
1935 Chinatown Kuala Terengganu, Silver Jubilee of King George V
1993
“Hah, padan muka. Inilah balasan Tuhan kepada kamu!”, herdik pegawai itu kepada kami yang masih basah kuyup selepas meranduk sungai di Janda Baik.
Telinga saya merah. Perasaan marah berubah menjadi semacam dendam.
Saya terkenang kembali kepada rentetan peristiwa beberapa hari yang lalu. Saya dan rakan-rakan dihantar ke kem ini untuk membina patriotisme sebelum dihantar pergi meninggalkan negara. Bimbang kalau-kalau hati berubah rasa, beralih cinta melupakan desa.
Saya dilantik sebagai penghulu, hasil undian majoriti. Alhamdulillah. Antara suka dan derita. Saya derita kerana tidak mahu dibebankan dengan hal-hal remeh yang menyulitkan saya. Tidak cukupkah dengan beban menjadi peserta? Kenapa mahu mengambil tugas menyelia peserta-peserta yang lain pula?
Tetapi timbul sedikit rasa lega kerana dengan tugas sebagai penghulu, saya dapat bertindak mengawal perjalanan program, agar tidak berlaku apa-apa yang mencederakan Iman dan Islam saya.
“Kamu semua yang nak ke Jordan, Mesir dan Morocco, dengar sini”, kata salah seorang pegawai. Mukanya bengis, sekurang-kurangnya pada perasaan dirinya.
Kalau setakat imam-imam tu, kami letak bawah ini sahaja!
“Minggu lalu kami baru sahaja habis mengkursuskan Imam-imam. Kalau setakat imam-imam tu, kami letak bawah ini sahaja!”, katanya penuh angkuh sambil memegang tapak kasutnya.
Ia semacam suatu amaran kepada kami. Jangan cuba untuk tunjuk pandai atau mahu lebih-lebih.
Tetapi bahasa pegawai itu menambahkan kebencian saya kepada program ini. Kebencian yang bukan emosi. Tetapi kebencian kerana ia suatu penghinaan kepada agama saya, oleh orang saya sendiri. Marah saya bukan kerana saya anak muda.Tetapi kerana soal harga diri dan agama.
Perjalanan kursus berterusan seperti yang mereka rancang. Setiap peserta ditugaskan untuk menjaga amanah membawa sebiji telur ayam mentah. Telur ayam saya telah pecah apabila seorang pegawai sengaja merempuh saya ketika sedang lalu di koridor.
“Huh, kalau telur sebiji pun tak boleh nak jaga, macam mana nak jadi pemimpin negara!”, ulasnya sambil memberikan saya sebiji bata sebagai ganti kepada telur yang pecah itu.
Itulah harga sebuah kepimpinan negara kepada pegawai tersebut agaknya. Hanya seperti sebiji telur ayam.
Kemudian kami diarahkan untuk melukis bentuk geometri kesukaan kami secara spontan. Kebanyakan kami melukis bentuk bulat. Ia mudah, simbolik dan boleh ditafsirkan dengan pelbagai maksud yang positif.
Tetapi pegawai tersebut telah memberikan komen bahawa masyarakat yang suka bentuk bulat seperti bulan purnama ini lazimnya adalah masyarakat yang gilakan seks! Hanya sekadar mahu menyindir penyebaran pengaruh parti Islam pembangkang, beliau telah mencederakan pemikiran kami dengan idea-idea sampah seperti itu. Saya hanya mendiamkan diri.
Tiba-tiba lampu dewan ditutup…
“Yang tak berapa tinggi sila ke belakang dan yang tak berapa rendah sila ke depan. Pastikan yang tak berapa tinggi berada di depan kamu, manakala yang tak berapa rendah berada di belakang!”, jerit pegawai tersebut.
Maka riuh rendahlah di dalam gelap para pelajar cuba mencapai maksud arahan yang gelap seperti gelapnya dewan malam itu. Lelaki dan perempuan habis bertembung dan berlaga depan belakang.
Saya hampir hilang sabar. Di dalam gelap saya menjerit, “siapa sayang iman, sila ke tepi!”
Apabila lampu dipasang semula, kelihatan ramai dari kalangan batch saya yang berdiri di tepi dinding dewan. Hanya kumpulan yang akan ke UK dan USA sahaja yang berbaris di tengah-tengah dewan.
Muka pegawai itu merah padam. Marah benar dia kepada kami.
Masuk hari ketiga, sekumpulan pelajar perempuan telah datang kepada saya meminta bantuan. Mereka mohon dikecualikan daripada masuk ke dalam kolam kerana pakaian yang basah kuyup akan mendedahkan aurat. Tambahan pula, pelajar akan dimasukkan ke dalam kolam berselang seli antara lelaki dan perempuan.
Saya tahu ini bukan permintaan yang mudah. Namun sebagai penghulu, saya memberanikan diri.
Keesokan pagi, semasa solat Subuh, saya telah menjadi Imam. Surah al-Sajdah dibaca dengan penuh rasa syahdu. Bukan apa, tetapi terasa pagi ini bagai kemuncaknya. Ia adalah pagi terakhir kami di kem ini, dan kami akan melaksanakan kembara merentas desa selepas terbit matahari.
Saya membaca Qunut Nazilah agar Iman kami yang masih muda dan mentah ini tidak dicemar. Dan kepada Allah jua kembalinya segala hukuman kepada mereka yang melanggar batas agama. Semua jemaah mengaminkannya, termasuk pegawai-pegawai yang ada.
Ya Allah ya Tuhan kami, Engkaulah tempat kami mengadu. Peliharalah iman kami, hamba-hambaMu. Jauhkan kami dari musuh-musuhMu. Hindarkan kami dari kejahatan mereka dan kepada Engkaulah pulangnya segala ketentuan!
Selepas selesai solat dan tazkirah, saya bangun menuju kepada ketua pegawai yang bertugas. Beberapa orang sahabat datang mengelilingi kami berdua.
“Maafkan saya tuan. Sebagai penghulu, saya bertanggungjawab memastikan permintaan anak buah saya disampaikan. Pelajar perempuan mahu dikecualikan daripada masuk ke kolam. Atau sekurang-kurangnya mereka tidak dimasukkan berselang-seli dengan lelaki. Bukan mengada-ngada atau manja, tetapi untuk menjaga hukum agama!”, saya bersuara.
“Oh tak ada masalah. Kalau itu yang mereka mahukan”, kata pegawai tersebut.
Subhanallah terkejut saya dibuatnya. Tidak sangka semudah itu. Saya menjangkakan adanya pertengkaran dan saya telah pun bersedia.
Selepas sarapan pagi, kami semua berkumpul di padang. Selesai menyanyikan lagu Negaraku dan Wawasan 2020, undian diadakan. Ditakdirkan Allah, kumpulan saya mendapat giliran yang pertama untuk memulakan perjalanan.
“Tidak ada sesiapa pun dikecualikan daripada masuk ke kolam. Lelaki atau perempuan, semua kena masuk. Keputusan adalah muktamad!”, pegawai yang saya temui pagi tadi telah mengengkari janjinya.
Semua orang memandang ke kiri dan ke kanan.
Saya yang kemarahan gagal mengawal perasaan. Saya melangkah ke hadapan dan menegur pegawai tersebut.
“Masuk kolam saya tak kisah. Tapi kalau menipu dan mungkir janji, ini yang saya kisah!”, saya mengangkat suara sambil mencampakkan bata di tangan ke padang.
Pegawai tersebut sedikit terkejut. Saya dan kumpulan saya telah bergerak menuju ke kolam. Tali direntang di tengah-tengah kolam sepanjang kira-kira 30 meter. Air kolam pun agak dalam. Saya sendiri hampir-hampir tidak mencecah dasarnya.
“Macam mana ni Hasrizal? Kami nak masuk ke?”, tanya beberapa orang ahli kumpulan saya yang perempuan.
“Jangan masuk! Pergi jalan ikut tepi kolam”, saya bersuara keras.
Semua orang lain hanya memerhatikan kami. Pegawai itu juga menjeling tajam.
Perjalanan kami memang perit. Oleh kerana malam tadi hujan lebat, maka banyak pohon buluh yang rebah ke atas sungai. Oleh kerana tiada jalan lain, kami terpaksa merangkak di dalam sungai. Sesekali terteguk juga air.
Bahagian paling sukar adalah ketika mendaki bukit yang cerun. Tanah liat yang basah tambah menyulitkan keadaan. Saya memohon maaf kepada beberapa ‘ustazah’ kerana terpaksa menarik tangan mereka lantaran keadaan yang tidak memungkinkan mereka untuk memanjat tanpa bantuan.
Ditakdirkan Allah, kumpulan saya selaku kumpulan pertama telah terkeliru kerana tiada sebarang kesan perjalanan di hadapan. Semua lorong masih segar tidak terusik. Kami telah tersesat hingga termasuk ke kebun sayur orang asli.
Oleh kerana kami tersalah jalan, kami yang bergerak paling awal telah menjadi kumpulan kedua akhir sampai ke hujung perjalanan.
“Hah, padan muka. Inilah balasan Tuhan kepada kamu!”, herdik pegawai yang menanti kami.
Saya hanya mendiamkan diri kerana tiada faedahnya untuk saya berbalah. Tambahan pula hati yang teramat kecewa kerana terlepas solat Jumaat terakhir di Malaysia lantaran kembara itu…
2007 @ IIUM
Peristiwa ini telah lebih 15 tahun berlalu. Bayangkan kesannya kepada diri saya. Setiap butir peristiwa masih segar di ingatan. Not forgiven and not forgotten!
Saya terfikirkannya kembali apabila saya membaca perkembangan konsep La Patrie yang berkembang di era Napoleon Bonaparte di Perancis.
Patriotisme dan cintakan negara adalah sesuatu yang bersifat perasaan dan emosi. Ia adalah cinta. Dan cinta tidak boleh dipaksa. Saya tidak faham apakah falsafah yang dipakai untuk memaksa kami cinta dengan pendekatan sedemikian rupa. Aktiviti lasak memang kami gemari. Tetapi menghina pemikiran dan pendirian agama, itu suatu kedangkalan idea.
Pada saya, lebih kuat kita mendalami agama, lebih dalamlah rasa cinta kepada tanah air. Timbul dalam diri rasa mengambil berat terhadap setiap sesuatu yang berlaku kepada negara dan enggan menerima penentangan, sama ada oleh ancaman musuh, mahu pun oleh anai-anai korupsi nepotisma dan kronisma dalaman.
Patriotisme bukan lagu Negaraku. Patriotisme bukan Jalur Gemilang. Patriotisme adalah keprihatinan dan ketinggian perasaan seorang rakyat yang mahukan segala yang terbaik untuk negaranya.
Orang yang paling kuat beragama, itulah yang paling cintakan negara.
Mengapa diperbodohkan pemikiran pelajar agama, hanya kerana sentimen partisan yang sempit makna?
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











erk, bukan semangat patriotisme ni ke yg antara sbb yg jadikan Empayar Turki Othmaniyah jatuh?
Hal ni sama mcm di Mid East, tgk saja Palestin. Andainya semangat berjuang kerana agama itu ada, sudah tentu ‘negara-negara Islam’ berdekatan dah membantu… Tapi dek kerana semua sygkn negara dari sygkan agama …….
Haiz….
kena cek balik, apa beza antara patriotisma, nasionalisma, asabiyah, dan sebagainya….
Assalamualaikum.. saya selalu membaca artikel2 di blog ini.. saya cukup2 respect dgn hasil penulisan ustaz.. dapat menyentuh hati saya.. setiap kali membaca.. seolah2 ada semangat baru tercetus dalam diri saya.. ustaz.. bagaimana cara ustaz belajar sehingga dapat mencapai ke tahap ini? adakah hanya sekadar banyak membaca??
pastinya mereka yang berada dalam kem tersebut bila baca artikel akan mengamit nostalgia. Mintak2 trainer2 tu pun baca sekali.
patriotisma = aku tak rela tanah air ku menjadi hina/buruk etc
nasionalisma = yg penting negara terbentuk, apa yg membentuk tak penting
asabiyah = kome jgn le ngajak org lain, org kampung kite sudah le. buang karan je ngajak org lain (note: teman org peghak)
lain-lain? ermm nepotisma? kronisma?
Cerita diatas mengingatkan sy ceramah yg telah sy hadiri semalam sempena maulidurrasul, berkenaan masalah besar yg tlh dibangkitkan dlm parlimen tentang program khidmat negara yang terpaksa dijalani oleh adik-adik kita. Masalah percampuran aktiviti-aktiviti yang tak sepatutnya antara peserta lelaki dan perempuan. Malu dan malangnya usul yg dicadangkan seorang pemimpin berbangsa cina dan berakidah kuffar (yang mungkin lebih cenderung kpd menepati syaro’ dan sunnah) agar peserta lelaki dan perempuan melakukan aktiviti berasingan di kem yang berasingan, ditolak mentah-mentah dan dicerca kononnya jumud dan kuno oleh pemimpin yg berbangsa melayu dan seakidah kita -islam. Kononnya kursus PLKN itu adalah untuk membina interaksi antara peserta lelaki dan wanita, ini zaman moden, dah takde istilah asing-asing antara lelaki dan perempuan.
In the era when European countries try to form a bıgger federal state of Europen Union and forgoing their national patriotisme, we in the other corner of the world are still with the spirit of nationalisme and hidup ‘Melayu’.
Roughly qouting from Feldstein who is a great Europhobic from Harvard, ‘ The establishment of Euro as a common currency might be taxing, but for the sake of avoiding long war between Europen countries, some form of economic integration is needed in order to form a new integrated power, to the least those countries will enjoy the economies of scale of military force.’
Here you go nationalısme and ‘hidup Melayu’. Carpe diame…
ustaz banyak membaca pengalaman hidup sendiri… tapi saya kagum sangatlah ustaz… berani pada yang haq…
itu dari sudut PKLN…. satu lagi di hari 31 ogos lagi… siap macam2 agenda untuk menaikkan semangat patriotik… siap masuk tv lagi… bila ditanya rukun negara.. hehehe terus lari…
Sokongan penuh… Nasib Melayu terikat pada Islam yang memberi sebuah bangsa ‘izzahnya… Seandainya kita tinggalkan jati diri sebagai Muslim, tiada nilainya sebuah bangsa yang dibanggakan atas dasar keduniaan.
erk, da lupa definisi patriotisma, nasionalisma… igt sket2 ja…dlu x pandai blaja sejarah.
btw, nahnu qaumun …. (sambung sendrik)
=D
sifat tegas ustaz buatkan saya bertambah hormat pada ustaz
assalamualaikum….
ana setuju dgn apa yg ustaz lontarkan.. negara kita hari nie terkeliru antara cintakan agama dan cintakan negara.. inilah pemikiran sekular yg nak dtrendkan kpd pelajar sekarang menyebabkan ramai yg terjebak ke lembah kemaksiatan..
saya geram meingatkan kembali sikap pegawai2 yg memang seperti ustaz gambarkan.. samada PLKN, PKSN, BTN, dll.. agenda mereka menanam patriotisme hanya meninggalkan bekas hitam di dalam jiwa kami.. tak sedikitpun tergambar nilai islam yang dicanang2kan melalui slogan islam hadhari..
semoga Allah meneguhkan hati dan pendirian kita semua..
Setakat yang saya faham nationalisme secara sederhana tidaklah bertentangan Islam (rujuk rasaa’il lil Imama Hassan Al-Banna),tetapi jika nationalisme tersebut berasaskan usaha mengenepikan agama, itu sudah jadi tidak betul.Hati2 lah jangan sampai jadikan agama korban kepada perkara2 lain.
assalamualikum wbt
islam itu asing dan akan kembali asing beruntunglah org2 yang asing.
kisah ustat ini satu cabaran utk kita, beranikah kita mempertahankan pegangan kita bila dihujam dgn bermacam-macam hal, atau jika baru digertak terus terkencing.
membaca kisah ini, membuat jiwa tersentak, berapa ramaikah di antara kita yang sanggup ditengking sebegitu rupa (soalan ni patut dibaca kpd diri sendiri bukan disoal kpd org lain).
Permasalahan ini pernah diutarakan oleh ibnu khaldun, dan apa yang jelas kita kian berada di gaung yang cukup ngeri. Pengalaman ustaz sebenarnya pengalaman yang turut dilalui oleh semua individu generasi baru yang berkerakyatan Malaysia. Cuba kita renungkan Rukun Negara (bukan menolak Rukun Islam tetapi Rukun Negara kian terpinggir apatah lagi Rukun Iman dan Islam).
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
Berapa banyak yang dikalangan masyarakat kita termasuk pimpinan kita mencabuli Rukun Negara?
Marah pada tempatnya… Allahuakbar !!!
Allahumma tsabbit qulubana wa aqdamana…
alhamdulillah..setelah hampir setahun saya mengunjungi blog ustaz, baru hari ni diberi kekuatan untuk menulis comment. mmg setiap kali membaca entry2 yg di’post’ akan ada satu nilai /rasa/ semangat yg lain yg terbit dlm diri.tahniah kpd ustaz. gunakanlah kelebihan yg dianugerahkan ALLAH ini di jalanNya.
saya tertarik dgn entry ini kerana saya juga antara ribuan peserta yg pernah menyertai kem spt ini.kem bina negara sebelum ke luar negara yg salah satu objektifnya untuk menjana jati diri para pelajar agar tidak hanyut di tempat org. saya kira pengalamn ustaz lebih dahsyat drp apa yg saya alami. bagus kalo org spt ustaz dpt duduk semeja dgn mereka yg bertggjwb dlm melaksana progm2 spt ini.
teruskan usaha ustaz dlm menjayakan blog ini, sbg salah satu alternatif medium dakwah..inshaAllah
yer la ustad!!!ni la yg menjd duri dlm daging@gunting dlm lipatan,bangsa sendri merosakkan bangsanya sendiri…masyaallah!!mudah2an Allah menunjukkan mereka jln kebenaran
kawan2 saya yg menyertai PLKN bukan saja perlu sibuk nak uruskan diri sendiri..tapi perlu ‘menyibuk’ dgn hal org lain..cthnya rakan2 solat ke tak..sebab pegawai @ jurulatih yg ada x ambik kisah dgn hal-hal semacam ini…
hmm..
cerita ustaz tu pada tahun 1993, tapi saya cukup yakin pada tahun 2007..hal seperti itu masih sama..sebelum islam Had-Hari ke selepas era Islam had-Hari ke..tiada apa yg berubah.
cumanya sekarang, sudah ada Perkampungan Hadhari….
huhu..ape la nak jd kat mesia ni..
mufti yg bagus disuruh pecat pulak(http://n32.blogspot.com)
sekian.
salam ustaz…boleh ke kalau sy kata perjuangan dan dakwah itu pun bukan cinta paksa? perlu kpd pemahaman yg mendalam utk mencintai perjuangan islam.
Rukun Negara kelima:
Kesopanan dan kesusilaan
Malangnya orang Malaysia amat miskin dengan nilai-nilai ini. Yang di kursus BTN, tak payah di kiralah… Pergi saja ke Kuala Lumpur dan naiklah bas ataupun LRT… amat memalukan…
Lebih baik naik bas di Birmingham ni… sekurang-kurangnya orang beratur dan selalu ucap terima kasih kepada pemandu.
Sedih, sedih…
pabila membaca entry kali ni, rs yg ‘lama’ itu menerpa kembali… ‘rasa’ yg penah dibuang tp mcm ust ckplaa not forgiven n not forgotten…! smg lbh ramai lg adik2 sy dan sahabat2 sy berani spt ust, sayang dan marah hanya semata2 krn ALLAH! ~jika tidak berani tanggung risiko,usah bicara soal perjuangan…!~
salam semua…
teringat masa BTN dulu.. punyer laa fasci2 nk buat kitaorg sayangkan negara laa kononnyer.. buat war game dlm hutan sampi ke pagi.. hasilnya..ramai terlepas solat subuh.. bila kitaorg tny “nk amik wuduk kt mana? nk solat subuh camna.. dah lewat nih” derang buat tk kisah jer.. ada laa antara kitaorg tk smpi dr 10 yg solat jugak di tgh2 perjalanan nk balik dorm tuh.. tuh pun macam dah bleh solat sunat isyrak dah.. cumer yg pasti.. balik dorm sumer dok pakat qada’.. benci jer rasa bila teringat balik!saya masih ingat kata-kata ketua fasci tuh ” Saya tak kan berkompromi dengan orang yang menggadaikan bangsa, negara dan AGAMA saya”..pelik!
tertarik pada gambar :’ Allah selamatkan baginda king’ ? betul ke apa yang saya baca nie?
cekap mata sumayyah…
gambar tu bertulis pada banner “Allah Selamatkan Baginda King”. Ia diambil di Chinatown Kuala Terengganu pada tahun 1935. Apa cerita di sebaliknya, Wallahu A’lam, inilah kerja ahli sejarah… menganalisa sampai ke kain sampin jejaka-jejaka tampan di tiang gerbang…
Pengalaman Ust. itu tidak lari dari pengalaman mereka2 yang pernah menghadiri kursus2 anjuran pihak K***** Begitulah sinonimnya mereka dengan sylibus kursus mereka. Tidak berubah….bawa telur, buat logo kumpulan, nyanyi lagu seroja…
Kita mahukan sesuatu kelainan yang menjurus kepada memantapkan iman. Sekiranya sesiapa yang belum mengikuti kursus anjuran Fitrah Perkasa, elok sangatlah register…Lain dari yang lain..
Perubahan mesti dilakukan. Mereka2 yang memegang jawatan dan mengendalikan kursus2 ‘Bina Insan’ dan sebagainya, yang terbuka mindanya, sekarang inilah untuk melakukan perubahan. Ketika pemimpin negara masih bercakap tentang Islam. Kita mahukan orang-orang seperti Ust dan yang sewaktu dengannya, menggunakan kepakaran mereka, kalau tidak dapat mengubah semuanya, mengubah aturcara dan pengisianpun sudah cukup rasanya…
salam usataz,
boleh citekan sikit psl banner tu tak..saya teringin sgt nak tau..mcm ada benda menarik jer..
mengapa ustaz pilih gambar tu?
waalaikum al-salaam.
gambar hiasan sahaja. sudi kiranya fokus kembali kepada artikel.
Teringat zaman btn dulu-dulu sekitar tahun 1994/95…Islam hanya diketengahkan sebagai solat berjamaah dan qiyamullail sahaja sedangkan dalam program-program seharian tidak ada penekanan tentang Islam malah ada setengah slot melanggar nilai dan etika Islam. Seolah-olah ada pengasingan antara agama dan dunia. Syabas ustaz kerana keberanian menegakkan yang hak selaku penghulu ketika itu. Saya harap Allah memberikan saya kekuatan untuk bertindak seperti itu jika di dalam situasi yang sedemikian. La haula wala quata illa billah…
Assalamualaikom,,,
bertambah semangat saya untuk memperjuangkan yang HAQ,dan terima kasih diatas coretan2 ustaz selama ini.Rindu dengan suasana sekolah dulu pulak,takdelah garang sangat macam ustz(garang bertempat) tapi lebih kuat memberontak pada arahan yang tak kena pada diri dan kawan2..huhuhu….tq for ur artikel,,(bila la dapat chat ngan ustaz lagi) hhuhuh.k ustazz
ASSALAMUALAIKUM,
Akak rasa, sbb ramai sgt yg tertanya2 mcmmana ustaz boleh memiliki pemikiran, sikap dan tindakan sebegini rupa, pertama sudi2kanlah baca semua artikel2 ustaz yang dulu2. Takkan pengalaman pun nak dibold dan dimerahkan. (Maaf, kepada yang tersinggung).
Ustaz dilatih dlm progran kaderisasi semenjak berumur 13 thn, dulu ustaz agak agresif(maklum darah muda). Tapi kemudian ustaz byk kawal emosi dan berfikir dan menganalisa hampir setiap pengalaman hidup. MEMBACA,MEMBACA dan MEMBACA wp bukan kerana degree atau master. Jadi bila ustaz buat master ni bukan le baru kali pertama membentuk paradigma berfikir dalam konteks sejarah.
Sekiranya ada yg tertanya-tanya macammana ustaz suka membaca, emak ustaz cikgu, bapa ustaz pegawai agama, jadi kecenderungan pertama membaca bahan2 agama. Lepas tu ustaz selalu berfikir kenapa orang Islam tidak melambangkan ajarannya. Ustaz akhirnya beralih kepada bidang sejarah.
Minat ustaz untuk membentuk sikap yg baik, syarat2 asas memang dah dipenuhi, spt sentiasa menambah ilmu, mengikut sunnah rasul (lebih dari sekadar berpakaian tetapi sikap) dan juga cuba menjadi qudwah.
Jadi, adik2 sekelian, no pain, no gain…
Kalau ada fakta yg tak betul harap diperbetulkan.
Nak share pengalaman walaupun tidak se’gagah’ ustaz.
Masa batch saya kena BTN dulu, setiap lepas solat subuh dan maghrib student kena baca teks tazkirah yg disediakan. Start dari awal lagi kami semua bagi tazkirah tak ikut teks tu sebab banyak sangat propaganda. Semua main buat tajuk sendiri atau edit dulu teks tu dgn membuang part yg mengampu atau mencerca org lain. Saya kena bagi slot tazkirah yg last sekali. Masa nak melangkah ke depan bagi tazkirah, sorang jurulatih tu tarik saya dan kata “baca ikut dlm teks ni, jgn ubah ubah”. Masa ‘baca’ tazkirah tu, ada dua video kamera merekod ucapan saya. Yg amik video tu berdiri betul betul depan saya berucap. Nasib baik jugak tak ikut teks sendiri…
Tu belum lagi cerita macam mana kami berdebat dengan facie facie masa LDK..:)
Ada orang kata tak perlu melawan, ikut iye kan aje apa yg di ‘semaikan’. Tapi kalau dah semaikan perkauman, perlekeh negara Islam, tuduh org sbg pengganas tanpa bukti, mana kita boleh diam.
Boleh kah CINTA disemai dengan menipu, menfitnah dan melaga lagakan antara manusia? tak perlu fikir jauh, cinta sesama manusia pun mustahil terbina atas kaedah tu. Inikan pula cinta pada sesuatu yg abstrak seperti TANAH AIR. Sekadar tanah dan air atau apa lagi? sepatutnya CINTA disemai dengan akhlak, hormat menghormati antara kaum dan penegakan keadilan dalam sistem kehidupan.
agak2nya apa tindakan yang boleh kita ambil untuk mengubah benda ini dar terus menguasai sistem di negara kita selain sekadar membicarakannya di blog???
bukan apa, yg ana perhatikan kita sering bicarakan macam2 perkara di alam internet, di radio dan sebagainya, tapi ia tetap tidak berubah sama sekali… yang mungkin berubah hanyalah pendirian individu-individu dan pembaca-pembaca. thats it..
cth di ikim.fm pagi2: sering ditimbulkan sesuatu isu, dan dibuka untuk perbincangan, mcm2 orang bagi komen dan pendapat; tapi ade pihak2 yang sepatutnya ambil tindakan dengar ke? ada apa2 tindakan yang diambil tak? ana rasa tiada… segala pendapat2 dan komen2 tu tak beri kesan apa2 pun, ibarat bertabur diangin lalu..
apa yg patut kita buat sebenarnya selain membicarakannya??
“Berusahalah mencapai tahap (akhlaq) Muhammad SAW, kerana jalan yang benar dalam hidup adalah mengikuti jejak langkah Rasul. Jika kamu gagal menjurus ke tahapnya, maka kesemuanya adalah kepalsuan dan keingkaran belaka.” (Dr. Muhammad Iqbal)
ummi, saya rasa penjelasan ummi sedikit sebanyak menjawab persoalan yang timbul. Sememangnya tulisan-tulisan di blog seperti ini, tidak meletakkan cita-cita untuk mengubah yang besar-besar. Kalau yang besar-besar itu mudah diubah, sudah lama ia berubah. Tapi saya masih ingat pelajaran alih batu yang diajarkan oleh seorang Sifu kepada Sifu saya dalam penulisan. Katanya, macam mana caranya nak alih batu besar ni? Setelah pelbagai cara anak muridnya cuba dan tidak berjaya, akhirnya beliau menguis-nguis batu kecil di keliling batu besar sampai jatuh batu yang besar itu.
Jika tulisan di blog ini mampu mengubah pemikiran 2 orang dalam 1 hari, ia sudah cukup besar untuk saya, dan moga Allah teruskan perubahan itu… Ameen
Ameen, insyaAllah. Sekadar mengulang apa yg ustad2 selalu ceramahkan, “kalau syaitan tak pernah berputus asa takkan kita orang2 muslim nak berputus asa dari terus memberi dakwah dan tarbiyah”.
Blog ini memang ada kelebihan, mengasak minda dan emosi tanpa memberatkan pembaca dengan dalil2 naqli. Seperti yg ustad nyatakan, bukan mengkesampingkan cuma generasi sekarang lebih terpengaruh dengan rasional aqal.
berbincang… betul… macamlah juga cerita2 yang tersebar di mulut.. cepat laju… pagi ni dapat.. satu kampung dah tahu.. umpama macam nilah juga.. yang buka laman web ustaz bukan sorang 2… ada yang dok jepun. ada yang dok msia.. ada dok kat kampung, ada dok kat bandar.. ada yang dok kat indonenesia… bila isu macam ni diperbincangkan.. dan rasanya tak sedikit yang cut, paste and forward… dan kalau yang cut, paste dan forward tu semestinya dia sokong artikel ni, secara tak langsung dia bagilah kat kawan2 yang lain… tidak ke nanti ianya menjadi besar… insya allah, ia dapat membuka minda…. kalau tak semua, mesti ada yang tak terfikir, insya allah akan terfikir jua, … kalau yang berbangga dgn corak apa2 kem bina negara, akan memikirkannya balik.. tidaklah seperti anak burung disuap makan.. pakai telan apa sahaja yang diberi…
assalamulaikum.minta maaf mencelah disini, bila bc artikel ni sy terigt satu ungkapan -”the best way to forget is forgive”.hrp2 boleh meredakan hati2 yg terluka semasa BTN atau PLKN atau apa2 event yg secara tak lansung tlh melukai kita. sama2 lah kita doakan org yg “melukai” itu sedar akan kesilapan mereka.
p/s: mintak maaf byk2 ustaz jika komen sy out the topic
Apa yang ustaz tulis memang betul. Menghadiri lebih 3 kali kem patriotik (kata depa la), macam tu lah jugak. Silibus takde maknenye sbb hanya mengundang penat dan boring (disuruh reka logo, moto kumpulan, pahtu lagu kumpulan, pahtu nyanyi dgn semangat, pahtu bwk ke hulu hilir bendera kump dll)….
Abih kursus, takde ape-ape terkesan di hati. Yang ada hanya perasaan tertarik sama2 ahli/ahli lain kump. (ape taknya, sume aktiviti bersama-sama, makan minum, sukan, kembara, kuliah, ldk-sumenya tanpa had laki2 dan perempuan).
Tazkirah maghrib ke, subuh ke, tak mengutuk orang lain tak sah…bukannya nak terap iman ke, bagi ilmu ke..nak bagi orang ketawa sikit, citer la bab kawin yang ada bab2 porno sikit.
Sama jugak macam kuliah, tak mengutuk bangsa lain tak sah. Asyik-asyik membangkitkan sentimen perkauman. Tapi bila kat Parlimen, bukan main laga pipi, berkasih sayang benar. Ntah mana satu nak percaya.
Sekadar bagi pandangan. Saya hadir kursus-kursus tu sebab wajib.
Terpikir nak buat kursus dengan Fitrah Perkasa. Bagaimana ye?
[...] Saya terkenang kembali kepada rentetan peristiwa beberapa hari yang lalu. Saya dan rakan-rakan dihantar ke kem ini untuk membina patriotisme sebelum dihantar pergi meninggalkan negara. Bimbang kalau-kalau hati berubah rasa, beralih cinta melupakan desa. Continue Reading » [...]
A’kum………
semakin hari agama semakin dilupakan,dan semakin hari juga maksiat berleluasa x kira di mana sahaja
islam bermula dari keadaan dagang(asing)dan ia akan kembali dalam keadaan asing…..
islam pada akhir zaman ibarat memegang bara api…renung2kanlah wahai visiter web sume
“siapa sayang iman, sila ke tepi!”
terngiang2 perkataan ni dlm kepala sy..
kenapa ya, pada usia muda mcm itu, pada situasi yg lebih kurang sama, sy x pernah terfikir psl benda2 mcm ni..
berani krn benar, takut krn salah.
harapnya kami dpt menjadi seberani dan sekuat ustaz.
amin…
adakah kursus biro tatanegara yang dimaksudkan? saya baru sahaja menjalani program itu bulan lepas. tetapi tidaklah seteruk pengalaman encik.
saya pernah terbaca, sesiapa yang mengikut sunah nabi pada zaman ini, akan di pulaukan…
saya harap encik faham maksud saya.
kalau ramai yg ‘bersuara’ macam ustaz buat tu, lama lama pihak pengendali kursus tu akan terfikir jugak akan kejahilan dan ketidak sopanan mereka. Mungkin keterlaluan untuk bertengkar atau boikot. Tapi cukuplah sekadar menunjukkan reaksi jemu dan bosan dengan propaganda yg disampaikan tu. Lebih elok skit kalau kita boleh bersuara mengutarakan pendapat kita tentang isu yg dibincangkan. Bukan untuk mengubah program tu, tetapi cukuplah agar kawan kawan kita yg turut serta tu tidak termakan dengan propaganda. NILAI kan setiap yg diperolehi. Amalkan dalam kehidupan. Ambil yg baik, lawan yg buruk. Bila ada peluang membetulkan mana yg salah tu kita amik walaupun tak banyak.
Quotes: Saiful Islam
“ummi, saya rasa penjelasan ummi sedikit sebanyak menjawab persoalan yang timbul. Sememangnya tulisan-tulisan di blog seperti ini, tidak meletakkan cita-cita untuk mengubah yang besar-besar. Kalau yang besar-besar itu mudah diubah, sudah lama ia berubah. Tapi saya masih ingat pelajaran alih batu yang diajarkan oleh seorang Sifu kepada Sifu saya dalam penulisan. Katanya, macam mana caranya nak alih batu besar ni? Setelah pelbagai cara anak muridnya cuba dan tidak berjaya, akhirnya beliau menguis-nguis batu kecil di keliling batu besar sampai jatuh batu yang besar itu.
Jika tulisan di blog ini mampu mengubah pemikiran 2 orang dalam 1 hari, ia sudah cukup besar untuk saya, dan moga Allah teruskan perubahan itu”¦ Ameen”
Tulisan-tulisan Ustaz , kami generasi muda baca … yang akan memimpin negara nanti generasi baru. Malangnya, anak-anak muda sekrang tidak dilatih dengan cukup dan betul. Nak mengharapkan sistem pendidikan dan PLKN dsbgnya? Mintak maaf lah… no way … kehadiran tulisan-tulisan sebeginilah yang dapat membuka mata kami semua. Nak ubah sistem tak buleh terburu-buru. Ia mengambil masa. Maafkan saya kalau silap. tegurlah~
wallahu’alam dan wassalam …
huh mmg menarik dan ana dapat menjangka prgram pe tu……ana pun baru sahaja kena pi prgram cmtu bntuknya,,tahun lepas..tp mrk mgkn dah ubah pendekatan kkpd lembut..tp masa ldk mrk cuba masukkan jarum secara lembut…nila mrk y tdk meletakkan ISLAM sbg asas utama..perjuangkan bangsa,agama hancur,tp perjuangkan agama bangsa akan turut sama terjaga..ok ustaz mabruk
Artikel yang berjaya menaikkan semangat & nostalgia terutama mereka yang biasa `melawan’ sejak zaman sekolah lagi..
Maksud saya `melawan’ pada yang hak..
Dan semangat ini perlu diteruskan hingga zaman kita bekerja.. terlalu banyak kepincangan ditempat kerja kita samada disektor awam atau swasta..
Dan kitalah elemen untuk mengubah within our `circle of influence’.. this is actually one of the way to broaden our circle of influence vs concern dalam realiti kehidupan kita ditempat kerja & dalam masyarakat.
Saya biasa menghadapai situasi yang sama dgn pengalaman ustaz, dan bertindak sebagaimana yang ustaz ceritakan.. dulu.. kini.. I even confronted my CEO.. he he..
Trust me, ia bisa menjadikan kita lebih matang, berjiwa besar & lebih dihormati..
Saya pernah ikut program sedemikian. Alhamdulillah pihak pengurusan amat memahami dan mampu bertolak ansur. Tapi pengalaman ust AGAK tegang saya kira. Mgkn situasi dulu dan sekarang agak berbeza.
Prinsip Hidup ITU lebih utaman.
Hidup ini HAMBAR tanpa Iman!!
BroHamzah JR
Assalamualaikum…
Emm… company tempat saya kerja nak adakan team building bulan Mei nanti… entah macamana lah keadaannya… saya ada bagi hint kat boss yang anak saya masih menyusu… macam compulsary lak…
Saya pernah ikuti 7 tahun dulu dan… saya teramat faham macamana keadaannya… entahlahh… susah jika sekeliling kita tidak faham…
assalamualaikum..mengamalkan Islam yang kita cintai pada akhir zaman ni ibarat mengenggam bara api..wallahua’lam..
situasi yang sama berlaku pada saya semasa menyertai plkn..sungguh mengaibkan apabila kebanyakkan aktiviti bercampur lelaki perempuan, dah tentu bab aurat dan bersentuhan timbul..saya cuba ngelak..segala kritikan yang peagawai cakap saya dengar je tanpa brani lawan..ikut arahan pun..hati memberontak..masuk hutan lansung tak diberi masa solat..lalu ada bbrp peserta lelaki yang komen, malangnya kami diherdik, “tak payah la anda semua nak tunjuk ilmu dan alim anda disini kalau stakat ngaji 4 thanawi”…sangat sedih apabila orang yang seagama sendiri yang cakap macam tu…….Islam datang dalam keadaan dagang, kembali dalam keadaan dagang..ustaz saya kata Islam itu menyonsang arus…Sesungguhnya tiada keabikan yang saya perolehi semasa plkn melainkan keaiban semasa menjalankan aktiviti..
syabas ustaz.ketegasan bertempat ustaz sangat saya kagumi.Rasa kesian pada generasi muda sekarang yang menjadi mangsa kecelaruan minda pemimpin kita.Tapi yang pasti jurulatih yang terlibat dalam program program begini BTN,PLKN ETC….berasal dari mereka mereka yang cetek pengetahuan agamanya.Bukan tuduhan tapi hakikatnya begitu.Maaf kalau ada yang terkecuali…
nur, entah2 kita menghadiri kursus yang sama agaknya? sebab kami pun terlepas solat subuh kerana war game berlanjutan sehingga pagi! ramai yg solat tepi jalan, agak2 je kiblat, ambik wudhu’ guna air dlm botol air. geram betul! masa tu rasa marah teramat sangat.
semasa diskusi kumpulan, fasi saya duk bawa keluar cerita dia berzina dengan ‘girlfriend’ dia.. amende?! rasa terhina sangat2 becoz dia guna cerita dia tu utk make the point that budak sekolah agama luar aje baik tp dalam jahat juga (‘girlfriend’ dia tu budak sekolah agama). saya pun pertahankan sekolah agama (sbb saya pun dari sek agama)… tak lama lepas tu ketua fasi panggil saya & interrogate.. nak tanya saya ni sokong kerajaan ke sokong pembangkang. keliru betul!
serik pergi kursus camni. tapi terpaksa.
slm ustz….
sy musykil cket nih….
masa sy dok kisas dlu….
kami disogokkan dgn “Say No to -Ism”
kurg lbih cmtulah….
lg2x patriotisme, nasionalism neyh….
smpai ada yg bdebat x-kisas ngn dak kisas (mse tuh…klas stam la katakan…)yg kte it’s okay unless it is moderate and doesn’t contradict with Islam….
dak kisas tu lwn r…
dan sumer bdak kter (were influenced) hadis
“Hubbul wathan minal iman” tu bkn hadits shahih…(dha’if@maudhu’??? dh lupe daaa)
dy kte gk, perancis n british cucuk nasionalism and ism2x utk pecahkan turki uthmaniyyah…
cmner r ustz???
sy dh plik ni….
[...] Patriotisme Itu, Bukan Cinta Paksa [...]
A’kum ustaz..Eh biar betul?Garangnye fasilitator2 tu?Masa saya BTN tahun lepas,xde pun bnd2 mcm tu..Padahal budak2 yg nak gi Mesir apa sumer ada je.Bila ditanya fasilitator siapa pemimipin yg tidak disukai,bila saya jawab Lim Kit Siang (yang saya ingat jawapan yg selamat),sebaliknya saya pulak ditanya balik bertubi-tubi,”kenapa awak tak suka sangat dia?”‘,”apa yg dia dah buat pada awak(smpai awak benci)”,dan”jahat sangat ke dia tu?” oleh fasilitator.Yg saya tahu,apa yg saya dpt dari slot tu adalah utk tidak membenci seseorg membuta tuli,dan lain2 slot pun ada.BTN 15 tahun dulu dan skarang dah lain kot..?Ntah lah,takde lah garang atau menghina agama pun fasilitator2 saya taun lepas..Yang susahnya time kursus tu part kena bangun awal sbb ke subuh jemaah je la(saya tak bwk jam loceng).Mujur kwn2 lain stail bgn awal..haha. Wallahua’lam.
Salam…Tiada kata yang terungkap,hanya anggukan tanda setuju.100%…kalau ustaz sebagai penghulu,saya kena jadi Imam.Hehe…Tertarik pasal telur amanah.Saya pun menentang penggunaannya ditambah dengan ‘ambush’secara sengaja dari sesetengah fac.Memang xpatut..Bagi LG,ada part yang masih sama.lagipun kem2 BTN ada seantero Malaysia.Xsemua memaparkan imej yang baik..Ingat lagi Abang Fac sorang ni cuba kaitkan DSAI dengan Yahudi.Ada gak gambar UZAR,x-presiden GAMIS terpampang kat dalm laptop dia..Tapi time tu bukan masa presentation,slot khas untuk kami yang banyak bertanya..Sungguh2 die cuba kaitkan waktu tu.Xda la nak g terima bulat2.Ada warasnya akal kami masa tu…Dan xdapat dinafikan jugak,ada sisi baik yang ada pada BTN.Ada pegawai2 BTn yang betul2 berkhidmat sepenuh jiwa dan raga demi untuk membangunkan anak bangsa…Bak kata orang putih “A Coin Has 2 Sides”..Yang penting, yang buruk kita ubah.Yang sedia baik,kita kkalkan dan cuba jadikan lebih baik…Ni kisah 2,3 tahun yang lalu
[...] Patriotisme Itu, Bukan Cinta Paksa [...]
1935 – kecoh pasal pelantikan gabenor di Tanah Melayu menggantikan kuasa sultan disertai tak lama kemudian peristiwa Malayan Union.
alhamdulillah dapat excused BTN sbb ade surat pengecualian tournament ITF kebangsaan..dan mmg tak ingin pon sbb dah tau isi2 kandungan prog..bnyk perkara aib yg berlaku pada sahabat2 saye yg tdk di dedahkan..KUSZApas VS KUSZAumno..hihi..
Tertarik dengan petikan ustaz yang satu ini:
“Patriotisme dan cintakan negara adalah sesuatu yang bersifat perasaan dan emosi. Ia adalah cinta. Dan cinta tidak boleh dipaksa. Saya tidak faham apakah falsafah yang dipakai untuk memaksa kami cinta dengan pendekatan sedemikian rupa. Aktiviti lasak memang kami gemari. Tetapi menghina pemikiran dan pendirian agama, ITU SUATU KEDANGKALAN IDEA.”
ITU SUATU KEDANGKALAN IDEA.”
ITU SUATU KEDANGKALAN IDEA.”
Semoga satu pembaharuan akan dilakukan dalam BTN. InsyaAllah.
[...] Patriotisme Itu, Bukan Cinta Paksa [...]
bila bercakap pasal patriotisme ni, saya naik tegak roma, bersemangat; tapi
bila nak share dengan remaja/belia mika buat dek je..kelip2 mata buat buat tak faham.
saya ada program pemantaplan jati diri kepada sekelompok belia tak lama lagi,
tuan ada dak sajak2 perjuangan, puisi yang boleh saya gunakan..
apa22 pun boleh..terima kasih
apabila hukum dan agama dipandang enteng maka rosaklah segalanya.
Assalamualaikum ustaz
Biler ana baca kisah ustaz, banyak issue bermain main di fikiran ana.
5 tahun lepas, ana juga ditakdrkan Allah p BTN sbab diberikan peluang oleh Allah ntuk p menuntut ilmu di luar negara. Alhamdulillah. Tiada sangatlah kiranya cacian atau penghinaan mengenai agama. Mungkin Allah ingin menguji kami dengan cara lain.
Batch kami waktu tuh, campur, semua kaum ada sbab masing masing ada yang nak p UK, Ireland and US mungkin. Ana pun terlupa. Maaf yer sahabat. Jadi, issue yang paling ana xboleh terima tika itu, biler pegawai pegawai BTN sendiri, dengan tiada perasaan malu, ataupun merendah diri ( ana agak muda tika tuh. Samer juga panas n cepat naik darah biler dengar issue issue yg ana raser xpatut diutarakan ) mengatakan lebih kurang ( Ana xingat sangat setiap patah perkataan tapi inilah message mereka ) ” Korang… biler blajar kat luar negara nanti, jangan lupa daratan. Malaysia ni tanah air korang. Yang Cina ataupun India, jangan lupa jasa Melayu di Tanah Melayu ( Ya Allah… time ni, kami pelajar Melayu mula resah gelisah menahan marah di muka dan hati masing2 mengenangkan classmates sendiri diperlakukan begitu ). Jangan sampai peristiwa 13 Mei diulang balik!!!”
Ya Allah…. lantas, seorang kawan ana yang sama reflex ngan ana, bangun dan mengatakan ” Kalaulah tuan taknak bende tu blaku lagi, kenapa diungkit ungkit? Nak sangat bergaduh balik sesama kaum? Bangga sangat ke dengan pangkat tinggi dalam ketenteraan sampai mengungkit issue kaum ni?”
Tapi alhamdulillah, selepas tuh, masing masing faham. Banyak kami belajar namun sampai sekarang ana masih berfikir, setelah membaca entry ustaz dan comments sahabat lain, kenapa agaknya pentauliah pentauliah kursus kursus begini dipilih dari kalangan insan yang begini?
a) Adakah kerana tiada usaha dari daie daie untuk menorobos masuk bahagian ini? Ana masih ingat pesanan seorang ustaz, jangan dibiarkan kosong tempat tempat penting di dalam urusan dunia kerana syaitan yang akan mengisinya kerana kelalaian kita.
b) Mungkin ini kah syllybus ‘pentarbiyahan’ yang dirasakan cukup bagus ntuk anak anak muda yang akan ke luar negara?
Ana… risau jika perkara ini tidak dibendung. Akan hanya menjadi fitnah besar pada agama kerana rata rata pentauliah adalah Melayu, dan juga menyemarakkan rasa lebih benci pada negara.
Semoga… Allah melindungi setiap insan yang ikhlas mencari kebenaran. Amin