
Terima kasih kepada seluruh pembeli buku AKU TERIMA NIKAHNYA.
Genap seminggu buku sulung saya ini berada di pasaran, rentak jualan berjalan dengan begitu baik,biar pun saya sendiri belum berkesempatan melihat dan membacanya!
Tidak ada apa yang saya harapkan, melainkan lebih segera dan mudah untuk adik-adik yang membaca melafazkan “AKU TERIMA NIKAHNYA” mereka. Manakala bagi sahabat-sahabat dan senior yang sudah pun lama melafazkan “AKU TERIMA NIKAHNYA”, akan dapat menjadikan buku ini sebagai titik musahabah bagi sama-sama membina rumahtangga dan keluarga yang diredhai Allah SWT.
Begitu juga dengan ‘ahli Kelab Suami Doktor’, buku ini juga boleh dijadikan manual menyemak kembali komitmen yang dipersetujui semasa kita melafazkan”AKU TERIMA NIKAHNYA” tidak lama dulu. Ahli”Kelab Isteri Doktor” juga boleh mengambil manfaat daripadanya, Insya Allah.
SESI RAMAH MESRA
Tengah hari ini, saya akan berada di Pesta Buku Antarabangsa KL, PWTC di gerai 5, Galeri Ilmu, untuk bertemu dengan pembeli, pembaca saifulislam.com dan buku ini, serta pengunjung gerai Galeri Ilmu secara keseluruhannya. Sesi yang ditetapkan adalah bermula dari jam 2:30 petang, sehingga pengsan.

Turut serta, adalah guru saya, Ustaz Pahrol Mohamad Juoi yang akan bersama-sama mempromosikan buku terbaru beliau iaitu SATU RASA DUA HATI, juga dengan genre yang sama seperti AKU TERIMA NIKAHNYA. Ustaz Pahrol sebelum ini terkenal dengan buku Bestseller beliau iaitu TENTANG CINTA.
Temui kami di sana, Insya Allah
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor





Saya sudah mendapatkan buku “Aku Terima Nikahnya”. Sangat seronok dan begitu mendidik jiwa ini. Terima kasih ustaz..walaupun saya tidak berkesempatan menemui ustaz utk mendapatkan autograf barangkali..(“,) tp saya tetap menyokong ustaz dari belakang..terima kasih buat ustaz dan kak muna..pengalaman kalian benar2 menyentuh hati ini..selamat meneruskan perjuangan buat kalian berdua!
saya rancangnya nak pergi hari ini. tapi semalam kawan-kawan dah ajak sebab hari ini katanya nak study. kepayahan mencari booth galeri ilmu berbaloi juga kerana dapat juga saya beli buku ustaz. kawan2 ada juga yang terkejut tengok saya beli buku ni, “ko dah tak sabar nak kawin ke?” kata kawan saya. don’t jugde by its cover.. saya terangkan kat dia apa yang saya faham sedikit, atau pun beli la dan baca. sempat juga promote. terima kasih kepada ustaz atas satu buku yang relevan untuk jiwa remaja yang terkeliru antara cinta dan couple. semoga manfaatnya kita sama2 dapat. jazakallah..
SALAM>>>>>’desire has no boundry’ (berahi tidak memiliki sempadan) ..mintak ustaz lawat youtube dan lihat COMOLOT..tajuk filem gay pertama keluaran melayu…oleh AKADEMI SENI Kebagsaan
Mintak pandangan ustaz laluan bagaimana bleh kita tentang habis-habisan ,mereka yang gunakan media sebagai alat propaganda memenangkan GAY!!
http://muthaqqafazhari.blogspot.com/
blog ini memberi komen tentang penerbitan video melayu oleh aswara dalam tempoh 9 minit..
Mungkin ruang inisahajalah boleh saya manfaatkan utk sampaikan mesej kepada orang ramai..
assalamualaikum
ustaz,dimana saya boleh dapatkan buku ‘Aku Terima Nikahnya’ selepas pesta buku ni?
sbb saya jauh diperantauan, kawan2 pun masing2 busy, family plak jauh dr PWTC tu…maka tak dapat la saya mendapatkannya buat masa sekarang…
wah ade petua utk ahli kelab doktor..mesti beli nih..
haih lmbat lg balik malaysia..
cinta yg suci semata-mata mencapai keredhaan Ilahi. Semoga bahagia selalu, di bawah cahaya-Nya. Boleh dptkan di MPH atau Kinokuniya x? ana x sabar nak suruh adik ana poskan ke Melbourne ni.
alhmdllh ana dh dptkan kedua2 buku ni. teringin nak baca terus tp kekangan masa yg amt.tp dah tgk seimbas lalu.rupa2nya buku ni hasil drpd pengumpulan penulisan ustz dlm mjlh anis dan di web ni ya.aiwah.mabruk2 dpt keluarkan buku begini.smg terus thabat di jalanNya
Beli ye Udah,
Baca ye Udah,
Aplikasi aja yg belum…=)
salam utk ustaz… bagaimana utk mendapatkan buku2 ini selepas pesta buku??? sy berada di kuantan…
rasa2nya ustaz pun belum tahu lagi bila galeri ilmu akan distribute buku tersebut ke kedai2 buku. insyaAllah akan menyusul up date in few days.
salam,
wah,dua kali saya menjengok both Galeri Ilmu, baru berpeluang memilikinya. Walau pun , pertama kali hadir ke pesta buku , sempat berjumpa Abu Saif, namun saya datang tanpa ada tanda tangan penulis AKU TERIMA NIKAHNYA, (sebab lambat sampai…hehehe…)
Kini, saya di JB, tak dapat hadir sesi bersama pengarang buku best seller ini…..
buku yang lambat sampai..(harap maklum)…hehehe
Assalamualaikom..Hati untuk bertemu dan bersua muka pada petang tadi kesampaian juga. Berbekalkan wang yang pada mulanya hanya berhajat membeli buku ustaz sahaja,telah terlari bajet. Mata terkesima dengan karya Sasterawan Negara yang bertapa di gerai wirabukit berhimpit bersama anak buahnya Faisal musa, yang bertajuk Cinta Fansuri.Hasil-hasil saya dapat tandatangannya dan bergambar sekeping dua.
PWTC sesak dan keras saya dibuatnya,tak enak mahu berlama-lama di satu-satu kedai.Tak mengapalah,wang bukan bawa banyak sangat,cuci mata pun cukuplah.
Kalau mahu berlama-lama dan membeli buku yang dihajat,seeloknya pergi waktu hari-hari berkerja.Hari minggu sesak,sukar untuk ke sana kesini,lebih-lebih lagi jika bersama keluarga.Tetapi yang bagusnya,pada hari mingu dapat bersua muka dan beramah manja dengan penulis-penulis.Oleh itu tahun depan,kena pandai buat jadual..hehehe…
-Saya terima nikahnya-
wahai galeri ilmu,cepat2 la distribute buku tu ke kedai2…saya harap balik julai ni saya boleh dapatkannya…
nak ngadu kat saper yer???
ustaz tolonglah…galeri ilmu tolong la…
jgn la hampakan saya…
Salam,
Sahabat dari UK boleh order dari saya. Maklumat lanjut di blog.
salam….saya dah beli buku ust, kirim kat kawan..
dapat gak autograf ust, tp atas nama dia..huhuhu..
salam,ari keje baru ni saya dah pergi tapi tak jumpa gerai buku ni huhu.saya nak cuba kirim dengan kawan yang akan pergi hari ini,ahad
Salam Ust,
Sedikit pemerhatian ana, buku tersebut boleh jadi kurang difahami oleh khalayak yang bukan pembaca Saifulislam.com. Pembaca baru mungkin kurang faham hujung pangkal artikel-artikel ustaz. Cerita-cerita di luar negara perlu dimulakan dengan sedikit penerangan ringkas apa Ust buat di sana? Bila? Berapa lama?
Ana mencadangkan untuk cetakan akan datang, perlu dimuatkan sedikit sinopsis atau penerangan bahawa buku ini adalah terbitan daripada artikel-artikel dari web ust.
Seterusnya, ada beberapa perkataan yang di rasakan janggal bagi sesetengah pembaca baru seperti ‘akhi’, ‘anta’, ‘usrah’ dan lain-lain. Istilah ini hanya biasa bagi sahabat-sahabat yang biasa dalam usrah-usrah @ gerakan Islam. Sebaiknya ada footnote.
W’alam
Setuju sy dgn Mr F… iye, hanya pengungjung saifulislam dan ‘ahli jemaah’ je yang boleh memahami dan mengambil mesej yg ingin ustaz sampaikan…
Mungkin utk cetakan kedua, sy fikir perlu ada ‘pengubahsuaian’ atau penerangan scara ‘gambaran kasar’… afuan ustaz..
Perasaan yang sama, semasa pelajar sekolah agama membaca buku yang saling membahasakan diri I U I U
Bagi yang tidak mengikut sistem tarbiyah, buku ini ialah “PANDUAN BERCINTA MENURUT ISLAM”.
Bagi yang mengikut sistem tarbiyah, buku ini ialah “MANUAL BAIT MUSLIM: ANTARA TEORI DAN PRAKTIS”.
Latar belakang siapa saya, buat apa di Jordan, UK, Ireland dan lain-lain, telah disinopsiskan di muka belakang buku. Jika masing ingin menambah maklumat, http://www.saifulislam.com diiklankan dengan jelas pada buku.
Buku ini harus dibaca bukan untuk membaca cerita penulisnya, tetapi untuk pembaca mencari cerita masing-masing, melalui cerita penulis. Itulah hasratnya
Feedback, semua saya ambil dan analisa untuk penambahbaikan. Terima kasih ya…
salam. saya tak faham tentang buku ini bermanfaat kepada ahli kelab suami doktor dan ahli kelab isteri doktor? adakah kerana ustaz beristerikan seorang doktor, lalu banyak perkara di dalam buku ini berdasarkan pengalaman ustaz beristerikan doktor? kerana saya insyaAllah tak lama lagi akan diijabkabulkan dgn seorang doktor, tapi kerana dia seorang doktorlah yang selalu membuatkan saya berasa sedih dan ragu2 dgn masa hadapan saya (suami busy,tak balik rumah dsb).
Terima kasih aye,
Bukan apa, ana takut pembaca baru tak dapat menikmati ‘kemanisan’ membaca artikel-artikel dalam buku tu sebagaimana yang dirasai oleh pengikut Saifulislam.com.
Sebab mereka tak tahu hujung pangkal setiap artikel. Ia akan lebih banyak menimbulkan tanda tanya dari mendapat ‘input’. Hehe~
Bagi warga Saifulislam.com, (kita perlu anggap tak semua berminat nak buka internet dan baca dari mula semua artikel-artikel ust)mereka mudah memahami perjalanan hidup Abu Saif. Tahu Ust pernah ke Turki beberapa kali. Berjumpa kenalan-kenalan baru di sana, mengikuti perkembangan umat Islam di sana. Menggali sejarah Othmaniah, menggauli golongan remaja, dewasa dan rakayat bawahan di Turki. Ust juga pernah bertugas di Belfast sebagai imam, pengetua. Mendepani kerenah perlabagai ragam mazhab, fahaman, lawan, masyarakat setempat dan lain-lain.
Jadi setiap artikel tersebut sangat mudah di fahami oleh pembaca Saifulislam.com. Namun pembaca baru rasanya agak ‘pening’ dengan soalan-soalan tak berjawab. Jadi ana cadangkan ada sedikit sinopsis dalam 4-5 muka di bahagian dalam menceritakan perjalanan hidup ustaz. Ini sedikit sebanyak membantu pembaca baru memahami gambaran sebenar artikel ni.
Juga ana cadangkan ada footnote bagi perkataan-perkataan yang bolehjadi luar biasa bagi orang-orang ‘biasa’.
Satu lagi, untuk cetakan kedua dan seterusnya, boleh masukkan testimoni daripada mana penulis tersohor sebagai ‘sokongan’ kepada buku ni.
Kaedah yang digunakan oleh novelis Habiburrahman El Shirazy dalam Ayat-ayat Cinta (sekadar contoh) boleh digunapakai.
Ana yakin, dengan penambahbaikan ni, akan membolehkan ‘Aku Terima Nikahnya’ menembusi pasaran yang lebih luas di kampus-kampus, maktab-maktab, sekolah-sekolah, remaja, dan dewasa.
Sekadar pandangan.
salam ust,
mohon izin unt copy and paste 2 perenggan pertama entry ini. InshaAllah sebagai pembuka kata promosi buku ni di UK. dan saya tidak lupa unt letakkan URL website ust sebagai rujukan lanjut pelanggan:)
Jzkk.
Assalamualaim…
Di atas permintaan pihak galeri ilmu, poembeli2 “Aku terima nikah” dan beberapa sahabat, dengan ini saya mengumumkan, bermula hari ni saya juga adalah ‘broker’ “Satu rasa dua Hati” karangan Ustaz Pahrol
Untuk Tempahan :-
Mohd Suhaizi Kadir
H/phone 019-6027183 @ 016-2251483
email suhaizikadir@yahoo.com
Maybank 164155 54653 3
HARGA BUKU: RM 22.50
Kos Penghantaran : RM 3.50
Total : RM 26.00
(4 hari bekerja Insya’Allah sampai)
Sesiapa berminat sila hubungi saya (call/sMs/email)
p/s…maaf ye ustaz, buat iklan pulan..