Sejauh mana artikel saya FITNAH FILEM FITNA mengganggu kempen boikot produk Belanda yang sedang dijalankan, saya tidak pasti. Biar pun artikel itu mencatatkan pembacaan mencecah lebih 10,000 dalam tempoh sehari (mengatasi kesemua entry musim PRU12) dan menerima lebih 200 komen, ia tidak mencerminkan apa-apa kerana kualiti mengatasi kuantiti.
Dalam 200 komen itu sendiri, lebih daripada 60 komen terpaksa saya hapuskan kerana ia tidak memberi apa-apa manfaat, malah boleh menjadi dosa kering, apabila kecelaan bahasa disandarkan kepada ‘motif mahu membela agama’.
EMAIL MENGECAM
Sehingga ke hari ini, saya masih terus menerima email dan sms yang mengecam pendirian saya menolak tindakan boikot produk Belanda tersebut. Untuk menerima kritikan itu sebagai sesuatu yang positif adalah sulit kerana hampir kesemua kecaman dibuat adalah ke atas peribadi saya, dan bukannya ke atas hujah-hujah yang saya kemukakan. Apa alasan yang sesuai saya gunakan untuk bertahan, jika sahsiah yang menjadi sasaran?
Islam tegak dengan hujah, bukan dengan sahsiah.
SALAH GURAU
Sebahagian yang lain pula (terutamanya dari kalangan mahasiswa) seakan-akan menjadikan isu boikot atau tidak boikot ini hanya sebagai salah satu daripada topik-topik yang mengisi tabiat debat mereka. Segelintirnya mempermain-mainkan artikel saya dengan tanggapan bahawa seruan saya di dalam artikel tempoh hari ialah sekadar bayang membayang.
“Bayangkan jika Malaysia menerima nasib seperti Belanda…bayangkan, bayangkan…”, katanya. Mata (hati)nya gagal mengesan bahawa di sebalik penolakan saya terhadap boikot, saya menyeru kepada DAKWAH dan PENDIDIKAN. Bukan bayang-bayangan dalam nada senda permainan.
Betapa lemahnya umat Islam, hingga taktik murahan Geert Wilders itu pun mampu menyebabkan begitu ramai umat Islam membuang masa dengan debat kosong mereka. Sudahlah habis masa berdebat saban hari hingga seminggu, tiba-tiba menjemput saya pula untuk masuk ke gelanggang mereka, berbalah sama.
Sesungguhnya semua ini adalah satu kegilaan.
PRINSIP DAN TINDAKAN
“Saya, boikot pun tidak. Tak boikot pun tidak!”, tulis beberapa pemilik blog.
Apa ini? Ia bukan soal boikot atau tidak boikot. Ia soal bertindak sesuatu untuk mengatasi kemungkaran. Saya menolak boikot, bukannya dengan seruan mengajak umat Islam tidur dan membiarkan Islam dihina. Saya mengajak umat memulakan tindakan dengan diri yang kelihatan di depan cermin. Proaktif.

Dari Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, bahawa aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda: “Sesiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangan. Jika tiada upaya, maka ubahlah dengan lisan, dan jika tiada kemampuan, maka ubahlah dengan hati. Demikian itu adalah selemah-lemah Iman” [Hadith riwayat Muslim
Saya menyeru kepada pembaca yang mengambil pendirian memboikot supaya berlapang dada dan meneruskan sahaja apa yang anda ijtihadkan sebagai tindakan terbaik bagi mengatasi hal ini. Tetapi anda harus ingat bahawa tindakan memboikot memerlukan kepada kerjasama secara kolektif dalam skala yang besar, maka bijaksanalah dalam mengajak dan meyakinkan orang dengan tindakan yang anda usulkan.
Manakala bagi kumpulan yang tidak menyertai boikot, jangan pula anda duduk mendiamkan diri tanpa sebarang penyertaan dan usaha.
Tindakan mengatasi DAKYAH dengan DAKWAH sudah boleh dilaksanakan oleh 1000 Muslim yang komited. 1000 Muslim ini menulis, berucap, bercakap dan bergerak di peringkat grassroot untuk menjawab tohmahan Wilders serta mendidik masyarakat manusia untuk memperbaiki prejudis mereka terhadap Islam.
Masakan tidak. Yang keliru dengan Islam bukan sahaja Wilders. Yang benci dengan Islam bukan hanya Wilders. Yang menghina Islam bukan hanya filem Fitna. Islamophobia adalah fenomena sejagat, hatta di kampung halaman sendiri. Kerana itu dakwah menjadi agenda sepenuh masa, sepanjang masa.
Kepada pembela Islam yang bermati-matian menggasak saya dengan kecaman anda, saya ingin bertanya, apakah dengan tindakan boikot yang anda pilih, anda sudah terlepas dari tanggungjawab dakwah?
Apakah anda sudah selesai melakukan kerja membela Islam, hanya dengan menukar minyak petrol anda dari Shell kepada Petronas?
Apakah sudah sembuh bahang Islamophobia apabila anak anda minum susu Fernleaf bagi menggantikan Dutch Lady? Sudahkah kewajipan dakwah anda terjustifikasi dengan menukar makan minum anda dari Belanda kepada non-Belanda?
Jika anda sedar bahawa di samping boikot, masih ada kewajipan dakwah, anda tidak punya masa untuk mengganggu kerja dakwah orang lain.

Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh Yang lain). Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau hajatkan) [Al-Inshirah 94 : 7-8]
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor






salam ziarah ustaz, ana sokong pndgn ustaz dan pada masa yg sama,setuju juga boikot ada kewajarannya.ya, seperti kata ustaz, ana juga kecewa bila ada meliaht isu FITNA ni sebagai satu isu untuk dijadikan perbalahan.untuk jangkamasa pendek, ya terpulang pada pendirian masing-masng mahu memilih yang mana.
Akan tetapi, tindakan untuk jangkamasa panjang adalah lebih penting untuk kita membuat pembersihan terhadap Islamphobia ini.bermula dari diri kita,renungi dan muhasabahlah kembali adakah kita layak digelar duta Islam sedangkan apabila mereka yang tidak faham Islam melihat kita, mereka tidak terasa keindahan Islam..Kita perlu hentikan Islam yang retorik dari diri kita dan tanggalkan sikap suka berfantasi lagi.Bersama realitikan keindahan Islam melalui diri sebagai seorang muslim.Takbeer!! – ana mahasiswa juga =) -
Salam ustaz…
alhamdulillah, banyak artikel dan pandangan ustaz membuka minda…
thanks
sebagai seorg muslim,saya rasa patut sesiapa yg memboikot,ataupun melaksanakan inisiatif lain selain dari boikot,tahu apa motif mereka.jangan menjadi lembu dicucuk hidung semata2.gunakan akal yg Allah anugerahkan kepada kita.
hendaklah memahami sebab inisiatif selain boikot itu dipilih,bukan menunding jari kepada sesiapa yg tidak sepemikiran.juga menghormati keputusan org itu,selagi bertepatan dgn dakwah dan tidak menyeleweng atau berlepas tangan dari tanggungjawab.
sesuatu masalah,punya byk cara penyelesaian.
ada pepatah mengatakan,pena itu lebih tajam dari mata pedang.
kadang,ketegasan perlu utk memperbaiki keadaan.
maka fikir2kanlah..yg mana lebih baik dan sesuai.
-maaf andai tak punya point yg bagus-
http://mymines.blogspot.com/2008/04/fitnaindeed.html
sedikit penjelasan dari seorang brothers ttg filem ini..
Bersabarlah ustaz. Tidak mulia dan hina manusia dengan cakap-cakap orang.
Hendaknya, janganlah apa2 juga pilihan kita berdiri atas rasa escapism.
salam ustaz. ana ingat lagi pesan ustaz masa ana sertai kem fly high dulu, tanyalah soalan jangan tanya persoalan. ana minta maaf kalau komen ana ini ana kemukakan persoalan, sebab ana tak pandai sangat dalam penulisan. dalam ilmu ana yang sangat sedikit ini ana rasa benarlah apa yang ustaz perkatakan boikot atau tak bukanlah persoalan sebenar, tapi soalan yang perlu dijawab oleh semua umat islam adalah mengapa agama islam begitu mudah dipermainkan oleh golongan yg bukan beragama islam atau org islam itu sendiri.
mungkin kerana manusia sekarang lebih mudah mengikut pendapat majoriti kerana takut terlabel sebagai orang yang tak sayangkan agama. dalam suasana ana sebagai seorang pelajar tentu tak mudah untuk ana terangkan kepada rakan2 apakah keutamaan untuk mengatasi masalah ini yakni kembali menjadi islam realiti. ana hanya mampu syorkan rakan2 ana membaca artikel ustaz. dan juga mengharapkan akan ada seseorang yang berkelayakkan untuk menjelaskan dan membuka fikiran kami tentang isu ini khususnya kepada komuniti pelajar2.
Inna lillahi wainna ilaihi rajiun
Sudahnye Hujjatul Islam Imam Muhammad Idris Al-Ghazali menerima Qadha dan Qadr Allah selaku pentajdid amalan muslim masanye
semoga Rasulullah s.a.w moyangnye memberikan syafaat baginda kepada nye… Amin
kami masih belum mulakan dakwah… bantulah kami ya Rahiim
Assalamualaikum.
Bila ustaz menulis tentang Islamphobia, teringat saya kisah seorang pekerja di sykt tpt saya bekerja ni. Wanita ni agak tinggi pangkatnya dan dihantar utk menjalani latihan di US (maaf, saya tak ingat detailnya).
Menurut beliau, hotel tempat beliau menginap tu berdekatan dengan panggung wayang. Ada satu ketika, tiada latihan maka beliau teringin menonton wayang. Beliau pergi seorang diri. Ketika di dalam panggung, duduk la macam biasa tetapi org2 disekeliling tiba2 bangun dan pindah ke tempat lain.
Sepanjang barisan kerusinya kosong, begitu juga barisan dihadapan dan dibelakangnya.
Beliau teruskan juga menonton walaupun rasa kurang selesa.
Bila balik ke pejabat, beliau ajukan pengalamannya tu pada salah sorang rakan beliau (mat saleh). Dia terkejut dan minta maaf bagi pihak penduduk disitu. Katanya ada antara mereka yg masih salah faham dan jugak takut pada org Islam kerana imej pengganas.
Wanita tu kata ada jugak la rasa lucu sbb org bole takut dgn dia sedangkan dia hanya bersaiz kecil (she’s smaller than average malaysian). Nasib baik jugak la diorang tak apa2kan dia…
Memang menjadi tanggungjawab kita untuk mendidik dan jugak membetulkan pandangan golongan bukan Islam ni semoga dapat menghindar dari kejadian yg tak diingini. Insyaallah.
I had a chance to deliver a friday sermon last week. In parallel with the fitna movie issue, i did try to explore more regarding the situation and manage to share with our muslim brothers, particulary on how we can explain to our non-muslim friend about the real issue and the important for us to well-equipped with all the informations. Alhamdullilah, i found a piece of writing from Bro.Ziaudin Sardar that gave an interesting point.
http://blogs.guardian.co.uk/quran/2008/03/jihad_war_and_peace_part_one.html
The point here was, the muslim should well-informed and can explain further to their non-muslim about the content of that surah al-baqarah verse. Take this chance to re-correcting their views.
Sad enough, i didn’t have much time to translate ustaz’s article to English to share with muslim brothers over here.
salam’alaik ustaz…
penat taip panjang tadi tak dapat send pulak.:)
terima kasih atas srtikel susulan fitnah filem fitna ni..
memang semacam jadi tajuk untk perdebatan semusim pulak. kerapkali dikunjungi msg yang seakan membakar perasaan tentang ajakan boikot ni. benar kata ustaz. entah faham atau tidak, kalau boikot:apa rasional uatmanya,mahu bagaimana kesannya terlihat, apa kesannya pada umat dan apa pula kesannya pada bukan islam yang seharusnya dipandang kasihan dan sedaya mungkin dibawa bersama dalam akidah kita yang benar..
kalau tak boikot, haruslah ada gerak kerja lain yang menjadi usha mendepani keadaan ni. benar kata ustaz..islam berdiri dengan hujah.
sukar benar memperjelaskan keadaan ini pada yang tak mahu berfikir.ada pula yang ambil sikap,tak mahu ambil tahu.
semoga apa jua usha kita atas niat masing-masing mendapat setimpal seperti niatnya. tahniah pada ustaz.
Islam pasti gemilang lagi.amin…
assalammualaikum ustaz,
alhamdulillah, terang penjelasan dari enta akan isu boikot ini… membuatkan kita terfikir sejenak bahawa apa benar tindakan yang kita buat selama ini? apa kita guna ilmu atau nafsu sebagai tunjang tindakan kita? dan semestinya ustaz, bahawa ana teringat kalau tidak silap dari Aisyah r.ha bahawa nabi S.A.W. bersabda barangsiapa yang mencari redha Allah dengan marahnya manusia, maka dia akan dicukupkan perbelanjaan manusia dan barangsiapa yang mencari kemarahan Allah dengan relanya manusia nescaya dia diserahkan oleh Allah kepada manusia…
insya Allah, apa yang enta lakukan ini diredhai Allah dan semestinya manusia-manusia yang faham akan erti dakwah ini akan ber’tasammuh’ dengan bicara enta….
‘menghukum’ belanda keseluruhannya disebabkan seorang malaun tu, ia lebih memburukkan imej islam (walaupun ia adalah salah muslim)
arituh tengok kat tv3, ummat islam indonesia berdemonstrasi didepan kedutaan belanda dengan membawa spanduk supaya wilders mati ditembak! saya fikir ini adalah reaksi ummat islam yg ditunggu2 oleh wilders, reaksi yg terus memburukkan nama islam
Assalamu’alaikum
saya turut setuju dgn pendapat ustaz. isu boikot ini sepatutnya dilakukan secara kolektif dan bukannya hanya tertumpu pada sebilangan muslim yang berkesedaran je..mungkin itulah usaha yang yang mampu dilaksanakan oleh ramai pihak tapi sebenarnya banyak lagi usaha dakwah yand dapat dilaksanakan.
Mungkin jika dikaji kenapa orang kafir ini sering memusuhi islam. Sebabnya Islam itu adalah agama yang Haq dan berapa banyak perkara yang ditimbulkan oleh orang kafir pun islam mampu menghadapinya dgn baik. Bahkan orang kafir yang manukar agamanya kepada islam semakin hari semakin bertambah bilangannya.
p/s:”Islam itu agama Allah dan DIAlah yang akan menjaga agamaNYA.”
Assalamualaikum…….
Dari mula isu Fitna ni timbul….ana sudah tahu ramai yang akan memberi reaksi memboikot….ana setuju dengan hujah serta pandangan ustaz…kalau boikot barang, tapi hati dan perangai tidak menyerupai mislim,ape gunanya….teruskan perjuangan ustaz….
sejauh manakah sunnah baginda yang terutama (dakwah) ini telah kita laksanakan?
kemuliaan umat ini adalah dengan berdakwah
fikirkanlah….
Salam …
Bagi ana … marilah kita ambil jalan tengah. Kalau mereka yang duduk hampir dan berkemampuan untuk datang ke Tabung Haji 4 April lalu, maka lebih baik mereka datang demi untuk meraikan dan merealisasikan matlamat Demontrasi tersebut yg memerlukan kpd penyertaan yang ramai. Jika dia ikhlas, dia dpt pahala di atas usahanya.
Tetapi sekiranya dia duduk jauh dan berkeuzuran untuk datang, lakukan tugas lain untuk menunjukkan rasa tidak puas hati dengan tindakan Wilders itu walaupun dgn hanya berdoa. Jika dia ikhlas, dia dapat pahala di atas usahanya.
Allah SWT tidak melihat sebanyak mana pengorbanan yg seseorang lakukan, tetapi Allah SWT melihat setinggi mana keikhlasannya …
Kedua-duanya betul,kedua-duanya tidak salah dan kedua-duanya memberi kesan … Tidak perlulah bertekak mengenai perkara ini. Yang perlu kita marah adalah kpd mereka yg hanya goyang kaki … boikot pun tidak, tak boikot pun tidak … senyum je siang malam. Ini malapetaka …
Jangan marah Ust Hasrizal, itu adalah ijtihad beliau …
Wallahu a’lam.
assalamualaikum, ustaz..
alhamdulillah, saya lebih suka cara olahan pandangan yg ini daripada yang sebelum ini. Walaupun sama saja perkara yg nak disampaikan…itulah dakwah bil hikmah…kita doakan dan sanjung cabang2 dakwah yg pelbagai, asalkan dlm REDHA Ilahi…bukankah itu matlamat hidup ini?
para sahabat nabi juga pelbagai…ada Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan ada juga Saidina Ali…ada yg lembut hatinye, ada yg keras berdakwah, ada yg hebat ilmunya…tetapi masing2 ingin berjuang dan berdakwah dgn caranya…ttg polisi/fatwa mrk pula pun kekadang berbeza, tentu ustz tahu ttg itu…spt juga hal boikot ini. apepun Allah lebih Mengetahui dan Maha Bijaksana ‘ala kulli syai’…Wallahu A’lam…saya doakan kita sama2 mendapat RAHMAT DAN RHEDA ILAHI…
Salam.
Setiap manusia itu ada pandangan masing-masing.
Salam ziarah ustaz,saya ada menulis pandangan peribadi saya berkaitan fitna dan link ke artikel sebelum ini. Saya berpandangan sekadar boikot sahaja tidak cukup, yang penting ialah bagaimana kita mahu menunjukkan pada orang bukan Islam akan kehebatan Islam itu sendiri melalui tindakan dan perbuatan, bukan hanya slogan semata-mata.
Saya pernah ke Holland sebelum ini dan kebetulan semasa bulan Ramadhan. Apa yang mengejutkan dan membanggakan saya di sana kita lihat bagaimana aktifnya pertubuhan NGO Islam cuba memperkenalkan Islam pada masyarakat Belanda. Didirikan khemah-khemah di tengah2 pusat tumpuan ramai (jangan terkejut di Amsterdam khemah-khemah ini tidak jauh dari kawasan pelacuran Red Light District) dan di sana ada jamuan bebuka puasa dan pada masa sama dialog utk memperkenalkan Islam. Risalah dan ucapan dibuat dalam Bahasa Belanda sendiri.
Jadi secara peribadi berdasarkan pengalaman kecil saya ini, bagi saya usaha memperkenalkan Islam dan menganjurkan dialog dilihat sebagai satu strategi berdakwah yang paling berkesan dilakukan. Hasilnya semakin ramai penganut Islam di Holland malahan semasa saya di Rotterdam saya dapat lihat dengan jelas masjid dibina tanpa sebarang halangan tidak jauh dari pusat bandar.
Boikot pada pandangan saya tidak perlu tetapi persoalannya bagaimana kita sendiri mahu menonjolkan nilai-nilai murni Islam itu sendiri supaya lebih berkesan di kalangan masyarakat bukan Islam. Usaha-usaha yang dilakukan oleh NGO Islam di Belanda pada pandangan saya jauh lebih menyerlah dan berkesan jika dibandingkan dengan usaha boikot sedangkan umat Islam semakin bertambah ramai hasil usaha dakwah yang dilakukan oleh NGO ini sehingga mengangumkan saya.
Sekadar ulasan dan pandangan saya. Komen saya pasal fitna boleh dibaca dalam blog saya ustaz. Salam ukhwah.
testing
kalau ada yg tak faham2 lagi tak taulah..
haa, lega rasanya bila dah berjaya try send..
dri tadi tak dapat2.. sampai yang nak submit comment td pun dah hilang abis dah.. hu..
dah type pulak tu.. kebas jari..
Bismillah
Dakwah NGO Islam nilah yg menimbulkan Islamo phobia Wilders tu dan dia menuduh elit pemerintah diamkan diri tak ambil tindkan proaktif sebelum budaya bebas mereka terhakis…
ISLAMOPHOBIA… bagaimana pulak dgn irrational fear or prejudice towards Islamic State di Malaysia…
Karpal Singh telahpun dapat pelawaan ke Kelantan dgn biaya VIP kerajaan Kelantan tak jengok MB pun tak ape kate TG Nik Aziz… dakwah dah bermula
Di Pulau Pinang Ceramah Dakwah Md Sabu dan TG Hadi Awang Negara Kebajikan bermula (Baldatun Thoibah)
tapi aku masih kaku… rabbi zidni ‘lma wa faqihni fi deen
Salam uztaz..
Post ustaz yang sebelum ini berkenaan isu boikot, telah membuka minda saya…
yg mampu saya simpulkan, lakukanlah boikot jika itu shj anda mampu..
Namun sebenarnya yang perlu adalah LEBIH dari itu..
Bila Muslim yang mengaku dirinya Muslim namun syariatNya tidak diikuti dan ada juga yang sebaliknya mengeji syariaat Agamanya sendiri..
Bagi saya, pendapat insan yang bukan kamil ini.. merekalah yang sebenarnya orang yang Awalnya telah membuatkan Islam difitnah dan disalah ertikan….
Na’uzubillah.. semoga kita dijauhkan dari menjadi “pemfitnah” agama ISLAM yang suci ini..
Agama yang satu2nya diterima disisi Ilahi..
Wallahu’alam
Salam Ustaz,
minta ustaz komen tentang IFC(inter Faith Committee)yg “heboh” secara senyap sekarang ni.
Assalamualaikum,
Sekadar menceritakan pengalaman saya ketika kisah gambar-gambar kartun yang menghina Nabi SAW yang disiarkan di dalam surat khabar Jyllands-Posten pada September 2005 yang lalu.
Ketika sebahagian daripada umat Islam di seluruh dunia pada waktu itu sedang asyik berdemonstrasi, membuat kecoh di sana sini, membakar, memboikot barangan Denmark dan mengutuk perbuatan itu, saya serta rakan-rakan saya yang lain di dalam Federation of Student Islamic Societies (FOSIS) di UK & Ireland berpendapat bahawa itu bukan cara yang terbaik untuk menjelaskan kepada mereka akan kesalahan mereka menghina Nabi melalui kartun mereka atas kekurangan ilmu, kefahaman dan kejahilan mereka tentang Nabi SAW. Jadi kami di FOSIS dengan kerjasama The Islamic Institute for Development and Research (IIDR) UK, telah sepakat untuk menganjurkan seminar/talk tentang Nabi SAW melalui projek jelajah ‘Sirah Tour’ kami di seluruh UK dan Ireland (Glasgow, Dublin, London, Birmingham, Manchester, Cardiff) pada March 2006. Yang mana ia adalah percuma dan terbuka kepada semua orang tidak kira yang muslim ataupun tidak. Speaker2 yang dijemput pun bukan calang2 orang.
Boleh lihat di sini http://www.sirahtour.com/st06/
Dan alhamdulillah di setiap tempat yang kami pergi untuk Sirah Tour ini, sambutan daripada golongan non-muslim amat dahsyat sekali, kerana mereka masing-masing mengakui tidak tahu banyak tentang Islam, tentang Nabi SAW dan ingin lebih tahu lagi tentang Nabi SAW dan isu gambar kartun itu. Dan alhamdulillah juga daripada feedback2 orang2 bukan muslim ini di setiap tempat ‘Sirah Tour’ kunjungi, mereka memang mahukan program2 seperti ini yang dapat menjelaskan lagi kepada mereka tentang Islam, tentang Nabi SAW. Mereka kata selama ini kita, umat Islam bila timbul isu-isu seperti ini, hanya tahu bertindak reaktif sahaja (berdemonstrasi, bakar, kutuk, dan boikot) dan bukannya proaktif membuat program untuk menjelaskan kepada mereka tentang Islam dan Nabi SAW. Oleh kerana terlalu byk reaksi yang reaktif itu, maka mereka yang sudahlah tidak tahu byk tentang Islam, lagi membenci Islam. Jadi mereka amat2 berterima kasih kerana adanya program seperti ini dan menyarankan agar kami meneruskan lagi program2 seperti ini untuk org bukan muslim dan juga muslim.
Jadi untuk tahun ini kami (FOSIS) meneruskannya lagi,
http://www.sirahtour.com/st08/
http://www.sirahtour.com/
Nah ! kan cantik tu, bila timbul isu seperti Filem Pendek Fitna ni, kita bersikap proaktif dan bukannya reaktif….barulah mereka faham kenapa kita marah/tersentuh/tersentap akan isu2 sebegini..
serangan secara peribadi adalah sesuatu yang keterlaluan..
sekalipun tidak bersetuju atau tidak bersependapat dengan artikel tersebut..
pandangan atau kritikan hendaklah dilontarkan kepada saifulislam.com..dan bukannya penulis secara peribadi..
saya merasakan cara ini lebih profesional..
Slm,
ptg td di kampus ad seorang brother yg tlh revert kpd islam warga Holland, tlh menyatakan yang boikot itu boleh menyebabkn kemudaratan kpd negara islam sendiri. namun beliau tidak menyangkal akan tindakan tersebut bagi memberi tekanan kpd kerajaan Holland (Belanda) membuat sesuatu terhadap wilders bukan setakat memberi kenyataan akhbar shj. itu hanyalah beliau punya personal point of view-tq
salam, ustaz… maafkan sy mencelah sekejap.
kebetulan, isu ni pun menjadi perdebatan juga di blog sy sendiri. walaupun blog sy, tp yg berdebat tu org2 lain. awalnya sy x ambil kisah, tp lama2 sy semakin khawatir.
maafkan sy yg x layak berbicara. tp bg sy dlm hal seperti ini, pendakwah yg seharusnya faham nmpknya semakin tidak faham. apa misi sbnr dalam dakwah? sekiranya misi dakwah mmg ‘boikot’, maka hal ini akan menyulitkan ummat Islam.
izinkan sy yg kurang ilmu ni mengingatkan, misi sbnr ummat Islam adalah menegakkan syiarNYA. sy rasa pendakwah2 sudah lupa hal ini sehingga mereka memperdebatkan hal2 cabang.
sy x kisah nak boikot atau tidak, itu pndpt masing2 dan sy hormat pndpt dan hujah setiap org. sama lah halnya dlm bermazhab. siapalah kita utk kata mazhab lain salah.
Allah s.w.t dah berpesan dlm surah Al-Hujurat:11, dah igtkan berapa kali, tp masih manusia lupa.
sy rasa selagi kita di bwh satu visi dan aqidah yg sama, hal2 cabang mcm ni tak sepatutnya menjd mslh. x melampau kalau sy kata, penyebab terhinanya Islam dan mudahnya kita dimainkan adalah sbb sikap ummat Islam sendiri yg bersangka buruk sesama saudara seMuslimnya…
wallahualam…
-Muslims are brothers by faith, and have faith in their brothers-
Suka sekali membaca komentar sdr Izwan..
bismillah.. salam ustaz..
dari awal lagi saya dah agak perkara-perkara sebegini akan berlaku. bagi saya, filem itu sedikitpun tidak menggusarkan hati saya.. bukan sebab saya tidak sensitif, tapi sebab ia dibuat atas ketidakfahaman mengenai Islam itu sendiri.. nampak macam si Wilder ni menunjukkan sangat kebodohan dan kejumudan dia..
malangnya, umat Islam dah terperangkap dengan bertelagah sesama sendiri tentang isu boikot-tak-boikot ni.. konon-kononnya bila depa boikot depa bela Islamlah.. come on lah.. sape yang rase die boleh boikot boikotlah, sape yang rase die boleh dakwah (thru blog, advertisement, whatever) dakwahlah.. at least semua buat keje..
kesal sangat bila depa tak faham apa yang ustaz nak sampaikan.. melayu, melayu..
apa yang penting sekarang ialah ubah diri kita. itu jelah satu-satunye jalan dakwah dan tarbiyah kalau kita nak orang bukan Islam respect dan hormat pada kita. ubah sikap, ubah mentaliti..
berhenti bertelagah wahai umat Islam. mula bekerja dari sekarang..
wassalam.
Bismillah
Muslim bukan da’ie?
Da’ie bukan menyeru kebenaran atau
mencegah kebatilan? ni semua kite Muslim
serahkan kepada Jin Islam saje?
Dakwah walaupun membuang beg plastik kedalam mangkuk tandas?
atau Muslim are forever BOIKOTers
Wallahu’alam
yup..suka dengan pendapat saudara izwan..ianya tentang tindakan, bukan sekadar berteori..
assalamu`alaikum ustaz
boleh juga refer sini
http://www.yussamir.com/2008/03/filem-fitna.html
Berbeza pendapat boleh, tetapi jagalah akhlaq.
Tak baik serang peribadi.
Bidaslah ilmu bersemuka dengan ilmu,
fakta bersemuka dengan fakta.
Tak adil kalau bidas peribadi.
Salam,
Bila pula umat Islam mengambil Wilders ni sebagai jurucakap?
Anyway Kudos to saudara Izwan #26 yang walk the talk untuk tidak boikot tapi lebih kepada mengambil peluang untuk menerangkan kepada umat islam dan bukan islam seramai yang termampu tentang sesuatu isu yang sedang ‘panas’. Rasanya kalau dibuat tour itu sekarang sambutannya akan hebat juga disebabkan oleh iklan percuma dari wilders ni. Itu lah baru yang terbaik. Mengambil peluang untuk berdakwah dikala manusia memerlukan info. Macam Ustaz Hasrizal sebut pasal sambut maulid. Kita perlu sambut Mualid atas dasar manusia ‘bersedia’ untuk ditarbiyahkan tetapi ada pulak laungan yang mengharamkan sambutan maulid atas dasar Rasulullah tak sambut… bidaah kunun! Mana lebih besar bidaahnya,
(a) melepaskan peluang untuk berdakwah kepada manusia yang telah bersedia untuk didakwahkan atau
(b) berdakwah kepada mereka sambil ada slot2 berselawat keatas Nabi, dan bergembira atas kelahiran Nabi besar junjungan kita Muhammad s.a.w? Btw kita selawat everyday, tapi cuma this day will be special sebab ramai yang ‘jauh’ dari agama tetiba teringatkan tarikh keramat ini ada peristiwa hebat yang berlaku!
Anyway kalau pada sesape yang nak boikot, pastikan ada hala tuju dan cara yang kolektif dan professional barulah boleh berjaya! Ana bemuzakarah dengan Tuan Guru ana dan kami setuju bahawa boikot tidak perlu sekiranya tidak dilaksanakan dengan kolektif seluruh umat islam dan ianya mestilah dilaksanakan dengan professional. Back to realiti! Sepatutnya kita gunakan OIC untuk menjalankan kewajiban sebagai badan yang mendukung dan menjaga kebajikan Negara Islam dan Umat Islam untuk meminta agar satu pengadilan dilakukan keatas wilders ni. Pastikan all the muslim countries memberi mandat kepada OIC untuk meminta belanda menyerahkan wilders untuk diadili dimahkamah OIC. Kalau belum ada mahkamah OIC, maybe this time is perfect for us to create one! Kita beri tempuh maybe sebulan untuk Belanda cooperate with OIC dgn membawa wilders atau ‘lauya’ nya untuk ke mahkamah oic atas dasar dia telah memberi gambaran yang tidak benar atas islam. Kalau dia salah baru dihukum. Kalau dia buat filem itu sebab dia jahil, maka maybe one of the hukuman is for him to acquire knowledge on Islam. Tapi kalau dia ada knowledge hanya sekadar berhati perut yang jahat, maka pastilah Hakim2 cendikiawan Islam boleh mendatangkan hukuman yang setimpal kepada dia melalui tamsilan dari sirah Rasulullah.
But then kalau Belanda sendiri tidak mahu cooperate dengan menghantar wilders untuk diadili dimakhamah OIC atau menghantar lauyanya, then Mahkamah OIC boleh bersidang tanpa wilders or lauyanya dan mahkamah OIC boleh dan wajar menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan jenayahnya. Kalau sekiranya tiada boikot ataupun boikot, pastikan ianya diendorsed oleh seluruh ahli2 OIC. Barulah senang untuk melihatkan impak yang besar dan segera. Dan ana rasa maybe orang2 bukan islam akan lebih respek kepada orang islam yang membuat hukuman melalui kaedah yang diterimapakai oleh mereka sendiri iaitu melalui pengadilan dimahkamah dan wilders diberi peluang untuk membela dirinya. Bukan hanya sekadar perbincangan beberapa alim ulama dan terus keluarkan fatwa untuk boikot. Sungguh tidak adil mereka akan kata.
Dan seolah2 kita telah mengangkat derajat wilders ni kepada orang alim tentang islam dan menjadi jurucakap kepada Islam pula!!!!?? Sedangkan kita tahu dia ni mesti jahil tentang Islam……
Teringat lagi Tok Ki
Ada akal pakai……
salam..
ana cadang kita terbitkan banyak2 novel “ISABELLA” (sebuah novel berdasarkan kajian perbandingan Islam dan Kristian, oleh Maulana Mohammad Saeedterjemahan Abdullah Hussain)
kita sebarkan ke secara percuma… ade berani???
pandangan kita agak serupa….yang bising kita jugak…yg huru hara kita jugak.. yang menambh masalah kita jugak… yang terseksa kita jugak….so xde ke cara terbaik untuk menegakkan islam…sedangkan isu ini pun islam dgn islam yang berdebat…dorg plk wat don’t know n tgk tingkah laku kite..dan last sekali baru dorg kuar statement dorg sekadr beberapa minit je… tp bnda ini still xselesai jugak
assalamualaikum..
ini adalah sekadar pandangan peribadi..setiap insan mmpunyai hak utk mmbuat ijtihad msg2..tp syaratnya mestilah berdasarkan ilmu & berdasarkan Al-Quran & As-Sunnah..setidaknya, pndangannya tidak melanggar prinsip & tidak menimbulkan perpecahan di klgn org islam..ssngghnya ukhuwwah itu perlu dijaga..di sini ana ingin berkongsi pengalaman..ana sendiri sudah melatihkn diri utk boikot tp untuk isu Palestin. sejak 7 tahun lalu, ana mengambil keputusan utk mmboikot barangan pihak di kalangan mereka yg terlibt dlm usaha mnjatuhkn Palestin..sekurang2nya walaupun ana tidak mmpu utk berjihad di sana , at least dpt juga tidak menyumbang. ana tidak pasti samada isu palestin ini boleh disamakn dgn isu skrg?namun, ana cuma berpegang kpd konsepnya, iaitu mana2 musuh2 islam yg berkomplot utk menjatuhkan agamanya.Tapi, ana tahu tidak cukup utk sekadar boikot..namun setelah 7 tahun berkcinpung dlm bidang boikot ni, ana telah byk mencari alternatif utk menaikkan barangan muslim..sejak boikot, rupa2nya byk barangan muslim yg juga bagus tapi disebabkn oleh marketing di conquer oleh westerns, we are deluded into buying their products..products such as cookies, chocolates that are produced by our locals..some of them are of high quality but are not given enough chance to shine due to the tight competition by the popular brands. contohnya, kit kat & many other choc by nestle products..actually, kita ada our own brand such as daim & dazzle..our milk products..& agriculture products.there are many products that are export quality & deserve places in the supermarket. my auntie is doing her masters in marketing, & we spend time a lot talking on how to market local goods..thus it is high time for us to actually to give chance for these muslims to expand their horizon..look at kelantan, for example, there aer such places as to sell the goods done by the locals, which i think deserve good accolades..thus, i do not know as the hukum for boikot,but i do believe, try not to assist in the kuffars that are in fact assisting in tarnishing our religion’s name..and we have to be proactive..show that our deen is the best..show thru our akhlak..show thru our wisdom..use this chance as to expand our products..show that muslims have other means and need not to be dependent..wallahu’alam
assalamualaikum,
terima kasih atas artikel ustaz yg banyak membantu sy berfikir dari dimensi yg lebih luas..saya berlapang dada terhadap isu boikot ini, tp saya amat bersetuju dgn hujah ustaz bhw isu muslim merealisasikan islam realiti itu adalah perkara pokok yg lebih wajar ‘digembar-gemburkan’krn masalah utama pada masa kini adalah salah faham dan kekeliruan org ramai dlm menafsirkan islam, ditambah pula dengan sikap-sikap umat islam yg langsung x bertepatan dgn ajaran islam..
-maaf salah dan silap-
salam.
Saya sentiasa bersetuju bilamana saranan boikot dikumandangkan jika ianya adalah PATUT dan MENEPATI SASARAN.Sekurang2nya memberi pengajaran kpd bangsa yg biadap (jihad bil lisan)serta
menunjukkan kemarahan umat Islam (jihad bil qalbi)
Ini yang diharapkan sekurang2nya dari umat Islam.
Namun apa yg dikesalkan boikot kita hanya BERAPI DI MULUT tetapi lemah pada perlaksanaan. Semangat org2 yg nk melaksanakan agenda tersebut seringkali ‘dilemahkan’ oleh orang yg berapi di mulut untuk memboikot ttp lemah perlaksanan hatta dikalangan mereka yg sefikrah dan sejamaah.
Hakikatnya, yg ‘sekurang2′ ini pun x mampu dilaksanakan.
Saya percaya saranan ust abu saif di sini lebih menekankan sikap proaktif bukan sentiasa defensif.
Ini sepatutnya difahami. Biarkan masalah polemik hendak memboikot atau tidak diserahkan kpd org yg selayaknya.
Minta Laluan…dengan keizinan dan budi bicara Tuan Punya Blog yang dikasihi,
ARTIKEL:
Sanusi Junid sudah bawa keluar Pedang Samurai…Haaiiittt!
Benarlah sepertimana yang tersebar diseluruh negara satu waktu dulu bahawa, dengan Pak Sanusi ini jangan dibuat main-main; kerana beliau mengamalkan semangat Bushido; yang sering dipegang oleh Samurai Berani Mati dari Negara Terbit Matahari…
Dato’ Seri Sanusi Junid yang kini merangkap Presiden UIAM sememangnya ahli politik yang berani dan mempunyai prinsip kesetiaan yang tinggi kepada bekas ketuanya… Haaaittt!
Lihat sahaja keberaniannya mempertahankan Enche’ Ghaffar Baba (Tun) daripada serangan bertubi-tubi media yang dikuasai oleh kem Anwar Ibrahim dan juak-juaknya, pada masa perebutan kerusi Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1993; yang penuh berliku dan bersejarah itu.
Sanusi mengepal penumbuk berdiri teguh diatas Rostrum membela Tun Ghaffar Baba habis-habisan biarpun selepas itu beliau kalah mempertahankan kerusi Naib Presiden Tempat ke-3, yang disandangnya pada masa itu. Perhimpunan Agung, tahun 1993 menyaksikan Dato; Seri Sanusi Junid menongkah arus ‘Kem Wawasan’ yang dikepalai oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim; yang disokong oleh juak-juaknya seperti Mike Tyson, Muhyiddin Yasin dan Rahim Tamby Chik.
Sila baca ulasan seterusnya di :
http://theindiestory.blogspot.com
Check it out!
TQ
saya rase yg org marah adlh kerana Abu Saif menyalahkan tindakan boikot dgn berpandangan bhw tindakan tersebut menzalimi rakyat belanda.mungkin kita disini tak biasa dgn masalah perbezaan pendapat.sepatutnya kita berlapang dada walaupun satu pandangan kata harus dan satu lagi kata haram.macam beza mazhab.
kalau tak silap dalam artikel/komen yg lepas Abu Saif juga ada saran pimpinan kerajaan kita bertindak macam pimpinan Indonesia…rasanya cara itu lebih teratur dan berkesan…kalau kerajaan tak buat, kita (perseorangan/NGO/dll) desak kerajaan buat…rasenya lebih realistik utk kita laksanakan…Abu Saif pun kata dia boleh turun demo kalau perlu…betul tak?
wallahua’lam…
Ada beberapa point penting:
1. Jika mahu memperbaiki ekonomi umat Islam dan mengurangkan kebergantungan kita kepada produk asing, maka ia hendaklah dilaksanakan di dalam agenda jihad ekonomi. Boikotlah produk asing tanpa mengira Belanda atau Perancis atau apa-apa sahaja, demi meningkatkan upaya berdikari umat Islam.
2. Tetapi jangan jadikan keputusan boikot ke atas Belanda sebagai langkah memperbaiki ekonomi kita. Kita memanipulasi isu penghinaan agama dan sebagainya, dengan menjadikannya peluang untuk kita ‘mengaut keuntungan’ (pada persepsi orang lain). Apa etikanya perbuatan sebegini?
3. Soal mampu boikot atau tidak, hangat-hangat tahi ayam atau betul-betul bersemangat, tidak ada kena mengena dengan pendirian saya mengenai boikot. saya menolak boikot bukan kerana mempertimbangkan kemampuan perlaksanannya, tetapi kerana melihat tindakan boikot barang Belanda itu bertentangan dengan prinsip.
4. Isu yang dibahaskan adalah isu boikot barang Belanda, dan bukannya isu boikot secara keseluruhan. Boikot negara lain seperti regim Yahudi di Palestin, Denmark atau China, adalah isu yang berasingan.
5. Maaf jika pandangan ustaz cabuk seperti saya tidak laku memandangkan saya bukan Sheikh atau al-’Allamah. Artikel ini adalah untuk mempertahankan pendirian saya, dan bukan cubaan mempengaruhi orang lain. Hanya manusia yang lumpuh akal sahaja yang mudah dipengaruhi. Saya yakin pembaca di sini menerima dan menolak pandangan dengan waras, bukan kerana ‘terpengaruh’ dengan saya
6. Saya tidak faham mengapa artikel saya dibincangkan dengan hangat di al-ahkam.net hingga ada yang mencabar saya memberikan pandangan, sedangkan saya tidak berada di situ dan tidak menyertai perbincangan di sana.
7. Wa an Laysa Lil Insaan illaa maa Sa’aa…, sudahkah anda melakukan sesuatu mengenainya?
knape tak sama isu boikot yg ini dgn isu boikot yg lain?maaf kerana begitu cetek ilmu skali..mgkn boleh penerangan
ustaz,
saya menghormati sekiranya ustaz berbeza pendapat kerana ada relevantnya point yg ustaz bawa itu, terutamanya ramai yang bekerja di kilang2 barang dutch ini sebenarnya rakyat malaysia.
tapi saya agak menyokong boikot ni. kami tidak lagi beli minyak di SHELL contohnya sebagai memberi sedikit sumbangan dengan niat supaya dapat memberi tekanan berterusan kepada syarikat2 ini dan seterusnya untuk mereka memberi tekanan yang berterusan pula kepada kerajaan dutch not to tolerate things like this kerana ianya affect their business.
ustaz pernah membawa cerita tentang bagaimana masyarakat islam turki yang sanggup berbelanja lebih dan berjalan lebih jauh kerana tidak mahu membeli barangan dari mereka yang islam sekular. ini juga adalah unsur boikot dgn niat memberi tekanan.
dalam kita berbeza pendapat, saya nak minta pandangan ustaz, kalau kita tidak mampu berdakwah, selain dari boikot sebagai usaha memberi tekanan yg berterusan, adakah cara lain yang lebih simple untuk menzahirkan penolakan kita pada mereka ?
bersimpang siur nampaknya…
isu boikot barang belanda berbeza dengan boikot barang denmark dan barang zionis sebab:
1. kartunis yang menghina nabi muhammad s.a.w. itu mendapat sokongan kerajaan denmark. tindakan yang asalnya merupakan tindakan peribadi kartunis tersebut, disokong oleh kerajaan Denmark. Maka tindakan menekan negara Denmark dengan kaedah boikot adalah wajar. Jika rakyatnya merasa tertekan akibat merudumnya ekonomi Denmark hasil boikot (kalau menjadi le), maka rakyat Denmark harus bertindak menukar kerajaan mereka.
2. Begitu juga dengan Yahudi Zionis.
3. Akan tetapi Geert Wilders bertindak atas kapasiti beliau. Kerajaan Belanda tidak menyokong, malah menentang perbuatan itu. Rakyat Belanda juga menyokong tindakan kerajaan yang menentang Wilders. Maka perbuatan menghukum seluruh Belanda agar mereka menghukum Wilders… adalah tidak betul.
4. Merujuk komen ke 46, saya cadangkan supaya mereka yang ikhlas bertanya, apa nak buat kalau tak boikot, boleh tak menulis artikel, join pertubuhan dakwah dan guna apa sahaja cara yang ada untuk menghasilkan bahan-bahan yang berguna untuk membersihkan kekeliruan terhadap Islam di kalangan non-Muslim di Malaysia ini sendiri?
Boleh tak buat conference Muhammad and Islam, dalam bahasa Inggeris, Melayu or even Cina dan India (Tamil), ajak non Muslim hadir sama. Macam Izwan dan kawan-kawan (#26) dah buat?
Boleh tak setiap persatuan Islam di kampus-kampus, buka table, edar leaflet, jawab tuduhan-tuduhan yang disumbat si Wilders dalam filem Fitna dia tu.
Boleh tak desak kerajaan Malaysia, Pak Lah, or what ever untuk speak up properly, panggil Duta Belanda di Malaysia minta penjelasan, beri peringatan supaya semua pihak belajar menghormati agama. Jangan hina Islam, dan jangan sewenang-wenang roboh kuil hindu.
What you give you get back. What you dont give, dont dream di siang hari to get something back. No pain no gain.
Ke… masih terlalu sikit benda nak buat?
Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang).
Assalamu’alaikum ustaz..
Apa yang saya nampak disini.. sesetengah mereka yang memberi komen tanpa alasan yang kukuh bukanlah sesuatu yang bijaksana..
kerana kunci kata bijaksana adalah keikhlasan..
sama2 lah kita renungkan.. biasanya orang yang banyak membaca akan kurang untuk membantah..
sebaliknya cuba memikirkannya, yang mana benar yang mana salah.. dengan menghidupkan ketiga-tiga elemen tersebut, itulah PENDENGARAN(telinga), PENGLIHATAN(mata) DAN HATI.. jika hidup ketiga-tiga elemen ini baru lah akal mampu membuat keputusan yg baik.. kerana jika gagal menggunakan ketiga-tiga tadi mungkin kita tidak mampu utk membuat satu keputusan yang tepat tanpa ada ketelitian.Sudah lah JAHIL malah GAGAL pulak untuk memikirkan yang benar,melainkan orang cacat saja.. bimbang kita termasuk dalam firman Allah..
(Al-Baqarah ayat 18:Mereka tuli, bisu dan buta, maka tidaklah mereka akan kembali (ke jalan yang benar).
(Al-Israa’ayat 36:Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya PENDENGARAN, PENGLIHATAN dan HATI, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya).
sebarang kesilapan maaf dipinta..
Sepatutnya ustaz teruskan dakwah secara yang ustaz rasa lebih baik . Tak perlu lah memperlekehkan mereka2 yang memboikot . Apa salahnya jika seruan ustaz untuk bertindak menjalankan dakwah memperkenalkan Islam tanpa mengecilkan usaha2 boikot yang dilakukan oleh segelintir umat Islam sahaja .
Di sana lebih banyak golongan yang tak peduli dan terasa apa2 dengan keadaan ini . Bagi ana , jalankan usaha dakwah kita dan jangan perkecilkan usaha orang lain …
untuk berlaku adil, tunjukkanlah di bahagian mana yang saya “memperkecilkan” usaha boikot itu. Saya amat berusaha mengelakkan diri dari menggunakan pendekatan “memperkecil” atau “memperlekeh” kerana cara sebegitu adalah simptom penyakit hati.
jika saya mempertikaikan tindakan boikot, ya saya mempertikaikannya. tetapi bukan memperkecilkannya. argument saya bukan pada soal keberkesanan atau menjadikannya pertandingan siapa paling banyak mendapat sokongan between boikot atau tak boikot. argument saya ialah pada prinsip.
saya tidak bermaksud menjadi defensif, tetapi saya rasa tidak adil untuk alhikam menuduh saya “memperkecilkan usaha orang lain”
Assalamualaikum ustaz..
kali pertama saya nak bg comment ni…
selepas apa yang saya baca artikel pasal “FITNAH FILEM FITNA” saya memang setuju dgn ustaz…
pada mulanya saya keliru dengan pandangan ustaz dan dgn pandangan org2 lain yg nak boikot ni… setelah sy lihat betul2, tidak perlulah kita nak memboikot kalau hanya segelintir saja yang nak buat…
mereka2 yang nak boikot ni hanya bercakap tapi diorg x bertindak pun…. ape kes…
sms bukan main lagi suh boikot tp sy tgk ramai je org kite isi minyak dkt shell… huhu…
in conclusion, kalau nak boikot kita kena betul2 bersatu padu, barulah menjadi…kalau sekdar bercakap nak boikot baik x payah… betul x ustaz?
slm, sedar atau tidak tidak sedar memang jelas Geert Wilders sememangnya tahu akan tindakannya itu adalah fitnah islam. tajuk ‘fitna’ sudah cukup untuk membuktikan tindakan fitnahnya ke atas islam. dia sedar itu adalah fitnah. tindaknnya hanya untuk mem’provoke’ kemarahan umat islam. dan seharusnya kita patut bersabr.jgn bertindak terburu-buru.mungkin suatu masa nanti tindakan sewajarnya boleh diambil.wslm
salam,
ana setuju dengan insearching_truth….
Adakah kita perlu terburu-buru memboikot barangan Belanda hanya kerana seorang yg bernama Geert Wilders….
bukankah tindakan2x ini hanya membenarkan provokasi Geert Wilders….
Kenapa kita tidak lebih bijak seperti yang dilakukan oleh masyarakat Islam Eropah dengan bertenang serta menerangkan kepada masyarakat merekA hakikat sebenarnya Islam itu…
banyak lagi cara yg lebih bijak untuk membersihkan nama Islam kembali….
dalam setiap perancangan, kita perlukan strategik yang bijak dan teratur….
bukannya bertindak terburu-buru, kerana sikap terburu-buru tu sifat syaitan…
wassalam
jazakallah atas penerangan ust ttg isu boikot..ttg difference between the 2 situations..after reading the paper today in regards what stance the Dutch government holds, i do agree to some extent your view on this boycott..cuma di sini ana nak nasihatkn diri sndiri & org lain..setiap tindakan yg kita buat kena ada asasnya..kena jelaskn dulu kenapa anda ingin berbuat demikian..is it justified? adakh ia menepati apa yg di syariatkn oleh islam..lastly, ttg isu boikot brgn denmark…kalau nak buat, kena ada hujjah kenapa anda ingin buat..jika tak mahu, juga kena ada hujjah mengapa anda tidak mahu..sesungguhnya tidak salah sekiranya kita memutuskn sesuatu selepas mencari segala info & mengetahui prinsip nya then decide..wallahu’alam..bukan ke begitu?jika ada kesilapan, tlglh tegur ..wassalm
boikot~tak boikot=marilah sama2 kita majukan ekonomi kita..majukan ekonomi, duduk sama tggi berdiri sm rndh dgn mereka..sampai bila nak boikot kan, nnt dah reda isu ni pegi tesco dutch lady jg yg di cari..kena cari penyelesaian jgka masa pjg..umat islam bukan mudah diperkotak katikkan..jgn cepat melatah
!fikir dulu sblom buat..
Good One. Your article is one of the sanest voices of Muslims.
I respect your ability to reason, and the capability to think away from the “mob” mentality.
Keep it up. This country needs more people like you.
Melayu Islam Malaysia, melakukan tindakbalas pantas apabila “Melayu” atau “Islam” atau “Malaysia” dihina dengan cara terang-terangan. Tetapi sekiranya musuh mereka masuk melalui pintu “maya terbuka” dengan angin sepoi-sepoi bahasa, yang melunakkan halwa telinga dan melangiri halus-pulus nafsu yang terlena, mereka tidak akan berbuat apa-apa. Percayalah musuh yang nampak itu bukan sekadar berkata-kata dan berjenaka mempersenda “Melayu, Islam, Malaysia”. Tetapi persada saujana padang perang mereka adalah angin semilir yang membelai…
Paklang
memboikot brgn belanda bermakna menyatakan yg kita tidak menerima sama sekali org yg mhina islam…wlpn hy seorg…mereka harus menerima akibatnya…itula skurang2nya usaha org2 yg bkesedaran…x dinafikn usaha2 lain spt seminar dsbnya…&boikot sbg satu lg tmbhn tindkn kita org islam spy mereka sdar org islam bukan utk diperlekh..juga sbg amaran kpd pihak lain,bukan shj belanda…utk tahu & sedar bhw org islam mpyi izzah tinggi bersedia utk bersatu padu membela agamaNya..mereka perlu tahu ‘kuasa’ ekonomi islam boleh membunuh mereka..kdg2 bahasa kurang ajar perlu dibalas dgn bahasa yg sama
boikot nie la salah satu point utk org islam bersatu padu sbnrnya….boikot nie juga lambang ketegasan & maruah org islam…knp kita x mengambil pluang nie..salah satu ruang dakwah kpd org2 islam juga…itu adlh ‘suara’ kita….sy yakin bukan wilders seorg je yg benci islam di belanda…ramai lg member dia kt belanda tue…so, wajar brg belanda nie diboikot…krajaan belanda perlu tahu betapa pntg posisi org islam di negara mereka…boleh juga guna cr lain utk sdarkn belanda spt yg dilakukn negara indonesia..tp boikot adlh tmbhn satu lg cara..jgn menidakkannya..ia perlu…pelbgikn cara protes adlh lebih bagus drp menutup satu potensi utk protes..kita perlu meraikan variasi protes..bukan meng’argue’knnya
bismillah
heran! bagaimane Wali Songo menyeghru? dan heran bagaimane Said Nursi membela Islam dan Muslim, begitu juga Sir Ahmad Sirhindi membela Islam dan Muslim dan bagaimane Abd Samad Palambani membela Islam dan Muslim drp pencerobohan Kerajaan Siam? Wilders mahu Muslim di Belanda asimilasi ke dalam Budaya BEBAS Eropah.
Just curious…
Ubat Ati yg kedua Solat Malam dirikanlah kerana larut malam yg hening lebih terkesan Wahyu di qalbu
Wallahu’alam
bismillah
hairan perjuangan Shah Waliyullah membuka pintu terjemah Al-Quran yg sebelumnya dianggap berdosa, sehingga beliau dikira kafir… “al-Muqaddimah fi al-Terjamatil Quran” usha beliau berijtihad kerana maslahah ummat yg tidak tahu bahasa Arab… diterjemah ke bahasa Urdu dan Parsi
sebagaimana Imam Ghazali membela Islam drp kekaburan falsafah plato… sebuah perjuangan tajdid segar
wallahu’alam
Assalamualaikum Encik Abu Saif,
diharap encik dapat memberikan komen tentang penulisan saya yg tidak seberapa tentang isu filem fitna ini. Saya akan rasa bangga jika encik sudi memberikan pandangan encik tentang penulisan saya. Saya adalah ahli baru di sini. Terima kasih.
http://ninaasno.blogspot.com/2008/04/fitna-movie-by-geert-wilder.html