Salah Nasihat

April 17th, 2008 by Abu Saif 6:53 am | 7,780 views | Print Print | Email Email | Leave a reply »

mutah.JPG

“Mahar yang tinggi adalah musibah kepada ummah!”, laung khatib dari atas mimbar Jumaat.

Saya mendengar dengan teliti khutbah yang disampaikan.

Di kiri dan kanan, tidak ramai ahli Jumaat yang tersengguk lena. Celik mata, mungkin kerana intonasi khutbah yang panas.

“Biar pun kita tidak mempunyai peruntukan untuk menetapkan kadar maksimum mahar, setiap bapa terutamanya ibu harus sedar bahawa mahar itu adalah hadiah suami kepada isteri, dan bukannya harga yang ditebus oleh seorang lelaki bagi mendapat seorang perempuan dari ibu dan bapanya. Mahar bukan harga jualan!”, tegas khatib lagi.

Persoalan mahar memang agak sensitif bagi orang Arab.

Tolaklah ke tepi orang kaya di negara Teluk. Mahar mereka bukan cincin bertatah berlian atau plan takaful panjang sedepa. Mahar mereka ialah 2kg emas!

Tetapi di Jordan yang serba miskin ini pun bukan main dahsyatnya.

Ada mahar tunai, dan ada mahar tertangguh. Mahar tunai, kadarnya biasa-biasa sahaja. Tetapi mahar tertangguh yang disebut di dalam akad, bakal menjadi hutang sepanjang hayat suami kepada isterinya (baca: keluarga isterinya). Itu belum diambil kira rumah mafrusyat (berperabot lengkap) yang mesti disediakan menjelang perkahwinan.

Aduh!

Tidak terkejut diri saya, tatkala melihat ada masjid yang menyediakan tabung derma. Bukan derma anak yatim atau membesarkan masjid. Tetapi tabung membantu anak muda berkahwin!

MATI ATAU KAHWIN

mazar.jpg

“Betulkah kamu nak ke Bosnia?”, saya bertanya kepada abang tuan rumah sewa kami. Petang-petang musim bunga, sedap juga berbual sambil mencium bau ladang gandum yang menghijau di pinggir rumah.

“Ya. Bulan depan saya akan ke sana. Sebagai tentera pengaman PBB”, katanya.

“Kamu diarahkan ke?”, saya menyoal lagi. Sengaja meramahkan diri.

“Tidak. saya yang tawarkan diri!”, jawabnya.

“Oh, mengapa?”, terkejut juga saya dibuatnya.

“Kalau saya pulang dengan selamat, saya akan menerima pampasan dari kerajaan. Bolehlah buat modal berkahwin. Kalau saya mati, tak payah kahwin!”, jawabnya.

“Haha!”, saya ketawa kemudian terdiam.

Sampai begitu sekali, hingga terpaksa memilih antara kahwin dan mati. Umurnya pun sudah mencecah lewat 30an. Jarang benar saya temui orang Jordan yang berkahwin di usia 20an. Mengumpul wang sampai tua, untuk berkahwin.

PUKUL ISTERI

Masalah mahar yang tinggi juga menjadi punca kepada satu ‘adat’ orang Arab yang saya ketahui. Sebaik sahaja perkahwinan berlangsung, ada sesetengah suami yang akan memukul isteri.

Agaknya untuk menggertak isteri supaya jangan main-main kerana sang suami sudah mengumpul duit setengah mati untuk mengahwininya!

SALAH NASIHAT

Khatib terus menyampaikan khutbahnya. Pelbagai kisah dari Sirah Nabi SAW yang dipetik untuk dijadikan keterangan tentang persoalan mahar. Saya nampak orang-orang tua ramai yang tunduk. Mungkin terasa merah padam muka kerana pernah ‘menjual anak perempuan’ dengan mahar yang melampau-lampau.

“Lihat macam pelajar Malaysia!”, kata khatib.

Err, tersentak saya dibuatnya. Tiba-tiba pula kami disebut di dalam khutbahnya.

“Mereka berkahwin dengan cara yang lebih dekat dengan Sunnah. Mahar mereka hanyaJD25 dan mereka hidup sederhana!”, khatib ‘mendedahkan’ harga mahar yang lazim di kalangan pelajar Malaysia yang berkahwin semasa belajar.

Bulat mata jemaah masjid mendengarnya. JD25!!!

tayyar.jpg

 

Usai solat Jumaat didirikan, sudah menjadi kelaziman kami untuk berbual-bual di perkarangan masjid. Suatu kenangan yang sukar dilupakan, manis sekali bertemu wajah dengan rakan-rakan setiap kali selesai bersolat di Masjid Jaafar ibn Abi Thalib di pekan Mazar ini.

Saya memasang telinga…

“Kalau macam ni, baik kita kahwin dengan akhwat Malaysia sahaja!”, kata pemuda-pemuda Arab yang berbual.

Aduh! Khutbah itu bukan berjaya mengurangkan mahar, sebaliknya memberikan pilihan baru. Mari buru akhawat Malaysia!

Salah nasihat…

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

SHARING IS CARING:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • Live
  • Print
  • Technorati
  • MyShare
  • Upnews
  • PDF
  • RSS
  • Add to favorites
  • Twitter
  • MySpace

Related posts:

  1. Jangan Kecil Hati: Nasihat Teman Bekalan Perjuangan Pertemuan Penuh Makna Di Tasik Glendalough “Secantik-cantik Glendalough ini, tak...
  2. Nasihat Yang Menghasilkan Diam Kalaamuna lafzun mufeedun kastaqim… Itu petikan daripada Alfiyyah Ibn Malik,...
  3. Jika Hidup Terus Gelisah Tanyalah Bonda Apa Yang Salah Semasa di Turki, saya lebih suka kembara sendirian “Kamu tak...
  4. Antara Salah Laku Anak dan Hukuman “Siapa pecahkan pinggan ini?” si ibu menjerit. Anak-anaknya yang berderet...
  5. Makin Betul Kata Makin Salah Makna “Abi… uuuwak… uuuwak!” kata Saiful Islam. “Ok!” saya bangkit dan...

Advertisement

58 comments

  1. khairul asraf says:

    hahaha ustaz

    mula2 serius penulisan ustaz…bla last2 jd kelakar pulak…

    sy rasa itu mmg tabiat manusia rasanya suka mencari alternatif asalkan tak melawan arus?? betulkan saya kalau salah…

    Tp sy memang kagum dgn khatib luar negara…

    berani menegur dan berani ditegur

    moga khatib malaysia akan menuju ke arah sedemikian menguatkan lagi umat islam

    sy rasa berdasarkan situasi di atas…khatib tu kena berkerja keras lagi utk engage dgn makmum dan byk beri penerangan luar khutbah kepada masyarakat…hmm…supaya suatu dakwah itu tidak terhenti di mimbar sahaja…

    sekadar memberi pandangan

  2. jundiyyah says:

    hehe..kelakar jugak artikel ni..last2 akhawat malaysia jugak jd pilihan hati…:)

  3. Apabila acuan kebendaan berlegar didalam minda masyarakat, mahar jadi tinggi sehingga membawa implikasi buruk kepada teruna dan anak dara.Si Bapa memohon mahar yang mahal seolah2 menggali lubang durjana untuk anak gadisnya dan diri sendiri.

    Ikuti terjemahan pandangan Sheikh Dr Qaradawi mengenai hal ini di http://www.gaharuemas.wordpress.com

  4. syarief says:

    *duh*

    naik la saham akhwat malaysia kat sana ek..!

  5. Abu Saif says:

    entah le…

    kita tunggu komen ustazah-ustazah x-jordan kalau ada yang menjenguk

  6. Muhammady7 says:

    waduh…lepaih ni akhawat di jazirah arab pakat jadi ‘Andalusia’ le belaka…..ihkwah Malaysia pulak melopong tengok org Malaysia nikah ngan pak2 arab….

    hehehehe

  7. rakyatmalaysia says:

    Ustaz, ni cadangan je ni, kalau tak keberatan, boleh tak disediakan glosari ringkas di akhir setiap entri utk menerangkan maksud 2-3 istilah yg ada dlm entri tu (secara ringkas)..

    contoh:

    akhawat – (maksudnya)
    akhi –
    dan sebagainya…

    sebab sy tak berapa faham sgt istilah-istilah arab ni. terima kasih

    BTW, entri yg kelakar, walaupun sy tak pasti samda ia adalah bertujuan kelakar atau sbg satu sindiran hehe =p

  8. uzair says:

    seronok membayangkan mahar J25…tapi kat malaysia lain pulak kan sekarang ni…dah nak jadi macam kat jordan dah nampak gayanya…mana dengan hantarannya,kerjanya,keretanya,
    hmmm…buat akhwat2 pikir2 kan lah….buat akhi2 usaha2 kan lah mana yg termampu..

  9. alqasam says:

    Haha..(tulisan gelak besar, ketawanya idak ) :)

    Memang kelakar tulisan ustaz ni. Sinikal. Rindu pada bumi anbiya’ sangat kuat pula rasanya. Ana akhwat Mesir bukan Jordan, tetapi realitinya memang begitu. Kahwin dengan orang Arab? Terpulang kepada individu. Kalau kena caranya, barakah, ikut Sunnah dan memikirkan semua pro kontra, mutaddyyin dan dengan family ok, peribadi ana mafisy musykilah.

  10. alqasam says:

    Tetang mahar orang belah sana, memang sungguh membebankan. Kesian juga. Kalau kita hantaran tinggi melebihi keperluan. Mereka mahar tinggi. Kalau tak syaqqah atau apartment, etc maka meloponglah. Melainkan bawwab ( orang Arab taraf rendah bagi mereka ). Selalu-selalu kalau lelaki umur 50 60 tahun jangan terkejut anak masih sangat kecil dalam stroller etc. Tapi aplikasi pada umum Arab. Bagi ikhwan atau yang benar2 bukan faham sahaja Islam tapi ta’biq atau apply Islam maka ramai yang kahwin umur biasa.

  11. mrsloke says:

    Naik saham akhwat Malaysia kat Jordan tu… :)

  12. ariff55 says:

    Bismillah

    Dah Baca Quran dan maknanye munuju cinta Nabi dan sunnahnye serta kelaurga dan sahabat baginda termasuk sahabat baginda yg akan kembali kedunia satu ketika nanti… Saidina Isa alaihi salam…

    Ingatkan masjid Jaafar as-shadiq mursyid Nu’man Thabit rahim Allahu ‘alaih keterunan Nabi s.a.w rupanye Jaafar r.anhu bapa saudara Nabi s.a.w ahlul ait…

    kembali kpd urf vs sunnah? mahar tinggi bukan dikira Menindas ke? hanya kebiasaan setempat?

    Wallahu’alam

  13. ariff55 says:

    Assalamu’alaikum

    Mutah mazar tayyar tu apa maknenye?

  14. ciklee says:

    Ha’ah.. lawak entry kali ni. Tapi jangan lupa jugak, kat Malaysia pun boleh tahan jugak maharnya. Dah lah beras mahal, kereta mahal, rumah mahal. Nak kahwin pun mahal. Jadi ambillah iktibar, jangan sekadar baca jer. Semoga entry ini menjadi perintis dunia baru yg. memungkinkan mahar murah dilaksanakan di Malaysia ini. Moga2 selamat remaja-remaja kita hari ini dan umat Islam amnya.

  15. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh;

    Ustaz;

    Alhamdulillah. Artikel yang menguntum senyuman namun ‘makan dalam’. Semoga semua kita terus menganggap perkahwinan sebagai penyelesaian, meskipun isu mahar mahal sememangnya dilemma masa kini.

    Sekadar perkongsian…

    Seperkara lagi secara umumnya di Eropah dan Barat (khususnya di Belanda yang mana pelacuran adalah industri yang diiktiraf) ialah pergaulan bebas dan seks sebelum perkahwinan adalah satu budaya yang lumrah dan bukan lagi rahsia. Satu hari semasa berada di Belanda, saya berpeluang berbincang dengan 3 orang kenalan dari California US, Bulgaria, dan Republik. Mereka seolah-olah tidak percaya apabila saya memaklumkan di dalam Islam tidak dibenarkan (baca: haram) mengadakan hubungan seks sebelum perkahwinan. No sex before marriage!

    Malah, tanpa rasa bersalah salah seorang daripada kenalan ini mengatakan bahawa di tempatnya, sesuatu yang janggal sekiranya seseorang itu masih dara (virgin) setelah berusia 17 tahun. Seorang lagi mengaku bahawa dia sudah pernah mengadakan hubungan seks dengan 4 orang wanita sebelum berkahwin dan mengetahui bahawa isterinya juga sudah melakukan hal yang sama dengan 3 orang lelaki lain dan 2 daripadanya adalah orang yang dia kenali! Lebih membuat saya menggeleng kepala apabila salah seorang mengatakan bahawa dia lebih suka jika isterinya sudah ada pengalaman seks sebelum berkahwin supaya tidak perlu dia mengajarkannya lagi apabila mereka berkahwin nanti!

    Alhamdulillah, inilah kemuliaan mukmin – mendamba sakinah, mawaddah wa rahmah melalui ikatan perkahwinan. Mudah-mudahan mahar mahal tidak akan menjadi musibah merbahaya yang akhirnya membawa kepada kehancuran nilai seperti dinyatakan di atas!!

    Ya Allah, bantulah kami dalam hidup mencari redhaMu. Bantulah bangsa Eropah dalam perjalanan mencari Tuhan. Amiin Ya Rabbal ‘Alamin.

    Catatan Bakal Ayah Oktober 2008.. :-)

  16. mizi2901 says:

    salam ustaz..

    ada sorang pakcik kedai fotostat bawah rumah saya ni duda.. isteri baru meninggal 3 bulan lepas.. asal saya pegi kedai die mesti tanya “ada tak akhowat malaysia yang sudi nak kahwin dengan dia?”.. dia kata akhowat kita bagusla, pakai tudung labuhla, sopanla.. tak macam arab.. dialah kata..

    haha lawakla pakcik ni.. naik fobia pulak saya nak pergi kedai dia lepas tu hehe (saye duduk irbid btw)

    anyway, regarding our topic, mahar mahal dalam budaya arab mungkin disebabkan sikap mereka yang terlalu memuliakan wanita kot.. kunun-kununnya macam nak beri jaminan kalau nak kahwin, kahwin betul-betul.. jangan bercerai-berai especially bile disebabkan benda-benda kecil dan remeh.. so mungkin dari situ si suami akan fikir 2-3 kali sebelum menceraikan isteri.. mahal nak beli, takkan senang-senang nak buang kan?

    tapi kalau melampau sangat maharnye memang menyusahkan semua orang.. hmm..

    tapi saya macam pelik sikit dengan budaya orang melayu.. ada mahar (ya3ni mas kahwin), then ada pulak hantaran.. mahar mungkin semua orang xde masalah tapi bila memikirkan duit hantaran terus semua lelaki takut nak kahwin.. seolah-olah duit hantaran tu wajib padahal untuk kenduri je pun.. famili pulak yang demand minta itu mintak ini.. (ade sape-sape berani komen?)

    yang penting, kahwinlah kerana Allah.. biarpun maharnya hanya dengan sebuah surah daripada Al-Quran.. kita berkahwin untuk belajar hidup berkongsi, memberi dan menerima, memahami dan difahami.. mencari kebahagiaan bersama sehingga ke gerbang syurga..

  17. diela says:

    Salam…
    Memang budaya arab suka meletakkan mahar yang tinggi. Ana pelajar mesir. Kadang-kadang ana rasa menjadi faktor kenapa anak-anak muda mereka semakin rosak sekarang. Wallahualam.
    Kerap juga orang-orang arab bertanya ada kemungkinan untuk mereka berkahwin dengan akhawat Melayu. Naik saham ke tidak? Sebabkan mahar murah dan perbelanjaan kahwin di sini murah, ikhwah Melayu sendiri ambil peluang untuk berkahwin di sini. Terutama di muhafazah ana. Murah kata mereka berbanding di Malaysia. Tak tahulah seloroh atau alasan semata.
    Tapi entry kali ini memang kelakar…

  18. MaDaNi says:

    masa kat Jordan dulu, ada orang cari zatun dain ( JPA,MARA dll) bukan zat din.

  19. Roslee says:

    wajah melayu dalam gambar tu kwn2 rmh ust ke ? Nmpk hebat2 ! mesti cergas spt ust jg kan..

  20. kaklong syikin says:

    salam,

    tergelak baca entri ni.

    tp dalam maknanya.

    teringat cerita seorang teman, kisah ni berlaku dlm masyarakat kita. oleh kerana wang hantaran yang dikenakan terlalu tinggi, lepas saja berkahwin, si suami tak benarkan isterinya pulang ke rumah orang tua si isteri. alasannya, ayah kau dah jual kau pada aku…sedihkan? seolah2 unsur dendam berlaku di sini.

  21. Abu Saif says:

    Orang Arab mengecilkan harga mahar yang dibayar semasa akad, dan membesarkan harga mahar tertangguh (mahar muajjal).

    mahar semasa + mahar tertangguh = musibah

    Orang Melayu mengecilkan harga mahar yang dibayar semasa akad, dan membesarkan harga wang hantaran.

    mahar murah + wang hantaran = musibah

    2X5 = 5X2 = musibah belaka

  22. Aduh.. Tergelak saya baca penamatnya. :D

    Teringat saya kepada bos saya selaku trainer kewangan. Dia ada berkongsi dengan saya, mahar dan wang hantaran dia semasa kahwin dulu murah sahaja. Tetapi isteri dia dapat lebih daripada mas kahwin orang kita yang mahal2 ni…

    Sebaik kahwin, dia belikan sebuah rumah yang didaftarkan atas nama isterinya. Dan rumah itu disewakan. Duit sewa bulan2 itu milik isterinya sepenuhnya.

    “Andai kata kalau saya dan isteri saya bercerai, dia sudah boleh hidup sendiri dengan rumah itu.. Kalau saya mati dulu pun tak mengapa.”

  23. syawal says:

    Assalamualaikum wbt

    Kalau dah bercinta, mahal atau murah bukan persoalan lagi. Tapi tidaklah melampaui.

  24. kaklong syikin says:

    Salam,

    Tumpang lalu tuan rumah, nak respon komen Azree Hanifah: alangkah bertuahnya isteri bos anda. hmm..tak semua suami boleh buat camtu, samada disebabkan ketidak mampuan mahupun tidak terfikir untuk berbuat begitu.

  25. zack says:

    Assalamualaikum wbt,

    Bab mahar dan hantaran satu hal, satu lagi majlis pertunangan dan perkahwinan yang berbeza.

    Kat Kelantan (tak tahu tempat lain camne) sekarang biasa diadakan majlis kahwin terus, tanpa diadakan majlis pertunangan. Jimat belanja satu, satu lagi senang sedara mara nak datang ramai-ramai. Bukan senang semua nak amik cuti, datang dari jauh dan dekat.

    Kalau nak bertunang pun, buat cukup syarat jer dan tak perlu nak dibesar-besarkan sangat. Sesetengah tempat meraikan majlis pertunangan lebih grand atau sama dengan majlis perkahwinan. Bukankah dalam Islam pertunangan itu tidak perlu diheboh-hebohkan.

    Pasal khutbah, insyaAllah, ana yakin khutbah jumaat di kelima-lima negeri di bawah PR akan kembali menyegarkan mata dan minda masyarakat dengan isu-isu masyarakat, dan input-input yang baru. Tidak sekadar berlegar di sekitar isu kebersihan,dan buah-buahan tempatan.

    Memang kelakar betul, sampai terpanggil untuk beri komen. Kerapkan entri macam ni yang bersahaja namun mesejnya tetap ada.

  26. rohul says:

    waa…kahwin.entah bagaimana nasib baik. kalau baik, umur panjang, insya Allah boleh kahwin. kalau tak, pergi Bosnia, Palestine pun ok jugak. mati jihad

  27. huhu~ seronok membacanya…. apa gerangan si khatib ya? huhu…~

  28. Edry says:

    Di Malaysia ni, mahar (mas kahwin) rasanya tidak susah nak dipenuhi. Tapi hantaran tu yang boleh buat turun berat badan mengikat perut hehe. Daripada pengalaman melihat dan mendengar, kadangkala harga hantaran diletak tinggi bukan kerana keperluan tetapi sebab sindrom ‘segan pada orang sekeliling’.

    Bagai terlupa perkahwinan tu bukan satu hari kenduri sahaja, tapi sampai detik terpisah nyawa. Kehidupan selepas perkahwinan pun perlukan duit juga.

    Apapun, moga generasi kita yang dah terdidik ni akan memberikan kelegaan buat generasi akan datang.

  29. babysitter says:

    salah nasihat ke tu ustaz? bukan pendengar yang salah tangguk nasihat dari khutbah?

  30. yusMMU says:

    Aik bab ini edry kemain laju mengomen ye..hahaha…cepat2 terima nikahnya tu.Betul tak ustaz?ehehhehe…

  31. aduh.terpanggil pulak nk tulis komen.bukan apa,teringat kat mak di kampung yang dah letak nilai sekurang2nya 10ribu utk saya.katanya,xkan nk letak seringgit dua.sedangkan anak dara kampung yg xkerja apa2 pun hantaran 5ribu.ni pulak anak dara yg belajar luar negara,mestilah lg mahal.
    hantaran dilebihkan pulak,mahar biarlah berbelas ringgit,berpuluh ringgit saja.(garu2 kepala xgatal..)

  32. acik jordan says:

    salam.Sesajer nak kongsi cerita.Acik kahwin kat jordan ketika semester akhir 4 bulan sebelum pulang.Mungkin dah jodoh keluarga tak menghalang pulak.2 bulan sebelum tu kami bertunang yang seronoknya tak ada orang tahu kecuali teman serumah dan orang tengah.Sewaktu di taqdim (dipinang) tak tahu nak buat keputusan, tapi selalu jugak tengok si syabab (pemuda)ni melintas depan rumah tiap-tiap waktu solat di masjid.Acik tawakkal terima dengan dengan sangka baik.
    Masa aqad nikah rasa nak menangis dan cabut lari sebab terpaksa pengantin perempuan yang cakap” ya fulan bin fulan aku nikahkan diriku dengan maharnya…” pengantin lelaki yang akan melafazkan qabul “aku terima nikahnya fulanah bintu fulanah bla bla” ikut mazhab hanafi. Apa yang menarik encik Kadi yang akan membimbing setiap lafaz ijab dan qabul patah demi patah.Kenduri sederhana dengan belanja usd 200 share 50-50.Manisnya abu sayf, tiada ikhtilat (percampuran lelaki perempuan)ada tazkirah nikah untuk pengantin dan tetamu dan persembahan nasyid ringkas dari penasyid amatur.Mungkin kalau di Malaysia tak dapat suasana begini.Mahar?Alhamdulillah…rahsia kami sehingga ke hari ini…

  33. ibnu ali says:

    Assalamualaikum ustaz,

    Entry kali ini mengingatkan saya kisah Saidina Umar Al Khattab RA yang ditegur oleh seorang wanita. Di mana Umar membenarkan apa yang ditegur oleh perempuan tadi.

    Cuma dari sudut apa agaknya si Umar mahu mecadangkan apa yang ditolak oleh wanita itu? Apa visi Umar yang tersirat dari kisah itu agaknya?

    Mungkin ada yang merasai “kekesalan” tidak menerima pendapat Umar hehe..

  34. Amin Ahmad says:

    Yang saya tahu nak kawen di Perlis paling mudah. Tapi bila saya nak kawen ni? aduh!

  35. Tengah pikir lagi ni maksud lain artikel ni selain cerita mahar/hantaran tinggi dan akhawat malaysia naik saham.

  36. dukturah_JUST says:

    haha.. kelakar2. situasi yang betul-betul berlaku di Jordan. kadang-kadang terpaksa menipu sebabnya ketakutan, mengaku diri dah kahwin. Kalau tidak pakcik-pakcik arab ni mulalah nak menggatal. Seram pulak. Ada pula tu, tanya lagi,”Kalau dah kahwin, mana suami?” Haaa, sudahnya tak tahu nak jawab apa.. “Jauzi fi malizia..” huhu.. istighfar banyak2 lps bohong pakcik tu.

    Berhati-hatilah akhwt Malaysia!

  37. mudin001 says:

    :)

    Mereka melihat nasihat dari tingkap yang berbeza. Think positive, kata mereka. Haha!

  38. Penerockers says:

    Bersyukur saya menjadi rakyat islam malaysia. Kita bebas untuk memilih sederhana atau mewah dlm perkahwinan yg di bina.

  39. syphoon says:

    setuju dengan musibah yang Abu Saif katakan tu…

    tergelak sebenarnya baca artikel ni…

    esp buat akhawat yang semakin ramai di Jordan nih…

  40. gawat betul kalau cerita pasal ni.
    selalu masalah timbul kalau naik teksi la.
    banyak kes pakcik teksi ajak kahwin.

    takmo!

  41. Edry says:

    Baca balik entri kali ni, ternampak suatu pengajaran lain. Kadang-kadang lain perkara yang dinasihatkan, lain pula mesej yang dicerna oleh orang yang mendengarnya. Fokus nasihat yang utama dah terubah kepada contoh yang lebih menarik perhatian hehe.

  42. ingin tahu says:

    hmm, kalau tak silap saya, hantaran ni sbnrny duit untuk bayar majlis perkahwinan, kan? sbb biasanya didahulukan dgn duit pihak perempuan (sbb dibuat dirumah perempuan). walimatul urus adalah tanggungjwb suami, jd itulah sbbnya diadakn ‘hantaran’.

    emm, kalau di KL, 7 ribu pun xcukup (walaupun yg bukan grand). sewa kemah yg biasa pun agak mahal.

    jadi, berapa agaknya harga yg tidak membebankan pihak laki & pihak perempuan sbnrny?.. ingin tahu.

  43. Kak Ija says:

    Salam ingin tahu,

    I think you got a good point there. Kena perhatikan belanja kenduri tu, yang termaktub mahal tu terpaksalahkan, kalau katering sekurang2nya RM12 sekepala, sewa kanopy lagi. Itupun kalau tidak menyewa dewan ataupun hotel.

    Yang menambahkan kos adalah kad jemputan yang bagaikan buku cenderamata, yang hardcover pun ada. Berkat (istilah jawa nih) diletak dalam beg kertas, beserta kuih bahulu siap packaging lagi, bayaran dee jay lengkap dengan karaoke set, dan sebagainya…boleh buat pemerhatian sendiri.

    Maaf ustaz, mungkin komen akak tak sesuai untuk generasi yang ditarbiyah cuma sekadar melihat realiti semasa shj. Kena jadi agen perubah le nampaknya warga SIO.

  44. shiha says:

    Salam..

    Pengalaman kenduri sendiri. Untuk majlis pertunangan, hanya dihadiri oleh saudara – mara kedua belah pihak dan beberapa orang kawan saya. Makanan masak sendiri, tak pasang khemah pun. Majlis berjalan dengan lancar disertai gelak ketawa hadirin kerana yang tukang cakap kedua belah pihak pandai buat lawak. Waktu ni saya tengah study week sebelum final exam.

    Dua bulan lepas tu, majlis perkahwinan. Bagi saya (yang waktu tu baru habis final exam sebulan sebelumnya), simple aja majlisnya. Kenduri sebelah saya dikongsi bersama dengan abang yang juga baru selesai akad dlm 2 minggu sebelum tu. Save banyak tu. Tak tempah pelamin, semua buat sendiri sekadar yang perlu. Kami cuma sediakan 4 buah kerusi untuk bergambar. Hias la sikit – sikit. Tak ada mak andam, baju pengantin saja yang disewa. Itupun sepasang saja. Tiada acara tukar – tukar baju atau malam berinai.

    Perhiasan untuk hantaran tu, semua saya buat sendiri. Bunga yang dipegang kat tangan pun buat sendiri.

    Untuk bilik pengantin, mak rajin untuk menjahit sendiri cadar etc. Tak mahal manapun, cuma puas sebab dapat pilih theme colour sendiri dan bentuk yang kita nak :) Dua bilik pulak tu (bilik saya dan abang).

    Hantaran RM5000.00 alhamdulillah cukup (tapi saya tak pasti sebenarnya berapa yang parents saya spent). Walaupun sederhana, saya lega sebab kami tak perlu berhutang untuk kahwin. Saya juga tersangat lega kerana mak tak mementingkan sangat bab ‘bakal doktor’ sehingga semuanya nak kena mark up.

    Walau apa pun faktornya, bab wang hantaran dan belanja kenduri ni bagi saya, berbalik kepada yang empunya diri (pengantin perempuan) dan mak bapaknya. Berbelanja sekadar yang perlu dan tidak jugak acuh tak acuh. Rasanya, kami lebih banyak mengeluarkan tenaga, masa dan kreativiti, berbanding dengan duit. Hasilnya, sesuatu yang manis untuk dikenang selamanya. Ini kisah tahun 2001, kira baru jugak la.

    Maaf ye coretan yg panjang. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.

    Wasalam.

  45. hurun_ein says:

    Salam, ustaz…

    ana nak tanya, apa beza mahar & wang hantaran? then, mende2 tu hak siapa, isteri atau keluarga isteri? maafkan ana yang jahil ini bertanya..

  46. Sa'adah says:

    salam..

    ustaz, nice article.. tersenyum saya baca artikel ni.. kelakar tapi penuh mesej yang di sampaikan.. :-)

    Untuk kak Shiha..
    Termenung saya dibuatnya membaca pengalaman kak shiha tu… hebat.. insyaallah akan saya ambil sebagai panduan dalam melangkah alam perkahwinan saya nanti.. panduan yang berguna buat saya.. walaupun calonnya belum ada! hehehe.. ;-)

  47. aye says:

    salam..
    huhu, masuk entry ni terus 45 komen dah.. macam ‘goreng pisang’ tak alah dgn ATN yg sedang ‘panas mengganas’ ni… :-)

    Tak sangka khutbah jumaat ustaz dengar, hampir mirip kpd khutbah jumaat yg sy dengar tadi (18hb april 2008) di masjid negara… Sila ikuti siaran ulangan jam 12.15 mlm ni.

    Khutbah td ttg faktor memilih pasangan dalam menjamin pembinaan ummah yg unggul/cemerlang..
    Tiba2 khutbah rasa skejap je… rasa bagga, 18/4 hr tak tido time khutbah. :-D

    Alhamdulillah khatib td mperincikan hadis nabi ttg “dinakahi wanita….. kmudian dselitkan lg dgn dalil ayat quran tmasuk ayat 26 an-nur…

    p/s… ana bg kredit kat ustaz… bila memahami ‘prosedur’ pkawenan ustaz, trasa kagum plak…

    ops…sorry tkeluar topik..

  48. aye says:

    Tak sangka lontaran persoalan sy di shoutbox ttg “pandangan kalian thadap lelaki tpaksa bpuasa sunat (nak save) demi cpat kumpul duit utk kawen” dgn “pandangan kalian thdp lelaki yg btekad (bsumpah) tak kawen slagi tak dpt hantar mak-ayah pi haji” …..
    kdua2 persoalan ini bhubung kait dgn kewangan… dan kewangan pula mghubungkaitkan kpd walimah, sbb adat/resmi masyarakat seolah2 mwajibkan/msyaratkan si lelaki mesti mpunyai “kuasa kewangan”…
    alhamdulillah artikel ini dpt meng’series’kan lg persoalan sy smlm…

    hmmm…. maaf ustaz, klu sy mengarut… pening2…

  49. shiha says:

    Salam..

    Untuk adik Sa’adah :) janganlah anggap sebagai benchmark pulak ye. Apa yang saya buat tu, sesuai dengan keluarga dan situasi saya. InsyaAllah nanti, kalau adik ada kemampuan lebih, buatlah ikut kemampuan adik. Yang penting, biar ikhlas, tiada niat menunjuk – nunjuk dan sebolehnya menjaga hati mak bapak. Bukannya apa, nanti takut ada yang terkilan pulak. Tengoklah juga rentak dan cara family kedua pihak. Orang putih kata, play by ears :)

    Wasalam.

  50. aljazrie says:

    assalamualaikum..this is my 1st comment in this blog.bagus artikel ustaz..tp ni pgalaman dari sahabat saya y sedang menuntut pgajian perubatan di cairo..ape y dia bgtau,sbenarnya akhawat kita kt mesir berada dlm kerisauan.serangan sexual harassment trhdp akhawat kita mmg byk berlaku..bkn sya nk burukkan sapa2,atau pun mana pihak..tp ini y sdng berlaku disana tpi kita xtau..ramai y telah kna tp xreport pada consulat malaysia antara sbbnya malu.mmg amat mnyedihkan dimana para intelek harapan negara dirakus maruahnya oleh iblis y bertopengkan manusia.Thats why,ada pelajar kita y mngambil langkah ‘safe play’ utk walimah awal2..utk terjaga maruah mereka semetara menunggu utk pulang ke tanah air…mgkin cerita pgalaman ini sukar diterima oleh setengah dpd kita.jadi,saya sarankan kpd pmbaca,marilah sama2 kita mencari kesahihannya dan menilai knape perkara sbgini boleh terlepas pandang..oleh kita,jgn sekadar kita tergelak sinis oleh suasana y melucukan,bahkan perlu mencari implikasi terhadap y bakal mngundang anak2 bangsa kita.

    MOHON MAAF ATAS KESILAPAN RESPON INI YANG BOLEH MENYINGGUNG PERASAAN MANA-MANA INDIVIDU.

    WASSALAM

  51. chanz says:

    Tumpang tanya,
    JD25 = RM??
    berapa banyak kalau dibandingkan dengan mata wang Malaysia ye?

  52. dukturah_JUST says:

    JD 25 = RM 111.05
    exchange rate: JD 1 = RM 4.4422

  53. zuhairy says:

    ana pun tak sabar nak kahwin.tapi ada tanggung jawab nak kena selesai dulu. Insyaallah, bila dah selesai, ana juga menuju ke situ..tak larat nak kawal nafsu lama2 :-)

  54. Abu Saif says:

    tak larat nak kawal nafsu lama2? hai, selalunya inilah bakal lepas kahwin tak nak datang meeting dah ni… berkepit siang malam pagi petang… ke guane?

  55. mi says:

    kalau kelantan/terengganu, tiada hantaran, yang ada hanya mas kahwin.

    Mas kahwin-wajib- dapat kat isteri sepenuhnya.
    Hantaran- adat.

    Berkongsi pengalaman.Sedikit sebanyak kisah saya menyerupai Shiha,kahwin tahun 2001.Grad bulan 4, bertunang bulan 8, kahwin bulan 10.Umur 22.Bertunang hanya dihadiri keluarga kedua belah pihak,sebab budaya sana bertunang tak dihebohkan sangat.Bila kahwin barulah buat majlis kenduri kendara.Sebelum bertunang,saya dah buat keputusan tidak mahu bertunang lama2.Pihak lelaki nak awalkan pertunangan saya tidak mahu sebab bagi saya bertunang apabila bersedia untuk kahwin sahaja.

    Mas kahwin 5k.Dapat kat isteri sahaja.Keluarga tak ambil.Tapi kalau isteri nak bagi, itu terpulang pada diri.Lepas bertunang,bakal hubby masukkan dalam account wang 2k untuk urusan kenduri.Tambah sikit-sikit lagi gaji saya.Rasanya 1k dari duit gaji bulan 9 dan 1k lagi bulan 10.:)Lembu seekor je.Masak sendiri kat rumah gotong royong.Pelamin ada 2 kerusi+hias-hias sikit.Baju songket sepasang sewa untuk ambil gambar.Macam Shiha,banyak cenderahati bunga/sabun buat sendiri ikut creativity.Mak belikan bekas telur yang kaca untuk tetamu.Dan bunga telur style renda2.Langsir dan hiasan bilik,kebetulan kawan saya ada buat majlis kawin juga 2 minggu sebelum tu,dan mak dia offer guna aje dulu benda2 tu tak payah buat yang lain.Overall,sederhana namun syukur tetap meriah.Betul kata Shiha,buat ikut kemampuan tapi jangan pula acuh tak acuh.Bila kawan tanya berapa cost saya kata tak banyak sangat mereka tak percaya.
    Oh ya, duit maskahwin tu 1k saya buat bayar deposit rumah sewa kat KL ni.Selebihnya saya melabur pada pembelian aset.

    Pada saya,kahwin awal walau tak dirancang ini banyak membantu saya.Rasa selamat dan tidak diganggu.Fikiran tumpukan pada anak2 dan karier.Walau tak dinafikan banyak pancarobanya kahwin di awal usia.Bak kata suami,kahwin tu bukan pada kemewahan kenduri kendara dan orang lihat grand, tapi pada kehidupan selepas kahwin tu.Panjang lagikan sehingga ke akhir hayat.

    Maaf terpanjang.Sekadar untuk berkongsi sahaja.Hanya secebis kisah hidup saya.Dan untuk anak2 saya nanti,insyaAllah saya akan teruskan dengan amalan sepertimana yang saya lalui.Ibu dua cahayamata.

  56. ibu 2 putera says:

    bagi wanita yang ada kesedaran dan mampu mempertahankan prinsip ajaran sabda Nabi maka perlulah buktikan bahawa mrk mampu melawan adat.

    Sayang sekali kita asyik ulang kalimat melawan arus adat, tetapi jarang kita ambil pegangan mengikut pegangan agama.

    Mahar yang sedikit bukan merendahkan martabat tetapi meninggikan martabatnya di sisi agama. Bayangkan pahala dan jaminan keberkatan yang didapati sehari demi sehari sebaik sahaja terlafaznya akad nikah dan bergelar isteri.

    Seperkara lagi, urusan tambahan hadiah dan wang hantaran yang membebankan pihak lelaki dan juga wanita yang berkahwin. Kenapa tidak ditukar pemberian hadiah ini setelah berkahwin. Contohnya satu bulan satu hadiah sebagai pengikat kasih sayang di antara suami isteri.

    sekadar ingin kongsi pengalaman yang amat sedikit ini. alhamdulillah saya melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hati saya. Maharnya juga amat ringkas dan memudahkan (bukan budaya orang Kelantan yg biasa). Hadiah hantaran juga disediakan tidak membebankan seperti sepasang telekung dan sejadah yang saya guna sehingga hari ini. Setelah berkahwin suami saya gemar membeli hadiah seperti palm, navigator, laptop, peralatan dapur, buku-buku dan banyak lagi. Bila saya kenangkan kembali, saya dapat rasakan keberkatan pada mengikut sunnah nabi tersebut.

    kpd bapa2/ibu2, abg2 dan juga kakak2 kpd bakal pengantin perempuan.Ada masanya andalah yang boleh membantu kepada perubahan.

  57. Medvedev Boneka Putin says:

    apabila yg berkahwin tue masih belajar…tak kira kat oversea ker atau kat malaysia (sangat jarang)….maka sememangnya mahar selalunya rendah….thats why ada formula dikalangan lelaki…”nak maskahwin & hantaran murah kahwinlah waktu belajar”

    tapi realitinya di malaysia kini….maskahwin rendah (ikut rate jab. agama islam negeri) tapi hantaran tersangatlah tinggi.

    setuju dgn tulisan ustaz…maskahwin + wang hantaran = musibah.

    saya ada pendpt ustaz…kes2 penceraian yg semakin meningkat sekarang nie antara puncanya ialah perkahwinan yg tidak mendpt berkat…kenapa tidak mendpt berkat???….saya rasa salah satu puncanya ialah hantaran yg tinggi.

    ramai beranggapan maskahwin rendah, so confirm dpt berkat….mereka anggap hantaran tiada kene mengena dlm soal berkat nie…tapi ternyata mereka silap.

    wallahua’lam

  58. milieya says:

    assalamualaikum..ini 1st time sy buka web ni..sy ade masalah utk berkahwin krn teman lelaki sy org turkey..family sy terima die tp x benarkn sy tinggal di turkey..dalam setahun mmg beberapa kali dia akn dtg malaysia melawat sy dan oleh kerana dia juga islam,maka kami tahu batas antara kami..tp kami sering berpegang tangan walaupun kami tahu itu berdosa..sy pnah terfikir utk berkahwin di thailand spy kami tidak lg menanggung dosa..namun sy terdengar cerita bhw di perlis kami boleh berkahwin dgn mudah tanpa pengetahuan family..adakah itu benar? apa pendapat ustaz?

Leave a Reply