Terima Kasih Semua

On 13/04/2008, in Pengumuman, by Abu Saif | 4,114 views | Print Print | Email Email |

dsc04424.JPG

Alhamdulillah, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Kali ke-27 telah selesai.

Pesta Buku kali ini memberikan makna yang tersendiri buat diri ini kerana buku sulung saya berjaya dilancarkan dan masuk ke pasaran. AKU TERIMA NIKAHNYA, telah mengisi rak-rak buku Islam.

Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh pembeli, di mana sebahagian besarnya adalah pembaca blog saifulislam.com ini. Dalam tempoh seminggu, sehingga petang Ahad 13 April 2008, AKU TERIMA NIKAHNYA telah terjual kira-kira 2000 naskhah!

12042008021.jpg
Bertemu Ustaz Marul Hairi Mokhtar, rakan sepersekolahan yang sudah lebih 15 tahun tidak ketemu

Pengalaman menurunkan tandatangan ke buku AKU TERIMA NIKAHNYA semasa saya bertamu di gerai Galeri Ilmu, memberikan 1001 pengalaman. Ia menjadi tempat untuk saya memberikan penghargaan secara peribadi kepada setiap seorang pembeli, yang juga memperkenalkan diri mereka sebagai fulan dan fulanah, iaitu individu-individu yang selama ini telah banyak menyumbangkan komen, memeriahkan saifulislam.com.

“Ustaz, buku ni orang lelaki kena baca, kan?”, tanya seorang pembeli kepada saya, sambil matanya menjeling ke arah suaminya.

“Ya. Isu rumahtangga dari perspektif suami. Memang buku lelaki”, saya membalas.

“Ehe, abang jantan. Bukan lelaki!”, balas si suami.

Saya hanya ketawa melihat gelagat mereka. Sambil tangan menurunkan tanda dan ucapan penghargaan, saya terus memasang telinga mendengar perbualan mereka yang berada di keliling meja.

12042008017.jpg
“Beli kak, buku ni bestseller. Penulisnya ada kat situ haa!”

Orang lelaki memang tidak expressive. Susah nak bercakap tentang rumahtangga, apatah lagi tentang hati dan perasaan. Diamnya bukan semestinya diam seribu bahasa. Tiba-tiba sahaja, pelbagai kerenah suami yang mengejutkan. Maka, saya mengharapkan agar buku ini dapat berfungsi meluahkan apa yang sukar bagi sang suami luahkan kepada isteri masing-masing, atau mungkin juga sang ayah kepada si anak.

AKU TERIMA NIKAHNYA, tajuk diberi. Kerana tajuk ini ramai yang berminat membeli. Kerana tajuk ini juga ramai yang takut atau malu-malu membelinya. Usahkan beli, mahu memegangnya pun terasa seram sejuk. Saya hanya tersenyum melihat pelbagai gelagat pengunjung di gerai Galeri Ilmu semasa promosi dibuat.

13042008433.jpg
Bersama Tuan Haji Abu Hassan Morad dan Encik Zakaria Sungib

Saya juga ingin mengambil peluang untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga kerja Galeri Ilmu terutamanya Tuan Haji Abu Hassan Morad, Pengarah Urusan Galeri Ilmu, yang menyediakan ruang untuk karya saya dibukukan. Beliau bukan sahaja pakar dalam urus niaga berkaitan media dan sastera, bahkan dirinya juga seorang karyawan yang sangat prolifik.

Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada Encik Zakaria Sungib yang melamar saya untuk berkarya di Majalah ANIS, dan seterusnya ke arah penerbitan buku AKU TERIMA NIKAHNYA. Beliau sentiasa sabar dengan kekalutan jadual saya menghantar karya dan bijak memberikan ‘tekanan’ dalam kelembutan, agar saya mampu menyiapkan tulisan mengikut jadual.

Tidak lupa juga kepada Kak Jalilah Abdullah, yang setelah sekian lama saya bertamu sebagai penulis di Majalah ANIS, rupa-rupanya bersaudara rapat dengan Ummu Saif… Jejak Kasih berhasil dan silaturahim kekeluargaan kembali terjalin. Namun ucapan terima kasih saya kepada Kak Jalilah, adalah kerana kebijaksanaannya mengambil foto saya, hingga baju lusuh jadi berseri, dan wajah tidak fotogenik ini berjaya diproses hingga sesuai ditempelkan di muka belakang AKU TERIMA NIKAHNYA.

Begitu juga dengan seluruh warga kerja yang lain seperti Puan Aliyah Siraji, Ummu Hani, Encik Roslan Kassim, editor Suraiya Pauzi dan designer buku, Haji Badrul Hisham Shari dan semua semua semua yang bertungkus lumus di sepanjang penghasilan buku AKU TERIMA NIKAHNYA.

Tahniah juga kepada Galeri Ilmu kerana pada percubaan pertama mereka membuka gerai di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, saya dapat melihat betapa rancaknya jual beli yang berlaku, termasuklah banjiran langganan majalah ANIS dan ASUH.

PELAJAR

Saya sedar bahawa harga buku ini merupakan bajet makan seminggu bagi sesetengah mahasiswa, adik-adik di kolej dan universiti. Kerana itulah, banyak artikel dikeluarkan dan disimpan untuk siri seterusnya, demi mengekalkan saiz dan harga buku ini pada kadar yang boleh dibeli oleh kebanyakan target audience. Saya berharap agar dua keping duit merah yang keluar, bakal menjadi pelaburan yang berguna untuk kalian.

Jangan baca buku ini secara tergesa-gesa kerana ia tidak ditulis dengan maksud mengajak pembaca membaca cerita saya, tetapi sebaliknya menggalakkan pembaca untuk mencari cerita masing-masing berpandukan cerita saya.

ACARA BERPRESTIJ

Sesungguhnya Pesta Buku ini adalah tempat yang berjaya mengangkat martabat masyarakat kita kerana ia diistilahkan sebagai Grammy Award untuk industi buku tanah air. Jika masyarakat kita asyik disogokkan dengan acara-acara berprestij dengan maksud hiburan dan artis semata-mata, setahun sekali PWTC menjadi lokasi masyarakat Iqra’ menonjolkan identiti gergasi mereka. PWTC menjadi sesak larat hingga ke Bulatan Jalan Pahang, kerana orang ramai berpusu-pusu mencari bahan bacaan. Apatah lagi, sebahagian besar pengunjung, adalah terdiri daripada kaum Muslimin. Moga lebih banyak lagi bahan bacaan bermutu dapat dihasilkan untuk mengisi budaya membaca ini.

13042008432.jpg
Bergambar bersama Edry, dengan ucapan, “semoga segera TERIMA NIKAHNYA”

Biar pun bahan bacaan popular lebih rancak berbanding bahan bacaan berat di tingkat atas, namun ia harus dilihat sebagai corak penampilan penulisan yang perlu dimanfaatkan oleh penulis. Seperti yang sering saya lontarkan di sini, “genius is about changing something complicated into simple“.


Bersama Yus, dengan amaran “ilmu tanpa amal tiada gunanya”

AKU TERIMA NIKAHNYA adalah terjemahan nas al-Quran dan al-Sunnah serta psikologi manusia, yang dipersembahkan dengan wajah santai, demi memberi ruang untuk pembaca membaca dengan maksud berikut:

“… menulis bukan untuk memberi TAHU, tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU. Pencerahan bukanlah pada mengumpulkan pengetahuan, tetapi kejayaan menyuluh jalan kembara insan mencari Tuhan!”

TERKILAN

Sekelumit rasa terkilan kerana tidak berpeluang membawa Ummu Saif dan anak-anak untuk turun bersama ke Pesta Buku, memandangkan suasana yang amat sibuk dengan sesak, terutamanya pada hari Sabtu 12 April yang lalu.

Namun, sebesar-besar kalungan penghargaan buat isteri tercinta dan anak-anak kerana merekalah sumber inspirasi yang menghasilkan setiap satu bibit karangan AKU TERIMA NIKAHNYA. Khusus buat Ummu Saif yang bersabar di sepanjang proses penulisan dan penyiapan buku ini, serta mengizinkan saya yang mencoret kisah-kisah AKU TERIMA NIKAHNYA pada 14 September 2001, sebagai bahan tarbiyah, kerana ERTI HIDUP PADA MEMBERI.

scan0007.jpg

Saya mengalu-alukan feedback pembaca sekalian. Juga kiriman foto yang ada diambil semasa bertemu tempoh hari. Sudi kiranya mengirim foto anda ke alamat hasrizalabduljamil[at]gmail[dot]com.

BEBERAPA FOTO SEKITAR PESTA BUKU

img_7127e.JPG

dsc04409.JPG

dscn4418.JPG

dscn4421.JPG

img_7130.JPG

img_7132.JPG

 

 

 

 

img_7154.JPG

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Related posts:

  1. Terima Kasih ANIS “Gambar kenangan semasa saya melawat pejabat baru Galeri Ilmu Sdn...
  2. Terima Kasih Cikgu “Soalan macam kacang putih aje Abi!”, kata Yop kepada saya....
  3. Terima Kasih Karim, Wallahu Akram! Hujung serbanku selalu basah. Sering menjadi tempat aku mengelap mata....
  4. Sesi Ramah Mesra di Pesta Buku Terima kasih kepada seluruh pembeli buku AKU TERIMA NIKAHNYA. Genap...
  5. Buah Tangan Selepas ‘Aku Terima Nikahnya’ Masih ramai yang mencari dan bertanya tentang buku sulung saya,...

 

51 Responses to “Terima Kasih Semua”

  1. Leokid says:

    best hadiah ulangtahun kelahiran ustaz tahun ni. =)

    tahniah!

  2. imad_hukm says:

    assalamualaikum..eh, saya orang pertama ke komen???..huhu seronoknye. anyway, tahniah ustaz..buku memang best.Lepas ni buku AKU NIKAHKAN DIKAU pulak kot…huhu. Hm, hari sabtu 12hb. April yang lepas memang sesak…surau kat megamall depan PWTC tu pun penuh.Tapi gembira tengok ramai budak2 SMKA…rasa pesta buku macam ni kena buat selalu…boleh le budak2 surau berukhuwwah, memupuk minat membaca,menambah koleksi buku2 ilmiah.. suka betul tengok suasana orang ramai menutup aurat, bertudung (labuh/bawal/wardina/whatever) dan takde muzik yang hingar bingar..betul la ustaz, asyik baju biru je, raya nanti warna lain pulak ye…acah je..huhu

  3. Abu Saif says:

    Lain betul bahasa orang yang dah habis exam ni :D

  4. mujahid hanzalah says:

    Salam ustaz…buku ustaz memang power ! Dapat juga bergambar dengan ustaz ari tu…Ini Kali pertama saya comment dekat sini…sebelum ni just baca jer…

  5. Ibnu Aiman says:

    Agak-agak buku “Aku nikahkan Dikau Sekali Lagi” bila pulak…hehe.erm ustz,terkilan ye sbb sy xada kat msia utk beli buku tu..hanya dpt dgr berita aje…Nanti masa PERMAI,bawak naa..mesti ramai tertnggu2 nak beli…apa2 pun tahniah atas kelahiran sulong buku SAIFULISLAM.COM

  6. kahfi8 says:

    assalamu’alaikum.. ana datang pada 11 april so tak dapat jumpa ustaz..sebab ikut rombongan pusat Islam UUM.. semoga berpeluang untuk bersua muka pada lain masa.. ana ada beli tapi baru baca sedikit.. taknak komen sekarang lagi..

  7. kahfi8 says:

    kepada yg belum beli, lekaslah beli.. ana tolong promote ni ustaz..

  8. bismillahirrahmaanirrahiim..

    salam, ya ustaz.. just bg cadangan… klu ustaz bagi talk kat mana2, bawaklah barang sekotak dua “Aku Terima Nikahnya”.. kot2 boleh laku jugak ke… kadang2 ada juga student-student pelbagai kolej yg tak mampu keluar selalu.. hehehe…

    kot2 buat program kat oversea ke?

    p/s : org lain dok tny buku ni, buku tu bila nak keluar, saya pun nak tanye juga.. “aku terima nikah-nikahnya” ke, “trimas menerima nikahku”, “terima sahaja nikahnya”.. hahaha, mencelah sambil merapu sat ye ustaz…

  9. hari lahir patut dirai,
    bukan kerana bertambah lagi sehari di dunia ini,
    tetapi kerana lebih dekat saat bertemu Ilahi..

    eid milad, ya ustaz…

  10. nur says:

    assalamualaikum.
    saya yakin buku tersebut mampu memberi panduan kepada remaja khasnya pasangan yang sedang bercinta. saya mahu buku ustaz menjadi milik setiap anak murid saya di kolej. soalan, bagaimana nak dapatkan buku ini dalam kuantiti yang banyak,150 buah sebagai permulaan? dapat diskaun x?terima kasih ustaz.

  11. mawaddah says:

    Assalamualaikum ya ustaz..

    saya sampai di Pesta Buku pada hari Sabtu,sudah menunggu sampai pukul 2 petang tetapi dengan keadaan yang sesak dan baby yang nak tidur, terpaksa balik awal.Tak dapat pula autograph ustaz.Apepun..alhamdulillah dan Tahniah..buku sulung ustaz memang mendapat sambutan..jazakkallah..

  12. aye says:

    Alahamdulillah… Saya sempat beli 2 biji, satu utk koleksi diri, satu utk org istimewa..hehe..
    Syukran ustaz, cuma sedikit terkilan sbb tak dpt beli dari ‘tangan’ ustaz sendiri.. sy beli buku tu pd jam 8.30mlm hari sabtu selepas tak berjaya masuk pada jam 12 tgahari siang nya..
    Sy ucapakan Tahniah buat ustaz dan seluruh watak yg dinyatakan dalam buku “Aku Terima Nikahanya”.. tanpa mereka sy fikir buku ini tak selengkap ini…. terutama ‘ibunda,ayahda,anak-anakda’ dan isteri tercinta ustaz…
    syukran kathiran…

  13. alqasam says:

    Ustaz, sekalung tahniah sekali lagi. Namun ana masih tak dapat memilikinya lagi. Adakah ana boleh memiliki buku ini di kedai-kedai buku yang lain? MPH atau Konikuniya contohnya? Terima kasih ustaz.

    Eid Milad. Kullu Sanah Waenta iLAllahi Aqrabu, IsnhAlla.

  14. nigatsu says:

    Salam,
    Alhamdulillah hasrat saya utk membeli + bersemuka dgn penulis “AKU TERIMA NIKAHNYA” dimudahkan Tuhan. Selama ini saya aktif sebagai pembaca shj…setiap hari…saya lebih suka bersarapan atau lunch sambil membaca saifulislam.com. bukanlah begitu fanatik… cuma sudah terbiasa menghidangkan diri dengan bacaan yg membina dr ustaz.Saya sanggup tak pergi meeting yahoogroup anjuran sekolah lama saya kerana waktunya bertindih. Semoga jln usaha ustaz sentiasa dipermudahkan ALLAH…..AMIN..

  15. mat arau says:

    Lain macam je abang baca buku “Aku Terima Nikahnya”, ada apa-apa ker?

  16. hisham79 says:

    Salam Ustaz…
    Berbaloi turun ke pesta buku semalam rasanya sbb dpt live jumpa ngan ustaz dan ramai lagi figure2 terkenal di malaysia ni
    Kami gerak kol 5.30 pagi dari Jitra,sampai kol 12, shopping sakan sampai nak pengsan, dekat pukul 5 petang baru keluar…
    Isteri saya baca buku tersebut dalam kereta sepanjang perjalanan pulang ke Jitra dari jam 5 pm hingga 11pm, dan dah nak habis baca dalam perjalanan je…komen isteri saya “Buku ni sepatutnya dimiliki oleh setiap ikhwah dan akhawat yang nak kahwin”..kepuasan tergambar di wajahnya bila membaca chapter demi chapter…
    Teruskan usaha ustaz, kami akan sentiasa memberi sokongan …
    Salam dari Utara

  17. alawiyahmad says:

    assalamu’alaikum…saya terserempak dgn ustaz hasrizal depan hotel.tak sempat nak bagi salam dan menyapa kira-kira jam 1.05pm semalam (AHAD). ‘ala kulli hal, mabruk!insya ALLAH lepas ni saya beli buku tu.semalam cuma berkebolehan membeli buku ustaz pahrol, ternyata wang yang dibelanjakan tidak sia-sia.ok,wassalam

  18. shiha says:

    Salam..

    Alhamdulillah. Meriah nampaknya hari Sabtu tu ye. Saya ucapkan tahniah dari jauh aje la, sambil melayan sikecik bertiga ni :) Bestnya sambut hari lahir dengan berita ATN laku macam goreng pisang panas :P Tahniah jugak kepada ‘leading actress’ / pelakon muslimah utama – Kak Muna, kerana sudi berkongsi cerita keluarga dengan para pembaca :)
    Wasalam.

  19. aye says:

    ukhti shiha… ana rasa ‘leading actress’ adalah ummurizal… sbb dari awal topik sampai akhir topik, nama ‘EMAK’ tak ter’miss’ dari jari penulis…
    Semoga Allah membarakahti kalian…amien.

  20. everjihad says:

    Salam…
    hihi..
    saya dah beli!!
    xder la nak komen ape..
    saya pun jarang2 la bagi komen kat sini..(“,)
    singgah2 jekk =D

    xsangka la dapat beli..
    ingat dah habis..
    lagi2 lepas balik dari PC fair hari Ahad tu yg penuh sesak..
    nasib baik hujan dah reda, jadi sy dgn kawan sorang,melangkah kaki jugak ke PWTC..

    huhu..penat pusing kat tingkat atas ..tawaf punya tawaf cari booth galeri ilmu. rasanya ade la lebey 3-4 kali saya tawaf. tak jumpa2..tgk map katanya booth sblh fajar ulung..tp xjumpa gak..

    alih2, tgk lagi sekali map tu, n tanyer org..legar putra tu kat mana..rupa2 nye kat bahagian bawah..alahaii..

    akhirnye jumpa jugak..tapi sy saja2 je nak tengok buku tu ada ke x..sbnrnye x merancang nak beli pon..! alih2 dah depan mata..n sbb nmpk mcm menarik je tgk kat internet ni..beli je la..hehe..masa tu tinggal 2 keping not merah je. mmg cukup2..kalau x, telan air liur je la..huhu..=O (nasib baik ade discount 15%)..itula untung gi book fair ni..
    nyesal gak xgi awal2..dah hari last baru nak pg

    masa smp kat booth tu, org jaga buku tu ckp, “ust dtg semalam(sabtu)..”
    “oh..ye ke..huhu..melepas..”kata sy..

    ape2 pun..sy xbaca habis lagi..xbest baca rush2..lagipun post ust bnyk dari web..jadi mcm baca kali kedua..

    p/s:ingat lepas baca, nak bagi hadiah kat bakal tunang kakak saya..^^

    tp kenala jaga buku tu elok2..biar nampak mcm baru lg..=D

  21. irshadian says:

    ATN: amaran ilmu tanpa amal tidak beguna…hoho mendalam maksudnya…tak sabar nak balik kampung..mendapatkan buku yang sudah dipesan dr kawan..tahniah ustaz n dr.muna

  22. shiha says:

    Salam..

    Akhi aye.. dua – dua saya setuju :)

    Wasalam.

  23. yusMMU says:

    Allah selamatkan kamu,Allah selamatkan kamu,Allah selamat kan Abu Saif,Allah selamatkan kamu…

    Semoga pertambahan Umur,menambahkan lagi ketaqwaan dan keimanan,dan seterusnya menjadi kepala dalam sebuah keluarga yang bernama keluarga maya Saifulislam.com. Moga setiap tulisan yang dicoretkan akan menambah kebaikan untuk kita bersama..Selamat hari lahir diucapkan…

  24. aye says:

    Lepas ni kalau nak beli boleh bhubung dgn sy ye.. :-D Insya’Allah besok sy akan ambil stok..
    Sahabat boleh bg alamat utk sy pos kan..
    Afuan Ustaz…

  25. ImKoyube says:

    Tahniah ustaz!! :)
    Yusammir pun ader kat gambar atas tu..hehe..
    Bila baca entry ni; rindu saya terhadap majalah ANIS amat meluap-luap..hehe..kat UK xde majalah tu,maka dah lama tak pegang dan baca..

    ~peminat majalah ANIS~

  26. Budak Malaysia says:

    Salam Ustaz, bagi saya yg tak berkesempatan ke pesta buku tempoh hari, macam mana nk dptkan buku tu ye? Ada jual kt mana2 bookstore tak?

  27. dhuat says:

    Aik? Baju biru lagi hehehe :)

  28. Abu Saif says:

    ye la ye la… nanti dapat duit buku ni, ana buat baju baru.. dah masam dah pun…

  29. wargadunia says:

    salam saudara…
    saya ada datang ke pesta buku Kl hari tu pada 12 April. pertama kali dapat bertemu saudara secara langsung dan dapat bersalam dengan saudara serta ‘bersembang’ sedikit. walaupun saya tidak membeli buku pertama nukilan saudara. alasan saya pada ‘penjual’ pada hari itu saya belum bernikah jadi tak terima nikahnya lagi. :)
    walau bagaimanapun cetusan pemikiran saudara dalam blog ini sentiasa saya ikuti. (sebenarnya saya baru mengetahui blog ini awal tahun ini).

    moga saudara terus berkarya dalam memperkayakan khazanah penulisan negara.

  30. hilfi leeds says:

    salam ya ustaz..
    tahniah atas kejayaan hasilkan buku ni!
    setuju dgn cadangan nurman supaya ustaz bawak jugak buku2 ni pg ke ceramah2 atau kursus2 yg ustaz hadiri..
    tp kami di UK ni xdpt laa nak buat ape2.. meruap-ruap jer laa perasaan nak membaca buku pertama ustaz ni..
    hoho!

    akhir kalam, eid milad!
    semoga bertambah amal dan iman..

  31. Bro akmal says:

    Salam ustaz…tahniah atas sambutan yang cukup2 menggalakkan !!!! alhamdulillah,saya berjaya dptkan buku ni semasa pesta buku,n syukran juga coz tlg sign kt buku ni..hihihi..

  32. cnmcs says:

    assalamualaikum ustaz…
    just nk share my thoughts after reading the book…it was all worth it!! worth the money, worth the time spent, worth the pain, worth all the tears that i cried….syabas ustaz… selamat ulangtahun…semoga berbahagia selalu…

  33. insan_ says:

    :) nak jua

  34. ameni says:

    huhu..penat pusing kat tingkat atas ..tawaf punya tawaf cari booth galeri ilmu. rasanya ade la lebey 3-4 kali saya tawaf. tak jumpa2..tgk map katanya booth sblh fajar ulung..tp xjumpa gak..

    alih2, tgk lagi sekali map tu, n tanyer org..legar putra tu kat mana..rupa2 nye kat bahagian bawah..alahaii..

    kes saya sama ngn everjihad.hehehe…
    tp tak putus asa nak cari kerana amanah dari kawan kat penang.

    wpun sy dah baca kbyknnya dr blog ni,tp sy beli jgk ntk jadikan koleksi buku di rumah.lagipun penulisannya berbentuk santai..

    mase baca,sy rasa paling sedih bila ustaz menyentuh ttg “abah”.kesedihan y ustaz coretkan,dpt sy rasakan..

    alhamdulillah buku ni sy pinjamkan ntk teman2 lain y nak baca..
    moga dpt memberikan ilmu kpd mereka :)

  35. aLonGz says:

    ust,tahniah atas kelahiran buku pertama ust..sy dh milikinya..msh dlm proses pembacaan.tp dukacitanya x dpt bersama2 ust gak pd hari sabtu hari tu,sy demam..apepun,terima kasih di atas ilmu yg dicurahkan oleh ust dlm buku itu..syukran

  36. aye says:

    Allah sebagai Tuhan yang bersifat AL-WAHHAB bermaksud ‘Yang Maha Memberi’. Namun memberi dengan sifat AL-WAHHAB itu terkandung di dalamnya lima sifat :-
    1) Memberi tanpa meminta apa-apa balasan
    2) Memberi secara berulang-ulang
    3) Memberi tanpa diminta
    4) Memberi sesuatu yang amat berharga
    5) Memberi sesuatu yang baik untuk menghasilkan kebaikan.

    Percikan sifat AL-WAHHAB inilah ALLAH limpahkan kepada jiwa ibu-bapa kita agar mereka ‘kaya’ dengan kasih dan sayang….

    ATN m/s 113&114

    Kpd sahabat jangan terlepas perluang utk memiliki buku “AKU TERIMA NIKANYA” ini…. sekiranya sahabat dah ada, ringan2kanlah tangan utk beli lagi sebahagai hadiah buat mereka2 yg teristimewa..terutama mak-ayah, suami-isteri atau adik-beradik…. demi menuju baiti jannati… amien…

    tempahan boleh dibuat melalui saya…
    http://buku2008.wordpress.com/2008/04/15/aku-terima-nikahnya/

    syukran ustaz..

  37. PeneRockers says:

    Tahniah ustaz. Saya x pernah pergi ke pesta Buku KL seumur hidup saya. Moga saya diberikan peluang oleh Allah untuk merasai suasana ilmu itu….

  38. Sa'adah says:

    salam wrt.

    apa khabar ustaz & kak muna tersayang?alhamdulillah.. dapat juga saya berpeluang memiliki buku tersebut dan yang paling gembiranya berpeluang bertemu dengan ustaz di galeri ilmu di sana! :-)

    insyaallah saya akan mengambil apa yang terkandung di dalam buku tersebut untuk dijadikan panduan di masa akan datang.

    ustaz.. mana pulak datangnya gambar saya tu ye? hehehe… ;-)

  39. patriotnisa says:

    Tak apalah ust pakai baju biru. Kalau tak, tak ada la dia sedondon dengan ana dalam gambar.. hehe. Hmm, terima kasih ust atas buah tangan “Aku Terima Nikahnya” dan layanan mesra kepada semua pengunjung booth Galeri Ilmu tempoh hari. Terima kasih juga atas nasihat dan panduan yang diberikan atas setiap pertanyaan yang kami utarakan. Semoga terus sukses! Oh, happy belated birthday!

  40. ABU MALEK says:

    Ustaz..

    Assalamualaikum..

    Tahniah..pertamanya nak ucapkan tahniah kepada ustaz atas keluaran buku yang pertama.

    Alhamdulillah..memang banyak manfaatnya..

    Seriously ana cakap..ana menangis sepuas-puasnya bila baca buku ustaz..

    Kisah2 tentang ibu, ayah ustaz yang mendidik ustaz amat2 menyentuh jiwa..

    Lebih2 lagi kisah arwah ayah ustaz meninggal..

    Ana xdapat tahan bila ustaz kata beliau banyak mendidik ustaz untuk berdikari..

    Bahkan ana menjadi sayu..mengenangkan mak ayah kita amat mencintai dan menyangi kita tanpa batasan..tanpa mengharapkan balasan dan sentiasa memaafkan kita tanpa alasan..

    Walaupun umur ana sudah mencapai 23 tahun..tapi ana masih belum lagi mampu buat sesuatu untuk Islam macam ustaz..

    Tahniah ya Ustazi..dikau sentiasa menjadi qudwah dan inspirasiku..

    Dari..
    orang jauh….

  41. Tumarawati Manshor says:

    Salam ustaz…

    Saya kat Miri ni….macam mana nak dapatkan buku tu…macam best je

  42. aye says:

    Tumarawati Manshor mesej sy… cuma ada ekstra sikit ‘kos’ pghantaran ye…

  43. pena_prima says:

    Salam.

    Tahniah dah jadi penulis buku. Lps ni tulis pengembaraan enta ke Turkey ya…

  44. Kak Ija says:

    Syabas3, terdengar kat radio IKIM petang tadi, Galeri Ilmu kata ini adalah buku yang terlaris, ramai yang beli dengan kuantiti yang banyak.

    Akak tengah bersabar tunggu ATN ni sampai ke kedai buku berhampiran…

  45. khalif says:

    salam, aye. boleh ke tempah buku utk post ke mesir/syria?

  46. Tumarawati Manshor says:

    Salam…… saya tak kisah…. saya nak order dua….satu utk saya…satu utk kawan… saya nak bank in duit kat sapa ye?…

  47. Abu Saif says:

    Kesemua maklumat berhubung dengan pembelian buku dari saudara AYE sudah pun saya muatkan dengan lengkap di dalam halaman MY BOOK yang boleh dicapai dengan meng’klik’ gambar buku di atas sebelah kiri halaman ini atau ke http://saifulislam.com/?page_id=1690

  48. aye says:

    Tumarawati Manshor, akhi boleh terus mesej nama dan alamat ke no sy 0196027183… alhamdulillah borneo cas sama dgn smenanjung cuma sampai lewat sikit.. utk 2 naskah, harga adalah RM 47.00. boleh bank in terus ke akaun maybank sy..

    p/s.. sy harap apa2 pertanyaan, mlalui sMs/call hphone sy… sy ‘terhad’ utk online.. dan sboleh2nya baca maklumat yg dberi dgn ‘teliti’ dan ‘menghayati’..
    afuan mabruu ustaz.

  49. aye says:

    Akhi khalif… utk kos pghantaran senaskah “Aku terima Nikahnya” yg sberat 0.324 kg ni, bg UK adalah RM 17 manakala bg Rusia RM 23… utk meser/ syiria nanti sy chek balik ye…
    Apapun sbaik2nya akhi ‘tanya2′ dulu, kot ada sahabat lain nak beli sama.. klu 20 naskah boleh sy cari ‘pengepos’ yg lg murah, fedex ke, nasion ekspres ke, dhl ke…. tengokklah…

  50. masmeira says:

    salam..
    saya baru baca separuh je buku tu..
    maklumla nak exam..
    thaks kat ustaz coz sain kan buku tu hari tu..
    buku tu di tujukan untuk sahabat non muslim saya..
    dearest dominic..
    ustaz ingat ka?
    harap2.. Allah bagi hidayah untuk die memeluk agama islam..
    wassalam..

  51. nana says:

    bagus ni perbanyak/pelbagaikan sumber pengetahuan dgn penghasilan buku2 baru, di negara kita ni masih kurang penghasilan dan penjualan buku2 agama, bagi mereka yang berpengetahuan amat di galakkan membuat research, kertas kerja, supaya byk judul2 yang lebih luas dalam menghasilkan buku2 agama…..

Leave a Reply