.
Wallahu A’lam.
p/s: hormatilah pandangan sahabat saya UZAR dan kekalkan kebebasan diri anda memilih tindakan.
Salam, Alhamdulillah, saya bersyukur kerana ust juga sependapat dengan saya. Saya agak tidak selesa seruan boikot ini kerana:
1) dahulu bila ada muslim serang WTC, kita kata itu hanyalah sebilangan orang islam. BUkan semua muslim pengganas. Kenapa kita tak guna konsep yang sama untuk Wilders? Bukan semua orang netherlands seperti wilders.
2) Kenapa wilders kena guna platform internet/ youtube etc? Kerana beliau sendiri tak dapat sokongan media tempatan (tv) untuk siarkan perkara tersebut. Kenapa lah orang kita terlalu emosional dan tak nampak perkara ini.
salam..
ana tgh exam..x tau bole buat ape..tp yg pasti boikot atau tidak mmg bernas sungguh hujah msing2..tapi nak bagitau juga yg marilah boikot barangan israel..bgus jugak boikot brgn luar ni sbb kita bole guna produk tempatan..skrg ni ana cuba gune produk tempatan je..barula ekonomi kita meningkat..ni asik nk gune brgn luar je..mane x brkembang company diorg tu..pulak yang yahudi2x..jom gune brgn HPA, SURECO, ubat gigi Halagel ke..setakat x mkn mcD n kfc x mati pnya..lalala..sekadar budak2 merepek.
Assalamualaikum..
Selepas membuat sedikit analisis ringkas, mengenai kebanyakan pandangan utk boikot atau tidak, saya lebih cenderung utk berpihak kpd ustaz.
pandangan utk berstrategi sememangnya betul, tapi perlu dipertimbangkan apakah betul strategi itu? Saya kira pernyataan DANIALMUSLIM tersebut agak keras juga, dan rasanya jika non-muslims di malaysia ini turut membacanya, rasanya mereka pun turut terasa gerun dan gusar dihati melihatkan telatah umat Islam ini. Betul kita tidak mencari keredaan manusia akan tetapi jikalau ‘more harm was done’, saya pun rasa itu tidak patut sekali.
Maafkan saya kalau ada yg terasa. Sekadar ingin memberi pendapat drpd duduk berdiam diri sahaja.
Saya rasa setiap seorang kita bebas menzahirkan ketidaksetujuannya terhadap Wilders mengikut kapasiti masing-masing. Yang pemimpin cara pemimpin, yang rakyat cara rakyat, sekurang-kurang kita beruntung dan bersyukur kerana masih ada sensitiviti bila orang hina agama kita (bayangkan kalau semua orang “make don’t know” je). Walau bagaimanapun, alangkah cantiknya kalau dalam masa yang sama, kita sentiasa berusaha meperindahkan “Islam” kita pada diri, keluarga, masyarakat dan ummah seluruhnya
salam,
org lain dah komen pasal boikot or idak ni. saya nak cakap satu aje:
saya doakan wilders ni dpt taufik n hidayah nak peluk Islam
DANIALMUSLIM ni apa hal. Penyakit gamaknya nak membangkang kehulu ke hilir. Membangkang ada sebab OK la. Mengbangkang sebab penyakit jaga2 sikit.
salam ustaz..
terima kasih atas kupasan yg baik.tapi boikot ada relevannya jua,agar negara2 lain memperketatkan kebebesan bersuara rakyat yg menyentuh hal2 sensitiviti agama/kaum.bagi pandangan saya kupasan UZAR mengenai tajuk ini lebih detail dan mendalam.lain tempat lain uslub dakwahnya.
Salam.
Selepas membaca artikel ustaz ni, sekurang2nye dpt membuka minda sy ttg isu boikot-memboikot ni.
Tp adakah lain konsepnya kalo kita memboikot brgn y memberikan keuntungannya kpd Israel & Yahudi? sbb kalo nk memboikot, rasanya semua brgn kat Tesco kena boikot kec brgn Malaysia…
assalamualaikum
thank u ust atas idea dan pendapat berbeza ini. bila riuh nak diboikot barangan dari holland nafas sy agak sesak..kurang senang krn saya sendiri berketurunan belanda. .masakan nyamuk seekor sekelambu nak dibakar?? dimana rasionalnya?adakah dengan memboikot membawa kesedaran mereka2 yg mdengki dan sering salah anggap dengan islam? seharusnya memikirkan cara yg lebih wajar..meninggikan syariat ,menepati sunatullah adalah cara menepis orang spt wilders..bagi yg nak sgt memboikot mudahlah bagianda kalau nenek anda bukan seorang belanda..fikir2kanlah
salam..saya sekadar ingin berkongsi pandangan, saya dah tengok filem nih..n saya memang rasa sedih sebab keindahan islam dah dimanipulasikan.. tp rasanya kte sume pun tak setuju klau tindakan salah laku sebahagian kecil \’umat islam\’ dijadikan alasan utk melabelkan agama islam dan seluruh umat islam sebagai terrorist, perosak n apa2 jua yg seangkatan dgnnya…so saya rasa klau kte memboikot the whole holland juz because this one stupid person, samalah kite dgn dia…menghukum sesuatu bukan pada tempatnya…dan kte soalah-olah \’membenarkan\’ lg fitnah dan tohmahan terhadap agama kita…saya bukan ingin menyalahkan tindakan sesiapa yg memboikot sbb sblm berfikir dgn mendalam pasal isu nih, sy pun turut memboikot =)…dan insyaAllah sy akan trus memboikot brg2 israel n denmark(different issues)..tp bukan belanda..krn saya kira x logic menghukum orang2 yg x bersalah dan x ingin bersekongkol dgn pesalah hanya kerana dosa seorg pesalah… saya pun akan rasa geram, marah, panas hati,etc andai kata saya dimarah, diherdik dek kerana kesalahan org lain yg kebetulan berada di sebelah saya……itu sekadar pandangan sy yg x seberapa..maaf andai ada salah silap..
salam ust..
bagi saya tak salah memboikot..mungkin memboikot itu salah satu usaha yang mampu kita buat..dan mungkin kerna berpegang kepada kata2″ satu rial bersamaan dengan sebutir peluru”
dan mungkin stand sesetengah pihak untuk tidak memboikot ada rasionalnya..mmg betul perlu ada penjelasan dlm hal ini,kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga. rakyat belanda tidak harus disalahkan
Namun bg saya berasa zalim untuk memboikot itu bagi saya itu yang salah.
kita ambil cnth yang paling senang je dalam agama kita.bila Allah nak turun kan bala kat sesuatu kaum..Allah tak mungkin pilih tempat yang semuanya ada orang jahat.Hatta kawasan yang ada alim ulama’ pon kalau Allah nak turunkan bala..Allah akan tetap turunkan.Adakah Allah bersikap zalim begitu..?
saye amat sgt bersetuju dengan pendapat ustaz.. saye sokong ustaz..saye akan cube menyebarkan pendapat ustaz ini yg betul2 memberi saye satu pandangan dr sudut yg benar pada kawan2 saye yg meyebarkan email boikot itu..terima kasih ustaz
salam… oh ustaz… banyak betul pro dan kontra yang dapat… cuma seringkali terfikir… bila la umat Islam dapat mencipta produk2 setanding jenama2 yang dikeluarkan oleh barat nie… oh mungkin akan ada kata kena mulakan dengan diri sendri… erm kalaulah kita ada produk yang lebih bagus dan popular.. pasti x timbul boikot2 nie… oh ya nak tanya sedikit… selain kerajaan yang boleh bertindak dengan mengharamkan masuk malaysia keparat nie, rakyat Malaysia boleh buat apa untuk menunjukkan bantahan??… oh pening, memang peminum tegar dutch lady nie.. hehe dari kecil sampai sekarang…
setuju dgn komen #73 dan #81
moh ramai2 kita do’a agar wilders ni masuk islam dan buat filem baru pulak pasal keagungan al-quran. Mungkin lebih ramai orang akan tengok filem tersebut dan mungkin lebih ramai akan masuk Islam lepas tu, sama juga seperti selepas 911. Ramai orang masuk Islam pasal ramai nak tahu pasal Islam dan kenapa mereka sanggup berbuat sedemikian. Dan juga Islamic Finance berkembang dengan pesat sekali sampai kita di Malaysia pun terasa limpahan ekonomi dari kedatangan Tourist Arab dan juga kemasukan dana dan modal2 dari negara2 Arab nih! Dan InsyaAllah saya juga sedang dipersimpangan jalan untuk bekerja di negara Arab. Semoga Allah memberi berbagai2 kebaikan lagi kepada umat Islam diseluruh dunia dari jenayah yang dilakukan oleh makhluk perosak ahli parlimen belanda ini. Terasa nak gi minum air durian belanda pulak!
salam…
sokong ustz
en.blackrose, Allah itu Tuhan Yang Maha Berkuasa dan Dia memang berhak untuk menjatuhkan bala kepada hambanya. persoalannya, adakah kita juga mahu ‘play God’?
bagus israkmikraj..ada betulnya begitu.
response yang mencecah hampir 100, tertinggi utk tahun 2008.
saya ‘duduk’ disebelah tidak memboikot. banyak hal (tunutan Allah) yang umat islam sendiri gagal komi (ikhlas), yang ‘mengizin Allah ‘mengurnia’kan ujian ini.
bismillah subhanallahwalhamdulillahi walahaulawalaquwataillabillah
ALLAH uji ummat Nabi Muhammad dengan menggerakkan Wilder ni dgn provokasinye… respon ade yg react dan ade yg cam buih ade yg respon secara dailog open muzakarah seperti di belanda tu
Hakikat ummat kini memang cam buih… nak boikot pun secara fardi je secara amal jamaie dunie belum berkesan lagik… tiade imam yg nak beri arahan…
cam dlm solat jamaah le… Jika Nabi toleh belakang nasihat sahabat rapat dan luruskan saf… ummat kini solat berjmaahpun masih ade ruang antara kite masing-masing… jika Imam ade… makmum tak nak solat rapat-rapat Nabi kate nanti ade ruang hati-hati tu berbalah… tapi ape yang saudara kita di Belanda tu programkan memang baik dan cantik… politik dakwah dan politik kasih sayang (kebajikan)… ni peluang dan hikmah yg ALLAH gerakan hati si Wilder tu untuk provok… Pemimpin Belanda pun tak setuju dgn die… tu yg website tu tarik balik dan juga wikimedia tu tarik jugak untuk editing… siapa dah niat nak boikot krn Allah teruskan… siape niat nak mendakwah teruskan…
wallahu’alam
Terkejut juga apabila membaca sarana dan pandangan daripada Ustaz.
Ustaz mungkin melihat dari pelbagai sudut dan ruang lingkup yang lebih luas.
Bagi pandangan saya, tindakan boikot yang dibuat adalah suatu tindak balas daripada kita Umat Islam terhadap penyiaran filem FITNA.
Tapi saya yakin berapa ramai yang beri komen dalam ni dah tengok sendiri sedutan filem ini?
Apa yang saya tahu ceritanya boleh diperolehi daripada http://www.liveleak.com
PPIM sudah mengeluarkan kenyataan untuk memboikot barangan Belanda. Saya dah forward pada rakan-rakan sekerja. Salahkan tindakan saya ini?
Mungkin Wilder dah tahu effect daripada tindakannya. Who are Wilder?
Pada pandangan ustaz perlu tak boikot difatwakan?
Insan Yang Kerdil
Amin al-Kalantani
sedikit sebanyak..saya bersetuju dgn pendapat ust, malah jika ust berada di kelantan, sy akan usahakan untk mengadakan satu sesi rakaman video yg mana pengisiannya pasti adalah utk menjawab semula huraian salah terhadap Al-Quran dalam filem tersebut..dan video itu pastinya saya akan cuba sebarkan di forum2 mat saleh yg saya join…
jika ust ada rakamkan sendiri..jgn lupa bgtau saya..
..
dan mungkin kita harus lupa dgn filem AKHIRAT yg begitu mengelirukan orang yg cuba memahami ISLAM..rasanya ianya lagi celaka daripada FITNA kerana tajuk yg nampak ISLAMIK tp penuh dgn pengisian yg rosak lg merosakkan…
apa kita nak boikot berkenaan filem AKHIRAT ni?
JIKA ADA DI KALANGAN ANDA YANG MENYENARAIKAN BARANGAN DUTCH LADY UNTUK DIBOIKOT, SAYA MINTA ANDA HUJAHKAN ADILNYA PERBUATAN ANDA ITU BERDASARKAN KENYATAAN RASMI YANG DIBUAT OLEH TAN SRI KAMARUL ARIFFIN MOHD YASSIN, PENGERUSI DUTCH LADY MILK INDUSTRIES BERHAD:
Klik di sini untuk membaca teks penuh.
Saya sinopsiskan sebagai berikut:
Dutch Lady membantah kenyataan Geert Wilders sebagaimana kerajaan Belanda juga.
Dutch Lady sudah berada di pasaran semenjak 50 tahun yang lalu.
Pemegang Saham Dutch Lady, 50% daripadanya adalah rakyat Malaysia
Dutch Lady juga mempunyai 660 kakitangan rakyat tempatan.
Produk Dutch Lady dihasilkan di kilangnya di Petaling Jaya.
Maka, sejauh manakah tindakan anda memboikot barangan Dutch Lady memberi kesan kepada Geert Wilders atau sesiapa sahaja di Belanda yang anda nak hukum? Saya khuatir, perbuatan boikot konteks kes Belanda ini, adalah suatu KEZALIMAN!
Itu baru Dutch Lady. Anda boleh terus investigate lagi syarikat-syarikat lain yang anda telah Belandakan ia. Paling kurang pun, pertimbangkan perasaan ukhti Nasibah (#85) di atas
terima kasih keatas penjelasan mengenai filem fitna, saya sangat setuju dengan pendapat saudara. semoga saudara2 kita yang lain dapat membaca artikel saudara
assalaaamualaikum…
ramai yg setuju isu boikot ni ada pro dan kontranya…
soal belanda ni saya bersetuju dgn ustaz untuk tidak memboikot…namun saya berpendapat pemboikotan terhadap produk israel dan denmark adalah lebih perlu… oleh itu saya nak tarik perhatian kpd yang ingin memboikot agar memilih barangan yang betul sebagai pengganti kepada barangan yang diboikot… jgn pula boikot barang belanda tapi beli barang israel! masalah gak tu…
saya merujuk pada komen #10 :
“Ok, teman dipihak yg memboikot – Teman mmg pakai Shell, tp dah tukar pd Petronas dan anak teman minum Dutch Lady, dan dah tukar minum Nestle. Ini ler caranya supaya kita nak bagi dema takut ngan kita sebab kita senapang tak canggih nak tembak dema.”
kalau tak silap saya Nestle tu antara produk yahudi yang perlu diboikot (
http://inminds.co.uk/boycott-nestle.html )…
maaf jika saya tersilap…wallahua’lam…
bismillah
kalu tak IFC mungkin IF dialog
antara Dr Qardhawi dan Wilder
boleh batalkan niat boikot
ganti niat untuk berdakwah
PPIM pun boleh tarik balik perahu tuuu….
hukuman hanya kepada wilder dan wikimedia serta
hiduptiris
wikimedia dan live leak dah tarik balik perahu…
cuma wikimedia nak edit dan kite boleh re-edit sebenarnye wikipedia tuuu….
terlajak perahu… imam ku AL-Quran…
mungkin komen bukan tempat terbaik utuk berdebat…
teruskan lah mmboikot barangan belanda tu
termasuk susu ducth lady..
xkisah la siapa yg berada di belanda tu
kita mmboikot “musuhnya”
bukan saudara kita..
‘ssungguhnya Allah bersama org yg mnolong agamaNYA’
kalau boikot itu mmberi kesan kepada sedara kita di sana..
jd kita yg di sini nak wat pe?tgk sj?
kata saudara..
jd, bntu la boikot..
ssunguhnya downg pn nk hapuskan musuh2NYA itu juga
boikot la sama barangn America!!!!!
saya bersetuju dgn kenyataan anda yg mengatakan apa yg Wilders dapat jika kita memboikot Duthc Lady…memang betul tidak ada apa yg dia dapat…ini adalah retorik….
saya sepenuhnya tidak bersetuju dgn saudara…apakah rasionalnya kita tidak perlu memboikot mereka/atau sesiapa sahaja untuk memberi message atau isyarat jelas yg kita sebagai umat yg terbesar dunia tidak mudah diperkotak-katikkan…apakah rasional jawapan anda bagi soalan ini??
ingat kita adalah umat terbesar dunia…kita mapu mengubah apa sahaja termasuk ekonomi dunia jika kita bersatu……ok saya ulangi soalan saya apakah rasionalnya kita tidak perlu memboikot mereka???
best regards,
http://www.apasaje.com
salam,
berkenaaan dengan kenyataan rasmi yang dibuat oleh Tan Sri Kamarul Ariffin pengerusi Dutch Lady Milk Industries Berhad,kalau saya tidak silap, ia adalah sebuah sayap perniagaan dibawah satu syarikat yang dikenali sebagai Friesland Foods. Kalau check dengan wiki pasal syarikat ni ia beribu pejabat di Belanda. Jadi pemikiran saya Dutch Lady Milk Industries Berhad kat M’sia yang menggunakan brand dari Friesland Foods dan akan membayar royalti kepada ibu pejabat di Meppel Belanda. Jadi macam mana, adakah wujud pertalian disitu? Saya rasa, Tan Sri tu kena jelaskan hubungan Dutch Lady Milk Industries Berhad dengan Friesland Foods
Maafkan saya jika tersalah atau tersilap
setuju dengan ustaz hasrizal!!
x perlu nak boikot tak tentu pasal. Banned si penerbit tu sudah la (Geert Wilders ). x adil kalau ganggu semua sekali. bukan semua non-muslim mcm tu. sedangkan dulu pun kita pernah hidup bersama-sama dengan non muslim. (Sejarah Islam lampau)
Dia (Geert Wilders ) tu mmg jenis mcm tu. org jenis ni dari dulu lagi ada. tak perlu la kita nk melatah2. cuba carik kat youtube tu, banyak ja pun filem2 yg burukkan islam semua. bukan yang ni saja, bukanlah satu benda yang baru pun. Ada cara lain kot nak setelkan isu ni, bukan dengan cara boikot ni. Kita pun tak pasti apa niat dia yang sebenarnya buat filem tu, tah2 memang dia nak naikkan kemarahan kita (muslim) dan tunjukkan kepada dunia yang kita ni memang jenis yang suka cetuskan keganasan mcm tu. kan ke lagi bahaya tu??
Berfikir sebelum bertindak, gunakan panduan agama, bukan dengan minda seniri sahaja…
Yang sepatutnya ialah kita jelaskan tafsiran ayat-ayat yang dia guna pakai dalam filem pendek dia tu agat lebih ramai orang faham, silap2 Allah bukakan hati lebih ramai orang untuk memeluk Islam, mcm selepas 11/9 tu… Reply la video yang menerangkan ayat tu dalam comment untuk filem Fitna kat youtube tu ye.
wallahualam..
Assalamualaikum ustaz.
Rasulullah SAW bukan menegah kita dari marah. Malah kemarahan terhadap perbuatan menghina Islam adalah tanda yang kita masih ada perasaan ‘cemburu’ terhadap agama.
Betul tu, sebab cemburu tanda sayang.
bismillah
fitna pada wilders adalah punca perang saudara sesama islam sehingga membenarkan pembunuhan sesama muslim… ini pd wilders seruan Al-Quran sebenar… contoh fitna Syiah Sunnah diIraq… Taliban merampas drp Kerajaan Mujahidin yg tamak kuasa… wilders menganggap tindakan tentera bersekutu menyerang Iraq sebagai membebaskan rakyat Iraq drp KEZALIMAN kepimpinan Parti Baath yg Sunnah terhadap rakyat yg Syaih dan juga yg Kurdish… bukan begitu… so nak boikot Belanda wat pe? takzir atas wilders dan konconye cukup le… OIC sekarang dipengerusikan oleh Senegal…
tsabitqalbi’aladinik..
HELO PARA BLOGGER SEMUA. SAYA INGIN MEMBERIKAN PANDANGAN KAMI TERHADAP KES FITNA YANG HANGAT DIPERKATAKAN SEJAK AKHIR-AKHIR INI. MENURUT PANDANGAN SAYA SEBAGAI SEORANG YANG BUKAN ISLAM, SIKAP YANG DITUNJUKKAN OLEH PARA MUSLIMIN YANG MEMBUAT TUNJUK PERASAAN DENGAN POSTER2 DAN PERKATAAN SEPERTI “HUKUMAN MATI GEERT WILDER”, “BUNUHKAN PENGHINA ISLAM” DAN SLOGAN2 SEUMPAMANYA JELAS MENUNJUKKAN KEGANASAN UMAT ISLAM! SIAPAKAH ANDA SEMUA YANG BERHAK MENGHUKUM MANUSIA SELAIN TUHAN? SAYA CUKUP GERAM MEILAHT SIKAP-SIKAP PENUNJUK PERASAAN DI TV DAN SURAT KHABAR YAN OVEREACTED DAN TIDAK BOLEH DIAM.ISLAM ADALAH AGAMA YANG BERSOPAN SANTUN BUKAN?
“Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Al-Maaidah 5:45)”
INI SAYA PETIK DARIPADA SALAH SEORANG BLOGGER DI BAWAH,SAYA INGIN TAHU KENAPA AL-QURAN MENYERU MANUSIA SUPAYA MEMBALAS KEJAHATAN DENGAN KEJAHATAN? BUKANKAH LEBIH BAIK JIKA KITA MEMBALAS KEJAHATAN DENGAN KASIH, SEPERTI YANG DINYATAKAN DALAM INJIL ALKITAB?
LAGIPUN SIAPA DI ANTARA KALIAN YANG TIDAK PERNAH BERBUAT DOSA? JANGAN ANDA INGAT BAHAWA HANYA PEMINDAHAN AGAMA KE ISLAM YANG MENINGKAT, TANPA ANDA SEDARI, KINI SUDAH BANYAK ‘MUSLIMS BECOME BELIEVERS’ (MBB)YANG MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK MEMPERCAYAI JESUS.TAMBAHAN PULA, KEBANYAKAN DARIPADA MEREKA YANG PINDAH AGAMA KE ISLAM SAMA ADA SECARA PAKSA(PERKAHWINAN)/(LAHIR SEBAGAI MELAYU) ATAU KELIRU DENGAN AGAMA ASAL DAN TERPENGARUH DENGAN RUTIN HARIAN ISLAM YANG BERSIFAT ROHANI NAMUN HANYA PADA LUARANNYA. BETUL TIDAK? JAWAPANNYA HANYA ANDA YANG TAHU.
JIKA ANDA PERHATIKAN BETUL-BETUL FILEM FITNA,WALAUPUN SAYA BELUM MENONTONNYA, CUBA TELITI LAGI ISI-ISI AL QURAN ANDA, ADAKAH BERTEPATAN DENGAN BACKGROUND FILEM ITU YANG BERUNSUR PEPERANGAN?
BENARKAH TERDAPAT : surah QS 9 ayat 5 ” hendaklah (orang-orang muslim) PERANGI(bunuhlah) ORANG-ORANG MUSYIRIK dimana kamu jumpai (mereka)dan hendaklah (kamu) mengambil mereka itu menjadi tawanan, dan kepunglah mereka dan duduklah mengintiplah mereka pada tiap-tiap jalan yang dilaluinya…”
Begitu juga dengan surah 9 ayat 29.
“akan kami tumpahkan ketakutan ke dalam hati orang-orang kafir…”Q.Surah 3/151
“Hendaklah kamu sediakan untuk melawan mereka,sekadar tenagamu,kekuatan dan kuda yang terpaut,dengan demikian kamu mempertakuti musuh Allah dan musuhmu…”
“Allah mengusir orang yang menolong sekutu di ntara Ahli Kitab dari benteng mereka,dan memasukkan ketakutan ke dalam hati mereka,satu golongan kamu bunuh dan satu golongan lagi kamu tawan..”Q.Siurah 33/26
bacalah Q.Surah 59/2
“Rasullullah (nabi Muhammad) telah menyatakan: ‘jika seorang Muslim meninggalakan agamanya,bunuhlah dia.” Hadis sahih al-Bukhari 4/260
“Perempuan-perempuan yang khuatir kamu(si suami) akan kedurhakaannya,hendaklah kamu PUKULLAH mereka (sehingga) mereka ta’at kepada kamu” Q.Surah an-nisak 4/34b
AYAT-AYAT DI ATAS INI SAYA DAPATI DARI BEKAS MUSLIM. BENARKAH KENYATAAN AYAt SUCI INI,WAHAI PARA ULAMA SEKALIAN? BENARKAN ALLAH MELETAKKAN KETAKUTAN DALAM HATI MANUSIA? BUKANKAH ALLAH ITU MAHA PENGASIH LAGI PENYAYANG? JANGAN PULA ANDA HAKIMI MBB SEBAGAI ORANG YANG JAHIL AGAMA DAN TIDAK MENDALAMI AGAMA SEBAB TIDAK SEMUA ORANG DAPAT MENURUTI HUKUM-HUKUM ISLAM YANG BANYAK SEPERTI PARA HAJI DAN ULAMA. (tapi adakah mereka juga dapat menuruti semuanya?)
KITA MANUSIA BIASA. TIADA HAK UNTUK MENGHUKUM DAN MENGHAKIMI MANUSIA SESAMA KITA. HANYA TUHAN SAHAJA YANG BERKUASA KERANA DIA PENCIPTA KITA.SAYA PASTI AJARAN ANDA PUN SAMA KAN? MARILAH KITA PRAKTIKKAN KASIH DALAM HIDUP KITA. KALU BENAR “ISLAM IS PEACE” SEPERTI YANG DIDAKWA UMNO, BUKTIKANLAH KATA-KATA ANDA DENGAN MENGHENTIKAN TABIAT TUNJUK PERASAAN JALANAN YANG TELAH DIPRAKTIKKAN OLEH UMNO SEJAK 1946 LAGI.INI HANYA AKAN SEMAKIN MENONJOLKAN KELEMAHAN ANDA.
SEPERKARA LAGI,TINDAKAN MEMBOIKOT BARANGAN BELANDA HANYA AKAN MERUGIKAN RAMAI PIHAK DAN TIDAK MEMBERI KESAN YANG POSITIF TERHADAP DUNIA. INI MENUNJUKKAN SATU LAGI SIKAP SENSITIF UMAT ISLAM. BEGITU JUGA DENGA SIKAP PEMIMPIN MELAYU YANG MENGUTUK BELANDA.BEGINIKAN CARA ORANG BENAR? MEMBOIKOT,MENGUTUK,MENCACI…..
FIKIRKANLAH.
KAWAN-KAWAN SEKALIAN, JIKA SAYA TELAH MEMBUAT ANDA TERSINGGUNG DAN TERASA SEPERTI HENDAK MEREJAM SAYA DENGAN BATU, SAYA MINTA MAAF, TAPI SAYA INGIN ANDA BUKTIKAN KEBENARAN DAKWAAN ANDA SEMUA.
SILA BERI RESPON YANG POSITIF.
TERIMA KASIH,TUHAN MEMBERKATI.
Mulanya saya bercadang utk boikot.
Tetapi setelah melihatkan byk syarikat2 Belanda yg juga TIDAK menyokong perbuatan En. Wilders ini serta pernyataan kerajaan Belanda yg juga mengutuk tindakan beliau membuatkan saya berubah hati.
Kesimpulannya, tak jadi boikot. Cuma kena beri lebih penerangan pada masyarakat dunia berkenaan ayat2 tersebut.
Rasanya maybe, kalau diizinkan Allah, mungkin mereka pula yg tergerak hati utk menyokong atau juga masuk Islam.
Ameen
pd ana boikot skadar yg termampu jer ler, tp ana berfikiran secara lebih waras ler, xde ler sampai nk boikot hampir kesemua nya…sampaikan Maxis line yg ana pakai skrang pun org nk boikot, pelik2, ana xpercaye dgn komen2 yg sblm ni ana bace sejak dulu sehingga kini, xde sumber yg shahih dan jelas mengenai kebenaran perkare tu…
p/s: skadar jokes, adakah ayam belanda juge kene boikot huhu!
Lakum deenukum waliya deen.
Assalammualaikom…sebenarnya memang susah nak boikot ni…tapi tak per buat sementara waktu kita tetap boikot utk memberi pengajaran… Biar shell atau dutch lady terasa income dia berkurangan…biar dia ngelabah sikit. wbgpun pekerjanyer tetap dapat gaji kan..kalau ada peluang pelan2 cari keje kilang lain..
hi_j87 menulis:
ntah2 Wilders tu mmg dah rancang awal2 dgn sykt2 Belanda ni supaya dapat menutup kembali possibility utk dia diambil tindakan oleh kerajaan Belanda..
kalau macam tu hmm, ntah2 semua syarikat pengeluar komputer dah besekongkol dengan Intel yang menyalurkan dana buat Zionis. Boleh ke kita main ‘entah2′ akhi? Ada bukti? Sedangkan kenyataan Pengerusi Dutch Lady tu dah terang2 macam tu.
saya cuma pelik kenapa kita cepat benar melatah bila timbul isu se-macam ini. bukan saya tidak sensitif. sensitif
cuma, pada fikiran saya, provokasi seperti ini, malah yang lebih extreme atau low-level akan sentiasa di-timbul-kan oleh pihak anti-Islam. dulu karikatur, kini fitna, nanti-2 apa pula?
concern saya ialah tentang sikap kita sendiri sebagai Muslim. bagaimana kita membumikan Islam dalam diri? Al-Quran, di mana kedudukannya pada kita?
bagi saya, bahasa badan lebih fasih daripada bahasa lidah. tapi saya tidak mengetepikan kepentingan bahasa lidah.
lihat saja komen #116. saya sudah men-jangkakan.
sekadar pandangan, maafkan jika lari dari topik asal. saya tidak boikot. dan saya begitu tidak sabar menunggu Ustaz untuk respond komen #116. maafkan, saya tidak cukup info untuk berbuat demikian
DANIALMUSLIM — jaga adab, saya tidak melihat tuan blog ingin “menghasut” sesiapa. perkongsian pintar, atas sistem nilai masing-2 untuk mengambil atau menolak points.
salam..
saya tak ingat isu apa yang dibahas dulu..tapi akhirnya Tuan Guru cakap:
“demo betul kawe tak salah”..senyap terus..
mungkin sekarang sudah sampai masanya untuk ambil sikap seperti Tuan Guru ya ustaz..:)
untuk BUKANISLAM..apa yang kamu cakap adalah separa benar… but half knowledge is worse then not knowing…jadi kajilah lagi Islam…semoga berjumpa sepenuhnya…insyaAllah..semoga diberi Taufiq dan Hidayah…jangan lupa ramai juga non-muslim yang akhirnya memeluk Islam selepas mengkaji..
wallahualam..
assalamualaikum ustaz dan sidang pembaca,
Filem “Fitna” oleh Wilder tu nyata banyak fakta yang dipesongkan, terutamanya kes pengeboman Atocha Station di Madrid-pengebom sebenar adalah kumpulan pemisah dari utara sepanyol, bukan muslim, dan banyak lagi caca merba dan karut wilder itu.
Saya pelajar di eropah, pernah menetap di jerman dan sekarang di madrid. Baru-baru ini saya melawat kawan saya di Amsterdam, Holland. Kawan saya ini kelahiran Amsterdam, beragama islam. Menurut cerita dari mulutnya sendiri, imigran muslim sudah lebih 6 generasi berhijrah ke holland, tapi masih tidak mendapat apa-apa keistimewaan dari kerajaan holland. Kebanyakan mereka adalah dari Moroko, Timur tengah, afrika, bangladesh dan sebagainya.Dari dulu sampai sekarang, hak mereka dinafikan. Mereka dibebankan dengan pelbagai undang-undang dan cukai untuk menekan golongan pendatang. Apabila anak-anak muslim mendaftar ke sebuah sekolah, ibubapa pelajar holland akan mengeluarkan anak mereka dari sekolah tersebut. Jika muslim membeli sebuah rumah di sebuah kawasan perumahan, maka harga hartanah di sekitar kawasan tersebut akan jatuh menjunam, di sebelah tenggara amsterdam, terdapat perumahan imigran (99% penduduk adalah imigran), harga rumah di kawasan tersebut amat murah, dan posmen berbangsa belanda tidak berani masuk ke dalam kawasan perumahan tersebut.Terdapat sebuah masjid pakistan di kawasan ini, masjid ini sungguh makmur, anak-anak muda banyak menghabiskan masa di masjid, tapi masyarakat belanda di amsterdam giat melobi kerajaan supaya masjid ini diruntuhkan. Jika warganegara Holland beragama Islam dan memakai nama islam, maka mereka ini tidak akan diberi peluang pekerjaan, apatah lagi imigran beragama Islam.Umat Islam hidup dalam keadaan tertekan di holland, dengan peluang ekonomi yang tidak memihak kepada mereka dan undang-undang yang menindas mereka.
Ustaz, kawan saya dan peguamnya sedang berusaha untuk menyaman Wilder ini. Tapi mereka memerlukan sokongan daripada kerajaan negara islam, apakah yang boleh saya buat untuk membantu mereka? Sokongan dari masyarakat belanda tidak ada, sekarang mereka hanya mengharap sokongan dari negara-negara Islam, saya tidak pasti setakat mana usaha mereka hingga hari ini, tapi saya ingin membantu mereka.Mereka ada meminta saya mencari “contact person” dari Malaysia, tapi saya kini juga berada di luar negara. Bagaimana caranya saya dapat membantu mereka mencari sokongan untuk menyaman Wilder yg bedebah itu?
Salam dari Madrid
Mengapa sukar untuk berlapang dada, menerima perbezaan pendapat dan menghormati pendapat orang lain ya? Berbeza pendapat tidak bermaksud sabotaj. Samada boikot atau tidak masing-masing ada hujah yang tersendiri namun di sana ada kesepakatan bahawa perlunya diterangkan Islam ini dengan sebenarnya dan mempamerkan apa sebenarnya yang diajarkan oleh Deen ini.
Kalau ada khilafah mungkin lebih mudah kan? khalifah kata Boikot! semua pun boikot…
saya merasakan tindakan-tindakan dan pendekatan yang diambil oleh muslim belanda adalah sangat profesional..
ketenangan adalah sifat yang paling penting dalam menghadapai dan berhadapan dengan satu-satu situasi..
tindakan memboikot adalah satu tindakan yang emotional..dan tidak berfikiran jauh..
tindakan ini bukan sahaja boleh memberi kesan buruk kepada negara dan rakyat belanda..
tetapi fikirkan lah juga…
apakah kesannya nanti kepada kawan-kawan kita sendiri yang beragama Islam di Malaysia ini..
yang mana perniagaan mereka berasaskan kepada produk-produk belanda ini…
janganlah kite melihat dari hanya satu sudut..
salam..
sabar ustaz..ini antara cabaran besar seorang blogger. apabila timbul percanggahan, rasional dikesampingkan,emosional terkedepan dan bahasa2 yg tidak sepatutnya mula melantun keluar, hilang sifat hemah..
moga pencerahan akan terus berlaku, perkongsian akan menjana pemikiran rasional yang lebih baik dan pandangan yg menghuru-harakan keadaan tu patut diabaikan jer sebagaimana kita perlu abaikan wilders yg cuba membakar sensitiviti umat islam tapi yg melentingnya hanyalah yang terlebih senduk dr kuah..
Bismillah
ini lah permainan politik/siasah Yahudi wan Nasoro
FITNA
Ifk, Saidina Ali vs Muawiyyah, Fitna CIA against Kerajaan Mujahidin Afghan vs Taliban Mujahidin vs Najibullah, Ahmad Masood vs Gulbudeen Hekmateyar, dan JI AlQaeda semuanye siasat yahudi wan nasoro… betulkan saff terima Fatwa Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan
tanpa marah sesiapa semoga ijtihad benar dua jika tidak satu
FITNA
yamuqalibalqulubitsabitqalbi’aladinik
wallahu’alam
Boikot Barangan Belanda..Kenyataan dari Majlis Fatwa
SEPANG: Ulama di Malaysia dan Indonesia
menyokong tindakan memboikot barangan
buatan Belanda sebagai tanda bantahan
terhadap penerbitan filem Fitna yang
secara terang menghina Islam.
Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk
Seri Harussani Zakaria, berkata majlis
itu bersetuju dengan tindakan badan
bukan kerajaan (NGO) memboikot barangan
keluaran Belanda bagi menyuarakan
kemarahan terhadap penerbitan filem
itu.
“Hubungan perniagaan adalah hubungan
kerajaan, kita boikot barangan itu
untuk tunjukkan rasa tidak puas hati
terhadap kerajaan negara mereka yang
membenarkan filem itu ditayangkan.
“Umat Islam dilarang mencaci agama
lain, haram bagi orang Islam mencaci
agama lain, sebab itu kita kena lawan
dan kalau hendak jawab, kita boleh
jawab macam-macam. Kita juga hanya
boleh menyatakan kebenaran agama kita
dan bukan dengan mencaci kepercayaan
orang lain,” katanya.
Harussani turut menyelar pemimpin Parti
Kebebasan Belanda, Geert Wilders kerana
menghasilkan filem itu serta sengaja
menggunakan petikan tidak lengkap ayat
al-Quran berkaitan jihad bagi
menggambarkan Islam menggalakkan
keganasan.
“Filem ini betul-betul fitnah kepada
kita. Dia menonjolkan ayat al-Quran
yang perintahkan kita berjihad dengan
orang kufur. Dia lupa bahawa sebelum
itu ayat berkenaan menceritakan
bagaimana orang kufur menentang umat
Islam, cuba nak hapuskan Islam.
apa komen anda???
JIKA ITU ALASANNYA, MAKA FATWA ITU TIDAK TEPAT. FILEM FITNA TIDAK DITAYANGKAN DAN KERAJAAN BELANDA TIDAK ADA TERBABIT DALAM ISU PENAYANGANNYA. FILEM FITNA HANYA DISIARKAN DI YOUTUBE DAN DI HALAMAN WEB PRODUCER FILEM ITU SAHAJA.
MAKA TIDAK BOLEH KERAJAAN BELANDA DIPERSALAHKAN DENGAN ALASAN MEMBENARKAN PENAYANGAN DIBUAT KERANA TIADA TAYANGAN DIBUAT.
MALAH KERAJAAN BELANDA MEMBERIKAN ALASAN BAHAWA MEREKA TIDAK DAPAT MENGAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG KE ATAS GEERT WILDERS KERANA WILDERS TIDAK MENAYANGKANNYA. KALAU WILDERS MENAYANGKANNYA DI PANGGUNG WAYANG ATAU TELEVISYEN MAKA BARU ADA KES MENURUT PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG YANG MEMBOLEHKAN KERAJAAN BELANDA MENDAKWANYA.
apa komen anda???
p/: jangan pula tuduh saya lawan Majlis Fatwa sebab kenyataan itu adalah sokongan Dato Mufti kepada tindakan boikot. Dan bukannya fatwa memboikot
salam kpd ust hasrizal.
walaupun sy terasa hati dgn ust ttg isu mufti perlis yg dikatakan kemuncup bagi gerakan islam di malaysia,tapi utk krisis ini sy setuju dgn ust hasrizal.biarpun pendapat saya ni kemungkinan tidak selari dgn mufti perlis.
hujah ust hasrizal kukuh bagi saya.dan ini lah yg diajar oleh mufti perlis di negeri kami iaitu menunggulkan dalil serta hujah dari emosi.
saya tidak rasa kecik hati kalau ust hasrizal nak delete post ni mcm artikel yg lepas.
“Ada baik kita ambil satu langkah kehadapan. Daripada memboikot, lebih baik ambil list produk2 Belanda tu dan anda semua berusaha mengeluarkan mana-mana produk yang sama dan setanding. Tulis pada produk anda “produk ini dihasilkan sebagai tanda protes kepada Geert Wilders, pembelian anda adalah tanda protes anda”. Jgn buang label tu sampai bila2.
Bunuh 2 burung dengan sebiji batu. Protes dapat, ekonomi pun dapat”
hehe…dalam banyak2 komen, komen ni membuat ana tersenyum kat skrin komputer ni..alf mabruk akhi..
wsalam.
islam tegak dengan hujah, bukan dengan syakhsiah. keterikatan kita ialah keterikatan kepada hujah, bukan peribadi.
ada benda saya tak setuju dengan SS Mufti tapi ada juga benda yang saya menyokongnya.
saya hanya delete komen yang tidak kena dengan environment perbincangan… maaf atas deletion yang lepas. salam ukhuwwah
salam
saya ada baca sekejap tadi dlm beritaharian online ttg satu lagi filem Belanda anti-Muslim dihasilkan oleh ehsan jami, berasal dari Iran yg murtad,yg mmbuat keputusan tidak menayangkan filem itu.
sori petikan kat sini pjg plak,saya tak reti nak letak link,just copy and paste..so boleh la kita nilai sejauh mana pekanya kerajaan Belanda ni ttg sensitifnya kita bab2 ni,ye dok….ke guane…
berikut petikan dari BHonline..
Filem The Life of Muhammad yang sepatutnya ditayangkan 20 April itu menghina junjungan mulia dengan memaparkan naluri seks baginda.
Bagaimanapun, sedutan filem itu sempat ditayangkan di satu saluran televisyen Belanda minggu lalu yang antara lainnya memfitnah Rasulullah menemani isterinya untuk ke masjid, tetapi sempat berasmara.
“Buat masa sekarang filem animasi itu tidak akan ditayangkan selepas Jami mengumumkannya sendiri menerusi kaca televisyen,” kata Ayhan Tunja, ahli Majlis Penyelaras Muslim Belanda kepada sebuah perkhidmatan berita Arab, semalam.
Jami, yang berasal dari Iran sebelum murtad, memberitahu program televisyen Netwrek TV yang dia memutuskan tidak mengeluarkan filem animasi berkenaan.
Jami berkata Menteri Kehakiman Ernst Hirsch Ballin sudah pun mengingatkannya kesan buruk bakal dihadapi jika filem itu ditayangkan. Ini termasuk kesan kepada masyarakatnya yang harmoni serta kepentingan negara itu.
“Menteri itu sudah memberitahunya yang Jami perlu bertanggungjawab di atas apa yang akan berlaku selepas ini,” kata Tunja.
Katanya, masyarakat Muslim mengalu-alukan tindakan Ballin campur tangan bagi mengingatkan Jami.
“Saya gembira kerana sekurang-kurangnya pada ketika ini Jami akur dengan tuntutan penduduk Muslim yang seramai satu juta orang itu.
“Tetapi kami masih belum berpuas hati dan mahu mengadakan pertemuan dengan Menteri itu bagi menegaskan filem berkenaan tidak sepatutnya ditayang langsung kerana boleh mencetuskan lagi kemarahan umat Islam di seluruh dunia yang sudah pun kecewa dengan satu demi satu penghinaan ke atas Islam.”
Bagaimanapun Tunja berkata pendirian itu tidak mungkin dibuat kerajaan ke atas Wilders.
“Ia dua kes berbeza. Tiada siapa pun yang melihat dokumentari Wilders sejak awal dan kerajaan tidak boleh berbuat apa-apa. Namun, sedutan filem animasi Jami sudah pun ditayangkan di kaca televisyen dan kerajaan segera bertindak.
“Itulah kebebasan bersuara yang berlaku di Belanda.” Agensi
JIka BOIKOT tidak boleh, apakah yang sesuai kita buat?
a) berdiam diri
b) memberi contoh yang baik
c) menyusun strategik baru
Atupun BOIKOT ini tidak syarie lagi?
adindaku sayang…
saya tidak pun menyebut bahawa BOIKOT itu salah!
boikotlah barangan Yahudi (perkataan Israel pun saya boikot)
boikotlah barangan Denmark
boikotlah DVD cetak rompak.
boikot China atas insiden Tibet? boleh juga dibincangkan.
TETAPI
yang dibincangkan dengan panjang lebar di sini ialah, JANGAN BOIKOT BARANGAN BELANDA dalam kes GEERT WILDERS.
Sudi-sudilah menelitinya
Assalamualaikum wbt..
Dalam blog saya ada jawapan kepada honour killing yang Greet Wilder paparkan dalam filem FITNA dia tu.
Sebar-sebarkanlah kepada rakan-rakan non muslim, itu lebih baik daripada bergaduh mahu boikot atau tidak sedangkan boikot atau tidak bukan leh perkara yang Qathie yang kedua-dua pandangan ada pro dan cons.
saya amat bersetuju dengan pendapat ustaz. Kita perlu berasa marah dengan tindakan pihak-pihak tertentu menghina islam.Namun,banyak lagi cara lain yang boleh dilakukan selain daripada boikot.Islam itu indah…Sama-samalah kita menghidupkan kenindahannya…wallahualam
Salam ustaz. Saya tertarik dgn isu yg ustaz bawakan; soal boikot yg sy kira sudah agak lama berlaku. Cuma filem Fitna ini yg menjadikannya kembali hangat. Kagum dan tertarik dgn isi yg ustaz ketengahkan kerana sy sudah lama berpendapat sedemikian tp stiap kali sy suarakn pasti ‘dihentam’ sehingga sy memilih utk menutup kata sehinggakan kdg2 sy rs sy pn hmpir terpengaruh. Jika mahu memboikot, sampai mana dan apa hasilnya? Boikot utk beri pengajaran? Adakah dia rugi apa2? Kita sering berkobar2 melaungkan “Selamatkan Palestin! Boikot Israel!” tp adakah kita guna ‘senjata’ utama yg Allah berikan pd kita? Doa pun tidak..mahu selamatkan masjid Aqsa, tp surau di dpn rumah pn liat mahu pergi meskipun satu waktu.
Ustaz menyatakan pendirian mengenai memboikot barangan Belanda yg sy kira semua sudah jelas. Jd sy hendak bertanya bagaimana pula dgn ajakan memboikot barangan Israel? Adakah hujahnya sama ? Sy rs sama tp..tak tahulah kalau berlainan kesnya..
ana adalah antara insan yang teringin sangt nak jumpa wilders tu..teringin sungguh..nk jumpa dia dgn sepenuh persediaan nk bercakap dan ternagkan dgn dia apa yang dia buat ni salah..tapi logik dan rasional ke impian ana tu? hurmm.. dun knw where to start..but may b i’ll ask my boss to initiate a demo utk mendesak pak lah bertindak..we will c..inshaALlah
asslmualaikum..
kepda yang bernama ‘BUKANISLAM’…saya nie baru berusia 16 tahun dan masih bersekolah..
ANDA JUGA CUBA MENGKAJI KEBENARAN AYAT2 al-quran
dan ambilah yang positifnya dan bertanyakan sebenarnya maksud2 ayat suci itu kepada orang yang sepatutnya sperti para ilmuan islam,imam dan mufti
dan jagnlah kita hanya judge from one side..dan mestilah kamu ingat tidak semua yang mengaku islam tu islm didlmnya..dan tuan ‘BUKANISLAM’ SAYA WALAUPUN MSH DIBAWAH UMUR X MENAFIKAN AKAN BILANGAN ORNG MENGNT ISNAT DAN YANG MURTAD..
DALAM ISLAM JUGA MENYATAKAN BAHAWA BERSABARLAH ITU SEPARUH DARI IMAN ..SATU UNGKAPAN YANG BIASA DAN SERING KITA DGR..TAPI PERNAHKAN ANDA FIKIR AKAN MAKSUDD SEBENARR AYAT ITU.
KITA JUGA HARUS SEDAR AKAN UJIAN YANG DIBIRIKAN OLEH ALLAH KEPADA UMATNYA UNTUK MENGUJI KEIMANAN UMATNYA KPADA ALLAH..
BANYAK-BANYAKLAH BERSABAR KERANA SATU HARU INSYAALAH KEMENANGAN PASTI MEMIHAK KEPADA KITA
SENTIASLAH KITA BERDOA UNTUK MEMBUKA PINTU2 HATI DAN SUPAYA MEREKA INI SEPERTI “BUKANISLAM” MENDAPAT PETUNJUK KE JALAN YANG BETUL..
JANGANLAH KAMU JUGDE FROM ONE SIDE ONLY
filem fitna memeng x patut ditayangkan
tidak!!! saya tidak ada niat pon sebergitu….cuma mahu mintak pandangan ustad tentang fatwa terbaru yg dikeluarkan oleh majlis mufti ini……
slm budiman,
psl boikot ni elokla kite refer kpd yg lebih pakar n alim ulama’n kembali kpd al-quran dan sunnah.
Umat Islam perlu menggunakan falsafah menguasai dunia dengan akhlak dan pengetahuan dalam menangani hal ini – terdapat 5 perkara yang digariskan Dr. Yusuf al Qardhawi dan harus dilakukan umat Islam. Ia berikutan aktiviti Islamophobia yang kian memuncak saat ini, ialah;
1
[ Keperluan bertindak secara ilmiah menolak dakwaan dusta terhadap Nabi mengenai Baginda menagih darah (suka berbunuhan) dan seorang lelaki seks. Penolakan perlu dilakukan secara meratai dunia sehingga sampai kepada orang-orang yang selama ini meanggapi imej buruk terhadap Rasulullah, dan orang yang tidak tahu akan kemuliaannya ]
2
[ Secara politik, sikap yang menjadi pendirian majoriti negara-negara Islam mestilah mempunyai maruah ‘beliawan’ membela Islam dan Rasulnya ]-mungkin menghalang wilders masuk ke m’sia.
3
[ Anjakan bangsa untuk memaksa pemerintahan kaum Muslimin agar memiliki sikap tegas, bermaruah, berdasarkan keimanan bahawa umat Islam sentiasa hidup dan masih memiliki kecintaan besar terhadap kesuciannya ]
4
[ Kepentingan melaksanakan drama, filem-filem atau rencana-rencana yang menjernihkan imej yang selama ini (masyarakat) tertutup tentang Islam ]
5
[ Pemboikotan ekonomi terhadap negara-negara yang mengizinkan penduduknya memperlekehkan kesucian-kesucian Islam ].
Tindakan pemboikotan yang disarankan oleh Dr. Yusuf al Qardhawi ini, seiring dengan apa yang telah disebut oleh ketua pemuda PAS, YB Salahuddin Ayyub;
[ Untuk menyatakan protes kami, kami menyeru orang Muslimin dengan kekuatan di seluruh pelusuk dunia untuk memboikot semua produk barangan Belanda ]
Saudara DanialMuslim,
Dari semalam lagi saya perhatikan komen-komen saudara yang secara jujurnya saya yakin, membuatkan tuan rumah terasa dengan komen tersebut. Pelawat-pelawat lain apatah lagi.
Anta menyokong kepada tindakan memboikot – fine, teruskanlah. Dalam artikel Ustaz tersebut, ustaz telah memberikan pandangannya dalam hal ini. Malah ustaz telah memberikan apa rasionalnya pendirian beliau, berserta dengan pendapat serta hujah-hujah beliau.
Ini adalah blog beliau. Maka beliau bebas menyatakan pendapatnya. Mengemukakan hujahnya. Dan para pembaca pula, tidak semestinya akan mengikut kata-kata ustaz 100%. Apa saudara DanialMuslim ingat para pembaca di sini menerima apa sahaja yang diberikan ustaz? Ini satu penghinaan kepada kami para pembaca, seandainya anda menganggap intellektual kami setaraf itu.
Ustaz memberikan pandangan beliau dengan cara yang cukup meyakinkan. Berserta dalil dan hujah, sama ada aqli mahupun naqli dengan lengkap. Itu yang membuatkan pembaca yakin dengan pendirian ustaz. Kalau ustaz sekadar menyatakan pendiriannya tanpa penjelasan, masakan kebanyakan dari pembaca akan yakin dengan beliau!
Dan anta pula tidak bersetuju dengan pandangan ustaz. Fine, nyatakanlah pandangan anda secara berhemah! Berikan pula dalil2 dan hujah anda. Biar para pembaca nilai sendiri dan tentukan, sama ada wajar atau tidak boikot memboikot ini. Sama ada Ustaz Hasrizal ataupun DanialMuslim. Kami para pembaca boleh menilai sendiri hujah mana yang meyakinkan, pendapat mana yang boleh diterima. Jangan anda ingat kami ini bodoh!
Lihat contoh Ustaz Zaharudin. Beliau turut menyokong tindakan boikot, tetapi tiada beliau berkunjung ke sini menjerit-jerit di ruangan komen meminta sokongan. Dan Ustaz Hasrizal pun tiadalah jua berkunjung ke laman UZAR membangkang persetujuan beliau. Masing-masing ada pendapat masing-masing, dan disuarakan dengan cara sendiri yang saling menghormati antara kedua-dua pihak.
Mungkin anda tidak berupaya menulis artikel semantap Ustaz Hasrizal. Mungkin juga anda tidak se”famous” Ustaz Hasrizal. Itu yang membuatkan teknik “dakwah” anda sebegini rupa.
Nasihat saya (sebagai seorang insan biasa), sampaikanlah pandangan anda dengan cara yang berhemah. Tidak perlu terjerit-jerit sana-sini. Sekiranya orang tak yakin dengan pendapat anda, terimalah hakikatnya bahawa “teknik dakwah” anda lemah. Jangan salahkan orang lain andai pendapat anda ditolak, sebaliknya perbaikilah teknik anda menyampaikan pendapat, baru orang boleh yakin dengan anda.
Seperkara lagi – Nak menjaga mulut, menjaga adab, tidak perlu jadi lulusan agama yang bertauliah pun.
tuan rumah: maaf ustaz, komen tiada kaitan dengan artikel. kalau nak delete pun tidak apa. =)
salam,
semalam saya rasa tak perlu boikot, tetapi selepas baca UZAR dan melihat hujah2 yang dibentangkan dan supaya boikot untuk tempoh yang tertentu (2 bulan sahaja) nampak akan kelojikan yang cuba dibawa oleh UZAR. Bukanlah kita boikot seumur hidup!
definitely dengan 2 bulan boikot lebih bermanfaat kepada kesatuan umat islam keseluruhannya. Lebih ramai orang yang akan bersetuju hatta pekerja2 syarikat2 belanda dan pekerja2 Shell juga mungkin bersetuju kalau boikot hanya untuk 2 bulan!
Tapi, just imaginelah kelau setiap dari kita umat islam tidak menggunakan barangan dari belanda (melainkan durian belanda dan ayam belanda
) untuk selama 2 bulan, ianya tidak akan menyebabkan kilang2 ditutup. Hanya sedikit keuntungan yang akan terusik. Itupun hanya dalam 15% sahaja keuntungan akan turun! Tetapi bagi negara yang berfahaman capitalist, ini sangat merugikan mereka kerana akan merencatkan pertumbuhan profitability mereka dan unjuran pakar2 penganalisa saham akan dinilai semula diselurh dunia! Saya belum dapat mencari lagi berapakan keuntungan Dutch Lady. Tapi rasa saya kalau satu dunia harus melebihi keuntungan Maybank yang lebih satu billion tu! Jadi bila kita boikot 2 bulan, yang berlaku hanyalah kurang untung sebanyak 200 juta sahaja (contoh ye) tetapi ianya tetap akan menjadi bualan didalam boardroom dan bualan oleh pakar2 penganilsa saham dan juga fund managers yang betapa Fitnah dari Fitna Wilders ni merupakan sesuatu yang boleh jadi dahsyat sekiranya tidak ditangani dengan baik. Sebagaimana yang saya pernah dengar bahawa fitnah dosanya lebih besar dari membunuh, jadi nampak sangat akan kebenaran hadis ini. Jadi saya ingin kita semua bila nak tidur malam ni, tutup mata dan bayangkan semua umat islam seluruh dunia boikot selama 2 bulan aje produk belanda. Kita tengok apa yang akan dibincangkan didalam boardroom yang boardmembers ni sorang2 gaji sebulan mereka ni mungkin melebihi dari gaji kita setahun dalam menghadapi ancaman Fitnah dari Fitna ini, especially after the two months. Let them be creative! Mungkin later on instead of kena boikot 2 bulan, dia orang akan dengan sendirinya bila berlaku lagi copycat wilders ni dengan sendirinya mereka “memboikot” keuntungan mereka dengan menjanjikan keuntungan jualan untuk satu bulan diberikan kepada kumpulan2 orang Islam yang memerlukan bantuan seperti utk bina masjid dan sebagainya….. hmmmmmm…. tidurlah dan mimpilah yang indah2….. anyway 2 months only…
tahniah en.danial sebab berjaya dalam mencapai tujuan anda. iaitu membuatkan saya rasa menyampah.
Sahabat2. Nampaknya nak boikot atau tidak Belanda ni masih ada khilaf. UZAR pun ada pandangan.
Cuma nak peringat, Boikot Israel/US saya tak rasa ada khilaf. Malah nampak lebih syarie untuk memboikot Israel/US. Yang mana usahanya tak boleh 2 bulan, tetapi berterusan.Yang ini kita lupa kot kejap sebab yang Belanda ni tgh hangat.
p/s: cuba tgk processor tu Intel ke? phone Nokia? Ada coca-cola dalam peti ais?
saya tak bermaksud begitu. saya cuma berminat untuk mempelajari perbezaan agama. malah saya bukan ahli.
ismahli ‘ala kulli hal.
Dalam banyak keadaan, bukan saja isu ini, saya tengok umat Islam akan sentiasa bermasalah dan cenderung mahu memaksakan supaya berlakunya keadaan Zero Sum Game dan Gamenya pula hendak dipaksakan Muslim vs Non Muslim. Bila berlaku selain dari itu, ramai yang hilang arah untuk membuat keputusan.
Untuk saya, kita harus tahu membezakan apa itu Islam, Muslim, Islamik dan yang sewaktu dengannya. Islam, jika tidak ada antara kita mahu mempertahankannya, ia tidak terluka sikit pun kerana kita yakin dengan sifat tingginya ajaran Islam. Kita yakin kita yang perlu kepadanya, dan bukan Islam yang memerlukan kita. Dalam kes ini, lebih elok kita ambil pendekatan menjelaskan, bukan mempertahankan.
Tindakan kerajaan Belanda untuk saya sangat Islamik berbanding sebilangan umat Islam yang mengangkat slogan Hukuman Mati terhadap Wilders (berlaku di Indonesia). Entah hukum mana yang dipakai sehingga pemeliharaan nyawa dalam Islam tidak diambil peduli pun!
Siapa nak pilih boikot, silakan. Siapa berpegang kepada sebaliknya juga silakan. It’s a matter of choice through what we believe as a better approach. Saya sendiri menolak boikot walaupun sebenarnya saya hampir tidak mengguna langsung dari senarai produk-produk tu.
Lebih elok kita tanya sebanyak mana dakwah kita dulukan sebelum hukum. Lebih baik kita tengok betul-betul kuasa membeli umat Islam yang ada pada hari ini jika kita nak kaitkan dengan keupayaan ia merobek ekonomi Belanda.
Bantahan tetap bantahan. Caranya biar konkrit. Atau kita percaya sebagai contoh melaung-laung semangat anti Amerika akan membantu penggantungan ekonomi kepada negara itu dapat diselesaikan?
Sindrom budaya popular bukan saja dengan membaca majalah Mangga!
Nak boikot atau tidak..terserahlah.. masing2 dah bawa hujah..pikir n timbangla sendiri..jg la akhlak dlm berbeza pendpt..kan xpasal dosa lain dpt…hormatilah pndgn org yg xsama dgn kita…bkn pyh pun.ana pun pasti ustz mahu pun pihak2 yg sokong boikot tidak redha ISLAM dihina..akhlak akhi akhlak!!!akhlak mcm ini yg kita nak canang pd org bkn Islam sebagai akhlak Islam sebenar…dlm menyatakan perbezaan pndgn akhlak diketepikan…
Afwan ustz ana tgk ada sesetgh kita konon ISLAMIK tp tidak ada adap dlm berbeza pndgn…
Bismillahirrahmaanirrahiim..
Muslim : 32 :6314
Rasanya kalau sesiapa jua memboikot atas dasar MARAH, rasanya dah lari tujuan kita. sedangkan sahabat berperang bukan kerana marah. jadi rasanya, sebelum kita membuat keputusan, hindari rasa marah dahulu. kemudian bertindak atas dasar rasional, dasar yang jelas.
p/s : hmm kita hangat bincang boikot barang belanda, dan minta kerajaan boikot lagi barang2 tersebut. yg jelas haram (arak, rokok) kita xbising2 ye?? hmmm…
sekadar mencelah ye ustaz.. ada 6 assignment kena hantar next week…
Assalamualaikum
artikel yang sangat baik dan membuatkan kita berfikir…
lepas baca saya mmg setuju sgt dgn pandangan ustaz… ianya mmg menzalimi org lain… dan org membuat kesalahan itu mungkin tidak akan merasai apa2 kesan drpd tindakan boikot itu…biasalah ahli parlimen mungkin orang yang kaya.
dan ianya adalah kezaliman.
sgt berat dosa kalau kita buat zalim kat orang lain… kita kena tanggung kat akhirat nanti terhadapa org kita zalimi…
mungkin sblm ni kita rancang nak boikot…tapi org2 yg telah baca artikel ini seharusnya ubah pendirian mereka…
fikirkan nasib 1 juta umat Islam di belanda…
sedangkan kerana tak bagi kucing makan dan buatkan ia mati kelaparan pun kena masuk dlm neraka…Ini kan kita zalim manusia lebih2 lagi orang Islam…
mereka merancang dan Allah juga merancang , Allah adalah sebaik-baik perancang.
any typical person will choose to boycott…
but those who can spare a minutes…
and think beyond average people..
will see it differently..
these are no ordinary people..
they do lots n lots n lots of homework…
i have my utmost respect for them..
Saya telah memadamkan 67 komen bagi artikel ini, kerana kemerosotan akhlaq yang berlaku di dalam perbincangan. Ketika kita mencari jalan terbaik untuk menangani penerbitan filem Fitna yang menghina Islam, saya merasakan bahawa komen-komen di sini lebih menghina Islam kerana maki hamun dihamburkan atas nama mahu membela Islam.
Wilders tidak membuat sebarang dakwaan bahawa idea jahatnya itu adalah mewakili idea gereja kristian atau apa-apa sudut agama. Ia adalah pandangan hawa nafsu dan kejahilannya terhadap subjek yang diperkatakan. Tetapi di dalam komen-komen yang saya terima, ramai yang memperlihatkan kepercayaan bahawa atas nama membela Islam, kita boleh mencarut dan maki hamun sesama pembaca.
Saya kira, sikap dan pendirian yang sebegini adalah jauh lebih berbahaya.
Maka saya mengajak pembaca sekalian agar menyambung fikiran tentang tajuk ini dengan membaca artikel saya berikutnya iaitu “TIDAK BERSIH ISLAM DENGAN KOTOR MUSLIM“.
Terima kasih