Ihsan Dalam Sebuah Kehidupan

On 10/05/2009, in Mukmin Profesional, Zikir Fikir, by Abu Saif | 12,842 views | Print Print | Email Email |

oldman.jpg

“Beribadahlah kamu seakan-akan kamu melihat Allah. Jika kamu tidak sampai kepada upaya itu, maka sekurang-kurangnya rasakanlah yang Allah itu melihat kamu”

Ungkapan tinggi seorang Nabi, pada hadith Islam, Iman dan Ihsan itu, saya baca berulang kali.

Beribadah seakan kamu melihat Allah.

Tidak sukar untuk saya fikirkan, betapa besarnya kesan beribadah di dalam solat, atau beribadah di dalam pekerjaan dan muamalat, jika diri sampai merasa melihat Allah.

Seumpama saya diberi soalan peperiksaan oleh pensyarah, dan beliau berdiri di hadapan saya memerhatikan setiap jawapan yang saya tuliskan. Pasti sahaja saya menulis dengan cermat, sentiasa rasa gelisah apakah jawapan yang dicatat itu sesuai dengan apa yang telah diajarkan oleh pensyarah saya. Tidakkah serta merta beliau kecewa dan marah, jika saya menjawab dengan apa yang menyalahi ajarannya.

Tertekan, dan tiada ruang untuk sambil lewa.

Seumpama saya di tempat kerja, majikan sentiasa berdiri di sisi, memerhatikan saya, tetapi yang lebih utama adalah saya sendiri sentiasa memerhatikan dia. Tidak mungkin kerja saya sambil lewa, kerana saya tahu dia yang menggaji dan menilai kerja saya, sedang berada jelas di sisi saya, di hadapan perhatian saya.

Ia kemuncak tumpuan dan perhatian.

Namun tidak semudah itu untuk saya merasainya. Dalam banyak keadaan, pensyarah tidak berdiri di sisi meja saya. Dalam suasana sebenar di tempat kerja, lazimnya saya bertindak dan bekerja di bawah pemantauan yang minimun. Majikan jarang ada bersama.

Tetapi kertas jawapan saya tetap akan dibaca oleh pensyarah. Saya tetap akan kembali menemuinya di hari-hari mendatang. Kemarahan dan kekecewaannya terhadap performance saya, tetap akan memberi kesan pada hubungan saya dengan pensyarah, pada satu hari dan masa di hadapan kelak.

Malah jika majikan saya tiada bersama, tempat kerja saya sentiasa ada CCTV yang memerhati. Ada pegawai yang membuat laporan kualiti kerja saya. Akhirnya, apa sahaja yang saya lakukan di belakang majikan, tetap akan sampai dan terpampang di hadapannya.

Maka jika saya tidak dapat menimbulkan rasa pensyarah dan majikan memerhati, saya sepatutnya masih mampu mengekalkan amanah terhadap pekerjaan, dengan memelihara rasa diri ini diperhati.

Itulah tingginya peranan Ihsan sebagai pencetus usaha terbaik, dalam setiap ibadah dan pekerjaan. Tidak sambil lewa, malah semuanya dilakukan dengan sepenuh upaya.

CARROT AND STICK

Dalam suasana kerja hari ini, lazimnya majikan menggunakan pendekatan carrot and stick. Jika bagus, dibalas imbuhan. Jika culas, diberi hukuman.

Namun manusia yang berniat mahu berlaku culas dan bakal, sentiasa setapak lebih maju dari sistem yang mengawalnya. Sebagaimana pencuri setapak lebih maju dari teknologi kunci dan alarm, begitulah juga pekerja di dalam sebuah syarikat. Namakan sahaja apa jua sistem untuk memantau dan mengawal, sentiasa ada jalan untuk penyelewengan dan tidak amanah boleh berlaku.

Sistem punch card sendiri hanya mampu memantau waktu pekerja tiba di tempat kerja, dan mustahil dapat memberitahu bila sebenarnya pekerja mula bekerja. Apatah lagi kaedah lain yang diserahkan kepada manusia (yang bernafsu dan keinginan) untuk melaksanakannya. Lubang tiris dan bocor sentiasa ada.

Banyak sekali contoh yang saya jumpa melalui pekerja syarikat ketika mengendalikan kursus bersama mereka. Menipu duit tol, menyelinap keluar barang pejabat, OT claim, namakan sahaja, semuanya ada cara dan jalan, dan ceramah saya bersama mereka mengundang kepada perkongsian pengalaman dan “pengetahuan”.

Mahu tidak mahu, manusia perlu kembali kepada taqwa dan kesedarannya terhadap hidup berTuhan. Kita adalah makhluk yang diciptakan bersistemkan luar ke dalam. Kita adalah manusia, yang dikawal tindak tanduknya oleh apa yang berlaku di dalam diri. Suasana, undang-undang, ganjaran dan hukuman, semua itu adalah faktor luaran. Manusia bertindak, tetap oleh gerakan hati, jiwa dan kemahuan, soal dalaman.

Soal dalaman adalah soal iman. Soal hubungan manusia dengan Tuhannya. Maka usaha memperkukuhkan aqidah dan kesedaran hidup berTuhan bukan lagi soal peribadi. Ia adalah juga sebahagian daripada keperluan organisasi. Generasi yang tinggi sains dan teknologi, hanya boleh dikawal oleh perkara asas membabitkan iman dan hubungannya dengan Allah. Soal Ihsan.

Jika hati tiada kesedaran bahawa setiap gerak gerinya dalam perhatian, jika manusia ghairah memaksa penilaiannya terhadap sesama manusia tanpa sedar bahawa penilaiannya juga akan dinilai oleh Allah, maka manusia sukar dikawal. Manusia akan bercakap sepuas hati, semahu-mahunya. Hanya dengan mengingati Allah, manusia akur untuk berusaha mengawal dan membetulkan diri, walaupun jauh dari pengetahuan dan perhatian manusia.

Dia boleh mengelabui dan menipu mata manusia, tetapi mustahil dapat menipu Allah, dan dirinya sendiri.

PERSEMBUNYIAN DI ALAM SIBER

Alam siber di internet ini telah mendedahkan manusia kepada suatu cabaran baru terhadap Ihsan manusia kepada Tuhan. Internet adalah alam yang manusia bebas melakukan apa sahaja, dan ia diburukkan lagi oleh keupayaan manusia menyembunyikan identiti.

chicken.JPG

Manusia akan mampu menjadi seangkuh-angkuh peribadi, hanya kerana kejahatan lisan dan tangannya, dapat disembunyikan di sebalik nickname dan ID ciptaannya sendiri. Cakaplah apa sahaja, celalah siapa sahaja, kita tetap selamat kerana yang kelihatan hanyalah ID yang tidak beridentiti.

Sebelum zaman ICT menguasai kehidupan, tidak semua manusia berupaya ‘memasarkan’ apa sahaja yang difikirkan. Hanya idea yang berharga sahaja diberi ruang diterbitkan melalui medium-medium yang terhad di zaman itu. Maka manusia tidak sebebas hari ini untuk menconteng pemikirannya dengan sesuka hati, melainkan kualiti isi dan etika bahasa, akan dikawal oleh pihak editor yang mengambil tanggungjawab ini. Maka pemikiran sampah dan akhlak yang cemar, sedikit sebanyak masih terkawal.

Namun, bilamana era penerbitan bahan di internet menjadi percuma, manusia mula meninggalkan pelajaran “mengenal sempadan”. Apa sahaja yang mahu diluahkan, diluahkan dengan penuh kebebasan. Sama ada idea itu muncul dari akal, atau terbit dari hawa nafsu yang mazmumah, tiada apa yang perlu dibimbangkan. Segalanya percuma dan dengan kemudahan ini, manusia semakin lupa pada nilai akhlak dalam ungkapan idea dan pemikiran. Segala-galanya menjadi lebih buruk dan cemar, apabila sebesar-besar kemungkaran penulisan, terselindung di sebalik identiti dan pengenalan diri yang boleh ditopengkan oleh nickname. Suatu kemudahan yang mudah menjadi pisau yang melukakan.

Tanpa Ihsan yang menyedarkan insan betapa hidupnya di dalam perhatian dan penilaian Tuhan, sikap seperti ini mustahil dapat diubati.

Hanya dengan kesedaran bahawa setiap yang ditulis dan diungkap, bakal menjadi pahala juga dosa, maka manusia akan berundur sendiri dari kejahatan tangan dan lisan, kembali sedar bahawa dirinya diperhatikan Tuhan, selepas terlalu jauh pergi meninggalkan rasa bahawa dia sedang berkelakuan buruk dan baik di hadapan Tuhan.

Sama ada kita bersolat di atas sejadah, atau bekerja di bilik nafkah, atau berceloteh di alam siber, ingatan diri kepada Allah jualah pengawal hakiki terhadap akhlak dan etika diri… seorang hamba yang hidup matinya diuji. Bertaqwalah wahai yang empunya diri, bahawa dirimu dan IDmu tetap diPerhati…

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Related posts:

  1. Memaknakan Sebuah Kehidupan “Ok guys, I’m going back to my room“, saya tinggalkan...
  2. Motivasi Pagi -1-: Menghargai Sebuah Kehidupan Bermula pagi ini, saya akan mula bersiaran di Radio IKIM.FM...
  3. Membuka Sebuah Lagi Pintu Kehidupan “Saya tidak galakkan, Hasrizal. Kamu lihatlah sendiri bagaimana keadaan Turki...
  4. Ujian Kehidupan di Perantauan Galway, pemandangan dari udara “Sakit sangat dah ni. Bengkak pun...
  5. Demi Sebuah Bahagia Lazimnya, saya tidak suka berkongsi tips. Malah saya sering berkata,...

 

47 Responses to “Ihsan Dalam Sebuah Kehidupan”

  1. pembaca says:

    ustaz, susah jugak ye walaupun nak rase yang allah pandang kite setiap masa. tp bile ade rase tu, susah sgt nak buat jahat, baik tengok aurat org, malah nak fikir benda2 jahat pun x berani.. alangkah indahnya jika setiap saat dalam hidup kita dapat dilalui dengan perasaan yang kita ni diperhatikan.. tp mesti lebih indah kalau setiap masa dan setiap ketika kita ‘melihat’ Allah..

    sama2 lah kita usaha

  2. nameless says:

    assalamualaikum..

    jadi secondlah pulak..
    hadis ke2 dalam matan arbain..panjang hadisnye..x hapal2 lagi..

    selamat pagi ust..

  3. cidos says:

    artikel ustaz ni hampir sama dengan satu ceramah yg saya pegi minggu lepas. Syeikh yg sampaikan ceramah tu kata rakan dia pernah di interview oleh salah satu media USA. diorang letak satu kamera dekat tempat kawan syeikh ni tadi bekerja untuk rakam aktiviti seharian seorang muslim. Nanti semua keluar dalam TV. Punya lah susah nak buat kerja katanya sampaikan kadang kadang dia terpaksa lindung kamera tu sekejap bila rasa apa yg dia nak buat tu sesuatu yang kurang ‘proper’ di mata orang ramai. Time tu lah kawan syeikh ni tadi kata dia teringatkan bagaimana Allah sentiasa melihat semua perkara yg kita buat. Moga kita sama sama fikirkan..

  4. husna says:

    salam’alaik…
    reading your articles has made me think a lot about life…thx ustaz!
    terlalu banyak cabaran dalam hidup ni dan kadang2 tanpa kita sedari, kita lupa bahawa Allah juga yg sebenarnya memberikan halangan tu utk kita perbaiki kelemahan diri..
    the concept of ‘ihsan’ is one of the hardest concept that i am still learning to grab and instill in my life..(T_T)

  5. fauzan says:

    salam ustaz….

    Lama dah saya x online sebenarnya. Sebab berkursus selama sebulan. Terkejut juga saya bila kembali melayari laman2 dan forum2 islamik(?) yang selalu saya layari dulu. Suasana ‘menembak curi’ semakin menjadi jadi. x sangka ustaz pun terkena sama.

    Harap ustaz bersabar…

  6. irshadian says:

    mabruk…artikel yang sangat memberansangkan

  7. nuraqmar says:

    nak nangis baca artikel us…terkesan..

  8. fatini_adlina says:

    ihsan harus dimulai dengan niat ikhlas dlm melakukan setiap perkara. sesuatu yang senang diungkapkan, tapi susah utk dilakukan, but.. it is never impossible.
    seperti kata husna, we are still learning to grab it and instill it in our life.. insya ALLAH

  9. naaj says:

    CCTV Allah tidak pernah ‘off’.insafi diri. tima kasih kpd ustaz.

  10. ahmad shafie says:

    a’kum ustaz, tumpang bertanya – ‘fainnahu yarooka’, saya lebih mengerti kalau saya terjemah sbg ‘maka sesungguhnya dia melihat kamu’ – saya tak baca syarah hadith ni…adakah kita kena ‘merasakan atau kita kena tahu/pasti y kita sedang diperhatikan’ atau sama je?

  11. shiha says:

    Assalamualaikum..
    Zaman ICT, ada pros and cons nya. Kalau lihatkan contoh yg ustaz bagi tu, nampak banyak benar cons tu. But at the same time, kalau takde ICT nih, maka mana mungkin seluruh manusia yang faham Bahasa Malaysia boleh membaca tulisan ustaz, di mana saja manusia tu berada. Itulah pronye. Yang penting, untuk kita membanyakkan pulak blog – blog / website2 yang berkualiti macam saifulislam.com ni. Wasalam. p/s: ‘mata’ Allah swt – the biggest CCTV ever!

  12. saharah says:

    assalamualaikum ustaz…alhamdulillah syukur saya kpd Allah yg menemukan sy dgn website ini tatkala saya sdg mencari cari bhn santapan rohani dlm kehidupan seharian saya yg sgt sibuk.walaupun hanya sempat menatap beberapa artikel shj poin yg ustaz paparkan cukup untuk membuat saya berfikir tentang kekuasaan Allah

  13. aye says:

    Alhamdulillah ustaz…betul2 tekena atas kepala ana….. yelah ana ni kerja jabatan kerajaan, pantauan kurang….. dan time kerja dah setle ana buka internet…. ana buat kerja spt ‘ini’ malah sampai masuk dlm forum2 perbahasan……
    macam mane ye ustaz utk ana ‘baiki’ sikap ni??? maksudnya, utk ana memahami dam mhadam ‘ihsan’ itu dgn sebenar2nya…

  14. kautsar says:

    saye bace kisah yg dikumpulkan dlm buku karya habiburrahman el shirazy, tentang seorg ulama diajar oleh bapa saudaranye camne nk igt Allah selalu.
    pastu ulama itu disuruh mengucapkan “Allahu ma’i, Allahu nadhiri, Allahu syaaahidi” tiap2 kali beliau nk salin baju n tdo. (= Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikanku)
    lepas tu beliau hafal, dan ucapkan setiap malam, hayati makne nye. dan beliau rase ade nikmat dlm hati, fikiran tenang, rase sentiase besame Allah swt.
    kalo hayati betul2, akn rasa cm dilihat, disertai, disaksikan Allah di mana jua, bila2 pun. so bile kite sentiase rase Allah bersama, melihat dan menyaksikan apa yg kite buat, mesti kite sgt2 betakwa.. dan tak hingin pun nk buat maksiat.

    semoga dpt mbantu, ape2 salah silap maafye harap dibetulkan. wassalamualaikum

  15. kinhaifa says:

    Assalamu’alaikum wbt..
    Ustaz,boleh tolong terangkan apa itu Ihsan secara detail dan boleh tak tolong explain pasal tajuk “Ihsan mengajar umat islam membina khidupan yang berkualiti dalam smua aspek khidupan” TERANGKAN …

    • Tronx013 says:

      @kinhaifa,

      salam,

      Maaf,(saya bukan ustaz)saya nak bg pandangan,kalau salah,betulkan.Berdasarkan pembacaan:

      Abu saif dalam artikelnya :”Tanpa Ihsan yang menyedarkan insan betapa hidupnya di dalam perhatian dan penilaian Tuhan, sikap seperti ini mustahil dapat diubati.”

      maksud Ihsan ini secara ringkas, kita merasa Allah itu sentiasa memerhatikan kita dan kita dalam perhatianNya.

      “Apakah itu Ihsan? Baginda menjawab : Sesungguhnya kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatnya, walaupun kamu tidak melihatnya, akan tetapi Allah melihat kamu” [Hadith Riwayat Bukhari #50, Muslim #9].

      berdasarkan pengalaman saya, ihsan ini banyak membantu kita dalam beribadat,solat lagi khusyuk. Andai kita seorang pelajar, Ihsan ini sangat membantu untuk kita fokus dalam belajar,impak daripada solat yang khusyuk kerana adanya Ihsan. Benarlah kata-kata Allah, berjayalah orang-orang yang khusyuk dalm solatnya. andai, kita manusia yang melakukan amal,kita pasti melakukan yang terbaik kerana Allah,kita persembahkan seikhlasnya.

      Hanya Allah yang maha mengetahui segalanya..

  16. Abu Saif says:

    Wsalam wbt.

    Berjela-jela saya taip dalam artikel tu…

  17. Pak_Din says:

    Kesian Ustaz, Ini kes guna matahari sebagai lampu suluh sampaikan tak nampak tulisan yang ada.

    • Pak Din says:

      @Pak_Din, Di atas sebuah meja ada kipas meja (table fan). Apa yang ada sebelum suis di-on-kan? Hanya kipas.

      • @Pak Din, tak fahamla kipas2 ni…cuba terangkan semula

        • Pak Din says:

          @akubencidiktator, Lepas di-on-kan, apa yang kelihatan? Kipas (benda atau zat) yang berputar dan angin yang dikeluarkan.

          Dalam contoh ini bayangkan kipas ini menggunakan tenaga elektrik dari battery, dengan 3 butang kelajuan.

          cara kerja kipas ialah berpusing

          gerak kerja kipas adalah menukar tenaga eletrik (Potential Energy) kepada tenaga angin (Kinetik Energy)

          hasil kerja kipas adalah mrngeluarkan angin

          AQ mengajar dengan misalan, tamsil, ibarah, contoh dan sebagainya yang membantu memahami sesuatu konsep.

          Hanya Zat Allah dan Tenaga PotensiNya yang wujud sebelum Dia beriradah untuk menjadikan mahluk. Dia wujuda, qidam dan baqa’.

          Carakerja Allah adalah SunnahNya yang tidak pernah dan tidak akan berubah dari Azali (Big Bang).

          Gerakkerja Allah menceritakan proses carakerjaNya sementara Hasilkerja Allah, secara amnya, membentuk mahluk keseluruhannya.

          Maka dengan beriradahnya Allah mencipta mahluknya, Dia telah mentajjalikan (transformed) TenagaNya kepada Tenaga yang membentuk mahluk (keseluruhan tenaga ini dirumuskan di dalam 3 Hukum Thermodynamics).

          Zat Allah berada di luar Alam (alam = mahluk keseluruhannya) tetapi tajjali TenagaNya membentuk semua mahluk dan segala yang berlaku di Alam ini. La Hawla Walaa Quwata Illa Billah (Tiada sesuatu berlaku dan tiada kekuatan untuk melakukan sesuatu, melainkan dengan kehadiran (tenaga) Allah.

          Pokoknya Ikhsan itu adalah merasai kehadiran tenaga tajjali Allah bersama kita, sepertimana tenaga angin dari kipas tidak terbentuk jika tidak adanya tenaga elektik. Ikhsan itu bukan angin melihat kipas bergerak, tetapi merasai kehadiran tajalli tenaga elektrik kepada tenaganya. Begitu juga pada mahluk, bukan hanya merasakan Allah melihatnya membuat sesuatu, tetapi merasakan kehadiran tajjali tenaga Allah yang membentuk kehadirannya di Alam dan dapat melakukan segala yang diinginkan.

          Kesalahan WW adalah mengatakan zat Allah yang membentuk Alam atau mahluk. Pentajjalian atau transformation tidak menjurus kepada itu. Angin tidak wujud pada zat hanya ada senbagai hasil kerja kipas, sebagaimana mahluk, tidak wujud pada zat yang haq, melainkan ada sebagai Hasilkerja Allah.

          Keterangan lanjut banyak dibincang di Sharudin.com

          • Hazrul says:

            @Pak Din,

            merujuk kepada tulisan di atas==> “dari Azali (Big Bang)”

            saya rasa tidak sesuai Big Bang disamakan dengan azali

          • Pak Din says:

            @Hazrul, Dari satu segi saya setuju. Ini bukan kerana Sunnah Allah itu yang berubah tetapi kerana ilmu kita tentang Sunnah Allah itu yang berubah. Memandangkan Multiverse, Parallel universe dan ‘God Particles’ masih dalam pencarian, yang paling hampir kepada Azali, yang telah disepakati ramai ahli sains ialah Big Bang.

          • Husaini says:

            @Pak Din, tinggi..tinggi…antara maksud genius yang Ustaz selalu bawakan ialah dengan memudahkan yang sukar, tetapi saya rasa Pak Din membuat sebaliknya, dengan penambahan perkataan yang orang agama moden pun jarang jumpa; tajalli, pentajallian…uuuhh..

          • Pak Din says:

            @Husaini, Dari awal di SIO ni saya menekankan konsep tengok isi kotak, sebagai terbaik, daripada berpersepsi dengan label kotak. Label adalah simbol dan perkataan banyak yang di-rock-kan mengikut zaman, seperti, “Best giler!” … Kita bukan tidak mempunyai perbendaharaan kata sendiri, tetapi terkadang kita perlu menari dengan irama orang. Semuga yang tersirat sampai lebih berkesan dari yang tersurat.

          • mrsalqasam says:

            @Husaini,

            Secara peribadi, saya suka dengan tulisan Pak Din. Walaupun tidak simplimistik tetapi cuka intelek dan sangat mudah difahami bagi mereka yang dah mengaji kesemua disiplin ilmu dengan tertib dan teratur.

            Walau bukan semua yang Pak Din terangkan di sini dapat difahami semua namun ibarat kata pepatah tidak semua dapat digarap dan dihadam semua.

            Kata-kata Pak Din ada maqamnya untuk martabat mereka yang nak mengenal Allah dari konteks yang lebih dalam. IHSAN.

            Tapi, tulisan ustaz sungguh komprehensif dan simple untuk semua fahami. Dua-dua ada tempatnya.

  18. tynee says:

    assalamualikum..
    bila bc ape yg ustaz tulis, terasa diri ini begitu kerdil.

  19. Azoof77 says:

    syukran ya ustaz…sekurang2nya ramai mula tertarik dengan artikel ustaz ni…moga Allah berikan ihsan pada kita noo…

  20. eyka says:

    salam..ustaz,boley ustaz trangkn lbey terperinci tntang pranan ihsan dlm mnangani seks bebas??dan bgaimana pula konsep ihsan dan ikhlas dlm ibadah mmpu mnangani msalah ini??

  21. Muhammad says:

    Assalamu Alaikum.

    Saya amat tertarik dengan artikel tuan mengenai Ihsan ini. Sebenarnya saya ingin menulis dalam Blog saya mengenai sifat Ihsan. Untuk mendapatkan hadis Ihsan saya terjumpa dengan blog tuan. Pandangan tuan ingin saya masukkan di dalam artikel saya nanti. jika tuan izinkan.

    Silalah singgah ke laman web saya http://rahsia-rahsiabesardalamal-quran.blogspot.com/. Didalamnya Insya Allah semua artikel saya adalah percuma. Asalkan digunakan untuk jalan Allah swt.

  22. ummufateh says:

    Hati ana sangat tersentuh pagi ni dengan tulisan ustaz ni, jiwa kehambaan ana berkocak, ana sangat menderita dengan kebutaan mata hati ana untuk merasakan melihat Allah. Ana menangis…. Adakah kita layak melihat Allah nanti di hari la zilla illa zilluh
    Rasanya ustaz pernah menulis artikel ini dulu.

  23. Tronx013 says:

    salam,

    “Andai saudara kita terjatuh adakah kita akan membantunya? andai saudara kita jatuh kali kedua, adakah kita akan tolong? dan jatuh lagi?? adakah kita akan tolong.. andai mereka terus lumpuh? adakah kita akan pimpin mereka? kerana kita dah mampu berdiri,adakah kita lupa yang kita pernah merangkak..”… sekadar renungan..

    Terasa pula diri ini yang menyorokkan identiti ketika awal-awal mengenali blog.. biasalah, tidak semua orang ada keyakinan dan berani berhadapan dengan manusia yg buas menggeledah identiti kita. Harap semua tahu TRONX013- Mohd Fadzli ye, just klik link saya.

    Andai kita mampu merasakan Allah memerhatikan kita,khusyuk itu berjaya dikecapi, inshaAllah, belajar dalam kelas pun fokus..

    hanya pendapat…

  24. Aku says:

    Assalamualaikum…

    Bagaimana dengan seorang insan yang bekerja tetapi hampir tiada kerja yang dilakukan…. Oleh kerana tidak suka membuang masa, beliau lebih gemar melayari internet. Hanya menunggu telefon berdering dan satu, dua pekerjaan yang dilakukan setiap hari. Sekiranya ada tugasan pasti akan dibereskan sebaik mungkin.

    Setiap kali ada kursus dan sebagainya, beliau tidak pernah claim perjalanan, OT dan sebagainya. Ini adalah untuk kontrakan semula dengan apa yang dipakainya dia pejabat. Beliau cuba untuk tidak menggunakan phone office, sebaliknya gunakan handphone sendiri untuk membuat panggilan peribadi. Sekali2, terbabas jugak gunakan telefon office untuk menelefon ke pejabat2 kerajaan atas tujuan peribadi.

    Itulah… dalam beringat pun kadang2 memang terbabas atau ‘membabaskan’ diri… Kadang2 terfikir untuk kerja sendiri supaya hasil yang didapati adalah bersih…

  25. aman says:

    Salam….
    Bidang kerja ni….
    kalau suasana kerja itu sudah biasa dengan keadaan ‘menipu’ ini..
    macam mana hendak ubahnya?
    jika kita hanya seorang tetapi mereka itu ramai…
    aman sendiri ngaku..
    kat tempat kerja ni…
    ‘claim OT’
    ‘punch card utk org’
    ‘hilang time keje’
    ‘bawa keluar barang company’
    sudah jadi lumrah…
    apa yang boleh buat..
    sedaran kawan2 dahulu…
    sedarkan golongan muda..
    supaya tradisi tidak diikuti…

  26. “Manusia akan mampu menjadi seangkuh-angkuh peribadi, hanya kerana kejahatan lisan dan tangannya, dapat disembunyikan di sebalik nickname dan ID ciptaannya sendiri. Cakaplah apa sahaja, celalah siapa sahaja, kita tetap selamat kerana yang kelihatan hanyalah ID yang tidak beridentiti.”

    Salam ustaz,

    From computer forensic view, nobody can hide behind the nickname as they still can be tracked by ip address even they use multiple proxy… unless they are smart enough to defeat the technology (a.k.a. 0day exploit in I.T. world) which is possible nowadays :)

  27. ibnusina says:

    salam ustaz, sy nampak matlamat artikel ini utk membentuk ihsan di kalangan insan, salah satunya, ihsan dalam mengomen mana2 artikel dan mengeluarkan idea atau pendapat utk tatapan umum..

    utk pengetahuan semua, sy sangat terkejut dengan sikap masyarakat kita, yang mungkin juga mengaku dirinya salah seorang pejuang Islam tetapi sanggup mengutuk ulama’ secara terang2an.. bahkan, kalaulah golongan ini tak mengaku dirinya memperjuangkan Islam, adakah satu yang memenuhi fitrah mengutuk seseorang? blh rujuk komen2 di blog us nasharuddin tantawi yang begitu banyak menerima bahasa2 sangat2 kurang sesuai ditujukan kepada manusia, apatah lagi ULAMA’ yang dijanjikan oleh Allah PEPERANGAN sekiranya memusuhi golongan yang merupakan pewatris Nabi ini.(blh rujuk hadis ke-38 dari hadis 40)..

    saya sangat berharap, semantap manapun ilmu kita, sepandai mana pun dalam menguasai ilmu pengurusan, ilmu2 ‘duniawi’(yang mengaku dirinya profesional), kita masih lagi terikat dengan hukum2 Islam, dosa pahala, syurga neraka, hari pembalasan PASTI akan kita temui.

    berfikirlah sebelum bertindak.
    tapislah sebelum mengeluarkan kenyataan.

    ulama’ tidak akan rugi, tidak akan hina, walau sehebat mana pun kata2 kesat dikeluarkan kepada mereka, lantaran kemuliaan mereka telah dijanjikan oleh Allah dan RasulNya, bahkan PENGISYTIHARAN peperangan dari Allah amat jelas kepada mereka yang MEMBENCI ULAMA’…

    semoga Allah menjaga diri kita dalam Islam, bekerja utk agamaNya dan menjadi salah seorang yang mampu meletakkan Islam kembali ke tempatNya..

    disini, ingin saya nyatakan, saya amat menyintai ulama’. semoga Allah kekalkan saya dalam kasih sayang kepada mereka..

    jom, pakat2 sayang ulama’ (^_^)

  28. ibnusina says:

    ops, maaf, saya tersilap, hadis ke-38 tu bukan ditujukan kepada ulama’ tapi kepada wali Allah… maafkan atas segalanya…

    Ulama’ memang manusia biasa, ada salah dan silap, namun, adab dengan ulama’ sebagai pewaris Nabi Muhammad SAW mesti terus dijaga. kerana, Nabi sudah tidak akan diturunkan, merekalah yang BERTANGGUNGJAWAB membawa manusia kepada Allah…

    sekian, wassalam… maaf sekali lagi atas salah dan silap..:)

  29. Hazman says:

    “Mahu tidak mahu, manusia perlu kembali kepada taqwa dan kesedarannya terhadap hidup berTuhan. Kita adalah makhluk yang diciptakan bersistemkan luar ke dalam…”

    ana rasa ada typo error..”seharusnya kita adalah makhluk yang diciptakan DALAM ke LUAR”. Tak gitu ust?

  30. mrsalqasam says:

    Salam.

    Menarik garapan Ihsan yang dibuat dengan kaitan dengan alam siber. Benar sungguh. Semua mampu menipu, menemplak, mengherdik dengan akhlak dari hati yang tidak bersih andai tiada IHSAN yang memegang character sebagai ibadullah dalam setiap masa.

  31. [...] Gerakkerja dan Hasilkerja. Telah terbit Mei 12, 2009 DARWIN 6 Komentar Pak Din reply on May 12th, 2009 7:42 [...]

  32. Nur says:

    Salam…

    Kisah nie mengingatkan saya akan seorang teman yg selalu claim hujung minggu walaupun tidak bekerja. Dia sanggup datang untuk punch dan kemudian keluar berjalan, dan bila petang datang kembali untuk punch balik… tak tau la nak kata macam mana.

  33. [...] sifat ihsan (click here), akan terus kita tanam dalam jiwa kita tatkala kita memblogging, memberi komen, bersuara dalam [...]

  34. mieyra says:

    boley tlong sy x..
    sy nak tau ape yang di kate kan peranan ihsan dalam kehidupan pelajar..
    sy hrap sape yg tau,tlong rply eaa..
    tenkiu

  35. Guru Tajwid says:

    Assalamualaikum semua,

    Kalaulah sifat ihsan ini benar-benar diamalkan dalam kehidupan setiap yang mengaku dirinya mukmin, pastinya kualiti kita sebagai khairul ummah akan terserlah.

    Kita akan menjadi umat yang sentiasa memelihara amanah, yang sentiasa bercakap benar, pendek kata apa yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul-Nya akan kita turuti.

    Masakan tidak,ingin berkhianat diri merasa diperhati, ingin menipu rasa diri diperhati, maka tidak mungkin kita akan melakukan segala larangan-Nya.

    Namun bukanlah mudah untuk mendapatkan ihsan tanpa ilmu, amal yang ikhlas dan diikuti mujahadah yang istiqomah.

  36. Husna Nur Nazura(12thn) says:

    salam ustaz,sy minta izin nk copy apa yg sesuai ye. sy nk buat buku scrap utk FAFA- UPSR.TQ.

  37. Mimi says:

    Ustaz, saya nak pendapat macamana nak nasihat kawan2 yang selalu minta tlg ‘punch card’. Sebenarnya saya terpaksa tolong punch, jadi saya rasa tak ikhlas buat macam tu.

Leave a Reply